Followers

Friday, October 30, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part V - Rebah di Dakapan Kaabah)

Baru shj bas berlepas. Petugas memberitahu aku akan ditempatkan di Maktab 72. Di dlm bas, aku mengambil masa membelek handphone dan membaca sms2 yg diterima....dr kakak, adik, bos2 lama, sahabat2 dan dr abang yg bertugas UIA, ringkas bunyinya "Jgn lupa aji, doa utk semua di sini utk jd tetamu agung lg....Mabrur". Dlm hati...."risau aku ni...payahnya nak sampai ke Makkah....mcmana nak doakan permintaan org ni...Ya Allah kau permudahkanlah...kalau bukan utk aku pun, kasihanilah org2 yg berpesan doa kpd aku...harapan mereka besar terlalu besar...jgnlah kerana kekurangan aku....doa2 mereka tidak dpt aku sampaikan di Baitullah" aku tundukkan wajah disebalik kegelapan highway Jeddah....mula menghitung kembali dosa2 yg sudah2.

Hati tertanya2, mengapa begitu payah perjalananan aku skrg ini...tak semudah urusan check-in kaunter Saudi semasa di airport Paris...apa agaknya silap aku. Fikiran terus menerawang "Ya Allah kalau ada kesilapan aku yg belum aku taubatkan....aku bertaubat Ya Allah, jgnlah disebabkan dosa2 aku, perjalanan kami tergendala lama "aku memohon segalanya di permudahkan bukan hanya utk aku tp utk semua jemaah yg baru tiba. Di dlm kesamaran cahaya highway...aku memaksa diri utk tidak tidur, mengaji dan berzikir "Rabbi yassir wala tu assir"....zikir yg dititipkan oleh kakak aku......berterusan aku membacanya agar segalanya dipermudahkanNya.


Jam hadiah dr Jabatan lama, di tangan kanan ku menunjukkan tepat jam 4.30 pagi....masih tak sampai lagi...KENAPA KENAPA KENAPA. Dah dua jam perjalanan kenapa tak juga kami tiba di Makkah. Aku masih menyimpan harap "Alah, tak pe, kalau tak sempat buat umrah, saei sblm subuh....tak pe, aku solat subuh dulu, pas tu terus pulun buat umrah. Habis saei...aku duduk semula di Dataran Kaabah utk terus menunggu solat Jumaat....alah sure boleh punya, takkan tak sempat sampai Makkah dlm masa 1 jam. Lambat2 pun 30 minit lg sampailah ni" terus mengomel hati kecil ku.

Dlm pada kegelisahan aku menanti saat ketibaan di tanah haram....bertali arus sms aku terima dr isteri, kakak, adik dan sahabat.....hampir kesemua tanya perkara yg sama "dah sampai Makkah ke", "dah selesai umrah ke", "ramai tak masa umrah td" dll yg seumpamanya. Aku tak membalas satu pun sms berkenaan....aku tak mau mereka risau....dan tak mau ceritakan kepayahan yg dilalui...bukan sbb apa, cuma tak mau mereka fikir yg bukan2. Dlm hati terbit lagi rasa malu..."tulah Im, kau sblm pergi, kau patut betul2 bersihkan diri, bersihkan hati, belajar ilmu haji...ni kau asyik sibuk kerja je".


Jam 5 masih tak tiba...GILA GILA...napa sampai gini jadinya. Bas membuat byk hentian...ntah kenapa.....balik2 berhenti ambik makanan, dlm hati aku bagai menjerit mengatakan "oiii Pak Arab, buat apalah kau bersedekah makanan minuman byk2 ni....yg td punya pun aku tak jamah lg, membazir je....aku ni nak kejar masa, nak umrah ni" Aku membebel lagi, geram pun ada...tp aku teruskan berzikir dan berdoa utk dpt segera berada di dakapan Baitullah...berumrah, bersaei dan bersolat Jumaat.

Jam 5.30 pagi....bas menghampiri Makkah....dah masuk sempadan tanah haram...aku TERLALU gelisah sbb tau waktu Subuh bakal masuk bila2 masa saja.....hajat bagai kian punah. Aku marah dan terlalu geram....sampai tak tau nak kata apa lagi......Dalam pada kami menyusuri turun naik bukit serta jln2 yg kian sempit di Makkah....sayup2 aku terdengar azan Subuh berkumandang, dlm hati meronta "oii driver....cepatlah...kenapa kau ni sesat2...tak sampai2...negeri sendiri pun kau tak tau ke kat mana Maktab yg kau nak tuju" selang bbrp minit aku dengar Iqamat "WHAT.......THIS IS REDICILOUS" aku naik berang....tp disbbkan kengantukkan dan keletihan aku bagai tak upaya nak bersuara atau marah....bagai tak daya...bagai redha apa yg ditentukan. Tetiba aku dengar Imam membaca Fatihah...."alamak aku tak dpt bersolat jemaah Subuh di Masijidil Haram".........aku sedih, kemarahan yg meluap2....hilang terus, aku sayu "Ya Allah ini mungkin ingatan kasih sayang Mu kpd aku yg selalu melengah2kan solat fardhu...mungkin juga ingatan Mu kepada ku yg tak pernah ambil berat ttg solat berjemaah....aku pohon ampun..Ya Allah, ampunilah aku"

Jam 6.25 pagi baru kami tiba di Maktab.....aku tercengang2....eh ni Maktab 77.....salah ni. Aku terus bertemu pemandu....pemandu kata dia tak dapat arahan utk htr aku ke Maktab 72. Aku terus turun dr bas, dgn perasaan hampa kerana tidak dpt bersolat di MH aku terus meluru mencari Pengurus Maktab 77...yg sedang menyambut ribuan jemaah yg tiba bersama dgn aku. Aku menceritakan kpd beliau...alhamdulillah aku dpt kontrol kemarahan, beliau berkata "Haji, haji duduk dulu ye...saya nak uruskan jemaah yg lain dulu...nanti saya selesaikan urusan Tn Hj" sambil menunjukkan aku sofa2 di lobi Maktab utk aku duduk berehat, beliau terus menyambut jemaah yg tiba dgn 9 buah bas sewa.

6.45 pagi masih tiada sesapa pun yg menguruskan aku...aku rasa bagai terbiar...betul2 terbiar, aku sedih, kenapa mcm ni....dlm hidup aku pun aku tak pernah meminta2 utk dilayan disambut bagai menteri...cukuplah dgn tunjukkan di mana Maktab aku, aku cuma mahu meletak beg dan terus ke Al-Haram. Aku bingkas bangun dan bertanya di kaunter TH arah utk ke MH, aku ingin bersolat subuh di MH. Petugas wanita TH mencadangkan agar aku jgn ke mana2 memandangkan urusan pendaftaran aku blm selesai dan dia mencadangkan utk aku bersolat di surau Maktab. Aku tak berkata apa terus bersolat....o ye sekali lagi aku bersolat sunat syukur sbb dah pun tiba di Makkah slps hampir 4 jam perjalanan dr Jeddah.

Lepas solat aku naik semula ke lobi Maktab....aku dihadiahkan sarapan oleh seorang petugas TH, "haji tunggu ye...makan dulu, kami dah call Pengurus Maktab 72...ikut list nama tuan haji ni tak de pun kat Maktab tu" Saya keliru...fikiran bercelaru....adakah Allah tidak menerima kedatangan aku. TAK MUNGKIN. Terkeluar dr lubuk hati aku kata2 "YA ALLAH KAU YANG MENYERU UTK AKU DTG KE SINI SEBAGAI TETAMU MU, HAMBA MU DTG, TERIMALAH AKU SEADANYA, SAMBUTLAH AKU SPTMANA TETAMU2 MU YG LAIN....AKU YAKIN KAU AKAN PERMUDAHKAN SEGALANYA...KERANA AKU TETAMU MU, AKU TETAMU MU....KAU TAK PERNAH KEJAM.....YA LATIFUL ULTUF BINA YA LATIFUL ULTIF BINA....YA ALLAH KASIHANILAH AKU TETAMU MU YG DTG ATAS SERUAN MU DAN MENINGGALKAN SEGALANYA UTK MENDAPAT KEREDHAAN MU...TIADA YG LAIN"


Aku tunduk, membuka kembali Al-Quraan hijau dan cuba memberi sepenuh perhatian utk mengaji dan melupakan apa yg dikatakan petugas haji.....1 juz pun tak habis lg ni....payahnya. 1000 kepayahan aku tempuhi hari ni...kenapa ya. Aku bermonolog lagi "YA ALLAH KALAU INILAH DUGAANNYA UTK MENJADI TETAMU AGUNG MU, KALAU INILAH KESUKARAN YANG AKU PERLU LALUI UTK MENDAPAT TEMPAT DI SYURGA MU....AKU REDHA AKU REDHA AKU REDHA.....TERIMALAH AKU MENJADI TETAMU MU...YA LATIFUL ULTUF BINA"


Aku mencari petugas TH....tak de...mana ye...aku kian hilang sabar. Napa aku terus terbiar...tp dlm hati berkata lagi...."mana ada kau terbiar, mana ada kau keseorangan...kau ditemani Allah dan Rasul" kata2 yg aku nyatakan di Paris terngiang2 di telinga sendiri. Akhirnya aku dpt bertemu petugas..... aku katakan "Tuan hj, kalau nama saya tak de dlm list....mcmana pulak td Haji Azilah yg jemput saya di airport"....sambil tunjukkan no hp Hj Azilah dan mesej2 sms antara kami berdua. Petugas tersebut Hj Salleh, namanya....tersenyum dan dia kata "sekejap ye Haji, ada tak ada pun, haji dah sampai sini....insyaAllah ok"

8.15 pagi, petugas wanita khabarkan "hj, alhamdulillah, dah selesai, mmg nama hj ada sebenarnya di Maktab 72....siap2 ye, kejap lagi Syeikh dtg ambik".........alhamdulillah kata ku. Aku gembira sekurang2nya, walaupun tak sempat subuh di MH, Solat Jumaat nanti dptlah.

Jam dah pukul 9.30 pagi, aku kian resah, Syeikh Maktab 72 tak kunjung tiba, btg hidung pun tak nampak, aku keletihan yg amat sgt....sudah lebih 24 jam aku meninggalkan rumah di Paris....aku masih belum masuk ke bilik Maktab...."payahnya nak jd tetamu Allah" tp aku anggapkan biasa2 je. Aku usaha bertemu lagi seorang petugas.....sbg org gomen....hehehehe, aku mula menunjuk ajar dan memberi alternatif. Kata ku, "Macam nilah, kalau susah sgt...biar je saya duduk di Maktab ni, tentu ada katil kosong, utk saya seorang je" petugas menjawab "tak boleh Hj...nanti Syeikh di Maktab sana marah sbb ni kira bisnes ni"....saya mula difahamkan ttg bisnes muasasah.

Tersenyum saya mendengarnya....saya beri lagi cadangan "kalau dah mcm tu, boleh tak saya tarik je beg saya ni ke Maktab tu...tentu tak jauh...kita kat Maktab 77...maktab saya Maktab 72 tentu dekt2 sini saja"............petugas terus mengeluarkan pelan Maktab2.....kami bersetuju...mmg tak boleh nak ke sana berjalan dgn beg besar saya...PAYAH. Saya cdg pulak naik teksi, byrn pun saya tanggung, kata petugas "eh...tak boleh, sbb dah tanggungjwb Syeikh tu ambik dr sini...lagipun di musim haji, bukan senang2 kita bawak jemaah turun naik teksi tanpa pengetahuan Syeikh" Dah dekat 3 jam di Maktab....byk saya faham perihal hubungan TH dgn Syeikh Muasasah....pengaruh Syeikh2 terhadap polis2 dan petugas Kerajaan Saudi yg lain....ilmu gak ni...tp tak penting bg saya masa tu....yg penting BAITULLAH.

Aku menanti dan terus menanti...jam dah dekat 10 pagi....Syeikh Maktab pun tak nampak, org2 TH pun nmpk menjauhkan diri....mungkin segan sbb kelewatan....saya tak salahkan sangat dorang, faham, bukan negeri sendiri pun...they have their own constrain.....aku terus2an berzikir, mengaji...duduk di kerusi berihram bagai di akhirat menanti utk dihitung.....dlm hati berkata lagi "Ya Allah...bukan ke aku tetamu mu.....sambutlah aku, dakaplah aku dgn kasih sayang Mu yg melimbah ruah itu....aku dtg kepada mu....jgn Kau sia-siakan kedatangan aku menyahut seruan Mu....bukankah Kau yg mentakdirkan aku ke sini....permudahkanlah ye Ya Allah....aku umat Rasul pilihan Mu...permudahkanlah utk kami semua" Dlm hati aku berkata lagi..."kalau jam 10.15 nanti aku masih di sini, aku nak cdg utk tinggalkan beg di sini dulu dan aku terus ke MH.....berumrah dan terus ddk di Dataran Kaabah utk solat Jumaat".

10.15 pagi - tiada apa yg berlaku...aku berkata, "ok...aku bg 5 minit lagi" tetiba Hj Salleh dtg, baru pulang bersarapan, beliau berkata "Astgrafirullah, Hj Imran masih di sini, sudahlah dah 4 jam lebih dah ni Tn Hj kat sini, mari saya hantar naik teksi....sian awak ni" Saya kebingungan...tp terus saja menarik beg meluru ke hadapan Maktab....beliau dan seorang lagi sahabat beliau menahan teksi dan terus menghantar saya ke Maktab 72. Jam 10.40 pagi saya tiba di Maktab....wp tak seceria Maktab 77....saya redha, lgpun tak penting sgt bg saya....saya mengucapkan terima kasih pada Hj Salleh dan kawannya....saya di bawa naik ke bilik jam 10.50 pagi. Bilik luas...saya seorang shj dlm bilik tu. Syeikh, Pengurus Maktab, Hj Salleh dan petugas2 Maktab semua nasihatkan saya berehat slps perjalanan jauh dr Paris....iyelah dah dekat 30 jam sejak menjejak kaki keluar dr rumah. Nasihat mereka simple tapi keras -tak perlulah solat di MH....skrg ni pun dah penuh sesak...solat di masjid berhampiran maktab aje.

Aku akur....masuk ke bilik, letak beg, duduk berihram di atas salah satu dr 6 katil di bilik 906.......termenung bbrp ketika...tetiba teringat kawan saya Zulhasny yg pernah menceritakan pengalaman beliau berpeluang bersolat Jumaat di dlm MH wp terlewat. Terfikir juga di dlm hati "Ya Allah dah 30 jam lebih aku mengembara dr Paris utk ke Baitullah...skrg aku sudah tiba di sini....aku TAK MAMPU menunggu lagi, tak tega wp sedetik....sudah 30 jam aku menanti, tak mungkin aku sesiakan peluang bila dah tiba di sini. ahh......aku tidak lagi ingin membuang masa atau menghitung letih....Baitullah...here i come"

Aku cekalkan hati, aku bersihkan diri dan terus bersiap ke MH...aku membuka jam di tangan dan berharap jgnlah masa membuat aku berkira dlm ibadah dan jgnlah masa mengingatkan aku ttg keadaan diri yg tidak tidur dan keletihan, jgnlah masa menjarakkan aku dgn Illahi. Dlm hati bekata-kata memujuk diri "tak pe Im, kalau kau tak dpt solat jumaat di dataran kaabah, cukuplah di dlm MH"

11.20 pagi....aku turun dr tingkat 9. Di lobi maktab, aku ditegur oleh petugas agar mendahulukan kesihatan diri sbb perjalanan haji masih jauh...beliau meminta aku berehat...dan berjanji utk memimpin aku berumrah malam nanti...aku ucapkan terima kasih, aku berkata "saya nak solat jumaat di MH...umrah tu, tak sure buat lepas Jumaat atau mlm nanti....terima kasih ye Hj" Segera aku meninggalkan Maktab, mencari arah ke MH...berjalan dan terus berjalan.....PENUH SESAK jemaah.....mmg betul kata Hj Azilah, Hj Salleh....kalau dah lambat jgn haraplah. Aku berjalan mengharungi lautan manusia, jutaan jemaah...memohon izin dr mereka....menyusun langkah demi langkah di atur....mulut terus2an berzikir "Rabbi yassir wala tu assir" hati terus2an berdoa "Ya Allah....berilah aku peluang sptmana kau berikan pd Zulhasny bersolat Jumaat di MH wp beliau terlewat dulu, Ya Allah i want nothing less than that....nothing less....I must perform this Friday prayer in MH, bukan di ruang luar MH bukan di jln tar....Ya Allah aku dtg kpd Mu, terimalah aku didlm Al Haram mu" aku terus berzikir dan berdoa.

Sedar2 aku telah pun hampir di tangga pintu utama Abd Aziz. Pada masa yang sama azan Zohor dilaungkan, keadaan jd gawat, polis petugas menjadi berang....keadaan agak kelam kabut aku tertolak terketepi ketengah tanpa haluan....tanpa aku sedar aku terduduk di anak tangga pertama....belum masuk ke dlm MH.....aku berzikir dan terus berdoa....doa yg sama spt td. Azan kedua berkumandang....aku berdoa lagi "Ya Allah, aku lewat, Ya Allah aku tak sempat, Ya Allah aku byk berdosa...aku tau segalanya....apapun Ya Allah, berilah aku peluang solat di dlm MH....bukan ditangga ni...BUKAN di sini, berilah aku peluang utk masuk sekurang2nya 2,3 tapak saja lagi TOLONGLAH...dan sediakanlah ruang yg sempurna utk ku di dlm MH" hasrat aku utk solat di Dataran Kaabah mmg telah berkubur...TIDAK MUNGKIN MANA MUNGKIN.

"Ya Allah, kau lebih mengetahui aku ingin bersolat di hadapan Baitullah, di Dataran Kaabah, tp aku rasa permintaan aku itu keterlaluan nak dibandingkan dgn kejahilan aku....tak pe Ya Allah...aku redha....cukuplah di mana2 ruang dlm MH....2, 3 tapak masuk ke dlm MH pun jadilah" aku terus berdoa....."Ya Allah berilah aku peluang...peluang bersolat di dlm Masijil Haram ini, cukuplah walau sejengkal ruang utk ku tapakkan kaki sujudkan diri...ya Allah, permudahkanlah...aku umat Muhammad, dtg kpd Mu"

Azan kedua tamat...mengharap tuah, aku bingkas bangun, dr tangga diikuti bbrp jemaah lain.....tetiba polis MH berteriak "Fadal ya Haj Fadal" aku terus berjalan masuk ke dlm MH...hanya 5, 6 jemaah sahaja yg dilepaskan oleh polis tersebut...NTAH KENAPA....KEHAIRANAN.....ada 2, 3 jemaah di hadapan ku....kami terus berjalan memasuki MH...tiba di lobi...masuk ke ruang solat MH...masuk di ruang solat lama MH...tetiba aku terus di arah oleh polis utk terus menerus jln "Rasta rasta ya hajj rasta" suara polis terus kedengaran. Aku tak pasti mengapa aku di arah berjalan terus...ke mana oh ke mana....laluan SEMPIT PENUH jemaah...tp cukup mudah...aku tidak melangkau sesapa pun.....sedar2 aku di tangga menuju Dataran Kaabah...SUBHANALLAH. Ya Allah tadi telah pun aku kuburkan hasrat utk bersolat di Dataran Kaabah.....benarkah apa yg berlaku ini...layakkah aku....

Aku turuni tangga dan terus ke Dataran Kaabah....dada berombak BERGELORA kencang bagai taufan......aku terus berjalan di arah polis MH...aku tertanya2...di mana harus aku berhenti....jalan yg aku lalui begitu lurus amat mudah bagai denai kecil yg tersedia istimewa buat aku. Subhanallah, Kaabah hanya lg 10 meter shj dr aku...masih berjalan......Imam Sudais sudah mula berkhutbah.....mendengar suara beliau...bagai mimpi jd nyata...sepasang mata ku berkaca....bergenang teringatkan angan ku pada isteri utk mendengar suara Sudais. Pelik...suara imam turut sebak....bagai memahami gelodak rasa.

Tetiba langkah kaki aku terhenti kaku....bukan kerana tiada ruang lagi di hadapan, malah denai yg tersedia masih berbaki lagi......cuma aku terasa sendiri...aku hamba yg hina, aku blm sehebat mana utk solat di hadapan Kaabah. AKU TERDUDUK...terkulai...cuma 5, 6 meter dr bucu rukun yamani... aku duduk tertunduk, perasaan bercampur baur...tak tau apa yg di rasa....sebak sayu tak tentu hala....menangis semahu-mahunya.

Aku tertanya-tanya...mengapa oh mengapa....semasa berumrah dulu tidak setitis pun airmata aku tumpah semasa melihat Baitullah...tidak juga tumpah semasa tawaf wida umrah...mengapa aku menangis sedemikian rupa kali ini. Tak pernah aku sangka...tak sekali kali aku jangkakan atau rencanakan.....

Mungkin aku menangis bersyukur kerana akhirnya sampai ke Baitullah...bukan hanya bersolat di dalam MH tapi di Dataran Kaabah...1 BONUS TERAMAT BESAR buat aku.......mungkin juga memikirkan jauhnya payahnya perjalanan haji aku yg memakan masa :-

10 jam penerbangan dr Paris ke Jeddah

4 jam 30 minit penantian di airport utk menaiki bas ke Jeddah

4 jam perjalanan dr Jeddah ke Maktab 77

4 jam penantian di Maktab 77 utk ke Maktab 72

secara keseluruhan 12 jam lamanya dr masa tiba di Jeddah hingga saat masuk ke Maktab 72, secara dasarnya hampir 30 jam dr rumah di Paris ke Maktab 72....ya Allah jika inilah balasannya atas kesabaran aku dlm perjalanan yg pjg aku bersyukur....ALHAMDULILLAH...air mata terus bercucuran mengalir di pipi....

tiba2 hati berkata lagi...airmata berderai lagi....bukan...SILAP....SILAP SEMUA SILAP KIRAAN ku tadi, aku pasrah teringatkan payahnya aku ingin mengerjakan haji sejak aku pulang dr Jepun pada tahun 2003 lalu....dlm hati berkata "rupanya bukan setakat 30 jam...rupanya dah 4 tahun penantian aku" Aku insaf aku sedar kini, aku yakin apa yg aku lalui selama 30 jam tadi hanyalah sekelumit dr penantian sejak aku pulang dr Jepun. Fikiran aku terus melayang....hati tersentap.....akhirnya aku sedari BUKAN JUGA 4 tahun tapi LAPAN (8) tahun sebenarnya sejak tahun 2000 sewaktu mula menyimpan hajat menunaikan haji - hasrat murni yang lahir semasa saya menghantar kakak di Kompleks Haji Kelana Jaya.......

Tubuh aku menggigil menahan sebak mengenangkan jangkamasa 8 tahun, jangkamasa yg lama, mungkin utk aku betul2 bersedia utk aku betul2 bersih sblm dijemputNya bertamu di Baitullah.....Aku kuatkan semangat, duduk setegap mungkin mengadap kiblat, seteguh mungkin ku usahakan kudrat namun aku tersendu-sendu...airmata bertali arus.....aku pasrah, aku tewas...aku akhirnya REBAH DI DAKAPAN KAABAH.......................

...................................bersambung Part VI

Labaikallahumalabaik...(Part IV - Perjalanan yang Panjang)

Pesawat berlepas dr CDG Paris menuju ke Jeddah....sblm menaiki pesawat baru saya sedari pesawat yang sepatutnya terbang terus ke Jeddah akan berhenti untuk mengambil jemaah haji di Rome dan juga singgah sebentar di Madinah. Dlm hati berkata "tak pelah...aku pun tak kejar apa sgt, asalkan sampai Makkah malam nanti sudahlah" Saya berkira-kira....kalau ikut jadual, flight akan sampai Jeddah jam 9.30 mlm....sempat tu terus masuk Makkah, buat tawaf umrah, saei....FUYOOOO bestnya dpt buat umrah mlm Jumaat....tentu happening...saya terus berilusi sendiri.

Flight tiba di Rome waktu lunch....ramai jemaah yang naik pesawat ini, seat yg kosong di sebelah saya pun di penuhi oleh seorang lagi jemaah yang akan ke Madinah

Beliau berasal dr Afrika....tiada gaya tiada rupa....tidak seperti org2 di Paris....pakaian beliau biasa sgt2...kalau nak banding dgn saya yg berkemeja kotak-kotak berlengan pjg, berseluar khaki, berkasut mocassin, berjaket autumn ....alhamdulillah aku tak riak...jauh lagi dr nak menunjuk, malah aku hormat pada jemaah tersebut. Kami bersembang....baik sungguh budi bahasa...sempurna tutur bahasa....aku cukup2 selesa. Tiba waktu hidangan lunch, aku ambil bahagian aku, teman di sebelah kata beliau tak berselera. Aku pelik...aku tanya, kenapa dia tak ambik makanan tu, dia kata "No, its ok, i'm fine, i'm not hungry at all". Sedang aku ingin menjamah makanan aku, tetiba aku teringat yg hari tersebut adalah hari Khamis, tersentak aku terus bertanya lagi "are you fasting today?" beliau tersenyum mengangguk. MALU. Aku terus menutup semula makanan, beliau menegaskan yg aku patut terus makan....aku terfikir...mana mungkin aku berlaku sedemikian di hadapan tetamu Allah yg sedang berpuasa.


TERKILAN, kesal...memandangkan aku sendiri bercadang utk berpuasa sunat bg mendapat berkat dlm memulakan perjalanan...tapi hasrat tersebut tewas dengan kehendak saya bersarapan pagi bersama anak2 sblm berpergian....terfikir...."eh....aku sayangkan anak melebihi sunah Rasulullah rupanya......" Insaf dan malu dgn kekurangan sendiri....Ya Allah, ampunkanlah hamba mu yg daif ini....

Perjalanan dr Rome ke Madinah...ku rasakan cukup jauh...tp aku sukar utk tidur, excited memikirkan hasrat aku berumrah di malam Jumaat....aku teringat bicara aku kepada isteri sehari sblm perlepasan, "Mai....Im dah tak sabar nak dengar Iman Sudais membaca fatihah dan surah2 semasa solat....harap2 nanti bila sampai sana Im di sambut dgn bacaan Sudais. Bygkanlah hari Jumaat pulak dgr lagi Sudais imamkan solat Jumaat.....bestnya Mai"...saya terus melayani perasaan melihat keindahan Alps dr tingkap pesawat.

Malam menjelang.....crew pesawat memaklumkan masa ketibaan di Madinah - kira2 45 minit saja lagi....mata yg kian mengantuk terus segar bugar...mata meninjau2 ke luar jendela pesawat...dalam hati berkata-kata...."eh...agaknya dr atas ni, nampak tak Masijidil Nabawi"

Meninjau dan terus meninjau....gelap....gelita....tetiba ku lihat bak kelip kelip....makin lama kian bergemerlapan bercahaya, berkaca....bagai intan permata...."eh....Masjidil Nabawi...Ya Allah....cantiknya pdgn dr udara" aku terkesima.....lama juga dlm 10, 15 minit dpt aku lihat Masjid Rasul dr ruang udara Madinah....dlm keasyikan aku memerhati, tetiba hati tersentak pilu, terus berkata "Ya Allah...rindunya aku dgn Rasulullah, rindunya dgn Masjidil Nabawi.....bgm agaknya hendak aku tinggalkan Masjidil Nabawi ni nanti di hari ke 37 di penghujung kembara aku" Jiwa mula bergelora...airmata di kelopak mata, tiba2 menitis tanpa di paksa. Pelik sungguh apa yg aku rasa, kalau dulu masa pulang berumrah Jun 08....hanya bila tiba di Paris aku merindukan Nabawi sehingga terbawa ke dlm mimpi bermalam-malaman....kali ini, blm pun aku tiba di Makkah....blm pun masuk ke Masjidil Nabawi....perasan rindu sudah tidak terbendung bila mengenangkan akan berpisah dgn Masijidil Nabawi 37 hari lagi.........pelik terlalu ajaib.

Dalam aku melayan rasa rindu pada Masjid Nabi yg blm pun aku jejaki.....pesawat mendarat di Madinah. Ramai turun di sini....hanya tinggal dlm 9,10 org termasuk aku. Suara menyapa "Ya Habibi....you may prefer to change to ihram, its easier to change it now" kata pramugara. Aku mengangguk, terus menukar kpd ihram....bbrp minit ketika...pesawat berlepas. Tiba di miqat, aku berniat ihram....alhamdulillah pengalaman umrah lalu cukup bermanfaat. Fikiran merawang teringat ibu, bapa, anak2, isteri dan keluarga yg ditinggalkan...wajah2 kesayangan bersilih ganti di kotak fikiran bagaikan tayangan slide powerpoint "ahhh.....apalah kau ni Im, sudahlah, apa yg nak difikirkan" saya melawan perasaan memujuk hati "tadi dah kau katakan Selamat tinggal dunia....apa yg nak difikirkan lagi"


Kira2 10 jam penerbangan dr Paris....tepat jam 9.45 mlm kami tiba di King Abdul Aziz Airport.....ALLAHUAKBAR....punya ramai, subhanallah.....saya berkhayal semula...."ok, ni dah sampai......kejap lagi check passport....kastam...insyaAllah jam 11, 12 tghmlm nanti sampailah aku di Makkah....lambat2 pun jam 1,2 pagi....bestnya dpt buat umrah mlm Jumaat.....pas tu besok, solat Jumaat pulak.....oo ye....semestinya solat Jumaat di Dataran Kabaah...MESTI" aku terus berangan berkhayal bagai org masyuk bercinta. Dlm pada berangan aku dikuarantin bersama ratusan jemaah yg tiba dr Eropah...kesemua jemaah mengikuti pakej...melainkan aku yg mendaftar sbg Jemaah Haji Luar Negara Tabung Haji. Aku terus menelefon pegawai petugas TH - Haji Azilah....segera beliau dtg masuk bertemu aku di kawasan kuaratin.......aku menceritakan Hj Azilah akan hasrat aku utk bersolat Jumaat di Dataran Kabaah, katanya "oooo....payah tu, kalau nak solat kat situ, Tn Hj kena duduk di Dataran Kabaah dr jam 3,4 pagi...solat Subuh pas tu tunggulah sampai solat Jumaat.....org ramai betul dah ni, kalau lmbt jgn haraplah...solat kat jalan tar je Hj".....saya yg cetek pengalaman berkata dlm hati "eh...takkan payah mcm tu sekali...tak naklah aku solat di jalan tar....MESTI dlm Masjidil Haram sekurang2nya"............kami terus berbual lagi sehingga Hj Azilah mengundur diri....

Aku terasa letih...letih sbb sudah lama perjalanan dr Paris ke Jeddah...letih menunggu di kaunter kuarantin...letih sgt dan mengantuk. Tetiba, aku ditegur oleh jemaah yg turut sama dlm pesawat sbtr td....seorang berbangsa India....berumur dlm 65 tahun. Beliau kelihatan letih juga, bertanya "are you working in Paris? where are you from? Am Ahmad, from Canada" kami terus berbual bertukar pengalaman tinggal di luar negara dan juga ibadah haji dan umrah. Nyata ini bukan kali pertama beliau menunaikan haji....aku berkata "Sir...i feel tired...really tired after nearly 10 hour journey, what about u?" beliau membalas "o yes...very tired.....we travel from Canada to US to Paris, then from Paris to Rome, to Madina before landed in Jeddah....its been more than 32 hours for me and my wife"

Aku tertunduk malu...dlm hati bekata "Ya Allah, malunya aku....aku yg muda ni pulak terasa letih lebih dr org tua ni yg travel jauh lebih lama...tak tidur...32 jam, alamak teruknya aku ni". Tambah insaf dgn kekerdilan iman. Aku cuba tersenyum, diam seketika....kemudian mula berbicara "Sir....may I see your Canadian pasport....well just want to see how its look like" Beliau yg duduk di sebelah kanan aku berkata "yes please" sambil menghulurkan pasport berwarna hitam dan meletakkannya di peha kanan kain ihram putih aku" Aku tersentap bermonolog "eh....keadaan in sama macam mimpi aku sblm ini.........DEJA VU"...meremang bulu roma.

Sambung berbual, aku bercerita tentang pengalaman umrah....kerinduan ku pada Madinah dan Baitullah...kaguman aku pada kedua2 kota suci. Ahmad tegas berkata "my dear son, how could there be any better place than Makkah and Madinah".....satu frasa kata yg akan ku ingat sampai bila2..............


Selepas menunggu 1 jam...alhamdulillah saya di bawa keluar dr segala macam kuarantin....Haji Azilah membawa saya ke kaunter TH....its 11 pm....saya berkira lagi...."best ni, dpt buat umrah mlm Jumaat ni...lambat2 pun jam 1 aku boleh sampai Makkah.....sampai nanti terus buat umrah....saie...hmmm terus duduk di Dataran Kaabah, insyaAllah impian aku nak solat Jumaat di dataran tercapai"...........terus berilusi lagi.

Tiba di kaunter TH aku diberi makanan....semuanya ok...baik2 belaka, alhamdulillah. Aku bertanya "bila agaknya saya akan dibawa ke Makkah" petugas menjawab "kejap lagi ye Tn Hj...kami tengah tunggu jemaah dr Msia yg lain yg tiba jam 10.30 mlm tadi....mmm....Tan Sri KSU, Tn Hj pun mendarat sama ni...bolehlah jumpa, Tn Hj tentu kenal rapat dgn KSU. Saya ingat dorang ni lmbt sikit, Tn Hj pergilah berehat, tidur dulu, solat Maghrib Isya' ke...rehat ye Tn Hj" Saya merenung, dlm hati berkata...."takkanlah aku nak tidur....dah tak sabar dah ni nak ke Baitullah....tak pe, aku solat dulu dan mengaji" Sememangnya AZAM saya utk mula mengaji sebaik sahaja tiba di Makkah, niat nak khatam....sesuatu yg telah lama sy tinggalkan sejak khatam kali pertama pada tahun 1984/85 seingat saya.

Saya bersolat Maghrib Isya' jamak takkhir....solat sunat syukur dan mula membuka Al-Quraan bersaiz kecil berwarna hijau yg dihadiahkan oleh kakak semasa saya meninggalkan tanahair pada September 2006 - Quraan yg TAK PERNAH saya baca....saya mulakan dgn Al-Fatiha...diikuti dgn surah Al-Baqarah....terangkak-rangkak saya baca....payahnya....lambatnya, mcmana nak khatam ni....alamak gila ni....tulah lama sgt tak mengaji....saya mengeji diri sendiri. Tp saya cuba juga...sbb Ustaz Wan Akashah, Ibu, Bapak, kakak, adik, sahabat2 semua unjurkan.....ramai sgt yg menasihatkan...aku terus merangkak dan bertatih....terkadang naik bosan...hampa...hasrat khatam Quraan bagai suatu yg terlalu mustahil buat saya....bagaimana ya....bagaimana Ya Allah

2.00 pagi waktu Jeddah......Dah 4 jam aku tiba di Jeddah...di luar surau...makin ramai jemaah membanjiri kaunter TH....kami dibawa menaiki bas....."aku masih berilusi hasrat berumrah di mlm Jumaat....insyaAllah ni jam 3,4 pagi aku sampai Makkah....tak yah tidur, terus je selesaikan umrah....best tu...lepas buat umrah...saei...terus je Solat Subuh pagi Jumaat....boleh dgr Sudais mengaji. Just nice pas tu terus je duduk di Dataran Kaabah....mesti solat Jumaat di dataran tu" hati aku berbunga menyimpan harap. Letih dan penat terus terasa, byglah 10 jam dlm flight, 4 jam lebih di airport...aku menyelak Quraan hijau "eh dah dkt 4 jam aku mengaji...baru 4,5 mukasurat......mcmana nak khatam ni...HAMPA terlalu HAMPA. Tepat jam 2.30 pagi bas berlepas dari airport ke Makkah.....KSU yg tiba pun tidak sempat bersua muka..................


..............bersambung Part V

Labaikallahumalabaik...(Part III - Selamat Tinggal Dunia)

Kami sekeluarga tiba di Paris pada pagi 10 November....genap 17 hari saja lagi utk saya terbang ke Jeddah. Tiba di rumah...saya bersiap terus ke pejabat...letih, wp 13,14 jam penerbangan dr KL - Paris...saya perlu masuk ke pejabat....ada urusan yg perlu ditangani. Saya terus-terusan sibuk dan sibuk dan sibuk...sehinggakan tidak sempat bercuti sebelum memulakan kembara haji.

Seminggu sebelum berpergian...dapat tips dr kenalan baru...sahabat Azuar, Noor Lailah namanya...cukup baik hati....kami berkenalan melalui Facebook....byk tips2 Haji yg dikongsi, sampaikan senarai brg2 nak di bawa ke Tanah Suci pun beliau emailkan....alhamdulillah.

23 November - Duta dan pemandu pejabat bertugas luar ke Geneva, ofis saya yg kecil kian sunyi. 2 hari kemudian, kakitangan saya (Farid) pula mula bercuti atas urusan peribadi yang penting di Nice bersama anak dan isteri....saya rasa betul2 sunyi....hati tertanya2...mengapa ye...saya bagai ditinggalkan semua...bos, pemandu yg saya anggap bagaikan pakcik saya, Farid - yg bagai adik kandung saya...ahhhh.....itu semua dah ditentukan....tak de apa tu Im....saya menyenangkan hati sendiri. Hati berkata lagi....alah mati nanti pun sorang gak....sambil cuba tersenyum sendiri.

Rabu, 26 November - pulang dari pejabat jam 8 malam...ada beberapa tetamu dtg berziarah...hati saya gembira....ada jugak yg dtg berkunjung.......yg bukan Islam pun ada...alhamdulillah. Tetamu balik...segera saya selesaikan urusan mengemas bag. Tidur jam 11.30 mlm....alhamdulillah, cukup lena tidur saya malam tu.

Khamis, 27 November - Saya dibangunkan dengan deringan telefon daripada Mama Jo (ibu mertua)...selepas tu sambung menyambung dengan telefon dari Ibu di Kuala Lumpur....alhamdulillah...mmg sebak tp ntah mengapa hati saya begitu keras...tiada titisan airmata...tiada kekesalan....saya sedar...hati saya telah benar2 bulat dan bertekad lengkap utk menunaikan rukun ke 5.....nothing else matter.

Maisarah - isteri saya sibuk siapkan anak2 (Hadi dan Amirah) ke sekolah. Tepat jam 8.25 pagi...Kak Ina (PA pejabat) dtg berkunjung....beriya-iya beliau ingin menghantar ke CDG Airport. "Tak pe En Im...tak de org htr, biar Kak Ina hantar....nanti time balik...Kak Ina balik nak tren je"....saya tau dia sebak tgk seorg bakal tetamu Allah memulakan perjalanan ke airport tanpa diiringi sesapa pun...isteri tidak, anak2 tidak, rakan sepejabat pun tidak, sedara mara pun tidak....saya teguhkan jiwa, saya kata "Kak Ina, tak pe....tak de siapa di pejabat.....Datuk ke Geneva, Farid ke Nice, SU3 yg baru.....baru je 3 minggu kerja kat ofis"

Genap 8.30 pagi...teksi yg di sewa tiba....saya gegas turun dibantu pembantu (Kak Yuni)....Kak Ina, isteri, dan 3 anak2 turun bersama. Saya terus mengucapkan terima kasih pd Kak Ina dan pohon sampaikan salam saya pd semua di Paris......Kak Ina sekali lagi bertanya "En Im...betul ke En Im tak kisah...tak de sapa2 hantar ni...betul ke ni"....bergenang-genang dan bercucuran airmata Kak Ina....saya sebak tapi mampu tersenyum dan mengangguk kepala. Saya terus naik teksi bersama isteri, Hadi dan Amirah untuk menghantar mereka ke sekolah sblm saya meneruskan perjalanan ke airport. Sempat saya mengusap rambut dan mencium dahi serta pipi Nadia yang tidak memahami apapun, Nadia terus di dokong Kak Yuni naik semula ke apartmen.

Perjalanan ke sekolah dgn teksi hanya 5 minit....Hadi dan Amirah terus memeluk saya. Tiba di sekolah, saya memeluk mencium 2 permata hati saya....tak sangka Allah memudahkannya. Hadi yg begitu manja...nampak sedih tapi redha dengan pemergian saya...dia tunduk merenung saya dengan ekor mata...renungan yang tak mungkin saya lupa. Amirah....nampak cekal, tp raut wajahnya merah....dan nampak berkaca-kaca matanya...dia merenung tajam...tajam betul kepada saya...buat saya tertanya....kenapa oh kenapa. Isteri saya pun saya tinggalkan di hadapan sekolah....beliau yg saya kenali cukup2 tabah malahan keras hati...seorang yg amat jarang sangat menitiskan airmata.....begitu rapuh tiba-tiba. Dia menangis semahu-mahu hatinya.....saya dapat rasakan kesedihannya....tp hati saya terus berkata "apa yg bakal aku lalui nanti adalah lebih hebat dr segala-galanya, tiada yg lebih hebat dr kasih Allah" Kami berpelukan erat....saya mengucup dahinya....dan bingkas meleraikan pelukan dalam keterpaksaan. Saya tabahkan hati, masuk semula ke dalam teksi dan meneruskan perjalanan ke airport CDG.

Perjalanan ke CDG mengambil masa dalam 35 minit...peluang saya gunakan menghantar sms kpd sahabat2 di Msia, Spore, Paris, dll...memohon maaf atas segalanya....byk juga yg membalas dgn doa dan kata2 hikmat...alhamdulillah. Saya tiba di CDG berseorangan....terus ke kaunter Saudi Air.....percaya tidak percaya dalam masa kurang DUA (2) minit tanpa beratur tanpa bersesak...segala urusan check in selesai....SAYA KAGUM....Saya terpinga-pinga bagai tak percaya....tetiba ada suara petugas Saudi yg menyatakan "Ya Habibi...you are the guest of the Allah the Creator.....its a holy obligations for us to give you the best service that we can". Ya Allah....mudahnya....tak sangka semudah begini...blm sampai ke Baitullah pun kau telah permudahkannya utk ku...alhamdulillah.

Menunggu penerbangan....Ibu menelefon dr Msia, katanya "Im...kenapa tadi Ibuk call Maisarah, dia menangis terisak2...tak pernah dia macam tu....kenapa" saya tak terkata apa...terfikir saya...kalau dia tak nak saya pergi haji...kenapa dia yg beriya-iya menguruskan semua urusan pembelian tiket saya....saya pelik....ntahlah terfikir...mungkin kesedihannya kerana melihat kepergian saya yg bagaikan musafir berbekalkan 1 beg sahaja, jauh berbeza dgn pemergian jemaah haji kalau dr negara kita.....yg dihantar rombongan keluarga.

Kakak menghantar sms berbunyi...."sapa htr gi airport...sapa baca doa, sapa azan" saya membalas....tiada sesapa htr ke airport...tiada bacaan doa, tiada laungan azan TIADA APA PUN" tetiba hati saya terasa pilu......mengheret pada memori tahun 2000 bila azan dilaungkan oleh ustaz di rumah Ibu di Kg Pandan sblm kakak saya melangkahkan kaki keluar rumah bagi memulakan kembara hajinya.

Kira-kira 30 minit sblm penerbangan, saya menerima panggilan dr sahabat baik Zulhasny......katanya "Imran...kau ok ke? Jgn risau ye, Allah akan pelihara keluarga yang kau tinggalkan lebih baik drp kau jangkakan"

Byk nasihat yg dititipkan oleh Zul....terlalu byk, begitu juga dgn kakak dan kawan baik saya Azuar yg bersms bertalu2. Saya menganggukkan semuanya nasihat2 yg diterima tanda bersetuju....Mungkin ramai yang tidak tahu pada masa itu saya telahpun mengucapkan sesuatu yg tak pernah terlintas di fikiran saya sblm ini....saya juga seakan2 bersedia jika tidak lagi bertemu segala yg telah saya tinggalkan...baik di Paris, Msia, Singapura, Indonesia....dan di mana jua....Di waktu itu...saya benar2 yakin wp nampak sy bersendirian, Allah dan Rasul mengiringi tiap rentak perjalanan saya. Sebelum menaiki pesawat Saudi langkah berganti langkah berulang kali, diselang selikan zikir dan tahmid saya lafazkan"SELAMAT TINGGAL DUNIA".........................

......................bersambung Part IV

Thursday, October 29, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part II - Hasrat Ibu Harapan Jiwa)

Sebaik sahaja menerima visa dr Konsulat Saudi, dan mengkhabarkannya pada keluarga...saya terus ke pejabat. Sahabat2 di pejabat semua menyambut baik....saya ambil borang cuti dr PA Duta....kata PA "Kak Ina rasa mmg dah rezeki En Im, hari tu En Im gi umrah, En Im doakan Kak Ina dapat buat umrah Ramdhan....makbul, masa Kak Ina gi umrah Ramadhan, Kak Ina doakan En Im gi haji....alhamdulillah dah dapat pun visa" Sambil menghulurkan borang cuti......Kak Ina mengomel lagi "heeee......bestnya En Im, doakan Kak Ina ye nanti....eh....kalaulah En Im sempat balik Msia sblm pergi lagi bagus....dpt cium tangan org tua, jumpa adik beradik..................." Saya kata "Mmg pun Kak Ina...tp rasanya tak dapatlah...sbb byk nak siapkan report...selesaikan desk work sblm berlepas, flight tiket balik KL pun mahal.....byk nak belanja ni Kak Ina, lagipun baik saya tumpukan perancangan ke Makkah....saya cadang nak fly hujung Nov"


Sabtu 13 Okt 08 - Isteri saya yg dah sebulan bertungukus lumus menguruskan tiket penerbangan saya ikut bersama-sama ke agensi penerbangan sewaktu masa rehat tengahari pejabat....punya lambat...debaran saya hilang datang......mengalahkan debaran menghadapi tok kadi....saya mula berang dgn perangai agensi yg byk sgt kerenahnya....isteri kata "Im kalau kat sini dah nak marah2....nanti kat Makkah nanti mcmana....tunggu jelah, dorang ni pun lambat sbb keluar lunch". Saya diam seketika.....terus hubungi pejabat dan bg tau saya lambat masuk ofis....Jam 2.30 ptg baru selesai urusan tiket....mak ai, mahal sesgt dlm Euro1,400....lebih dr double dr harga tiket masa musim umrah lalu....apapun alhamdulillah...tiket di tangan, tarikh penerbangan 27 November 2008.



Ahad 12 Okt 08 - Ibu menghubungi saya utk kali kedua slps berita gembira mendapat visa. Bersembang pjg.....tetiba suara sebak Ibu kedengaran...merintih....katanya"Im, kalau boleh aku nak sangat jumpa kau, peluk cium kau sblm kau ke Makkah" saya rasa bagai halilintar menyambar jasad diri.....saya cekal berkata "tak payahlah Ibuk....mahal Ibuk nak dtg sini, Im pun ada ingat nak balik tp...mana sempat....lagi sebulan lebih sikit je ni nak pergi...byk kerja ni" Dlm hati berkata-kata....aku nak sgt pulang bertemu kedua org tua. Ibu terus berkata..."Im kalau boleh aku nak terbang ke sana jumpa anak lelaki bongsu aku....." aku terdiam terus, dan meneguhkan hati..."alah Ibuk...tak pe, tak de apa2 pun, doakan aje..."

Slps tu terima sms dr kakak berbunyi "Alhamdulillah, tahun ini aku dpt hadiah ulangtahun perkahwinan yang besar"......aku terpikir....pe benda pulak...kakak aku ni, jd sy menjawap "apa yg kau dpt, Rahman (suami) bg kau apa, kete, rumah".....beliau menjawab "Hadiahnya ialah - Allah menjemput kau menjadi tetamuNya pada 27 Nov - anniversary aku" Saya terkebil2...adakah ini suratan atau kebetulan.


Rabu 15 Oktober - hati kuat terasa....eh...sblm gi haji aku nak jumpa org2 tua, sanak saudara, kenalan taulan...nak balik Msia...mahal....tanggungjwb kerja juga tak mengizinkan. Tetiba teringat cadangan teman rapat (Azuar Husin) untuk turut serta facebook.....ramai yg dah ajak join sblm ni,tp saya tangguhkan...tp pada hari itu saya mencuba..........Ya Allah...bestnya dlm sehari saya dapat connect dgn puluhan kawan.....saya berkira2...alhamdulillah....insyaAllah sblm terbang ke Makkah....dptlah saya sekurang-kurangnya memberitakan pemergian haji saya kepada rakan2 rapat....bukan niat membangga diri....sekadar memohon maaf, menghalalkan segala2nya sebelum meneruskan kembara agung......sebelum pemergian saya dpt kumpulkan lebih 200 kawan lama...alhamdulillah....harapan diri dimakbulkanNya jua.


Jumaat, 17 Oktober - di pejabat tetiba "En Im...ada faks SEGERA utk En Im dr JPA.....nah" sambil menghulurkan faks yg baru di terima. Mata saya berkaca....hati berbunga....saya dijmpt hadiri kursus di Langkawi dr 28 - 31 Oktober...........khabaran berita gembira tak ku sampaikan pada keluarga di Msia/Spore, cuma aku katakan pada kakak "Ana, kau boleh tak tlg ambik kawan aku sekeluarga di KLIA pada 27 Okt....dia ni org Arab, nak dtg Msia b5 dgn isteri dan anak2...lebih kurang sebaya je dgn family aku". Kakak saya kata "OK, NO PROBLEM, sbb kebetulan cuti Deepavali"

27 Oktober/27 Syawal - suratan atau kebetulan, ia juga tarikh ulangtahun kelahiran saya mengikut kalender Hijrah. Saya tiba di KLIA bersama keluarga...sebaik sahaja ternampak saya, kakak saya bagai tidak percaya....sampai terkujat bulat bijik mata dia melihat saya, isteri dan 3 anak2 di KLIA...tak terungkap kata....suami beliau pun begitu....berkali2 menggeleng kepala. Kami terus dibawa ke rumah Ibu di Kg Pandan. Dlm perjalanan kakak saya hubungi ibu "Ibuk ni kawan Imran si Pak Arab ni nak terus dtg rumah...katanya nak jumpa org tua Imran" Ibu saya menjawap "Eh....Ana...kenapalah si Pak Arab tu....kau kata nak bawa makan pagi dan jln2 dulu......aku tak siap apa pun ni" Kakak katakan "Alah Ibuk...dia kata nak jumpa je...takkan Ana nak kata tak boleh" Kami satu kereta ketawa pecah2 perut. Sampai di laman rumah.....ibu membuka kunci pintu...tertunduk2 dia meninjau dr grill rumah, wajah tetamu Arab yang dijangkakan.....jelas nampak beliau bagai tak yakin tak percaya dgn pdgn beliau sendiri....dia tinjau lagi....sebaik saja kami keluar kereta.....barulah Ibu yakin....anak lelaki bongsu beliau di depan mata..................bygkan sendiri bgm sebak dan gembiranya Ibu dan Bapak :-) hasrat jiwanya dimakbulkan......penghujung Syawal disambut bagai hari raya pertama.


Di Malaysia...saya busy...berkursus, menguruskan hal pejabat, dsbnya. Semasa kursus bertemu sahabat-sahabat lama, di penghujung kursus saya khabarkan berita gembira pemergian haji saya....SEMUA terperanjat...tak sangka.....kerana seingat semua...saya ni jenis cukup sosial dan gila-gila....saya senyum dan berkata "sudah suratNya....saya terima segala seadanya" Paling bermakna...sahabat rapat yg sudah lama tidak berbicara disebabkan tohmahan org....mula berbicara semula...merungkai segala kekusutan selama 4 tahun....maha suci Allah....silaturahim kami dimurnikan semula sblm kembara haji saya bermula. Hiba dan gembira bersatu.....harapan jiwa utk memohon maaf dan memperbaiki segala kekhilafan dlm hubungan sesama manusia, di makbulkanNya.

Di kesempatan itu, alhamdulillah....sempat juga ke Singapura bertemu keluarga dan sahabat rapat - Zulhasny Zulkifli. Keluarga dan sahabat di Singapura byk berkongsi tips ibadah.....pulang saja dr Singapura....ibu dah merencana kenduri doa selamat....berkali-kali saya menolak...hasrat ibu akhirnya saya turutkan jua.

8 November - Kenduri doa selamat.....bagai majlis pertunangan....penuh jemputan......siap ambik katering....ABC kegemaran saya pun dihidang bersama. Ramai yg datang.....terlalu ramai....saya bersyukur dapat bertemu saudara mara yg lama tak bertemu sejak duduk di luar negara....kawan2 rapat turut serta.....cukup bermakna.....Allah penuhi lagi harapan saya utk bertemu semua...alhamdulillah

Ahad 9 November - saya sekeluarga berangkat pulang ke Paris....di KLIA, ramai yg menghantar Ibu, Bapa, Mama Jo (ibu mertua) adik beradik, saudara mara, sahabat....penuh....mmg bagai menghantar org di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Sebak, sayu, pilu....bercampur aduk menyelubungi detik perpisahan....luaran saya COOL saja tp jiwa bergelora bagai meronta, tertanya2 "andai ini adalah perpisahan terakhir buat saya dengan keluarga di dunia"......tepat jam 11.30 mlm kami berlepas pulang meninggalkan bumi Malaysia tercinta...meninggalkan org2 yg tersayang, berbekalkan nasihat keluarga dan teman, membawa harapan serta doa2 yg dititipkan kepada saya utk ke tanah suci Makkahtul Mukarammah.............

.....................bersambung Part III










Labaikallahumalabaik...............(Part 1)

Buat teman-teman semua, apakah pengalaman sepanjang hidup yang tak mungkin anda lupakan. Tentu ramai yang menjawab....pengalaman haji sebagai pengalaman yg paling bermakna. Buat saya, pengalaman haji yang saya sempurnakan tahun lalu (1429/2008) terlalu bermakna...tiada bandingannya.

Perjalanan haji saya yang sebenar bukanlah bermula pada tarikh perlepasan penerbangan pada 27 November 2008.......perjalanan saya bermula pada musim haji tahun 2000, semasa saya menghantar kakak saya untuk penerbangan hajinya.

Masih terngiang-ngiang jelas laungan LABAIKALLAHUMALABAIK LABAIKALASHARIKALAKALABAIK.....oleh jemaah haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada masa itu. Tetiba hati saya tersentak...bagai ingin turut menyahut seruan haji...bagai ingin berada bersama ribuan jemaah-jemaah yang sedang mendaftar masuk untuk diterbangkan ke Tanah Suci...airmata saya bergenangan...entah kenapa....gelodak perasaan begitu ketara...tp saya pendamkan.

Pulang ke rumah org tua....saya bersolat Asar..Maghrib...Isya...bersendirian....jiwa saya masih tidak tenteram....kenapa....mengapa.....saya terfikir mungkin saya terlalu memikirkan kakak saya....tapi tidak....mlm tersebut begitu sukar saya melelapkan mata...sehingga terkeluar kata "Ya Allah aku ingin menunaikan fardhu haji...jemputlah aku...permudahkanlah segalanya bagi ku"....saya ulang berkali-kali....sehingga terlelap mata.

Oktober 2000....saya ke Jepun...3 tahun, dpt anak pertama dan kedua. Julai 2003...kami pulang ke tanahair, alhamdulillah ada sedikit duit simpanan....saya ke Tabung Haji di Putrajaya dan mendaftar.....tarikh yang ditawarkan ialah 2015.....saya berkata "gila ke....takkan lama sgt nak tunggu....kalau nak rayu pun takkan dpt gi dlm masa 2, 3 tahun ni....hmmm...tak pe, rilekslah dulu, ada rezeki nanti adalah". Hasrat haji saya terus saya pendam dan bagai hampir berkubur disebabkan pelbagai bebanan...tanggungjawab...dsbnya....sehinggalah Sept 2006.

Masih jelas diingatan sblm berlepas ke Paris pada 4 Sept....ibu saya berkata "Im...kau ada kata nak gi Haji...." sambil menghulurkan saya 2 set kain ihram. Saya mengangguk, terus mengambil kain2 ihram dan menyimpannya. Air mata bagai di tubir mata...hasrat haji menjelma lagi.....

Sept..Okt...Nov 2006 saya lalui dgn pelbagai kepayahan termasuklah untuk mendapatkan visa diplomatik di Paris. Tanpa visa tersebut mana mungkin saya bisa memohon visa haji dari Konsulat Arab Saudi di Paris. Pertengahan Nov....sebaik sahaja mendapat visa diplomatik, terus saya bertanyakan rakan pejabat samada sempat atau tidak utk saya mengusahakan visa haji 2006...jawabnya ringkas "mana boleh En. Imran...tak sempat dah ni"....saya termenung seketika, tp dlm hati berkata..."ok tak pe, cuba tahun depan"


2007.....saya begitu sibuk dengan urusan kerja......terlalu sibuk....hingga leka dan lupa hasrat haji yang diimpikan....bgmp di bulan pertengahan Oktober saya teringat....terus saya ingin usahakan visa....blm sempat menguruskannya saya di panggil pulang berkursus di Msia sehingga awal November 2007. Sebaik sahaja saya pulang dari berkursus...saya terus hubungi Konsulat Saudi untuk urusan visa...jawapannya "NO NO NO"....saya betul2 terkilan...terkilan yang amat sgt.

2008 menjelang...suatu hujung minggu di bulan Februari, saya menghubungi KL spt biasa...berbual dgn keluarga, tetiba kakak saya bercerita cadangan beliau untuk berumrah, kakak bertanya "eh...Imran, kau nak tak pergi umrah"....saya menjawab "umrah??? ala...aku ni kalau boleh nak mcm kau jugak...nak gi haji dulu...sbb itu yg wajib". Seterusnya kakak menjawab "alah tapi tak salah kalau gi umrah dulu...mana tau lepas tu kau gi haji". Saya ambil lewa dan bertanya "bila cadangan kau nak gi umrah tu?" kakak menjawab "hujung Mei", bingkas saya menjawab "Ohhhh....hujung Mei....confirm tak boleh ikut sbb aku ada projek di Msia time tu kalau jadi".....sedang saya menyebut perkataan "confirm" tetiba hati aku berdetik....eh....macamana boleh kata mcm tu...kan semua ketentuan Allah. Lalu saya menjawap semula dgn kakak saya "tgklah dulu, kalau projek tu tak jadi, insyaAllah aku ikut"...jauh di sudut hati saya tak mengharap langsung sebab mmg saya sendiri tak pernah plan utk berumrah sblm haji dan projek di Msia yang direncanakan adalah penting terlalu penting untuk byk pihak atasan.

Sebaik sahaja meletak gagang telefon, isteri bertanya "kenapa yang Im tak nak gi umrah dulu?". Saya terperanjat dgn soalan isteri...dia terus menyambung, "kalau projek kat KL tu tak jadi, Im bawaklah kita sekeluarga gi umrah Mei nanti" Saya tersenyum sinis, dlm hati berkata..."eh betul ke dia ni, nak gi umrah...." saya bertanya isteri "betul ke nak gi umrah...kenapa?" Isteri menjawab "Yaya dah bosan dgn Europe...balik2 tgk benda sama...kita gi jelah umrah...tgk lain sikit" Saya tak kata apa...diam je....sbb tak yakin dgn hasrat isteri...ikhlas atau tidak.

Pertengahan April 2008, saya dimaklumkan projek di KL, dibatalkan di saat akhir. Saya menghantar sms kpd isteri "tak jadi balik KL bulan mei nanti, tak dapatlah bawak balik kunyit, kicap, sos dll tu"....Balasan sms isteri berbunyi "mcm tu...jadi ke kita nak gi umrah" Saya kaget...betul ke ni...mmg saya dah sebut dah janji. Di pendekkan cerita, kami sekeluarga menjalani ibadah umrah bersama ibu, bapa, kakak, abang dan anak saudara. Pengalaman yg cukup manis yg pernah saya catatkan di n3 sblm2 ini.

Pada minggu pertama sepulangan saya dari umrah....setiap malam saya mimpikan Makkah dan Madinah....without fail....sampai Eiffel Tower pun saya nampak bagai menara-menara Masjidil Nabawi.. Minggu ke2....setiap berselangan malam saya mimpikan kedua-dua kota suci...begitu juga minggu ke3....NEKAD saya buat keputusan utk tunaikan haji pada tahun yg sama.

Syaaban 1429 (2009) saya ke Konsulat Saudi utk mendaptkan visa haji...kata konsulat "My dear Mr. Imran....you are very very very the early" sambil menjegel mata kpd saya dan tersenyum. "Now u take back ur passport, I promised you, that u will get ur visa in Syawal...but please only come and see me a week after Syawal" Saya pulang hampa....

10 Oktober 2008...kira2 seminggu Syawal...saya ulang semula ke Konsulat Saudi...sepanjang perjalanan hati saya berdegup kencang....bagai di palu...bergetar dan berdebar...ntah mengapa. Saya hubungi KL...hubungi rumah...semua ok...tertanya-tanya saya....kenapa saya berdebar semacam....Sampai di Konsulat...berjumpa pegawai2 di Konsulat yang mmg sudah mengenali saya.....caya tak caya dlm masa 10 minit visa haji saya diserahkan kpd saya....sekaligus segala debaran hilang serta merta...kata pegawai "Welcome to the Holy Land of Allah....u've been chosen...alhamdulillah" Saya terus mengambil paspot dan melihat visa tersebut...bagai tak percaya....mudahnya bila diizinNya.

Saya terus hubungi ibu memberitahu khabaran gembira....hati melonjak...hubungi isteri beritahu perkara yang sama. Dalam hati saya berkata-kata "bagusnya kalau sblm pergi haji nanti saya dapat pulang seketika ke Malaysia dan Singapura, untuk temui keluarga dan sanak saudara" tp saya terpikir juga...takkanlah saya dapat semua yg diharapkan ini........................

..............................bersambung

Saturday, October 24, 2009

1Malaysia Hari Raya Open House - Paris (4 Oktober 2009)

1Malaysia Hari Raya Open House yang dihoskan oleh YAB PM telah berlangsung dgn jayanya di Pavillion Dauphine Paris pada 4 Oktober 2009....jom tgk sikit gambar2

govt crest


just b4 it started


Twin Tower ice carving

interior of d venue

macaroon


sedap ni pastries ni...yummy


finger food...ni, tak makan pun tak pe...muak semacam :-)


food deco


silalah menjamu selera


my LOVE :-)


cepat2...jom petugas makan dulu....jap lagi org lain serbu...jgn harap kita dapat



dah mula dah....jom beratur


Hadi....akhirnya dpt satay idaman :-D


Amirah dgn Nadia....dpt roti canai pun jadilah


dah mula ramai


flew all the way from istana budaya...TQVM


mmm....makin ramai...


silakan....silakan


hai...beratur nak makan char kue teow punya pjg....kita mkn macaroon jelah dulu :-)


pheewww...PENUH


malam kian hangat.....



YAB PM tgh bg speech tu

dah mlm pun masih penuh


Hadi fell in luv with this place at a first sight, he said "Bapak...i want a house like this"


terpinga2 Hadi tgk tmpt ni


proud to be Malaysian


Amirah....dah letih


Amirah letih....Nadia masih boleh senyum lagi tu....hehehehe


senyumlah sikit Amirah....masamnya

Bapak i like this flag....can u take a photo of me like this....


m also proud to be Msian :-)


ada pulak yg sehati berdansa




SAYA ANAK MALAYSIA.....Hadi


2 buddies with the twin towers


Bapak can i bring this home :-S


I want it also Bapak


Its mine....am the one who was born in KL...not both of u (Hadi, Nadia)

with my 3rd Secretary (Nik Sarina) family....mcm 1 tema pulak - PURPLE

Actually byk sgt gambar...tp takut pulak nanti ada copyright issue....hehehehe...hope u guys njoy this