Followers

Monday, November 30, 2009

Kurniaan Allah di Aidil Adha - 10 Zulhijjah 1430

Alhamdulillah, pada Hari Raya Aidil Adha - 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November 2009, jam 9.30 pagi, kami dikurniakan seorang lagi permata hati. Pada hari yg sama saya diminta membuat pendaftaran kelahiran bayi di Mairie XVI Paris (majlis perbandaran), tanpa saya sangka, pihak Mairie XVI terus meminta nama penuh bayi.........Apa agaknya nama yg terlintas di fikiran tuan/puan semua? Saya menanti jawapan semua esp dr empunya blog PDKM....silakan menerka...............
......bersambung
Tuan/Puan semua belum pun sampai 1 hari saya kenalkan anak ini kpd dunia, saya telah terima puluhan tekaan nama yg ada antaranya cukup menarik dan seharusnya saya timbangkan sblm membuat pilihan. Ada juga antara nama yg tuan2 tekakan turut saya dan keluarga bincangkan sblm kelahiran. Antara nama2 yg diteka adalah:-
  • Lutfil Azlee
  • Azlee Adha
  • Iman Nur Rahman
  • Mohd. Adha Ibrahim
  • Muhammad Azli Lutfil
  • Mohammad Amirul Azli
  • Muhammad Rahman
  • Muhammad Tauhid Rahman
  • Abid Rahman
  • Mohd. Taufiq
  • Mohd. Tauhid
  • Lutfi Rahman
  • Lutfi Syafik
  • Muhammad Syukur
  • Muhammad Azli Adha
  • Amirul Adha
  • Habibul Rahman
  • Imran Paris Jr
  • Lutfil Azlee
  • Muhammad Azizul Rahman
  • Lutfil Adha
  • Muhammad Aidil Adha
  • Qurbani
  • Muhammad Azlie Rahman
  • Muhammad Adha Azlie
  • Ibrahim
  • Ismail
  • Muhammad Azli
Yg paling mencuit hati tentunya tekaan dr Glasgow yg meneka "Qurbani" Bgmp, setakat ini....nama2 yg diteka masih belum tepat....saya bagi sedikit lagi clue, demi merakamkan cinta saya pd Rasul dan mendapat keberkatan...."Muhammad" adalah sebahagian dari nama anak kecil ini. Selain itu, Kak Zie yang meneka 3 kali telah dpt meneka dgn tepat sebahagian lagi namanya dr salah 1 tekaan nama yg dicuba.....tp apakah nama penuh anak saya ini....silakan terus mencuba :-)
...............bersambung lagi ni.....
Wahai kakak2, abang2, adik2, sahabat2 ku yg baik budiman, spt yg dijanjikan sblm tamat waktu pejabat di Malaysia, saya kenalkan...nama anak kecil ini ialah IMAN MUHAMMAD RAYN(disebut Rayyan)........ Harap berkat nama ini....Kak Zie, En Li...inilah erti IMAN yg pernah kita sama2 bincangkan kira-kira 2 minggu lepas
Oklah sapa pemenangnya ye???

Tuesday, November 24, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XVII - Tanpa Jemu, Hidup & Mati ku hanya untuk Mu)

Sesungguhnya hari2 yg berlalu di Madinah membawa pelbagai kenangan serta kaguman yg tidak mungkin dilupakan. Ziarah ke Madinah kali ini tambah bermakna dgn sambutan ulangtahun kelahiran yg ke 38 yg di"raikan" di Ba'qi.
Pada hari ulangtahun itu juga aku diberikan hadiah yg teramat istimewa sbg tetamu Rasul di Masjidil Nabawi. Selepas solat Jumaat sedang aku mengaji, aku teringatkan peluang2 jemaah yg aku lihat dapat bersolat fardu di Raudah, ada juga yg dapat beribadah di Raudah dr satu waktu solat fardhu ke satu lagi solat fardhu yang lain. Aku langsung tidak cemburu namun berharap dan berdoa agar aku diberi peluang yg serupa, sekurang2nya bersolat Maghrib di dalam taman syurga. Slps bersolat Asar di saf2 hadapan aku meninjau2 peluang utk memasuki Raudah, hasrat di hati utk memasukinya slps waktu Maghrib dan berharap dapat terus di Raudah sehingga Isya'. Aku beratur dengan tenang disebalik kesesakan ribuan jemaah, dalam sekelip mata aku sudah memasuki Raudah. Aku bersms dengan isteri, kakak, abang dan adik perempuan "Im kat Raudah skrg ni, ada apa2 nak kirim doa". Secepat kilat mendapat balasan drp semua. Aku mengambil peluang berdoa, mengaji dan berzikir, sehinggalah azan Maghrib dilaungkan betul2 di ruang atas (platform) Raudah. Semasa azan berkumandang dada bagai berombak2 menahan sendu. Aku cukup teruja di beri peluang bersolat fardhu Maghrib di taman syurga.
Sebaik sahaja selepas Maghrib, aku menunaikan solat2 sunat, dalam hati berkata "Ya Allah baru tadi pagi aku kata aku nak solat fardhu di Raudah, aku nak berada di Raudah antara 2 solat fardhu....dah dapat dah...alhamdulillah, mmg hadiah yg tak terhingga nikmatnya". Aku bersolat dan terus2an bersolat sunat, di hati berkata2, "tentunya peluang di sini tak lama, kejap lagi kenalah tarik keluar dgn guard2 Arab ni" sambil melihat jemaah2 di arah dan diseret keluar dr Raudah oleh petugas2 keselamatan Masjidil Nabawi. Setelah puas bersolat aku menunggu giliran ku utk di arahkan keluar....tunggu dan terus menunggu....pelik lagi ajaib, aku dan ramai juga jemaah yang lain, terus dibiarkan berada di dalam Raudah. Beberapa ketika kemudian, azan Isya' dilaungkan, bergenang airmata ku mensyukuri nikmat berada di Raudah dr sebaik shj slps solat Asar sehinggalah solat Isya'. Aku tidak bersendirian, aku nampak bbrp jemaah lain ada yang menyeka airmata dan bersolat sunat sblm solat fardhu Isya. Sebaik sahaja selesai bersolat Isya' aku bingkas bangun dan membuat solat sunat lagi. Dari kini kanan dan belakang aku keadaan menjadi sedikit kecoh, aku tidak hiraukan langsung. Rupanya aku sedari petugas2 keselamatan mula menarik layar2 pemidang di kawasan Raudah bagi memberi peluang kepada jemaah wanita memasuki Raudah. Kebetulan aku berada di saf pertama ruang Raudah yg akan menempatkan jemaah wanita, yang dijadualkan masuk kira2 setengah jam lagi.
Di ruang hadapan Raudah (tmpt yg terus dikhaskan utk jemaah lelaki sahaja), aku nampak ramai jemaah yg bersama aku tadi telah diarah keluar bagi memberi peluang pada jemaah lelaki lain. Aku terkesima "Ya Allah, aku dilayan bagai tetamu diRaja, diberi ruang solat di Raudah dr Asar hingga ke Isya'. Selesai Isya, aku masih di sini, diruang yg agak kosong ini, cukup selesan dan mendamaikan.....Subhanallah". Aku bagai tak percaya mendapat peluang sebegitu, di ruang tersebut aku dan hanya bbrp jemaah lelaki sahaja (kira2 10-15 jemaah) bagai di kuarantin utk terus beribadah di taman syurga....satu pengalaman yg tak akan aku lupakan sehinggalah tiba masa mendapat tempat disyurgaNya kelak.
Terlalu banyak kisah di Raudah yang ingin aku bicarakan, namun cukup aku katakan aku benar2 bersyukur atas segala nikmat dan pengajaran selama berada di taman syurga. Tambah manis lagi indah pengalaman berada di Raudah utk tempoh masa yg lama sptmana yg aku lalui pada hari tersebut, bukanlah berakhir pd hari itu, berturut2 pada 2 hari berikutnya aku diberikan peluang yg sama....sehinggalah aku sendiri memutuskan utk tidak terlalu mengutamakan kuantiti masa sebaliknya memastikan kualiti masa yg digunakan setiap kali berada di Raudah. Hari2 slps itu...aku tetap memasuki Raudah...setiap hari sehinggalah hari terakhir di Madinah.Satu kisah yg tidak akan aku lupa bilamana melihat seorang jemaah separuh usia menadah tangan menangis terisak2 tika aku sedang leka mengaji. Aku berhenti dan merenung sambil cuma memahami apa yg didoakan jemaah yg aku kira berbangsa Arab, secara kasar aku simpulkan beliau mendoakan kesejahteraan pejuang2 Islam serta keluarga penjuang syuhada di seluruh dunia....airmata ku mengalir sama, mengalir mengenangkan kejahilan dan kesombongan diri yg jarang atau boleh aku katakan tak pernah mendoakan pejuang2 tersebut sedangkan diberi peluang berkali2 dan dlm masa yg panjang di Raudah. Aku kesal...teramat kesal, terus aku cari ruang duduk lebih berdekatan jemaah tersebut dan mengAMINkan segala yang didoakannya tanpa beliau sedari sehingga tamat doa beliau.
Mengenangkan peluang yg lama berada di Raudah bukanlah niat aku utk mengagungkan diri (nauzubillah), apa yg ingin aku sampaikan adalah - Jika org yg spt aku yg jahil dan jauh dr kesempurnaan, diberikanNya peluang sebegitu, YAKINLAH saya percaya, semua yang lain boleh mendapat peluang yg sama, tp spt yg saya katakan....pentingkan KUALITI bukan setakat kuantiti saja....berada lama di Raudah tak mungkin menjanjikan apa2 jika kita tak bersungguh dlm mendapat keredhaanNya.
Pada hari-hari seterusnya di Madinah, aku mengikuti ziarah luar Madinah yang dikelolakan oleh TH.....alhamdulillah, wp tmpt2 yg dilawati pernah aku ziarahi sblm ini (semasa umrah 6 bulan lalu) aku tetap teruja dan mendapat byk ilmu2 baru dari tourist guide yang merupakan pelajar Malaysia di Madinah Islamic University. 2 pengalaman yang paling mengesankan adalah semasa membuat lawatan ke Bukit Uhud dan kemudiannya ke Masjid 2 Kiblat.
Semasa di Uhud, perasaan saya menjadi terlalu sebak....ntah mengapa, semasa pelajar tersebut menceritakan senario peperangan Uhud, saya yg sememangnya amat menggemari bidang sejarah semasa sekolah dan pernah mendapat pendedahan ketenteraan serta keselamatan, berilusi jauh. Episod Perang Uhud bagai tersorot satu persatu di layar mata dan hati. Bagai saya boleh bayangkan teknik serta stetegi perang yg direncanakan oleh Rasulullah dan kecekalan tentera Islam dlm menghadapi kekalahan. Pelajar tersebut menceritakan tentera Islam kalah disebabkan terbunuhnya seorang pejuang syuhada (saya lupa namanya) yang cukup rapat dgn Rasulullah dan mempunyai rupa seiras Rasul pilihan. Pihak musuh meraikan kematian beliau dan bersuka ria serta mewar-warkan yg Rasulullah telah berjaya dibunuh. Berita ini disambut gundah oleh semua pejuang Islam yg turut menyangka Rasulullah telah terbunuh dan sekaligus membunuh semangat juang pejuang Islam sehingga mengakibatkan kekalahan Islam. Mendengar peristiwa yg diceritakan saya termenung jauh....terlalu jauh sehingga terdetik di hati "Sanggup ke aku mati kerana agama, sanggupkah aku mati dlm keadaan yg sama, kalau aku hidup di zaman Rasulullah, dimanakah aku sebenarnya.....bersama tentera Islam atau bersama kaum munafik".....aku tertanya2 dan berjalan sendirian ke makam yg menempatkan para syuhada.....berdoa dgn penuh kesayuan....melihat Bukit Uhud yg kemerah2an.....bagai dibasahi darah syuhada. Aku tertanya lagi "apakah ada peluang utk org2 spt aku utk mati syahid?" persoalan demi persoalan bermain diminda sehingga saat meninggalkan Uhud....sewaktu kaki meninggalkan bumi Uhud, ku bagai rasai panasnya darah pejuang syuhada masih kekal terasa sungguhpun sudah berkurun lamanya.
Manakala di Masjid 2 Kiblat, pelajar tersebut menceritakan kesungguhan Rasulullah yg berdoa kpd Allah berterusan setiap saat masa tanpa jemu selama kira-kira 16 bulan dlm usaha Baginda memujuk Allah memberikan arah kiblat baru kerana umat Islam sering menjadi mangsa ejekan Yahudi yg turut berkiblatkan Al-Aqsa ketika itu. Di akhir 16 bulan berdoa, barulah Allah makbulkan dan berlakulah peristiwa 2 kiblat yang merupakan pusingan setentang 180 darjah dr arah kiblat terdahulu. Mmg saya kagum dgn pertukaran kiblat tersebut....sejak dulu lagi, namun apa yg lebih mengkagumkan adalah kecekalan dan sikap tidak berputus asa Rasulullah yg berdoa dan terus berdoa utk mendapat apa yg diharapkan oleh umatnya ketika itu. Cukup agung pengorbanan Rasul, dlm hati berkata "kau tgk....16 bulan berdoa baru dapat, ni kau, kekadang baru 1,2 minggu doa dah malas nak doa, malas nak usaha lagi..... apalah. Padahal apa yg kau doa tu utk diri sendiri, bukan utk agama pun....hebatnya Rasulullah" Aku memasuki ruang masjid, bersolat dan terus memikirkan perihal doa selama 16 bulan...."hebat betul Baginda, padahal yg didoakan tu bukan hal peribadinya, Dia mintak kat Allah tunjukkan Kiblat pun utk org solat kpd Allah....itupun Allah makbulkan lepas 16 bulan, padahal kalau Allah nak mudahkan.....anytime je Allah boleh bg petunjuk slps sekali Rasul berdoa....." Dalam diri terfikir kerendahan akal sendiri sblm ini, hati terdetik lagi "sedangkan Rasul yang merupakan kekasih Allah dibiarkan berdoa utk agama Allah selama 16 bulan, nikan pula kita yg bukan pun kekasih dan berdoa meminta benda yg bukan pun menegakkan agama....takkan mudah2 Allah nak bagi, usaha, doa dan niat kena betul dan benar2 jujur, sebaiknya segalanya demi mendapat keredhaanNya....baru makbul". Aku pulang ziarah hari itu dengan penuh kesyukuran atas pengajaran2 yg dihidayatkan.
Dlm kesibukkan aku di Madinah, aku sedari hampir kesemua rakan2 rapat terutamanya dr Mesir yang dikenali semasa di Makkah tempohari tidak dapat aku temui di Madinah....walhal kami tinggal di hotel dan aras yg sama. Aku tak langsung bertemu Hj Sabli, Hj Yahya dan Fauzi, cuma sempat bertemu Ustaz Yazid dan Pak Ya....itu pun cuma seketika, saat mereka berlepas pulang dr Madinah ke Jeddah. Terharu di saat bepisah namun aku bagai yakin 100% akan bertemu semua samada di Mesir ataupun di Malaysia, satu hari nanti. Manakala saudara mara yg ingin aku temui, semuanya aku temui di Madinah. Keluarga makcik isteri (Mami Idah dan Pakcik Yahya) yg tak aku jumpa di Makkah turut bertemu, rupanya mereka sekeluarga menginap di Madinah Oberoi Hotel iaitu betul2 di hadapan Al Haram Hotel yang aku nginapi. Kak Zauyah, Abg Razak, Ani, Ahmad yang semuanya menginap di Movenpick selalu juga aku temui.....dan setiap kali menjejak kaki ke Movenpick Hotel aku akan menjamu selera aiskrim Movenpick kegemaran yg jual sedikit murah drp harga di luar hotel berkenaan. Oh...tentunya aku bertemu sahabat bernama Hafiz di souq Andalus Plaza Hotel utk mengucapkan terima kasih atas doa2 yg beliau titipkan kepada ku yg mungkin turut merealisasikan hasrat aku utk menunaikan haji pada tahun tersebut.
29 Disember/1 Muharram di Madinah, selepas Syuruk aku mengaji di ruang berpayung dlm Masjidil Nabawi. Menjelang Dhuha, payung2 dikuncupkan, sinaran matahari yg menyilaukan menimbulkan hasrat utk aku pulang ke hotel. Sementara berjalan menuju ke pintu keluar, aku ternampak ada siling yg sudah sedia terbuka, di hati berbicara "eh...Im, apa kata kau baca Quraan kat sini, sedap ni berangin" sambil aku duduk betul2 di tengah2 bukaan siling berkenaan. Semasa membuka Quran hati berdetik "Ya Allah, kan baik kalau aku dpt tgk kebesaran kau di langit Madinah ni" jauh di sudut hati menyimpan harap dpt melihat kalimah Allah yg tidak dapat aku saksikan di kaki langit Arafah semasa wukuf tempohari. Namun harapan yg tidak sedikit pun disertai desakan. Seterusnya aku mula membaca, belum pun habis 1 mukasurat, aku membetulkan duduk ku, tangan kiri di peha dan tangan kanan memegang Quraan....aku mendongak ke langit. Subhanaallah....JELAS sejelas jelasnya, aku nampak kalimah ALIFF LAM LAM HA di langit Madinah......aku merenung tak berkelip terpegun hingga tidak sempat berkata atau berbuat apa2. Selama agak2 1,2 minit aku menyaksikan kalimah Allah......aku tunduk mengaji baru terasa sebak di dada melihat kebesaranNya sendirian di langit Madinah....bumi bertuah berkembang pesatnya agama Allah yg dipimpin oleh Rasulullah sehinggalah saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di Madinah juga aku dpt menyelesaikan juz ke 30 pada 30 Disember 2008/2 Muharram 1430. Alhamdulillah. Aku begitu pelik, jika semasa ketibaan aku pada 27 Nov di Jeddah aku mengambil masa kira2 3 -4 jam utk membaca 1 juz, tetapi bila biasa mengamalkan Quran aku boleh membaca 4,5 juz dlm masa 1 hari. Subhanallah. Keesokkannya aku menumpukan perhatian dengan membeli belah memandangkan tarikh perlepasan pulang terlalu hampir. Slps solat Subuh, aku mencari beberap tandamata buat keluarga dan kawan2. Memandangkan beg sudah terlalu berat, aku bercadang membeli sesuatu yg kecil dan ringan...Tasbih tentunya. Sebaik shj keluar dr Masjidil Nabawi, sblm sampai di Al Haram Hotel aku ternampak tasbih yg cukup menarik pandangan aku...tasbih mutiara dan batu coral (lu'lu' wa marjan)...teringat Surah Ar-Rahman yg sememangnya baru je aku baca mlm sblm itu. Tawar menawar sehingga mendapat harga yg aku inginkan aku berkata "Saya mau beli 5, tp saya tak bawa dompet skrg ni, saya dtg nanti sblm atau slps Zohor". Penjual warga Indonesia di kedai itu berkata "Boleh Bapak, lagipun skrg ni saya tak punya 5 tasbih ni, cuma ada 3 saja....nanti saya cuba carikan 5 ye.....tp Zohor nanti saya tiada di sini, jumpa teman saya ya Pak.....nanti saya simpankan, nama Bapak siapa?" Aku memberi nama dan terus pulang ke bilik.
Di bilik aku berbaring dan berbual dgn anak Uncle Salim yg belajar di sekolah agama, aku bertanya "Dik....surah Ar-Rahman turun kat mana, Makkah ke Madinah". Tanpa mau memalukan aku beliau menjawab "Alah, uncle ni buat2 tak tau pulak...takkan uncle tak tau, saya tgk uncle hari2 dgn Quran je" Saya senyum dan menggeleng kepala menjawap "Bg tau jelah mmg uncle tak tau...baru skrg ni uncle mula balik baca Quran". Beliau terus menjawap "surah tu turun di Madinah uncle....kenapa uncle tanya". Bagai satu kebetulan. Saya bingkas bangun dr perbaringan terus mandi, menukar pakaian dan bagai tidak boleh menunggu lagi, saya terus keluar ke kedai tasbih tadi. Semua di bilik bertanya "Imran...kau nak ke mana??? Baru je kau balik...kata tadi nak rehat?" Aku senyum dan terus keluar tanpa berkata apa2.
Di kedai, penjual tadi juga agak terperanjat melihat kehadiran aku yg jauh lebih awal dr jangkaan beliau. Terus melayan dan memberi aku 3 tasbih tersebut. "Eh...saya mau 5...kenapa bg 3?" saya bertanya. Beliau menjawap "Maaf ye Pak Imran...sudah kehabisan...ada 3 saja yg tinggal, ni sebenarnya stok bulan Ramadhan...skrg sudah out of stock" Aku membayar dan mau terus meninggalkan kedai. Penjual menahan dan bertanya "Pak Imran, mengapa ye Bapak dtg lebih awal dr yg dijanjikan?" Saya menjawap "ooo...tak de apa, saya suka surah Ar-Rahman....kebetulan sy baca surah Rahman mlm tadi, kebetulan juga arwah Bapa Mertua saya bernama Abdul Rahman.....td di bilik bila sy tau surah Rahman turunnya di Madinah, saya terus dtg....mau pastikan saya dpt beli tasbih ni cepat2...takut org lain beli. Mmg saya nak sekurang2nya 3, mau bagai pd org2 paling rapat dgn saya...Ibu saya yg kebetulan juga asalnya dr Indonesia, Makcik saya yg pernah menjaga saya semasa kecil dan juga Kakak saya. Kalau boleh saya mau lagi 2 tasbih...mau beri pada ibu mertua dan isteri.....". Beliau mengangguk2 dan tersenyum, membalas "baguslah Pak...moga berkat". Kami bersalaman, sempat saya bertanya "eh....Bapak ni nama apa ya?"....Beliau tersenyum menggeleng-gelengkan kepalanya menjawap selamba "Nama saya Abdul Rahman juga Pak". Saya benar2 terperanjat....bagai KEBETULAN segala2nya.
Ptg tersebut, rakan2 sebilik (Hj Nakhafi dan Uncle Salim sekeluarga) pulang ke Singapura melalui Jeddah. Alhamdulillah, aku sempat bertemu dan mengucapkan slmt jln pada kesemua mereka pd petang tersebut. Kesedihan jelas tak terbendung oleh kesemua mereka....dlm hati aku berkata "nanti esok mcmana pulak aku....tp aku rasa ok kot, tak sedih mana sgt...taklah mcm aku nak tinggalkan Makkah hari tu". Mlm tersebut aku menerima 2 tetamu - Hj Salleh dan seorang lg petugas TH yg aku tak ingat namanya tp takkan aku lupa jasa2 mereka yg byk membantu aku di Makkah tempohari. Sy bertanya sebab kedatangan mereka berdua, mereka berkata mereka ingin membincangkan butiran terperinci urusan perlepasan aku dr hotel ke Madinah International Airport.
Khamis, 1 Januari 2009/4 Muharram 1430. Berpuasa. Aku bangun Subuh, ke Masjidil Nabawi....subuh terakhir di sini. Aku rileks. Slps Subuh aku sempat masuk ke Raudah, slps solat2 sunat, hati berdetik "Eh Im, kau dah khatam 1 kali di Makkah, 1 kali di Madinah.....setakat ni je ke...what's now??? Cukup ke 2 kali khatam....kau patut teruskan mengaji, apa kata kau cuba ngaji mcm Ustaz Yazid cadangkan....khatam tiap bulan....kalau busy sgt pun at least mengaji setiap hari....mana tau dpt khatam 1 kali dlm masa 2 bulan pun bagus" Mengira2...."eh, ni dah 4 Muharram, kalau nak baca 1 juz 1 hari, maknanya kena kejar selesaikan 4 juz, sehari 2 ni.....tp mesti boleh, hari tu kau boleh baca 4 -5 juz 1 hari...MESTI BOLEH" Aku terus mengambil Quran dan mula membaca Al Fatihah dan Al-Baqarah. Membaca dan terus membaca sehingga tiba waktu dhuha. Aku keluar dr Masjid utk ke hotel...pelik cuaca mendung....mendung sesangat. Aku berfikir "ooo...mungkin awal lagi kejap lg adalah matahari" Aku pulang ke bilik dan berkemas2...sempat last minute shopping utk sahabat2 rapat di Paris. Aku lalui Zohor sptmana biasa...slps Zohor, makan dan mengaji. Cuaca Madinah kekal mendung. Aku bersms dgn Kakak "Ana, hari ni Madinah mendung terus2an, suram dan redup je" Kakak menjawap "Madinah pun sedih sbb tetamu Allah nak pulang". Bagai benar apa yg di sms, sememangnya aku lihat ramai yg meninggalkan Madinah hari itu....termasuklah aku sendiri. Slps Asar aku yg bersolat di saf2 hadapan masjid terus membuat ziarah wada' kpd Rasulullah, saat melalui Raudah dan makam baginda....dada terasa sebak....kaki teramat berat, aku cekalkan diri mengucapkan Slm dan Slmt Tinggal kpd Rasul pilihan....dan terus keluar dr Masjidil Nabawi. Pelik lagi ajaib, sebaik sahaja keluar dr makam Rasul cuaca di luar masjid menjadi terang benderang....cahaya matahari bersinar tiada mendung tiada awan kelabu. Aku kehairanan....terus melangkah ke hujung satu lagi Masjid utk mengambil sandal yg aku tinggalkan. Kira2 7,8 minit berjalan, blm sempat mengambil sandal....cuaca kembali mendung semendung-mendungnya. Aku sedikit sebak namun aku biasa2kan saja melawan rasa.
Pulang ke bilik berehat dan mengemas lagi beg. Berbuka puasa dgn zam zam dan tamar, aku bersolat jemaah Maghrib. Sempat lg bersolat di ruang atas Masjidil Nabawi.....cuaca terus mendung. Sebaik shj lepas solat aku sempat mencuri2 pandang Raudah dan Makam Baginda dr atas dan terus bergegas keluar dr perkarangan Masijidil Nabawi. Naik ke bilik mengambil beg dan terus keluar dr hotel. Kenderaan GMC sedia menanti wp sedikit lewat. Aku menerima sebotol besar zam zam atas ehsan petugas TH yg juga aku lupa namanya, orgnya muda, hansem bagai adik kpd aku...byk beliau membantu selama aku di Al Haram Hotel, namun buah tangan terakhir (zam zam) yg beliau beri benar2 buat hati aku tersentuh...memandangkan mengikut paraturan sbg jemaah haji luar negara, Kerajaan Saudi tidak menyediakan air zam zam. Aku tidak mengetahuinya dan tidak pula membawa zam zam dr Makkah tempohari. Jasa petugas tu hanya Allah yg membalasnya.
Aku menaiki GMC sekali lg dgn Tuan Hj Salleh dan seorg petugas Madinah Fitri namanya, berketurunan Melayu mungkin seusia dgn aku, dilahirkan di Madinah dan kini berkerja di Jeddah. Kami bertiga berbual rancak sepanjang perjalanan ke Madinah Airport yang hanya 30 minit saja dr hotel. Tiba di airport Hj Fitri dan Hj Salleh membantu urusan check in dan sebagainya. Selesai dlm sekelip mata, aku bagai tak percaya begitu mudah urusan di sini....spt juga urusan check in aku di kaunter Saudi Air masa di Paris tempohari di saat perlepasan ke Jeddah. Mereka berdua menghantar aku sehingga ke gate keselamatan. Aku bersalaman dgn Hj Salleh....tetiba perasaan sebak yg teramat sebak terbit di jiwa....beliau memeluk aku dgn erat....aku masih menahan gelora yg meluap2. Aku memeluk Hj Fitri yg baru aku kenal kira2 45 minit tadi.....tanpa dpt aku kawal lagi aku bagai kehilangan nafas, dada berombak kencang, ganas bergelora...aku menangis terisak-isak sampai menggigil seluruh badan. Hj Fitri cuba menenangkan aku dgn memeluk aku erat2 dan terus bertanya "Hj Imran....kenapa ni...kenapa ni...mengapa tiba2 Tuan Hj jd mcm ni....jgnlah" beliau seakan kehairanan mengapa aku yg tadi berbual rancak dgn beliau di dalam kereta tetiba menangis terisak2 bagaikan anak kecil. Aku hanya menggeleng2 kepala....sendiri tak mengerti mengapa. Dr ekor mata aku lihat Hj Salleh tertunduk di sisi dgn lingangan airmata juga. Hj Fitri terus memeluk erat, dan tanpa aku rencana terpacul keluar dr mulut aku "Saya cemas....saya cemas, saya cemas" Fitri bertanya kehairanan...."cemas kenapa....kenapa haji, apa yg dicemaskan" aku membalas "saya cemas jika Allah dan Rasul tak jemput lagi saya menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah"....saya terus menangis dan menangis. Hj Fitri memeluk aku dan berkata "MasyaAllah, SubhaAllah, Hj...percayalah, tentu Hj akan dtg lagi ke sini...saya akan doakan ye....sudahlah Hj, jgn bersedih lagi" Airport Madinah kosong tika itu.....petugas keselamatan, petugas imigresen semua melihat apa yg terjadi....aku bagai tak kisah apa lagi. Slps reda gelora, aku menarik beg dan terus masuk ke boarding gate. Di dalam boarding gate, aku terus mencari tmpt duduk dan mengaji dan terus mengaji Juz ke 2 Surah Baqarah...airmata terus menitis satu persatu di lebaran surah yg di baca. Aku cekalkan hati memujuk diri "Im, nanti kau dtg lagi, dtg dlm keadaan yg lebih sempurna" aku terus mengaji. Hati berdetik lagi "Im...kalau kau betul2 sayangkan Allah sayangkan Rasul, kau mesti terus mengaji mesti tetap dgn Al-Quran" sambil bertekad aku berdoa sblm meninggalkan bumi Madinah agar dipermudahkan utk terus kekal mengaji setiap hari sepanjang tahun sehingga akhir usia.
Tiba masa berlepas, mata terus berkaca2, aku mendaki tangga pesawat, langkah yg di atur serasa berat. Kaki yg memijak bagai terpasak di bumi, kepala bagai terpasung di langit Madinah al-Munawarrah....hati kekal di Makkaahtul Mukarramah. Menunggu saat perlepasan, aku terus mengaji.....dengan nada sebak terisak keseorangan di tempat duduk aku ditemani airmata membaca bait2 akhir Ayat 231 - Surah Al-Baqarah, di saat akhir kapalterbang tidak lagi menjejak bumi Madinah. Aku ucapkan selamat tinggal pd Madinah, dr ruang udara Madinah ku lihat Masjidil Nabawi bergemerlapan...bagai melambai2 agar aku kembali, hati terus berkata2 "Ya Rasul, memang tak ditakdirkan kita bertemu di dunia....aku redha asalkan aku dpt selalu menziarahi Mu di sini......" Gemerlapan cahaya Masjidil Nabawi...sedikit demi sedikit pudar terus lenyap dr pandangan, namun kerinduan aku pada Makkah dan juga Madinah tak mungkin lenyap, tak mungkin pudar.....di celah kegelapan langit malam dan awan mendung Madinah, aku merayu merintih pd Allah pd KekasihNya "biarkanlah aku terus merindui Mu tanpa jemu, hidup dan mati ku hanya untuk Mu"
................TAMAT

Tuesday, November 17, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XVI - Tika nafas terhenti mata terpejam nanti )

Sepanjang perjalanan dr Makkah ke Madinah, aku cuma diam menyepi menyendiri. Sebak meninggalkan Baitullah. Jemaah lain ada juga yg bergurau senda dan mengajak berbual, namun hati aku lebih berat utk melayan rasa rindu dan mengaji Quran hijau aku. Kebetulan surah yg dibaca sewaktu meninggalkan Makkah adalah Surah Al-Hijrah. Dlm bas sempat fikiran aku memikirkan satu lagi kebetulan - makcik - pakcik (Ani dan Ahmad) serta Kak Zauyah dan Abg Razak turut berlepas ke Madinah pd hari yg sama dan keempat-empat mereka akan menginap di hotel yg sama Movenpick. Selain berharap di Madinah nanti dpt bertemu makcik-pakcik isteri saya yg tidak aku temui di Makkah.

Perjalanan dr Makkah ke Madinah terasa teramat jauh, dengan keadaan lalulintas serta hentian2 yg dibuat oleh bas tanpa kami tahu arah tujuannya. Yg nyata, setiap hentian ada saja buah tangan berupa makanan ringan dan minuman yg kami perolehi, walaupun kurang memerlukan buah2 tangan yg diberikan aku bersyukur kerana sekurang2nya adalah sesuatu yg boleh di kunyah dan di minum utk menghilangkan haus. Perjalanan yg agak panjang juga turut memberi peluang kpd jemaah utk bersolat Zohor dan makan tengahari.....harganya agak mahal bg org2 kebanyakan, kesian jugak tgk org2 tua yg lapar tp tak membeli disebabkan harga yg agak tinggi. Aku juga tidak makan, bukan kerana harga tapi sbg menghormati jemaah2 lain yg turut menahan lapar dlm perjalanan. Lagipun aku tidaklah lapar mana. Perjalanan panjang...perubahan cuaca dr panas kpd sejuk dan mengawal nafsu lapar yg aku rasai, mungkin cuma secubit sahaja daripada apa yg dilalui oleh Baginda Rasulullah dan para sahabat semasa berhijrah kira2 1429 tahun yg lepas.....hebat sungguh pengorbanan menegakkan agama Allah, tiada bandingan tak seharusnya kita lupakan.

Bas jemaah TH berhenti di Movenpick Hotel - Madinah lebih kurang1 jam lagi sebelum Asar. Semua jemaah di dalam bas tersebut sememangnya menginap di Movenpick Hotel melainkan aku. Aku terus maklumkan pada petugas TH yg aku difahamkan hotel penginapan aku adalah Madinah Al-Haram Hotel. Beliau terus menghubungi kereta petugas TH yg seharusnya membawa aku dari Movenpick ke Al-Haram, dan berkata "Hj dr Paris kan? Mcmana ye, kereta petugas dah ntah ke mana, haji tunggu kejap boleh, kami cuba dptkan teksi, kalau tak pun tunggu kereta petugas agak2 setengah jam lagi". Saya membalas "kalau ada kosong di hotel ni pun saya duduk sini je, tak de masalah. Nak tunggu lagi setengah jam....mmm, kalau boleh saya nak cepat ni, nak Asar di Masijidil Nabawi". Beliau seterusnya mencadangkan utk menaiki teksi...sementara menunggu teksi, beliau berkata "Haji....kita jalan kaki boleh tak?" saya diam seketika, tak kisah pun sebenarnya, tp di dalam hati sedikit pelik kenapa cadangan sedemikian rupa disampaikan, wallahualam. Saya menjawab "apa2 jelah, asal saya dpt solat Asar di Masjid Nabi" sebenarnya saya dah tak sabar dan benar2 rindu dgn Masjidil Nabawi.

Beliau mengajak saya berjalan bukan satu masalah bagi saya memandangkan saya cukup biasa berjalan kaki bersama anak2 setiap pagi 2.6 km dr rumah ke sekolah mereka. Cuma agak terasa dgn beg besar yg terpaksa di tarik sepanjang jalan ditambah pula dgn beg galas di bahu...apa pun alhamdulillah. Sepanjang jln kami berbincang mengenai saranan bersolat fardhu 40 waktu di Masjidil Nabawi. Beliau berkata "Haji, haji nak sgt Asar di Masjid sbb nak kejar 40 waktu ke?". Saya menggelengkan kepala dan membalas "iye juga tp sebenarnya saya dah rindu dgn kedamaian Masjidil Nabawi, tp tentulah kalau dpt 40 waktu kiranya lebih bagus". Beliau menerangkan terdapat byk pendapat berhubung solat 40 waktu. Secara ringkas, kata beliau, ada yg percaya kita perlu solat 40 waktu, ada kata 40 rakaat, ada kata 40 kali solat apa jenis solat sekali pun termasuklah solat2 sunat mutlak, sunat dhuha, sunat tahajjud, solat hajat dll.

Beliau turut berkata menurut sesetangah pendapat 40 waktu atau 40 rakaat atau 40 kali itu bukan juga terhad dlm sekali ziarah, kalau tak sempat ianya boleh disempurnakan pada ziarah2 yg lain pada tahun2 terkemudian sepanjang hayat. Menarik perkara2 yg beliau sampaikan......dlm hati saya putuskan "apa pun pemahamannya, aku tetap nak solat fardhu di Masjid Nabi setiap waktu setiap hari....no compromise....dpt ke tak kelebihan 40 waktu/rakaat/kali itu semua kerja Allah, aku tak nak berkira lagi...." Tiba di Al-Haram Hotel aku ditempatkan di tingkat 3, sebilik dgn jemaah haji luar negara TH dr Singapura - Nakhafi, Pakcik Salim dan keluarga mereka, yg sememangnya aku kenali sejak di Makkah lagi. Mereka yg tiba sehari lebih awal, menyambut gembira ketibaan aku. Berbual seketika, aku terus bersiap ke Masjidil Nabawi, bersolat Asar, Maghrib dan Isya'....."terlalu damai di sini....cukup tenang bersama Mu ya Rasulullah", sebaik sahaja selesai menziarahi makam Rasul pilihan. Malamnya aku berjalan2 di sekitar kawasan hotel...cukup meriah di sini berbanding Hotel Andalus Plaza berdekatan Ba'qi yg aku diami semasa mengerjakan umrah 6 bulan lalu, namun di hati aku cukup selasa di kawasan Ba'qi.....sbg peringatan yg kita akan menemuiNya pasti. Dlm keriuhan deretan kedai2 di kawasan hotel berkenaan aku berdoa "Ya Allah, jgnlah kau lalaikan hati ku dgn perkara2 duniawi sehingga aku lupakan Masjidil Nabawi"

Rabu, 24 Disember - Subuh2 lagi aku sudah ke Nabawi, mengaji dan meninjau2 peluang memasuki Raudah...cukup penuh berderatan, bagai tiada peluang langsung. Dlm hati berkata "tak pe Im, bg peluang kat org lain, masa umrah dulu, kau dah dapat bbrp kali, jgnlah tamak...." Pada hari itu juga aku usaha utk bertemu sahabat2 dr Mesir yg aku difahamkan turut berada di aras 3 hotel yg sama. Namun tak berjumpa....aku tertanya2 "eh...mana pergi dorang ni semua, tak nampak byg pun....takkan lupa nak cari aku" bgmp saya putuskan mungin mereka turut sama2 sibuk beribadah dan pada masa yg sama berbelanja sblm pulang ke Mesir. Pd mlmnya aku ke Movenpick mencari Ani-Ahmad dan Kak Zauyah-Abg Razak.....turut tak bertemu. Aku berfikiran "mungkin Allah ingin beri aku peluang menumpukan diri pada ngajian ku...pada hasrat aku utk khatam kali ke 2 di Madinah" Aku terus mengaji dan mengaji. Lewat mlm pulang ke hotel, Nakhafi memberitahu ramai kawan2 Mesir yg lain dtg ke bilik mencari aku, beliau menambah "Imran, tak silap aku Hj Sabli balik esok tau, pas tu lusanya Fauzi, di ikuti dgn Pak Ya, Ustaz Yazid....mmm, roomates kau kat Makkah Hj Yahya dan balik dengarnya ptg tadi "Wp gembira dgn berita yg disampaikan, aku sedikit kecewa kerana masa begitu singkat utk aku bertemu mereka.

Khamis, 25 Disember - Sptbiasa Subuh hinggalah ke waktu Dhuha aku terus di Masjidil Nabawi. Sblm Zohor aku kembali ke hotel dgn harapan bertemu Hj Sabli, namun beliau tiada di bilik hotel dan difahamkan beliau akan pulang petang harinya. Slps berehat bbrp ketika aku kembali ke Masidil Nabawi. Slps zohor aku sekali lagi ke Movenpick Hotel, akhirnya aku bertemu Ani-Ahmad, berbual panjang, dan daripada perbualan aku difahamkan mereka telahpun berpeluang ke Raudah. Di hati terbit rasa rindu pada Raudah. Slps beberapa ketika aku pulang semula ke hotel utk mencari rakan2 dr Mesir....masih tidak berjumpa...aku tertanya2, mana menghilangnya sahabat2 ku ini. Hampa, pulang ke bilik, bersiap semula utk bersolat Asar di Masijidil Nabawi, semasa memasuki masjid, aku berkata2 "eh dah 2,3 hari dah kau kat Madinah...masih tak dpt masuk Raudah, apa kata kau try lepas Maghrib nanti".

Sebaik sahaja lepas bersolat Asar, aku berhasrat meziarah makam Rasulullah, dlm kesesakan ruang saf2 hadapan masjid menuju ke makam yg turut melalui kawasan Raudah, aku di tolak di himpit, ruangan menjadi terlalu sempit, pada masa yang sama ruang masuk ke Raudah bagai terbuka, tanpa aku rancang, bbrp jemaah yg ingin memasuki Raudah menolak tubuh ku hingga aku tertolak ke dalam Raudah. Walau tidak merancang tidak menduga dan agak perit di tolak masuk, aku amat bersyukur kerana mendapat ruang di dalam Raudah. Memandangkan hampir kesemua solat2 sunat tidak dibenarkan slps waktu Asar, aku mengambil peluang mengaji, seketika...cuma seketika dan selepas beberapa ketika tanpa diminta keluar oleh petugas2 aku sendiri bangkit meninggalkan Raudah menuju ke Makam Rasulullah.

Maghrib, sekali lagi aku diberi peluang olehNya beribadah bersolat Maghrib dan bersolat2 sunat di Taman Syurga - Raudah. Alhamdulillah. Aku berkata2 "bestnya....esok kebetulan birthday aku, hari ni dah 2 kali aku dapat masuk Raudah, hadiah harijadi yg tak ternilai aku dpt malam ni".

Jumaat, 26 Disember - Aku dikejutkan dn sms isteri berbunyi "Happy B'day, wah bestnya dapat sambut birthday kat Madinah" Aku tersenyum membaca sms isteri dan terus bersiap2 utk bersolat Subuh di Masjidil Nabawi tentunya. Slps syuruk, aku berkira2 utk ke Hotel Plaza Andalus...utk berjumpa seorang peniaga (Hafiz) Madinah yg aku kenali semasa berumrah 6 bulan lalu, pd masa yg sama mencari sesuatu utk dibeli sbg hadiah pada diri sendiri yg menyambut ulangtahun yg ke 38. Semasa menyusuri kawasan tersebut, tetiba aku ternampak pintu Ba'qi di buka, terdetik "eh...aku pun tak pernah masuk Ba'qi ni, baik aku gi Ba'qi dulu sblm ke Andalus Plaza" sambil melangkah deras memasuki kawasan Ba'qi. Keadaan sedikit sesak di pintu pagar Ba'qi, bgmp sebaik sahaja masuk ke Ba'qi suasana amat berbeza aku rasai.

Langkah kaki yg deras menjadi perlahan, keadaan yg seakan kecoh di depan pintu bagai hilang tenggelam ditenggelami kesyahduan dan kesayuan Ba'qi. Aku bagi terkedu....segera aku mengucap salam pd ahli Ba'qi dan mendoakan kesejahteraan arwah2. Aku berjalan dan terus berjalan sendirian menyusuri Ba'qi, hati tak putus2 berdoa.....bukan hanya utk yg sudah pergi, tp utk diri sendiri. Berseorangan ditemani Quran hijau di tangan kanan dan airmata berlinangan berulang2 kali aku ungkapkan "Ya Allah, apalah kiranya kau makbulkanlah permintaan aku utk aku menjadi ahli Ba'qi, bersemadi di bumi bertuah Madinah. Ya Allah, kau ambillah aku dlm keadaan aku sempurna sbg seorang Islam di bumi Madinah ini, aku terlalu ingin menjadi ahli Ba'qi, aku ingin sekali mati di bumi tmpt berkembangnya agama Mu, bumi perginya Kekasih Mu.....Jika tadi aku berhasrat utk membeli belah bagi menghadiahkan sesuatu utk diri sendiri, kini aku cuma inginkan 1 saja sbg hadiah harijadi yg ke-38, perkenankanlah Ya Allah hasrat aku utk disemadikan bersama ahli2 Ba'qi yg lain di tanah yg sedang aku pijak ini. Di sini. Bukan di tempat lain....Ya Allah perkenankanlah permohonan aku ini Ya Allah, jika ianya terbaik buat hamba Mu ini..."

26 Disember 2008, takkan aku lupa, menyambut ulangtahun kelahiran ke 38 di bumi Madinah membawa erti yg terlalu bermakna dan menghadiahkan diri sendiri hadiah yg terlalu bernilai iaitu - dgn menziarahi Baqi sbg peringatan yg suatu hari nanti kita semua akan ke tanah jua akhirnya. Walaupun aku tidak mau lagi meminta2, namun jauh di sudut hati, pd hari yg sama aku berharap mendapat hadiah yg jauh lebih istimewa dan direstuiNya, moga-moga bumi Madinah menjadi saksi dan tmpt jasad ku bersemadi di tika nafas berhenti mata terpejam nanti...........

..................bersambung Part XVII

Monday, November 16, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XV - Hingga Bertemu Lagi Esok2 Nanti)

2 hari terakhir di Makkah, cukup bermakna, wp singkat namun Allah memberi aku peluang serta kesihatan yg sempurna utk melengkapkan 5 lagi umrah, bg memenuhi hasrat aku utk berumrah 7 kali slps haji. Aku bagai tak percaya, memandangkan semasa aku sakit 2,3 hari sblm itu, aku sudah bagai putus harap utk mendpt 7 kali umrah....tp mmg tak mustahil rupanya jika segalanya diperkenankanNya. Di aras 9 Maktab, saya keseorangan...benar2 keseorangan, sahabat2 rapat dr Mesir terutamanya semuanya sudah meninggalkan Makkah ke Madinah, semua berjanji utk bertemu di Madinah.

Sptmana di awal ketibaan di Makkah, sekali lagi sendirian di bilik 906. Di dalam kesibukkan diri beribadah, umrah, mengaji dll yg sengaja dirancakkan bagi meminggirkan rasa sebak meninggalkan Makkah, aku sempat berkenalan dgn bbrp jemaah yg lain yg sudi berkongsi rasa dan pengalaman selama di Makkah. Suatu malam di kamar tidur, sblm aku melenakan mata, tiba2 aku di datangi seorang jemaah lelaki agak muda di awal 30an umurnya, katanya "En. Imran, saya tak tau nak cakap apa, macam saya ada bg tau En Imran sblm ni, mak (yg turut mengerjakan haji) saya ni, asyik mengeluh je bila kita ajak bersolat di MH...tiap kali ajak, mak akan mengelak...mcm2 alasannya, tp bila di ajak berjalan2 ke museum, shopping - ok pulak, tak pulak sakit badan, sakit kaki, demam.....ntahlah tension saya, ntah mcmanalah ibadah haji mak saya ni". Dlm hati saya tau, anak muda ini sgt sayang dgn maknya, sgt prihatin dgn kemabruran haji maknya...ciri2 anak yg mulia, cuma beliau sedikit hampa melihat sikap maknya yg agak berat utk ke MH. Saya menjawab mudah "Hj...sudahlah, jgn cakap mcm tu, jgn di pertikai bab kesempurnaan haji mak Hj tu....syurga tetap di bawah telapak kaki mak....sudahlah kita tak tau apa dugaan...ujian yg mak Hj lalui sepanjang berada di Makkah. Allah maha menyanyangi dan mengasihani, insyaAllah segala ibadah kita semua diterimaNya. Sbg anak, haji doakanlah segala kesempurnaan buat mak haji tu.....tu pun kira pahala gak tu haji". Beliau hanya diam mendengar celoteh saya. Ntahlah mmg itu yg sy rasa masa tu, semua org ada dugaan dan ujian yg perlu dilalui....mungkin ringan bg kita berat bg org, mungkin berat bg kita tp terlalu ringan di mata org.

Ada juga yg bercerita perihal kawan sebilik yg hanya 2 kali ke MH sepanjang berada di Makkah, 1 kali semasa tawaf/saei umrah dan 1 kali lagi semasa tawaf/saei haji. Mendengar ceritanya, saya cukup terkejut "Betul ke ni? kenapa jd mcm tu? Dia tak rasa rugi ke? U all tak ajak tak pujuk dia ke?"...bertalu2 soalan saya tanyakan kepada jemaah wanita yg bercerita semasa perjalanan kami keluar dr tanah haram utk berniat umrah. Kata jemaah tersebut, "Encik...puas dah kami pujuk tp dia tetap cakap...alah MH tu penuh sgt, tak selesa, panas, org ramai sakit, takut berjangkit, letih dll". Saya enggan mengulas, saya cuma diam dlm hati tak putus putus saya panjatkan kesyukuran kpd Allah krn saya cukup berasa aman dan tenang tiap kali di MH. Lebih dari itu, saya benar2 bersyukur atas segala yg dilalui...walaupun agak berat semasa saya melaluinya tp segalanya dpt saya tempuhi akhirnya. Alhamdulillah.

Byk lagi kisah2 menarik yg saya dengari dan pelajari sepanjang berada di Makkah, terlalu byk, namun segalanya saya ambil jadi iktibar, dlm hati saya selalu berkata "Im, rasanya kau tengok, kau tau dan kau dengar ni semua bukan utk kau mengata2, bukan utk kau menunding jari mencari kesalahan org, bukan juga tujuan memandang serong...tp untuk diri kau sendiri menilai segala yg dilalui dan yang didengari/dilihat sebagai teladan dan sempadan....ntah2 apa yg kau dengar cerita2 hal org ni adalah peringatan Allah kpd kau.....dan utk kau lebih redha dan hargai atas segala yg kau lalui....utk kau terus bersyukur dan menjadikan segalanya sebagai teladan dan sempadan"

Sehari seblm berlepas, sblm Zohor ke aku Pejabat Petugas Maktab utk bertemu Pengurus Maktab, utk berbincang perihal perjalanan aku ke Madinah keesokkan harinya, bertanyakan tertib tawaf wida' dan sebagainya. Semasa menunggu beliau aku lihat Ustaz Khairul Azoha yg cukup aku kagumi turut berada di pejabat....aku ingin sangat berbual dgn beliau sejak sblm wukuf lagi, namun tak berkesempatan dan terlalu rendah diri memikirkan kecetakan ilmu aku berbanding beliau. Semasa menunggu Pengurus, beliau sempat tersenyum lembut menyapa bertanya khabar dan tujuan aku dtg ke Pejabat. Selepas berbincang agak panjang dgn Pengurus yang menetapkan masa dan rombongan jemaah TH yang akan aku ikuti ke Madinah (bukan dr Maktab yg sama) aku mengundur diri.
Sebaik sahaja aku bersalaman dgn Pengurus dan memakai sandal, tetiba aku dengar suara Ustaz Khairul, "Haji....haji nak ke Madinah esok, jadi esok nak buat tawaf wida' ye.....kalau ada masa, boleh kita berbual sekejap" Aku bagai org ngatuk disorongkan bantal, bagai pucuk di cita ulam mendatang, tak sangka, org hebat spt Ustaz Khairul ajak aku berbincang....sesungguhnya Allah penuhi hasrat hati untuk berbual dgn beliau dengan lebih dekat....."doa aku makbul lagi" bisik di hati.

Ustaz Khairul memberi pelbagai tips dlm mengerjakan tawaf wida', doa2, hikmah zam-zam, dll. Katanya "Nanti Hj Imran, bila minum air zam-zam, minumlah sepuas2nya, minum sehingga kenyang, apa yang dimaksudkan dengan sehingga kenyang tu adalah kita minumlah sehingga kita tak rasa mau minum lagi...sampailah kita rasa kenyang, sebaiknya 7 gelas....." Aku menganggukkan saja, wp hati aku berkata2 "alamak...minum byk2...sampai puas, sampai kenyang, 7 gelas.....err, takut pulak blm smpt sampai Maktab aku dah nak terkencing" memandangkan bbrp kali sblm ini saya terpaksa buang air kecil di tandas lobi Maktab kerana tak tahan nak buang air kecil, padahal hanya minum 2,3 gelas air zam2 aje masa tu.

Selain itu, kami sempat bersembang pelbagai hal mengenai wukuf di Padang Arafah, melontar di Mina, konsep bersedekah, dll. Saya sempat menceritakan Ustaz Khairul perihal saya cuba mendekati Al-Quran, berkhatam di Baitullah....beliau agak terkejut bila mengetahui yg saya amat2 jarang membaca Al-Quran sblm berhaji, katanya "eh...takkan Haji tak pernah khatam Quran slps kali pertama khatam dulu....tak ngaji ke mlm Jumaat, mmm.....masa bulan Ramadhan pun takkan Haji tak mengaji takkan tak sempat khatam ke?" Saya agak malu sebenarnya tp saya yakin, bukan beliau memperkecilkan saya, beliau sebenarnya berbaik sangka pada saya dan mungkin juga kehairanan mengapa saya tidak mengambil kesempatan berkhatam sebelum2 ini.
Selain itu, saya kongsikan juga mimpi Baitullah saya pada 13 Disember lalu, mendengar perihal mimpi tersebut Ustaz Khairul memegang bahu kanan saya dan berkata "alhamdulillah...itu rezeki namanya, saya pun tak pandai menafsir mimpi, tp selalunya mimpi Baitullah membawa erti yg baik-baik, Hj Imran jgn risau. Rasulullah turut pernah bermimpikan Baitullah....." aku terus menjadi pendengar setia kpd Ustaz Khairul. Kagum dgn peribadi dan ilmu beliau....sehingga kini aku berharap bertemu semula dgn beliau satu hari nanti.

Selasa, 23 Disember 08 - 3.30 pagi, aku tersedar cukup awal, bersiap dan terus ke MH, hasrat hati mesti bersolat Subuh di Dataran Kaabah.......Dlm perjalanan ke MH aku tenang cukup tenang spt yg aku pohonkan. Kira-kira 3,4 minit sblm tiba di perkarangan MH, azan Subuh pertama berkumandang, sepantas kilat dada berombak kencang, mata berkaca mengenangkan ianya azan kedua terakhir di Makkah akan aku dengari utk kali ini. Dlm menahan sebak, aku memohon kpd Allah diberikan ketenangan dan kecekalan utk menyempurnakan ibadah di MH, utk bersolat, bertawaf dsbnya. Sekali lagi aku menyebut "Ya Allah, kalau bukan kerana Dia (Muhammad saw) kekasih Mu, takkan aku tinggalkan Makkah sehinggalah tarikh perlepasan pulang aku ke Paris 2 Januari nanti" Pada masa yg sama, aku terkenangkan pengorbanan Rasulullah saw yg sanggup meninggalkan Makkah, meninggalkan kampung halamannya, tanah kelahirannya utk berhijrah ke Madinah demi menegakkan syair Islam dan mengembangkan agama Islam, hati sebak berkata "Ya Allah, aku yg cuma duduk sini 27 hari pun dah bagai tak boleh berpisah dgn Makkah, bagaimana dgn Rasul....sesudah lebih 40 tahun di Makkah, tentu amat berat lagi payah Rasulullah meninggalkan kota barakah ini, kalau bukan kerana cintanya pd Mu...tak mungkin juga Rasul tinggalkan tmpt ini" aku terus berbicara sendiri mengagumi pengorbanan Rasulullah sekaligus meningkatkan kecintaan aku kpd Rasul pilihan.

Tanpa aku sedari, kaki telahpun tiba di perkarangan MH, aku melalui kawasan bersaei, membuka sandal sblm itu dan mencari tmpt utk meletakkan sandal tersebut. Tiba2 hati berdetik "eh...kau tak pelik ke, dah 27 hari kau kat sini...tak sekali pun selipar kau hilang, dulu masa umrah duduk 13 hari di Madinah/Makkah 4,5 kali selipar kau hilang....peliknya, ok, cuba kali ni kau campak je sandal kau ni kat tmpt ni (Safa/Marwa)" sambil meletakkan saja sandal tersebut di ruang tepi salah satu pintu berhampiran Bukit Safa. Kemudian aku masuk ke dlm MH....masa masih awal, aku terus berniat utk membuat tawaf sunat. Sebaik sahaja selesai tawaf sunat aku terus kekal duduk di Dataran Kaabah seperti yg aku hajatkan- antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad.

Azan Subuh di laungkan, mata berkaca namun hati aku cekal cukup cekal kali ini wp ia azan terakhir MH yg mungkin akan aku dengari seumur hidup. Aku bersolat berjemaah...hati terlalu sebak, namun aku kawal dan terus berdoa kpd Allah diberikan kekhusyukan utk aku bersolat Subuh...mungkin juga Subuh terakhir di MH. Sebaik sahaja lepas solat Subuh aku mulakan tawaf wida'...alhamdulillah aku lalui pusingan pertama, ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, dan ke 6 dgn tenang. Aku mulai pusingan ke 7 juga dgn penuh ketenangan....namun sebaik sahaja melintasi bucu rukun yamani dan mula mengulangi bait2 "rabbana aatina fid-dunia hasanah, wa-fil akhirati hasannah, wa-qinaa azaban naar" hati ku tewas...bercucuran airmata mengalir terus sehingga tiba di pintu taubat. Dlm masa yg sama, aku memujuk hati, berkata2 "insyaAllah Im, kau akan dtg lagi, dtg lagi kau nanti" .

Beberapa ketika kemudian aku minum 3 gelas air zam2. Dlm hati aku takut juga kalau terasa nak buang air semasa solat sunat tawaf...walau bagaimanapun aku persetankan perasaan hati demi sunnah Rasulullah. Aku bersolat sunat tawaf dan membuka buku panduan haji utk berdoa. Teringat sms pesanan kakak "..............baca doa tawaf wada' dlm Bhs Msia, ada penghayatan lebih..." Aku terus membaca doa tersebut, "Ya Allah, rumah ini rumah Mu, aku ini hamba Mu, Kau telah membawa aku di dalam hal yang Kau sendiri mudahkannya untuk ku sehingga Kau jalankan aku di negeri Mu ini dan engkau telah berikan kpd ku dengan nikmat-nikmat Mu jua, sehingga Kau mempermudahkan aku untuk menunaikan ibadah haji ini. Kalau Kau redha pada ku, maka lipatgandakanlah keredhaan Mu itu. Ya Allah, kini tibalah masanya utk aku pulang jika Kau mengizikannya, kepergian aku bukan kerana aku benci kepada Mu, tidak juga benci akan rumah Mu. Ya Allah, bekalilah aku dgn kesihatan tubuh badan ku utk aku tetap menjaga agama ku, dan peliharalah taat setia ku pada Mu uk selama-lamanya. Selama Kau membenarkan kehidupan aku di dunia, biarkanlah aku hidup dgn kesempurnaan dan kumpulkanlah bagi ku kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Kau maha berkuasa atas segala-galanya. Ya Allah janganlah Kau jadikan kesempatan ini sebagai kesempatan terakhir utk ku di sini, di Baitullah Mu Ya Allah. Sekiranya, ini adalah kali terakhir untuk ku maka gantikanlah syurga untuk ku dengan rahmat Mu, wahi Tuham yang maha pengasih lagi penyayang, wahai Allah Tuhan ku pemelihara sekelian alam" Aku berdoa di hadapan Multazam.....kecekalan aku hilang tanpa arah, aku tertunduk sendu meratap perpisahan......merentap jiwa akal dan fikiran.

Slps berdoa, aku duduk cuma sementara melayan rasa dan memerhati Baitullah utk kesekalian kalinya dan berfikir apakah ada waktu utk aku kembali mengunjunginya di sisa hayat yg masih ada. Tak lama, aku bangun dan cuba menyakini janji2 Allah buat org2 yg redha kepada segala2 ketentuanNya. Aku berjalan meniti tangga dr Dataran Kaabah ke ruang dlm MH. Di atas tangga, aku mengucup tapak tangan kanan ku dan melambaikannya kpd Baitullah dgn SEJUTA rasa kerinduan. Aku pusingkan badan, hati berkata2 lagi "yakinlah Allah akan jemput kau lagi, insyaAllah" aku terus berpaling dan berjalan ke arah Bukit Safa dan Marwa. Tiba di pemidangtara laluan Saei, aku meneguk lagi 2 gelas air zam-zam, berdoa dan sempat berkata kecil di hati "aku nak minum puas2....aku takut tak dpt lagi minum zam zam di sini, dah 5 gelas aku minum, lantaklah aku nak minum jugak...kalau tak tahan nak kencing di pertengahan jalan, pandai2lah nanti". Slps itu aku terus berjalan keluar dan mencapai sandal di tmpt yg aku letakkan sblm masuk awal pagi tadi, bermonolog, "eh....masih kat sini...tak berusik langsung sandal aku ni, pelik sgt, dulu masa umrah...hilang manjang selipar aku...alhamdulillah, mmg kuasa Allah semuanya".

Aku memakai sandal dan terus memanjat anak2 tangga keluar dr kawasan saei menuju ke ruang luar MH. Di perkarangan MH sblm sampai di kawasan tmpt letak kerusi2 roda wakaf, aku ternampak lagi tangki2 zam zam. Aku dekati dan aku minum lagi gelas ke 6 dan diikuti dgn gelas ke 7. Cukup ajaib, slps minum gelas yg ke 7 aku berasa puas, sepuas-puasnya, kepuasan meminum air zam zam yg tak pernah aku perolehi sblm ini, bukan hanya puas, malahan aku terasa segar dan juga kenyang, spt yg dikatakan oleh Ustaz Khairul Azoha. Slps 27 hari di Makkah aku sedari mmg betul zam zam betul mengenyangkan, aku betul2 puas meminumnya pagi itu. Dlm perjalanan pulang, terbit juga kerisauan kalau2 ingin membuang air kecil sblm sampai di maktab....bgmp aku tak hiraukan apa pun, aku puas dpt menikmati zam zam semaksimum mungkin dan puas dpt memenuhi cadangan Ustaz Khairul.

Aku terus berjalan perlahan2 dgn hati dan kaki yg berat meninggalkan MH. Tiba di terowong Ajyad....aku ternampak seekor kucing 3 warna berlari2 di lorong air kecil di sisi terowong. Kucing tersebut mengingatkan aku kpd kucing 3 warna yg pernah aku pelihara semasa aku berusia 6,7 tahun. Aku sedari kucing tersebut mengekori aku...terus2an, bila aku berjalan perlahan kucing tersebut juga mengikut perlahan, bila aku berhenti, kucing tersebut juga berhenti, dan akhirnya dtg dekat di kaki bermanja dan berlari2 anak ke depan dan ke blkg ku. Aku sedikit terhibur. Ada juga bbrp jemaah yg mundar mandir di terowong turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut dan cuba menarik perhatian kucing tersebut utk bermain dgn mereka, bgmp kucing tersebut terus2an mengekori aku....sesekali ia berlari menyembunyi dan muncul semula. Setelah lebih 5 minit mengekori ku, baru aku perasan yg kucing 3 warna tu sebenarnya sewarna dgn pakaian aku pagi tersebut iaitu berbaju putih berseluar khaki (beige) dan bersandal hitam. Beberapa ketika tetiba kucing tersebut tidak lagi kelihatan....aku toleh mencari dan menunggu, namun kelibatnya tak langsung kelihatan.....hilang ntah ke mana, membangkit keraguan akan arah tujuan sebenar kucing berkenaan.

Aku terus berjalan menuju ke Maktab. Satu lagi keajaiban aku sedari, ilmu aku pelajari, sepanjang perjalanan aku langsung tidak rasa ingin membuang air kecil wp minum 7 gelas air zam zam. Dlm hati berkata "tulah Im, dulu tiap kali nak minum zam2 kau sekat sbb takut terkencinglah, takut batal wuduklah, takut susah nak cari toilet, susah nak berwuduk semulalah, dan mcm2, ni bila kau ikut je sunah utk minum sampai puas/kenyang...tak de apa pun jadi kat kau....tulah Im, lain kali jgn bersangka buruk, bukan ke semuanya ketentuan Allah, kalau dulu2 kau minum zam2 byk2 mungkin lebih byk khasiatnya yg kau dapat". Apa pun aku bersyukur biar lewat namun aku menyedarinya. Aku cukup teruja dgn kehebatan Makkah, walau didetik akhir perpisahan....masih byk pelajaran yg dicurahkan kpd ku...nyata ALlah sgt sgt sayang pd hambaNya.

Di bilik, terus bersiap2, menunggu di lobi Maktab. Jam 9 pagi kenderaan GMC yg dijanji akhirnya tiba slps lewat hampir 45 minit, aku di bawa ke Maktab lain utk bersama jemaah TH yg lain. Dalam perjalanan, aku memerhati MH dr kejauhan, sayup2 aku melihat sesuatu yg amat aku sayangi makin jauh dr bebola mata namun kekal dekat di mata hati....dr celahan ribuan jemaah, aku ternampak juga Ustaz Khairul, hamba Allah yg amat aku kagumi, berjalan pantas ke arah MH....mungkin turut sama mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan hidup aku spt yg dijanjikannya smlm. MH hilang dr pandangan, aku ucapkan "Selamat tinggal Baitullah..... aku terlalu ingin aku kembali bertamu di sini Ya Allah, aku terlalu sayangkan Baitullah Mu, jemputlah aku, jemputlah kami semua Ya Allah, dlm seribu keterpaksaan aku leraikan rasa rindu ku kali ini pd rumah Mu dengan 1 syarat sejuta impian hingga bertemu lg esok2 nanti........"

.....................bersambung Part XVI

Thursday, November 12, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XIV - Apa Lagi KebesaranNya yg ingin Kau Dustakan)

Selasa, 16 Disember - Selepas tunduk sujud merintih, suasana jadi begitu berbeza dr hari2 sebelumnya, aku kembali tenang setenang tenangnya. Aku bersarapan, masuk semula ke MH, beriktikaf dan mengaji. Sblm dhuha aku menerima sms dr isteri, ringkas bunyinya "Mai rasa sunyi sangat". Aku tidak menjawap sms tersebut, bersolat dhuha dan mendoakan agar isteri tidak berasa sunyi dan kosong sementara menanti kepulangan aku. nanti Ketenangan yang aku lalui memberi laluan kepada aku untuk menumpukan perhatian aku dengan mengaji. Aku juga terlalu ingin membuat umrah...ba'dal umrah buat arwah2....teringat juga ada yg kata 7 kali umrah umpama 1 kali haji, betul tak betul tak penting, aku tak mahu berkira amal ibadah aku terutamanya bila berada di sini.

Aku berkira2 "hari ni 16 Dis, aku ada genap 7 hari sblm ke Madinah....kalau mula hari ni, insyaAllah boleh dpt 7 kali umrah sblm ke Madinah nanti" Tapi, dlm hati tertanya2, mana perginya kawan2 Mesir yg sblm wukuf tempohari berjanji utk berumrah bersama slps tawaf haji, 2 hari kblkgn ini mereka sering tiada di bilik bila aku menjenguk.....kkdg kosong, kkdg nampak tidur, aku jd sedikit pelik. Mlmnya slps Isya' aku terus pulang ke Maktab, alhamdulillah terjumpa Hj Sabli dan Fauzi, blm sempat aku bukak bicara, Hj Sabli dah bertanya "Hj Imran...mana pergi....kami sll cari Hj...sbb nak ajak gi umrah, tp Hj sll je tak de di bilik...dah buat umrah ke?" Saya kehairanan menjawap "La....iye ke...saya pun carik gak Hj, 1, 2 hari ni tp tak jumpa gak, sy nak sgt buat umrah...bila kita nak start buat ni?" Fauzi tersenyum membalas "En Imran, kami dah sempat 3 kali umrah 2 hari ni...tulah cari2 En Imran tak jumpa....jadual kita beza, kami selalu keluar tanah haram lepas Maghrib.....kami solat Isya' di tmpt bermiqat pas tu balik bilik tidur dulu, Subuh2 baru kami buat umrah" Mendengar penjelasan Fauzi, baru saya faham kenapa kami tak bertemu sejak 2 hari kblkgn ini. Kami berjanji utk umrah bersama esok pagi slps Subuh.

Rabu, 17 Dis - Bangun pagi aku menerima sms dr isteri yang menyatakan ada saudara angkat aku dr Kg Baru KL akan dtg ke Paris pada 20 Dis......dlm hati berkata "Ya Allah makbul betul doa di sini, baru smlm aku doakan isteri tidak kesunyian, dah pun dapat berita ada tetamu akan dtg bertamu di rumah utk bbrp hari." Aku bersyukur. Beberapa ketika, aku bersiap turun ke bawah Maktab mencari teksi sapu bersama rakan2 dr Mesir bersama2 keluar dr tanah haram, utk berniat umrah. Kami kembali ke MH waktu Dhuha, terus melaksanakan umrah, umrah pertama bg aku selepas haji....umrah keempat bagi Hj Sabli dan rakan2 lain.

Alhamdulillah, selesai umrah aku pulang ke Maktab, membersihkan diri berehat seketika, tertidur, sehingga lanjut waktu zohor. Aku bersegera bersolat Zohor dan terus ke MH utk mengaji....hati girang berlagu kerana hari tersebut aku dah pun masuk juz ke 30. Namun, pd masa yg sama badan aku terasa panas bagai mau demam, saya gagahkan jugak. Selera makan juga hilang. Dlm hati berkata lagi "Ya Allah, aku ni nak khatam Quran, nak buat umrah lg 6 kali nanti, nak bantu Kak Zauyah buat tawaf haji esok, jgnlah aku sakit pulak". Aku terus gagahkan diri...tiada selera sekali pun aku memancing2 selera aku dgn KFC sbg hidangan tengahari.

Aku perhatikan sememangnya ramai juga jemaah yg sakit pada ketika itu, makcik aku (Ani) juga sakit dan dibawa berjumpa doktor.....tp aku yakin, ni cuma sakit sikit-sikit je...sementara. Aku terus mengaji menghabiskan juz ke 30....sedikit susah dlm keadaan aku yg kurang stabil. Aku putuskan berehat seketika. Aku tertidur di MH....selepas Asar aku rehat lagi....pergi ke Hilton, makan cheese cake kegemaran anak (Hadi) aku dan minum jus oren pemberian seorang jemaah wanita Arab kpd aku. Hingga ke mlm, juz 30 tak dpt aku habiskan, wp kecewa aku tetap yakin aku akan khatam keesokkan harinya.

Khamis, 18 Disember - panas badan berkurangan....segera aku lunaskan juz ke 30. Alhamdulillah selesai. Aku terus berada di MH. Sblm Maghrib, aku mengirim sms pd kakak, kawan rapat (Azuar dan Zulhasny), "Mlm Jumaat t'akhir aku di Baitullah utk kali ini, sblm ke Madina Selasa depan. Rasa tak tertinggal kota barakah ini. Di doakan kita dijemput sll sbg tetamu Allah". Balasan sms kakak berbunyi "Kalau ada rezeki inysaAllah, mmg sedih bila nak tinggalkan Mekah, melebihi sedih nak meninggalkan darah daging sendiri". Zulhasny pula membalas "Lepas solat sunat tawaf wida' tolong doakan lagi sekali moga ana dpt ke sana lagi.....Moga segalnya baik dan dapat kerahmatan dan bantuan Allah". Azuar turut membalas "Salam Tn Hj Imran, beribadatlah sepuas2nya sblm melangkah meninggalkannya, doakan kami sekeluarga sihat, murah rezeki, dpt ke Makkah lagi........semoga Tn Hj terus sihat utk beribadat kpdNya". Balasan sms2 ini buat aku lebih bersemangat utk mempertingkatkan ibadah aku wp menyedari masa kian singkat dan sedikt sebanyak memujuk aku utk terus tabah meninggalkan Baitullah utk ke Madinah.

Slps Isya seperti yg dirancangkan, aku mengikuti Kak Zauyah, Abg Razak bersama sekumpulan jemaah Msia dr Hijjaz Hotel keluar dr tanah haram, berniat umrah. Umrah kedua bagi aku, manakala bg Kak Zauyah dan Abg Razak yg membuat haji ifrad, ini merupakan umrah yg disyaratkan buat jemaah yg memilih membuat haji ifrad. Tiba di MH, kami terus naik ke aras 1 MH yg dilengkapi fasiliti utk jemaah berkerusi roda bertawaf. Aku yg mulanya bercadang menolak kerusi roda Kak Zauyah akhirnya diminta oleh seorang jemaah wanita yg agak uzur utk menemani beliau bertawaf di ruangan tersebut. Abg Razak berkata "tak pe Ran, kau tlglah Akak tu...sian dia, dia tak de pengalaman, dia nak tawaf kat dataran bwh tu, dia takut sbb ramai sgt, kau tlglah jln perlahan2 dgn dia....tak pe, aku tolak kerusi Kak Zauyah ni, nanti kalau aku penat kau sambunglah..." mendengar cadangan tersebut aku terus membawa jemaah wanita tersebut mula bertawaf sehinggalah selesai pusingan ke 7. Abg Razak sedikit pun tak menunjukkan yg beliau memerlukan bantuan aku.

Selesai bertawaf, kami berehat seketika, dan aku berkata "Abg Razak, ni nak saei ni, biar saya pulak tolak Kak Zauyah, abang dah penat dah tadi" Abg Razak bersetuju, slps jemaah wanita yg berumur td turut bersetuju utk bersaei perlahan2 dgn Abg Razak. Kami mula bersaei.....perlahan2 kerusi roda Kak Zauyah aku tolak dr bukit Safa ke Marwah. Beberapa ketika aku melihat Kak Zauyah berdoa, sambil menyeka2 airmata di kedua2 belah pipi, ntah apa yg difikirkan....aku biarkan Kak Zauyah melayan rasa. Sebenarnya aku turut sayu menolak kerusi roda Kak Zauyah. Sebak mengenangkan keakraban kami semasa bersama di Jepun selama 2, 3 tahun....akhirnya dipertemukan Allah di bumi barakah...aku cukup sebak, Kak Zauyah tak mungkin tau, aku yg di belakang kerusi rodanya juga turut berlingan airmata, mengenangkan kebesaran Allah yg mempertemukan kami di Makkah. Dlm hati aku bagai mengerti yg Kak Zauyah mendoakan kesejahteraan buat 3 anak2 nya, adik beradiknya termasuklah Ba'ei (abang yg paling rapat dgn beliau) yg turut aku kenali, dan aku yakin di kesempatan yg ada beliau titipkan juga doa utk aku sekeluarga.....aku sayu mengingatkan kegigihan Kak Zauyah yg sedari kecil lahir dlm keadaan yg kurang sempurna fizikalnya namun cukup tinggi upaya sehingga belajar ke peringkat sarjana dan berada bersama jutaan jemaah yg lain memperhambakan diri pada Allah. Sebak aku memikirkan kekurangan fizikal Kak Zauyah dgn kepincangan hati aku sendiri yg tidak pernah sempurna....yg cacat...walau tak kelihatan namun tetap aku tidak pernah sempurna. Kak Zauyah sendiri mungkin tak akan pernah tau yg aku sebenarnya belajar byk dr kecekalan beliau serta kemuliaan kebersihan pekerti beliau. "Ya Allah aku bersyukur atas segala-galanya, moga Kak Zauyah sekeluarga bahagia di dunia dan di akhirat" doa ikhlas aku sbg adik buat Kak Zauyah dan Abg Razak.

Slps bersaei dan bertahalul, kami masing2 pulang ke arah yg berbeza. Abg Razak berulang2 kali bersungguh2 mengajak aku makan/minum dulu, aku bertegas menolak...bukan apa, waktu sudah kian lewat malam, tlhpun lewat jam 12 tghmlm tika itu. Aku memohon diri, sepasang mata Kak Zauyah dan Abg Razak berkaca2 lagi......mulut mereka berdua tak putus-putus mengucapkan terima kasih. Aku senyum je...aku puas sebenarnya, puas sgt2 krn dpt membantu terlalu puas kerana hasrat aku utk menimba pengalaman membantu org berkerusi roda melaksanakan ibadah haji tercapai...alhamdulillah.

Jumaat 19 Dis - aku terlewat bangun utk Subuh di MH. Di bilik maktab pun, aku sudah bersendirian semula, 3 jemaah telah berlepas pulang (ke Yaman dan Khartoum) manakala Hj Yahya (Mesir) menginap di bilik lain bersama keluarga beliau memandangkan ada lebihan bilik kosong. Aku bersolat di bilik, mandi dan bersiap utk ke MH utk bersolat Jumaat. Dlm perjalanan bertemu rakan2 Mesir lain, dari bicara mereka aku difahamkan semua telah pun mula mengulang Al-Quran utk khatam kali kedua. "Imran, hang cubalah gak, kami dah khatam kat Makkah, la ni ingat nak khatam kat Madinah pulak nanti" kata Pak Ya yg seolah2 meniup semangat, utk aku terus mengamalkan bacaan Quran. Aku tercabar tp akur, "kalau tak cuba tak tau Im, apa kata kau cuba jelah" aku terus bertekad utk terus mengaji, "cubalah khatam gak di Madinah, kalau tak sambung khatamkan di Paris" aku terus berkata2 di dalam hati.

Dlm perjalanan ke MH aku terasa sebak semula, memikirkan hari tersebut adalah hari Jumaat terakhir di Makkah pd musim haji 1429. Dlm kesesakan manusia menuju ke MH aku memujuk2 hati dan memanjatkan doa lagi agar segala ketabahan diberikan pd aku utk cekal berangkat ke Madinah. Alhamdulillah dpt aku bersolat Jumaat dgn tenang lagi tenteram. Slps Jumaat badan aku yg sememangnya kurang sedap sejak 2 hari lepas kembali lesu. Dlm aku cuba mula membaca semula Al-Baqarah...badan aku panas...aku demam, bukan sikit2 punya demam, mmg demam yg agak panas. Aku lemah letih lenguh seluruh anggota. Slps Isya' aku pulang ke Maktab dlm keadaan demam yg teruk, selsema, pening kepala dan batuk berterusan. Kawan2 dr Mesir mengajak berumrah...aku tolak bulat2 melihat keadaan aku yg agak teruk. Aku makan ubat yg aku bawa dr Paris....TAK BERKESAN langsung. Dalam hangat mlm di Makkah, aku tidur mlm berselimut tapi menggigil kedinginan.

Sabtu, 20 Disember - aku tak boleh bangun langsung2. Memaksa diri bersolat Subuh dan terus berbaring di katil. Aku hampa tidak daya ke MH. Kaki rasa terlalu lemah. Teringat kawan sebilik yg sakit teruk bbrp hari sblm ini sehingga beliau terpaksa dimasukkan ke wad dan memendekkan perjalanan hajinya dan terus pulang ke negara yg ditugaskan. Aku kerisauan. "Ya Allah...aku masih ingin di sini, dlm kesempatan masa yg masih berbaki ini, biarlah aku diberikan sepenuh kekuatan utk terus mengabdikan diri di MH di Baitullah Mu, jgnlah kau uji aku dgn kesakitan hingga menjejaskan peluang aku utk terus mencintai dan mengunjungi Baitullah Mu" hati terus berkata2. Waktu Zohor kian menjelang, aku bagai tiada daya, hingga nak ke bilik mandi pun bagai org tua di hujung nyawa.

Akhirnya Zohor aku lunaskan di bilik lagi....aku sedih krn tak dpt menatap Baitullah....teramat sedih. Dlm hati berkata, "like it or not, u must go to MH, must perform Asar in front of Baitullah". Aku makan lagi ubat....juga bagai tiada kesannya. Aku terlalu lemah. Dlm berbaring berseluar khaki, bertshirt putih aku mengaji, dlm hati berbolak balik memikirkan kenapa aku sakit di musim haji, masa umrah selamba punya sihat...kenapa dan mengapa. Tertanya-tanya juga....kenapa ramai betul org terbatuk2 bagai sahut menyahut di segenap sudut di MH....kenapa ramai yg sakit bila berhaji...masa umrah dulu, tak de siapa pun yg aku nampak sakit demam2 mcm ni. Aku meletakkan Quran dan berfikir sejenak, bbrp ketika kemudian aku mendapat jawapannya...cukup mudah cukup bermakna "Ohh, aku dah tau, sakit ni sebenarnya bagaikan 1 BONUS besar buat jemaah....iyelah bukankah doa-doa org yg sakit tu lebih makbul, lebih didengariNya lebih mendapat perhatianNya.....rupanya aku terpilih, aku tak patut merintih, aku patut lipatgandakan doa2 aku...inilah masanya, aku mesti terus rancak berdoa....peluang Allah bagi kpd aku ni....aku mesti ambil kesempatan sepenuh-penuhnya semasa sakit ini". Slps berfikiran sedemikian, aku bagai disuntik semangat baru, wp badan lemah, hati aku teguh utk ke Baitullah, dlm hati berkata "kalau aku sakit sampai terpaksa merangkak pun, aku akan tetap ke Baitullah Mu mlm nanti, tiada pilihan lain Ya Allah...kau beri aku sakit ini sbg bonus...mana mungkin aku sia-siakan"


Seketika aku mendapat akal dan terus mengirim sms pada kakak mengkhabarkan keadaan diri , dlm sms aku menaip "Ana, dah 2,3 hari ni aku demam, hari ni teruk sikit. Puas makan ubat, vitamin, rehat, dll. Tp blm ok. Napa? Ada petua? Rugi tak dapat buat umrah byk2......Jgn bg tau Ibuk dan Mai (wife)". Kakak membalas "pergi klinik TH, ubat yg di beri lain drp yg kita bawa........ubat di farmasi arab pun bagus, tp kau mintak dgn klinik TH dulu" Mendengar cadangan kakak, saya kuatkan diri, mandi....dlm menggigil kesejukan, dan terus ke klnik TH. Saya tiba di klinik kira2 15 minit sblm Asar. Slps menunggu bbrp minit saya dikhabarkan klinik tersebut tutup dan hanya akan di buka slps Asar. Sedikit hampa, saya pulang ke bilik, tidak juga ke MH kerana sudah terlewat dan juga disebabkan appointment dgn klinik slps Asar nanti. Pulang ke bilik saya mengaji, badan terasa panas, hingus hijau pekat dan coklat berkarat keluar (maaf ye kalau ada yg terasa geli). Slps 1 jam Asar, segera saya ke klinik, saya di rawat, dan di beri 4 jenis ubat....semuanya saya bawa ke MH. Saya gagahkan diri ke MH utk bersolat Maghrib dan Isya'....seperti yg aku kata tadi, walau merangkak pun aku mesti ke MH...MESTI.

Aku terus berjalan, tiba di perkarangan MH, duduk mengaji, Juz 2...surah Al-Baqarah, sedang mengaji dalam keadaan kepala yg pening, hingus berair, badan yg kejap panas kejap sejuk, tiba2 aku teringatkan Surah At-Taubah, surah yg aku baca semasa minggu pertama di Baitullah...aku sakit tika itu. Teringat aku doa aku kpd Allah agar aku diberikan kesihatan terbaik, dan pd masa yg sama terdetik dihati "kalau nak sakit pun biar abis haji, lepas khatam nanti". Baru aku perasan, apa yg terdetak di hati ketika itu rupanya terjadi skrg ini, aku sakit skrg adalah atas permintaan diri sendiri rupanya. Aku kesal....kerana sering memikirkan perkara yg negatif, sesekali bersangka buruk....akhirnya terjadi. "tulah Im, kau lupa ke nasihat org....jgn pikir yg bukan2 kat sini...semua makbul" nada kekesalan terbit di hati. Aku berdoa memohon keampunanNya atas keterlanjuran bicara hati, dan memohon agar diberikan kesihatan sebaiknya, sihat sejahtera sampai bila2. SUBHANAALAH slps bersolat Maghrib dan Isya', kesihatan aku jelas meningkat baik namun aku yg masih tiada selera.

Berjalan2 di hilton aku cuba sekali lagi memancing selera dgn hidangan chicken mandy, kebab, kfc....semua tak langsung menawan hati. Berkata2 lagi "Im, kau kena paksa diri makan, badan kau dah nak baik ni....kau mesti makan sikit, lepas tu makan ubat2 yg kau ambik kat klinik tadi...kalau tak susah kau nak baik" Aku berjalan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yg boleh menawan selera....TIADA. Aku pulang ke Maktab slps jam 9.30 mlm, PELIK....kaunter makanan TH masih dibuka bagai menanti aku. Wp tiada selera, demi menjaga hati petugas dan keperluan aku utk mendapat semula tenaga, aku ambil 1 paket nasik, dan terus menaiki lif ke tingkat 9. Duduk di dalam bilik bersendirian mengadap kiblat......hati berdetik "Ya Allah, aku mahu sihat, tp aku tiada selera makan, sungguh sungguh tiada selera.....aku harap nasik dlm paket ni lauknya biarlah sesedap masakan Ibuk....masakan yg menyelerakan aku". Aku mengeluarkan paket makanan tersebut dr plastik merah, dan terus membuka paket makanan....aku terperanjat besar "SUBHANALLAH, lauk daging masak kicap dan sayur kacang......." sememangnya lauk kegemaran aku sejak kecil. Aku makan dengan penuh selera, mengunyah makan perlahan2 mengadap kiblat terkenangkan masakan Ibuk dan kebesaran Allah swt dgn cucuran airmata.

Selepas makan, aku minum air zam-zam sebanyak mungkin, dlm hati berkata "tiada ubat yg lebih baik dr Al-Quran dan Zam-zam......sembuhkanlah aku Ya Allah". Selang beberapa minit, aku bagai disuntik energi tambahan aku mengaji dan terus mengaji sehingga tengahmlm. 4 jenis ubat yg di beri oleh klinik tidak aku hiraukan, aku sudah hampir sihat sepenuhnya. Sblm tidur aku sempat tersenyum mengenangkan kebenaran ungkapan "segala yg disebut, diminta di tanah suci akan dimakbulkan". Jelas pd aku hari ini, mmg cukup makbul segalanya....tak perlu aku pulang untuk melihat kebesarannya.....dulu terdetik di hati biar sakit slps haji dan khatam...betul2 aku sakit. Berdetik di hati agar makanan sesedap masakan Ibuk....ia juga jd kenyataan....kehidupan di sini jelas bagai gambaran di alam firdausi......indahnya, tersenyum sambil menggeleng kepala "ye Im...apa lg kebesaranNya yg ingin kau dustakan" tertanya2 aku pd diri sendiri...........

.........................bersambung Part XV

Wednesday, November 11, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XIII - Kalau Bukan Kerana Dia, Kekasih Mu)

Khamis 11 Disember - Wp telah selesai rukun dan wajip haji aku terus dibelenggu cabaran kesempurnaan ibadah haji yg baru dilalui. Namun, sptbiasa aku di MH...mengaji dan mengaji. Di hati teringat2 Makcik dan Pakcik (Ani-Ahmad) dan teringatkan juga janji aku kpd sahabat - Kak Zauyah dan Abg Razak, utk membantu Kak Zauyah menyempurnakan tawaf dan saei haji mereka. Di setiap kelapangan antara solat2 fardhu, aku cuba jejaki mereka di hotel, masih tak berjumpa...."mana ye" hati tertanya2. Bgmp aku membayangkan mungkin mereka semua membuat Nafar Thani dan masih dlm perjalanan pulang. Slps Isya' aku pulang ke Maktab, dlm perjalanan terlihat kedai gunting rambut berhampiran Meridien Hotel....aku terus memutuskan untuk mencukur kepala....kerana ia sunat bagi org2 lelaki yg selesai mengerjakan haji. Pulang ke Maktab, membersihkan diri dan tidur.

Jumaat - aku terus2an berada di MH....mengaji cuba menghabiskan 4, 5 juz lagi utk khatam..."aku mesti khatam di sini....MESTI....there's no 2 way about it" Sptbiasa, slps solat Jumaat aku mencari masa dan ruang utk makan....meninjau Cafe d'Saji yang baru dibuka dan dikatakan mendapat sambutan hangat....berlegar2 di Hilton dan Zam2 Towers mencari buah2 tangan utk kenalan dan taulan. Hati terus berkata "survey je dulu...kalau berkenan, beli kemudian...mlm sikit, malaslah nak bawak brg2 dlm MH". Maghrib dan Isya' di MH...mendamaikan, dlm perjalanan pulang ke Maktab, sekali lagi akal dan hati berbahas akan kesempurnaan ibadah haji...akan kesempurnaan imam....terbit rasa curiga yang agak dalam, hati berkata "Ya Allah, terimalah ibadah haji aku...terimalah Ya Allah, aku tidak pernah sempurna, tentunya ibadah haji aku ada cacat-celanya, namun aku harap Kau menerimanya" Aku terus2an melayani rasa sepanjang perjalanan melalui terowong Ajyad....jelas hati aku kurang tenteram.

Tiba di Maktab, ambil makanan dan makan bersama teman sebilik. Semasa sama2 berbual, beliau bertanya "eh...Imran, kau mesti nampak perkataan Alif Lam Lam Ha kat langit masa kat Padang Arafah hari tu.....masa sblm abis wukuf" Saya tersentak kehairanan mendengar kata2 beliau lantas menjawab "HAAA...ada kalimah Allah di kaki langit sblm abis waktu wukuf....mcmana aku tak perasan pun....betul ke ni....kau nampak ke....sapa bg tau kau ni" Soalan saya bertalu2 kpd beliau. Beliau terus menyatakan sememangnya ada, ramai menyaksikannya dan turut berasa hairan aku tidak tahu menahu langsung tentang perkara itu. Slps makan, aku yg berasa kurang puas hati terus ke bilik rakan2 dr Mesir, bertanya "eh...betul ke hari tu kat Arafah ada kalimah Allah si langit sblm Maghrib"....semua mengiyakan, wp semua tidak melihatnya namun semua mengetahuinya lebih awal dr aku.

Aku benar2 HAMPA....teramat HAMPA.....kehairanan...mengapa aku tak nampak, mengapa hanya slps 5, 6 hari baru perkara ini dimaklumkan...aku terasa kecewa. Wp aku langsung tak menzahirkan kekecewaan aku, Hj Sabli yg mmg rapat terus mengusap bahu aku dan berkata "Alah Hj Imran, aku rasa nampak ke tidak kalimah tu bukan apa2 pun bukan ukuran kasih sayang Allah pd kita....kau dah dpt mcm2 dah sblm ni.....solat blkg Imam MH lagi....lagi hebat...kami tak dpt apa pun Hj...sudahlah tak payah di fikirkan" kata2 pujukan beliau seolah2 memahami isi hati aku yg terlalu kecewa. Aku menyembunyikan terus rasa hampa....berbual sptbiasa dan memohon mengundur diri utk pulang ke bilik.

Berbaring di katil, aku cuba melelapkan mata....tentunya gagal...byk yg mengganggu akal fikiran, persoalan 2 mlm lepas blm dirungkai berhubung kesempurnaan ibadah haji, hari ini aku dikhabarkan pula perihal kalimah Allah di Arafah yg tidak aku saksikan....tertanya2 "di mana salah silap ku, apa dosa ku, mengapa aku tak diperlihatkan dgn kebesaran Allah di kaki langit Arafah" termangu sendirian dan bertanya lagi "mungkinkah ia petanda ibadah haji aku tak diterimaNya....Ya Allah adakah kau tak menerima perhambaan diri ini, Ya Allah betulkan apa yg aku rasa ni....kenapa Ya Allah...kenapa???"

Aku tertanya2....dlm kesuraman malam, hati merintih mengharap belas ehsan Allah menerima ibadah haji yg baru dilalui. Sblm lelap mata, sempat aku berbicara "Ya Allah....kalaulah melihat kalimah Mu di Arafah adalah ukuran penerimaan Mu terhadap ibadah yg baru kami lalui....tentunya ibadah aku tak Kau terima...Ya Allah...aku mmg tak pernah sempurna Ya Allah...namun terimalah ibadah haji ku...terimalah Ya Allah....kalau Kau tak menerimanya, sia-sialah jemputan Kau kpd aku kali ini Ya Allah, kalau Kau tak terima...di mana letaknya Haji aku...ke mana arahnya pengorbanan dan perhambaan aku kpd Mu sejak tiba di bumi Barakah ini....jgnlah Ya Allah kau jadikan perjalanan aku ini sbg perjalanan yg sia-sia.....jgnlah kau jadikan pengorbanan anak2, isteri, ibubapa keluarga, yg melepaskan aku ke sini sbg pengorbanan yg tiada ganjarannya....Ya Allah, jgnlah Kau sia-siakan doa2 mereka yg mengharap Kau menerima aku dan ibadah haji ku seadanya. Ya Allah aku hamba Mu, Ya Allah aku umat Muhammad...kekasih Mu...jgn kau persiakan harapan aku - umat kekasih Mu Ya Allah....." tak putus2 aku berdoa dan merintih mlm itu, walau bumi Makkah jelas kering ketandusan.....jiwa ku dirundung ribut taufan hilang seribu ketenangan....banjir di jiwa berkaca di mata....akhirnya menitik satu persatu tanpa dipaksa.

Sabtu 13 Disember - Aku bermimpikan Baitullah, dlm mimpi, aku sedang duduk bersendirian di ruang dlm MH, di kawasan VIP...duduk dlm keadaan duduk antara 2 sujud, dan Baitullah betul2 berada di hadapan. Apa yang pelik...dlm mimpi tersebut aku lihat batu2 blok Kaabah sedia terbuka bagaikan jendela 4 segi sehingga aku ternampak interior Kaabah....aku nampak tiang2 berwarna coklat serta kain2 berwarna hijau berserta cahaya lampu (mungkin) berwarna kuning. Aku tertanya2....apa maksud mimpi tersebut, namun aku tidak menceritakannya pd sesiapa pun pd masa itu.

Apa yg pasti slps Asar hari tersebut aku sedari rupanya aku cuma ada 10 hari saja lagi di Makkah sblm aku berangkat ke Madinah....sekaligus rindu pd Baitullah mula terasa......rindu yg teramat rindu. Sewaktu bersolat Maghrib dan Isya' di MH.......aku tidak dpt menahan sebak.....mendengar surah2 Quraan dibacakan, jiwa ku bagai meronta....bagai tidak rela meninggalkan Kaabah. Aku pelik....dlm hati berkata2 "masa umrah dulu...kau hanya mimpikan Baitullah bila balik semula di Paris....cuma rindukan Baitullah bila sampai Paris.....kenapa kali ni....masih ada lagi 10 hari berbaki, kau dah mula rindu...kenapa ni?" aku tertanya dan terus tertanya.

Slps Isya'....dlm kesayuan aku melangkah keluar dr MH.......aku tergerak utk sekali lagi ke Hotel Huda Kareem utk mencari Makcik Pakcik. Alhamdulillah bertemu akhirnya, Allah bagai memujuk hati ku menenangkan jiwa ku yg mula berkocak merindui Kaabah dgn bertemu Ani -Ahmad sememangnya Makcik yg paling rapat dgn aku sejak aku kecil lagi. Kuasa Allah kami dijemputNya bertamu di tanah suci pada tahun yg sama....tanpa di rancang di rencana....Allah tetapkan segalanya. Kami bersembang lama....berkongsi sebak sendu ceria bahagia menjadi tamuNya.....sblm aku pulang berkali2 Ani dan Ahmad mengajak aku tidur di katil kosong di bilik mereka.....sememangnya hotel mereka jauh lebih selesa dr bilik di Maktab....begitu dekat dgn MH, tp aku menolak memikirkan hubungan erat aku dgn rakan2 di Maktab. Aku pulang dgn janji aku bertandang ke bilik mereka lagi keesokkan hari.

Tiba di Maktab, aku berbual dgn sahabat2, menyembunyikan rasa kecewa dan kerisauan berhubung kesempurnaan haji yg mengganggu tidur ku smlm, aku cuba juga bertanya "Ustaz Yazid....mcmana kita nak tau haji kita diterima....mabrur ke tidak ke..." Alhamdulillah, kawan2 langsung tidak mengesyaki kekusutan hati ku. Masing2 memberi jawapan, walaupun tidak 100% menenangkan jiwa ku sekurang2nya meneduhkan gelora jiwa yang melanda sejak mlm sblmnya. Antara lain kata mereka - kemabruran haji akan jelas terlihat bila jemaah pulang dr Makkah, jika terdapat perubahan, insyaAllah mabrur. Aku sedikit tenang...namun di hati kecil tetap mengharap Allah memberi petunjuk sejelas2nya tentang ibadah yg disempurnakan.

Keesokkan harinya - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' aku tidak tenang bersolat...tidak tenang langsung....jiwa berasa sayu terus2an mengenangkan tinggal 9 hari saja lagi di MH, mungkin juga kurang tenang memikirkan kesempurnaan haji. Slps solat Isya' aku ke Hotel Huda Kareem utk bertemu Ani & Ahmad, tp mereka tiada di bilik, aku jangkakan mungkin mereka di MH. Terus ke Hotel Hijaz utk bertemu Kak Zauyah dan Abg Razak, bertemu dan berbincang perancangan untuk bersama Kak Zauyah dan Abg Razak yg belum sempat bertawaf haji. Cadangan tarikh - 18 Disember slps Isya' jam 9 mlm.

Hari Isnin 15 Disember...hati masih tak tenteram.....tak keruan memikirkan Baitullah yg bakal aku tinggalkan kira 8 hari saja lagi........risau dan kacau memikirkan penerimaan Allah terhadap haji yg aku laksanakan. Slps Subuh aku berdoa dan bersolat2 sunat termasuklah solat hajat agar aku diberikan ketenteraman jiwa beribadah dlm meniti hari2 terakhir di Baitullah. Jiwa masih kurang tenteram....apapun aku meneruskan perjalanan sptbiasa seadanya. Mengaji dan terus mengaji.

Slps Asar aku masih lagi di dlm MH, tekun mengaji dan cuba ingin meminggirkan kekusutan hati memikirkan kemabruran haji dan kerinduan pd Baitullah. MH cukup penuh....hari cukup panas, aku kehausan yg amat sangat....haus sehaus hausnya. Dalam hati berkata "kalau aku bangun dari saf ni, confirm tak dpt balik tempat ni...." begitu sayang aku meninggalkan tempat yg teduh dan cukup selesa utk aku mengaji sementara menunggu solat Maghrib. Bbrp kali hati terasa mau meneguk segelas air, haus rasanya....hampir tak tahan. Tp hati masih berdegil utk tidak bangun dari saf yg aku rasa cukup2 rugi kalau ditinggalkan. Aku duduk dan mengaji lagi.

Waktu maghrib akan masuk dlm masa 15 minit saja lagi....tetiba dr satu sudut aku ternampak seorang lelaki agak tua berbangsa Pakistan atau Bagladesh (mungkin) yg merayau dr saf ke saf yg akhirnya jelas beliau sedang mengagih2kan air zam zam kpd semua jemaah yg berada di saf. Berbaju Punjabi di mana, di kocek kanan diletakkanya cawan plastik yg bersih dan dikocek kiri pula diletakkan cawan plastik yg telah digunakan. Beliau menawarkan air zam zam kpd semua jemaah di situ...aku adalah seorang drpnya....alhamdulillah...beliau berlalu pergi. Aku termenung seketika memikirkan apa yg baru berlaku di depan mata, hati kecil berkata "Im...kau nampak tu, tanpa modal....si Banglades tu ambik air zam-zam free, ambik cawan2 plastik tu free....dia bagikan kat org2 yg sedang beribadah di MH.....hebat, wp free je semua tp ganjarannya tentu hebat, lebih2 lagi menghilangkan kehausan jemaah2 yg menghambakan diri pd Allah" aku tersenyum, hati berkata lagi "kenapa aku tak terpikir sblm ni, aku ni sibuk nak dpt saf bagus -sayang nak lepaskan saf....tak nak bangun minum air...padahal kalau aku tak khusyuk solat mengingatkan kehausan lagi tak bererti solat aku.....bodohlah kau ni Im....kau tgk si Bangla tadi, wp mungkin tak dpt saf2 yg bagus mcm kau ni, tp tentu pahala dia jauh jauh lebih besar sbb menghilangkan dahaga tetamu Allah....hebat pengajaran yg aku dpt hari ini"

Mata aku mula berkolam...mengenangkan kejahilan diri dan petunjuk Allah yg mengasihani. Azan Maghrib berkumandang....bersolat...sekali lagi aku tidak tenteram....sehingga ke tahyatul akhir air mata menitis sedikit demi sedikit mengenangkan Baitullah yg bakal di tinggalkan pergi pada 23 Disember nanti. Teringatkan pertikaian akal dan hati berhubung kemabruran haji. Terfikirkan pengajaran sedekah tanpa modal yg baru aku pelajari tadi.....di akhir salam kedua aku menginsafi....."Im, mengapa kau terlalu berkira....mengapa kau 2,3 hari ni asyik tertanya-tanya dan paksa memaksa Allah menerima ibadah haji......mengapa kau terlalu kikir dlm ibadah haji, mengapa selama hidup 38 tahun kau tak pernah memohon, berdoa, bersolat hajat, agar semua ibadah kau di terimaNya....tp di Makkah kau menjadi terlalu berkira....adakah kau ikhlas sebenarnya beribadah...adakah kau betul2 jujur dgn Allah...adakah kau layak bersama2 Rasulullah di akhirat kelak......Rasulullah tidak pernah berkira....Allah juga tidak pernah berkira selama ini....kenapa kau sbg hamba terlalu kikir terlalu berkira. Im adakah kau berkira krn wang ringgit yg kau belanjakan utk dtg ke sini, adakah kau berkira kerana pengorbanan duniawi utk kau berada di sini......Im...silap dah kau ni Im, silap jauh dah. KAU MESTI BERTAUBAT" hati saya jadi terlalu rapuh....dlm jutaan jemaah aku rasa bagai tersungkur, luluh jiwa dan raga.

Slps Isya' aku pulang ke Maktab.....di terowong Ajyad saya campakkan jauh perasaan gelodak rasa yg bermukim di jiwa tentang kemabruran haji....dicampak jauh namun masih ada sekelumit gentar dan menyimpan segunung harapan Allah menerima segalanya...bukan sahaja ibadah haji tapi segala ibadah2 yg dibuat selama ini....aku cuba memuhasabah diri seikhlas seluhur rasa. Alhamdulillah aku perolehi kedamaian. Pulang di bilik aku tidur, sblm lelap mata aku masih terkenangkan kejahilan diri....alhamdulillah aku menyedarinya, namun hati masih tidak tenteram....mengenangkan Baitullah yg bakal di tinggalkan.

Subuh keesokkan harinya....jiwa bagai disambar halilintar pabila mendengar laugan azan dr MH. Aku tewas...sudah 3 hari aku berperasaan sebegini...hilang konsentrasi, alunan bacaan surah2 Al-Quraan di waktu Subuh, Maghrib dan Isya' sejak beberapa hari, ku sambut dgn deraian airmata...aku terlalu merindui Baitullah....bagai tidak tega meninggalkannya wp sekelip mata. Slps Subuh aku berdoa lagi mengharap seribu ketenangan utk aku melalui seminggu terakhir di MH dgn penuh kecekalan. Hati merintih, di Dataran Kaabah aku tunduk sujud di waktu syuruk "Ya Allah, mengapa berat sungguh hati ku utk meninggalkan Baitullah Mu, bagai tak bisa berpisah lagi dgn bumi Barakah ini...ya Allah permudahkanlah Ya Allah...tenteramkanlah hati ku untuk aku beribadat di sini sblm melangkah ke Madinah. Ya Allah sesungguhnya aku terlalu rindu terlalu sayangkan bumi Makkah ini namun pemergian ku nanti ke Madinah adalah atas saranan agama Mu jua, aku turuti, Ya Allah aku ke Madinah utk menziarah Rasul pilihan mu, bukan utk bersuka ria, aku umat Kekasih Mu cekalkan hati ku utk meninggalkan Baitullah Mu demi menziarah Rasul ulung Mu, Ya Allah....tak mungkin akan aku ziarahi Madinah - ziarahi Rasulullah kalau bukan kerana dia, kekasih Mu.........."

......bersambung Part XIV

Tuesday, November 10, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XII - Mengharap Ehsan Mu Ya Rabbul Izzati)

Rabu 10 Disember/12 Zulhijjah - Hari terakhir di Mina bagi musim haji kali ini, kami yg berniat Nafar Awal, pagi2 lagi bersiap utk ke Jamrah. Spt biasa aku bersama Hj Sabli berdua bergerak sedikit awal, maklumlah kami single berbanding lain2 yg dtg dgn keluarga. Hj Sabli memutuskan utk terus pulang ke Makkah sebaik sahaja melontar di ketiga2 jamrah, manakala aku bagai tiada pilihan selain pulang dulu ke kem di Mina memandangkan beg tarik aku tidak boleh dibawa bersama ke jamrah. Perjalanan dr kem melalui terowong utk ke jamrah begitu padat. Sepanjang perjalanan aku terasa sebak memikirkan mungkin ini kali terakhir melalui pengalaman sebegini. Aku dan Hj Sabli berjalan...kami langsung tak berbual....berjalan perlahan2 menuju ke jamrah dan menyelesaikan tugasan.

Selesai, kami berpelukan sekali lagi dan beliau terus meneruskan perjalanan ke Makkah manakala aku pulang ke kem di Mina. Beliau berkata "Haji, nanti kita jumpa kat Maktab malam nanti....saya balik ni terus nak buat tawaf haji" Saya cuma mengangguk dan turut menyimpan harap bertemu beliau sebaik saja pulang ke Maktab ptg nanti. Menyusuri jalan pulang ke Mina meninjau2 persekitaran bumi Mina...kontang namun menenangkan. Sayup2 dr kejauhan terlihat Masjid Namirah, sekaligus teringat Bapak di Kuala Lumpur dan anak perempuan (Amirah) di Paris. Bapak selalu menggelar anak saya Amirah Namirah, saya tersenyum sendiri mengenangkan perjalanan umrah kami bersama2 6 bulan lalu, di waktu melawat persekitaran Mina.

Sampai di kem, membeli belah sedikit, dan berehat. Alhamdulillah dalam jam 1 tghri ada pihak yg menawarkan aku utk ikut bersama mereka pulang ke Makkah dgn kenderaan konsulat Jeddah. Aku agak keberatan mulanya, namun semua meminta aku mengikut memandangkan kereta tersebut hanya muat utk seorang jemaah saja lagi. Aku turuti akhirnya. Sampai di Maktab, aku terus mencari Hj Sabli.....tiada di bilik. Maktab benar2 kosong tiada berpenghuni. Aku pulang ke bilik, berehat seketika, mandi, bersolat Zohor dan cuba ingin tidur. Gagal. Hati teringat2 tawaf haji yg perlu aku lunaskan. Aku terus bersiap, sekali lagi menjenguk ke bilik Hj Sabli...masih tiada di bilik, aku tertanya2 "mana perginya, risau pulak td dia sorang2 diri pulang ke Makkah....harap tak de apa2 terjadi kat dia, kalau tak..... aku kesal seumur hidup" aku terus memanjatkan doa buat kesejahteraan beliau.

Aku tiba perkarangan di MH sebaik shj lepas Asar, SUBHANALLAH, penuh sepenuh-penuhnya, lebih padat drpd sblm2 ini. Sehingga nak masuk ke MH pun tak dapat. Jemaah di arah ke sana ke sini oleh petugas MH, aku berpusing2 mencari jalan, fikiran masih juga teringatkan Hj Sabli dan juga tawaf haji yg perlu aku selesaikan. Dlm keadaan yg bersesakan itu, tetiba aku ternampak Hj Sabli....beliau terus dtg dan berkata "Hj Imran, dah di sini rupanya, saya ingat Haji masih di Mina" sy menjawap "Haji Sabli...puas saya cari tadi, ingat nak ajak buat tawaf haji sama2....Haji dah selesai ke?" Beliau menjawap "Alhamdulillah dah selesai, alhamdulillah" beliau memeluk aku, aku lihat airmata di tubir mata beliau...airmata kesyukuran tentunya.

Aku dapat masuk ke MH, terpegun menyaksikan jutaan jemaah yg terus2an bertawaf....terbit rasa gentar...."eh....macamana nak tawaf ni, punya penuh" Aku bersolat Asar, mengaji sebentar. Melihat kepadatan di Dataran Kaabah, aku memutuskan untuk membuat tawaf haji slps Maghrib. Aku mengaji dan terus mengaji....tanpa menghiraukan hiruk pikuk di MH. Di blkg aku adalah Safa dan Marwah....di hadapan aku Multazam....terfikir, adakah tempat yg lebih baik drp duduk mengaji di sini....tentunya TIDAK. Aku mengaji sehingga waktu Maghrib, slps Maghrib, sekali lagi aku tunda hasrat utk bertawaf haji.....ramai sgt terlalu ramai jemaah. Sementara menunggu Isya' aku bersolat sunat.....melihat jutaan manusia mengelilingi Baitullah bagai memustahilkan aku bertawaf haji, aku laksanakan solat sunat hajat, agar dipermudahkan segalanya buat ku.

Isya'....aku bersolat, mendengar alunan ayat2 suci yg dibacakan oleh Imam, aku berasa terlalu kecil....sekecil debu. Selesai solat, aku terus bangun....dan tak mahu menangguhkan lagi tawaf haji. Dalam hati berkata "Ya Allah, kau yg membawa aku ke sini....kau yg menyeru panggilan haji ini...aku menyahutnya...skrg aku di sini, Kau permudahkanlah utk ku." Aku terus memulakan tawaf dlm penuh kesesakan jemaah yang sama2 membuktikan kesaratan cinta pada Illahi dengan penuh kesyukuran kpdNya jua. Selesai bertawaf....aku berasa puas teramat puas dan tenang setenang-tenangnya, jauh lebih tenang dr apa yg pernah aku lalui sepanjang hidup. Aku meneruskan langkah bersaei, bersendirian. Dlm masa 45 minit aku selesai bersaei.....alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang aku singgah makan dan mula meninjau2 jualan2.....masih belum ada hati sangat nak membeli....aku terus pulang dan mencari kawan2 lain yg bernafar awal. Ada yg berehat di bilik, ada yg masih di MH. Jam 11.00 mlm, rakan jemaah pulang dr tawaf/saei haji. Beliau kelihatan agak letih, melihat aku yg berbaring mengaji di katil beliau bertanya "Eh...Imran, kau dah buat tawaf haji ke? Awal kau balik bilik.....td dr Mina aku yg sampai Makkah dulukan?" Aku kehairanan dgn soalan beliau dan berkata "dah aku dah tawaf haji dah selesai tadi, lepas Isya'....lama gaklah, all in tawaf dan saei about 2 and a half hour.....ramai betul tadi...err....napa kau ni?" Beliau menjawab, "2 jam setengah je....ooit cepat tu, aku tadi buat tawaf dr lepas Asar, berenti, sambung tawaf lepas Maghrib, berenti lagi, sambung lepas Isya'....lepas tu buat saei...kira-kira 4 jam setengah, 5 jam...letih betul aku ni" Aku begitu hairan dgn apa yg jemaah muda itu lalui....tertanya2 "kenapa ye...lama betul...kenapa?" Tapi dalam hati yakin, tentu ada hikmahnya di sebalik apa yg dilaluinya. Tak mungkin Allah susahkan tetamuNya, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang....tentu ada hikmahnya, wallahualam.

Bg aku sendiri, mungkin Allah ingin aku lebih mensyukuri keputusan aku menunda tawaf haji aku dr waktu Asar hingga Isya', dan Allah ingin aku lebih mensyukuri masa 2 jam setengah bertawaf/saei....yg pd mulanya aku anggap begitu panjang, tp cukup pendek jika dibandingkan dgn jangkamasa hampir 5 jam yg dilalui oleh jemaah tersebut. Apapun sebenarnya aku tak hiraukan apa2 lagi......yg penting telah selesai rukun2 dan wajib2 haji. Dlm aku membelek2 Quraan dan mengaji teringat aku dgn ayat Quran "pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku sempurnakan nikmat-Ku bagi kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kamu".

Teringat jugak ada yg kata, bila selesai mengerjakan haji maka lengkap dan sempurnalah rukun Islam......namun perkataan SEMPURNA mencabar fikiran ku, di hati berdetik "betul ke lengkap, betul ke sempurna....ibadah dan amalan kau Im....apa benar segala urusan haji telah kau lunaskan dengan tertib dan sempurna.....jauh lebih penting - sempurnakah aku sbg hamba sedangkan aku tau aku amat2 jauh dr segala bentuk kesempurnaan.....aku penuh dgn kepincangan, kecacatan....iman yg rapuh dan masih bertatih lagi........bukankah kesempurnaan hanya milik Allah" aku tertanya2, hati dan akal lantang berdebat bertalu-talu membahaskan keluhuran hati budi kesempurnaan jiwa pekerti ketulusan hakiki antara aku dgn Illahi. Di sebalik kedamaian dan ketenanangan malam di bumi barakah Makkahtul Mukkaramah aku menghitung2 ketidaksempurnaan diri namun tetap Mengharap Ehsan Mu Ya Rabbul Izzati.................

..............bersambung Part XIII