Followers

Tuesday, May 18, 2010

Umrah 1431 : Sahabat Kurniaan Allah

Dari hari ketibaan lagi, saya dan En Li dah bersembang hal Dik Syima, BoxHouseStudio yg berada di Makkah, begitu juga dengan Ibu kpd Abg Sulong.

Pada 28 April (Rabu) jam 11 pagi, kami sekeluarga yang berhasrat utk membuat tawaf sunat turun ke lobi hotel sblm meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram. Terjumpa En Li dan bersembang seketika, beliau berkata "Dato', saya bz sikit skrg ni, tp tak silap saya BoxHouse dan Hj Arshad (seorang lg bloggers) ada di Felda d'Saji, kalau Dato' nak jumpa, cuba gi sana." Kami sekeluarga terus ke Felda...meninjau dan terus meninjau kelibat Hj Arshad dan BoxHouse yg tak pernah bersua muka. Sampai di hujung food court, saya lihat 2 insan sdg berbual rancak....saya yakin, merekalah yg dicari. Saya terus menegur "Ni, Hj Arshad, BoxHouse ke?" Kedua2 mereka nmpk terpingga2 seketika dan diiringi dgn suara ceria Hj Arshad "Haaa....ni Dato'Imran kan?" Kami terus bersembang dan bersembang....persahabatan terus mendalam. Sempat bergambar, dlm sibuk bergambar tup tup muncul pulak En Li....OK je....terus lagi kami bergambar. Jam 11.45, saya terus memohon diri dan berkejar bersama keluarga membuat tawaf sunat dan terus bersolat Zohor di MH.
Bermula dari situ, seorang demi seorang sahabat-sahabat di Tanah Suci dikurniakanNya kepada saya. Bermula dgn En Li, Hj Arshad, Kak Tun BHS, Azam Nokia, Lutfi Na5wa, Meor, Aidil Fadhil, Sanusi (Yaman), pelajar-pelajar Ummu Qura dan ramai lagi.

Buat En Li....gosh i think i cud easily write a thick thesis about him. Bbrp mlm yg kami lalui bersama hingga ke awal pagi jelas membuktikan keluhuran budi pekerti beliau. Seorg yg begitu penyayang...tak hairanlah kita dpt saksikan limpahan kasih sayang Allah kpd beliau sepanjang beliau di sana. Di senangi ramai, baik sahabat mahupun pekerja hotel. Teruja saya mendengar kisah2 yg disampaikan kepada saya, baik dr pelan perancangan masa depan beliau yg cukup HEBAT, ditambah dgn kisah2 kehidupan bermasyarakat di Makkah, perihal ibadat, sirah nabi2, kasih seorang anak kpd arwah ibunya, kisah cinta luka, ragam dunia bolggers dan pelbagai lain.....semuanya insyaAllah saya ambil jadikan sempadan dan teladan hidup. Oh ye....mana mungkin saya lupa kasih sayang yg beliau curahkan buat anak2 saya, tidak cukup dgn belaian, disertai dgn buah tangan dan masakan air tangan beliau pada setiap hari minggu. Pastinya yg paling beliau rindu adalah kpd IMAN, anak kecil kami yg berusia genap 5 bulan semasa hari ketibaan kami.

Hadi, Amirah dan Nadia semua terhibur dgn Uncle Li mereka....hampir setiap hari semasa di Makkah anak2 saya berkata "Bapak kita nak duduk kat bilik Uncle Li, nak main2 dgn Uncle Li, we like him so much, bcos he is so nice to us" Tiap kali juga saya akan menghalangnya, bukan apa, cuma faham dgn tuntutan tugasan beliau sepanjang masa.

Begitu juga dgn Hj Arshad dan Kak Syarifah sekeluarga yang cukup gigih membina tapak utk mengabdikan diri membuka perniagaan membantu tetamu2 Allah. Kegigihan beliau saya kagumi....budi baik yang dihulurkan tak mungkin kami lupakan. Masih terasa-rasa keenakkan chicken/lamb mandy yang kita nikmati bersama keluarga dan juga Ustaz Dasuki. Majlis usrah yang diusahakan di Hotel Manazil, mmg tidak kami jangkakan....tambahan pulak dgn Tomyam yg dah lama tak kami nikmati.

Tak lengkap rasanya kalau tak berbicara tentang Kak Tun BHS....mmmm, mcm tak sangka kami bertemu di sana, tak di rancang jauh dr di rencana. Peliknya kami bertemu berkali2 secara tidak sengaja dlm masa 2,3 hari. Bermula dgn pertemuan di food court Felda d'Saji, diikuti dengan sekali lagi pertemuan di tempat yg sama, diikuti lagi dengan pertemuan yang sama utk kali ke3 yg dilanjutkan dgn jamuan sempena hari kelahiran Na5wa Abdul Rahman oleh Lutfi pada mlm Jumaat 29 April 2010. Saya sedari, beliau sekeluarga akan berlepas ke Madinah keesokkan harinya slps solat Jumaat. Bangun awal pagi Jumaat saya turun ke Felda d'Saji mencari BoxHouse....tak jumpa, saya turun sekali lagi sblm Jumaat mencari beliau...sekali lagi tak jumpa. Terasa sedikit hamba....dlm hati berkata "Ya Allah, aku terlalu ingin bertemu Kak Tun atau keluarganya, sekurang2nya berilah aku peluang menghulurkan sedikit tanda mata kecil yg aku bawa jauh dr Paris buat kawan2 yg aku temui di sini". Aku keluar bersolat Jumaat, slps solat aku menganji dlm 30 minit. Hati meronta utk segera ke Abeer Garden mencari Kak Tun, takut2 ketinggalan tak sempat bertemu. Tp hati turut berkata "Im, habiskan dulu surah yg sedang di baca...if u hav time for Allah, Allah will definately give all the time u need" Selesai mengaji, saya terus keluar mencari Abeer Garden Hotel (hotel kediaman Kak Tun sekeluarga)...cari dan terus mencari dlm kesesakan jutaan jemaah yg sama2 turut pulang slps solat Jumaat....hampir tewas, terus mencari. ALHAMDULILLAH bertemu hotelnya.

Di lobi hotel saya melihat longgokkan beg...dlm hati berkata "YES....mesti Kak Tun blm ke Madinah...tentunya masih di Makkah" Terus saya mencari no bilik beliau dr senarai yg terletak di dinding lobi....meneliti dan terus mencari nama beliau...sekali lagi HAMPA. Sy hampir putus harap. Pd masa yg sama terdengar suara anak remaja lelaki yg pernah didengar sblm ini, aku segera menoleh ke belakang.....SUBHANALLAH...anak Kak Tun, kedua-dua org tua Kak Tun pun rupanya ada di lobi. Saya segera menyerahkan tanda mata yg ingin disampaikan sambil bertanya "Mana Kak Tun?" Ringkas jawap anak beliau yang ibu masih di MH....segera saya mengundur diri...bukan apa, segan airmata mula bergenang di kelopak mata kerana sebak akhirnya hasrat bertemu keluarga dan menyampaikan tanda mata kpd Kak Tun sblm beliau berlepas ke Madinah di makbulkanNya.....alhamdulillah.

Tentu juga tak mungkin kami lupa cenderamata2 yg dititipkan buat kami oleh Kak Tun melalui Haji Kamarul sebaik sahaja kami tiba di Madinah....Kak Tun...TQVM, moga Kak Tun sekeluarga diberkati dan dirahmati selalu.

Mungkin penuh ruangan di sini utk saya kisahkan tentang sahabat2 baru yg kami kenali sepanjang 2 minggu berada di Tanah Suci, apa yg pasti saya yakin, persahabatan ini akan kekal berpanjangan di dalam keberkatanNya setiap masa, insyaAllah dr sini hinggalah ke akhirat. Buat En Li, Hj Arshad, Kak Tun, Meor, Azam, Lutfi, Shair, Sanusi, Ust Dasuki dan semuanya, terima kasih yg tak terhingga atas jalinan ukhwah yang sudi dibina bersama; moga kita kekal dlm keredhaanNya. Malam2 dingin di Paris membuat saya cemburu dan sering terkenang-kenangkan keagungan bumi barakah yang diiringi kehangatan hubungan insaniah antara kami sekeluarga dengan sahabat-sahabat kurniaah Allah di Kota Makkah al Mukarramah.

Monday, May 17, 2010

Umrah 1431 : Dari Kota Eiffel ke Bumi Baitullah


Selasa 27 April, kira-kira 3 minggu lalu, kami sekeluarga di Paris bangun awal pagi utk bersiap berlepas ke Jeddah. Jam 6.30 pagi deringan telefon memecah keheningan waktu Syuruk di Paris. Spt yg dijangka, panggilan dr Ibu di Kuala Lumpur, bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat utk perjalanan anak, menantu dan cucu-cucu di Paris.

Jam 8.00, terima sms drp suami kpd PA Pejabat yang mengucapkan selamat atas segalanya.

Jam 9.15 pagi kereta yg di sewa menanti di bawah apartmen dan membawa kami terus ke Charles de Gaulle Airport Paris. Jam 9.50 pagi tiba di airport dan terus check-in di kaunter Saudi Air, alhamdulillah begitu mudah, kurang dr 5 minit segalanya selesai.....sayatersenyum teringatkan perjalanan haji yg aku mulakan dgn hanya 2 minit di kaunter check-in....subhanallah.

Kami terus masuk ke boarding gate dan menyelesaikan urusan imigresen, alhamdulillah, lancar segalanya. Jam 10.15 pagi, terima panggilan dr En Li PDKM yang dr riak suaranya dpt saya rasakan begitu teruja dan tak sabar menanti ketibaan kami sekeluarga ke Tanah Suci Makkah.

Kami menaiki pesawat jam 12 tengahari, penerbangan tertunda kira2 20 minit. Jam 12.55 kami berlepas, dlm hati tak putus2 berharap agar segalanya di permudahkanNya jua.

Sejam selepas berlepas, kami dihidangkan dgn pelbagai makan tengahari yg menyelerakan...siap ada kids meal buat Hadi, Amirah dan Nadia, serta babies food buat Iman. Diiringi juga dgn buah tangan dr Saudi Air buat kesemua anak2....mmg best layanan Saudi Air...everytime, alhamdulillah.

Lepas lunch semua lena tertidur, saya terus berjaga-jaga utk memastikan masa berihram dan tidak terlepas niat di miqat. Jam 3.30 pm (waktu Paris) saya terus membangunkan Hadi yg sedang tidur dan menyiapkan Hadi berihram, di ikuti dgn saya sendiri dan anak2 yg lain termasuklah si kecil - Iman.
Kira-kira jam 5.40 waktu Paris (6.40 waktu Makkah), kami diingatkan berniat ihram (umrah) oleh pramugara bertugas. Tepat jam 7.10 mlm tibalah kami di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Semua urusan imigresen dan kastam selesai dlm masa kurang 1 jam....alhamdulillah, kami keluar ke arrival hall dan slps bbrp ketika kami di sapa oleh pemandu bertugas yang membawa kami terus ke Kota Makkah.

Jam 10.00 mlm kami tiba di Al-Safwah Royale Orchid Hotel....ketibaan kami disambut oleh tak lain tak bukan si celebriti empunya blog PDKM....wah bukan main bergaya lagi orgnya. Itulah kali pertama kami bertemu slps berkenalan dlm 1 tahun secara maya. Kami di bawa terus ke aras hotel yang menempatkan bilik kami. Dlm ralit bersembang di dalam lif, kami tak perasan pun aras mana bilik yg disediakan oleh boss PDKM, cuma bila tiba di lobi aras berkenaan saya terperasan "TWENTIETH FLOOR", terpacul dr mulut saya kpd isteri dan kpd En Li "eh...Mai, bilik kita kat tingkat 20 rupanya.....En Li, En Li, kalau nak tau, no 20 ni mcm mengikut kami mana je kami pergi, dulu rumah kat Msia no 20, tiba Paris pun dpt rumah no 20, ni kat Safwah pulak dpt bilik tingkat 20....mcm kebetulan je". Isteri saya diam tersenyum, manakala En Li membalas "Dato' (panggilan En Li buat saya yg tak pun saya approved sebenarnya...hehehe), ok tak kalau saya bagi Dato' bilik no 2020?" Saya tercengang seketika, dlm hati berkata..."pelik ye, mcmana tergerak hati En Li ni nak bg bilik no mcm tu kat kami???"



Tiba di bilik....SUBHANALLAH....cantiknya, semuanya disusun indah bagai kamar peraduan raja sehari.....saya tabik spring kat En Li.....mmg teliti dan hebat perancangan dan sambutan beliau utk kami sekeluarga. Lepas berbual dan berfoto dlm 5 - 10 minit, beliau meminta diri. Kami terus bersiap, membersihkan diri, berwuduk, bersolat dan berfoto2 lg sblm keluar meninggalkan bilik utk ke Haram jam 10.40 mlm utk berumrah.


Tiba di Masjidil Haram, kami terus melunaskan tawaf umrah diikuti dgn solat sunat tawaf 2 rakaat, meneguk air zam zam, bersaei dan akhirnya bertahalul pada jam 12.15 tengahmlm. Sedikit pelik, bilamana, Baby Iman begitu tertib sepanjang kami bertawaf, langsung tidak meragam. Bgmp bila tiba di pusingan ke tujuh, slps melepasi Rukun Yamani, tetiba Iman bersuara menangis terisak-isak bernadu sayu......saya tertanya2....kenapa ye? Begitu juga semasa bersaei....Iman tertidur dipusingan ke 3....nyenyak tidurnya, sehinggalah kami tamat pusingan ke 7, sblm bertahalul, Iman sedar dari tidur dan terus aktif sehingga kami pulang ke bilik 2020.
Selepas selesai semuanya kami berpatah pulang ke hotel berehat seketika. Sementara anak2 dan isteri membersihkan diri untuk tidur, saya keluar mencari makan malam. Jam 1.30 pagi, semua selesai makan dan tidur. Slps membersihkan diri, saya cuba melelapkan mata....mmg tak dpt, ke kiri ke kanan saya mengalihkan badan utk tidur bg memastikan saya bangkit sblm Subuh, tetap tak berjaya melelapkan mata. Disebalik keempukan bantal dan tilam hotel mewah bertaraf 5 bintang, mata kekal awas, tidak mengantuk langsung......aku bingkas bangun dan terus ke jendela bilik hotel....aku perhati dan terus memerhati pesta ibadah di Baitullah....lebih 30 minit memerhati, baru puas, baru terasa kengantukkan, aku kembali ke katil dan akhirnya tertidur kira-kira jam 3.00 pagi, slps melalui kembara bermakna dr Kota Eiffel ke Bumi Baitullah.