Followers

Friday, November 6, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part IX - Lebih dari Segala yang di Pinta)

Hari wukuf kian menjelang, sesi perbincangan dan pelajaran kian rancak dengan sahabat2 Msia dr Mesir dan Singapura terutamanya. Pihak pengurusan TH turut menganjurkan sesi2 ceramah berkala setiap hari di Maktab2 berdekatan dan juga Maktab kami. Tapi saya tidak pernah sekali pun hadir di majlis ceramah tersebut, bukan sengaja cuma masa saya peruntukan sepenuhnya di MH. Selalunya saya akan di MH dari Subuh sehingga Asar, pulang sebentar ke Maktab dan pergi semula utk Maghrib dan Isya'. Adakalanya, saya solat Subuh di bilik dan akan ke MH dr waktu Dhuha hinggalah ke Isya'....terpulang pada keupayaan semasa.

Umrah....ramai yg bertanya "eh....haji, nak buat umrah tak?" Saya mmg nak sgt2 tp sbb menumpukan diri pd bacaan Quraan dan ditambah pula dgn nasihat pihak TH yg meminta jemaah menjaga stamina sblm hari wukuf dan juga saranan sahabat2 dr Mesir yg berjanji utk berumrah sama dgn saya slps hari Arafah...saya tangguhkan sementara hasrat utk berumrah. Saya tingkatkan bacaan Quraan dan tawaf2 sunat, setiap hari.

Kira-kira 3 hari sblm wukuf, selepas bersolat zohor menanti waktu Asar aku membuat tawaf sunat.....sebaik sahaja selesai pusingan ke7, saya melihat begitu ramai jemaah yang telah membuat saf2 di hadapan pintu Kaabah. Teruja sama. Dlm hati berkata "Bestnya kalau dpt sembahyang depan pintu Kaabah blkg Imam, dpt sekali pun dah kira ok sangat, 1 waktu solat fardu pun jadilah". Aku mencuba....menempatkan diri dlm kesesakan yg amat sangat. Berjaya. Aku di saf ke 4 - betul2 di hdpn pintu Kaabah. Menunggu waktu Asar....aku ralit melihat keindahan Baitullah....kaguman yang tidak dapat digambarkan atau diungkapkan. Aku melihat juga lautan jemaah yg melaksanakan umrah, tawaf sunat dan berasakkan utk mendapatkan seat kelas A di Dataran Kaabah.

Sedang ralit aku berkata2 dlm hati "Ya Allah, nanti lepas solat Asar aku nak sgt, sekurang2nya 1 dari 3 (merujuk kepada Pintu Taubat, bersolat di dalam Hijr Ismail dan Hajarul Aswad), 1 pun jadilah...." Menyedari lautan jemaah yg berada di MH di saat itu...aku tidak sangat menyimpan harap......malahan sejak dari hari ketibaan aku di MH, wp berkeinginan, aku pendamkan saja hasrat memandangkan semasa umrah 6 bulan lalu, aku berkesempatan mengucup Hajarul Aswad, pernah juga berada di hadapan Pintu Taubat dan bersolat di Hijr Ismail. Tiap kali aku ingin ke 3 tempat ini, hati berkata "tak pe Im, bg peluang kpd org lain...mungkin mereka berebut sbb belum pernah berkesempatan...kau dah pernah, bglah chance kat org lain pulak"....itu yg berlaku tiap kali sblm2 ini. Tp ptg tersebut bila berada di hadapan pintu Kaabah aku kembali menyimpan hasrat..."1 je Ya Allah dr 3...please" aku berdoa di dlm hati.

Masuk waktu Asar....kami bersolat....saat suara Imam mengangkat takbir, tertusuk di telinga meresap ke jiwa dan terngiang2 sehingga kini gemersik suaranya. Selesai bersolat...aku melihat jemaah mula berasakkan....dlm ribuan manusia aku bangun dan berkata2 lagi "Ya Allah, 1 je antara 3" dan meneruskan perjalanan ke pintu Kaabah yg terletak hanya 3,4 meter shj dr aku. Aku di tolak, di tarik, ke kanan, ke kiri, ke depan, ke blkg....tanpa haluan, cuma seketika...tetiba aku dah berada di pintu Kaabah...kedudukan di betul2 tengah-tengah pintu Kaabah. Aku berkata dlm hati "eh...mcmana aku boleh sampai di sini" aku terus berpaut meletakkan kedua2 belah tangan aku di kaki muka pintu Kaabah dgn pipi dan dada terdakap rapat...sehingga tiada ruang diantara aku dgn Kaabah...SUBHANAALLAH....aku tak terpikir pun dapat serapat begini. Aku sedari, sebenarnya kedudukan aku ini adalah kerana ramainya org berasak dan menolak sehingga aku terperesuk terus bagai tiada ruang memisah antara aku dgn pusat titik tengah pintu Kaabah.

Slps bbrp ketika aku, lemas...lemas selemas lemasnya, aku ingin keluar, tapi aku bagai di halang suatu kuasa agar aku terus berada di situ. Seorang jemaah dr India (mungkin) menolak terus kepala ku ke batu Kaabah...di angkat kopiah ku dan di sapu2kan di pintu Kaabah. Aku tertanya2..."napalah dia ni buat mcm ni....ada org kata perbuatan ni semua bertentangan, khurafat" tp dlm keadaan itu aku tak terpikir apa pun....aku terus berada di tengah2 pintu Kaabah" Berpeluh...lemas....tiba2...aku kecundang tiba2 nafas aku terasa pendek...aku tercungap2, tanpa aku sedari airmata mengalir laju dan bertali arus tanpa direncanakan. Aku terpinga2 dan bertanya "kenapa dan mengapa" terdetak lg di benak "mengapa perlu di tanya ttg rasa hiba yg hadir bila bersamaNya". Aku terus tertunduk di pintu Kaabah dan menggunakan segala kesempatan yg ada untuk membersihkan diri dr dosa dan noda...dosa2 lalu...dosa2 yg ditaubatkan tp diulangi. Airmata terus mencurah....terlalu murah....amat murah. Slps hampir 15 minit di pintu Kaabah....aku usahakan untuk keluar dgn niat memberi peluang pd jutaan lagi jemaah.

Aku keluar dan berjalan......ke arah MH utk berehat. Nyata GAGAL...aku di tolak dan diasak bagai memaksa aku utk ke Hijr Ismail....selang bbrp ketika aku telah pun berada di dlm Hijr Ismail, alhamdulillah di ruang tengah betul2 di bwh pancuran emas. Aku ingin bersolat....tetapi jemaah terlalu ramai....mana mungkin, masing2 berebut2. Saya mengangkat tangan memandang ke atas berdoa dan terus berdoa, dlm masa berdoa...fikiran melayang teringatkan anak - Amirah....yg semasa berumrah dulu kami sama2 saksikan air hujan turun di pancuran emas, teringat Hadi, Nadia, isteri, dan semua keluarga yang sama2 berumrah 6 bulan lalu. Ku titipkan doa2 utk semuanya agar kami kembali di sini di suatu ketika. Slps berdoa, aku cuba melepaskan diri keluar dr Hijr Ismail....utk memberi peluang kpd jemaah lain yg ramai menanti. Aku bersyukur teramat bersyukur kerana Allah telah pun memberikan lebih dari yang aku pinta...aku inginkan 1 antara 3..tp aku dah pun dpt 2....alhamdulillah. Seterusnya, aku bercadang utk merehatkan diri di ruang dalam MH.

Sedang aku berjalan keluar dr Hijr Ismail, melewati rukun yamani, terfikir lagi "bagus jugak ni, kalau dapat solat Maghrib di depan pintu Kaabah, di blkg Imam...Ya Allah, permudahkanlah" Mengingatkan peluang bersolat Asar di blkg Imam sebaik sahaja selasai bertawaf sunat spt petang tadi, aku terus memutuskan untuk sekali lagi bertawaf sunat. Baru selesai 3 pusingan...ramai jemaah telah mula membuat saf, aku terus berhenti dan turut sama jemaah lain. Alhamdulillah dapat saf ke 2 di tengah2, betul2 di belakang iman2 besar lain dan pengawal2 keselamatan. Sementara menunggu waktu Maghrib, aku sms isteri bertanya "Mai, skrg ni Im duduk betul2 depan Pintu Kaabah, blkg Imam...ada nak doa apa2?" Isteri membalas "doa je apa2 yg baik2 utk Yaya dan budak2....doakan kita pergi sana selalu"

Bersolat Maghrib di saf kedua betul2 belakang Imam......aku cukup teruja. Pabila ayat2 suci Al-Quraan di alunkan, jemaah2 berdekatan mula menitiskan airmata....aku cuba menahan sebak, cuba dan terus mencuba demi memberi sepenuh penghayatan pada bacaan Imam, akhirnya aku tewas di rakaat kedua. Selesai bersolat aku terus melunaskan pusingan ke4, 5, 6 dan 7 tawaf sunat. Selesai bertawaf aku sekali lagi terasa untuk berehat di ruang dlm MH. Belum sempat aku keluar dr Dataran Kaabah, sekali lagi aku melihat jemaah sudah mula membina saf di hadapan pintu Kaabah...di hati berkata lagi "bagus ni...baik aku cuba lagi bersolat kat tmpt tadi" pd masa yang sama hati turut berkata "Im...dahlah bglah peluang pd org lain, kau dah dapat lebih dari yang dipinta tadi....dah dpt apa yg kau nak bukan setakat sekali solat kat situ dan 2 kali, berturut2 pulak tu, Asar dan Maghrib". Namun aku hati aku masih degil ingin bersolat di hadapan pintu Kaabah. Aku melangkah dan mencari ruang.....dalam asakkan dan tolakkan, tiba2 aku terduduk di ruang sempit saf ke3 tanpa sengaja....dalam hati berkata, "alhamdulillah, rezeki aku lagi ni" aku duduk menenangkan rasa.

Selang beberapa minit....keadaan menjadi sedikit huru hara, kami yang duduk ditimpa oleh sekumplan jemaah....aku cuba menahan jemaah2 tersebut daripada jatuh....dalam keadaan kelam kabut tiba2 ada 2 jemaah dari (Mongolia rasanya), mengangkat aku dan memaksa aku utk bangun...aku tak melawan, di letakkan seorang yg agak berumur di tempat aku duduk. Di kaki kanan aku terasa pedih dan ngilu serta merta...aku melihat ke arah kaki "Ya Allah, ibu jari kaki kanak aku berdarah...pedihnya" dalam keadaan sebegitu seorang jemaah dari Russia menarik tangan ku dan mengajak aku duduk membuat saf...aku berada di saf ke5 kali ini. Begitu sukar utk aku duduk. Aku meneliti ibu jari kaki yg berdarah....dan kuku pun hampir terkopek separuh....sakitnya jgn dikatalah. 2,3 jemaah memberi aku tisu, aku sendiri ada saputangan, jadi aku keringkan darah tersebut dan bila darah tidak keluar lagi, aku bangun untuk keluar dari saf...mengambil semula wuduk. Semua jemaah yg berdekatan tidak membenarkan dan memarahi...bila aku tunjukkan kaki aku yg berdarah, mereka masih tak benarkan aku keluar....ada yg berkata dlm bahasa Inggeris "no problem ya hajj....in this situation u dont need to take another wuduk". Aku cuba tidak berasa was2....bersolat Isya' namun di hati tidak tenang mengingatkan keTAMAKan aku untuk mengejar Seat Kelas A di hadapan Baitullah sehingga diperingatkan sebegitu rupa. Aku KESAL, namun bersyukur atas peringatan yg diberikan....moga aku tidak terlalu tamak lagi dlm menjalani kembara haji yang masih berbaki ini. Selepas solat Isya', aku terus ke ruang dalam MH, disebabkan was-was akan solat Isya' yang dilakukan sblm itu...aku membersihkan ibu jari kaki ku...berwuduk dan sekali lagi bersolat Isya'.

Pulang ke Maktab, aku ceritakan pada rakan2 berhubung kesempatan aku mengucup Kaabah di pintu Kaabah, berdoa di Hijr Ismail dan bersolat 3 kali di blkg Imam serta insiden ibu jari kaki yg yang cedera di depan Baitullah, kawan baik _Hj Sabli berulang kali menyebut "untungnya kau Hj Imran, dpt mcm2 hari ini, especially dpt solat blkg imam...bukan sekali tp sampai 3 kali berturut2....mmg rezeki kaulah, kita ni semua tak dapat lagi" Saya ketawa kecil....di hati berbisik sememangnya aku bersyukur, aku terlalu beruntung dilayan sebegitu istimewa olehNya....bukan hanya kerana dpt mendakap pintu Kaabah, bukan juga hanya dapat berdoa di Hijr Ismail, bukan juga terhad kpd bersolat 3 kali berturut2 di blkg imam tp sesungguhnya aku terlalu bersyukur kerana diberikan kesedaran dan ingatan akan ketamakkan diri walhal sepanjang kehidupan ini Allah telah berikan segala-galanya Lebih dari Segala yang di Pinta..................

.........................bersambung Part X

24 comments:

  1. Salam ziarah. Blog anda sangat menarik. Jemputlah datang ke blog saya pula. Jutaan terima kasih diucapkan.

    cikgu zuki
    http://zukidin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam IP..
    kalu bab2 n cerita dr tanah suci bukan sekadar baca , siap copy paste lg , gambarnya pun dah kena kebas gak , ummi suka simpan cerita dr sana..jgn marah nooo , nanti upah tempeyek

    ReplyDelete
  3. salam IP,

    alhamdulillah, saya mengambil iktibar dr n3 ini agar kita senantiasa memanjat rasa kesyukuran yang tidak berbelah bahagi ke hadrat Allah SWT atas apa jua pemberiannya kepada kita, kdg kala kita sebagai manusia terlalai kerana kejahilan kita .

    insyallah.

    ReplyDelete
  4. salam IP,

    satu pengajaran kepada kita semua,
    jangan tamak dengan nikmat yang Allah berikan.

    InsyaAllah.. dapat banyak pengajaran dari cerita IP.

    semua makhluk bertawaf mengikut perintah Allah.
    hatta sel sel bertawaf mengelilingi neukleas.
    manusia diperintahkan bertawaf dan ia adalah asas kepada kehidupan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. Salam Mr IP..

    Menarik cacatan kenangan IP..
    Syukur kehadratNya..benarlah kata2 jika kita mintak yang baik, baik lah jua yang kita dapat..

    Semoga saya jua akan dapat menjejak kaki ke sana..dan merasai kemanisan yang telah IP rasai..

    Sebenarnya saya juga telah bbrp kali mengunjungi rumah IP ini tapi tak meninggalkan apa2 komen sblmnya..

    Salam taaruf dan smg pengalaman IP dapat memberi panduan yang manfaat pada org muda seperti saya hehe..

    Thanks..

    ReplyDelete
  6. Salam IP,
    Alhamdulillah, hari ni saya membaca 2 cerita cik im dengan penuh kesyahduan... menitis air mata saya. Sian IP kaki berdarah kena pijak, kalau masih dalam ihram umrah ke, pasni nak bersaei lagi... lagi penuh dugaan seperti kawan saya yang kakinya berdarah ketika masih berihram umrah. Saya pernah terpijak kaki jemaah yang sakit... nak buat macam mana, tak sengaja. Ya Allah ampunilah hambamu ini...
    Untung Cik Im dapat seat A je, kita muslimat tak berpeluang macam tu, duduk kat tempat yang disediakan je... Teruskan menulis Cik Im. Saya tah bila nak menulis, teruja sungguh... Saya seperti IP antara jemaah muda tapi banyak kejahilan lagi. Masa haji saya tak berpeluang masuk Hijir Ismail, masa tu dalam hati berkata berilah peluang orang lain, saya dah banyak dapat masa umrah.

    ReplyDelete
  7. Salam IP,byk kenangan manis dan sedikit pahit yang dapat dikongsi.Muga jadi iktibar.MJ teringat nak mintak gambar ais klcc dan gambar tower...bye.. .mama baru blk kg....

    ReplyDelete
  8. salam cik im

    segala pengalaman kita jadikan iktibar ,dan jadi kenangan terindah...

    ReplyDelete
  9. salam im,

    syukur kerana diberi peluang bersolat di seat A!! pengalaman2 ini tentunya terpahat di hati sampai mati!

    ReplyDelete
  10. Salam IP,

    Moga catatan di n3 ini dapat dimanfaatkan oleh bakal-bakal jemaah haji nanti.

    ReplyDelete
  11. Salam Tn Sheikh,

    2 hari balik kg, hari nie saya baca 2 n3 sekaligus. Komen saya tuk n3 tawaf, setiap pergerakan di alam ini bergerak mengikut pusingan anti clock-wise dan bertasbih memuji Allah. Jantung kia berada di sebelah kiri dada, dan Kaabah pula secara simboliknya adalah degupan jantung bagi bumi ini. Itu sebabnya tawaf ikut lawan jam supaya jantung kita hampir dgn Kaabah dan sunat melekatkan dada ke Kaabah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Juk, salam perkenalan, moga ianya bepanjangan,insyaAllah

    ReplyDelete
  13. Ummi Humaira....no problem, ambik je gambar2 tu...my pleasure, err....tp jgn lupa tempeyek ye...hehehehe

    ReplyDelete
  14. Tuan Ismet, terlalu byk pengajaran spjg kembara haji...apa yg ditulis tidak akan dapat melakarkan segala yg berlaku...apa lg yg tersirat. Saya amat bersyukur atas segala-galanya.

    ReplyDelete
  15. S, betul tu...mlm smlm sblm tidur, saya masih teringat2kan Baitullah....bertawaf dan berzikir sepanjang 7 pusingan. Tak sabar utk diberikan peluang yang akan dtg....bila agaknya ye Ya Allah?

    ReplyDelete
  16. Sinomosa...inysaAllah. Percayalah Allah terlalu sayang pd hambaNya melebihi sayangnya kita pada isteri/suami, anak2, malahan ibubapa. KasihNya luas tak bersempadanan. Cubalah ye usaha utk cepat2 melunaskan rukun ke5. Lagi cepat lagi BAGUS.

    Thanks for visiting me here...wahai anak muda ;-)

    ReplyDelete
  17. Zie....kaki terpijak tu kira ok sgt2 dr kita ni yg byk menzalimi diri sendiri. Kejadian tu buat saya berfikir...kenapa saya sendiri terkadang menzalimi diri sendiri...kenapa bila kaki kita di pijak kita marah...sakit dsbnya...napa kita sendiri zalimi diri, kotori hati....harapnya kita terus di beri petunjukNya.

    Zie...pasal gi haji muda ni...saya rasa sudah tiba masanya kita buat gagasan...cadangkan org2 muda gi haji, lagi cepat lagi bagus. Sbb haji akan mengubah sempadan iman (bak kata Prof MKI), haji tentu akan menganjak perspektif kita dlm melihat keindahan Islam. InsyaAllah sepulangan dr haji, org2 muda akan punyai lebih wawasan sbg khalifah di muka bumi.

    ReplyDelete
  18. Mama Ju...thanks for visiting...penat tu balik kg. Nak ambik gambar apa pun ambiklah, m more than happy to share...after all life is about sharing...betul tak MJ...eh bunyi mcm Michael Jackson ke MetroJaya ke....hehehe, jgn marah ye Mama gurau je ni.

    ReplyDelete
  19. CM...mmg indah pengalaman menjadi tetamu Allah, mana mungkin ada pengalaman lain yg bisa menandinginya. CM nak gi haji ke tahun depan??? Jom gi sama

    ReplyDelete
  20. Kak Nab...mmg terpahat sampai bila2...tiak kali terlihat gambar Baitullah, degupan jantung bagai berhenti seketika....ngalahkan cinta pandang pertama

    ReplyDelete
  21. AZ...insyaAllah, mmg itulah hasrat saya

    ReplyDelete
  22. Ina,eh....jgnlah panggil Tuan Syeikh...althou mmg ada org kat ofis ni panggil saya mcm tu...seganlah.

    Oh ye...mmg betul, saya terlupa nak cite perihal jantung kita di dada kiri dan hampir dgn Baitullah bila kita bertawaf...sbb tu tak sah tawaf kalau badan kita berpusing2 semasa tawaf tu...sentiasa tangan bhg kiri bdn perlu berada di sisi Kaabah. Tepat tu Ina. Thanks for reminding.

    ReplyDelete
  23. Salam..
    Rezeki Allah datang dari berbagai arah..kadang-kadang yg tidak terduga oleh kita...bersyukur dan redha,kunci utama.

    ReplyDelete
  24. Kak Pinat, betul tu setuju 100%. Moga kita dijadikanNya hamba yg bersyukur senantiasa.

    ReplyDelete