Followers

Sunday, November 1, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part VI - cuma aku dan DIA)

Dalam kerapuhan jiwa keutuhkan jasad...berdiri untuk bersolat Jumaat. Sebaik sahaja surah Al-Fatihah dibacakan, perlahan setitis demi setitis air jernih menitis...menitis mensyukuri nikmat serta petunjuk Allah swt yg membawa aku memahami erti perjalanan haji aku sendiri.

Selepas solat.........keadaan menjadi sedikit kelam kabut....ada yg ingin keluar dr MH, ada yg ingin menunaikan tawaf umrah, ada yg ingin melakukan tawaf sunat, ada yg mencari pasangan, mencari air zam-zam, dan sebagainya. Aku masih terduduk....terus2an mensyukuri perjalanan yg baru aku tempohi....kotak fikiran memikirkan tawaran petugas haji yg berjanji utk membawa aku berumrah mlm nanti....hati bersuara "Im dah lebih 30 jam dah Im kau menunggu, dah lebih 15 jam kau berihram sejak dr ruang udara Madinah...utk berumrah...haruskah di tunggu lagi malam nanti? Ya Allah bertahun2 lamanya aku menunggu saat ini...takkan aku lengahkan lagi...takkan aku tangguhkan lagi, walau sedetik cuma...tak mungkin" Aku bangun dan terus memulakan tawaf umrah.........

SESAK.....SERIBU KEPAYAHAN....namun berbekalkan sejuta harapan utk aku menunaikan umrah melunaskan janji aku kpd Allah...aku terus memulakan tawaf bersendirian.....pusingan pertama...TERLALU SESAK....terkeluar dr benak hati ku "Ya Allah, aku bersyukur kerana di jemput ke menjadi tetamu Mu dlm usia muda, kesiannya tgk org2 tua, perempuan2 berbadan kecil...org kurang sihat bersesak dlm mendampa cinta Mu" Fikiran terus melayang mengingat isteri, Ibu Mertua, serta kaum keluargga dan kenalan yang belum berkesempatan dijemputNya...terus aku memanjatkan doa agar mereka semua di jemput sesegera mungkin dlm keadaan sesempurnanya di musim2 yg akan datang. Aku berjanji bila pulang kelak, seruan haji akan ku khabar2kan kepada semua, baik yg tua atau yg muda.

Aku teruskan bertawaf...pusing ke2, ke3, ke4, ke5, ke6 dan ke7..........alhamdulillah...letih namun puas...aku terus melaksanakan sunah2 yg disarankan....bersolat sunat tawaf....meneguk air zam2, berdoa di Multazam. Selesai. Dlm keterikan mentari...aku memulakan pula saei di Safa dan Marwah.....bersendirian spt juga bertawaf tadi, tidak seperti jemaah2 lain yg dtg dr seluruh pelusuk dunia.......aku benar2 bersendirian di sini kali ini.

Selesai bersaei dan bertahalul...jam di MH menunjukkan waktu Asar cuma dlm masa 45 saja lagi. Aku berkira-kira...mau pulang ke Maktab atau terus berada di MH untuk solat Asar. Seluruh jasad dan juga akal memujuk ku pulang berehat...mandi...tidur sebentar..sekurang2nya sehingga sblm Maghrib. Aku akur...aku perlukan rehat utk terus menunaikan ibadah haji...kesihatan perlu dijaga....aku berjalan2 di dalam MH mencari jln keluar dan sandal.......sebaik sahaja di luar MH aku memakai sandal hitam yg ku beli di Makkah semasa berumrah dulu dan berjalan menghala ke Safwah Hotel...hari panas terik......badan terasa sangat2 letih...mulut masih menyebut "balik Im, balik, rehat dulu....mlm nanti waktu Maghrib kau dtglah balik...." berulang kali menyebutnya....tetapi langkah kaki dan rasa hati bagai berat meninggalkan MH......akhirnya aku berpatah balik masuk ke MH utk bersolat Asar.

Slps Asar aku pulang....dan memujuk diri "kalau letih sgt...tak pe, balik nanti mandi...kau tidurlah, kalau tak larat, solat Maghrib di bilik pun cukuplah" berkata pd diri sendiri sambil berjalan dgn penuh keletihan sehinggalah saya tiba di Maktab. Naik ke bilik....berehat seketika, mandi, dan memakai semula pakaian biasa.....dgn hasrat utk berehat seketika. Bersendirian di bilik aku cuba sedaya upaya melelapkan mata......gagal...kenapa ye? Mungkin aku kesunyian bersendirian, mungkin juga lapar sbb tak sempat lunch...mungkin terlalu letih....mungkin teringat2kan MH, teringat2kan Quraan dsbnya. Nyata aku tak boleh tidur......Bagai org mabuk bercinta aku bersendirian berseorangan terus turun ke lobi hotel...terhoyong hayang berjalan menuju semula ke MH...bersolat Maghrib.....mengerjakan solat2 sunat, mengaji terus2an dan bersolat Isya'.

Selesai...bersendirian juga aku pulang terhoyong hayang dlm jutaan jemaah berjalan semula ke Maktab....ku cuba mengira...brp jam dah aku tak tidur...conggakkan aku lebih 40 jam...mungkin 43 jam...dlm aku berkira-kira menyusuri kawasan Ajyad berseorang, hati terdetik "kenapa kau terlalu berkira...sedangkan Allah tidak pernah berkira akan nikmat2 yg dikurniakan kpd kau....terlalu byk nikmat Allah yg telah kau perolehi....tak pernah pulak Dia berkira dgn kau...ni baru 40 jam lebih kau dah berkira...apalah kau ni...malulah sikit...tak sedar diri" aku terus bermonolog sendirian sehingga tiba di kaunter makanan TH di Maktab. Aku ambil makanan, petugas Arab bertanya dlm bahasa Arab...aku tak memahaminya, ada pulak yg kemudiannya menterjemahkan, tanyanya "brp ramai dlm bilik...tak nak ambik utk rakan2 sebilik ke" saya menjawab "ooo....cuma saya sendirian di bilik, tak de org lain" petugas menghulurkan pek makanan....jemaah di lobi Maktab bagai kehairanan, kenapa aku duduk bersendirian di bilik yg seharusnya memuatkan 6, 7 jemaah. Aku juga kehairanan...dlm hati berkata lagi "eh...takkan aku ddk sorang2...tak bestlah, tak de kawan nak bincang2 hal haji, aku ni baru nak belajar perihal haji di sini...alamak mcmana ni, kalau sendirian terus sampai habis rugilah aku".

Ada jemaah yg menyatakan betapa untungnya aku sbb dpt duduk bersendirian dlm bilik besar, aku pulak punya rasa yg jauh berbeza...aku perlukan teman..bukan utk bergurau senda tp utk sama2 beribadah dan menceduk ilmu...paham2lah aku tak pernah pun pergi kursus haji.

Apapun aku naik ke bilik...dan makan...bersendirian keseorangan melawan perasaan. Seketika, aku cuma pejamkan mata...gagal lagi...aku belek Quraan hijau...baca, masih juz pertama surah Al-Baqarah....dlm hati berkata "Ya Allah sejak mlm smlm aku cuma baca....1 juz pun tak habis...mcmana nak khatam ni...." saya terus usaha membaca, fikiran sarat memikirkan apa yang aku lalui sepanjang 43 jam lebih sejak aku meninggalkan Paris....tertanya2...kenapa aku bersendirian...berseorangan. Akhir aku mendapat jawapan...aku bersyukur atas jawapan yg disampaikan kpd aku dr rasa hati...jawapan mudah - Mmg doa saya rupanya, utk hanya menumpukan diri utk beribadah di MH dan mengaji sejak mendapat visa pada 10 Oktober 2008.

Jelas Allah makbulkan doa aku utk menumpukan diri aku beribadah hanya kpdnya pd hari pertama di Baitullah.....alhamdulillah....hari pertama aku yang aku lalui di Makkah terlalu sempurna...lebih indah dr malam pertama lebih bermakna dr segalanya... , rupanya aku ditakdirkan meladeni cinta ku kpd Illahi sendirian berseorang....cuma ada aku dan DIA...sehinggalah di alam lena..........

................bersambung Part VII


10 comments:

  1. salam Imran..

    sya rasa saya pun ada pada ketika waktu saudara imran melakukan tawaf....alangkah bagusnyer kalau kita dapat bersua kan..insyalah

    waslam

    ReplyDelete
  2. Iyer ke En Li....saya YAKIN Allah dah tentukan takdir yg lebih baik utk kita bertemu. En Li, saya rindu sgt dgn Baitullah...rindu sgt, saya menulis ni pun dah bergenang airmata saya ingatkan MH....doakan segala yg terbaik buat kami ye En Li

    ReplyDelete
  3. Salam IP,
    Saya teruja melayari perjalanan IP.. naper pendek sangat yang ni, tajaan iklan kurang kot... hehehe. Masa solat agaknya IP dan CL dekat je, tapi tak kenal masa tu. Kemanisan beribadah saudara bersendirian tentu lebih bermakna. Insya Allah keikhlasan ini Allah akan kabulkan permintaan saudara untuk ke Baitullah tidak lama lagi... amin.

    ReplyDelete
  4. Salam IP,

    'meladeni cinta ku kpd Illahi sendirian berseorang....cuma ada aku dan DIA...'

    sampai masa nya kita juga akan terus bersendirian.. hanya bertemankan amalan.. bersyukur kehadrat Yang Esa.. menyedarkan kita dikala usia belum mencecah senja.. namun begitu telah banyak dosa2 yang dilakukan disepanjang kehidupan.. Semoga taubat kita diterima dan diberkati segala amalan kita.. sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..

    psstt.. cheq memang suka dan selalu mencari peluang untuk bersendirian di hadapan Kaabah.. terasa dekat dijiwa bersama Yang Esa..

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah,membaca sambungan ni hilang rasa suspen..tertungu2 jugak...lepas tu...Allah masih sayang kat kita///

    ReplyDelete
  6. Zie, betul cukup istimewa sambutan Allah pd saya sbg tetamuNya....diberi peluang bermanja bersendirian berhari2 sehinggalah saya bertemu rakan2 baru yang akan saya ceritakan dlm Part VII...tunggu ye.

    N3 ni pendek....iye ke...saya ingat dah pjg :)

    ReplyDelete
  7. Kak Noor...BETUL...tepat sekali...bukan senang nak dpt peluang sebegitu, mulainya saya meragui mencurigai...kenapa saya terus bersendiri. Akhirnya saya mengerti...Dia mahu saya menghargai setiap saat waktu Dia berada dekat di sisi. Saya bersyukur.

    Thank K. Noor

    ReplyDelete
  8. Mama...thanks for visiting me again. Td pun saya dah gi rumah Mama...ooo jd Mama dah taulah sapa Lelaki Itu di mata Datin...habaq mai la nooo.

    Mmg betul Allah amat sayang pd kita.

    ReplyDelete
  9. Salam Hj Im,

    Alangkah indahnya perjalanan haji tuan, melakukannya sendirian tetapi sebenarnya sentiasa bersama denganNYA.

    Saya hayati setiap ayat yg tuan catatkan dgn mata hati.

    ReplyDelete
  10. Ina, tq for visiting me again. Ina, perjalanan haji saya bagai dibahagi2kan kpd bbrp frasa...bersendirian, berteman dan akhirnya bersendirian semula...baik di Makkah mahupun di Madinah....Ina, alhamdulillah Ina membaca dan teliti dgn mata hati, insyaAllah pengertian mendalam akan Ina pelajari

    ReplyDelete