Followers

Wednesday, November 4, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part VII - Kaulah Teman Sejati Teman Sehidup Semati

Hari pertama di Makkah berlalu dgn penuh kaguman cinta Allah kepada aku...dilimpahi disirami wangian kasihNya...aku terus bersendirian di tingkat teratas Maktab - di bilik 906 bermalam2an, bagai VVIP yg diberikan layanan premier club di penthouse hotel 5 bintang.

2 Disember 2008/ 4 Zulhijjah - aku terlewat bangun utk bersolat Subuh di MH, melihat masih belum Syuruk...aku pantas mengambil wuduk, badan terasa kurang sedap, apapun aku terus ke MH....ingin solat juga di MH, dlm perjalanan aku betul2 terperanjat bertemu seorang pegawai muda yg pernah bertugas di jabatan yang sama di Putrajaya, kini beliau di Cairo, kami bersembang seketika, katanya "Tuan, tak sangka jumpa tuan di sini" saya kurang jelas kenapa dia berkata sedemikian...."ahhh persetankan....tak penting tu semua" aku berbisik kecil di hati. Saya bertanya "Fauzi, dtg dgn sapa? dia menjawap..."kami dr Cairo ada 5 pegawai, kebanyakan dtg dgn keluarga....dr Iskandariah pun ada....Tuan ddk di Maktab 72 ke, isteri ikut tak?" Saya menjawap ringkas "isteri tak ikut...tak de sapa nak jaga budak2 di Paris, ya...betul, saya ddk dimaktab 72"...Fauzi tersenyum "alhamdulillah kami pun sama, nanti jumpa ye"....saya meneruskan perjalanan ke MH....waktu Syuruk semakin hampir....saya bersolat subuh, di tepi jalan....alhamdulillah.

Selesai bersolat, teruskan perjalanan ke MH.....utk mengaji...alhamdulillah...slps bbrp hari di Makkah, bacaan saya kian lancar......terutamanya selepas teringat galakan dr kakak yg selalu berkata "alah...mula2 lambat...lama2 nanti kau lancar je baca Quraan tu", teringat juga pengalaman Prof MKI yg khatam buat kali pertama di Baitullah.....keyakinan saya kian tinggi, yakin tentu boleh khatam sekali di Baitullah.

Sedang saya leka mengaji, tanpa mengambil endah surah apa yg di baca...badan saya terasa terlalu panas...panas sgt...kepala pening...mata kuyu....saya gagahkan juga dan berdoa "Ya Allah, baru sehari dua ni aku mula lancar mengaji...jgnlah kau uji aku dgn demam yg menyebabkan aku meninggalkan bacaan Quraan, jgnlah Ya Allah...aku benar2 mau khatam di Baitullah Mu...sekali pun jadilah Ya Allah"....Badan terus terasa berat...panas...kepala cukup berat.

Aku bersolat dhuha...dan terus berdoa diberikan kesihatan terbaik utk aku mengaji...istiqomah...aku gagal...aku terduduk terkapar di dinding MH....seketika kemudian, aku paksa diri utk mengaji....merangkak semula...tidak lagi lancar....tetiba air mata ku mengalir...lesu...tapi tidak berhenti...aku tak paham kenapa ini terjadi....menitik2 air mata bertitisan di helaian surah yg dibaca. Terpanggil aku untuk melihat surah apa yg sedang aku baca. Tersedar..."ooo..aku tgh baca surah At-taubah, tp kenapa airmata aku tak henti2 mencurah....aku tak paham apa pun...aku tak mengerti Bahasa Arab....peliknya" Aku teruskan juga membaca dan cuba membendung sebak.

Dlm kesukaran aku utk mengaji.....ada lelaki berketurunan Arab menghampiri, dan berbahasa Arab dgn aku, aku menjawap "Am sorry, I don't speak Arabic" dia tersenyum...bagai kehairanan dan bertanya "r u sure that u dont understand Arabic" Saya berkata "No...not at all. althou i cud easily mistaken as Arab...I dont speak Arabic" Dia berkata, "am asking you not only bcos of ur look, ur beard, but u seems to understand what u read (Quraan)" Saya terus menceritakan kepada beliau apa yg berlaku pada saya....ttg kesayuan saya membaca surah At-Taubah sdgkan saya tak memahami langsung surah atau intipatinya. Dia mengusap lembut belakang saya, memegang tangan saya dan berkata "No..its not you who cried...its your soul (roh), althou u dont understand the language but ur heart and soul does" Beliau yg hanya 2 tahun tua dr saya dan merupakan seorang doktor berasal dr Iraq dan kini bertugas di Jordon, terus menceritakan secara ringkas intipati surah At-Taubah....saya terkesima...melihat kesungguhan beliau...terasa kecilnya diri yg tidak pernah berusaha sblm ini utk memahami Al-Quraan.

Malu dgn diri sendiri....berkata di dalam hati "kalau seorg berkelulusan doktor dan hampir seusia dgn aku, berasal pulak dr negara yg perang memanjang....boleh mendalami ilmu agama ilmu Quraan...kenapa aku tidak...Ya Allah, malunya aku dgn kejahilan diri"......beliau terus menerangkan isi surah At-Taubah, aku berbisik lagi "Ya Allah, mungkin roh aku terlalu sedih dan menangis membaca bait2 surah ini mengenangkan dosa2 yg aku lakukan selama ini yg mungkin aku tidak taubatkan secara bersungguh sblm ini....mungkin jiwa aku sedih dan berharap agar aku tidak lagi melakukan segala kezaliman pada diri sendiri lagi" Aku terus mendengar kupasan surah tersebut drp hamba Allah yg aku anggapkan bagai malaikat itu.

Beliau menceritakan pula kaitan surah tersebut dgn Perjanjian Hudaibiah dan kekecewaan Rasulullah dengan sikap pihak kaum Quraisy yang tidak mematuhi Perjanjian berkenaan sehingga Allah memujuk Rasulullah dgn membataskan Makkah (tanah haram) kepada umat Islam sahaja. Saya termenung....berfikir pjg.....sahabat tadi meninggalkan saya slps memberi saya suntikan semangat atas janji2 Allah kepada mereka yg benar2 tabah dan redha. "Aku mesti kekal tabah dan redha...walau sakit, walau terbaring, aku mesti terus mengaji...kerana ini janji aku...janji aku kpd yg Esa" aku berkata di dalam hati.

Saya cekalkan hati...duduk memegang Quraan dan berdoa agar diberikan kesihatan sesempurna mungkin untuk aku melunaskan ibadah haji dan khatam sekurang2nya sekali. Dlm hati bersuara "kalau nak sakit pun nanti dulu...biar abis haji nanti...tunggu khatam dulu". Caya tak caya slps zohor....saya sihat walafiat jauh lebih sihat dr hari2 sebelumnya. Cukup makbul doa2 di sini....cukup hebat kuasa Allah....subhanallah.

Malam 3 Disember, saya pergi menjengah ke bilik pegawai muda (Fauzi) yg saya jumpa dlm perjalanan saya ke MH sblm ini. Juga di aras 9. Saya mengetuk bilik, bertanya kepada sekumpulan jemaah Malaysia "ni bilik Fauzi ke?" Blm pun sempat saya habis bertanya, soalan saya di balas serta merta oleh seorang lelaki berbadan gempal berkulit putih spt cina.....tapi saya tak memahami apa yg di katanya, jadi saya ulang semula pertanyaan saya "errr....ni bilik Fauzi ke, dia di mana?" Beliau ketawa dan terus bertanya "Ante pandai cakap melayu rupanya, ante org Arab ke org Malaysia?" di sambut tawa hilai semua di dlm bilik. Saya mengaru kepala kehairanan dan menjawab "eh...saya org Msia, sy tak tau berbahasa Arab....eh...mcmana awak boleh berbahasa Arab?...awak org Malaysia ke org Arab" tanya saya. Semua ketawa lagi, beliau menjawap "ooo.....kami ni semua kawan Fauzi...Fauzi di toilet...mmglah kami boleh cakap Arab...kami ni pegawai2 Msia bekerja di Mesir"

Jalinan persahabatan bermula...kesemua pegawai dr Mesir - Fauzi, Pak Ya, Ustaz Yazid, Yahya, membawa keluarga bersama melainkan lelaki gempal berkulit putih tadi...namanya Sabli....berasal dr Sabah...sahabat yang akhirnya paling rapat dgn saya bagai adik beradik. Seminggu di Makkah....Allah hadiahkan saya dengan kawan2 baru dan roomates yg cukup saya senangi dan kagumi, bukan hanya dr Mesir tp juga penjawat awam Msia dr Yaman, Filipina, Singapura, Sudan, Swiss dll.....Duta2 pun ada, tapi ingatlah di MH pangkat darjat dan rupa tiada ertinya. Status semua sama - TETAMU ALLAH...adakah status yg lebih hebat dari ini??? TIADA...pastinya.

Di bilik saya juga tidak keseorangan lagi, ditemani Duta Malaysia ke Sudan serta anak lelaki beliau yg cukup keletah, seorang pegawai Kedutaan Malaysia di Sanaa Yaman dan Yahya dr Iskandariah Mesir. Mlm2 seterusnya, setiap abis solat Isya', kami selalu sama2 berbual berbicara tentang ibadah haji...mempelajari dan ingat mengingati antara satu sama lain tentang rukun2 haji....perancangan...pergerakan dsbnya. Saya jenis yg suka bertanya..maklumlah mmg cetek ilmu agama....yg best tu bila saya bertanya semua geng2 Mesir ni akan memberi jawapan mengikut ilmu dan pengalaman masing2. Pakar2 agama sentiasa bersama untuk menjawap kemusyikilan saya....alhamdulillah. Saya terus mendapat layanan first class rupanya...tak sangka begini hebat sambutan Allah pd tetamuNya yg jahil spt saya.

Antara yg tak boleh dilupa bila saya bercerita hasrat saya untuk khatam di Baitullah...mcm2 petua yg saya dapat. Seorg sahabat yg agak berusia - Ustaz Yazid berkata "alah Imran senang je.....bukan kata nak khatam time haji, nanti balik pun Imran boleh khatam tiap2 bulan...setahun boleh khatam 12 kali....nak tak petua tu?" Saya tercenggang terlopong...saya jawab "Ustaz..saya ni, nak khatam sekali pun saya dah setengah pengsan...jgn haraplah nak khatam tiap2 bulan...mimpi jelah, errr....tp apa caranya tu Ustaz?" tanya saya. Beliau menjawab, "bacalah dua Ain setiap habis solat fardhu...setiap juz selalunya ada 10 Ain....kalau 5 kali solat fardhu Imran baca dua Ain...confirm habis 1 juz sehari.....atau lagi mudah, satu juz selalunya ada 10 helaian...bacalah dua helaian (empat mukasurat) setiap lepas solat fardhu....lepas Isya' abislah 1 juz" Saya kagum dgn petua yang diperturunkan ini namun ragu2 dpt mengamalkannya memandangkan kesibukan masa kerja saya bila pulang dari haji kelak. Namun saya berjanji pada diri utk mencuba tanpa memberitahunya pada sesapa...terutamanya kpd Ustaz Yazid.

Perbincangan2 seumpama ini berlangsung hampir setiap malam.....kami bersembang hingga jam 2,3 pagi...alhamdulillah sembang agama yg kkdg diselitkan dgn gurau senda...terasa begitu rapat pertalian persaudaraan sesama kami.......pertalian yang saya yakin akan berkekalan bukan berakhir di sini....lantas teringat perbualan2 antara saya dgn Ibu sblm saya berlepas ke Makkah. Berkali2 Ibu berkata "Im, tahun ni ramai jugak tau kawan2, jiran2, sedara2 kita yg gi Makkah...kau cariklah dorang nanti...kurang2 kau adalah kawan" dan terus menyenaraikan nama hotel penginapan, pakej2 serta KT-KT yg disertai org2 yg dimaksudkan. Setiap kali Ibu mencadangkan, jawapan saya tetap sama "alah Ibuk...sempat ke nak cari dorang semua ni...Im ni ddk kat mana pun tak tau lagi....kalau jumpa, jumpalah, kalau dah selesai urusan haji...baru Im carik....Im ingat Im nak concentrate haji dan ngaji...Im kalau boleh nak sgt dapat kawan2 baru..lagi best......sama mcm kawan2 IbukBapak dpt masa Ibuk pergi haji tahun 1973, dorang semua berkawan dgn Ibuk sampai skrg....best agaknya dpt kawan kat sana ye Ibuk"

Tak sangka harapan saya utk berkenalan dgn kawan2 baru terus dimakbulkan...cepat, hanya seminggu saya di dakapan Baitullah...saya memperolehi ramai kawan baru, jalinan persahabatan yg tulus ikhlas...murni yg lahir dr hati utk sama2 mencari keredhaan Illahi dan kemabruran haji. Saya yakin pertalian ukhwah yg terjalin di Makkah akan terus berkekalan. Bersyukur saya hasrat saya dimaklbulkan.

Malahan lebih dr itu, saya tak sangka dikurniakan teman sejati yg cukup sempurna yg mengekori dan menemani saya ke mana saja saya pergi, siang, malam, pagi, petang tanpa jemu....teman setia yang sentiasa di sisi menemani, dialah pengubat utk segalanya, teman yg tak jemu2 bersama baik ke masjid, ke maktab, ke dobi, ke tempat makan, ke bilik tidur, hinggakan terjaga jam 2, 3 pagi pun saya tetap ditemani oleh teman yg 1 ini. Saya memanjatkan syukur kpd Illahi, atas kurniaan yang hebat ini, saya tidak pernah lagi bersendiri, kini Al-Quraan - kaulah Teman Sejati Teman Sehidup Semati...............

...................bersambung Part VIII

16 comments:

  1. salam IP,

    alhamdulilah, mendapat teman sebilik bagai adik beradik yang sudi berkongsi ilmu yang bermanafaat dan memberi kebaikan.

    dan teman yg paling istimewa tentulah Al Quran.

    mmg kalau kita dh biasakan diri kita dgn membaca quran setiap lps solat, kalau terlupa , rasa mcm satu benda yng kehilangan.
    Jadikan amalan setiap hari, insyallah.

    ReplyDelete
  2. Salam Tn. Hj,

    Janji Allah adalah benar. DIA akan makbulkan doa org2 yang ikhlas berdoa dgn sepenuh hati.

    p/s- Mesti tn ini sebijik rupa orng Arab. so saya panggil Tuan Syeikh boleh? Lepas nie tn mintak kerja di negara Arab la pulak.

    ReplyDelete
  3. salam cik im

    satu cacatan yg ikhlas,jujur dan CM pun sedih dan sayu...teruskan CM ikuti kembaramu..

    ReplyDelete
  4. Salam IP,
    Saya sedih baca kisah ini, tapi cukup gembira IP dilayan VVIP. Sebelum ni saya baca kisah saudara semasa jemputan umrah. Untungnya IP berwajah arab, ada bonus istimewa lagi... hehehe. apa nak buat wajah saya nusantara punya... Alhamdulillah, syukur pun Allah jemput juga. Kalau kat sini spt kat Masjid India, tentu ada pak arab ada yang peluk cium IP.. dia ingat sama jual karpet/kain, cepat2 IP kata ana Maliseia.

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Im,

    Alhamdulillah dapat juga baca sambungan nya terus 2 bab, memang di sana berkawan memamg rapat mcm adik beradik, tak tinggal walau kemana je dan berlanjutan hingga ke Malaysia, baca bab mengaji di MH akak punya pengalaman juga, dari sebelum pergi akak bertekad untuk khatam walaupun sekali diMH, sampai disana akak pun mulakan dengan membaca AlQuran hampir setiap lepas solat, alhamdilillah dalam masa dua minggu atau lebih (tak ingat) dah khatam, terus membaca lagi sehingga juzu' 28 lepas tu dah tak boleh nak teruskan ada je halangan akak tak tau kenapa hinggalah ke Madinah sambung baca utk satu waktu solat je akak dah khatam kali ke2,akak hairan kenapa kat MH akak tak boleh khatam, hinggalah balik ke Malaysia akak tanya kwn2 yg dah menunaikan haji, dia org kata sebab akak dah niat untuk khatam satu kali je kat MH, lain kali jgn cakap apa2 buat je, ohh...baru tau. kat sana memang segala permintaan ditunaikan mengikut kehendak kita, kalau akak tau tak nak sebut 1 kali sebut byk kali tapi nak buat mcm manakan...

    ReplyDelete
  6. Salam Imran,
    Camner boleh tertinggal dua bab cerita you ni? Rasa nye berulang kali jengok, semalam je tak singgah, sekali petang jeling...woiii...dah ke tujuh dah...malam tadi ingat nak baca...citer Imran ni, best kalau baca sorang-sorang di tengah malam...baru shahdu...tapi malam tadi lepas isyak, saya terpengsan di tengah himpunan baju lipatan (seperti biasalah...himpunan baju tu dah macam Bukit Uhud...)
    Sampai ofis, kelam kelibut dengan urusan subtitle video Dr Covey pulak...saya tak sabar nak baca, tapi tak syok la baca kelam kelibut...ni baru boleh tenang sikit baca...napa ye...baca-baca....macam deejavu la pulak....

    Bab tips khatam Quran, berazam nak buat cara macam tu...Quran kecik hadiah adik lelaki saya masa dia pergi umrah dah dalam handbag...ngok ngek betul saya ni...tak terpikir kaedah tu kan...tapi rasanya, bila niat khatam tu jauh je...kaedah nyer pun tak dapat difikirla kan...orang kata hendak 100 cara...

    ps: saya berazam nak mengurangkan ke-ngok-ngekkan saya ni...(dah dapat tak Tahajjud Cinta tu? Saya email ke yahoo Imran). Serius...malam tu otak saya tercerna....solat taubat menangis mengonggoi....tapi control volume...takut ada orang terjaga...

    Hari nipulak, saya excited giler, ingat tak dalam catatan saya pasal K.Ida driver Amni yang minta doakan dapat gi haji, baru minggu lepas dia sedih sebab dapat surat kata dia tak masuk list...saya frust dan sedih giler sebab..."Eh...tak makbul kah doaku di Raudhah, Hijr Ismail & Multazam hari tu?" Masa solat Taubah tu...memang saya terkenang balik..."Ya Allah...kau tolak semua kah permintaan ke?" Menitik-nitik airmata saya sebab rasa kecik sangat dan hina sangat.....tadi lepas zohor, dapat sms K.Ida, menjemput saya kenduri kesyukuran dia dapat pergi....best tak? Saya pulak excited giler...syukur nye...

    Thanks Imran...

    ReplyDelete
  7. Tuan Ismet,

    Tepat sekali...kini tanpa membaca Quraan, saya tidak akan dpt tidur lena...td br shj saya abis membaca surah Al-Anbiya...insyaAllah kejap lg surah Al-Hajj....biarlah hidup tanpa berteman, cukup Al-Quraan menjadi pegangan :-)

    TQ Tuan Ismet for ur comment

    ReplyDelete
  8. Ina,

    Saya terlalu jahil...tp saya sentiasa memohon dpt pengalaman yg menakjubkan di Makkah demi usaha perbaiki diri...alhamdulillah Allah memakbulkan lebih dr ekspektasi.

    Rupa Arab....tak delah...mana ada...mcm Arab Habsi je...hehehehe. Mmg kebetulan arwah Datuk sblh Bapak berasal dr Yaman....tu yg di Makkah Madinah, org semua cakap Arab dgn saya, dan siap gelar saya Yamani Yamani Hadrami Hadrami.

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Imran...

    Seronok baca ceriter pgalaman cik imran..tulus..semua kita sama saja tiada bezanya....disisi Allah...amalan kita saja yang berhak dinilai oleh Allah..moga kita menjadi insan yg terbaik dari hari kehari..insyallah

    ReplyDelete
  10. CM...teruskan membaca ye...Part VIII akan saya bicarakan ttg Baitullah...pengajaran yg saya timba semasa berumrah dan saya kongsikan bersama rakan2 di musim haji. Tunggu ye

    ReplyDelete
  11. Kak Norsidah...betul tu, apa yg di hajatkan akan dimakbulkan, pengajaran besar yg dipelajari, sbb tulah kita disarankan menyebut dan berdoa perkara2 baik sahaja....esp kata2 ibu kpd anak...kan kata2 juga merupakan doa. Tepat sekali saranan Islam yg menyatakan "diam adalah lebih baik dr berkata2"

    ReplyDelete
  12. Zie...hahahaha...mmg betul, sure dorang kat Masjid India tu ingat saya sedara mara depa...mau ada yg ajak jual karpet...hehehehe. Mmg saya ni byk campuran darah...Alah Zie, Arab ke India ke Bugis ke Jawa ke Nusantara ke...bukan ke kita umat Muhammad rasul pilihan. Kita seharusnya berbangga dan bersyukur senantiasa.

    ReplyDelete
  13. Kak Nija...percayalah all prayers will be answer by either Yes, No or NOT YET!!! Alhamdulillah kawan Akak dpt gi haji...bila penerbangannya? Abg saya will be leaving Monday 7.30 am from KLIA...KT54.

    Tahajjud Cinta...dah dpt...thanks...terpikir tentu lagu tu lebih power kalau dinyanyikan oleh arwah Asri Rabbani atau mungkin To'Ki...teringat pulak lagu Permaidani :-)

    Thanks Kak Nija

    ReplyDelete
  14. Kak Shami...apa kbr? Kalau sempat bacalah semua catatan haji saya ni. Mmg saya usahakan menulis wp dah hampir setahun berlalu, alhamdulillah. Esok ke mlm nanti ke...Part VIII menyusul...tunggu ye

    ReplyDelete
  15. Salam Cik Im,

    Sayunya hati saya apabila doktor tu berkata "it's not you who cried, it's your soul..."
    Itulah antara mukjizat Al Quran, bisa melembutkan hati yang keras dan meruntunkan jiwa yang akhirnya pasrah jua kepada Penciptanya. Allahuakbar. Indeed Al Quran never fails us. Ia menjadi teman sejati di alam dunia, cahaya penerang di alam kubur dan pemberi syafaat di alam akhirat. MasyaAllah.

    Saya pun teringin nak cuba petua Ustaz Yazid..harap2 dapatlah beristiqamah hendaknya. Thanks for sharing the tip, Cik Im. :)

    VpeaceV

    ReplyDelete
  16. Umiaizudin...betul "Quran never fails us". Harap Al-Quran sebati dgn kita dari hidup hingga ke mati hinggalah di syurga firdausi...insyaAllah.

    Umi...cuba ye petua Ustaz Yazid tu...mmg berkesan...Tiap kali saya teringat kata2 doktor Iraq tu, bertambah semangat saya utk terus dekati Al-Quran....moga Allah melipatgandakan nikmat kurniaanNya kpd Ustaz Yazid dan doktor tersebut.

    ReplyDelete