Followers

Thursday, November 5, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part VIII - Petua Awet Muda, Pintu ke Syurga)

Seminggu berlalu....aku kian selesa dgn kehidupan di Makkah. Di sebalik hasrat aku utk mendapat sahabat2 baru....aku berhajat juga mencari sahabat (Abg Razak & Kak Zauyah) dan makcik isteri saya yang datang bersama keluarga dari Singapura. Mengikut jadual mereka seharusnya telah pun tiba...katanya mereka menetap di Firdous ke Fairos ke....aku sendiri lupa.

Suatu petang, selepas Asar, dlm kesesakan manusia aku gagahi diri utk ke beberapa hotel untuk mencari...hampa...isteri bersms "Jumpa ke Mami Idah dgn Pakcik Yahya...Kak Zauyah jumpa tak?" saya membalas ringkas "tak jumpa, mungkin silap hotel, cuba tanya betul2 nama hotel"......tetiba teringat untuk mencari seorang pekerja hotel - Sagil namanya, di Zahret Sham...hotel penginapan di mana kami sekeluarga menginap sewaktu berumrah 6 bulan lalu. Semasa menyeberangi jalan aku ternampak hotel Al FairoosTower, dlm hati berkata "ha....ini agaknya hotel Mami Idah...jom masuk tanya kejap" Terus aku menolak pintu kaca hotel, sebaik sahaja menolak pintu tersebut, aku terperanjat besar sebab tanpa di duga terjumpa Abg Razak, terbeliak mata saya "Abg Razak, duduk di mana, saya tau Abg dah sampai...cuba gak mencari tapi tak jumpa, Abg duduk sini ke?" Beliau yg sedang beratur di Kaunter TH nampak ceria menjawab "aku dah sampai 2 hari lepas Ran, hotel aku bukan sini, hotel aku hotel Firdaus, Akak Zauyah kau ada kat bilik tu...eh, dtglah bilik kami, sembang2...jom" Tapi saya menolak pelawaan beliau, berjanji akan mengunjungi beliau kemudian dan meneruskan perjalanan bertemu kawan di hotel Zahret Sham.

Tiba di Zahret Sham...aku bertemu Sagil, beliau jelas nampak terkejut dgn kehadiran aku...membawa aku makan dan minum sebentar, kami berbual seketika dan berkali2 dia bertanyakan perihal anak saya (Amirah) yg cukup beliau sayangi semasa kami berumrah Jun lalu. Slps bbrp ketika aku mohon mengundur diri dan mengucapkan terima kasih atas doa2 yg beliau titipkan di Baitullah semasa bulan Ramadhan agar aku dijemput menjadi tetamuNya pada tahun yg sama slps berumrah. Beliau tersenyum sahaja.

Keesokkan harinya aku mencari lagi Mami Idah...ntah...tak jumpa..kenapa ye...takkan salah lagi nama hotel ni...ntahlah. Slps Asar saya mencuba mencari nama Mami Idah di Kaunter Jemaah Haji Singapura. Sayang petugas kaunter tidak dpt mencari nama tersebut. Aku terus seberang jalan dan masuk ke hotel Firdaus untuk bertemu Abg Razak dan Kak Zauyah, yang sedari lahir cacat anggota kakinya. Soalan pertama saya kpd mereka "Kak Zauyah dah buat umrah? Saya mencari2 Kak Zauyah sejak 2,3 hari lepas....ingat nak tolong2 tolak kerusi roda Kak Zauyah utk umrah...." Kak Zauyah menjawap, "alhamdulillah, kami upah....tak pe Imran, terima kasihlah" Kami bercerita panjang....pelbagai kisah terutamanya kisah pengalaman pertama bertamu di Baitullah....ini adalah pengalaman pertama ke Tanah Suci bagi kedua2 mereka suami isteri. Kami sama2 bercerita...terkenangkan kawan2 lama yg belajar bersama di Jepun, berbicara tentang adik beradik, anak2, keluarga yg ditinggalkan. Kami sama2 sebak dan berkongsi airmata.

Kami akhiri perbualan dgn hasrat utk membawa keluarga dtg berumrah dan berhaji. Kak Zauyah nampak begitu sebak menceritakan hasratnya membawa tiga permata hati yg ditinggalkan di Gombak. Sblm meninggalkan bilik mereka saya bagaikan memaksa kedua2 meraka "Kak Zauyah, nanti bila nak buat tawaf dan saei haji....saya bantu ye...bagilah peluang kat saya ni nak bantu; Akak dan Abg byk dah bantu saya".....mereka menjawab..."eh...tak pelah, jgn susah susah, nanti kami cari org...upah" saya bertegas "Jgnlah mcm tu.....duit yg Abg nak upah tu, baik Abg sedekahkan...saya sama2 Abg tolaklah kerusi roda Kak Zauyah...alah bukan susah mana pun" Kak Zauyah tak menjawap....cuma airmata jernih berkolam di kelopak matanya. Aku meninggalkan bilik mereka dan terus menuju ke MH...bersolat Maghrib dan Isya'

Malam berkenaan, hampir jam 10.30 aku ke bilik sahabat2 dr Mesir..."eh...semua tak de....mana dorang pergi ni" saya tertanya2....dan mengandaikan mereka semua masih beribadah di MH. Aku pulang ke bilik....teman sebilik semua dah tidur...aku ambil peluang mengaji...teringat bicara2 aku dgn Kak Zauyah dan Abg Razak...kisah2 Baitullah....kaguman kami pada rumah Allah. Teringat kata2 Kak Zauyah yg sememangnya saya anggap bagai adik beradik "Akak ni Imran dah merata dunia jugaklah berjalan....iyelah kerja RTM...tapi kat sini (MH) Akak rasa jauh berbeza dr tmpt2 lain, wp tmpt2 lain tu cantik....famous...Akak rasa KOSONG, tiada jiwa....Akak nak sangat bawak Zaki, Iwan dan Tika (anak2) dtg sini (MH)"......sambil menyeka airmatanya yg bercucuran.

Aku terus2an teringatkan kaguman aku pada rumah Allah ini...kaguman yg meresapi sejak berumrah lalu....kaguman yang membuat aku bermimpi bermalam-malaman, kaguman sehingga aku bercerita kisah Baitullah kpd staff setiap hari tanpa jemu berulang2 berhari-hari, kaguman sehingga isteri aku sendiri seakan jemu dgn cerita2 Kaabah, sehinggalah aku di jemput kembali bertamu di sini.

Malam tersebut, sementara menunggu masa lena, aku teringat peristiwa pd pertengahan bulan Jun 08, satu malam slps kira2 dua minggu pulang berumrah....dlm pada isteri aku cuba melelapkan mata, tiba2 aku mengejutkannya "Mai...Mai...ooi Mai....", beliau membalas "apa lagi ni, dah dekat pukul 11 mlm...tidurlah". Aku sambung "Mai...Mai tau tak bentuk Kaabah dr pandangan atas (udara)". Isteri menjawab "La...sudahlah...mlm2 ni, tanya benda2 mcm tu kenapa...org dah ngantuk dah ni"....namun dia menjawab "4 segilah...bentuk apa lagi?" Aku berkata lagi "bukan....salah tu, Kaabah bukan bentuk 4 segi" Isteri membalas "eh....Im, kalau bukan...bentuk apa...kan kita tgk hari tu...4 segilah, Im ni jgn jadi gila...mmg clear Kaabah tu btk 4 segi". Aku terus menegaskan "salah...Kaabah sebenarnya berbentuk mcm pintu gerbang....sama mcm pintu bilik kita ni" sambil aku menuding pintu bilik tidur kami. "Kenapa Im cakap mcm tu....mana ada, Yaya tak perasan pun Kaabah bentuk mcm pintu ni......mana ada" isteri terus berkata. Jawap saya "Iye...cuba tgk betul2...Kaabah yg berkiswah hitam mmg bersegi 4...tp Hijr Ismail yg berbentuk melengkung separuh bulat pun di kira sebahagian dari Kaabah kan? Cuba Mai satukan 4 segi tu dgn btk separa bulat....bukan ke jd btk pintu gerbang". Isteri cuma mendiamkan diri, dan berkata ringkas "iye jugak...dahlah tidur je, jgn difikir2 sgt".

Jam dah melepasi 11 mlm...isteri telah lena tidur, saya masih tak dapat melelapkan teringatkan apa yg baru diilhamkan kepada saya berhubung bentuk sebenar Baitullah........hati berbisik, "ooo, patutlah ada org kata Baitullah tu adalah Pintu ke Syurga, pintu gerbang menuju Firdausi...betul rupanya, kenapa aku tak terpikir masa kat Makkah dulu....dah balik baru terpikir". Hati masih blm mau tidur....berkata lagi "mmm....di Makkah kita bertawaf Baitullah....dlm Quraan pun ada disebutkan bulan, matahari pun sentiasa berpusing mengelilingi bumi......eh bulan matahari pun bertawaf jugak agaknya ye?" aku tertanya2

Aku terus mencapai telefon bimbit menghubungi Farid (petugas di pejabat aku) bertanya tentang padangan sains berbanding Al-Quran berhubung arah puturan bulan, bumi dan matahari. Beliau berkata "En Imran....dah mlm sgt dah ni...nanti esok pagi saya tanya adik saya (seorang pakar agama) dan call balik En Imran....ok ye". Malam tersebut aku tak dpt lena tidur memikirkan perihal putaran arah planet2 dan arah bertawaf....dalam hati aku berkata "manusia bertawaf melawan arah putaran jam (anti-clockwise)....aku yakin tentu bulan dan matahari juga mengelilingi bumi dlm aturan anti-clockwise juga....dlm erti kata lain, bulan dan matahari turut bertawaf setiap masa mengelilingi Kaabah spt juga umat manusia yang tak putus2 bertawaf di Al-Haram". Berfikir dan terus berilusi sehingga terlena.

Keesokkan paginya, tepat jam 8.30 pagi aku hubungi semula Farid, jawapan Farid buat saya lebih teruja "Encik Imran, adik saya kata mmg terdapat percanggahan dalam ilmu sains moden dan ilmu sains Islam.....pendek cite mengikut kajian sains Islam - bulan, matahari, mengelilingi bumi melawan arah putaran jam" Aku terperanjat....sungguh benar rupanya telahan aku mlm tadi....mmg CONFIRM, bulan dan matahari dan mungkin semua planet di galaksi bergerak mengelilingi bumi dlm arah melawan putaran jam yakni bertawaf dgn berpaksikan Baitullah...subhanaAllah.

Ilusi aku tak berakhir di situ.....frasa anti-clokwise bermain di fikiran, kenapa kita bertawaf anti-clockwise. Mudah aku mendapat jawapanya....jawapan yg bukan luarbiasa...berdasarkan ungkapan yg biasa kita dengari, iaitu "mereka pulang drpd haji/umrah suci bersih umpama bayi yang baru dilahirkan" Aku yg jahil terus menyimpulkan, bertawaf 7 pusingan anti-clockwise adalah pergerakkan manusia mengikut perintahNya yang mungkin secara simboliknya ingin mengembalikan fitrah manusia bersih drpd dosa seumpama masa kelahirannya......melawan peredaran masa untuk kembali seperti asal kejadian (bayi)........tak hairanlah org yg balik haji selalu kta nampak lebih awet MUDA sekembalinya mereka dari Makkah. Teringat juga ungkapan "I wish I cud turn back the clock" bilamana kita menyesali atau berhajat utk perbaiki kesilapan dan dosa2 lalu....mmg Allah dah simbolkan dalam tuntutan bertawaf melawan arah pusingan jam. Kesimpulan ini telah aku ceritakan pada teman2 di pejabat pada Jun lalu.

Masih berbaring di katil Maktab, aku bersyukur lagi kerana perjalanan umrah lalu byk mengajar aku lebih memahami apa yg tersirat di sebalik bentuk Baitullah...Hijr Ismail dan juga pergerakan tawaf, pelajaran yang akhirnya memudahkan aku melalui ibadah haji kali ini. Oh...ye, sblm pejam mata aku berjanji akan aku ceritakan Petua Awet Muda & Pintu ke Syurga ini kepada semua, moga bermanfaat............

.....................bersambung Part IX

15 comments:

  1. salam Im,

    semakin menarik catatan pengalaman im nih! pepagi ni kak nab baca dua entri sekali gus...baca berulang kali...dok tunggu yang seterusnya!

    ReplyDelete
  2. salam cik im

    Subhanaallah,betulkan semua tu,Allah suruh kita berfikir,apa lagi yg cik im fikir,teruslah catatkan ,saya ingin jugak sama berfikir..good job fren..

    ReplyDelete
  3. salam
    seorang jemaah cacat penglihatan irna yakin mengatakan bertawaf pada matahari tegak iaitu kira-kira jam 12 tengah hari, paling baik untuk kesihatan tubuh. jemaah ni ada belajar ilmu perubatan gak. dia kata, terasa sihat selepas bertawaf pada tengah hari.

    ReplyDelete
  4. salam imran, merujuk kepada catatan terdahulu, mengenai surah at-taubah, saya sendiri ada pengalaman tersendiri dengan surah ini ketika berkunjung tunaikan ibadah haji. ketika itu, saya baru sahaja menziarah makam Rasul dan Raudah. sementara menunggu zuhur, saya membaca al-Quran, jemaah lain ada yang berzikir dan bersolat sunat, mereka duduk sederet dengan saya. Dengan tiba-tiba saya terasa percikan air, spontan saya melihat sekeliling dan siling nabawi, helaian quran yang dibaca juga basah, saya terkejut, jemaah lain juga berpandangan kerana saya bertanya siapa pula yang renjiskan air, lebih menghairankan, mereka tidak kena dan hanya saya. Namun, saya tidak ambil pusing perkara itu, lantas terus membaca quran.

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Im,

    Sememangnya kalau berjumpa kawan disana ia akan berkekalan hingga balik ketanah air Cik Im, seronok berkawan kat sana, rapatnya mcm saudara sendiri.
    Dapat ilmu lagi tentang bertawaf anti-clockwise, iala Cik Im baru terpikir, terima kasih beritau.

    ReplyDelete
  6. salam IP...
    sungguh menarik cerita yg dipaparkan.. ni boleh buat buku le lps ni

    ReplyDelete
  7. Kak Nab...glad to know that u intersted reading this, insyaAllah saya sambung...Part IX. Later Part X saya akan bawa kisah wukuf....jgn lupa ye :-) Thanks Akak, selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  8. CM....saya ni mmg dr kecik suka bertanya, terlalu byk persoalan yg cuba saya rungkaikan, sikap ini terbawa2 sehinggalah saya dah dewasa ni...kat Makkah masa gi umrah dulu, hati saya makin kuat tertanya tanya ttg pelbagai perkara. Tu yg abis putih rambut saya ni, kkdg tgh mlm pun saya terjaga dan bertanya berbicara antara akal dan jiwa.....keep reading ye CM

    ReplyDelete
  9. Hjh Raihanah....wah terima kasih berkunjung, teruja bila terima kunjungan org hebat mcm Hjh :-)

    InsyaAllah saranan jemaah berhubung bertawaf di tengahari akan saya cuba jika ke Makkah nanti, insyaAllah tahun hadapan. Hjh....pakej RM4990 tu.....termasuk Ramadhan ke....tentu ramai yg berebut tu.

    ReplyDelete
  10. Hjh Raihanah....mmg hebat betul penangan Surah at-Taubah....masa tu Hjh tak takut ke...kalau saya, mau saya tak tido mlm....misteri pulak cite Hjh pasal renjisan air tu

    ReplyDelete
  11. Kak Sidah....I wish I cud turn back the time, saya yakin itu ungkapan yg pernah semua org sebut. Di Makkah, Allah beri peluang utk kita turn back the clock....jgn sesiakan peluang tu, insyaAllah kita diterimaNya semula bagaikan bayi yg baru dilahirkan...Allahuakbar

    ReplyDelete
  12. Ummi Humaira....buat buku...alamak dah makin ramai tanya, nantilah ye...kalau menulis buku tentu saya akan cuba buat catatan yg lebih sempurna dan menyeluruh....kat blog ni, saya pakai tulis je....ikut apa yg saya ingat. Alhamdulillah byk lg yg masih sy ingat dan dpt kongsi dgn semua...Ummi, ajaklah kawan2 lain baca...tak jd followers...tak komen pun tak pe, cuma saya nak sampaikan apa yg saya rasa, moga bermanfaat ye

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Im,

    Setuju tak kalau saya andaikan pusingan jam itulah yang melawan arah tawaf manusia dan segala cakerawala ciptaan Al Khaliq, (and not the other way around...) ;)
    Tapi memang pun seharusnya begitu, kalau tidak, macam mana nak mengukur masa, kan? hehe..sajer jer nak bagi Cik Im fenin.. ;P

    Keep on writing, Cik Im :)

    VpeaceV

    ReplyDelete
  14. UmiAzuiddin...mak aii...smlm 1 mlm saya tak tidur memikirkan teori canggih Umi...hebat2 rupanya pembaca blog saya. Thanks for sharing ur tots.

    Yup saya tgh nak menulis Part X - tergendala pulak atas urusan kerja...sabar noo

    ReplyDelete
  15. salam saudara Imran,

    Cerita yang menarik dan terlalu detail hingga membuatkan saya sendiri dapat membayangkan setiap aktiviti sdr Imran disana. saya teringat akan kenangan umrah yang lalu dan membuatkan saya tiba-tiba terasa ingin pergi menjadi tetamu Allah lagi...

    ReplyDelete