Followers

Monday, November 9, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part X - Hingga ke Hujung Usia, Arafah...tak ku lupa)

Sabtu, 6 Disember 2008 - aku dikejutkan dengan bermimpikan makcik dan pakcik (Ani dan Ahmad) yang dijadualkan tiba dr Singapura dengan penerbangan akhir semalam lagi. Sememangnya aku telah 2 kali mencari makcik dan pakcik aku ni di hotel yang seharusnya beliau menetap sejak 4 Disember...nyata gagal, di fahamkan salah hotel. Mami Idah yang aku cari sejak seminggu lalu pun tak jumpa2...aku kehairanan....kenapa ye...aku langsung tak bertemu saudara mara sepanjang 2 minggu di Makkah.

Selepas Subuh.....Baitullah kian lenggang, aku bersendirian mengaji di MH.....melihat sekumpulan demi sekumpulan jemaah haji meninggalkan Makkah. Teringat sms kakak aku yg berbunyi "Makkah nanti mesti lenggang menjelang Hari Arafah". Mmg lenggang....kian sunyi. Slps bersolat dhuha dan mengaji, aku berjalan sekali lagi mencari hotel Makcik Ani dan Ahmad.....dlm perjalanan, aku terasa lapar...jadi aku makan dahulu...roti tamis dan lauk pauknya. Slps makan, aku semasa ingin menyeberang jalan tetiba....ternampak hotel sebenar tempat makcik/pakcik menginap, bas besar...org bersesakkan menaiki bas - keadaan berlaku sama spt mimpi aku Subuh tadi...."eh...deja vu lagi". Dlm mimpi tu...aku terjumpa Ani dan Ahmad lengkap berihram....cukup putih bersih....tp di alam realiti, mimpi tersebut tidak menjadi nyata....wp semua lengkap - hotel, bas penuh sesak, pakaian yg aku pakai...tp mana Ani...mana Ahmad??? Aku tertanya tanya. Dlm hati berbisik lagi "ah...tak mengapa....kita ni semua tetamu Allah, Allah yg jaga....buat apa nak di risaukan"

Kembali ke MH...bersolat Zohor, kemudian pulang ke Maktab untuk bersiap2 ke Padang Arafah. Semasa aku meninggalkan Baitullah...aku berasa sebak....sedih melihat jumlah jemaah yg teramat kecil bertawaf...sayu. Tiba di Maktab, kami sama2 berihram dan bersiap segala peralatan kelangkapan dgn segera memandangkan bas akan bertolak jam 2 ptg. Kami menunggu dr jam 1.45 hinggalah akhirnya jam 4.00 ptg barulah giliran kami tiba. Ramai yg mengeluh...saya rasa biasa2 je, dlm hati berkata "alah Im, hari tu kau menunggu lagi lama 4-5 jam pun kau boleh tunggu...rileks je...." sementara menunggu giliran saya naik semula ke bilik berehat, bersolat Asar dan mengaji. Cukup kebetulan, dlm saya bersiap ke Padang Arafah...bacaan Quraan telah sampai ke surah Al-Hajj, mmg kebetulan bila mengingatkan ungkapan Haji itu adalah Hari Arafah. Teringatkan ungkapan ini...saya tertanya2 "apa hebatnya hari wukuf...apa ada di Padang Arafah sehinggakan ia dijadikan titik tolak di dalam ibadah haji." Teringat kata2 (Azuar) kawan baik di Malaysia "Imran, nanti kau kat Padang Arafah....kau tgklah, aku susah nak cakap, tapi mmg rugi kalau kita sesiakan Hari Arafah". Aku berdebar melangkah kaki berihram menaiki bas yg membawa kami ke Arafah.

Kami tiba di Arafah sekitar jam 5.00 ptg...dekat masuk Maghrib......menuruni tangga bas dan memerhati lanskap Arafah, hati berdetik "laaaa....macam ni je Padang Arafah (bukan nada mengutuk)...apa hebatnya ye...kenapa dikatakan Haji itu Adalah Hari Arafah, tentu ada sesuatu, tp apa ye apa???" saya tertanya terus2an di hati kecil. Tiba di khemah...semua jemaah mempunyai kanvas berwarna oren sbg alas di dlm khemah....aku merasa pelik "eh....kenapa dorang ni semua beli kanvas warna sama....eh...geng2 dr Mesir ni pun beli sama...napa dorang tak bagi tau kena bawak kanvas...kenapa dorang tak ajak aku beli sama???" tetiba terdengar suara kawan - Hj Sabli "Eh....Haji Imran...u lupa bawak kanvas ni ke?", saya tersenyum dan menjawap "Lupa??? eh...kanvas ni ambik kat mana?" Semua di dalam khemah kehairanan...Hj Sabli menjawab "Mmmm....takkan petugas TH tak bagi kat masa Hj Imran tiba di Jeddah atau lapor diri di Maktab" saya cuma menggelengkan kepala dan baru menyedari sebenarnya byk jugak kelengkapan yg TH tak panjangkan kepada saya spt rantai tangan (PENTING ni), beg galas, beg kecil, kanvas oren dan bbrp yg lain. Saya menjawab "Alah Hj Sabli...saya pun tak perasan...saya tak mintak pun...lagipun faham2lah masa saya sampaikan ada sedikit problem, rasanya dorang lupa....tak pe saya tak kisah, insyaAllah i make do with whatever i have" kata2 saya sejujurnya ikhlas...wp hati tertanya2, namun saya yakin ini semua ketentuan Allah, sedikit pun saya tak berkecil hati malah berasa teruja....mungkin ini lagi ujian Allah atas kesabaran aku, kalau aku bisa melaluinya...tentunya nikmat berganda tersedia utk ku...tapi ikhlas aku tak mengharap apa2 pun kerana apa yg Allah bg selama ini pun sudah terlalu byk sudah tidak boleh aku membalasnya.

Jawapan ringkas aku disambut dgn hanya anggukkan dan senyuman drp Hj Sabli....wp ada yg mencadangkan pelbagai saranan utk aku membuat aduan kpd TH...aku cuma berdiam diri, dlm hati berkata "InsyaAllah, aku akan bg tau...tp bukan nak mintak mcm2....lagi pun tak mati pun tak de kanvas dll tu".

Sementara menunggu Isya' aku makan malam bersama jemaah yang lain, tiada byk bicara antara kami semua tanpa aku tahu apa puncanya. Masing2 seakan2 membuat hal masing2. Dari suatu ruang sudut khemah aku terdengar seorang jemaah (berusia lewat 50an) bercerita "Sudais tu baru je dilepaskan oleh Kerajaan Saudi, sblm ni dia kena tahan dlm 1-2 minggu jugaklah saya dengar" beliau terus bercerita latarbelakang penahanan yang beliau ketahui daripada sumber2 tertentu yang dianggap sensitif oleh org2 Makkah sendiri. Saya terus bertanya "Uncle....bila Imam tu dilepaskan semula" beliau menjawap "alah baru jugaklah dlm 2 minggu lepas...eh, tak silap uncle masa kau sampai hari Jumaat tu...baru first time dia imamkan solat Jumaat"...saya terdiam dengan jawapan jemaah tersebut. Berfikir lagi "eh...kalau betullah apa yg dikatanya....maknanya mmg Allah makbulkan doa aku sendiri...doa aku yg aku sering ucapkan dgn isteri aku iaitu....aku nak aku sampai Makkah bersolat diimamkan Sudais seboleh2nya....dah rindu dgn suaranya". Aku terus bermonolog lagi "eh...agaknya punya payah aku nak sampai Makkah tempohari adalah disebabkan oleh doa aku sendiri....doa aku utk dengar suara Sudais sebaik saja tiba di Makkah....agaknya sbb tulah yg jd lewat bebenar aku check-in Maktab" Aku terkebil2 dlm kesamaran cahaya khemah di Padang Arafah....aku mulai rasakan kaguman Padang Arafah.

Jemaah haji sememangnya di nasihatkan merehatkan badan....bagi menyediakan diri utk waktu wukuf keesokkan harinya. Aku cuba mengaji utk menghabiskan surah Al-Hajj....gagal. Mungkin kerana badan terasa letih, mungkin kerana pencahayaan di khemah yg kurang baik, mungkin keadaan khemah yg kurang selesa berbanding bilik tidur di Maktab dan MH, mungkin fikiran ku menerawang jauh memikirkan keistimewaan Hari Arafah, pelbagai kemungkinan. Hampa, aku cuba melelapkan mata. Aku lihat Haji Sabli, Ustaz Yazid, dan Pak Ya begitu tekun mengaji....aku pelik, aku perhatikan buat beberapa ketika....nampak jelas bacaan mereka lancar di sebalik segala kekurangan yg aku fikirkan sebentar tadi.

Aku duduk semula dan bertanya "Hj Sabli, Quran tu punyalah kecik....u nampak ke tulisannya....kat cahaya lampu samar2 je ni" beliau menjawab ringkas...."alhamdulillah, mata saya nampak terang." Saya bertanya lagi "Haji...apa petua mata terang, penglihatan bagus...jealous saya tgk Hj...selamba je dpt mengaji dlm cahaya mcm ni". Hj Sabli berkata "Alah Hj Imran, mudah sgt...petua saya..hari2 baca Quran, confirm mata bagus......" Saya terdiam dan berpikir...mudahnya menjaga mata....ni kena cuba ni, mesti istiqomah mengaji bila balik nanti...tak dlm khatam tiap bulan pun, sekurang2nya 1 kali setahun. Ustaz Yazid dan Pak Ya tersenyum dan mengangguk2kan apa yg dinyatakan Hj Sabli. Saya terasa makin kerdil.

Berbaring semula dan cuba utk tidur, baru mau lena...tetiba aku dikejutkan dengan suara sekumpulan jemaah haji Malaysia yg berada di khemah lain berzikir dan beratib....punya kuat, siap dengan pembesar suara lagi. "Alamak....sudahlah aku ni telinga tikus....dorang ni buat hal pulak mlm2 ni"....hati terus berbisik "mcmana nak tidur ni...mcmana nak kumpul stamina ni". Aku cuba bangun dah mengaji....mmg tak boleh....gagal lagi. Menjelang Subuh, terbit rasa kecewa, mlm tesebut aku cuma tidur dlm 2 jam saja......hati berkata2..."mcmana aku nak lalui waktu wukuf ni...aku terlalu mengantuk."

Aku bersolat Subuh di khemah yg dijadikan surau....mendengar kuliah subuh, bersarapan sebentar....mendengar kuliah dhuha oleh Ustaz Khairul Azoha, seorang ustaz dr Terengganu yg bertugas dgn TH...seorang yg cukup aku kagumi peribadinya sejak mula bertemu di pejabat maktab di Makkah lagi. Ceremahnya cukup HEBAT...aku terpegun, dan berhasrat melaksanakan apa yg disarankan, tp aku ragu2 akan kemampuan diri disertai kejahilan aku selama ini. Pada masa yang sama beliau juga menegur amalan sekumpulan jemaah yang lewat tidur malam berzikir dan meratib menggunakan pembesar suara hingga menjejaskan masa tidur semua jemaah lain, memandangkan stamina perlu di jaga untuk waktu wukuf, selain perbuatan tersebut boleh menjejaskan jemaah2 lain yang ingin berehat pada mlm sblmnya.

Slps kuliah dhuha aku membuat solat2 sunat yg diunjurkan, sebak terasa, wp bukan di malam hening wp bukan berseorang, aku terasa kekhusyukan solat yg amat jarang aku perolehi sblm2 ini. Dlm kelesuan badan, kengantukkan, keterikkan panas mentari dan segala kekurangan di surau berkenaan........aku amat merasai nikmat bersolat di sini. Sebaik sahaja aku mengangkat takbir solat sunat tasbih...dan membaca Surah Al-Fatihah...airmata ku mulai menitis dan terus menitis sehingga selesai tahyattul akhir.....aku pelik...mengapa begitu sebak jiwa aku melunaskan solat sunat tasbih yg disunatkan sekurang2nya sekali kpd kita sepanjang hidup. Aku tidak keseorangan pastinya.....ada lagi bbrp jemaah lain juga begitu...yg berpangkat Dato', Duta, dan segala bagai...semua aku lihat tewas di Arafah.....aku mulai nampak kehebatan Arafah.

Memandangkan aku mmg berada awal di surau sejak Dhuha...aku dpt menempatkan diri di saf2 yg hadapan sblm masuk waktu zohor....iaitu titik mula waktu wukuf. Sblm Zohor, kami bersama2 mendengar ceremah pendek oleh Ustaz Khairul lagi yang mengingatkan semua agar berdoa sepanjang waktu wukuf. Katanya "semasa waktu wukuf semua disarankan berdoa kerana Rasulullah sendiri berdoa sepanjang waktu tersebut". Dalam hati saya berkata "err....aku nak menadah tangan berdoa dr Zohor ke Maghrib....alamak penat tu...letih....Rasulullah bolehlah, Dia nabi...aku ni siapalah.....manalah terlarat aku nak berdoa panjang tu....lagipun kalau larat sekalipun....apalah yg aku nak doakan.....byk tu...nak doa apa pjg2, lama2 dr Zohor ke Maghrib" Dlm hati aku seakan2 memutuskan saranan Ustaz Khairul agak tidak munasabah utk aku praktikkan. Beliau juga mencadangkan agar ibadah lain seperti bersolat sunat ditangguhkan dahulu kerana wukuf adalah paling afdal utk kita berdoa.....sebab itulah beliau mencadangkan segala solat2 sunat dibuat terlebih dahulu slps waktu Dhuha sebentar tadi sementara menunggu waktu zohor.

Slps solat Jamak Takdim Zohor/Asar, mikrofon diberikan kepada seorang lagi ustaz yang aku lihat telah lanjut usianya, mungkin sudah mencapai 75 - 80 tahun. Beliau mengambil mikrofon dan mula berdoa, menandakan masuk waktu wukuf. Beliau duduk dan mula berdoa.....debaran terasa bemula di dada.....berombak bergelombang akhirnya bergelora, jiwa aku meruntun mendengar bait2 doa yang dibacakan.....meruntun jiwa kerana...di waktu itulah saya perolehi jawapan yg pernah saya tanyakan pada ibu saya sewaktu kami sama2 berumrah pd Mei 2008.

Soalan saya pd ibu berbunyi "Ibuk, apa agaknya doa ibuk dgn bapak masa ibuk dgn bapak pergi haji tahun 1973....masa tu Im (panggilan nama diri) baru umur 3 tahun"

Ibu saya berkata "kenapa kau tanya macam tu?" Saya berkata lagi "iyelah tentu ibu bapak doa sesuatu buat Im....masa tu Im baru 3 tahun, tp skrg ni Im sama2 dpt buat umrah dgn ibuk bapak dan Nadia (anak perempuan yg kecil) yg blm pun berumur 3 tahun....mesti ibuk dgn bapak ada doa sesuatu"

Ibu saya kata "tak de apa2 pun...aku doa biasa2 je" saya terkebil2 masa tu....tp di Padang Arafah...di hari Wukuf saya mendapat jwpn, jwpn yg cukup2 tepat dgn soalan yg saya ajukan kpd ibu saya, 6 bulan lebih awal. Jwpnnya ada dlm doa hari wukuf yg dipimpin oleh ustaz, yg antara lainnya berbunyi"Ya Allah, kau jemputlah kami utk dtg lagi ke sini, kau jemputlah anak2 dan semua zuriat kami utk menjadi tetamu Mu....."

Masa doa tersebut di baca...saya terus teringatkan soalan yg pernah saya ajukan kpd Ibu kira2 6 bulan lalu...air mata mengalir deras....bukan HANYA kerana mendapat jwpn kpd soalan tetapi kesedaran :-

1. Kasihnya ibuk bpk yg begitu ikhlas mendoakan kita sehingga tidak pernah mengingati atau ingin mengungkit apa yg didoakan

2. Begitu mujarabnya doa di Padang Arafah....hingga kita turun temurun dr zaman datuk nenek dtg ke bumi Arafah berkat doa org2 terdahulu dr kita

3. Begitu indahnya Islam yg mengunjurkan utk kita mendoakan semua umat Muhammad di tmpt dan hari yg paling mustajab setiap tahun, disebalik perpecahan berlaku di akhir zaman

terlalu byk pengajaran yg saya kutip sepanjang ustaz tersebut membaca doa Hari Arafah, walhal doanya tak sampai pun 30 minit. Selesai berdoa, ustaz tersebut mengingatkan agar semua jemaah sambung berdoa kepada Illahi berterusan berpanjangan sehingga waktu Maghrib. Di hati aku masih ragui kebolehan diri berdoa sebegitu lama. Apapun aku mencuba......

Tanpa aku sedari, aku berdoa dan terus2an berdoa....berdoa dan berdoa, utk kedua ibubpk, mertua, arwah datuk2 dan nenek2, anak2, isteri, adik beradik, ipar duai, makcik2, pakcik2, anak2 sedara, sepupu2, saudara-mara, sahabat handai, rakan sepejabat dan lain2...berdoa dan terus berdoa.....sesekali aku yg keletihan terjelepok tertidur....dlm tertidur pun tangan aku masih menadah doa.....sedikit lucu aku terfikir tapi itulah keadaan sebenar kebanyakan dari jemaah haji di waktu wukuf. Ada ketikanya, aku tgh berdoa...tapi tertidur sejenak...bila membuka mata menyambung semula doa2 tersebut...pelik tp ajaib sungguh bumi Arafah.

Setelah beberapa jam kemudian, aku nampak ramai jemaah berada di luar khemah.....keluar dr khemah penginapan, keluar dari surau....surau semakin sepi...aku tak mengerti...kenapa mereka semua keluar dan berada di luar khemah. Aku tak hiraukan apa yg berlaku...terus berdoa. Bbrp ketika kemudian.....aku ternampak Ustaz Khairul Azoha juga keluar dr surau....aku tertanya2 kenapa ye? Jam 5.00 ptg.....tetiba suatu perasaan menusuk ke jiwa....aku berkata "Ya Allah, dah jam 5.00 ptg.....aku cuma ada 42 minit (ketika itu Maghrib jam 5.42 ptg) saja lagi utk berdoa kpd Mu di masa wukuf, Ya Allah, macamana ni, aku blm sempat berdoa mcm2 ni, aku tak sempatlah mcm ni, Ya Allah, aku blm sempat doakan itu, ini, si dia tu, si dia ni...alamak Ya Allah...bagilah aku peluang utk terus berdoa di masa wukuf ni"

Aku terus bingkas bangun menuju ke luar surau mengikuti jemaah lain. Aku lihat semua menadah tangan mendongakkan muka ke langit berdoa....ramai dikalangan jemaah yg berdoa sambil menitiskan airmata. Aku berdiri berhampiran Uztas Khairul dan menyambung doa2 aku. Melihat mentari kian terbenam....langit kian merah...senja kian menjelang, aku cemas, terlalu cemas....dlm hati berkata lagi "Ya Allah....kenapa sekejap sgt waktu wukuf ni, kenapa terlalu singkat masa utk aku berdoa menadah tangan pada Mu....Ya Allah, kau lewatkanlah masuk waktu Maghrib hari ni...aku tidak mahu wukuf berakhir tanpa aku belum sempat selesai berdoa kpd Mu".........

Aku sedari permintaan aku agar Allah melengahkan masa terbenam matahari amat keterlaluan, aku sendiri redha Maghrib akan tiba kurang 10-15 minit saja lagi. Aku jadi cemas yang amat cemas.....perasaan bercampur baur...hati gundah gelisah....aku terus2an berdoa melihat mentari sedikit2 ditelan bumi ditemani linangan airmata setitik demi setitik terus bercucuran di pipi dan mula membasahi ihram. Aku bertanya "eh...kenapa ye....kenapa kau jd begini sekali Im, kenapa tak henti2 airmata membasahi".

Ramai yang berkata mereka sebak melalui Hari Arafah kerana :-

1. Gusar sekiranya ia adalah satu2nya Hari Arafah yang dilalui sepanjang hayat mereka

2. Gambaran umat manusia di Padang Masyar

Tapi bagi aku ianya sedikit berbeza, selain dua yg di atas, sebenarnya pada saat itu....aku merenung mentari terbenam saat demi saat, detik berganti detik, umpama aku kehilangan masa berharga untuk bertaubat, beribadah, berbakti pd org tua, membimbing dan mengasihi anak2 dan isteri tercinta, adik beradik, sanak saudara dan semua umat manusia. Aku bagaikan di saat2 kehilangan segalanya....umpama sedang meniti sakaratul maut...bagai jasad bakal berpisah dengan nyawa......di mana Maghrib menjadi pemisah untuk kembali kpdNya. Semasa itu aku fikirkan "Ya Allah...kalau beginilah nanti aku diambil dlm keadaan aku blm sempat sempurnakan segalanya......aku pastinya belum bersedia Ya Allah.....Ya Allah berilah aku sedikit lagi masa....sedikit saja lagi Ya Allah" aku sedih sebak dan sayu kerana aku tahu.....Maghrib (ajal ku) tak akan dilewatkan walau sedetik sekali pun. Aku terus2an bermunajat...sehinggalah Maghrib sehinggalah tamat waktu wukuf dgn harapan bertemu lagi dengan wukuf di masa2 akan datang.

Kalau sehari sblm itu, aku kurang mengerti akan ungkapan Haji itu adalah Hari Arafah, Maghrib hari ini aku di beri pengertian yg amat dalam, pengertian yang tak terduga dek akal. Hari Arafah terlalu manis terlalu indah tak dapat di gambarkan dgn apa jua bentuk lukisan atau dirungkai dgn tulisan ataupun diungkapkan dengan kata2. Hari wukuf, Hingga ke Hujung Usia, Arafah....tak ku Lupa........................

...........bersambung Part XI

11 comments:

  1. salam IP,

    alhamdulillah, mmg hari wukuf ialah salah satu hari yg sangat istimewa kpd jemaah haji, salah satu rukun dlm ibadat haji. Keistimewaannya yang tiada tolok bandingnya, walaupun dalam serba kepayahan dan kekurangan di bumi arafah.

    Menghayati apa yang tersurat di sebalik hari itu, menjadikan kita sangat2 menghargai setiap detik dan saat di sana terlalu berharga kerana kemungkinan sekali sahaja ia datang dalam hidup kita yang sementara ini.

    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Salam IP,

    Ketika di kg. krn menghadiri kenduri kakak ipar yg akan berangkat ke tanah Suci pd 17/11 nanti, seorg tetamu bertanya saya, "Nak ke Mekah lagi tak"? Saya jawab "sudah tentu, Insya Allah'. Tanyanye lagi,"nak buat umrah ke atau haji?" Tanpa berfikir pnjg jwpn saya, "Saya nak buat haji lagi".

    Selain rindukan MH,Baitullah & Madinah, saya juga rindukan Arafah. Pd hari berkenaan,terdpt sekelompok awan membentu perkataan 'Alif lam Lam Ha'di Maktab 86...Subhanallah.

    ReplyDelete
  3. Salam Imran,
    Saya baca kat ofis ni, N3 yang saya tunggu-tunggu...menitik airmata...kawan kat seblah tanya...sebab sejak semalam mata saya asyik bengkak je...
    Di musim haji ni, hati jadi sangat sensitif, saya memang asyik teringat cerita arfah ni, dan melihat matahari terbenam dengan paradigma yang cukup berbeza....
    ps: jiran saya pergi dapat cabutan bertuah bank Al-Rajhi...dia memang nak pergi sangat, dan saya perhati sikap dan peribadi beliau...saya amat memahami dan bersetuju dengan pilihan Allah...di jemput dengan cara yang amat mudah...tanpa sesen...tanpa kuota...saya insaf sangat...jangan la asyik cakap...duit tak cukup utk haji...jika sudah dijemput Allah...akan sampai juga, walaupun dalam keadaan tanpa sesen pun keluar...macam cerita Prof...menerima kad jemputan dengan duit belanja nyer sekali...dengan doa, dan usaha...angan-angan tu boleh jadi kenyataan kan...

    ReplyDelete
  4. Tuan Ismet...betul benar apa yg di kata, saya bersyukur melaluinya dan berharap ianya bukanlah pengalaman terakhir.

    ReplyDelete
  5. Ina...saya pun sama, kalau boleh nak gi haji lagi sekerap mungkin, tp ingatlah kita harus kongsi peluang tersebut dgn org lain juga ye.

    Pasal perkataan Alif Lam Lam Ha di Arafah, saya cuma mengetahuinya slps tawaf haji, saya cukup terkilan sbb tak melihatnya. Saya cukup kecewa sehingga akhirnya.....jeng jeng jeng...tunggu ye

    ReplyDelete
  6. Datin, samalah kita, bila menjelang musim haji, hati saya begitu mudah tersentuh mengingatkan Baitullah....rindu tak keruan.

    Berhubung jiran tu...percayalah Datin, kita tak tau apa pengorbanan jiran itu pd agama....kita ni pun semua di jemput dengan kehendaknya, duit sendiri ke cabutan bertuah ke org sedekah ke, sama je....semuanya rezeki Allah. Pernah dulu org kata di Madinah semasa saya berumrah "Imran, si dia tu gi umrah sbb si polan tu taja" saya tersenyum dan menjawab "oh ye ke, saya sekeluarga berlima pun di taja sebenarnya....kami ditaja Allah melalui rezeki yg di beri"....fikir2kanlah ye Datin, mmg begitu kehendakNya.

    ReplyDelete
  7. Kak Nab...saya menulis pun dgn deraian airmata, teringat Arafah dan Baitullah buat saya tak lelap mata bagai org kemaruk bercinta.

    ReplyDelete
  8. Satu yang menginsafkan dan menjadi pengajaran berguna.

    ReplyDelete
  9. Mama Ju, kalau di beri pilihan tambahan 1 minit berwukuf di Arafah dan 10 tahun duduk di Paris ni....pilihan saya tentunya 1 minit berwukuf, PASTI.

    ReplyDelete
  10. senang sekali kayanya bisa ke mekah dan madinah...









    Obat Gagal Ginjal Tradisional

    ReplyDelete