Followers

Tuesday, November 10, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XI - Kekal Lekat di Sanubari )

Azan Maghrib menandakan tamatnya waktu wukuf. Aku menerima sms drpd sahabat baik yg menitipkan doa, tersenyum membaca sms beliau sambil berkata di hati "alhamdulillah, dah aku doakan segala yg terbaik buat mu sahabat ku yg budiman....alhamdulillah aku tak lupa". Sms beliau tidak aku jawab.

Sementara bersiap menaiki bas dr Arafah utk bermabit di Muzdalifah, aku berkesempatan bersembang dgn bbrp petugas perempuan TH, dlm kami berbual, salah seorang bertanya "Tuan, mana beg TH tuan.....alaaa, org Paris tak sudi bawak beg TH, tak glamor kot" sambil tersenyum. Aku berfikir, soalan ini seolah2 memberi peluang kepada aku mengisahkan diri aku yg tak diberikan sebarang kelengkapan TH sptmana jemaah lain. Aku menjawab "eh...taklah, sebenarnya saya tak dpt beg tu, mungkin kawan2 petugas u terlupa nak bagi sbb sbb saya dtg bersendiri, mungkin terlepas pandang......" Petugas2 wanita segera memohon maaf dan berjanji akan memberikan segala kelengkapan sebaik sahaja tiba di Makkah semula nanti. Saya bertegas "Hajjah, tak perlulah....saya rasa apa yg saya ada dah memadai....alah lagipun sekejap je semua ni.....cuma saya nak 1 je.....saya nak rantai tangan...cukuplah sbg tanda kenangan saya mengerjakan haji dgn TH...itu saja". Ketiga2 petugas mengangguk dan kami sambung berbicara tentang kaguman Makkah dan kedamaian Madinah.

Sementara menunggu bas, saya bersolat Maghrib/Isya', dan sebaik sahaja selesai bersolat saya menyedari yang saya telah terlepas menaiki bas yang di sediakan utk jemaah2 haji luar negara. Tiada masalah, mmg niat saya pun nak bagi peluang pd jemaah lain pergi dulu....rasa sedikit berat utk meninggalkan Arafah.

Jam 7.30 mlm akhir saya berlepas ke Muzdalifah....tiba sekitar jam 8.30 mlm, berehat, makan makanan ringan yang disediakan oleh TH..........keadaan di Muzdalifah juga agak menguji....lebih2 lagi keadaan sebilangan kami yg hanya sempat tidur 2 jam saja pd mlm sblmnya. Mengikut kata petugas, bas akan tiba bermula jam 10.30 mlm. Sementara menunggu masa meneruskan perjalanan ke Mina, jemaah2 mengutip batu untuk melontar pada keesokkan harinya. Jemaah mengambil peluang berehat, melelapkan mata.....semua menghamparkan kanvas oren dan duduk, berbaring menunggu giliran. Cuaca agak sejuk. Aku yg tiba terkemudian dr sahabat2 maktab yg lain, terus mencari rakan2....bertemu akhirnya.

Di sini, kami menunggu dan terus menunggu, jam sudahpun melepasi jam 10.30, tiada bas tiba....kami tertanya2....petugas TH sendiri kurang pasti segala perkara. Aku terasa penat...penat menunggu sebenarnya. Hj Sabli yg kian masak dgn perangai aku, membawa aku berjalan2 menenangkan diri di luar pagar.....di jalanraya utama. Beliau membentangkan kanvas oren dan kami bersembang pelbagai perkara berhubung ibadah, kejadian langit bumi dan bintang, perihal anak isteri yg ditinggalkan. Kami berbaring berdua bersama memerhati langit terbentang luas di bumi Mudzalifah beralaskan kanvas berbantalkan lengan, tak putus2 memuji kebesaran Illahi. Seketika Hj Sabli berkata "Hj Imran...kamu ni patut tidur....kamu tak tidur langsung saya perhatikan sejak semalam...tidurlah ye" Aku mengangguk dan perlahan2 tertidur....aku perasan beliau turut tertidur. Aku tidur lena....tapi cuma seketika.

Kami terus menunggu dan menunggu, bermula jam 12.30 tghmlm, barulah bas2 tiba membawa sekumpulan demi sekumpulan jemaah dr Muzdalifah ke Mina. Menunggu giliran, aku teringat pesanan Prof MKI dlm Travelog beliau utk memberi keutamaan pd org tua dan org2 yg lebih memerlukan. Kami jemaah2 yg muda hampir kesemuanya memberi laluan kpd mereka yg lebih berumur....akhirnya jam 4.30 pagi baru aku meneruskan perjalanan ke Mina.

Tiba di Mina, kem 82 (tak silap saya), sudah hampir waktu Subuh. Petugas TH menasihatkan agar urusan melontar hanya di buat pada waktu tengahari atau malam nanti memandangkan keadaan tmpt melontar yg terlalu sesak pada waktu slps Subuh; dan mencadangkan semua berehat slps tak tidur mlm secukupnya di Muzdalifah. Di kem, kami sesama jemaah berbincang dan kesemua bersetuju utk melontar pd pagi tersebut juga.....masing2 berpandangan, sudah terlanjur bangun, baik selesaikan lontaran Jamrahtul Aqabah dan bertahalul secepat mungkin.

Kami bersama bersegera menyiapkan diri.....aku bergegas ke tmpt mengambil wudu' utk bersolat Subuh....."Ya Allah penuhnya....toilet penuh, bilik mandi penuh, tmpt wudu' penuh....mcmana ni...kesian org2 tua" berkata2 di hati. Slps berwudu' dan bersolat aku terus menunggu sahabat2 lain utk melontar. Memandangkan ramai antara jemaah haji luar negara datang bersama keluarga, persiapan mengambil sedikit masa......alhamdulillah semua kami dpt bersabar dan menunggu bersama.

Kira2 jam 8.00 pagi barulah kami sama2 memulakan perjalanan...kumpulan kami yg mulanya agak ramai...akhirnya terpecah2 kepada bbrp kumpulan. Bila tiba di terowong ke jamrah...gegak gempita bagai sahut menyahut sabung menyabung kalimah2 Allah dilaungkan oleh jutaan jemaah. Labaikallahuma Labaik Labaikalla Sharikalakalabaik......sahutan yang bersilih berganti bergaung gaung menusuk ke telinga meresap ke kalbu...ke jiwa yg paling dalam teramat dalam. Tanpa aku sedari.....mata ku mulai berkolam, akhirnya derai airmata mengalir lagi, setitik demi setitik. Hati berbisik lagi "kenapa kau berasa sebak"....airmata terus berlinangan. Aku lihat Hj Sabli yg menggeggam erat tangan ku turut melayan rasa dlm menyahut seruan Illahi.....Dlm sebak aku melangkah....dan terus gagah melangkah sambil mencari pengertian rasa sebak yg beraja di hati.

Akhirnya jawapan bertamu, airmata itu adalah airmata gembira, airmata kesyukuran kerana dpt bersama2 jutaan umat Islam mengabdikan diri pada Allah, melunaskan janji ku sejak di alam roh utk bertamu di bumi Barakah....aku sebak semakin sebak....dada bagai berombak2, tetiba aku teringatkan pengorbanan Rasulullah yg bersusah payah menegakkan syiar Islam di sini...melontar di tempat yg sama, jiwa ku terus melayang mengingatkan perit jerihnya umat2 islam terdahulu menegakkan agama Allah, kepayahan umat2 terdahulu termasuklah keluarga yg pernah bertamu di bumi Mina...teringat Ibuk teringat Bapak yg turut melalui pengalaman sama 35 tahun lalu....yg tentu laluan mereka lebih payah berbanding apa yg aku sedang lalui. "Ya Allah aku bersyukur atas segala2nya".....sementara itu aku teringat juga tragedi Terowong Muassim pada tahun 1990 yang mengorbankan ribuan jemaah haji. Hati berdetik "Ya Allah, aku terlalu bersyukur kerana laluan ke Jamrah kini terlalu mudah begitu sistematik dan teratur, Ya Allah aku sedari kini segala yg terjadi pd jemaah terdahulu ada hikmahnya, hikmah yang akhirnya membawa kepada pembangunan di sini utk memudahkan kami semua sbg umat2 yg terkemudian....Ya Allah aku bersyukur dan menyedari kini bahawa kematian jemaah2 terdahulu bukanlah kematian yg sia-sia, ia membawa manfaat besar bg memudahkan segala2nya kepada sekalian umat masa kini dan akan dtg, wahai arwah2 tragedi Muassim, kematian mu bukanlah kematian yg sia-sia......"airmata menitis perlahan.

Perasaan sebak mensyukuri nikmat2 Allah kepada semua....bercampur baur dgn keinginan melunaskan lontaran di Jamrahtul Aqabah.....dalam bbrp ketika aku telahpun selesai melontar, cukup mudah walaupun dlm kelesuan tidak tidur 2 mlm aku berasa nikmat sebenar beribadah. Selesai bertahalul, aku dan Haji Sabli berpelukan dan kami sama2 menunggu sahabat2 lain dan pulang berjalan menuju ke Kem semula utk berehat.

Mlmnya aku bersms isteri, kakak dan adik perempuan memaklumkan keadaan diri. Salah satu sms kakak berbunyi "kau tak beli apa2 ke kat Mina tu" saya menjawap "Ana, aku kalau boleh tak nak shopping apa2 dulu sehingga selesai tawaf dan saei haji....shopping will come later". Kakak menjawab ringkas "tak salah membeli belah di Mina, penjual2 kat situ susah2....niat bantu je dorang tu" Aku terkesima, aku berbual dgn Hj Sabli dan beliau menjawab "la Hj Imran, jgnlah mcm tu...kalau ikutkan dan selesai dah haji u ni, tinggal tawaf je...kan Haji itu adalah hari Arafah....go ahead, tak de masalah......lagipun kan setiap duit yang dibelanjakan di tanah haram ni akan berganda pulangannya" saya terdiam.....Hj Sabli dan Fauzi bangkit dan terus mengajak saya keluar dan berjalan2 di luar melihat jualan di luar kem. Bagaikan pesta....saya teruja sama, tp mlm tersebut kami tak membeli apa cuma melihat2 saja.

Keesokkan harinya, pagi lagi saya dan rakan2 sebilik bersiap utk menyambung lontaran. Hampir kesemua jemaah mengeluh dengan kelengkapan bilik mandi/tandas yang disediakan. Aku juga berasa agak kurang selesa tapi mengenangkan org2 tua dan org2 kurang upaya yg berada di situ, aku rasa mereka lebih layak dan berhak utk mengeluh. Aku yakin, pihak TH boleh tentunya perbaiki keadaan tersebut, insyaAllah, utk kebaikan dan keselesaan semua, terfikir seketika dan hati berkata2 "Tentunya Rasulullah sendiri akan jadikan keselesaan, kebersihan dan penjagaan aurat (kedudukan bilik mandi lelaki dan wanita yg bersebelahan) sebagai jaminan dan kriteria No 1 dlm beribadah haji". Hati saya tertanya2 mengapa 3 perkara tersebut bagai kurang diambil berat oleh pihak bertanggungjawab tanpa menyalahkan TH ataupun Kerajaan Saudi. Namun dlm situasi tersebut aku memilih atau mendiamkan diri dan bercadang untuk pihak TH di kesempaan lain bila pulang ke Malaysia kelak.

Kami bersiap membersihkan diri dan terus melontar lagi. Sementara menunggu sahabat2 lain, aku berbual dgn Fauzi di luar kem, sedang rancak berbual tiba2 aku bersuara "Subhanaallah, Fauzi.....caya tak saya pernah mimpi keadaan begini, sama spt ini, di tempat yg sama, u dgn saya berpakaian yg sama, berbual dlm posisi yg sama...Ya Allah Fauzi, tp masa mimpi tu saya tak tau bhw tempat yg dimimpikan itu adalah Mina" Fauzi jelas kehairanan tapi tersenyum dan berkata "Iye ke En Imran.....maknanya tuan mmg dah diberi petunjuk akan sampai ke sini melalui mimpi tu, cuma tuan tak tau yg tempat ini adalah Mina"....saya mengangguk bersetuju.

Setelah semua yg dinanti tiba, kami meneruskan perjalanan utk melontar. Kali ini dalam perjalanan aku tidak berasa sebak sptmana hari sblmnya, tp sesekali aku tersenyum melihat kemudahan infrastuktur tandas dan bilik mandi yg disediakan oleh Kerajaan Saudi yg besar lagi cantik di pertengahan jalan menuju ke Jamrah. Ternampak ramai juga jemaah yg mengambil kesempatan mandi dan membuang air di sini...alhamdulillah, ada alternatif buat semua. Dlm perjalanan, sbg pegawai kerajaan yg dilatih dlm bidang keselamatan dan hubungan antarabangsa, tersenyum sinis bermonolog "Ya Allah, kalaulah umat Muhammad saw dpt bersatu padu bersama sptmana penyatuan kami berarak ke Jamrah ni....sudah tentu musuh2 Islam dan dunia Barat akan kecut perut melihat penyatuan ini.....padan muka dorang" tp apakan daya itu cuma anganan saya, namun saya tetap yakin Allah sebenarnya ingin tunjukkan kepada semua yg berhimpun di Mina bhw sekiranya umat Islam dapat bersatu padu sptmana kita bersatu di Baitullah, bersatu berarak ke Jamrah, bersatu bersama menadah tangan di Arafah tentunya penyatuan umat Islam dimana saja bukan lagi sesuatu yg mustahil.....usaha perlu dilipatgandakan demi penyatuan kita bersama - kebaikkan kita dunia akhirat.....tp bagaimana dan dimana harus kita mulakan......aku tertanya2. Terkemudiannya, aku melaksanakan lontaran di Jamrah al-Sughra, Wista serta Kubra dan berjalan pulang.......

Tiba di luar kem...aku mula meninjau2 jualan. Lama jugaklah aku berjalan dan akhirnya membeli seutas tasbih koka utk diri sendiri....walhal sblm ini aku tidak pernah menggunakan tasbih, tp aku membelinya sbg kenangan di Mina. Aku pulang ke bilik kem dan berehat. Ptg tersebut kami sama2 berbincang, dan bersetuju untuk bernafar awal, memandangkan keadaan penempatan di Mina yg kurang selesa dan memberi peluang kepada jemaah yg berniat Nafar Thani, dpt menggunakan tandas/bilik mandi dengan lebih selesa. Mlmnya, slps Maghrib/Isya', aku berjalan2 di luar kem utk mengutip batu2 kecil, melihat persekitaran dan keadaan jemaah2 haji dari negara2 lain yg dilihat berkhemah dan memasak sendiri di atas bukit, sambil melayan hasrat hati untuk membeli belah.

Melihat kesederhanaan jemaah dr Iran, Iraq, Afghanistan dll yg hanya berkhemah di lereng bukit dan memasak sendiri....aku berasa lebih bersyukur dgn nikmat yang Allah kurniakan kpd kami di kem. Aku juga amat kagum dgn ketebalan iman dan kecekalan jemaah2 ini dlm melunaskan rukun ke5 Islam. Dalam kami menyusuri bukit kami mencari2 batu dan memasukkannya ke dalam uncang kain, dlm kesibukan mencari batuan, kami terpisah antara satu sama lain, akhirnya yg bersama aku tinggal Hj Sabli, Fauzi dan Ustaz Yazid. Kami terus berjalan dan menaiki lereng2 bukit, ada jemaah2 tersebut yg memasak, mengaji, berbual dan beniaga. Haji Sabli berhenti di beberapa hentian jualan untuk melihat batu permata delima.....aku nampak beliau cukup asyik melihat batu2an. Aku bukan tak berminat cuma tak pandai membeli, jadi aku mengikut saja. Semasa berbual bersama dan menuju je penjual yang ke 3, tetiba saya perasan yg uncang batu2 yg telah dikutip Hj Sabli, tidak ada bersama beliau. Saya bertanya "eh...Hj....mana uncang batu Hj ni?". Terus beliau menjawap "Allah, aku dah tertinggal ni....kat mana ye, alamak, nilah dia sibuk dgn batu permata, batu utk melontar pun terlupa...sudahlah Hj Imran, saya tak nak belilah batu permata kalau disebabkannya harta dunia saya terlupa batu utk lontaran esok" beliau segera mencari uncangan beliau dan terus mengajak saya pulang ke kem.

Dalam perjalanan pulang, kami melihat lagi ratusan jemaah lain, menaiki lereng2 bukit mencari batuan. Pada masa itu kami tidak memikirkan yg lain, selain mahu pulang ke bilik dan tidur. Semasa berjalan laju menuruni bukit ternampak seorang nenek tua sedang mengorek2 tanah mencari batu dan sepantas kilat seorang lagi jemaah lelaki berbangsa Afghan (mungkin) menghulurkan seuncang batuan kepada nenek tersebut, sambil beliau tersenyum ikhlas. Jelas nenek tersebut cukup gembira dgn pemberian tersebut. Saya tercengang melihat keadaan itu, Hj Sabli juga teruja dan terus berkata "Ya Allah...Hj, Hj nampak tak tadi, senangnya kan nak dapat pahala...tak yah bermodal....tak yak apa pun, dgn 21 bijik batu pun kita boleh bersedekah, ni aku ni sibuk mau beli batu delima sampai tertinggal uncangan batu untuk melontar...hebatlah org2 ni, kita ni entahlah, kenapa kita tak berpikir mcm si Afghan tu ye....senang2 je dia dpt pahala".....

Mendengar kata2 beliau yg jelas menggambarkan kerendahan hati, saya menyambung di dalam hati"mmg hebat pengajaran yang Allah berikan kpd aku mlm ini, kerana sebiji permata...sahabat ku hampir lupa seuncang batu yg diperlukan utk menyempurnakan Nafar Awal.....dan hanya bermodalkan 21 bijik batu kita boleh bersedekah kpd org yg amat memerlukan demi menyelesaikan wajib haji.....tentu besar ganjaran org yg bersedekah wp bermodalkan 21 bijik batu yg nampak tak berharga langsung2, kerana tanpa 21 bijik batu tidak akan sempurnalah ibadah haji nenek tua itu....hebat sungguh pengajaran ini Ya Rabb". Malam tersebut aku tidur begitu lena bagai di dakapan syurga....sblm lelap mata aku tersenyum puas atas segala yg telah dilalui sepanjang di Mina, walaupun masa masih lagi berbaki di Mina esok pagi....aku mensyukuri kerana di sini terlalu byk aku pelajari, terlalu sarat aku menyedari, insyaAllah segalanya Kekal Lekat di Sanubari..........

.......................bersambung Part XII

10 comments:

  1. Salam
    Berlingan airmata saya pagi ini membaca blog sdr. Selepas solat subuh saya melekat di PC. Blog ni mendaji panduan say untuk berlepas ke Jeddah bbrp hari lagi...salam perkenalan dari kak zakiah

    ReplyDelete
  2. Kak Zakiah,

    Salam taaruf dr saya jua di Paris. Thanks for visiting my humble blog. Mmg sejak berada di Makkah tahun lalu saya berjanji aku sampaikan pengajaran yg saya tempuhi dgn semua...alhamdulillah, wp lewat saya berkesempatan skrg ni, harap menjadi teladan dan sempadan buat semua.

    Kak Zakiah....salam pergi wahai tetamu Allah, insyaAllah mabrur.

    ReplyDelete
  3. salam Im,

    mereka yang pernah ke Arafah jer yang akan benar2 faham & dapat menghayati cerita ini...terpahat indah di sudut hati untuk selama2nya...kenangan yang teramat indah!

    ReplyDelete
  4. Salam IP,
    Baca sampai termenung, mata terpaku kat PC nih...best kan...batu boleh buta sedekah...saya selalu rasa tunggu la bla ada duit banyak sikit....pengajaran betul...
    (nanti nak sambung komen...ada orang sms saaya, bihunsaya dah siap, nak turuk breakfast jap ye...)

    ReplyDelete
  5. salam haji imran,

    Cerita mengenai makkah, madinah, mina n arafah pasti menjadi kenangan manis sepanjang hayat. Rindu untuk ke rumah Allah tidak terkira..mudah2an saya n haris n kita semua n kenalan n sahabat n sedara mara diberikan kesihatan n kad undangan sebagai tetamu Allah..

    ReplyDelete
  6. Kak Nab...mmg keindahan yg amat luarbiasa. Magis dan tak bisa dilupa.

    ReplyDelete
  7. Datin...betul tu...jgn ingat org yg byk duit je boleh bersedekah....kalau kita tunggu kita byk duit baru nak bersedekah, takut akhirnya bila byk duit kita sayang duit dr pahala bersedekah. Allah tunjukkan betul2 depan mata saya begitu mudahnya bersedekah....begitu tinggi nilainya batu berbanding batu delima. Ya Allah, Datin...mmg saya kenang pengalaman ni sampai bila2.

    Datin, harap u share this experience dgn kenkwan ye, depa tak nak komen pun tak pe, sbb niat saya hanya menyampaikan. Saya dah janji dgn Allah....tlglah ye Datin permudahkanya. Merci

    ReplyDelete
  8. Mona....thanks for visiting me.

    Saya di sana selalu juga teringat Mona, Haris, Zuriani...nama2 yg saya sebut2 juga dlm doa. InsyaAllah Mona dan Haris akan di jemput dlm masa terdekat. Jgn fikir kekurangan yg ada pd kita sbg bebenan kerana Allah maha mengasihi, Dia tentunya akan permudahkan segalanya dikehendakiNya...YAKINLAH.

    Mona, saya yakin, kad jemputan utk Mona dan Haris dah tersedia....cuma Allah nak lihat kesungguhan kita utk bertamu ke rumahNya sblm memanjangkan kad tersebut kpd kita. Saya percaya MOST of the time, Allah menanti kita utk benar2 bersungguh, utk benar2 nekad bertamu si istana Ya Rabb. Rugikan kalau kad dilayangkan sedangkan kita sendiri tak bersungguh...pikir2kanlah. Mona....tunjuklah, merintihlah, laungkanlah kpd Allah kesungguhan Mona, insyaAllah ur card will be deliver soon, may be the postman is just around the corner...bisikkanlah cinta mu kpdNya

    ReplyDelete
  9. Salam IP,
    Saya menghayati penuh keinsafan perjalanan Arafah, Mudzalifah & Mina ini... menitis air mata & teringat suatu ketika dulu menjadi tetamu Allah tambah pula sekarang musim haji. Saya tetap ingin mengerjakan haji berkali-kali, namun jauh disudut hati saya ingin membiayai saudara mara yang tidak berkemampuan supaya menjadi tetamuNya. Lainlah kalau saya tinggal di Makkah, boleh buat haji selalu.

    Sesungguhnya Arafah itu adalah bumi bertuah dan bersejarah. Disinilah juga bayangan alam Barzakh atau alam kubur. Khemah yang diuntukkan bagi setiap orang hanya lebih kurang 3 kaki x 7 kaki. Ini sebagai peringatan bahawa ukuran yang diperuntukkan kepada kita apabila disemadikan di tanah perkuburan nanti tak kira miskin atau kaya, rakyat atau raja.

    Cik Im, terharu saya dengan kisah batu dan batu delima... banyak pengajaran yang diperolehi dari peristiwa itu. Semoga pengalaman Cik Im memberi pengajaran baik kepada jemaah haji.

    ReplyDelete
  10. Kak Zie..betul tu, besar ganjarannya membantu org2 kurang mampu mencapai impian dan menunaikan rukun Islam ke 5.

    Ye Kak...saya pun perasan mmg di dlm khemah di Arafah, ruangan agak sempit...saya lagilah langsung tak de kanvas utk mengalasi tmpt baringan saya. Saya berfikir, tak pe...biar kita daif di dunia semoga kita tak daif di alam kubur nanti, insyaAllah....saya redha segalanya.

    Batu melontar VS Batu delima....mmg pengajaran besar utk semua yg mahu memahaminya.

    Kak Zie, insyaAllah kita dijemputNya lagi bertamu di taman syurga Madinah dan bermesra di laman Baitullah

    ReplyDelete