Followers

Tuesday, November 10, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XII - Mengharap Ehsan Mu Ya Rabbul Izzati)

Rabu 10 Disember/12 Zulhijjah - Hari terakhir di Mina bagi musim haji kali ini, kami yg berniat Nafar Awal, pagi2 lagi bersiap utk ke Jamrah. Spt biasa aku bersama Hj Sabli berdua bergerak sedikit awal, maklumlah kami single berbanding lain2 yg dtg dgn keluarga. Hj Sabli memutuskan utk terus pulang ke Makkah sebaik sahaja melontar di ketiga2 jamrah, manakala aku bagai tiada pilihan selain pulang dulu ke kem di Mina memandangkan beg tarik aku tidak boleh dibawa bersama ke jamrah. Perjalanan dr kem melalui terowong utk ke jamrah begitu padat. Sepanjang perjalanan aku terasa sebak memikirkan mungkin ini kali terakhir melalui pengalaman sebegini. Aku dan Hj Sabli berjalan...kami langsung tak berbual....berjalan perlahan2 menuju ke jamrah dan menyelesaikan tugasan.

Selesai, kami berpelukan sekali lagi dan beliau terus meneruskan perjalanan ke Makkah manakala aku pulang ke kem di Mina. Beliau berkata "Haji, nanti kita jumpa kat Maktab malam nanti....saya balik ni terus nak buat tawaf haji" Saya cuma mengangguk dan turut menyimpan harap bertemu beliau sebaik saja pulang ke Maktab ptg nanti. Menyusuri jalan pulang ke Mina meninjau2 persekitaran bumi Mina...kontang namun menenangkan. Sayup2 dr kejauhan terlihat Masjid Namirah, sekaligus teringat Bapak di Kuala Lumpur dan anak perempuan (Amirah) di Paris. Bapak selalu menggelar anak saya Amirah Namirah, saya tersenyum sendiri mengenangkan perjalanan umrah kami bersama2 6 bulan lalu, di waktu melawat persekitaran Mina.

Sampai di kem, membeli belah sedikit, dan berehat. Alhamdulillah dalam jam 1 tghri ada pihak yg menawarkan aku utk ikut bersama mereka pulang ke Makkah dgn kenderaan konsulat Jeddah. Aku agak keberatan mulanya, namun semua meminta aku mengikut memandangkan kereta tersebut hanya muat utk seorang jemaah saja lagi. Aku turuti akhirnya. Sampai di Maktab, aku terus mencari Hj Sabli.....tiada di bilik. Maktab benar2 kosong tiada berpenghuni. Aku pulang ke bilik, berehat seketika, mandi, bersolat Zohor dan cuba ingin tidur. Gagal. Hati teringat2 tawaf haji yg perlu aku lunaskan. Aku terus bersiap, sekali lagi menjenguk ke bilik Hj Sabli...masih tiada di bilik, aku tertanya2 "mana perginya, risau pulak td dia sorang2 diri pulang ke Makkah....harap tak de apa2 terjadi kat dia, kalau tak..... aku kesal seumur hidup" aku terus memanjatkan doa buat kesejahteraan beliau.

Aku tiba perkarangan di MH sebaik shj lepas Asar, SUBHANALLAH, penuh sepenuh-penuhnya, lebih padat drpd sblm2 ini. Sehingga nak masuk ke MH pun tak dapat. Jemaah di arah ke sana ke sini oleh petugas MH, aku berpusing2 mencari jalan, fikiran masih juga teringatkan Hj Sabli dan juga tawaf haji yg perlu aku selesaikan. Dlm keadaan yg bersesakan itu, tetiba aku ternampak Hj Sabli....beliau terus dtg dan berkata "Hj Imran, dah di sini rupanya, saya ingat Haji masih di Mina" sy menjawap "Haji Sabli...puas saya cari tadi, ingat nak ajak buat tawaf haji sama2....Haji dah selesai ke?" Beliau menjawap "Alhamdulillah dah selesai, alhamdulillah" beliau memeluk aku, aku lihat airmata di tubir mata beliau...airmata kesyukuran tentunya.

Aku dapat masuk ke MH, terpegun menyaksikan jutaan jemaah yg terus2an bertawaf....terbit rasa gentar...."eh....macamana nak tawaf ni, punya penuh" Aku bersolat Asar, mengaji sebentar. Melihat kepadatan di Dataran Kaabah, aku memutuskan untuk membuat tawaf haji slps Maghrib. Aku mengaji dan terus mengaji....tanpa menghiraukan hiruk pikuk di MH. Di blkg aku adalah Safa dan Marwah....di hadapan aku Multazam....terfikir, adakah tempat yg lebih baik drp duduk mengaji di sini....tentunya TIDAK. Aku mengaji sehingga waktu Maghrib, slps Maghrib, sekali lagi aku tunda hasrat utk bertawaf haji.....ramai sgt terlalu ramai jemaah. Sementara menunggu Isya' aku bersolat sunat.....melihat jutaan manusia mengelilingi Baitullah bagai memustahilkan aku bertawaf haji, aku laksanakan solat sunat hajat, agar dipermudahkan segalanya buat ku.

Isya'....aku bersolat, mendengar alunan ayat2 suci yg dibacakan oleh Imam, aku berasa terlalu kecil....sekecil debu. Selesai solat, aku terus bangun....dan tak mahu menangguhkan lagi tawaf haji. Dalam hati berkata "Ya Allah, kau yg membawa aku ke sini....kau yg menyeru panggilan haji ini...aku menyahutnya...skrg aku di sini, Kau permudahkanlah utk ku." Aku terus memulakan tawaf dlm penuh kesesakan jemaah yang sama2 membuktikan kesaratan cinta pada Illahi dengan penuh kesyukuran kpdNya jua. Selesai bertawaf....aku berasa puas teramat puas dan tenang setenang-tenangnya, jauh lebih tenang dr apa yg pernah aku lalui sepanjang hidup. Aku meneruskan langkah bersaei, bersendirian. Dlm masa 45 minit aku selesai bersaei.....alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang aku singgah makan dan mula meninjau2 jualan2.....masih belum ada hati sangat nak membeli....aku terus pulang dan mencari kawan2 lain yg bernafar awal. Ada yg berehat di bilik, ada yg masih di MH. Jam 11.00 mlm, rakan jemaah pulang dr tawaf/saei haji. Beliau kelihatan agak letih, melihat aku yg berbaring mengaji di katil beliau bertanya "Eh...Imran, kau dah buat tawaf haji ke? Awal kau balik bilik.....td dr Mina aku yg sampai Makkah dulukan?" Aku kehairanan dgn soalan beliau dan berkata "dah aku dah tawaf haji dah selesai tadi, lepas Isya'....lama gaklah, all in tawaf dan saei about 2 and a half hour.....ramai betul tadi...err....napa kau ni?" Beliau menjawab, "2 jam setengah je....ooit cepat tu, aku tadi buat tawaf dr lepas Asar, berenti, sambung tawaf lepas Maghrib, berenti lagi, sambung lepas Isya'....lepas tu buat saei...kira-kira 4 jam setengah, 5 jam...letih betul aku ni" Aku begitu hairan dgn apa yg jemaah muda itu lalui....tertanya2 "kenapa ye...lama betul...kenapa?" Tapi dalam hati yakin, tentu ada hikmahnya di sebalik apa yg dilaluinya. Tak mungkin Allah susahkan tetamuNya, bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang....tentu ada hikmahnya, wallahualam.

Bg aku sendiri, mungkin Allah ingin aku lebih mensyukuri keputusan aku menunda tawaf haji aku dr waktu Asar hingga Isya', dan Allah ingin aku lebih mensyukuri masa 2 jam setengah bertawaf/saei....yg pd mulanya aku anggap begitu panjang, tp cukup pendek jika dibandingkan dgn jangkamasa hampir 5 jam yg dilalui oleh jemaah tersebut. Apapun sebenarnya aku tak hiraukan apa2 lagi......yg penting telah selesai rukun2 dan wajib2 haji. Dlm aku membelek2 Quraan dan mengaji teringat aku dgn ayat Quran "pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu dan telah Ku sempurnakan nikmat-Ku bagi kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kamu".

Teringat jugak ada yg kata, bila selesai mengerjakan haji maka lengkap dan sempurnalah rukun Islam......namun perkataan SEMPURNA mencabar fikiran ku, di hati berdetik "betul ke lengkap, betul ke sempurna....ibadah dan amalan kau Im....apa benar segala urusan haji telah kau lunaskan dengan tertib dan sempurna.....jauh lebih penting - sempurnakah aku sbg hamba sedangkan aku tau aku amat2 jauh dr segala bentuk kesempurnaan.....aku penuh dgn kepincangan, kecacatan....iman yg rapuh dan masih bertatih lagi........bukankah kesempurnaan hanya milik Allah" aku tertanya2, hati dan akal lantang berdebat bertalu-talu membahaskan keluhuran hati budi kesempurnaan jiwa pekerti ketulusan hakiki antara aku dgn Illahi. Di sebalik kedamaian dan ketenanangan malam di bumi barakah Makkahtul Mukkaramah aku menghitung2 ketidaksempurnaan diri namun tetap Mengharap Ehsan Mu Ya Rabbul Izzati.................

..............bersambung Part XIII

17 comments:

  1. Salam Imran,
    Ha...betulpun lebih 10 siri...tapi tak pe...leka membacanya...
    Rasanya kan...pengajaran haji atau umrah ni, boleh jadi 1001 dan mendalam kalau kita banyakkan berfikir, dan sentiasa bertanya...apa hikmahnya...apa hikmahnya....kemudian bila dapat jawapan, bersyukur...macam you cakap la...Allah sayangkan creation dia..tak mungkin dia menyusahkan hambanya...Rasullullah dengan taraf kekasihNya pun melalui susah payah...(hati tahu tu...tapi nafsu asyik memujuk utk bersangka buruk pada Tuhan...betullah Al-Quran tu penunduk nafsu...insya-Allah, saya akan sampaikan kepada rakan-rakan dengan sepenuh daya saya...jangan risau)

    ps: Yaya sihat? Ni dah semakin hampir ni kan...kira bila-bila masa je nih...tak sabar nya dapat berita gembira...Mama Jo datang ke nanti?

    ReplyDelete
  2. Salam Tn,

    Sekali lagi hati sayu, sebak & berdebar2 membaca kedua2 n3 terkini. Setiap ayat dihayati sepenuh hati. Saya rasa dah mcm org angau pulak, asyik teringatkan pengalaman haji tahun lepas. Dlm hati menjerit2 nak pergi haji sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Im,

    Seronok membaca tulisan Cik Im ni,lama akak tak komen , memang banyak yang kita lalui dan sabar je lah yang penting bagi kita untuk menunaikan perintahnya disebalik setiap dugaan yg ditempuhi itu ada hikmahnya kan Cik Im, bila semuanya terlaksana baru kita tau betapa seronok dan puas hati kita.

    Akak dah ckp pada Yani tentang blog Cik Im ni, memang dia kenal Cik Im, seronok dia bila akak britahu.

    ReplyDelete
  4. salam haji,

    apa kata lepas habis semua episode ini cari publisher n bukukan..lebih ramai yang dapat baca kan...mudah2an dipermudahkan...

    ReplyDelete
  5. Salam IP,
    Saya nak panjang kisah haji Cik Im, banyak pengajaran dan ikhtibar diperolehi... moga-moga ramai orang muda ikut jejak langkah mcm IP ni.. hebat dan luar biasa!. Saya nak menulis tak berapa pandai... Saya dah kumpul ni.. belum habis dah 82 muka surat. Kalau saya rajin saya edit dan email pada Cik Im balik(hehehe.. tak tau bila), lepas ni bukukanlah.. ramai nak beli tau.

    IP, sebagai jemaah Malaysia luar negara kosnya adakah sama?. Saya pergi dulu lebih mahal sebab guna pakej, nak tunggu yang biasa alamatlah tak pergi sampai sekarang, kena tunggu giliran sampai 10 tahun.

    ReplyDelete
  6. Datin,

    Mmg dah jangka dah lebih 10 episod, rasa2nya mungkin jd 15 - 17 Episod....itu pun byk yg saya ringkas2kan, ada yg langsung sy tak ceritakan....nanti kalau jumpa kita boleh sembang pjg....byk pengajaran haji yg boleh dijadikan teladan dan sempadan.

    Datin...saya baca komen Datin bbrp kali, frasa "Al-Quran penunduk nafsu" buat saya terkedu....baru saya perasan sejak konsisten membaca Al-Quran....byk nafsu2 saya terkawal, alhamdulillah.

    Yaya...mmg dah sarat, tunggu time je. Berdebar2 tp tak sabar. InsyaAllah bersalin anytime je....lmbt2 pun Raya Haji nanti....bagaikan satu kebetulan pulak :-)

    ReplyDelete
  7. Ina...betul tu, saya pun sama, kalau tak control, confirm saya angau bila musim2 haji ni. Tiga mlm sudah, Abg saya berangkat ke Makkah (KT54)...hati saya begitu sebak sblm tidur mlm...hinggakan hati saya laung2kan Labaikallahumalabaik...menitis air mata sehingga tertidur.

    ReplyDelete
  8. Kak Sidah...seronok dpt tau Kak Sidah ikuti pengalaman saya ni, harap kita sama2 dpt pengajaran drpnya.....

    Yani dgn Ezwan tak de plan nak gi haji ke? Bagus tau org2 muda pergi sana awal, lebih awal lebih bagus...Allah akan buka mata, hati dan akal kita pada perkara2 yg tak terjangkau sblm ini. Slm pd Yani ye

    ReplyDelete
  9. Mona...thanks for ur confidence. Alamak makin ramai suruh bukukan. Saya ni kat Paris...payah sikit, lagi pun bukan kenal mana2 publisher pun. Saya pun bukan sempat nak tulis elok2 sgt, pakai hantam je ni. Kalau betul nak bukukan, saya akan ambik cuti seminggu, for editing purposes :-) Thanks Mona, salam buat sahabat saya Haris tu...saya byk belajar kesetiaan, ketabahan dan kecekalan Mona bersama Haris. Moga diberkatiNya

    ReplyDelete
  10. Kak Zie...la, iye ke, dah sampai 82 muka...mcm tak caya pulak. Terima kasih atas saranan dan hasrat mengedit tu...hehehe...saya tau saya ni menulis pun tunggang terbalik, curi2 masa rehat pejabat je. Thanks ye Kak.

    Saya mmg berharap pengalaman hj saya dpt dijadikan teladan dan sempadan serta peniup semangat semua utk melengkapkan rukun ke 5, inysaAllah.

    Akak...kos jemaah haji luar negara tahun 2008 adalah dlm RM4,800 + tax dlm SR500. Bayaran ni tidak termasuk flight saya dr Paris around Euro1,400. All in dlm RM12,000 gak. Alah Akak saya tak suka berkira....dgn nikmat2 Allah yg beri selama ini, layakkah saya menghitung perbelanjaan yg dibelanjanya utk bertamu di rumahNya...duit tu pun dariNya jua.

    Akak dulu ikut pakej mana...brp...duduk kat mana di Makkah?

    TQVM

    ReplyDelete
  11. Salam En.Imran,

    Alhamdulillah, akhirnya selesai juga saya membaca catatan perjalanan haji ini. Saya memang cari masa yang sesuai untuk baca dan menghayatinya dengan penuh perasaan sehingga menitiskan airmata. En Imran memang ada gaya untuk jadi seorang penulislah!Pandai menyampaikan sehingga kami pembaca dapat merasakan sendiri pengalaman tersebut dan menyebabkan saya terlalu rindu untuk kesana lagi....Teruskan menulis, nanti balik Malaysia boleh buat buku :)

    ReplyDelete
  12. Ummu...glad that u appreciate the journey. Iyelah kata org Journey of a Lifetime.

    Saya yakin nanti bila Ummu baca Part seterusnya, Ummu akan lebih sebak mengenangkan Baitullah...saya PASTI.

    Menulis buku....nantilah ye...dah ramai gak ni yg mencadangkan, insyaAllah. Tp kalau sy nak menulis....byk perlu saya baiki...need more time to write proper BM :-)

    Thanks ye Ummu

    ReplyDelete
  13. Salam IP,
    Oh.. hotel2 yang duduk dulu semua dah takde masa Cik Im datang... Dlm 12k, murah jugak sebagai jemaah luar negara jika dibandingkan dengan saya. Alhamdulillah, Allah jemput kita dengan pelbagai cara, ramai yang kita jumpa tak terduga bertamu di Kaabah mcm kat astro 'jemputan umrah' tu... Pakej saya memang ok dan dekat sangat, ramai yang sembahyang depan2 hotel pun..., soal penginapan tidaklah saya berkira sangat, bila seharian di MH, balik je terus tertidur dengan lenanya.
    IP, saya sebenarnya banyak kenangan indah dan keinsafan di kota suci ini, pergi ketika remaja lagi... hehehe, dan berhaji... Allah jemput saya lebih awal untuk menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat2Nya.... ramai kawan2 saya yang belum ke sana lagi, tapi saya terlalu banyak kekurangan diri.... Saya tengok kat majalah 3, masa Norzie buat liputan haji pun saya menangis...

    Moga saya ada masa untuk terus 'mengindahkan' kembara agung IP ini... jangan risau, tak kena apa-apa bayaran pun... hehehe, dan ramai pembaca blog ini akan membantu IP. Semoga dengan lahirnya sebuah buku ini menjadi motivasi untuk jemaah. Salam hormat, wassalam.

    ReplyDelete
  14. Zie...beruntung Zie dijemput lebih awal, apapun saya yakin lg percaya, Allah tlh tetapkan segala2nya, kita hanya perlu berusaha dan terus berusaha utk bertamu di rumahNya.

    Thanks Zie for ur time visiting my humble blog. Buku....alamak nantilah ye, blm fikir lg, kalau betul saya menulis buku...saya akan cuba buat yg lebih baik, maksud sy dr segi tatabahasa.

    Salam hormat buat Zie jua :-)

    ReplyDelete
  15. ok tulisan yang kamu kirim itu saya ingin iklankan lewat blog saya

    ReplyDelete
  16. sukran pak imran, berjuanlah untuk agama, bangsa dan negara, saya sangat senang membaca tulisan anda dan saya ingin agar tetap disupley karya-karya tulis.

    ReplyDelete
  17. Yanibudi, silakan....segalanya buat yg Maha Esa, Maha Pengasih dan Penyayang. Ma kasih.

    ReplyDelete