Followers

Wednesday, November 11, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XIII - Kalau Bukan Kerana Dia, Kekasih Mu)

Khamis 11 Disember - Wp telah selesai rukun dan wajip haji aku terus dibelenggu cabaran kesempurnaan ibadah haji yg baru dilalui. Namun, sptbiasa aku di MH...mengaji dan mengaji. Di hati teringat2 Makcik dan Pakcik (Ani-Ahmad) dan teringatkan juga janji aku kpd sahabat - Kak Zauyah dan Abg Razak, utk membantu Kak Zauyah menyempurnakan tawaf dan saei haji mereka. Di setiap kelapangan antara solat2 fardhu, aku cuba jejaki mereka di hotel, masih tak berjumpa...."mana ye" hati tertanya2. Bgmp aku membayangkan mungkin mereka semua membuat Nafar Thani dan masih dlm perjalanan pulang. Slps Isya' aku pulang ke Maktab, dlm perjalanan terlihat kedai gunting rambut berhampiran Meridien Hotel....aku terus memutuskan untuk mencukur kepala....kerana ia sunat bagi org2 lelaki yg selesai mengerjakan haji. Pulang ke Maktab, membersihkan diri dan tidur.

Jumaat - aku terus2an berada di MH....mengaji cuba menghabiskan 4, 5 juz lagi utk khatam..."aku mesti khatam di sini....MESTI....there's no 2 way about it" Sptbiasa, slps solat Jumaat aku mencari masa dan ruang utk makan....meninjau Cafe d'Saji yang baru dibuka dan dikatakan mendapat sambutan hangat....berlegar2 di Hilton dan Zam2 Towers mencari buah2 tangan utk kenalan dan taulan. Hati terus berkata "survey je dulu...kalau berkenan, beli kemudian...mlm sikit, malaslah nak bawak brg2 dlm MH". Maghrib dan Isya' di MH...mendamaikan, dlm perjalanan pulang ke Maktab, sekali lagi akal dan hati berbahas akan kesempurnaan ibadah haji...akan kesempurnaan imam....terbit rasa curiga yang agak dalam, hati berkata "Ya Allah, terimalah ibadah haji aku...terimalah Ya Allah, aku tidak pernah sempurna, tentunya ibadah haji aku ada cacat-celanya, namun aku harap Kau menerimanya" Aku terus2an melayani rasa sepanjang perjalanan melalui terowong Ajyad....jelas hati aku kurang tenteram.

Tiba di Maktab, ambil makanan dan makan bersama teman sebilik. Semasa sama2 berbual, beliau bertanya "eh...Imran, kau mesti nampak perkataan Alif Lam Lam Ha kat langit masa kat Padang Arafah hari tu.....masa sblm abis wukuf" Saya tersentak kehairanan mendengar kata2 beliau lantas menjawab "HAAA...ada kalimah Allah di kaki langit sblm abis waktu wukuf....mcmana aku tak perasan pun....betul ke ni....kau nampak ke....sapa bg tau kau ni" Soalan saya bertalu2 kpd beliau. Beliau terus menyatakan sememangnya ada, ramai menyaksikannya dan turut berasa hairan aku tidak tahu menahu langsung tentang perkara itu. Slps makan, aku yg berasa kurang puas hati terus ke bilik rakan2 dr Mesir, bertanya "eh...betul ke hari tu kat Arafah ada kalimah Allah si langit sblm Maghrib"....semua mengiyakan, wp semua tidak melihatnya namun semua mengetahuinya lebih awal dr aku.

Aku benar2 HAMPA....teramat HAMPA.....kehairanan...mengapa aku tak nampak, mengapa hanya slps 5, 6 hari baru perkara ini dimaklumkan...aku terasa kecewa. Wp aku langsung tak menzahirkan kekecewaan aku, Hj Sabli yg mmg rapat terus mengusap bahu aku dan berkata "Alah Hj Imran, aku rasa nampak ke tidak kalimah tu bukan apa2 pun bukan ukuran kasih sayang Allah pd kita....kau dah dpt mcm2 dah sblm ni.....solat blkg Imam MH lagi....lagi hebat...kami tak dpt apa pun Hj...sudahlah tak payah di fikirkan" kata2 pujukan beliau seolah2 memahami isi hati aku yg terlalu kecewa. Aku menyembunyikan terus rasa hampa....berbual sptbiasa dan memohon mengundur diri utk pulang ke bilik.

Berbaring di katil, aku cuba melelapkan mata....tentunya gagal...byk yg mengganggu akal fikiran, persoalan 2 mlm lepas blm dirungkai berhubung kesempurnaan ibadah haji, hari ini aku dikhabarkan pula perihal kalimah Allah di Arafah yg tidak aku saksikan....tertanya2 "di mana salah silap ku, apa dosa ku, mengapa aku tak diperlihatkan dgn kebesaran Allah di kaki langit Arafah" termangu sendirian dan bertanya lagi "mungkinkah ia petanda ibadah haji aku tak diterimaNya....Ya Allah adakah kau tak menerima perhambaan diri ini, Ya Allah betulkan apa yg aku rasa ni....kenapa Ya Allah...kenapa???"

Aku tertanya2....dlm kesuraman malam, hati merintih mengharap belas ehsan Allah menerima ibadah haji yg baru dilalui. Sblm lelap mata, sempat aku berbicara "Ya Allah....kalaulah melihat kalimah Mu di Arafah adalah ukuran penerimaan Mu terhadap ibadah yg baru kami lalui....tentunya ibadah aku tak Kau terima...Ya Allah...aku mmg tak pernah sempurna Ya Allah...namun terimalah ibadah haji ku...terimalah Ya Allah....kalau Kau tak menerimanya, sia-sialah jemputan Kau kpd aku kali ini Ya Allah, kalau Kau tak terima...di mana letaknya Haji aku...ke mana arahnya pengorbanan dan perhambaan aku kpd Mu sejak tiba di bumi Barakah ini....jgnlah Ya Allah kau jadikan perjalanan aku ini sbg perjalanan yg sia-sia.....jgnlah kau jadikan pengorbanan anak2, isteri, ibubapa keluarga, yg melepaskan aku ke sini sbg pengorbanan yg tiada ganjarannya....Ya Allah, jgnlah Kau sia-siakan doa2 mereka yg mengharap Kau menerima aku dan ibadah haji ku seadanya. Ya Allah aku hamba Mu, Ya Allah aku umat Muhammad...kekasih Mu...jgn kau persiakan harapan aku - umat kekasih Mu Ya Allah....." tak putus2 aku berdoa dan merintih mlm itu, walau bumi Makkah jelas kering ketandusan.....jiwa ku dirundung ribut taufan hilang seribu ketenangan....banjir di jiwa berkaca di mata....akhirnya menitik satu persatu tanpa dipaksa.

Sabtu 13 Disember - Aku bermimpikan Baitullah, dlm mimpi, aku sedang duduk bersendirian di ruang dlm MH, di kawasan VIP...duduk dlm keadaan duduk antara 2 sujud, dan Baitullah betul2 berada di hadapan. Apa yang pelik...dlm mimpi tersebut aku lihat batu2 blok Kaabah sedia terbuka bagaikan jendela 4 segi sehingga aku ternampak interior Kaabah....aku nampak tiang2 berwarna coklat serta kain2 berwarna hijau berserta cahaya lampu (mungkin) berwarna kuning. Aku tertanya2....apa maksud mimpi tersebut, namun aku tidak menceritakannya pd sesiapa pun pd masa itu.

Apa yg pasti slps Asar hari tersebut aku sedari rupanya aku cuma ada 10 hari saja lagi di Makkah sblm aku berangkat ke Madinah....sekaligus rindu pd Baitullah mula terasa......rindu yg teramat rindu. Sewaktu bersolat Maghrib dan Isya' di MH.......aku tidak dpt menahan sebak.....mendengar surah2 Quraan dibacakan, jiwa ku bagai meronta....bagai tidak rela meninggalkan Kaabah. Aku pelik....dlm hati berkata2 "masa umrah dulu...kau hanya mimpikan Baitullah bila balik semula di Paris....cuma rindukan Baitullah bila sampai Paris.....kenapa kali ni....masih ada lagi 10 hari berbaki, kau dah mula rindu...kenapa ni?" aku tertanya dan terus tertanya.

Slps Isya'....dlm kesayuan aku melangkah keluar dr MH.......aku tergerak utk sekali lagi ke Hotel Huda Kareem utk mencari Makcik Pakcik. Alhamdulillah bertemu akhirnya, Allah bagai memujuk hati ku menenangkan jiwa ku yg mula berkocak merindui Kaabah dgn bertemu Ani -Ahmad sememangnya Makcik yg paling rapat dgn aku sejak aku kecil lagi. Kuasa Allah kami dijemputNya bertamu di tanah suci pada tahun yg sama....tanpa di rancang di rencana....Allah tetapkan segalanya. Kami bersembang lama....berkongsi sebak sendu ceria bahagia menjadi tamuNya.....sblm aku pulang berkali2 Ani dan Ahmad mengajak aku tidur di katil kosong di bilik mereka.....sememangnya hotel mereka jauh lebih selesa dr bilik di Maktab....begitu dekat dgn MH, tp aku menolak memikirkan hubungan erat aku dgn rakan2 di Maktab. Aku pulang dgn janji aku bertandang ke bilik mereka lagi keesokkan hari.

Tiba di Maktab, aku berbual dgn sahabat2, menyembunyikan rasa kecewa dan kerisauan berhubung kesempurnaan haji yg mengganggu tidur ku smlm, aku cuba juga bertanya "Ustaz Yazid....mcmana kita nak tau haji kita diterima....mabrur ke tidak ke..." Alhamdulillah, kawan2 langsung tidak mengesyaki kekusutan hati ku. Masing2 memberi jawapan, walaupun tidak 100% menenangkan jiwa ku sekurang2nya meneduhkan gelora jiwa yang melanda sejak mlm sblmnya. Antara lain kata mereka - kemabruran haji akan jelas terlihat bila jemaah pulang dr Makkah, jika terdapat perubahan, insyaAllah mabrur. Aku sedikit tenang...namun di hati kecil tetap mengharap Allah memberi petunjuk sejelas2nya tentang ibadah yg disempurnakan.

Keesokkan harinya - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' aku tidak tenang bersolat...tidak tenang langsung....jiwa berasa sayu terus2an mengenangkan tinggal 9 hari saja lagi di MH, mungkin juga kurang tenang memikirkan kesempurnaan haji. Slps solat Isya' aku ke Hotel Huda Kareem utk bertemu Ani & Ahmad, tp mereka tiada di bilik, aku jangkakan mungkin mereka di MH. Terus ke Hotel Hijaz utk bertemu Kak Zauyah dan Abg Razak, bertemu dan berbincang perancangan untuk bersama Kak Zauyah dan Abg Razak yg belum sempat bertawaf haji. Cadangan tarikh - 18 Disember slps Isya' jam 9 mlm.

Hari Isnin 15 Disember...hati masih tak tenteram.....tak keruan memikirkan Baitullah yg bakal aku tinggalkan kira 8 hari saja lagi........risau dan kacau memikirkan penerimaan Allah terhadap haji yg aku laksanakan. Slps Subuh aku berdoa dan bersolat2 sunat termasuklah solat hajat agar aku diberikan ketenteraman jiwa beribadah dlm meniti hari2 terakhir di Baitullah. Jiwa masih kurang tenteram....apapun aku meneruskan perjalanan sptbiasa seadanya. Mengaji dan terus mengaji.

Slps Asar aku masih lagi di dlm MH, tekun mengaji dan cuba ingin meminggirkan kekusutan hati memikirkan kemabruran haji dan kerinduan pd Baitullah. MH cukup penuh....hari cukup panas, aku kehausan yg amat sangat....haus sehaus hausnya. Dalam hati berkata "kalau aku bangun dari saf ni, confirm tak dpt balik tempat ni...." begitu sayang aku meninggalkan tempat yg teduh dan cukup selesa utk aku mengaji sementara menunggu solat Maghrib. Bbrp kali hati terasa mau meneguk segelas air, haus rasanya....hampir tak tahan. Tp hati masih berdegil utk tidak bangun dari saf yg aku rasa cukup2 rugi kalau ditinggalkan. Aku duduk dan mengaji lagi.

Waktu maghrib akan masuk dlm masa 15 minit saja lagi....tetiba dr satu sudut aku ternampak seorang lelaki agak tua berbangsa Pakistan atau Bagladesh (mungkin) yg merayau dr saf ke saf yg akhirnya jelas beliau sedang mengagih2kan air zam zam kpd semua jemaah yg berada di saf. Berbaju Punjabi di mana, di kocek kanan diletakkanya cawan plastik yg bersih dan dikocek kiri pula diletakkan cawan plastik yg telah digunakan. Beliau menawarkan air zam zam kpd semua jemaah di situ...aku adalah seorang drpnya....alhamdulillah...beliau berlalu pergi. Aku termenung seketika memikirkan apa yg baru berlaku di depan mata, hati kecil berkata "Im...kau nampak tu, tanpa modal....si Banglades tu ambik air zam-zam free, ambik cawan2 plastik tu free....dia bagikan kat org2 yg sedang beribadah di MH.....hebat, wp free je semua tp ganjarannya tentu hebat, lebih2 lagi menghilangkan kehausan jemaah2 yg menghambakan diri pd Allah" aku tersenyum, hati berkata lagi "kenapa aku tak terpikir sblm ni, aku ni sibuk nak dpt saf bagus -sayang nak lepaskan saf....tak nak bangun minum air...padahal kalau aku tak khusyuk solat mengingatkan kehausan lagi tak bererti solat aku.....bodohlah kau ni Im....kau tgk si Bangla tadi, wp mungkin tak dpt saf2 yg bagus mcm kau ni, tp tentu pahala dia jauh jauh lebih besar sbb menghilangkan dahaga tetamu Allah....hebat pengajaran yg aku dpt hari ini"

Mata aku mula berkolam...mengenangkan kejahilan diri dan petunjuk Allah yg mengasihani. Azan Maghrib berkumandang....bersolat...sekali lagi aku tidak tenteram....sehingga ke tahyatul akhir air mata menitis sedikit demi sedikit mengenangkan Baitullah yg bakal di tinggalkan pergi pada 23 Disember nanti. Teringatkan pertikaian akal dan hati berhubung kemabruran haji. Terfikirkan pengajaran sedekah tanpa modal yg baru aku pelajari tadi.....di akhir salam kedua aku menginsafi....."Im, mengapa kau terlalu berkira....mengapa kau 2,3 hari ni asyik tertanya-tanya dan paksa memaksa Allah menerima ibadah haji......mengapa kau terlalu kikir dlm ibadah haji, mengapa selama hidup 38 tahun kau tak pernah memohon, berdoa, bersolat hajat, agar semua ibadah kau di terimaNya....tp di Makkah kau menjadi terlalu berkira....adakah kau ikhlas sebenarnya beribadah...adakah kau betul2 jujur dgn Allah...adakah kau layak bersama2 Rasulullah di akhirat kelak......Rasulullah tidak pernah berkira....Allah juga tidak pernah berkira selama ini....kenapa kau sbg hamba terlalu kikir terlalu berkira. Im adakah kau berkira krn wang ringgit yg kau belanjakan utk dtg ke sini, adakah kau berkira kerana pengorbanan duniawi utk kau berada di sini......Im...silap dah kau ni Im, silap jauh dah. KAU MESTI BERTAUBAT" hati saya jadi terlalu rapuh....dlm jutaan jemaah aku rasa bagai tersungkur, luluh jiwa dan raga.

Slps Isya' aku pulang ke Maktab.....di terowong Ajyad saya campakkan jauh perasaan gelodak rasa yg bermukim di jiwa tentang kemabruran haji....dicampak jauh namun masih ada sekelumit gentar dan menyimpan segunung harapan Allah menerima segalanya...bukan sahaja ibadah haji tapi segala ibadah2 yg dibuat selama ini....aku cuba memuhasabah diri seikhlas seluhur rasa. Alhamdulillah aku perolehi kedamaian. Pulang di bilik aku tidur, sblm lelap mata aku masih terkenangkan kejahilan diri....alhamdulillah aku menyedarinya, namun hati masih tidak tenteram....mengenangkan Baitullah yg bakal di tinggalkan.

Subuh keesokkan harinya....jiwa bagai disambar halilintar pabila mendengar laugan azan dr MH. Aku tewas...sudah 3 hari aku berperasaan sebegini...hilang konsentrasi, alunan bacaan surah2 Al-Quraan di waktu Subuh, Maghrib dan Isya' sejak beberapa hari, ku sambut dgn deraian airmata...aku terlalu merindui Baitullah....bagai tidak tega meninggalkannya wp sekelip mata. Slps Subuh aku berdoa lagi mengharap seribu ketenangan utk aku melalui seminggu terakhir di MH dgn penuh kecekalan. Hati merintih, di Dataran Kaabah aku tunduk sujud di waktu syuruk "Ya Allah, mengapa berat sungguh hati ku utk meninggalkan Baitullah Mu, bagai tak bisa berpisah lagi dgn bumi Barakah ini...ya Allah permudahkanlah Ya Allah...tenteramkanlah hati ku untuk aku beribadat di sini sblm melangkah ke Madinah. Ya Allah sesungguhnya aku terlalu rindu terlalu sayangkan bumi Makkah ini namun pemergian ku nanti ke Madinah adalah atas saranan agama Mu jua, aku turuti, Ya Allah aku ke Madinah utk menziarah Rasul pilihan mu, bukan utk bersuka ria, aku umat Kekasih Mu cekalkan hati ku utk meninggalkan Baitullah Mu demi menziarah Rasul ulung Mu, Ya Allah....tak mungkin akan aku ziarahi Madinah - ziarahi Rasulullah kalau bukan kerana dia, kekasih Mu.........."

......bersambung Part XIV

3 comments:

  1. Salam Cik Im,

    Bila baca N3 ni,akak dapat bayangkan bagaimana Cik Im merintih, merayu pada yang Esa,untuk mendapatkan penerimaanNya,Insyaallah Allah maha adil dan maha menerima taubat dan permintaan hambanya, yakin dan sentiasa bersangka baik terhadapnya dan insyaallah setiap perbuatan yang ikhlas itu ada ganjarannya.Masa diArafah memang muncul kalimah tu , adik ipar akak nampak tapi akak tak nampak juga Cik Im,sebab akak duduk kat luar kemah akak je, ia jauh jugak dekat kawasan lapang,akak dapat tau pun semasa diMina,terasa juga kenapa akak tak nampak , kalau akak jalan jauh sikit mungkin nampak, tapi itulah ketentuan Allah, mungkin ada hikmah yang Ia saja mengetahui nya, redha je Cik Im, kita teruskan beribadah kepadanya dengan seikhlas2 hati kita tanpa mengharap ganjaran, Akak rasa banyak sudah yang Allah beri pada kehidupan kita, tak terbalas rasanya dengan apa jua perbuatan atau amalan kita yang entah tahap mana ini, tapi kita teruskan dan tingkatkan lagi ,biar lah ia berterusan walaupun sedikit kan Cik Im,semoga kehidupan Cik Im didalam kesejahteraan dan penjagaan Allah dan selamat menyambut kelahiran anak yang baru, bertambah lagi zuriat , rezeki Cik Im, salam pada isteri ye Cik Im.

    ReplyDelete
  2. Salam Cik Im,

    Nanti akak cakap dengan Yani dan Ezwan apa yang Cik Im cadangkan tu, semoga diberkati hidup kita semua ye Cik Im. Mereka ada la hasrat nak buat Umrah tapi tak tau la, sebab Mac 2010 diorang nak balik KL dah.

    ReplyDelete
  3. Kak Sidah, mmg mulanya sy cukup terganggu kerana tidak dpt melihat kalimahNya. Alhamdulillah bbrp hari kemudian saya redha dgn ketentuanNya, Dia berhak atas segala2nya, siapalah kita ingin mempertikaikan apa2 perkara pun.

    Kini saya masih dlm usaha mengIKHLASkan diri kpd diri sendiri dan kpd Ilalhi, nampak mudah tp tak semudah yg disangka. Thanks Akak yg sentiasa beri perangsang pd saya, moga Allah saja yg membalas segala2nya.

    Akak...saya pun teruja sama nak terima baby baru..BESTnya, doakanyg terbaik ye :-)

    Eh...Yani dan Ezwan dah nak balik Mac nanti...times fly...cepatnya, dah 3 tahun rupanya. Slm buat both of them.

    ReplyDelete