Followers

Thursday, November 12, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XIV - Apa Lagi KebesaranNya yg ingin Kau Dustakan)

Selasa, 16 Disember - Selepas tunduk sujud merintih, suasana jadi begitu berbeza dr hari2 sebelumnya, aku kembali tenang setenang tenangnya. Aku bersarapan, masuk semula ke MH, beriktikaf dan mengaji. Sblm dhuha aku menerima sms dr isteri, ringkas bunyinya "Mai rasa sunyi sangat". Aku tidak menjawap sms tersebut, bersolat dhuha dan mendoakan agar isteri tidak berasa sunyi dan kosong sementara menanti kepulangan aku. nanti Ketenangan yang aku lalui memberi laluan kepada aku untuk menumpukan perhatian aku dengan mengaji. Aku juga terlalu ingin membuat umrah...ba'dal umrah buat arwah2....teringat juga ada yg kata 7 kali umrah umpama 1 kali haji, betul tak betul tak penting, aku tak mahu berkira amal ibadah aku terutamanya bila berada di sini.

Aku berkira2 "hari ni 16 Dis, aku ada genap 7 hari sblm ke Madinah....kalau mula hari ni, insyaAllah boleh dpt 7 kali umrah sblm ke Madinah nanti" Tapi, dlm hati tertanya2, mana perginya kawan2 Mesir yg sblm wukuf tempohari berjanji utk berumrah bersama slps tawaf haji, 2 hari kblkgn ini mereka sering tiada di bilik bila aku menjenguk.....kkdg kosong, kkdg nampak tidur, aku jd sedikit pelik. Mlmnya slps Isya' aku terus pulang ke Maktab, alhamdulillah terjumpa Hj Sabli dan Fauzi, blm sempat aku bukak bicara, Hj Sabli dah bertanya "Hj Imran...mana pergi....kami sll cari Hj...sbb nak ajak gi umrah, tp Hj sll je tak de di bilik...dah buat umrah ke?" Saya kehairanan menjawap "La....iye ke...saya pun carik gak Hj, 1, 2 hari ni tp tak jumpa gak, sy nak sgt buat umrah...bila kita nak start buat ni?" Fauzi tersenyum membalas "En Imran, kami dah sempat 3 kali umrah 2 hari ni...tulah cari2 En Imran tak jumpa....jadual kita beza, kami selalu keluar tanah haram lepas Maghrib.....kami solat Isya' di tmpt bermiqat pas tu balik bilik tidur dulu, Subuh2 baru kami buat umrah" Mendengar penjelasan Fauzi, baru saya faham kenapa kami tak bertemu sejak 2 hari kblkgn ini. Kami berjanji utk umrah bersama esok pagi slps Subuh.

Rabu, 17 Dis - Bangun pagi aku menerima sms dr isteri yang menyatakan ada saudara angkat aku dr Kg Baru KL akan dtg ke Paris pada 20 Dis......dlm hati berkata "Ya Allah makbul betul doa di sini, baru smlm aku doakan isteri tidak kesunyian, dah pun dapat berita ada tetamu akan dtg bertamu di rumah utk bbrp hari." Aku bersyukur. Beberapa ketika, aku bersiap turun ke bawah Maktab mencari teksi sapu bersama rakan2 dr Mesir bersama2 keluar dr tanah haram, utk berniat umrah. Kami kembali ke MH waktu Dhuha, terus melaksanakan umrah, umrah pertama bg aku selepas haji....umrah keempat bagi Hj Sabli dan rakan2 lain.

Alhamdulillah, selesai umrah aku pulang ke Maktab, membersihkan diri berehat seketika, tertidur, sehingga lanjut waktu zohor. Aku bersegera bersolat Zohor dan terus ke MH utk mengaji....hati girang berlagu kerana hari tersebut aku dah pun masuk juz ke 30. Namun, pd masa yg sama badan aku terasa panas bagai mau demam, saya gagahkan jugak. Selera makan juga hilang. Dlm hati berkata lagi "Ya Allah, aku ni nak khatam Quran, nak buat umrah lg 6 kali nanti, nak bantu Kak Zauyah buat tawaf haji esok, jgnlah aku sakit pulak". Aku terus gagahkan diri...tiada selera sekali pun aku memancing2 selera aku dgn KFC sbg hidangan tengahari.

Aku perhatikan sememangnya ramai juga jemaah yg sakit pada ketika itu, makcik aku (Ani) juga sakit dan dibawa berjumpa doktor.....tp aku yakin, ni cuma sakit sikit-sikit je...sementara. Aku terus mengaji menghabiskan juz ke 30....sedikit susah dlm keadaan aku yg kurang stabil. Aku putuskan berehat seketika. Aku tertidur di MH....selepas Asar aku rehat lagi....pergi ke Hilton, makan cheese cake kegemaran anak (Hadi) aku dan minum jus oren pemberian seorang jemaah wanita Arab kpd aku. Hingga ke mlm, juz 30 tak dpt aku habiskan, wp kecewa aku tetap yakin aku akan khatam keesokkan harinya.

Khamis, 18 Disember - panas badan berkurangan....segera aku lunaskan juz ke 30. Alhamdulillah selesai. Aku terus berada di MH. Sblm Maghrib, aku mengirim sms pd kakak, kawan rapat (Azuar dan Zulhasny), "Mlm Jumaat t'akhir aku di Baitullah utk kali ini, sblm ke Madina Selasa depan. Rasa tak tertinggal kota barakah ini. Di doakan kita dijemput sll sbg tetamu Allah". Balasan sms kakak berbunyi "Kalau ada rezeki inysaAllah, mmg sedih bila nak tinggalkan Mekah, melebihi sedih nak meninggalkan darah daging sendiri". Zulhasny pula membalas "Lepas solat sunat tawaf wida' tolong doakan lagi sekali moga ana dpt ke sana lagi.....Moga segalnya baik dan dapat kerahmatan dan bantuan Allah". Azuar turut membalas "Salam Tn Hj Imran, beribadatlah sepuas2nya sblm melangkah meninggalkannya, doakan kami sekeluarga sihat, murah rezeki, dpt ke Makkah lagi........semoga Tn Hj terus sihat utk beribadat kpdNya". Balasan sms2 ini buat aku lebih bersemangat utk mempertingkatkan ibadah aku wp menyedari masa kian singkat dan sedikt sebanyak memujuk aku utk terus tabah meninggalkan Baitullah utk ke Madinah.

Slps Isya seperti yg dirancangkan, aku mengikuti Kak Zauyah, Abg Razak bersama sekumpulan jemaah Msia dr Hijjaz Hotel keluar dr tanah haram, berniat umrah. Umrah kedua bagi aku, manakala bg Kak Zauyah dan Abg Razak yg membuat haji ifrad, ini merupakan umrah yg disyaratkan buat jemaah yg memilih membuat haji ifrad. Tiba di MH, kami terus naik ke aras 1 MH yg dilengkapi fasiliti utk jemaah berkerusi roda bertawaf. Aku yg mulanya bercadang menolak kerusi roda Kak Zauyah akhirnya diminta oleh seorang jemaah wanita yg agak uzur utk menemani beliau bertawaf di ruangan tersebut. Abg Razak berkata "tak pe Ran, kau tlglah Akak tu...sian dia, dia tak de pengalaman, dia nak tawaf kat dataran bwh tu, dia takut sbb ramai sgt, kau tlglah jln perlahan2 dgn dia....tak pe, aku tolak kerusi Kak Zauyah ni, nanti kalau aku penat kau sambunglah..." mendengar cadangan tersebut aku terus membawa jemaah wanita tersebut mula bertawaf sehinggalah selesai pusingan ke 7. Abg Razak sedikit pun tak menunjukkan yg beliau memerlukan bantuan aku.

Selesai bertawaf, kami berehat seketika, dan aku berkata "Abg Razak, ni nak saei ni, biar saya pulak tolak Kak Zauyah, abang dah penat dah tadi" Abg Razak bersetuju, slps jemaah wanita yg berumur td turut bersetuju utk bersaei perlahan2 dgn Abg Razak. Kami mula bersaei.....perlahan2 kerusi roda Kak Zauyah aku tolak dr bukit Safa ke Marwah. Beberapa ketika aku melihat Kak Zauyah berdoa, sambil menyeka2 airmata di kedua2 belah pipi, ntah apa yg difikirkan....aku biarkan Kak Zauyah melayan rasa. Sebenarnya aku turut sayu menolak kerusi roda Kak Zauyah. Sebak mengenangkan keakraban kami semasa bersama di Jepun selama 2, 3 tahun....akhirnya dipertemukan Allah di bumi barakah...aku cukup sebak, Kak Zauyah tak mungkin tau, aku yg di belakang kerusi rodanya juga turut berlingan airmata, mengenangkan kebesaran Allah yg mempertemukan kami di Makkah. Dlm hati aku bagai mengerti yg Kak Zauyah mendoakan kesejahteraan buat 3 anak2 nya, adik beradiknya termasuklah Ba'ei (abang yg paling rapat dgn beliau) yg turut aku kenali, dan aku yakin di kesempatan yg ada beliau titipkan juga doa utk aku sekeluarga.....aku sayu mengingatkan kegigihan Kak Zauyah yg sedari kecil lahir dlm keadaan yg kurang sempurna fizikalnya namun cukup tinggi upaya sehingga belajar ke peringkat sarjana dan berada bersama jutaan jemaah yg lain memperhambakan diri pada Allah. Sebak aku memikirkan kekurangan fizikal Kak Zauyah dgn kepincangan hati aku sendiri yg tidak pernah sempurna....yg cacat...walau tak kelihatan namun tetap aku tidak pernah sempurna. Kak Zauyah sendiri mungkin tak akan pernah tau yg aku sebenarnya belajar byk dr kecekalan beliau serta kemuliaan kebersihan pekerti beliau. "Ya Allah aku bersyukur atas segala-galanya, moga Kak Zauyah sekeluarga bahagia di dunia dan di akhirat" doa ikhlas aku sbg adik buat Kak Zauyah dan Abg Razak.

Slps bersaei dan bertahalul, kami masing2 pulang ke arah yg berbeza. Abg Razak berulang2 kali bersungguh2 mengajak aku makan/minum dulu, aku bertegas menolak...bukan apa, waktu sudah kian lewat malam, tlhpun lewat jam 12 tghmlm tika itu. Aku memohon diri, sepasang mata Kak Zauyah dan Abg Razak berkaca2 lagi......mulut mereka berdua tak putus-putus mengucapkan terima kasih. Aku senyum je...aku puas sebenarnya, puas sgt2 krn dpt membantu terlalu puas kerana hasrat aku utk menimba pengalaman membantu org berkerusi roda melaksanakan ibadah haji tercapai...alhamdulillah.

Jumaat 19 Dis - aku terlewat bangun utk Subuh di MH. Di bilik maktab pun, aku sudah bersendirian semula, 3 jemaah telah berlepas pulang (ke Yaman dan Khartoum) manakala Hj Yahya (Mesir) menginap di bilik lain bersama keluarga beliau memandangkan ada lebihan bilik kosong. Aku bersolat di bilik, mandi dan bersiap utk ke MH utk bersolat Jumaat. Dlm perjalanan bertemu rakan2 Mesir lain, dari bicara mereka aku difahamkan semua telah pun mula mengulang Al-Quran utk khatam kali kedua. "Imran, hang cubalah gak, kami dah khatam kat Makkah, la ni ingat nak khatam kat Madinah pulak nanti" kata Pak Ya yg seolah2 meniup semangat, utk aku terus mengamalkan bacaan Quran. Aku tercabar tp akur, "kalau tak cuba tak tau Im, apa kata kau cuba jelah" aku terus bertekad utk terus mengaji, "cubalah khatam gak di Madinah, kalau tak sambung khatamkan di Paris" aku terus berkata2 di dalam hati.

Dlm perjalanan ke MH aku terasa sebak semula, memikirkan hari tersebut adalah hari Jumaat terakhir di Makkah pd musim haji 1429. Dlm kesesakan manusia menuju ke MH aku memujuk2 hati dan memanjatkan doa lagi agar segala ketabahan diberikan pd aku utk cekal berangkat ke Madinah. Alhamdulillah dpt aku bersolat Jumaat dgn tenang lagi tenteram. Slps Jumaat badan aku yg sememangnya kurang sedap sejak 2 hari lepas kembali lesu. Dlm aku cuba mula membaca semula Al-Baqarah...badan aku panas...aku demam, bukan sikit2 punya demam, mmg demam yg agak panas. Aku lemah letih lenguh seluruh anggota. Slps Isya' aku pulang ke Maktab dlm keadaan demam yg teruk, selsema, pening kepala dan batuk berterusan. Kawan2 dr Mesir mengajak berumrah...aku tolak bulat2 melihat keadaan aku yg agak teruk. Aku makan ubat yg aku bawa dr Paris....TAK BERKESAN langsung. Dalam hangat mlm di Makkah, aku tidur mlm berselimut tapi menggigil kedinginan.

Sabtu, 20 Disember - aku tak boleh bangun langsung2. Memaksa diri bersolat Subuh dan terus berbaring di katil. Aku hampa tidak daya ke MH. Kaki rasa terlalu lemah. Teringat kawan sebilik yg sakit teruk bbrp hari sblm ini sehingga beliau terpaksa dimasukkan ke wad dan memendekkan perjalanan hajinya dan terus pulang ke negara yg ditugaskan. Aku kerisauan. "Ya Allah...aku masih ingin di sini, dlm kesempatan masa yg masih berbaki ini, biarlah aku diberikan sepenuh kekuatan utk terus mengabdikan diri di MH di Baitullah Mu, jgnlah kau uji aku dgn kesakitan hingga menjejaskan peluang aku utk terus mencintai dan mengunjungi Baitullah Mu" hati terus berkata2. Waktu Zohor kian menjelang, aku bagai tiada daya, hingga nak ke bilik mandi pun bagai org tua di hujung nyawa.

Akhirnya Zohor aku lunaskan di bilik lagi....aku sedih krn tak dpt menatap Baitullah....teramat sedih. Dlm hati berkata, "like it or not, u must go to MH, must perform Asar in front of Baitullah". Aku makan lagi ubat....juga bagai tiada kesannya. Aku terlalu lemah. Dlm berbaring berseluar khaki, bertshirt putih aku mengaji, dlm hati berbolak balik memikirkan kenapa aku sakit di musim haji, masa umrah selamba punya sihat...kenapa dan mengapa. Tertanya-tanya juga....kenapa ramai betul org terbatuk2 bagai sahut menyahut di segenap sudut di MH....kenapa ramai yg sakit bila berhaji...masa umrah dulu, tak de siapa pun yg aku nampak sakit demam2 mcm ni. Aku meletakkan Quran dan berfikir sejenak, bbrp ketika kemudian aku mendapat jawapannya...cukup mudah cukup bermakna "Ohh, aku dah tau, sakit ni sebenarnya bagaikan 1 BONUS besar buat jemaah....iyelah bukankah doa-doa org yg sakit tu lebih makbul, lebih didengariNya lebih mendapat perhatianNya.....rupanya aku terpilih, aku tak patut merintih, aku patut lipatgandakan doa2 aku...inilah masanya, aku mesti terus rancak berdoa....peluang Allah bagi kpd aku ni....aku mesti ambil kesempatan sepenuh-penuhnya semasa sakit ini". Slps berfikiran sedemikian, aku bagai disuntik semangat baru, wp badan lemah, hati aku teguh utk ke Baitullah, dlm hati berkata "kalau aku sakit sampai terpaksa merangkak pun, aku akan tetap ke Baitullah Mu mlm nanti, tiada pilihan lain Ya Allah...kau beri aku sakit ini sbg bonus...mana mungkin aku sia-siakan"


Seketika aku mendapat akal dan terus mengirim sms pada kakak mengkhabarkan keadaan diri , dlm sms aku menaip "Ana, dah 2,3 hari ni aku demam, hari ni teruk sikit. Puas makan ubat, vitamin, rehat, dll. Tp blm ok. Napa? Ada petua? Rugi tak dapat buat umrah byk2......Jgn bg tau Ibuk dan Mai (wife)". Kakak membalas "pergi klinik TH, ubat yg di beri lain drp yg kita bawa........ubat di farmasi arab pun bagus, tp kau mintak dgn klinik TH dulu" Mendengar cadangan kakak, saya kuatkan diri, mandi....dlm menggigil kesejukan, dan terus ke klnik TH. Saya tiba di klinik kira2 15 minit sblm Asar. Slps menunggu bbrp minit saya dikhabarkan klinik tersebut tutup dan hanya akan di buka slps Asar. Sedikit hampa, saya pulang ke bilik, tidak juga ke MH kerana sudah terlewat dan juga disebabkan appointment dgn klinik slps Asar nanti. Pulang ke bilik saya mengaji, badan terasa panas, hingus hijau pekat dan coklat berkarat keluar (maaf ye kalau ada yg terasa geli). Slps 1 jam Asar, segera saya ke klinik, saya di rawat, dan di beri 4 jenis ubat....semuanya saya bawa ke MH. Saya gagahkan diri ke MH utk bersolat Maghrib dan Isya'....seperti yg aku kata tadi, walau merangkak pun aku mesti ke MH...MESTI.

Aku terus berjalan, tiba di perkarangan MH, duduk mengaji, Juz 2...surah Al-Baqarah, sedang mengaji dalam keadaan kepala yg pening, hingus berair, badan yg kejap panas kejap sejuk, tiba2 aku teringatkan Surah At-Taubah, surah yg aku baca semasa minggu pertama di Baitullah...aku sakit tika itu. Teringat aku doa aku kpd Allah agar aku diberikan kesihatan terbaik, dan pd masa yg sama terdetik dihati "kalau nak sakit pun biar abis haji, lepas khatam nanti". Baru aku perasan, apa yg terdetak di hati ketika itu rupanya terjadi skrg ini, aku sakit skrg adalah atas permintaan diri sendiri rupanya. Aku kesal....kerana sering memikirkan perkara yg negatif, sesekali bersangka buruk....akhirnya terjadi. "tulah Im, kau lupa ke nasihat org....jgn pikir yg bukan2 kat sini...semua makbul" nada kekesalan terbit di hati. Aku berdoa memohon keampunanNya atas keterlanjuran bicara hati, dan memohon agar diberikan kesihatan sebaiknya, sihat sejahtera sampai bila2. SUBHANAALAH slps bersolat Maghrib dan Isya', kesihatan aku jelas meningkat baik namun aku yg masih tiada selera.

Berjalan2 di hilton aku cuba sekali lagi memancing selera dgn hidangan chicken mandy, kebab, kfc....semua tak langsung menawan hati. Berkata2 lagi "Im, kau kena paksa diri makan, badan kau dah nak baik ni....kau mesti makan sikit, lepas tu makan ubat2 yg kau ambik kat klinik tadi...kalau tak susah kau nak baik" Aku berjalan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yg boleh menawan selera....TIADA. Aku pulang ke Maktab slps jam 9.30 mlm, PELIK....kaunter makanan TH masih dibuka bagai menanti aku. Wp tiada selera, demi menjaga hati petugas dan keperluan aku utk mendapat semula tenaga, aku ambil 1 paket nasik, dan terus menaiki lif ke tingkat 9. Duduk di dalam bilik bersendirian mengadap kiblat......hati berdetik "Ya Allah, aku mahu sihat, tp aku tiada selera makan, sungguh sungguh tiada selera.....aku harap nasik dlm paket ni lauknya biarlah sesedap masakan Ibuk....masakan yg menyelerakan aku". Aku mengeluarkan paket makanan tersebut dr plastik merah, dan terus membuka paket makanan....aku terperanjat besar "SUBHANALLAH, lauk daging masak kicap dan sayur kacang......." sememangnya lauk kegemaran aku sejak kecil. Aku makan dengan penuh selera, mengunyah makan perlahan2 mengadap kiblat terkenangkan masakan Ibuk dan kebesaran Allah swt dgn cucuran airmata.

Selepas makan, aku minum air zam-zam sebanyak mungkin, dlm hati berkata "tiada ubat yg lebih baik dr Al-Quran dan Zam-zam......sembuhkanlah aku Ya Allah". Selang beberapa minit, aku bagai disuntik energi tambahan aku mengaji dan terus mengaji sehingga tengahmlm. 4 jenis ubat yg di beri oleh klinik tidak aku hiraukan, aku sudah hampir sihat sepenuhnya. Sblm tidur aku sempat tersenyum mengenangkan kebenaran ungkapan "segala yg disebut, diminta di tanah suci akan dimakbulkan". Jelas pd aku hari ini, mmg cukup makbul segalanya....tak perlu aku pulang untuk melihat kebesarannya.....dulu terdetik di hati biar sakit slps haji dan khatam...betul2 aku sakit. Berdetik di hati agar makanan sesedap masakan Ibuk....ia juga jd kenyataan....kehidupan di sini jelas bagai gambaran di alam firdausi......indahnya, tersenyum sambil menggeleng kepala "ye Im...apa lg kebesaranNya yg ingin kau dustakan" tertanya2 aku pd diri sendiri...........

.........................bersambung Part XV

11 comments:

  1. Salam Cik Im,

    Sememangnya air zam2 tu penyembuh segala penyakit insyallah ,akak semasa disana memang asyik minum air zam2 saja tak kira waktu, masuk je MH terus minum dengan doa untuk sembuhkan penyakit, jgn ada batuk kerana masa tu batuk bagi jemaah Malaysia mcm virus, merebak terok,kalau sembahyang disurau hotel kedengaran batuk sana sini hinggakan imam pun batuk, tapi akak alhamdulillah dengan amalan minum air zam2 dan dengan izin Allah tak batuk terok, cuma sikit2 je, demam pun tak, kalau dalam bilik semua kwn2 batuk dan demam ,sian mereka tu Cik Im,itulah kenangan manis semasa berada di Makkah tanah suci tak akan dilupakan.
    Bila Cik Im kata demam, akak rasa sedih Cik Im, sebab Cik Im sorang2, tapi Allah ada bersama kan, tu lah doa kat Mekah sangat makbul,minta sakit pun dapat cuma kita yang lupa, Alhamdulillah satu pengalaman yang tak akan dilupakan untuk kami.

    ReplyDelete
  2. Salam IP,
    Saya turut merasai kesedihan IP bila tidak dapat melihat kalimah ‘Allah’ di langit Arafah malah terfikir juga kenapa tidak seperti jemaah lain… adakah hajiku tidak diterima Allah… kerana saya juga mengalami keadaan begini… tak nampak kalimah Allah dilangit Arafah. Rasa tertekan dan bersedih…. yang ni menyebabkan Cik Im demam kot… bukan sekadar penat. Mungkin kurang persediaan mental & fizikal…
    Cik Im, boleh ceritakan dengan jelas mimpi Baitullah, nampak interior Kaabah dan lampu-lampu. Mimpi Cik Im sama dengan realitinya, saya pernah nampak lampu-lampu masa pintu kaabah dibuka, sepanjang tawaf umrah saya menitiskan air mata … gembira sangat, impian yang Allah makbulkan… Umrah yang ni tahun 2006.
    Cik Im, cukup beruntung punyai sahabat yang baik2 belaka… macam Hj Sabli, berkawan dengan orang soleh bila lupa, dia ingatkan, bila kita ingat dia bantu… agar meningkatkan kualiti amalan. Banyak sungguh kenangan manis, boleh tolong Kak Zauyah dan Abg Razak lagi… mudah-mudahan Allah gandakan pahala... berbuat baik di Tanah Suci.
    Tahniah Cik Im… khatam al quran dihadapan Kaabah. Kalau kat Paris kat mana nak menimba ilmu agama, masjid ke… pastinya kembara haji kenangan yang paling indah. Saya tunggu kisah seterusnya……..

    ReplyDelete
  3. Salam Imran,
    Pertama, saya suka cerita Kak Zauyah...respek ngan suami dia...manisnya mendapat suami yang setia menorong kerusi roda, bersusah dan bersenang, mencapai ahap pengorbanan sedemikian....dicintai dalam segala kekurangan, diterima dalam segala kepayahan...respek sungguh dengan kekuatan seorang lelaki yang demikian...semoga Allah merahmati keduanya, melimpahkan rasa kasih sayang pada keduanya...
    Kedua, keazaman dan kecekalan Imran di MH...mjahadah nafsu perlu kuat azam...keinginan tak cukup sekadar keinginan yang tinggi, tapi perlu keinginan yang kuat...baru tercapai kan...
    Ketiga, beristiqamah....dengan ikhlas dan rasa kehambaan...
    Tiga perkara ini...saya berharap sangat Allah bermurah hati pada saya...

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr Im,
    Terima kasih berkongsi pengalaman ditanah suci bersama pembaca.Setiap kali membaca pengalaman2 mereka di blog yg sudah menunaikan fardu haji... hati saya bertambah rindu dgn TH. Sekembali saya dari menunaikan Haji 5/01/2008 beberapa bln kemudian saya mendaftar semula untuk ke Tanah Suci untuk kali kedua insaALLAH.

    ReplyDelete
  5. Kak Sidah...mmg bersendirian saya sakit, dlm bilik...tu yg makin kurang semangat mulanya. Apapun alhamdulillah, saya sedari sakit adalah sebahagian drp pakej ransangan ibadah buat saya di sana.

    Thanks Kak for sharing ur tots

    ReplyDelete
  6. Zie...betul tu saya rasa demam saya di sebabkan pelbagai perkara yg berkaitan, apapun saya bersyukur merasai demam di Tanah Suci....byk gak untungnya....ingat senangkan nak dpt pengalaman tu...alhamdulillah. Pengalaman tu buat saya lebih menghargai kesihatan, lebih menghormati org2 yg sakit, lebih menyedari kehilafan diri dll.

    Mimpi Baitullah....mmg betul, lg 2 hari sblm berlepas ke Madinah, baru saya terperasan gambar interior Kaabah dlm 1 buku. Bila melihat sj buku tu mmg terperanjat besar. Betul sama wp tak 100% serupa dgn mimpi saya. Dlm mimpi saya, ianya agak absurd...but the ambiance mmg sama. Tiang2, cahaya kuning, dan kehijau2an. SUBHANALLAH.

    Kawan2 di sana adalah kawan2 yg akan saya kenang budi mereka hingga ke akhirat. Sebaik shj saya pulang berhaji, bulan Mac lalu saya melawat sahabat2 di Mesir. Saya dilayan bagai VVIP oleh Hj Sabli semasa di Mesir. Alhamdulillah. Kak Zauyah/Abg Razak, jgn citelah mmg saya cukup kenal hati budi mereka, HEBAT....kami kagum dgn kedua2 mereka.

    Zie...kat Paris ni susah nak blajar agama, kalau kat surau2 dan masjid2 semua ceramah dlm Bhs Perancis...takut lain yg diceramah lain pulak pemahamannya...kacau2 :-)

    Thanks ye Zie

    ReplyDelete
  7. Datin, ye benar kata2 Datin tu, Kak Zauyah dan Abg Razak....2 insan yg cukup saya kagumi. Kesetiaan dan kecekalan....kkdg malu dgn diri sendiri, dahlah dpt segalanya sempurna, masih terminta2....selalu teringat Kak Zauyah dan Abg Razak tiap kali berbicara ttg haji dan juga Jepun. Moga anak2 mereka menjadi anak yg soleh dan solehah dan diredhaiNya sentiasa.

    Datin, saya yakin Allah will give u more than u asked Him.Yakin dan Percayalah....

    Thanks Datin

    ReplyDelete
  8. Qimi,

    Sememangnya pengalaman haji tiada tolok bandingannya. Saya kalau boleh nak pergi lagi, sekurang2nya umrah setiap tahun, tp nmpknya tahun ni tak sempat, almaklumlah sedang menanti cahayamata ke4.

    Qimi, thanks for visiting my humble blog. Salam taaruf dr saya di Paris, moga hubungan kita berkekalan.

    ReplyDelete
  9. Sayu membaca tulisan IP kali ini.Tk

    ReplyDelete
  10. Mama...mmg sayu, esp bila saya duduk mengadap kiblat dan makan dgn seleranya....cukup berselera, pd masa yg sama berSYUKUR dan bagai tak caya apa yg dimimpi jd nyata...SUBHANALLAH. Thanks Mama

    ReplyDelete
  11. ginjal saya bermaslah apakah anda tau Obat Gagal GInjal paling ampuh dan aman??? tolong beri tau saya ,,,

    ReplyDelete