Followers

Monday, November 16, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XV - Hingga Bertemu Lagi Esok2 Nanti)

2 hari terakhir di Makkah, cukup bermakna, wp singkat namun Allah memberi aku peluang serta kesihatan yg sempurna utk melengkapkan 5 lagi umrah, bg memenuhi hasrat aku utk berumrah 7 kali slps haji. Aku bagai tak percaya, memandangkan semasa aku sakit 2,3 hari sblm itu, aku sudah bagai putus harap utk mendpt 7 kali umrah....tp mmg tak mustahil rupanya jika segalanya diperkenankanNya. Di aras 9 Maktab, saya keseorangan...benar2 keseorangan, sahabat2 rapat dr Mesir terutamanya semuanya sudah meninggalkan Makkah ke Madinah, semua berjanji utk bertemu di Madinah.

Sptmana di awal ketibaan di Makkah, sekali lagi sendirian di bilik 906. Di dalam kesibukkan diri beribadah, umrah, mengaji dll yg sengaja dirancakkan bagi meminggirkan rasa sebak meninggalkan Makkah, aku sempat berkenalan dgn bbrp jemaah yg lain yg sudi berkongsi rasa dan pengalaman selama di Makkah. Suatu malam di kamar tidur, sblm aku melenakan mata, tiba2 aku di datangi seorang jemaah lelaki agak muda di awal 30an umurnya, katanya "En. Imran, saya tak tau nak cakap apa, macam saya ada bg tau En Imran sblm ni, mak (yg turut mengerjakan haji) saya ni, asyik mengeluh je bila kita ajak bersolat di MH...tiap kali ajak, mak akan mengelak...mcm2 alasannya, tp bila di ajak berjalan2 ke museum, shopping - ok pulak, tak pulak sakit badan, sakit kaki, demam.....ntahlah tension saya, ntah mcmanalah ibadah haji mak saya ni". Dlm hati saya tau, anak muda ini sgt sayang dgn maknya, sgt prihatin dgn kemabruran haji maknya...ciri2 anak yg mulia, cuma beliau sedikit hampa melihat sikap maknya yg agak berat utk ke MH. Saya menjawab mudah "Hj...sudahlah, jgn cakap mcm tu, jgn di pertikai bab kesempurnaan haji mak Hj tu....syurga tetap di bawah telapak kaki mak....sudahlah kita tak tau apa dugaan...ujian yg mak Hj lalui sepanjang berada di Makkah. Allah maha menyanyangi dan mengasihani, insyaAllah segala ibadah kita semua diterimaNya. Sbg anak, haji doakanlah segala kesempurnaan buat mak haji tu.....tu pun kira pahala gak tu haji". Beliau hanya diam mendengar celoteh saya. Ntahlah mmg itu yg sy rasa masa tu, semua org ada dugaan dan ujian yg perlu dilalui....mungkin ringan bg kita berat bg org, mungkin berat bg kita tp terlalu ringan di mata org.

Ada juga yg bercerita perihal kawan sebilik yg hanya 2 kali ke MH sepanjang berada di Makkah, 1 kali semasa tawaf/saei umrah dan 1 kali lagi semasa tawaf/saei haji. Mendengar ceritanya, saya cukup terkejut "Betul ke ni? kenapa jd mcm tu? Dia tak rasa rugi ke? U all tak ajak tak pujuk dia ke?"...bertalu2 soalan saya tanyakan kepada jemaah wanita yg bercerita semasa perjalanan kami keluar dr tanah haram utk berniat umrah. Kata jemaah tersebut, "Encik...puas dah kami pujuk tp dia tetap cakap...alah MH tu penuh sgt, tak selesa, panas, org ramai sakit, takut berjangkit, letih dll". Saya enggan mengulas, saya cuma diam dlm hati tak putus putus saya panjatkan kesyukuran kpd Allah krn saya cukup berasa aman dan tenang tiap kali di MH. Lebih dari itu, saya benar2 bersyukur atas segala yg dilalui...walaupun agak berat semasa saya melaluinya tp segalanya dpt saya tempuhi akhirnya. Alhamdulillah.

Byk lagi kisah2 menarik yg saya dengari dan pelajari sepanjang berada di Makkah, terlalu byk, namun segalanya saya ambil jadi iktibar, dlm hati saya selalu berkata "Im, rasanya kau tengok, kau tau dan kau dengar ni semua bukan utk kau mengata2, bukan utk kau menunding jari mencari kesalahan org, bukan juga tujuan memandang serong...tp untuk diri kau sendiri menilai segala yg dilalui dan yang didengari/dilihat sebagai teladan dan sempadan....ntah2 apa yg kau dengar cerita2 hal org ni adalah peringatan Allah kpd kau.....dan utk kau lebih redha dan hargai atas segala yg kau lalui....utk kau terus bersyukur dan menjadikan segalanya sebagai teladan dan sempadan"

Sehari seblm berlepas, sblm Zohor ke aku Pejabat Petugas Maktab utk bertemu Pengurus Maktab, utk berbincang perihal perjalanan aku ke Madinah keesokkan harinya, bertanyakan tertib tawaf wida' dan sebagainya. Semasa menunggu beliau aku lihat Ustaz Khairul Azoha yg cukup aku kagumi turut berada di pejabat....aku ingin sangat berbual dgn beliau sejak sblm wukuf lagi, namun tak berkesempatan dan terlalu rendah diri memikirkan kecetakan ilmu aku berbanding beliau. Semasa menunggu Pengurus, beliau sempat tersenyum lembut menyapa bertanya khabar dan tujuan aku dtg ke Pejabat. Selepas berbincang agak panjang dgn Pengurus yang menetapkan masa dan rombongan jemaah TH yang akan aku ikuti ke Madinah (bukan dr Maktab yg sama) aku mengundur diri.
Sebaik sahaja aku bersalaman dgn Pengurus dan memakai sandal, tetiba aku dengar suara Ustaz Khairul, "Haji....haji nak ke Madinah esok, jadi esok nak buat tawaf wida' ye.....kalau ada masa, boleh kita berbual sekejap" Aku bagai org ngatuk disorongkan bantal, bagai pucuk di cita ulam mendatang, tak sangka, org hebat spt Ustaz Khairul ajak aku berbincang....sesungguhnya Allah penuhi hasrat hati untuk berbual dgn beliau dengan lebih dekat....."doa aku makbul lagi" bisik di hati.

Ustaz Khairul memberi pelbagai tips dlm mengerjakan tawaf wida', doa2, hikmah zam-zam, dll. Katanya "Nanti Hj Imran, bila minum air zam-zam, minumlah sepuas2nya, minum sehingga kenyang, apa yang dimaksudkan dengan sehingga kenyang tu adalah kita minumlah sehingga kita tak rasa mau minum lagi...sampailah kita rasa kenyang, sebaiknya 7 gelas....." Aku menganggukkan saja, wp hati aku berkata2 "alamak...minum byk2...sampai puas, sampai kenyang, 7 gelas.....err, takut pulak blm smpt sampai Maktab aku dah nak terkencing" memandangkan bbrp kali sblm ini saya terpaksa buang air kecil di tandas lobi Maktab kerana tak tahan nak buang air kecil, padahal hanya minum 2,3 gelas air zam2 aje masa tu.

Selain itu, kami sempat bersembang pelbagai hal mengenai wukuf di Padang Arafah, melontar di Mina, konsep bersedekah, dll. Saya sempat menceritakan Ustaz Khairul perihal saya cuba mendekati Al-Quran, berkhatam di Baitullah....beliau agak terkejut bila mengetahui yg saya amat2 jarang membaca Al-Quran sblm berhaji, katanya "eh...takkan Haji tak pernah khatam Quran slps kali pertama khatam dulu....tak ngaji ke mlm Jumaat, mmm.....masa bulan Ramadhan pun takkan Haji tak mengaji takkan tak sempat khatam ke?" Saya agak malu sebenarnya tp saya yakin, bukan beliau memperkecilkan saya, beliau sebenarnya berbaik sangka pada saya dan mungkin juga kehairanan mengapa saya tidak mengambil kesempatan berkhatam sebelum2 ini.
Selain itu, saya kongsikan juga mimpi Baitullah saya pada 13 Disember lalu, mendengar perihal mimpi tersebut Ustaz Khairul memegang bahu kanan saya dan berkata "alhamdulillah...itu rezeki namanya, saya pun tak pandai menafsir mimpi, tp selalunya mimpi Baitullah membawa erti yg baik-baik, Hj Imran jgn risau. Rasulullah turut pernah bermimpikan Baitullah....." aku terus menjadi pendengar setia kpd Ustaz Khairul. Kagum dgn peribadi dan ilmu beliau....sehingga kini aku berharap bertemu semula dgn beliau satu hari nanti.

Selasa, 23 Disember 08 - 3.30 pagi, aku tersedar cukup awal, bersiap dan terus ke MH, hasrat hati mesti bersolat Subuh di Dataran Kaabah.......Dlm perjalanan ke MH aku tenang cukup tenang spt yg aku pohonkan. Kira-kira 3,4 minit sblm tiba di perkarangan MH, azan Subuh pertama berkumandang, sepantas kilat dada berombak kencang, mata berkaca mengenangkan ianya azan kedua terakhir di Makkah akan aku dengari utk kali ini. Dlm menahan sebak, aku memohon kpd Allah diberikan ketenangan dan kecekalan utk menyempurnakan ibadah di MH, utk bersolat, bertawaf dsbnya. Sekali lagi aku menyebut "Ya Allah, kalau bukan kerana Dia (Muhammad saw) kekasih Mu, takkan aku tinggalkan Makkah sehinggalah tarikh perlepasan pulang aku ke Paris 2 Januari nanti" Pada masa yg sama, aku terkenangkan pengorbanan Rasulullah saw yg sanggup meninggalkan Makkah, meninggalkan kampung halamannya, tanah kelahirannya utk berhijrah ke Madinah demi menegakkan syair Islam dan mengembangkan agama Islam, hati sebak berkata "Ya Allah, aku yg cuma duduk sini 27 hari pun dah bagai tak boleh berpisah dgn Makkah, bagaimana dgn Rasul....sesudah lebih 40 tahun di Makkah, tentu amat berat lagi payah Rasulullah meninggalkan kota barakah ini, kalau bukan kerana cintanya pd Mu...tak mungkin juga Rasul tinggalkan tmpt ini" aku terus berbicara sendiri mengagumi pengorbanan Rasulullah sekaligus meningkatkan kecintaan aku kpd Rasul pilihan.

Tanpa aku sedari, kaki telahpun tiba di perkarangan MH, aku melalui kawasan bersaei, membuka sandal sblm itu dan mencari tmpt utk meletakkan sandal tersebut. Tiba2 hati berdetik "eh...kau tak pelik ke, dah 27 hari kau kat sini...tak sekali pun selipar kau hilang, dulu masa umrah duduk 13 hari di Madinah/Makkah 4,5 kali selipar kau hilang....peliknya, ok, cuba kali ni kau campak je sandal kau ni kat tmpt ni (Safa/Marwa)" sambil meletakkan saja sandal tersebut di ruang tepi salah satu pintu berhampiran Bukit Safa. Kemudian aku masuk ke dlm MH....masa masih awal, aku terus berniat utk membuat tawaf sunat. Sebaik sahaja selesai tawaf sunat aku terus kekal duduk di Dataran Kaabah seperti yg aku hajatkan- antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad.

Azan Subuh di laungkan, mata berkaca namun hati aku cekal cukup cekal kali ini wp ia azan terakhir MH yg mungkin akan aku dengari seumur hidup. Aku bersolat berjemaah...hati terlalu sebak, namun aku kawal dan terus berdoa kpd Allah diberikan kekhusyukan utk aku bersolat Subuh...mungkin juga Subuh terakhir di MH. Sebaik sahaja lepas solat Subuh aku mulakan tawaf wida'...alhamdulillah aku lalui pusingan pertama, ke 2, ke 3, ke 4, ke 5, dan ke 6 dgn tenang. Aku mulai pusingan ke 7 juga dgn penuh ketenangan....namun sebaik sahaja melintasi bucu rukun yamani dan mula mengulangi bait2 "rabbana aatina fid-dunia hasanah, wa-fil akhirati hasannah, wa-qinaa azaban naar" hati ku tewas...bercucuran airmata mengalir terus sehingga tiba di pintu taubat. Dlm masa yg sama, aku memujuk hati, berkata2 "insyaAllah Im, kau akan dtg lagi, dtg lagi kau nanti" .

Beberapa ketika kemudian aku minum 3 gelas air zam2. Dlm hati aku takut juga kalau terasa nak buang air semasa solat sunat tawaf...walau bagaimanapun aku persetankan perasaan hati demi sunnah Rasulullah. Aku bersolat sunat tawaf dan membuka buku panduan haji utk berdoa. Teringat sms pesanan kakak "..............baca doa tawaf wada' dlm Bhs Msia, ada penghayatan lebih..." Aku terus membaca doa tersebut, "Ya Allah, rumah ini rumah Mu, aku ini hamba Mu, Kau telah membawa aku di dalam hal yang Kau sendiri mudahkannya untuk ku sehingga Kau jalankan aku di negeri Mu ini dan engkau telah berikan kpd ku dengan nikmat-nikmat Mu jua, sehingga Kau mempermudahkan aku untuk menunaikan ibadah haji ini. Kalau Kau redha pada ku, maka lipatgandakanlah keredhaan Mu itu. Ya Allah, kini tibalah masanya utk aku pulang jika Kau mengizikannya, kepergian aku bukan kerana aku benci kepada Mu, tidak juga benci akan rumah Mu. Ya Allah, bekalilah aku dgn kesihatan tubuh badan ku utk aku tetap menjaga agama ku, dan peliharalah taat setia ku pada Mu uk selama-lamanya. Selama Kau membenarkan kehidupan aku di dunia, biarkanlah aku hidup dgn kesempurnaan dan kumpulkanlah bagi ku kebaikan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Kau maha berkuasa atas segala-galanya. Ya Allah janganlah Kau jadikan kesempatan ini sebagai kesempatan terakhir utk ku di sini, di Baitullah Mu Ya Allah. Sekiranya, ini adalah kali terakhir untuk ku maka gantikanlah syurga untuk ku dengan rahmat Mu, wahi Tuham yang maha pengasih lagi penyayang, wahai Allah Tuhan ku pemelihara sekelian alam" Aku berdoa di hadapan Multazam.....kecekalan aku hilang tanpa arah, aku tertunduk sendu meratap perpisahan......merentap jiwa akal dan fikiran.

Slps berdoa, aku duduk cuma sementara melayan rasa dan memerhati Baitullah utk kesekalian kalinya dan berfikir apakah ada waktu utk aku kembali mengunjunginya di sisa hayat yg masih ada. Tak lama, aku bangun dan cuba menyakini janji2 Allah buat org2 yg redha kepada segala2 ketentuanNya. Aku berjalan meniti tangga dr Dataran Kaabah ke ruang dlm MH. Di atas tangga, aku mengucup tapak tangan kanan ku dan melambaikannya kpd Baitullah dgn SEJUTA rasa kerinduan. Aku pusingkan badan, hati berkata2 lagi "yakinlah Allah akan jemput kau lagi, insyaAllah" aku terus berpaling dan berjalan ke arah Bukit Safa dan Marwa. Tiba di pemidangtara laluan Saei, aku meneguk lagi 2 gelas air zam-zam, berdoa dan sempat berkata kecil di hati "aku nak minum puas2....aku takut tak dpt lagi minum zam zam di sini, dah 5 gelas aku minum, lantaklah aku nak minum jugak...kalau tak tahan nak kencing di pertengahan jalan, pandai2lah nanti". Slps itu aku terus berjalan keluar dan mencapai sandal di tmpt yg aku letakkan sblm masuk awal pagi tadi, bermonolog, "eh....masih kat sini...tak berusik langsung sandal aku ni, pelik sgt, dulu masa umrah...hilang manjang selipar aku...alhamdulillah, mmg kuasa Allah semuanya".

Aku memakai sandal dan terus memanjat anak2 tangga keluar dr kawasan saei menuju ke ruang luar MH. Di perkarangan MH sblm sampai di kawasan tmpt letak kerusi2 roda wakaf, aku ternampak lagi tangki2 zam zam. Aku dekati dan aku minum lagi gelas ke 6 dan diikuti dgn gelas ke 7. Cukup ajaib, slps minum gelas yg ke 7 aku berasa puas, sepuas-puasnya, kepuasan meminum air zam zam yg tak pernah aku perolehi sblm ini, bukan hanya puas, malahan aku terasa segar dan juga kenyang, spt yg dikatakan oleh Ustaz Khairul Azoha. Slps 27 hari di Makkah aku sedari mmg betul zam zam betul mengenyangkan, aku betul2 puas meminumnya pagi itu. Dlm perjalanan pulang, terbit juga kerisauan kalau2 ingin membuang air kecil sblm sampai di maktab....bgmp aku tak hiraukan apa pun, aku puas dpt menikmati zam zam semaksimum mungkin dan puas dpt memenuhi cadangan Ustaz Khairul.

Aku terus berjalan perlahan2 dgn hati dan kaki yg berat meninggalkan MH. Tiba di terowong Ajyad....aku ternampak seekor kucing 3 warna berlari2 di lorong air kecil di sisi terowong. Kucing tersebut mengingatkan aku kpd kucing 3 warna yg pernah aku pelihara semasa aku berusia 6,7 tahun. Aku sedari kucing tersebut mengekori aku...terus2an, bila aku berjalan perlahan kucing tersebut juga mengikut perlahan, bila aku berhenti, kucing tersebut juga berhenti, dan akhirnya dtg dekat di kaki bermanja dan berlari2 anak ke depan dan ke blkg ku. Aku sedikit terhibur. Ada juga bbrp jemaah yg mundar mandir di terowong turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut dan cuba menarik perhatian kucing tersebut utk bermain dgn mereka, bgmp kucing tersebut terus2an mengekori aku....sesekali ia berlari menyembunyi dan muncul semula. Setelah lebih 5 minit mengekori ku, baru aku perasan yg kucing 3 warna tu sebenarnya sewarna dgn pakaian aku pagi tersebut iaitu berbaju putih berseluar khaki (beige) dan bersandal hitam. Beberapa ketika tetiba kucing tersebut tidak lagi kelihatan....aku toleh mencari dan menunggu, namun kelibatnya tak langsung kelihatan.....hilang ntah ke mana, membangkit keraguan akan arah tujuan sebenar kucing berkenaan.

Aku terus berjalan menuju ke Maktab. Satu lagi keajaiban aku sedari, ilmu aku pelajari, sepanjang perjalanan aku langsung tidak rasa ingin membuang air kecil wp minum 7 gelas air zam zam. Dlm hati berkata "tulah Im, dulu tiap kali nak minum zam2 kau sekat sbb takut terkencinglah, takut batal wuduklah, takut susah nak cari toilet, susah nak berwuduk semulalah, dan mcm2, ni bila kau ikut je sunah utk minum sampai puas/kenyang...tak de apa pun jadi kat kau....tulah Im, lain kali jgn bersangka buruk, bukan ke semuanya ketentuan Allah, kalau dulu2 kau minum zam2 byk2 mungkin lebih byk khasiatnya yg kau dapat". Apa pun aku bersyukur biar lewat namun aku menyedarinya. Aku cukup teruja dgn kehebatan Makkah, walau didetik akhir perpisahan....masih byk pelajaran yg dicurahkan kpd ku...nyata ALlah sgt sgt sayang pd hambaNya.

Di bilik, terus bersiap2, menunggu di lobi Maktab. Jam 9 pagi kenderaan GMC yg dijanji akhirnya tiba slps lewat hampir 45 minit, aku di bawa ke Maktab lain utk bersama jemaah TH yg lain. Dalam perjalanan, aku memerhati MH dr kejauhan, sayup2 aku melihat sesuatu yg amat aku sayangi makin jauh dr bebola mata namun kekal dekat di mata hati....dr celahan ribuan jemaah, aku ternampak juga Ustaz Khairul, hamba Allah yg amat aku kagumi, berjalan pantas ke arah MH....mungkin turut sama mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan hidup aku spt yg dijanjikannya smlm. MH hilang dr pandangan, aku ucapkan "Selamat tinggal Baitullah..... aku terlalu ingin aku kembali bertamu di sini Ya Allah, aku terlalu sayangkan Baitullah Mu, jemputlah aku, jemputlah kami semua Ya Allah, dlm seribu keterpaksaan aku leraikan rasa rindu ku kali ini pd rumah Mu dengan 1 syarat sejuta impian hingga bertemu lg esok2 nanti........"

.....................bersambung Part XVI

34 comments:

  1. salam saudara Imran...

    alhamdulilah..syukur nikmat yang saudara dapat merasaiinyer.dapt merebut semua yang ada, dapat menyelami suasana sebenar Berhaji dan segalanyr..syukur suadra tidak mensia siakannyer..taniah..doa ku smoga mahbrur dan di redhai oleh yang MAHA ESA..

    waslam

    ReplyDelete
  2. Alamak En Li...jgn sebutlah kesempurnaan dan mabrur tu...saya rasa takut, saya amat jauh dr kesempurnaan, terlalu jauh, hanya mengharap ehsan dan keredhaanNya jua di setiap kesempatan yg ada.

    ReplyDelete
  3. salam IP,

    alhamdulillah, semua yang terjadi mempunyai hikmah yang tersirat dan kita memandangnya dengan mata hati agar boleh mempelajari iktibar dan pengajaran disebaliknya utk memperbaiki diri , sememangnya sifat manusia tidak sempurna dan penuh dengan kelemahan , tapi selagi kita semua diberi ruang dan waktu oleh Allah SWT , kita cuba memperbaiki segala kelemahan diri kita .Saya dan kita semua bersyukur dan beruntung kerana sentiasa di beri petunjuk dan hidayah .
    Ada orang yang diberi petunjuk tapi tidak mendapat hidayah darinya, jadi setiap apa yang berlaku akan berlalu begitu sahaja kerana tidak mendapat hidayah.Usaha memperbaiki diri secara berterusan dan istiqamah mesti dilakukan untk memperlengkap diri kita sebaik mungkin sebelum kita kembali kepada pencipta kita Allah SWT.
    insyallah.

    ReplyDelete
  4. salam Im,

    pengalaman yang dikutip sewaktu di Makkah akan sentiasa kita kenangi...malah ada banyak iktibar yang kita perolehi. bersyukur kita kerana menjadi tetamuNya...dan terus berdoa untuk menjadi tetamuNya lagi & lagi!

    ReplyDelete
  5. salam IP....
    ada kala nya akak tak sempat baca disini,maklumler dok goreng tempeyek takut hangus ,akak dah copy semua N3 IP ketanah suci ,nanti akak bukukan yer ,pastu kita pasarkan diserata pelusuk kampung , he he he ...

    ReplyDelete
  6. CR, saya membaca komen tuan dgn mata hati hingga berkaca sepasang mata saya. Benar rupanya ada beza antara petunjuk dan hidayah. Alhamdulillah, moga petunjuk dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita dr kini hingga ke akhir nanti. Thanks tuan.

    ReplyDelete
  7. Kak Nab...betul sgt, saya kkdg tak putus2 berchatting dgnNya di dlm kereta, naik tren, berjalan kaki saya....agarsegera dijemput semula ke rumahNya....tak sabarlah, bilalah agaknya dpt bertamu semula. Moga kita dipertemukan di sana nanti esok2 nanti ye Kak Nab. Thanks.

    ReplyDelete
  8. Kak Ummi...jgnlah buat saya terliur pagi2 ni, dah 2 bulan saya tak dpt makan tempe kegemaran saya...huhuhuhu.

    Eh...betul ke Kak Ummi ni bisnes tempe, gurau je kan...kalau betul bagus, senang next time sblm fly balik paris...saya beli 1 guni :-)

    Kak Ummi, mmg mbaca coretan sy memerlukan masa, saya amat paham....bgmp sejuta perkataan sekalipun tak mungkin dpt menggambarkan segala yg dilalui di sana. Kak Ummi, tak sangka pulak Kak Ummi print semua utk dibaca dan disebar2kan....i'm glad to know that, sbb mmg itulah janji sy dgn Allah utk sampaikan kisah2 haji sy sepanjang menjadi tetamuNya di tanah suci. Thanks Kak Ummi

    ReplyDelete
  9. Salam IP,
    Apabila tawaf wada… dan doa, ayat2 ni yang menambahkan lagi kebanjiran air mata… “Ya Allah janganlah Kau jadikan kesempatan ini sebagai kesempatan terakhir untukku di sini, di Baitullah Mu Ya Allah. Sekiranya, ini adalah kali terakhir untukku, maka gantikanlah syurga untukku dengan rahmat Mu, wahai Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang, wahai Allah Tuhan ku pemelihara sekelian alam"…
    Cik Im, ada pesanan sahabat saya… berdoa dengan penuh khusyuk masa tawaf wada’.. Insya Allah, dijemput berulang kali.. mungkin ada benarnya, selang beberapa bulan datang lagi, tahun depan datang lagi dan datang lagi….. kerinduan yang tak pernah padam.
    Cik Im jumpa kucing apa? Betul2 kucing ke….. Pernah juga terbaca citer seorang jemaah memberi air dan makanan kepada kucing kat perkarangan MH, lepas makan kucing tu jilat2 kaki jemaah ni… dan tetiba kaki yang sakit pulih… Semoga Cik Im dapat jemputan Allah lagi untuk beribadat di MH.

    ReplyDelete
  10. Zie....beruntung awak dijemputNya berkali2 pd tahun2 berikutnya, alhamdulillah. Saya mmg ada plan utk ke sana tahun ni, tp memandangkan isteri mengandung (inysaAllah bersalin dlm masa terdekat), kami tunda perancangan ke Makkah pd tahun hadapan. Kalau tiada aral, insyaAllah Mac nanti....nak jugak ke sana bulan Ramadhan...tp rasanya mcm tak boleh bendung dah rindu ni...kalau boleh skrg gak nak ke sana. Doa2kan ye Zie.

    Kucing....mmg sebaik shj kucing tesebut hilang, saya tertanya2, betul ke kucing, apakah gerangan sebenarnya. Ntahlah. Saya memang bercadang membri makan dan minum pd kucing itu jika ia ikut saya sehingga Maktab, pelik tetiba hilang dr pandangan.

    thanks Zie

    ReplyDelete
  11. Salam IP,
    Saya doakan agar isteri dan anak semuanya selamat... semoga jadi anak yang soleh/solehah. Dapat anak selepas bergelar Haji Imran.. hehehe. Dah sihat nanti, bolehlah ke Tanah Suci sekeluarga. Saya membaca catatan Cik Im berhaji dan umrah.... ada bezanya, aura sendirian mengadap Allah setulus hati, pengabdian yang tiada bandingan... kerinduan dan kemanisan beribadah. Maafkan saya jika salah tafsiran ini. Semoga dapat jemputan lagi.... amin.

    ReplyDelete
  12. salam im,
    thanks for calling , masa tu baru terlelap melepaskan kepenatan sebentar kat rumah tapi hp kat tepi katil, bunyi je perasan no+33.... tapi tak terfikir yg org jauh nak tel, tu masa u tanya, i tgh memikir siapalah , minta maaf bebanyak, Semoga ikatan silaturahim berpanjangan .
    Lepas tu, i terus pegi kedai gunting rambut , potong no 1, licin mcm lepas tahalul pulak keh,keh,keh
    senang, tak payah sikat rambut lps mandi

    Ps: tapi suara u mcm baru umur 20han ngeh,ngeh,ngeh

    ReplyDelete
  13. Zie, berhubung new baby, mmg ada kelainannya bila bakal menyambut anak slps pulang haji. Payah nak cakap tp nyata berbeza. Td my wife gi Dr....Dr kata baby besar dan tinggi....setakat ni lebih besar dan lebih tinggi dr 3 anak2 terdahulu....kenapa ye?

    Betul juga tafsiran Zie mengenai perjalanan haji dan umrah....namun tanpa perjalanan umrah 6 bulan lebih awal, tentunya saya tidak dpt dalami pengertian tawaf (anti clockwise), btk sebenar Kaabah, dan byk lg yg lain. Bg saya, perjalanan umrah adalah perjalanan saya mengenali secara lahiriah Baitullah, manakala pejalanan haji lebih kpd spiritual. Ianya saling melengkapi. Zie, 1 lagi tentunya tanpa melalui perjalanan umrah, saya takkan teringat2kan baitullah sehinggakan membulatkan hati sy utk berhaji pd tahun yg sama....wallahualam.

    Zie...thanks ye....komen2 Zie buat saya lebih berfikiran jauh

    ReplyDelete
  14. CR....saya seronok dpt sembang dgn CR tadi...mmg dengar suara CR mcm org terjaga dr berehat....maaf ye.

    Eh....napa cukur licin pulak...mcm bernazarlah pulak....hehehehe. Ke CR teringat bebiri kat Gold Coast tu...hahahaha.

    Suara muda...suara je tu...umur dah nak masuk 39 dah pun...kalau ikut tahun Hijrah dah 40 tahun dak umur saya :-)

    InsyaAllah,hubungan berkekalan didlm keredhaanNya jua

    ReplyDelete
  15. Salam IP,

    Saya baru habis baca last 3 entries. Seperti biasa lama jugak nak habis sebab saya baca dengan penuh penghayatan. N3 yang terbaru ni saya dapat merasakan apa yang IP rasakan saat ingin meninggalkan bumi Makkah terutamanya Baitulah...sehingga menitiskan airmata....siapalah yang tak rindukan Baitullah, siapalah yang tak mahu bertamu kesana lagi....Sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang-orang yang datang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu Allah. Jika mereka berdoa, Allah menyahut doa mereka. Jika mereka beristighfar, Allah mengampuni dosa mereka." (Riwayat an-Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban). Oleh itu, insyaalah jika kita berdoa bersungguh-sungguh,Allah tidak akan mensia-siakannya. Semuga IP sekeluarga disayangi Allah dan mendapat jemputan dariNYA untuk kesana lagi....insyaallah.

    ReplyDelete
  16. salam im,

    saya kalau potong rambut dah 4-5 tahun ni, memang pakai tapak mesin tu no 1, nak hampir licin juga la ngeh,ngeh,ngeh

    entah, rasa selesa nak sedap , ringan kepala. tak payah pakai syampo dan tak payah sikat rambut

    kalau boleh nk botak licin terus, tapi mrs selalu gurau, kalau botak jalan belakang keh,keh,keh

    ReplyDelete
  17. Salam sdr Imran
    Izinkan saya singgah & menyatakan tahniah di atas tulisan sdra yg begitu menyejukkan mata & hati membacanya. Syukurlah. Allah telah mencucuri sdr dgn 'rezeki' yg begitu banyak, bermakna & indah, termasuk dlm bentuk pengalaman2 syahdu yg sewajarnya akan berterusan menginsafkan kita sbg insan yg kerdil.

    ReplyDelete
  18. Termakash kerana menuklkan kisah pengembaraan haji dgn panjang lebar.Semuanya boleh dijadikan pengajaran dan tauladan bagi yg baru.Teringat masa mama buat umrah..kawan tu ustaz sekonyong2ujiannya berat..dia tak taupun dari KL dia dan rombongan kena naik bas ke Bangkok.Sampai kat Mekah dia kena Gaot,isterinya pulak period.Jadi mereka tak dpt ke MH...sedihnya..mereka hanya di hotel..berdoalah byk2 muga kita dipermudahkan di mekah.Byk dugaan.

    ReplyDelete
  19. Salam IP,

    Seronok membaca n3 IP ni, mengimau kenangan az menunaikan haji 22 tahun yang lalu. Doakan az semoga dapat mengulanginya lagi pada musim haji akan datang yer.

    ReplyDelete
  20. UmmuAdam, terima kasih krn sabar mengikuti perjalanan haji saya, moga kita sama2 dpt pengajaran dr apa yg saya lalui dan sampai2kanlah jua pd yg lain.

    Ummu, mmg sebak meninggalkan Makkah, moga kita dijemputNya selalu.Terima kasih atas doa Ummu kpd kami sekeluarga, moga Allah sentiasa mberkati Ummi sekueluarga juga.

    ReplyDelete
  21. CR...mmg betul, bila rambut pendek, senang je, tak yah sibuk2 nak basuh nak minyak nak di dandan....eh, tp napa pulak kalau botal licin ur Mrs suruh jln belakang...alamak byk joke org2 matang yg saya tak taulah....

    ReplyDelete
  22. Temuk,

    Tuan, TQVM for visiting my humble blog. Mmg saya bersyukur kerana dijemputNya 2 kali tahun lalu. Byk pengajaran dan teladan yg ditempuhi sepanjang tempoh tersebut, moga kita sama2 mdapat keredhaanNya. Salam taaruf dr saya buat tuan, moga ukhwah kita berkekalan, insyaAllah

    ReplyDelete
  23. Mama Ju, bersyukur saya atas segala2 yg sy tempuhi. Saya tambah bersyukur bila membaca kisah kawan Mama tu....tentu sedih mereka, tp percayalah tentu ada hikmah yg besar di sebalik apa yg dilalui. Sy juga percaya org2 yg hebat biasanya akan lalui pelbagai perkara yg mencabar diri mereka. Mungkin kawan Mama tu tergolong dlm golongan tersebut, insyaAllah. Thanks Mama.

    ReplyDelete
  24. AZ....WHAT...22 tahun lepas AZ nak gi haji, eh mudanya, brp umur AZ masa tu? Tentu bestkan, lagi muda lagi bagus sebenarnya.

    AZ...thanks for visiting me...ni saya nak buat lg 1,2 n3 pasal Madinah tp mcm bz je....harap2 dpt selesaikan b4 end of this weekend :-)

    ReplyDelete
  25. Salam IP,
    Selamat menyambut baby baru... ada kelainan selepas pulang haji. Doktor kata besar dan tinggi.. ada lagi.... hensem/lawa sesangat. Semoga jadi anak yang soleh/solehah. Jika dewasa dia jadi doktor ke, jurutera ke, penternak kambing yang berjaya ke... jauh disudut hati biarlah dia juga hafal alquran dan punyai akhlak mulia. Betul tak Cik Im... Boleh kongsikan citer ‘Iman’.... menarik sekali.

    ReplyDelete
  26. Zie,

    InsyaAllah jadi anak yg soleh...al hafiz hendaknya. Hansem ke idak tu, tak taulah, yg penting sihat sempurna, berakhlak pekerti mulia. Dpt zuriat kini sy lihat lebih kpd cabaran utk meneruskan kelangsungan Islam, tidak hanya suka gembira menyambut org baru...byk amanah yg perlu diteliti dan dilunaskan...bukan semudah disangka Zie ooi :-)

    Pasal IMAN tu...saya mmg ada cite tersendiri sejak bulan 4,5 lalu....saya tak tau pulak CL, la ni masih menunggu email yg beliau janjikan. gak nak dgr kisah CL tu...sy pasti kongsikan pd semua erti IMAN kpd saya...tungguuuu

    ReplyDelete
  27. salam dik IP...
    dah copy paste , pastu urusan hubby akak lak edit ke pdf , senang nk baca , bila lapang2 ....

    bisnes tempeyek tu gurauan jer , tp memang jiran belakang dapur akak tu (buat) bisnes tempeyek ( kacang tanah , dal n kacang hijau) jadi hari jumpa geng dirumah Hanis akak bawa kesana ..itu kisah nya.

    ReplyDelete
  28. Kak Ummi....la gitu kisahnya...patutlah depa sebut2 pasal tauke tempeyek...jiran Akak rupanya.

    Rajinnya Akak cut and paste...siap suruh hubby edit ke PDF lagi...rajin rajin. Harapnya bermanfaat buat semua yg mbaca. Thanks Akak. Selamat berhujung minggu

    ReplyDelete
  29. salam im,

    selamat berhari minggu, hari utk bergolek2 dgn anak2 dan isteri keh,keh,keh

    tentu kat paris sekrg kesejukan winter mula mencengkam dan dh mula havoc dgn persiapan menjelang krisman, "city of light " namun kerinduan kita pada tanah suci akan sentiasa bersinar dalam hati dan sanubari kita hingga ke akhir hayat,

    saya dan isteri teringin utk mengecapi lagi kemanisan mengerjakan haji , walaupun bersesak2 dan berhimpit-himpit, namun itu semua kemanisan yg tak dapat di mana di dunia melainkan di kota suci

    menjelang hari wukuf yg tak berapa hari lagi, saya mengenang kembali, apakah persediaan saya telah cukup utk mengahadapi Allah SWT nanti, adakah amalan saya telah cukup dan diterima utk berhimpun di padang masyar nanti, dan meniti titian silatulmustakim

    saya akan sentiasa dan sentiasa memperbaiki diri yg mmg tidak sempurna di sisi Allah utk melakukan apa saja yg terbaik agar impian utk mendiami syurga firdausi menjadi kenyataan

    insyallah, semoga saya dan kita semua sentiasa mempertingakat amalan kita

    ReplyDelete
  30. CR....slmt berhujung minggu buat tuan jua. Seram baca komen tuan subuh2 hari minggu ni, bukan apa, komen tuan turut mengingatkan saya lagi dan lagi tentang kejahilan dan ketidaksempurnaan diri kita....ntahkan sempat sempurna atau tidak sblm kita pergi nanti. Apapun, insyaAllah kita usaha sama2 utk bersama Rasul pilihan dikemudian hari nanti.

    ReplyDelete
  31. Salam IP,

    Saya agak lewat baca dan abiskan entri IP, baru je abis baca tadi, byk perkara yang saya pelajari dari cerita buat haji IP. Bagus panduan dan peristiwa untuk iktibar org cam saya yang belum buat haji ni. Apapun tahniah sekali lagi pada IP dengan entri yang byk menafaat ni. Saya percaya setiap orang akan mendapat ganjaran haji yang berlainan, yg pntg kita dapat tunaikan rukun islam yng ke5.

    Saya masih menunggu entri seterusnya kerana cerita Haji IP memang menarik

    ReplyDelete
  32. En Rosli, segerakanlah mengerjakan haji. Saya yakin En Rosli juga akan melalui pengalaman paling hebat dlm hidup. Percayalah, masakan ada yg lebih manis drp menjadi tetamu Allah...tentu tiada duanya.

    Entri baru akan siap lewat mlm nanti, tunggu ye. Thanks again for visiting my blog

    ReplyDelete
  33. Casino in Norwich, Connecticut - MapyRO
    Find and compare all the Casinos in Norwich, 대전광역 출장안마 Connecticut including Hard Rock Hotel 경상남도 출장안마 and 오산 출장안마 Casino New York Casino 영천 출장마사지 and Resort, Foxwoods Casino, 거제 출장마사지

    ReplyDelete