Followers

Tuesday, November 17, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XVI - Tika nafas terhenti mata terpejam nanti )

Sepanjang perjalanan dr Makkah ke Madinah, aku cuma diam menyepi menyendiri. Sebak meninggalkan Baitullah. Jemaah lain ada juga yg bergurau senda dan mengajak berbual, namun hati aku lebih berat utk melayan rasa rindu dan mengaji Quran hijau aku. Kebetulan surah yg dibaca sewaktu meninggalkan Makkah adalah Surah Al-Hijrah. Dlm bas sempat fikiran aku memikirkan satu lagi kebetulan - makcik - pakcik (Ani dan Ahmad) serta Kak Zauyah dan Abg Razak turut berlepas ke Madinah pd hari yg sama dan keempat-empat mereka akan menginap di hotel yg sama Movenpick. Selain berharap di Madinah nanti dpt bertemu makcik-pakcik isteri saya yg tidak aku temui di Makkah.

Perjalanan dr Makkah ke Madinah terasa teramat jauh, dengan keadaan lalulintas serta hentian2 yg dibuat oleh bas tanpa kami tahu arah tujuannya. Yg nyata, setiap hentian ada saja buah tangan berupa makanan ringan dan minuman yg kami perolehi, walaupun kurang memerlukan buah2 tangan yg diberikan aku bersyukur kerana sekurang2nya adalah sesuatu yg boleh di kunyah dan di minum utk menghilangkan haus. Perjalanan yg agak panjang juga turut memberi peluang kpd jemaah utk bersolat Zohor dan makan tengahari.....harganya agak mahal bg org2 kebanyakan, kesian jugak tgk org2 tua yg lapar tp tak membeli disebabkan harga yg agak tinggi. Aku juga tidak makan, bukan kerana harga tapi sbg menghormati jemaah2 lain yg turut menahan lapar dlm perjalanan. Lagipun aku tidaklah lapar mana. Perjalanan panjang...perubahan cuaca dr panas kpd sejuk dan mengawal nafsu lapar yg aku rasai, mungkin cuma secubit sahaja daripada apa yg dilalui oleh Baginda Rasulullah dan para sahabat semasa berhijrah kira2 1429 tahun yg lepas.....hebat sungguh pengorbanan menegakkan agama Allah, tiada bandingan tak seharusnya kita lupakan.

Bas jemaah TH berhenti di Movenpick Hotel - Madinah lebih kurang1 jam lagi sebelum Asar. Semua jemaah di dalam bas tersebut sememangnya menginap di Movenpick Hotel melainkan aku. Aku terus maklumkan pada petugas TH yg aku difahamkan hotel penginapan aku adalah Madinah Al-Haram Hotel. Beliau terus menghubungi kereta petugas TH yg seharusnya membawa aku dari Movenpick ke Al-Haram, dan berkata "Hj dr Paris kan? Mcmana ye, kereta petugas dah ntah ke mana, haji tunggu kejap boleh, kami cuba dptkan teksi, kalau tak pun tunggu kereta petugas agak2 setengah jam lagi". Saya membalas "kalau ada kosong di hotel ni pun saya duduk sini je, tak de masalah. Nak tunggu lagi setengah jam....mmm, kalau boleh saya nak cepat ni, nak Asar di Masijidil Nabawi". Beliau seterusnya mencadangkan utk menaiki teksi...sementara menunggu teksi, beliau berkata "Haji....kita jalan kaki boleh tak?" saya diam seketika, tak kisah pun sebenarnya, tp di dalam hati sedikit pelik kenapa cadangan sedemikian rupa disampaikan, wallahualam. Saya menjawab "apa2 jelah, asal saya dpt solat Asar di Masjid Nabi" sebenarnya saya dah tak sabar dan benar2 rindu dgn Masjidil Nabawi.

Beliau mengajak saya berjalan bukan satu masalah bagi saya memandangkan saya cukup biasa berjalan kaki bersama anak2 setiap pagi 2.6 km dr rumah ke sekolah mereka. Cuma agak terasa dgn beg besar yg terpaksa di tarik sepanjang jalan ditambah pula dgn beg galas di bahu...apa pun alhamdulillah. Sepanjang jln kami berbincang mengenai saranan bersolat fardhu 40 waktu di Masjidil Nabawi. Beliau berkata "Haji, haji nak sgt Asar di Masjid sbb nak kejar 40 waktu ke?". Saya menggelengkan kepala dan membalas "iye juga tp sebenarnya saya dah rindu dgn kedamaian Masjidil Nabawi, tp tentulah kalau dpt 40 waktu kiranya lebih bagus". Beliau menerangkan terdapat byk pendapat berhubung solat 40 waktu. Secara ringkas, kata beliau, ada yg percaya kita perlu solat 40 waktu, ada kata 40 rakaat, ada kata 40 kali solat apa jenis solat sekali pun termasuklah solat2 sunat mutlak, sunat dhuha, sunat tahajjud, solat hajat dll.

Beliau turut berkata menurut sesetangah pendapat 40 waktu atau 40 rakaat atau 40 kali itu bukan juga terhad dlm sekali ziarah, kalau tak sempat ianya boleh disempurnakan pada ziarah2 yg lain pada tahun2 terkemudian sepanjang hayat. Menarik perkara2 yg beliau sampaikan......dlm hati saya putuskan "apa pun pemahamannya, aku tetap nak solat fardhu di Masjid Nabi setiap waktu setiap hari....no compromise....dpt ke tak kelebihan 40 waktu/rakaat/kali itu semua kerja Allah, aku tak nak berkira lagi...." Tiba di Al-Haram Hotel aku ditempatkan di tingkat 3, sebilik dgn jemaah haji luar negara TH dr Singapura - Nakhafi, Pakcik Salim dan keluarga mereka, yg sememangnya aku kenali sejak di Makkah lagi. Mereka yg tiba sehari lebih awal, menyambut gembira ketibaan aku. Berbual seketika, aku terus bersiap ke Masjidil Nabawi, bersolat Asar, Maghrib dan Isya'....."terlalu damai di sini....cukup tenang bersama Mu ya Rasulullah", sebaik sahaja selesai menziarahi makam Rasul pilihan. Malamnya aku berjalan2 di sekitar kawasan hotel...cukup meriah di sini berbanding Hotel Andalus Plaza berdekatan Ba'qi yg aku diami semasa mengerjakan umrah 6 bulan lalu, namun di hati aku cukup selasa di kawasan Ba'qi.....sbg peringatan yg kita akan menemuiNya pasti. Dlm keriuhan deretan kedai2 di kawasan hotel berkenaan aku berdoa "Ya Allah, jgnlah kau lalaikan hati ku dgn perkara2 duniawi sehingga aku lupakan Masjidil Nabawi"

Rabu, 24 Disember - Subuh2 lagi aku sudah ke Nabawi, mengaji dan meninjau2 peluang memasuki Raudah...cukup penuh berderatan, bagai tiada peluang langsung. Dlm hati berkata "tak pe Im, bg peluang kat org lain, masa umrah dulu, kau dah dapat bbrp kali, jgnlah tamak...." Pada hari itu juga aku usaha utk bertemu sahabat2 dr Mesir yg aku difahamkan turut berada di aras 3 hotel yg sama. Namun tak berjumpa....aku tertanya2 "eh...mana pergi dorang ni semua, tak nampak byg pun....takkan lupa nak cari aku" bgmp saya putuskan mungin mereka turut sama2 sibuk beribadah dan pada masa yg sama berbelanja sblm pulang ke Mesir. Pd mlmnya aku ke Movenpick mencari Ani-Ahmad dan Kak Zauyah-Abg Razak.....turut tak bertemu. Aku berfikiran "mungkin Allah ingin beri aku peluang menumpukan diri pada ngajian ku...pada hasrat aku utk khatam kali ke 2 di Madinah" Aku terus mengaji dan mengaji. Lewat mlm pulang ke hotel, Nakhafi memberitahu ramai kawan2 Mesir yg lain dtg ke bilik mencari aku, beliau menambah "Imran, tak silap aku Hj Sabli balik esok tau, pas tu lusanya Fauzi, di ikuti dgn Pak Ya, Ustaz Yazid....mmm, roomates kau kat Makkah Hj Yahya dan balik dengarnya ptg tadi "Wp gembira dgn berita yg disampaikan, aku sedikit kecewa kerana masa begitu singkat utk aku bertemu mereka.

Khamis, 25 Disember - Sptbiasa Subuh hinggalah ke waktu Dhuha aku terus di Masjidil Nabawi. Sblm Zohor aku kembali ke hotel dgn harapan bertemu Hj Sabli, namun beliau tiada di bilik hotel dan difahamkan beliau akan pulang petang harinya. Slps berehat bbrp ketika aku kembali ke Masidil Nabawi. Slps zohor aku sekali lagi ke Movenpick Hotel, akhirnya aku bertemu Ani-Ahmad, berbual panjang, dan daripada perbualan aku difahamkan mereka telahpun berpeluang ke Raudah. Di hati terbit rasa rindu pada Raudah. Slps beberapa ketika aku pulang semula ke hotel utk mencari rakan2 dr Mesir....masih tidak berjumpa...aku tertanya2, mana menghilangnya sahabat2 ku ini. Hampa, pulang ke bilik, bersiap semula utk bersolat Asar di Masijidil Nabawi, semasa memasuki masjid, aku berkata2 "eh dah 2,3 hari dah kau kat Madinah...masih tak dpt masuk Raudah, apa kata kau try lepas Maghrib nanti".

Sebaik sahaja lepas bersolat Asar, aku berhasrat meziarah makam Rasulullah, dlm kesesakan ruang saf2 hadapan masjid menuju ke makam yg turut melalui kawasan Raudah, aku di tolak di himpit, ruangan menjadi terlalu sempit, pada masa yang sama ruang masuk ke Raudah bagai terbuka, tanpa aku rancang, bbrp jemaah yg ingin memasuki Raudah menolak tubuh ku hingga aku tertolak ke dalam Raudah. Walau tidak merancang tidak menduga dan agak perit di tolak masuk, aku amat bersyukur kerana mendapat ruang di dalam Raudah. Memandangkan hampir kesemua solat2 sunat tidak dibenarkan slps waktu Asar, aku mengambil peluang mengaji, seketika...cuma seketika dan selepas beberapa ketika tanpa diminta keluar oleh petugas2 aku sendiri bangkit meninggalkan Raudah menuju ke Makam Rasulullah.

Maghrib, sekali lagi aku diberi peluang olehNya beribadah bersolat Maghrib dan bersolat2 sunat di Taman Syurga - Raudah. Alhamdulillah. Aku berkata2 "bestnya....esok kebetulan birthday aku, hari ni dah 2 kali aku dapat masuk Raudah, hadiah harijadi yg tak ternilai aku dpt malam ni".

Jumaat, 26 Disember - Aku dikejutkan dn sms isteri berbunyi "Happy B'day, wah bestnya dapat sambut birthday kat Madinah" Aku tersenyum membaca sms isteri dan terus bersiap2 utk bersolat Subuh di Masjidil Nabawi tentunya. Slps syuruk, aku berkira2 utk ke Hotel Plaza Andalus...utk berjumpa seorang peniaga (Hafiz) Madinah yg aku kenali semasa berumrah 6 bulan lalu, pd masa yg sama mencari sesuatu utk dibeli sbg hadiah pada diri sendiri yg menyambut ulangtahun yg ke 38. Semasa menyusuri kawasan tersebut, tetiba aku ternampak pintu Ba'qi di buka, terdetik "eh...aku pun tak pernah masuk Ba'qi ni, baik aku gi Ba'qi dulu sblm ke Andalus Plaza" sambil melangkah deras memasuki kawasan Ba'qi. Keadaan sedikit sesak di pintu pagar Ba'qi, bgmp sebaik sahaja masuk ke Ba'qi suasana amat berbeza aku rasai.

Langkah kaki yg deras menjadi perlahan, keadaan yg seakan kecoh di depan pintu bagai hilang tenggelam ditenggelami kesyahduan dan kesayuan Ba'qi. Aku bagi terkedu....segera aku mengucap salam pd ahli Ba'qi dan mendoakan kesejahteraan arwah2. Aku berjalan dan terus berjalan sendirian menyusuri Ba'qi, hati tak putus2 berdoa.....bukan hanya utk yg sudah pergi, tp utk diri sendiri. Berseorangan ditemani Quran hijau di tangan kanan dan airmata berlinangan berulang2 kali aku ungkapkan "Ya Allah, apalah kiranya kau makbulkanlah permintaan aku utk aku menjadi ahli Ba'qi, bersemadi di bumi bertuah Madinah. Ya Allah, kau ambillah aku dlm keadaan aku sempurna sbg seorang Islam di bumi Madinah ini, aku terlalu ingin menjadi ahli Ba'qi, aku ingin sekali mati di bumi tmpt berkembangnya agama Mu, bumi perginya Kekasih Mu.....Jika tadi aku berhasrat utk membeli belah bagi menghadiahkan sesuatu utk diri sendiri, kini aku cuma inginkan 1 saja sbg hadiah harijadi yg ke-38, perkenankanlah Ya Allah hasrat aku utk disemadikan bersama ahli2 Ba'qi yg lain di tanah yg sedang aku pijak ini. Di sini. Bukan di tempat lain....Ya Allah perkenankanlah permohonan aku ini Ya Allah, jika ianya terbaik buat hamba Mu ini..."

26 Disember 2008, takkan aku lupa, menyambut ulangtahun kelahiran ke 38 di bumi Madinah membawa erti yg terlalu bermakna dan menghadiahkan diri sendiri hadiah yg terlalu bernilai iaitu - dgn menziarahi Baqi sbg peringatan yg suatu hari nanti kita semua akan ke tanah jua akhirnya. Walaupun aku tidak mau lagi meminta2, namun jauh di sudut hati, pd hari yg sama aku berharap mendapat hadiah yg jauh lebih istimewa dan direstuiNya, moga-moga bumi Madinah menjadi saksi dan tmpt jasad ku bersemadi di tika nafas berhenti mata terpejam nanti...........

..................bersambung Part XVII

24 comments:

  1. Alhamdullilah,bersua juga setelah lama menunggu.Tentu Ci Im sibok sekarang?
    Bertuahnya dpt sembahyang di Raudah.Sekarang ni org prm boleh ke tpt tu ke? Terharu dengan doa di Ba'qi tu.Mudah2an kita ditptkan ditempatkan terbaik.
    Sebulan lagi hari jadi Ck Im.apa agaknya hadiah utk diri?

    ReplyDelete
  2. salam IP..
    salam eidul adha ..
    besok dah nk balik kampong , tak dapat bersiaran beberapa ketika..

    ReplyDelete
  3. Salam IP,

    Setiap cerita IP samada di Makkah atau Madinah saya dapat menghayatinya, wpun saya buat umrah tahun lepas waktu nya singkat, saya boleh bayangkan apa yang IP lalui. Mmg saya dah teringin sgt nak buat haji wpun giliran saya tahun 2024, kalau ada rezki tahun 2012/2013 kerana itulah perancangannya. Namun begitu saya pasrah dengan jemputan untuk menjadi tetamu Allah....

    Saya selalu membayangkan saat wukuf di Arafah...pengajaran dari cerita IP kita kena bersangka baik pada Allah... sgt menyentuh hati saya yang byk buat dosa sejak dari muda...Saya yakin Allah mendengar permohonan dan doa saya. Amin

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Syukur kpd Allah s.w.t kerna sudah diizinkanNya utk menjejakkan kaki ke Baitullah. Saya berdoa agar Abg Im mendpt haji Mabrur. Kalau ada foto2 di wukuf tu pos la kat sini, k? TQ sbb sudi mengunjungi blog saya. Dah ramai i jumpa kwn baru sejak aktif berblog ni. Semuanya baik2 mcm abg Im.

    ReplyDelete
  5. Mama Ju...mmg lmbt sikit, bz lately. Thanks for the wait.

    Raudah, alhamdulillah, rezeki. Setau saya mmg perempuan dah dibenarkan setiap slps zohor - Asar dan slps 8 mlm. Mama kenapa ye, saya menulis komen ni pun sebak terasa dada bergelora rindu pd Rasulullah.

    Ba'qi....satu impian yg harapnya dimakbulkanNya jua

    B'day...kalau boleh nak beli tiket ke Makkah menjadi tetamu Allah Mac nanti :))

    Thanks Mama

    ReplyDelete
  6. Ummi...wah dah nak balik kg...BESTnya. Saya kalau kat Msia pun balik kg gak...tp Kg Pandan jelah...sekampung dgn Abg Li PDKM tu :))

    Safe journey, salam buat suami, anak2 dan kaum keluarga di kg. Moga segala pengorbanan kita diterimaNya.

    ReplyDelete
  7. En Rosli,

    Jgn kata begitu, kita semua hambaNya yg tak pernah lekang dek dosa. Mcm En Rosli dah sedia tau, jgn berburuk sangka pada Allah. Allah tidak pernah kejam....percayalah En Rosli bila tiba masanya nanti utk berhaji, En Rosli akan disambut dengan penuh gemilang, ditatang bagaikan tetamu diRaja, melalui pengalaman yg mungkin jauh lebih hebat dr yg terjangkau dek akal fikiran.

    Jgn difikirkan ttg dosa2 lalu, segalanya dlm pengetahuanNya...usahalah agar kita menjadi hamba yg dikasihi dan diredhaiNya mulai hari ini hingga ke akhir nanti.

    Saya doakan En Rosli, gi haji secepat mungkin. BERSEDIALAH menerima jemputan ke mahligai Ya Rabb.

    ReplyDelete
  8. Juk, thanks for visiting me too. Juk punya blog menarik...saya suka.

    Gambar2 wukuf??? Alamak frankly speaking saya cuma amik bbrp keping gambar je masa berhaji, kbykkan gambar yg saya letak kat blog ni adalah gambar masa umrah. Maaf saya mmg tak ambik gambar langsung masa di Arafah. Saya ni jenis gila amik gambar, saya takut konsentrasi sy utk beribadah hilang dek memetik kamera...saya simpan kamera jauh2 masa musim haji....rasa rugi gak..tp alhamdulillah kotak memori (otak) kita diciptakan jauh lebih hebat dr lensa kamera. Saya simpan segala2nya di situ :))

    thanks again Juk.

    ReplyDelete
  9. Salam Imran,
    Apa khabar? Dan apa khabar Mai?
    Baca cerita ni boleh relate rasa sedih meninggalkan MH...tapi personally, di Masjid Nabawi, merupakan kenangan manis yang diingat sampai bila-bila, terasa sangat rapat dengan Nisha...alhamdulillah, setiap kali raudhah dibuka utk perempuan, dapat peluang ke sana...

    ps: saya harap sangat tahun depan boleh pergi, ikut logik akal rasanya mustahil, tapi harap Allah buka jalan, lebih-lebih lagi bila fikir, jiran boleh je pergi tanpa quota bila sudah menjadi rezekinya...ehh...saya pun berdebar-debar tungguh Mai bersalin, pasti Imran pun tengah suspen ye...semoga semuanya selamat...amiinn...

    ReplyDelete
  10. salam haji,

    hari2 bukak blog nak tunggu sambungan..akhirnya...mudah2an kita semua mendapat pengakhiran yang baik di sisi Nya..

    ReplyDelete
  11. Salam IP,
    Terharu baca part doa kat perkuburan Baqi tu,kita hanya boleh memohon Allah yang menentukan, En. Im masih muda ,kena balik untuk membesarkan anak2 tu.
    Lama akak tak jalan mah En. Im ni,sibuk kat PDKM , tengok2 dah sampai Madinah. Alhamdulillah dapat solat dan berdoa kat Raudah Taman Syurga impian setiap jemaah yang menziarah ke Madinah.
    tunggu sambungan part ke xvii

    ReplyDelete
  12. Datin, salam ceria dr kami semua di Paris.

    Madinah...kenangan indah yg takkan dilupa oleh sesapa. Damainya Madinah sehingga saya agak berat utk meninggalkan Madinah ke Makkah semasa berumrah Mei/Jun 2008. Terlalu damai, ketenangan dan kedamaian yg tak saya jumpai dimana juga....dah jauh gaklah berjln dunia ni, mmg tak de tmpt yg sedamai Madinah.

    Datin, saya juga punya byk cite di Madinah masa berumrah dulu, nanti kita jumpa, kita sembang pjgn nooo.

    Datin, yakinlah dgn keizinanNya, Datin akan dijemputNya bertamu dimusim haji 1431....moga dimakbulkan, berkat dan mabruru hendaknya.

    ReplyDelete
  13. Mona...la ye ke? Thanks ye, sorry to keep you waiting. Bz sikit, kerja, kebetulan Kak Ana sekeluarga ada kat sini :-)

    Byk sungguh pengajaran di Madinah, wp saya mcm cool shj di Madinah tp di saat perpisahan separuh nyawa bagai kehilangan....nanti saya cite kat Part seterusnya...tunggu ye Mona

    Slm to Haris

    ReplyDelete
  14. Kak Sidah, thanks for visiting me again :-) Saya perasan Akak sibuk hari2 di PDKM, saya pun sama gak...hehehe, bestkan tgk Pesta Ibadah di Makkah, harap kita dijemputNya ke sana lagi esok2 nanti.

    Ba'qi....betul Kak, sy doa dikebumikan di Ba'qi but of course saya pohon sebaiknya di umur yg sedikit lanjut, seboleh2nya seusia wafatnya Rasul yg kita sayangi...insyaAllah.

    Raudah....ada cite hebat mengenainya...nanti sy sambung di Part XVII, tunggu ye.

    ReplyDelete
  15. Salaam Cik Im,

    Sengaja saya peram 2, 3 entri Cik Im ni untuk mendapatkan "feel" kembara haji... ;)
    Lepas mengamati berita2 terkini dari PDKM dan jemaah pun sudah mula berpusu-pusu ke Arafah, mulalah timbul perasaan nostalgia dan barulah boleh layan entri2 cik im ni sekali harung dengan sepenuh perasaan... hehe
    Terubatlah juga rindu pada Baitullah dan Raudhah...alhamdulillah.
    Terima kasih Cik Im.
    Esok dah nak raya. Pastinya Cik Im pun tengah melayan perasaan nostalgia haji right about now, betui dak?
    Saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada Cik Im sekeluarga. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mendekatkan lagi diri kepada Yang Maha Pengasih. Semoga hidup kita sentiasa dalam keredhaanNya. Amin.

    VpeaceV

    ReplyDelete
  16. salam im,

    selamat hari raya aidil adha buat im dan keluarga di sana.

    hari ni hari wukuf di arafah, terasa rindu sgt
    semoga kita dijemput lagi ke sana

    ReplyDelete
  17. Salam IP,

    Saya terasa seperti berada di Madinah membaca tulisan IP ni. Wah! Seronok dapat sambut harijadi diMadinah. Saya teringat sambut harijadi diMekah Ramadhan 2007. Saya memang betul2 lupa sehinggalah anak2 hantar sms ucapan hari lahir dan suami bagi wish lepas balik solat subuh.

    Hari ni hari wukuf dan semua jemaah berada di Arafah. Pasti IP tengah teringat2 kenangan mengerjakan haji tahun lepas. Saya masih ingat cuaca agak sejuk masa hari wukuf (haji 2004) terutamanya dekat nak tenggelam matahari. Suasananya sungguh tenang tetapi penuh kesayuan.

    Apapun, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha pada IP sekeluarga. Semuga sentiasa dalam rahmatNya. Saya tunggu sambungan seterusnya....

    ReplyDelete
  18. Salam bro. Imran.

    Saya mengenali blog bro menerusi blog PDKM. Kali pertama membaca coretan bro, airmata saya mengalir tidak berhenti-henti. Rasa rindu yang teramat utk ke sana. Saya pernah ke sana, bersolat di dalam Masjidil Haram, di depan Kaabah sebanyak tiga kali. Namun hanya di dalam mimpi. Coretan bro benar-benar membuatkan rindu saya semakin kuat. Doakan saya dapat menjejakkan kaki ke sana dalam usia muda. Amin. AKU RINDU!!!!!

    ReplyDelete
  19. Umiazuddin,

    Kak...thanks for dropping by. Slmt beraya buat Akak sekeluarga. Jgn lupa n3 seterusnya yg merupakan n3 terakhir perjalanan haji saya.

    Betul kata Kak Umi...saya termenung2 teringatkan Arafah, Mudzalifah, Mina dan Makkah dihari2 sebegini....mcm mau terbang ke sana.

    Thanks for ur sincere doa :-)

    ReplyDelete
  20. CR...sama2lah kita merindu...hingga dijemputNya semula kembali ke sana segera, insyaAllah. Slmt beraya buat tuan sekeluarga jua.

    ReplyDelete
  21. Ummu Adam....mmg lain rasanya menyambut ulangtahun di tanah2 suci. Bertuah rasanya dpt melaluinya. Saya tak boleh lupa hadiah2 harijadi yg diterima di sana. Terlalu indah sejuta makna.

    Hari wukuf....tak mungkin dilupa, hari yg paling bersejarah utk setiap umat manusia yg pernah melaluinya. Mmg saya termenung sepanjang hari memikirkan kaguman2 Arafah dan berharap melaluinya lagi esok2 nanti.

    Salam Eid Mabrook buat Ummu juga ye

    ReplyDelete
  22. Rusyiani....SUBHANALLAH....hebat mimpi Rusyiani, terkadang di Paris, di saat melelapkan mata hati berbicara memohon agar dptlah sy ke sana lagi....kurang2 pun hadirlah keindahan itu dlm mimpi....bukan senang tau nak mimpi sebegitu. InsyaAllah mimpi Rusyiani jd nyata, berusahalah.

    Salam perkenalan dr saya ye....moga perkenalan ini nerpanjangan dan sentiasa dlm kerahmatanNya

    ReplyDelete
  23. hepi belated birthday imran... tak sempat nak wish harituh... sibuk urusan kematian.... kalau diizinkanNya...insya allah... i pun sambut birthday tahun 2010 di sana... :-)

    ReplyDelete
  24. saya suka sekali dengan info ini . sangat menarik dan menambah wawsan pengetahuan saya . saya sedang mencari Obat Rematik yang ampuh murah dan aman kira kira apa yah ??

    ReplyDelete