Followers

Tuesday, November 24, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part XVII - Tanpa Jemu, Hidup & Mati ku hanya untuk Mu)

Sesungguhnya hari2 yg berlalu di Madinah membawa pelbagai kenangan serta kaguman yg tidak mungkin dilupakan. Ziarah ke Madinah kali ini tambah bermakna dgn sambutan ulangtahun kelahiran yg ke 38 yg di"raikan" di Ba'qi.
Pada hari ulangtahun itu juga aku diberikan hadiah yg teramat istimewa sbg tetamu Rasul di Masjidil Nabawi. Selepas solat Jumaat sedang aku mengaji, aku teringatkan peluang2 jemaah yg aku lihat dapat bersolat fardu di Raudah, ada juga yg dapat beribadah di Raudah dr satu waktu solat fardhu ke satu lagi solat fardhu yang lain. Aku langsung tidak cemburu namun berharap dan berdoa agar aku diberi peluang yg serupa, sekurang2nya bersolat Maghrib di dalam taman syurga. Slps bersolat Asar di saf2 hadapan aku meninjau2 peluang utk memasuki Raudah, hasrat di hati utk memasukinya slps waktu Maghrib dan berharap dapat terus di Raudah sehingga Isya'. Aku beratur dengan tenang disebalik kesesakan ribuan jemaah, dalam sekelip mata aku sudah memasuki Raudah. Aku bersms dengan isteri, kakak, abang dan adik perempuan "Im kat Raudah skrg ni, ada apa2 nak kirim doa". Secepat kilat mendapat balasan drp semua. Aku mengambil peluang berdoa, mengaji dan berzikir, sehinggalah azan Maghrib dilaungkan betul2 di ruang atas (platform) Raudah. Semasa azan berkumandang dada bagai berombak2 menahan sendu. Aku cukup teruja di beri peluang bersolat fardhu Maghrib di taman syurga.
Sebaik sahaja selepas Maghrib, aku menunaikan solat2 sunat, dalam hati berkata "Ya Allah baru tadi pagi aku kata aku nak solat fardhu di Raudah, aku nak berada di Raudah antara 2 solat fardhu....dah dapat dah...alhamdulillah, mmg hadiah yg tak terhingga nikmatnya". Aku bersolat dan terus2an bersolat sunat, di hati berkata2, "tentunya peluang di sini tak lama, kejap lagi kenalah tarik keluar dgn guard2 Arab ni" sambil melihat jemaah2 di arah dan diseret keluar dr Raudah oleh petugas2 keselamatan Masjidil Nabawi. Setelah puas bersolat aku menunggu giliran ku utk di arahkan keluar....tunggu dan terus menunggu....pelik lagi ajaib, aku dan ramai juga jemaah yang lain, terus dibiarkan berada di dalam Raudah. Beberapa ketika kemudian, azan Isya' dilaungkan, bergenang airmata ku mensyukuri nikmat berada di Raudah dr sebaik shj slps solat Asar sehinggalah solat Isya'. Aku tidak bersendirian, aku nampak bbrp jemaah lain ada yang menyeka airmata dan bersolat sunat sblm solat fardhu Isya. Sebaik sahaja selesai bersolat Isya' aku bingkas bangun dan membuat solat sunat lagi. Dari kini kanan dan belakang aku keadaan menjadi sedikit kecoh, aku tidak hiraukan langsung. Rupanya aku sedari petugas2 keselamatan mula menarik layar2 pemidang di kawasan Raudah bagi memberi peluang kepada jemaah wanita memasuki Raudah. Kebetulan aku berada di saf pertama ruang Raudah yg akan menempatkan jemaah wanita, yang dijadualkan masuk kira2 setengah jam lagi.
Di ruang hadapan Raudah (tmpt yg terus dikhaskan utk jemaah lelaki sahaja), aku nampak ramai jemaah yg bersama aku tadi telah diarah keluar bagi memberi peluang pada jemaah lelaki lain. Aku terkesima "Ya Allah, aku dilayan bagai tetamu diRaja, diberi ruang solat di Raudah dr Asar hingga ke Isya'. Selesai Isya, aku masih di sini, diruang yg agak kosong ini, cukup selesan dan mendamaikan.....Subhanallah". Aku bagai tak percaya mendapat peluang sebegitu, di ruang tersebut aku dan hanya bbrp jemaah lelaki sahaja (kira2 10-15 jemaah) bagai di kuarantin utk terus beribadah di taman syurga....satu pengalaman yg tak akan aku lupakan sehinggalah tiba masa mendapat tempat disyurgaNya kelak.
Terlalu banyak kisah di Raudah yang ingin aku bicarakan, namun cukup aku katakan aku benar2 bersyukur atas segala nikmat dan pengajaran selama berada di taman syurga. Tambah manis lagi indah pengalaman berada di Raudah utk tempoh masa yg lama sptmana yg aku lalui pada hari tersebut, bukanlah berakhir pd hari itu, berturut2 pada 2 hari berikutnya aku diberikan peluang yg sama....sehinggalah aku sendiri memutuskan utk tidak terlalu mengutamakan kuantiti masa sebaliknya memastikan kualiti masa yg digunakan setiap kali berada di Raudah. Hari2 slps itu...aku tetap memasuki Raudah...setiap hari sehinggalah hari terakhir di Madinah.Satu kisah yg tidak akan aku lupa bilamana melihat seorang jemaah separuh usia menadah tangan menangis terisak2 tika aku sedang leka mengaji. Aku berhenti dan merenung sambil cuma memahami apa yg didoakan jemaah yg aku kira berbangsa Arab, secara kasar aku simpulkan beliau mendoakan kesejahteraan pejuang2 Islam serta keluarga penjuang syuhada di seluruh dunia....airmata ku mengalir sama, mengalir mengenangkan kejahilan dan kesombongan diri yg jarang atau boleh aku katakan tak pernah mendoakan pejuang2 tersebut sedangkan diberi peluang berkali2 dan dlm masa yg panjang di Raudah. Aku kesal...teramat kesal, terus aku cari ruang duduk lebih berdekatan jemaah tersebut dan mengAMINkan segala yang didoakannya tanpa beliau sedari sehingga tamat doa beliau.
Mengenangkan peluang yg lama berada di Raudah bukanlah niat aku utk mengagungkan diri (nauzubillah), apa yg ingin aku sampaikan adalah - Jika org yg spt aku yg jahil dan jauh dr kesempurnaan, diberikanNya peluang sebegitu, YAKINLAH saya percaya, semua yang lain boleh mendapat peluang yg sama, tp spt yg saya katakan....pentingkan KUALITI bukan setakat kuantiti saja....berada lama di Raudah tak mungkin menjanjikan apa2 jika kita tak bersungguh dlm mendapat keredhaanNya.
Pada hari-hari seterusnya di Madinah, aku mengikuti ziarah luar Madinah yang dikelolakan oleh TH.....alhamdulillah, wp tmpt2 yg dilawati pernah aku ziarahi sblm ini (semasa umrah 6 bulan lalu) aku tetap teruja dan mendapat byk ilmu2 baru dari tourist guide yang merupakan pelajar Malaysia di Madinah Islamic University. 2 pengalaman yang paling mengesankan adalah semasa membuat lawatan ke Bukit Uhud dan kemudiannya ke Masjid 2 Kiblat.
Semasa di Uhud, perasaan saya menjadi terlalu sebak....ntah mengapa, semasa pelajar tersebut menceritakan senario peperangan Uhud, saya yg sememangnya amat menggemari bidang sejarah semasa sekolah dan pernah mendapat pendedahan ketenteraan serta keselamatan, berilusi jauh. Episod Perang Uhud bagai tersorot satu persatu di layar mata dan hati. Bagai saya boleh bayangkan teknik serta stetegi perang yg direncanakan oleh Rasulullah dan kecekalan tentera Islam dlm menghadapi kekalahan. Pelajar tersebut menceritakan tentera Islam kalah disebabkan terbunuhnya seorang pejuang syuhada (saya lupa namanya) yang cukup rapat dgn Rasulullah dan mempunyai rupa seiras Rasul pilihan. Pihak musuh meraikan kematian beliau dan bersuka ria serta mewar-warkan yg Rasulullah telah berjaya dibunuh. Berita ini disambut gundah oleh semua pejuang Islam yg turut menyangka Rasulullah telah terbunuh dan sekaligus membunuh semangat juang pejuang Islam sehingga mengakibatkan kekalahan Islam. Mendengar peristiwa yg diceritakan saya termenung jauh....terlalu jauh sehingga terdetik di hati "Sanggup ke aku mati kerana agama, sanggupkah aku mati dlm keadaan yg sama, kalau aku hidup di zaman Rasulullah, dimanakah aku sebenarnya.....bersama tentera Islam atau bersama kaum munafik".....aku tertanya2 dan berjalan sendirian ke makam yg menempatkan para syuhada.....berdoa dgn penuh kesayuan....melihat Bukit Uhud yg kemerah2an.....bagai dibasahi darah syuhada. Aku tertanya lagi "apakah ada peluang utk org2 spt aku utk mati syahid?" persoalan demi persoalan bermain diminda sehingga saat meninggalkan Uhud....sewaktu kaki meninggalkan bumi Uhud, ku bagai rasai panasnya darah pejuang syuhada masih kekal terasa sungguhpun sudah berkurun lamanya.
Manakala di Masjid 2 Kiblat, pelajar tersebut menceritakan kesungguhan Rasulullah yg berdoa kpd Allah berterusan setiap saat masa tanpa jemu selama kira-kira 16 bulan dlm usaha Baginda memujuk Allah memberikan arah kiblat baru kerana umat Islam sering menjadi mangsa ejekan Yahudi yg turut berkiblatkan Al-Aqsa ketika itu. Di akhir 16 bulan berdoa, barulah Allah makbulkan dan berlakulah peristiwa 2 kiblat yang merupakan pusingan setentang 180 darjah dr arah kiblat terdahulu. Mmg saya kagum dgn pertukaran kiblat tersebut....sejak dulu lagi, namun apa yg lebih mengkagumkan adalah kecekalan dan sikap tidak berputus asa Rasulullah yg berdoa dan terus berdoa utk mendapat apa yg diharapkan oleh umatnya ketika itu. Cukup agung pengorbanan Rasul, dlm hati berkata "kau tgk....16 bulan berdoa baru dapat, ni kau, kekadang baru 1,2 minggu doa dah malas nak doa, malas nak usaha lagi..... apalah. Padahal apa yg kau doa tu utk diri sendiri, bukan utk agama pun....hebatnya Rasulullah" Aku memasuki ruang masjid, bersolat dan terus memikirkan perihal doa selama 16 bulan...."hebat betul Baginda, padahal yg didoakan tu bukan hal peribadinya, Dia mintak kat Allah tunjukkan Kiblat pun utk org solat kpd Allah....itupun Allah makbulkan lepas 16 bulan, padahal kalau Allah nak mudahkan.....anytime je Allah boleh bg petunjuk slps sekali Rasul berdoa....." Dalam diri terfikir kerendahan akal sendiri sblm ini, hati terdetik lagi "sedangkan Rasul yang merupakan kekasih Allah dibiarkan berdoa utk agama Allah selama 16 bulan, nikan pula kita yg bukan pun kekasih dan berdoa meminta benda yg bukan pun menegakkan agama....takkan mudah2 Allah nak bagi, usaha, doa dan niat kena betul dan benar2 jujur, sebaiknya segalanya demi mendapat keredhaanNya....baru makbul". Aku pulang ziarah hari itu dengan penuh kesyukuran atas pengajaran2 yg dihidayatkan.
Dlm kesibukkan aku di Madinah, aku sedari hampir kesemua rakan2 rapat terutamanya dr Mesir yang dikenali semasa di Makkah tempohari tidak dapat aku temui di Madinah....walhal kami tinggal di hotel dan aras yg sama. Aku tak langsung bertemu Hj Sabli, Hj Yahya dan Fauzi, cuma sempat bertemu Ustaz Yazid dan Pak Ya....itu pun cuma seketika, saat mereka berlepas pulang dr Madinah ke Jeddah. Terharu di saat bepisah namun aku bagai yakin 100% akan bertemu semua samada di Mesir ataupun di Malaysia, satu hari nanti. Manakala saudara mara yg ingin aku temui, semuanya aku temui di Madinah. Keluarga makcik isteri (Mami Idah dan Pakcik Yahya) yg tak aku jumpa di Makkah turut bertemu, rupanya mereka sekeluarga menginap di Madinah Oberoi Hotel iaitu betul2 di hadapan Al Haram Hotel yang aku nginapi. Kak Zauyah, Abg Razak, Ani, Ahmad yang semuanya menginap di Movenpick selalu juga aku temui.....dan setiap kali menjejak kaki ke Movenpick Hotel aku akan menjamu selera aiskrim Movenpick kegemaran yg jual sedikit murah drp harga di luar hotel berkenaan. Oh...tentunya aku bertemu sahabat bernama Hafiz di souq Andalus Plaza Hotel utk mengucapkan terima kasih atas doa2 yg beliau titipkan kepada ku yg mungkin turut merealisasikan hasrat aku utk menunaikan haji pada tahun tersebut.
29 Disember/1 Muharram di Madinah, selepas Syuruk aku mengaji di ruang berpayung dlm Masjidil Nabawi. Menjelang Dhuha, payung2 dikuncupkan, sinaran matahari yg menyilaukan menimbulkan hasrat utk aku pulang ke hotel. Sementara berjalan menuju ke pintu keluar, aku ternampak ada siling yg sudah sedia terbuka, di hati berbicara "eh...Im, apa kata kau baca Quraan kat sini, sedap ni berangin" sambil aku duduk betul2 di tengah2 bukaan siling berkenaan. Semasa membuka Quran hati berdetik "Ya Allah, kan baik kalau aku dpt tgk kebesaran kau di langit Madinah ni" jauh di sudut hati menyimpan harap dpt melihat kalimah Allah yg tidak dapat aku saksikan di kaki langit Arafah semasa wukuf tempohari. Namun harapan yg tidak sedikit pun disertai desakan. Seterusnya aku mula membaca, belum pun habis 1 mukasurat, aku membetulkan duduk ku, tangan kiri di peha dan tangan kanan memegang Quraan....aku mendongak ke langit. Subhanaallah....JELAS sejelas jelasnya, aku nampak kalimah ALIFF LAM LAM HA di langit Madinah......aku merenung tak berkelip terpegun hingga tidak sempat berkata atau berbuat apa2. Selama agak2 1,2 minit aku menyaksikan kalimah Allah......aku tunduk mengaji baru terasa sebak di dada melihat kebesaranNya sendirian di langit Madinah....bumi bertuah berkembang pesatnya agama Allah yg dipimpin oleh Rasulullah sehinggalah saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di Madinah juga aku dpt menyelesaikan juz ke 30 pada 30 Disember 2008/2 Muharram 1430. Alhamdulillah. Aku begitu pelik, jika semasa ketibaan aku pada 27 Nov di Jeddah aku mengambil masa kira2 3 -4 jam utk membaca 1 juz, tetapi bila biasa mengamalkan Quran aku boleh membaca 4,5 juz dlm masa 1 hari. Subhanallah. Keesokkannya aku menumpukan perhatian dengan membeli belah memandangkan tarikh perlepasan pulang terlalu hampir. Slps solat Subuh, aku mencari beberap tandamata buat keluarga dan kawan2. Memandangkan beg sudah terlalu berat, aku bercadang membeli sesuatu yg kecil dan ringan...Tasbih tentunya. Sebaik shj keluar dr Masjidil Nabawi, sblm sampai di Al Haram Hotel aku ternampak tasbih yg cukup menarik pandangan aku...tasbih mutiara dan batu coral (lu'lu' wa marjan)...teringat Surah Ar-Rahman yg sememangnya baru je aku baca mlm sblm itu. Tawar menawar sehingga mendapat harga yg aku inginkan aku berkata "Saya mau beli 5, tp saya tak bawa dompet skrg ni, saya dtg nanti sblm atau slps Zohor". Penjual warga Indonesia di kedai itu berkata "Boleh Bapak, lagipun skrg ni saya tak punya 5 tasbih ni, cuma ada 3 saja....nanti saya cuba carikan 5 ye.....tp Zohor nanti saya tiada di sini, jumpa teman saya ya Pak.....nanti saya simpankan, nama Bapak siapa?" Aku memberi nama dan terus pulang ke bilik.
Di bilik aku berbaring dan berbual dgn anak Uncle Salim yg belajar di sekolah agama, aku bertanya "Dik....surah Ar-Rahman turun kat mana, Makkah ke Madinah". Tanpa mau memalukan aku beliau menjawab "Alah, uncle ni buat2 tak tau pulak...takkan uncle tak tau, saya tgk uncle hari2 dgn Quran je" Saya senyum dan menggeleng kepala menjawap "Bg tau jelah mmg uncle tak tau...baru skrg ni uncle mula balik baca Quran". Beliau terus menjawap "surah tu turun di Madinah uncle....kenapa uncle tanya". Bagai satu kebetulan. Saya bingkas bangun dr perbaringan terus mandi, menukar pakaian dan bagai tidak boleh menunggu lagi, saya terus keluar ke kedai tasbih tadi. Semua di bilik bertanya "Imran...kau nak ke mana??? Baru je kau balik...kata tadi nak rehat?" Aku senyum dan terus keluar tanpa berkata apa2.
Di kedai, penjual tadi juga agak terperanjat melihat kehadiran aku yg jauh lebih awal dr jangkaan beliau. Terus melayan dan memberi aku 3 tasbih tersebut. "Eh...saya mau 5...kenapa bg 3?" saya bertanya. Beliau menjawap "Maaf ye Pak Imran...sudah kehabisan...ada 3 saja yg tinggal, ni sebenarnya stok bulan Ramadhan...skrg sudah out of stock" Aku membayar dan mau terus meninggalkan kedai. Penjual menahan dan bertanya "Pak Imran, mengapa ye Bapak dtg lebih awal dr yg dijanjikan?" Saya menjawap "ooo...tak de apa, saya suka surah Ar-Rahman....kebetulan sy baca surah Rahman mlm tadi, kebetulan juga arwah Bapa Mertua saya bernama Abdul Rahman.....td di bilik bila sy tau surah Rahman turunnya di Madinah, saya terus dtg....mau pastikan saya dpt beli tasbih ni cepat2...takut org lain beli. Mmg saya nak sekurang2nya 3, mau bagai pd org2 paling rapat dgn saya...Ibu saya yg kebetulan juga asalnya dr Indonesia, Makcik saya yg pernah menjaga saya semasa kecil dan juga Kakak saya. Kalau boleh saya mau lagi 2 tasbih...mau beri pada ibu mertua dan isteri.....". Beliau mengangguk2 dan tersenyum, membalas "baguslah Pak...moga berkat". Kami bersalaman, sempat saya bertanya "eh....Bapak ni nama apa ya?"....Beliau tersenyum menggeleng-gelengkan kepalanya menjawap selamba "Nama saya Abdul Rahman juga Pak". Saya benar2 terperanjat....bagai KEBETULAN segala2nya.
Ptg tersebut, rakan2 sebilik (Hj Nakhafi dan Uncle Salim sekeluarga) pulang ke Singapura melalui Jeddah. Alhamdulillah, aku sempat bertemu dan mengucapkan slmt jln pada kesemua mereka pd petang tersebut. Kesedihan jelas tak terbendung oleh kesemua mereka....dlm hati aku berkata "nanti esok mcmana pulak aku....tp aku rasa ok kot, tak sedih mana sgt...taklah mcm aku nak tinggalkan Makkah hari tu". Mlm tersebut aku menerima 2 tetamu - Hj Salleh dan seorang lg petugas TH yg aku tak ingat namanya tp takkan aku lupa jasa2 mereka yg byk membantu aku di Makkah tempohari. Sy bertanya sebab kedatangan mereka berdua, mereka berkata mereka ingin membincangkan butiran terperinci urusan perlepasan aku dr hotel ke Madinah International Airport.
Khamis, 1 Januari 2009/4 Muharram 1430. Berpuasa. Aku bangun Subuh, ke Masjidil Nabawi....subuh terakhir di sini. Aku rileks. Slps Subuh aku sempat masuk ke Raudah, slps solat2 sunat, hati berdetik "Eh Im, kau dah khatam 1 kali di Makkah, 1 kali di Madinah.....setakat ni je ke...what's now??? Cukup ke 2 kali khatam....kau patut teruskan mengaji, apa kata kau cuba ngaji mcm Ustaz Yazid cadangkan....khatam tiap bulan....kalau busy sgt pun at least mengaji setiap hari....mana tau dpt khatam 1 kali dlm masa 2 bulan pun bagus" Mengira2...."eh, ni dah 4 Muharram, kalau nak baca 1 juz 1 hari, maknanya kena kejar selesaikan 4 juz, sehari 2 ni.....tp mesti boleh, hari tu kau boleh baca 4 -5 juz 1 hari...MESTI BOLEH" Aku terus mengambil Quran dan mula membaca Al Fatihah dan Al-Baqarah. Membaca dan terus membaca sehingga tiba waktu dhuha. Aku keluar dr Masjid utk ke hotel...pelik cuaca mendung....mendung sesangat. Aku berfikir "ooo...mungkin awal lagi kejap lg adalah matahari" Aku pulang ke bilik dan berkemas2...sempat last minute shopping utk sahabat2 rapat di Paris. Aku lalui Zohor sptmana biasa...slps Zohor, makan dan mengaji. Cuaca Madinah kekal mendung. Aku bersms dgn Kakak "Ana, hari ni Madinah mendung terus2an, suram dan redup je" Kakak menjawap "Madinah pun sedih sbb tetamu Allah nak pulang". Bagai benar apa yg di sms, sememangnya aku lihat ramai yg meninggalkan Madinah hari itu....termasuklah aku sendiri. Slps Asar aku yg bersolat di saf2 hadapan masjid terus membuat ziarah wada' kpd Rasulullah, saat melalui Raudah dan makam baginda....dada terasa sebak....kaki teramat berat, aku cekalkan diri mengucapkan Slm dan Slmt Tinggal kpd Rasul pilihan....dan terus keluar dr Masjidil Nabawi. Pelik lagi ajaib, sebaik sahaja keluar dr makam Rasul cuaca di luar masjid menjadi terang benderang....cahaya matahari bersinar tiada mendung tiada awan kelabu. Aku kehairanan....terus melangkah ke hujung satu lagi Masjid utk mengambil sandal yg aku tinggalkan. Kira2 7,8 minit berjalan, blm sempat mengambil sandal....cuaca kembali mendung semendung-mendungnya. Aku sedikit sebak namun aku biasa2kan saja melawan rasa.
Pulang ke bilik berehat dan mengemas lagi beg. Berbuka puasa dgn zam zam dan tamar, aku bersolat jemaah Maghrib. Sempat lg bersolat di ruang atas Masjidil Nabawi.....cuaca terus mendung. Sebaik shj lepas solat aku sempat mencuri2 pandang Raudah dan Makam Baginda dr atas dan terus bergegas keluar dr perkarangan Masijidil Nabawi. Naik ke bilik mengambil beg dan terus keluar dr hotel. Kenderaan GMC sedia menanti wp sedikit lewat. Aku menerima sebotol besar zam zam atas ehsan petugas TH yg juga aku lupa namanya, orgnya muda, hansem bagai adik kpd aku...byk beliau membantu selama aku di Al Haram Hotel, namun buah tangan terakhir (zam zam) yg beliau beri benar2 buat hati aku tersentuh...memandangkan mengikut paraturan sbg jemaah haji luar negara, Kerajaan Saudi tidak menyediakan air zam zam. Aku tidak mengetahuinya dan tidak pula membawa zam zam dr Makkah tempohari. Jasa petugas tu hanya Allah yg membalasnya.
Aku menaiki GMC sekali lg dgn Tuan Hj Salleh dan seorg petugas Madinah Fitri namanya, berketurunan Melayu mungkin seusia dgn aku, dilahirkan di Madinah dan kini berkerja di Jeddah. Kami bertiga berbual rancak sepanjang perjalanan ke Madinah Airport yang hanya 30 minit saja dr hotel. Tiba di airport Hj Fitri dan Hj Salleh membantu urusan check in dan sebagainya. Selesai dlm sekelip mata, aku bagai tak percaya begitu mudah urusan di sini....spt juga urusan check in aku di kaunter Saudi Air masa di Paris tempohari di saat perlepasan ke Jeddah. Mereka berdua menghantar aku sehingga ke gate keselamatan. Aku bersalaman dgn Hj Salleh....tetiba perasaan sebak yg teramat sebak terbit di jiwa....beliau memeluk aku dgn erat....aku masih menahan gelora yg meluap2. Aku memeluk Hj Fitri yg baru aku kenal kira2 45 minit tadi.....tanpa dpt aku kawal lagi aku bagai kehilangan nafas, dada berombak kencang, ganas bergelora...aku menangis terisak-isak sampai menggigil seluruh badan. Hj Fitri cuba menenangkan aku dgn memeluk aku erat2 dan terus bertanya "Hj Imran....kenapa ni...kenapa ni...mengapa tiba2 Tuan Hj jd mcm ni....jgnlah" beliau seakan kehairanan mengapa aku yg tadi berbual rancak dgn beliau di dalam kereta tetiba menangis terisak2 bagaikan anak kecil. Aku hanya menggeleng2 kepala....sendiri tak mengerti mengapa. Dr ekor mata aku lihat Hj Salleh tertunduk di sisi dgn lingangan airmata juga. Hj Fitri terus memeluk erat, dan tanpa aku rencana terpacul keluar dr mulut aku "Saya cemas....saya cemas, saya cemas" Fitri bertanya kehairanan...."cemas kenapa....kenapa haji, apa yg dicemaskan" aku membalas "saya cemas jika Allah dan Rasul tak jemput lagi saya menjadi tetamu Allah di Makkah dan Madinah"....saya terus menangis dan menangis. Hj Fitri memeluk aku dan berkata "MasyaAllah, SubhaAllah, Hj...percayalah, tentu Hj akan dtg lagi ke sini...saya akan doakan ye....sudahlah Hj, jgn bersedih lagi" Airport Madinah kosong tika itu.....petugas keselamatan, petugas imigresen semua melihat apa yg terjadi....aku bagai tak kisah apa lagi. Slps reda gelora, aku menarik beg dan terus masuk ke boarding gate. Di dalam boarding gate, aku terus mencari tmpt duduk dan mengaji dan terus mengaji Juz ke 2 Surah Baqarah...airmata terus menitis satu persatu di lebaran surah yg di baca. Aku cekalkan hati memujuk diri "Im, nanti kau dtg lagi, dtg dlm keadaan yg lebih sempurna" aku terus mengaji. Hati berdetik lagi "Im...kalau kau betul2 sayangkan Allah sayangkan Rasul, kau mesti terus mengaji mesti tetap dgn Al-Quran" sambil bertekad aku berdoa sblm meninggalkan bumi Madinah agar dipermudahkan utk terus kekal mengaji setiap hari sepanjang tahun sehingga akhir usia.
Tiba masa berlepas, mata terus berkaca2, aku mendaki tangga pesawat, langkah yg di atur serasa berat. Kaki yg memijak bagai terpasak di bumi, kepala bagai terpasung di langit Madinah al-Munawarrah....hati kekal di Makkaahtul Mukarramah. Menunggu saat perlepasan, aku terus mengaji.....dengan nada sebak terisak keseorangan di tempat duduk aku ditemani airmata membaca bait2 akhir Ayat 231 - Surah Al-Baqarah, di saat akhir kapalterbang tidak lagi menjejak bumi Madinah. Aku ucapkan selamat tinggal pd Madinah, dr ruang udara Madinah ku lihat Masjidil Nabawi bergemerlapan...bagai melambai2 agar aku kembali, hati terus berkata2 "Ya Rasul, memang tak ditakdirkan kita bertemu di dunia....aku redha asalkan aku dpt selalu menziarahi Mu di sini......" Gemerlapan cahaya Masjidil Nabawi...sedikit demi sedikit pudar terus lenyap dr pandangan, namun kerinduan aku pada Makkah dan juga Madinah tak mungkin lenyap, tak mungkin pudar.....di celah kegelapan langit malam dan awan mendung Madinah, aku merayu merintih pd Allah pd KekasihNya "biarkanlah aku terus merindui Mu tanpa jemu, hidup dan mati ku hanya untuk Mu"
................TAMAT

24 comments:

  1. salam tuan haji Imran...
    oleh kerana kisah ni dibawah nya ada kalimah TAMAT akak terus baca dan membacanya hingga ayat terakhir...
    walupun akak dah 3 kali kesana , tapi coretan tuan haji , tukar panggilan jap...banyak menghidupkan kembali nostalgia bertahun2 dahulu dan sebagai pembakar semangat untuk bulan Jun nanti , tolong doakan akak untuk kesana lg dan dpt beribadat dgn sempurna se sempurnanya yer...
    semoga kita semua menjadi ummat yg dikasihi dan mendapat syafaat dr Baginda kelak..

    ReplyDelete
  2. Salam Bro. Imran,

    Entah untuk berapa kali, air mata ini tidak mampu ditahan tatkala membaca coretan bro. Setiap baris bicara seperti membawa saya ke sana. Syukur alhamdulillah bro berpeluang berdoa di Raudah dalam satu jangkamasa yang saya anggap lama dan itulah yang dikatakan rezeki. Moga saya juga begitu, andai tiba di sana. Rasa rindu makin mendalam untuk melihat sendiri Baitullah dan berada di Masjid Nabawi. Doakan agar mimpi saya selama ini menjadi kenyataan. "Ya, Habibi jadikan aku yang daif ini sebagai tetamuMu."

    ReplyDelete
  3. Kak Umi Humairah....inysaAllah, pemergian Akak bulan Jun nanti akan meninggalkan kesan mendalam berpanjangan dan bermakna buat diri Akak dan keluarga.

    TAMAT....hanya 1 ungkapan...yg sebenarnya bukanlah TAMAT sptmana biasa tp ianya 1 titik permulaan baru dlm hidup. Kembara haji membuka lembaran baru dlm hidup, that day on i see world in a totally different perspectives.

    InsyaAllah, syafaat Rasulullah menjadi milik kita jua di akhirat nanti. Akak doakan sy pergi sana lg ye....thanks

    ReplyDelete
  4. Rusyaini,

    InsyaAllah, di doakan Rusyaini dijemputNya segera. Bulatkan tekad, mantapkan semangat, usaha sedaya mungkin utk ke sana...berdasarkan hasrat mendapat keredhaanNya.

    Rusyaini, saya tak sangka masa meninggalkan Madinah sy sebak sebegitu rupa. Sepulangan sy ke Paris sy memberi tau isteri "Nasib baik Im ditakdirkan balik melalui Madinah, rasanya kalau Im balik melalui Makkah.....mmg tak tertinggallah bumi barakah...mau Im terus duduk sana tak nak balik lg" Saya rasa Allah tau hati saya sbb itu ditakdirkan perjalanan sy berakhir di Madinah.

    Raudah....yakinlah peluang utk ke taman syurga tetap ada....insyaAllah dpt dlm masa yg pjg...lebih pjg dr yg diharapkan but again remember kuantiti masa tiada ertinya jika peluang yg ada disalahguna. Biar sekejap di sana, tp pergunakanlah sepenuh2nya.

    Thanks Rusyiani....salam taaruf dr saya

    ReplyDelete
  5. salam haji,

    Tima kasih kerana bingkisan yang terlalu indah ini....mudah2an kasih kita semua terhadap Pencipta dan Kekasihnya tidak akan pudar selama2nyar...amin..

    ReplyDelete
  6. Perjalanan haji benar2 boleh menerobos hati insan bagi yg benar2 ingin mencari dan berfikir. Hanya hati2 yg mendpt hidayah yg boleh menangis/merintih akan kebesaran Ilahi.

    Org lelaki beruntung mendpt tempat yg luas di Raudah tanpa mengira masa. Tapi sedikitpun saya tak rasa iri. Berbeza dgn wanita, ada waktu2 tertentu Raudah boleh dimasuki dan mengikut negara/region. Kali pertama masuk ke Raudah, saya menunggu giliran hampir sejam. Apabila masuk ke kwsn Raudah, ruang dan masa benar2 terhad, hanya cukup untuk solat sunat 2 rakaat. Nak berdoa perlu dilakukan masa bersujud, itupun tak sampai 5 minit. Kalau lama sikit akan diminta keluar oleh petugas.

    p/s Mungkin di Madinah dulu kita pernah bersua, tetapi tidak mengenali krn saya menginap di movenpick. Saya pun mmg cukup suka mkn ais krim di situ...lazat betul rasanya yg tiada di mana2.

    ReplyDelete
  7. Salam. Encik Imran, terima kasih atas perkongsian pengalaman ini. Ibu saya yang membaca juga turut mengungkapkan rasa terharunya pada saya bila membaca perkongsian pengalaman encik menjadi tetamu Allah. Saya juga berharap dapat menghantar keluarga saya ke sana juga suatu hari nanti, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. Mona, thanks for visiting me again. InsyaAllah kita terus didlm keberkatanNya...merinduNya setiap saat waktu hingga ke akhir nyawa. Salam lebaran buat Haris ye.

    ReplyDelete
  9. Ina,

    Mmg betul kembara haji perlu dilihat dgn mata hati....tak dpt dijangkau dgn mata kasar. Itu yg pelik, bila mata hati menilai hati dan mata kasar akan sama2 merintih.

    Raudah...jgn difikirkan sgt Ina, mcm saya kata kaliti jauh lebih peting dr kuantiti masa. Wanita punyai tmpt yg terlalu HEBAT dlm agama, jauh lebih istimewa dr lelaki sebenarnya.

    Oh....Ina duduk Movenpick, confirm kita pernah jumpa sbb setiap mlm slps Isya' saya akan ke Movenpick bertemu Makcik dan Kak Zauyah....sementara menunggu sy makan aiskrim di lobby ruang makan jemaah2 haji. Ina masa di Makkah duduk di Hijjaz Hotel ke?

    Thanks

    ReplyDelete
  10. Raudah....saya suka betul nama ni.

    Saya doakan segalanya dipermudahkan buat Raudah dlm merealisasikan impian menghantar keluarga ke Tanah Suci. Sy punya sahabat rapat, bertugas sbg guru, bygkan semasa berumrah beliau bertekad utk memimpin kedua org tuanya menunaikan haji....namun beliau sedikit risau memandangkan duit simpanan tak byk mana pun. Percaya tak percaya, dlm masa 1 tahun beliau dan isteri dilimpahi rezeki dan dpt mengumpul duit sebanyak RM40,000 dan terus menunaikan haji bersama isteri, mak dan abahnya. Subhanallah.

    Slm pd ibu Raudah ye. InsyaAllah dimakbulkan segala yg beliau impikan

    ReplyDelete
  11. Salam IP,
    Tahniah dengan bingkisan dan pengalaman haji IP, memang menarik dan penuh dengan kisah yang menyentuh hati apabila kita berdoa kepada Allah, kisah Raudah, kisah langit dan yg paling menyentuh hati saya masa IP memeluk dua petugas yg menghantar sdra di airport Madinah... tahun lepas masa di Jeddah saya peluk mutawwif ( Ustaz Jaafar Nasution)ketika nak bertolak pulang selepas umrah...saya pun sebak sgt padahal saya bukan mudah nak peluk orang yg baru saya kenal. Saya jugak mintak ustaz tu doakan saya datang lagi untuk buat Haji pulak......sedih sgt masa tu.

    Saya percaya dan yakin Allah akan perkenankan doa saya untuk kerjakan haji di masa akan datang. Amin.

    ReplyDelete
  12. En Rosli, kepercayaan dan keyakinan yg ada dlm diri En Rosli tentu akan diperkenankanNya jua. InsyaAllah ur turn will be next year, yg penting usaha, percayalah Allah janjikan segala yg terbaik buat hambanya apalagi buat tetamu2 rumahNya.

    Kisah yg sy lalui mmg menyentuh hati, semasa mengetuk keyboard laptop menceritakan apa yg saya lalui pun membuat saya sebak. Moga hidayahNya sentiasa bersama kita hendaknya.

    Thanks En Rosli.

    ReplyDelete
  13. Salam En. IM,

    Alhamdulillah, En. Im ,bertuah dapat lama duduk beribadat di Raudhah,ibadah bersungguh2, itulah hadiah yang Allah beri pada En. Im, kalau lah masa tu kita dah kenal boleh sama2 dengan suami akak kan,akak pun duduk di Movenpick. Cara En Im beramal dan berdoa indah sungguh, semua doa diperkenankan ,insyaallah En. Im haji mabrur , sama2 kita doa . Allah janjikan syurga bagi yang mendapat haji mabrur En. Im, semoga doa dimakbulkan.

    Akak terharu membaca kisah En. Im, ni, bukan saja diRaudhah tapi pada setiap tulisan2 yang terdahulu juga.

    Doakan akak dapat kesana lagi En.Im, teringin sangat untuk sembahyang diRaudhah lagi, mengucap salam pada Rasullullah SAW, masa tu akak pun dilambai dan dijaga oleh pengawal tu,dapat bersolat agak lama juga tapi orang terlalu ramai, akak rasa serba salah untuk duduk lama2, pengawal tu tak halau, malahan dia jaga, kepong akak, terharu sungguh, akak pergi berkawan, hingga kawan2 akak ternanti2,mereka disuruh keluar,tu lah mereka hairan akak kenapa dia tak suruh keluar,padahal mereka kat belakang akak je, cuma berkongsi pengalaman dengan En.Im, terharu kan En. Im bila orang beri kesempatan kat kita macam tu, sebab tu akak boleh rasa macam yang En. Im ceritakan .

    ReplyDelete
  14. Salam IP,
    Saya menghayati penuh perjalanan Mekah ke Madinah selepas haji... penuh kesyahduan meninggalkan kaabah untuk menziarahi Rasulullah SAW. Kerinduan pada Raudhah dapat saya rasakan sehingga seolah-olah tercium bau minyak wangi di raudhah. Beruntung Cik Im menyambut hari lahir di taman-taman syurga..

    Beruntung Cik Im, dapat lihat kalimah suci alif lam lam ha di langit Madinah, Allah mendengar permohonan Cik Im... Cuba Cik Im dapatkan suasana keinsafan penuh ketaqwaan seperti di Madinah, Insya Allah dapat melihat kalimah Allah di langit Paris dan dimana jua selepas ini. Saya pernah terbaca di Bukit Uhud banjir besar pernah berlaku disini sehingga terkeluar jenazah para syuhada, semasa dikebumikan semula seperti baru syahid dengan darah yg masih mengalir, Subhanallah... Allahuakbar.

    Indahnya tengok Masjidil Nabawi penuh cahaya diwaktu malam, saya hanya pernah alami diwaktu siang sahaja (3 kali) dan selebihnya semuanya mendarat & berlepas dari Jeddah. Semoga Cik Im dapat jemputan ke bumi barakah ini, cuba rasai pula umrah bulan Ramadhan pula, jika bulan Syaaban mungkin berpeluang melihat pintu kaabah dibuka untuk cucian dengan air zam-zam/minyak wangi. Bulan2 lain pun Insya Allah peluang tetap ada, kadang dibuka untuk pembesar negara... mimpi Cik Im akan akan menjelma secara realiti!. Wassalam.

    ReplyDelete
  15. Kak Sidah,

    InsyaAllah nanti kita dpt jemputNya lagi dan lagi. Betul Kak, mmg rezeki rezeki org, pelik ada jemaah langsung tak diganggu pengawal biar pun lama duduk beribadah di Raudah, ada tu baru solat sunat 2 rakaat dah di arah keluar. Pada 1 ketika saya menunggu utk di arah keluar tp langsung tak di halau...itu yg sampai ke Isya' sy di Raudah. Alhamdulillah. Cukup kali ke 3 saya dpt peluang sebegitu, saya putuskan utk tidak mau tamak, wp pengawal tak suruh keluar saya sendiri bangun dan memberi laluan utk jemaah lain....tentu mereka yg lain turut berhak beribadah di taman syurga...mana tau untung2 kita bg jemaah lain peluang esok2 kita pun di beri peluang yg lebih baik olehNya...itu pendirian saya. Alhamdulillah slps tu setiap kali tergerak nak masuk Raudah, terus ia dipermudahkan...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. Kak Zie...mmg indah terlalu indah tak mungkin dt digambarkan atau dizahirkan perasaan bila menyambut ulangtahun di taman syurga. Alhamdulillah.

    Zie, kalimah2 Allah....suatu kebesaran Allah yg sy pohon, takut juga jika permohonan sy tu seolah2 menidakkan kebesaran Allah...alhamdulillah Allah tak berprasangka sebegitu, Dia cukup tau hati saya. Kak Zie...betul apa yg Akak kata, kalimah Allah di langit Madinah bukanlah kali terakhir melihat kebesaranNya, sepulangan saya ke Paris ada bbrp kali perkara yg sama berlaku...SUBHANALLAH, namun sy rasa tak perlulah sy kongsikan semuanya di blog ini,takut lahir rasa riak pulak dan takut org tersalah anggap, insyaAllah kalau kita jumpa sy citekan.

    Kak ZIe...semua org tentu ingin masuk ke dlm Kaabah....saya turut mengharap tp yakin peluang beribadah di Hijr Ismail yg merupakan sebhg drp Kaabah sudah cukup memuaskan hati. But of course deep inside saya nak sgt masuk dlm Kaabah...oh ye, ingin sgt bermimpikan Rasulullah...harap dimakbulkanNya esok2 nanti.

    Thanks Zie

    ReplyDelete
  17. salam
    SUBHANALLAH benar2 mengkagumkan ngn peristiwa2 kenangan ini. Bertuahnya encik im..andainya tidak menjadi rahsia ...izinkan saya bertanya apakah niat dan rahsia hidup cik im sehingga dipermudahkan ALLAH pertemuan di mekah dan madinah...

    menghayati baris demi baris saya merasai alangkah bertuahnya andai itu adalah saya...tetapi saya belum mendapat undangn ILAHI lagi....

    terimaksih ats kongsian ini kerana ia membawa satu rahsia hati bahawa kita mampu melaksanakannya jika hati dan niat tepat... Saya mengidamkan sebelum mata terpejam kaku semuga dapat meyempurnakan ibadah ini. tolong doakan saya juga...
    amin

    ReplyDelete
  18. Tuan Haji Imran,

    AKhirnya saya berjaya habiskan bacaan kisah Haji Tuan hari ini. Subhanallah. Jazakallahu khairan sekali lagi.

    ReplyDelete
  19. Ainhany....salam taaruf dr kami sekeluarga buat Ain. Saya baca komen Ain, 2,3 hari lepas...tak terjawap saya soalan yg AIn tanya. Andai saya tau akan saya sampaikan segalanya. Ain, saya ni biasa2 je...terlalu jahil, baru nak belajar balik ilmu agama....tak de apa2 yg istimewa mengenai saya. Saya yakin Ain jauh lebih hebat dr saya...YAKINLAH...dtglah pdNya dgn sejuta keikhlasan, semuanya Ain akan lalui dgn penuh keberkatan.

    Thanks for visiting my humble blog.

    ReplyDelete
  20. Suria...alhamdulillah, harap Suria dpt ilmu drpnya...dapat 1,2 ilmu pun jadilah. Bila Suria dgn Naha pulak nak gi??? Sy doakan segalanya dipermudahkanNya buat Suria dan Naha, insyaAllah. Thanks for visiting me here :-)

    ReplyDelete
  21. Salam IP,

    Akhirnya habis jugak saya membaca kisah perjalanan haji ini tp saya keN3 Iman Muhammad Rayn dulu then dtg balik sini.

    Lambatnya nak habis baca sebab terhenti-henti lap airmata dulu. Walaupun ramai diantara kita yg dah pergi menunaikan ibadah haji tapi tak semua org benar2 dpt menghayati ibadah itu sendiri. Insyaalah, saya rasa IP antara mereka yang betul2 dapat menghayati keistimewaan ibadah haji...keistimewaan berada dibumi Makkah terutama di Baitullah dan keistimewaan berada dibumi Madinah terutama diMasjid Nabawi dan Raudah..... Saya frustlah kisah perjalanan haji dah tamat...

    ReplyDelete
  22. Ummu Adam...terima kasih sbb sempat jenguk Iman Muhammad dan juga n3-n3 haji saya. Sebenarnya byk lagi kisah2 haji yg ingin saya bicarakan...tp tak tertulis, nanti akan saya sampaikan insyaAllah dlm n3 lain.

    Ummu mmg sebak perjalanan haji saya, kalau org yg membaca terasa, apakan lg saya yg melaluinya. Alhamdulillah, wp saya rasa bertuah dpt melalui dan menghayati perjalanan haji namun jauh disudut hati saya masih tertanya2 kesempurnaan haji, dan iman diri. Ntahlah, buat saya risau sentiasa.

    Ummu, jgnlah frust cite haji dah tamat, lepas ni saya nak sambung 1 lg n3 kisah disebalik nama Iman Muhammad Rayn dan n3 istimewa berkemungkinan tajuknya - Natrah (Martha Hertogh) yg aku kenali. TUNGGUUUUU

    ReplyDelete
  23. aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih ... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.

    ReplyDelete
  24. The community will quickly reject this model and before long your components will have been removed from the baseline in favour of alternative contributions

    Obat Pelangsing

    Obat Pembuluh Darah

    Obat Herbal Tiroid

    Zinc Tablet Anak dan dewasa

    ReplyDelete