Ya.........tepat sekali ungkapan ini....dan perjalanan umrah kami sekeluarga kali ini begitu jelas limpahan rezeki dan kurniaan kasih sayangNya yang kami raikan sepanjang hampir 3 minggu di Makkah dan Madinah.
Selesai urusan di kaunter, saya segera bergegas pulang ke pejabat, dlm perjalanan sempat saya menghubungi isteri dan menceritakan tarikh penerbangan yg dpt di awalkan 2 hari kpd 27 April. Terus isteri membalas "eh....Im perasan tak, date tu nanti Iman genap 5 bulan".....saya terdiam, mmg tak perasan langsung...pelik pun ada gak sbb tarikh yang sama 27 Nov 2008 adalah tarikh saya berlepas utk menunaikan haji, manakala 27 Nov 2009 kebetulan hari raya haji lalu, baby Iman dilahirkan....alhamdulillah atas ketentuanNya.
Mlm yg sama, sy hubungi CL PDKM dan menceritakan yg kami akan tiba di Makkah pd 27 April slps Maghrib dan Iman genap 5 bulan. Serta merta CL berkata "Subhanallah Dato'.....bagusnya, boleh bawak baby tawaf sempena dia 5 bulan". Berkaca mata saya mendengar ungkapan CL yg tak pun sy fikirkan sblm ini......terharu melihat kebesaran dan kurniaan Allah pd kami sekeluarga....alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Mmg jd nyata, mlm 27 April ketibaan kami di sambut meriah oleh CL di Safwah Hotel dan Iman Muhammad Rayn yang genap 5 bulan kami bawa masuk ke Masjidil Haram buat kali pertama dan terus bertawaf bersaei. "Nikmat Tuhan mana yg ingin kamu dustakan" Kenikmatan yg tak terduga dek akal.....ALLAHUAKBAR!!!
2 mlm seterusnya (Khamis 29 April) dlm pada saya, CL, Hj Arshad dan BoxHouse leka bersembang slps solat Isya', sy dijemput turut serta utk bersama Sdra Lutfi yg mengadakan majlis makan mlm sempena tarikh kelahiran isteri tercinta beliau Najwa........ramai kenalan baru yg di temui termasuklah Sdr Lutfi sendiri yg sblm ini hanya saya kenali melalui blog Na5wa. Teruja dgn kegigihan beliau sbg seorg suami yg bersungguh2 meraikan hari kelahiran isteri dgn sambutan yg cukup meriah lg bermakna bg saya sendiri. Lengkap dgn kejutan persembahan multimedia tribute buat isteri tercinta, kek aiskrim (CL suka betul kek tu tau), pelbagai jamuan, kuih muih, dan tak lupa sejambak bunga buat isteri tercinta. Teringat kata2 beliau yg lebih kurang berbunyi "tak de apa nak bg sbg hadiah melainkan 2 anak zuriat sbg tanda sayang"...."romantik giler budak ni"...kata sy dlm hati. Sy juga tak lupa bila Najwa di minta membuat sedikit ucapan....dlm kekeluan dan genangan airmata, beliau berkata "terima kasih......saya cuma harap org tua saya ada bersama2 di sini skrg ni".....begitu mendalam kata2 ringkas ni, goyah juga jiwa saya bila mendengar kata2 beliau.....hanya Lutfi dan Najwa shj yg benar2 mengerti kata2 tersebut, namun sy dlm hati ingin sekali luahkan pd Lutfi dan Najwa "percayalah Allah akan kurniakan segala yg terbaik di langit dan di bumi buat kalian sekeluarga"
Berada di kalangan sahabat taulan dan pasangan muda (Lutfi dan Najwa) yg mungkin baru 3,4 tahun berkahwin sy terkesima, berkata lg dlm hati "eh....bagus betul Lutfi sbg seorang suami, wp baru dlm dunia rumahtangga tp sungguh2 raikan dan hiburkan hati isteri di hari Harijadi, utk wife aku sendiri pun aku tak pernah buat mcm ni". Sy kutip byk ilmu dr kegigihan Lutfi yg layak bergelar adik kpd sy wp beliau muda namun kelihatan matang melayari bahtera rumahtangga.
1 hari berikutnya (16 Jamadilawal) kebetulan jatuh tarikh pernikahan sy dgn isteri mengikut tahun Hijrah. Mmg sejak di Paris lg telah sy khabarkan pd CL, dan bertanya kalau boleh saya nak beli kek pd hari berkenaan. Namun bila tiba hari berkenaan....CL kelihatan sibuk, sy cuba hubungi beliau, bagai susah nak di hubungi. Lewat ptg, sy hampir putus harap tp dlm hati berkata "alah tak pe kot, si Mai (wife) ni pun bukan sedar yg hari ni hari anniversary" So sy buat2 tak tau jelah....kalau jumpa CL bolehlah bincang, kalau tak, tak pe....no problem sgt. Tetiba jam 5.45 ptg telefon berdering. CL di hujung talian. Hati sy melonjak nak bertanya hal kek...namun sy pendamkan sbb isteri ada di bilik bersama. Kami sembang biasa2 je, saya dlm hati berkata "alamak CL ni pun tak tanya apa2...mcmana aku nak ckp ni...nanti wife tau pulak". Cuma sblm meletak gagang telefon CL bertanya "Dato', keluar sembahyang (Maghrib) pukul brp?" Saya membalas "errr...dlm stengah jam lg", CL membalas ringkas...."eh....awal tu, lewat sikit pun tak pe". Wp sedikit pelik dgn saranan beliau, saya sekeluarga terus bersiap utk keluar bersolat di MH.
Beberapa minit ketika terdengar "KRRRRIIIIINGGGGGGGGGGG", bunyi loceng pintu bilik. Isteri terus bertanya, "sapa pulak tu, Im, Im tgk ye, Yaya masuk bilik air pakai tudung". Hadi, Amirah dan Nadia berlari ke muka pintu dan terus membuka daun pintu "Haaaaa......."semua tercengang melihat segerombolan petugas Safwah yg semuanya ala2 pelakon Bollywood yg diketuai oleh CL di depan pintu bilik. Hadi dan Amirah terus bertanya kehairanan "Eh....kek ni sapa punya?" CL tersenyum mesra, sy tak tau nak kata apa....isteri lagilah terperanjat besar sbb dia tak sedar langsung tarikh tersebut adalah hari ulangtahun pernikahan kami ye ke 11. What a sweet and pleasant suprise. TQVM CL. Slps bbrp ketika bergambar, kami sekeluarga terus ke MH, di dlm MH sementara menunggu Maghrib, sy syukuri limpahan nikmat Allah atas kehadiran ibubapa, mertua, isteri dan 4 cahaya mata penyeri hidup saya selama ini. Tentunya tak lupa kurniaan Allah kpd sy sahabat seluhur CL yg bersungguh2 memenuhi hasrat seorg sahabat yg baru je dikenali bbrp hari di hari ulangtahun pernikahan sy....alhamdulillah.
Hari terakhir di Makkah pd Umrah 1431.....sy mendpt mesej serta panggilan telefon drp boss lama Dato' Dr Malek Shah yg kini bertugas di IDB Jeddah. Pada masa yg sama terima juga panggilan dr Dr Razley yg bertugas di OIC Secretariat Jeddah yg pernah saya temui pada tahun 2008 semasa beliau berseminar di Paris. Kedua2 pegawai atasan ini, berhasrat menemui saya di Makkah. Berulang kali saya nyatakan "tak payahlah Dato' susah2 dtg ke Makkah jumpa saya, dah dpt cakap kat telefon pun dah ok sgt ni". Beliau membalas "no Imran, i will make sure I will come to se u and your family 2nite". Begitu juga dgn Dr Razley yg menjawap "eh....u dtg jauh2 dr Paris, mestilah sy dtg jumpa u, mesti nak jumpa jugak".
Kebetulan mlm tersebut seorg lg sahabat blogger - Hj Arshad menjemput kami sekeluarga ke Hotel Manazil utk makan-makan. Slps Isya' saya terima panggilan dr Dato' Dr Malek yg menyatakan beliau telah berada di lobi hotel Safwah. Sewaktu itu sy masih di MH....bergegas sy ke lobi dan bertemu beliau dan juga Tuan Syed (sahabat Dato' Malek) yang turut sy kenali sejak 2 tahun lalu semasa mengerjakan umrah 2008. Kami sekeluarga bersembang, bergambar dan bercerita tentang pelbagai perkara. Slps bbrp ketika, telefon bimbit berbunyi "Imran, u kat mana ni, saya (Dr Razley) dah lama tunggu u kat Hotel Manazil" kata Dr Razley. Saya sekeluarga dan Dato' Malek serta Tuan Syed segera berjalan kaki ke Hotel Manazil dan bertemu Dr Razley dan semua tetamu lain yg turut di jemput oleh Hj Arshad. Berbual hanya dlm 10 -15 minit sahaja dgn Dr Razley, beliau meminta diri, memandangkan beliau ingin segera pulang ke Jeddah slps menunaikan umrah dan bertemu kami sekeluarga di Makkah. Begitu juga dgn Dato' Dr. Malek, wp berulang kali Hj Arshad menjemput beliau makan malam bersama, beliau menolak dgn baik utk segera membuat bersolat dan bertawaf sunat di MH. Saya sangat teruja dgn sikap rendah diri kedua2 pegawai atasan ini....wp hebat, berpangkat tinggi, berkedudukan sbg pegawai kanan IDB dan OIC, tp kedua2nya cukup merendah diri, tak sombong, sanggup meluangkan masa dan usaha utk dtg jauh2 mlm2 hari semata2 mengukuhkan ukhwah yg terjalin sblm ini . Kerendahan hati dan budi bahasa Dato' Dr Malek dan Dr Razley buat saya lebih bersyukur kpdNya atas limpahan kasih sayangNya kpd kami sekeluarga dgn mengurniakan kenalan seumpama mereka....alhamdulillah.


Slps Dr Razley berangkat pulang ke Jeddah di ikuti dgn kepulangan Dato' Dr Malek dan Tuan Syed, kami di Hotel Manazil di jamu oleh Hj Arshad dengan pelbagai juadah....sedap semuanya, terutamanya tomyam dan sambal belacan...mmg kick abis. Tetamu lain spt Ustaza Dusuki, Karim, Ustaz Meor, Azam (yg sebenarnya turut berhasrat menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau), CL, sememangnya telah lama selesai menjamu selera...hanya menunggu kami sekeluarga untuk meneruskan program usrah yg disampaikan sendiri oleh Ustaz Dusuki. Mmg menarik usrah yg disampaikan, tambahan peluang yang diberikan utk kami semua berdialog dgn Ustaz.