Followers

Monday, May 17, 2010

Umrah 1431 : Dari Kota Eiffel ke Bumi Baitullah


Selasa 27 April, kira-kira 3 minggu lalu, kami sekeluarga di Paris bangun awal pagi utk bersiap berlepas ke Jeddah. Jam 6.30 pagi deringan telefon memecah keheningan waktu Syuruk di Paris. Spt yg dijangka, panggilan dr Ibu di Kuala Lumpur, bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat utk perjalanan anak, menantu dan cucu-cucu di Paris.

Jam 8.00, terima sms drp suami kpd PA Pejabat yang mengucapkan selamat atas segalanya.

Jam 9.15 pagi kereta yg di sewa menanti di bawah apartmen dan membawa kami terus ke Charles de Gaulle Airport Paris. Jam 9.50 pagi tiba di airport dan terus check-in di kaunter Saudi Air, alhamdulillah begitu mudah, kurang dr 5 minit segalanya selesai.....sayatersenyum teringatkan perjalanan haji yg aku mulakan dgn hanya 2 minit di kaunter check-in....subhanallah.

Kami terus masuk ke boarding gate dan menyelesaikan urusan imigresen, alhamdulillah, lancar segalanya. Jam 10.15 pagi, terima panggilan dr En Li PDKM yang dr riak suaranya dpt saya rasakan begitu teruja dan tak sabar menanti ketibaan kami sekeluarga ke Tanah Suci Makkah.

Kami menaiki pesawat jam 12 tengahari, penerbangan tertunda kira2 20 minit. Jam 12.55 kami berlepas, dlm hati tak putus2 berharap agar segalanya di permudahkanNya jua.

Sejam selepas berlepas, kami dihidangkan dgn pelbagai makan tengahari yg menyelerakan...siap ada kids meal buat Hadi, Amirah dan Nadia, serta babies food buat Iman. Diiringi juga dgn buah tangan dr Saudi Air buat kesemua anak2....mmg best layanan Saudi Air...everytime, alhamdulillah.

Lepas lunch semua lena tertidur, saya terus berjaga-jaga utk memastikan masa berihram dan tidak terlepas niat di miqat. Jam 3.30 pm (waktu Paris) saya terus membangunkan Hadi yg sedang tidur dan menyiapkan Hadi berihram, di ikuti dgn saya sendiri dan anak2 yg lain termasuklah si kecil - Iman.
Kira-kira jam 5.40 waktu Paris (6.40 waktu Makkah), kami diingatkan berniat ihram (umrah) oleh pramugara bertugas. Tepat jam 7.10 mlm tibalah kami di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Semua urusan imigresen dan kastam selesai dlm masa kurang 1 jam....alhamdulillah, kami keluar ke arrival hall dan slps bbrp ketika kami di sapa oleh pemandu bertugas yang membawa kami terus ke Kota Makkah.

Jam 10.00 mlm kami tiba di Al-Safwah Royale Orchid Hotel....ketibaan kami disambut oleh tak lain tak bukan si celebriti empunya blog PDKM....wah bukan main bergaya lagi orgnya. Itulah kali pertama kami bertemu slps berkenalan dlm 1 tahun secara maya. Kami di bawa terus ke aras hotel yang menempatkan bilik kami. Dlm ralit bersembang di dalam lif, kami tak perasan pun aras mana bilik yg disediakan oleh boss PDKM, cuma bila tiba di lobi aras berkenaan saya terperasan "TWENTIETH FLOOR", terpacul dr mulut saya kpd isteri dan kpd En Li "eh...Mai, bilik kita kat tingkat 20 rupanya.....En Li, En Li, kalau nak tau, no 20 ni mcm mengikut kami mana je kami pergi, dulu rumah kat Msia no 20, tiba Paris pun dpt rumah no 20, ni kat Safwah pulak dpt bilik tingkat 20....mcm kebetulan je". Isteri saya diam tersenyum, manakala En Li membalas "Dato' (panggilan En Li buat saya yg tak pun saya approved sebenarnya...hehehe), ok tak kalau saya bagi Dato' bilik no 2020?" Saya tercengang seketika, dlm hati berkata..."pelik ye, mcmana tergerak hati En Li ni nak bg bilik no mcm tu kat kami???"



Tiba di bilik....SUBHANALLAH....cantiknya, semuanya disusun indah bagai kamar peraduan raja sehari.....saya tabik spring kat En Li.....mmg teliti dan hebat perancangan dan sambutan beliau utk kami sekeluarga. Lepas berbual dan berfoto dlm 5 - 10 minit, beliau meminta diri. Kami terus bersiap, membersihkan diri, berwuduk, bersolat dan berfoto2 lg sblm keluar meninggalkan bilik utk ke Haram jam 10.40 mlm utk berumrah.


Tiba di Masjidil Haram, kami terus melunaskan tawaf umrah diikuti dgn solat sunat tawaf 2 rakaat, meneguk air zam zam, bersaei dan akhirnya bertahalul pada jam 12.15 tengahmlm. Sedikit pelik, bilamana, Baby Iman begitu tertib sepanjang kami bertawaf, langsung tidak meragam. Bgmp bila tiba di pusingan ke tujuh, slps melepasi Rukun Yamani, tetiba Iman bersuara menangis terisak-isak bernadu sayu......saya tertanya2....kenapa ye? Begitu juga semasa bersaei....Iman tertidur dipusingan ke 3....nyenyak tidurnya, sehinggalah kami tamat pusingan ke 7, sblm bertahalul, Iman sedar dari tidur dan terus aktif sehingga kami pulang ke bilik 2020.
Selepas selesai semuanya kami berpatah pulang ke hotel berehat seketika. Sementara anak2 dan isteri membersihkan diri untuk tidur, saya keluar mencari makan malam. Jam 1.30 pagi, semua selesai makan dan tidur. Slps membersihkan diri, saya cuba melelapkan mata....mmg tak dpt, ke kiri ke kanan saya mengalihkan badan utk tidur bg memastikan saya bangkit sblm Subuh, tetap tak berjaya melelapkan mata. Disebalik keempukan bantal dan tilam hotel mewah bertaraf 5 bintang, mata kekal awas, tidak mengantuk langsung......aku bingkas bangun dan terus ke jendela bilik hotel....aku perhati dan terus memerhati pesta ibadah di Baitullah....lebih 30 minit memerhati, baru puas, baru terasa kengantukkan, aku kembali ke katil dan akhirnya tertidur kira-kira jam 3.00 pagi, slps melalui kembara bermakna dr Kota Eiffel ke Bumi Baitullah.

38 comments:

  1. Assalamualaikum Dato Imran

    Alhamdulillah semuanya berjalan lancar

    CL memang menghormati orang lain
    wataknya lembut
    pertuturan nya lembut

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, En Rozali...En Li tu mmg hebat orgnya, mmg layaklah ditakdirkan beliau berkhidmat di Tanah Suci. Honor to hav him as a brother a friend.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato' Imran...

    Salam perkenalan...

    Alhamdulillah dimurahkan rezeki olehNya...

    Seronok melihat Dato' sekeluarga...

    Moga berbahagia hingga akhir hayat..Amin..

    Wslm

    ReplyDelete
  4. Salaam Che Im,

    Semoga Che Im sekeluarga memperoleh umrah yang mabrur. Amin.

    Sebelum ni dok baca versi CL sebagai host, sekarang boleh baca dari sudut pandangan Che Im pula sebagai tetamu istimewa di Tanah Suci. Alhamdulillah. (err...ni baru episod 1 kan? hehe)

    Suka sangat gambar first tu, memang sesuai bebenor dengan tajuk entri ni. :)

    VpeaceV

    ReplyDelete
  5. Salam Dato

    alhamdulillah. dah selamat kembali ke Fransia semual yer. Untung dapat layan VIP kat Royale Hotel tu yer. erm

    ReplyDelete
  6. Salam Tn hj Imran fransia....Alhamdulillah Tuan sedah selamat berada di sana...salam buat semua...

    ReplyDelete
  7. SALAM FROM MAKKAH..

    DATO IMRAN...CL DAH MULA GHINDUUU KAT BABY IMAN LAH...RINDU BANGAT KAT DIA TUH...GERAMMM PUN ADA GAK..


    WASLAM

    ReplyDelete
  8. salam im

    alhamdulillah, selamat kembali ke kota paris
    dr menjalani ibadat umrah

    alhamdulillah, kita punya teman sebaik CL yg sentiasa meraikan sahabat

    ReplyDelete
  9. Salam Abg Imran,

    Alhamdulillah perjalanan dari Eifel ke Makkah yang dipermudahkan.
    Comel sy tgk si Amira & Baby Iman tue.
    Alhamdulillah baby Iman pun tak meragam ketika laksanakan umrah.
    Beruntung baby Iman, kecil2 dah buat umrah. Syukur! smg keberkatan umrah itu membawa hidayah kepada anak2 abg Im menjadi manusia yang berguna.

    Fuhh panjang jugak entry nie hihi
    Btw, seronok membacanya
    Doa sy smg ibadah umrah yang Abg Im dan sekeluarga laksanakan dijanjikan Allah umrah yang mabrur.
    Mudah2an. Amin

    ReplyDelete
  10. salam perkenalan dato'...membaca pengalaman sahabat2 semasa berada di MH sememangnya sesuatu yang mengasyikkan dan tidak pernah terasa jemu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum waroh matullah hiwabarokatuh Imran

    menangis saya membaca entry ni...mana kan tidak perjalanan Umrah saya dari 21/4/2010 hingga 4/5/2010 terlalu indah dan syahdu sudah terpahat dalam hati dan kekal sampai bila-bila

    sudah pasti untuk Im begitu juga..moga niat untuk beribadah di bulan Ramadaha termakbul, Insha ALLAH....Tahniah!!! ..selesai lah sudah episod Umrah Im...semoga Umrah Makbullah akan jadi milik Im dan keluarga tercinta...makbulkan lah YA ALLAH...

    ReplyDelete
  12. salam Im,

    Alhamdulillah! Seronoknya baca pengalaman Im & famili menunaikan umrah. Kak nab doakan agar kita dijemput lagi oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNYA.

    ReplyDelete
  13. salam dato' imran : wah3... baby iman dah ade rambut, hari tu botak jer, hihih...

    katil yg byk bunga2 tu camne le nak tido?

    ReplyDelete
  14. Salam Dato' IP

    Syukur ibadah umrahnya berjalan dengan sempurna moga diberkati Allah.

    ReplyDelete
  15. Salam Tn Syeikh,

    Alhamdullillah. Akak tumpang seronok baca kisah Tn Syeikh.

    ReplyDelete
  16. Salam Hj IP,

    Memang best dapat baca perjalanan umrah IP, cerita HJ IP dulu pun saya baca sepenuhnya.

    Teruskan menulis, saya tunggu next entri....

    Geram tgk baby Iman tu......

    ReplyDelete
  17. Salam IP,
    Alhamdulillah & tahniah, perjalanan umrah IP sekeluarga memang indah sekali. Moga semua diberkati. Insya Allah lepas ni menjadi tetamu Allah dibulan ramadhan pula.

    ReplyDelete
  18. salam pak IM,

    SUBHANALLAH...satu perjlanan yg panjang tetapi mendamaikan. mmbaca entry ini seolah2 mmbawa saya mengembara bersama dan menikmati keindahan MH. Mudhnya ibdat jika dah pasang niat dan bb iman pun mcm besedia..Bertuah pak im dan famly kedtngn dinanti dan pemergian direstui semua.
    semuga semua sihat2 dan tekun lagi beribadah..
    alhamdulillahhhh

    ReplyDelete
  19. Salam Tuan, tahniah dijemput menjadi tetamu Nya

    ReplyDelete
  20. Kak Su, salam taaruf dr kami sekeluarga di Paris. TQVM for ur sincere doa, same doa to u 2

    ReplyDelete
  21. Umi....apa kbr? Thanks for visiting me here :-) and thanks so much for ur doa. Betul ni baru 1 episod, mungkin ada 6,7 episod....kalau berkesempatan. Errr...suka ke gambar tu, THANKS.

    ReplyDelete
  22. AZ...alhamdulillah, kami cukup selesa tiap kali menjadi tetamuNya, tmbh selesa bila bersama kenalan2 di sana, esp dgn En Li :D

    ReplyDelete
  23. Hj Arshad....thanks atas segalanya. Seronok dpt berkenalan dgn Hj sekeluarga, anak saya Hadi dah rindu dgn anak2 lelaki Hj yg dua org tu.

    ReplyDelete
  24. En Li, many many thanks to u. Moga En Li terus diberkati dan dirahmatiNya. IMAN....kalau rindu, kalau geram, dtglah sini....JOM, bila ye???

    ReplyDelete
  25. CR...betul tu, rezeki kita dipertemukan dgn En Li, moga ukhwah kita semua berkekalan dlm keberkatanNya

    ReplyDelete
  26. Syima....thanks for ur doa. Amin. Tau tak, Abg terkilan tak sempat jumpa Syima di sana. Rupanya 28 April tghri Syima dah berangkat, mmg tak sempat....nway Abg doakan umrah yg mabrur buat Syima sekeluarga gak ye.

    ReplyDelete
  27. Kak Long....mmg tak jemu-jemukan kalau baca kisah2 di sana, nanti saya kisahkan pelbagai lg story menarik di sana...tunggu ye Kak Long. Salam taaruf dr saya juga di Paris ni :D

    ReplyDelete
  28. BHS....first of all TQVM atas ole2 yg dititipkan buat kami sekeluarga....sayang nak makan manisan tu, kami bawa balik ke Paris, dah puas tatap 3 hari baru tadi kami buka dan makan...SEDAP. Thanks for the book also, appreciate it much. Akak....blm habis lg n3 umrah saya ni....nanti sy sambung...tunggu ye :-)

    ReplyDelete
  29. Kak Nab, amin amin ya rabbal alamin, insyaAllah makbul doa2 Akak. TQVM

    ReplyDelete
  30. Afeezz...mmg dah ada rambut skrg ni Iman, makin cute...dulu yg Afeezz jumpa tu, dia baru cukur 2 hari. Katil dgn rose petals tu...hehehehe, tu la, kau bujang mana tau apa...dah kawin nanti kau pahamlah...hahaha

    ReplyDelete
  31. YB...ALHAMDULILLAH, TQVM for visiting my humble blog

    ReplyDelete
  32. Ina...mmg seronokkan...nanti ada story2 yg lg seronok...jgn lupa ikuti ye :D

    ReplyDelete
  33. Rosli...TQVM krn sudi membaca, Abg Rosli, bila lg nak ke sana, saya doakan Abg ke sana segera dan sentiasa dlm kerahmatanNya

    ReplyDelete
  34. Zie...AMEEN, insyaAllah, nak sgt gi Ramadhan. Jom Zie kita gi jumpa di sana....mesti tambah meriah mlm2 Ramadhan En Li kita. TQVM for ur doa

    ReplyDelete
  35. Ainhany....TQVM...betul tu, niat kalau betul, segalanya dipermudahkanNya, alhamdulillah. InsyaAllah esok2 nanti giliran Ain pula ke sana.

    ReplyDelete
  36. Kamato...thanks ye, mmg seronok bila berada di dakapan Baitullah...tiada yg seindah dr itu

    ReplyDelete
  37. Salam perkenalan Dato IP,

    Teruja baca kisah perjalanan umrah Dato' sekeluarga. Terus daftar jd follower. Memang layanan CL begitu, orgnya sgt baikhati dll... dari alam maya ke realiti mmg x dinafikan.

    Smoga Dato' sekeluarga mdapat umrah yg mabrur. Seronok anak2 tu dpt tunaikan umrah.

    ReplyDelete
  38. Salam taaruf buat Che'Na sekeluarga...errr...sy bukan Dato' tau, itu hanyalah panggilan manja CL kpd saya ni. Thnaks atas doa2 yg dititipkan. Amin.

    ReplyDelete