Pada 28 April (Rabu) jam 11 pagi, kami sekeluarga yang berhasrat utk membuat tawaf sunat turun ke lobi hotel sblm meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram. Terjumpa En Li dan bersembang seketika, beliau berkata "Dato', saya bz sikit skrg ni, tp tak silap saya BoxHouse dan Hj Arshad (seorang lg bloggers) ada di Felda d'Saji, kalau Dato' nak jumpa, cuba gi sana." Kami sekeluarga terus ke Felda...meninjau dan terus meninjau kelibat Hj Arshad dan BoxHouse yg tak pernah bersua muka. Sampai di hujung food court, saya lihat 2 insan sdg berbual rancak....saya yakin, merekalah yg dicari. Saya terus menegur "Ni, Hj Arshad, BoxHouse ke?" Kedua2 mereka nmpk terpingga2 seketika dan diiringi dgn suara ceria Hj Arshad "Haaa....ni Dato'Imran kan?" Kami terus bersembang dan bersembang....persahabatan terus mendalam. Sempat bergambar, dlm sibuk bergambar tup tup muncul pulak En Li....OK je....terus lagi kami bergambar. Jam 11.45, saya terus memohon diri dan berkejar bersama keluarga membuat tawaf sunat dan terus bersolat Zohor di MH.
Buat En Li....gosh i think i cud easily write a thick thesis about him. Bbrp mlm yg kami lalui bersama hingga ke awal pagi jelas membuktikan keluhuran budi pekerti beliau. Seorg yg begitu penyayang...tak hairanlah kita dpt saksikan limpahan kasih sayang Allah kpd beliau sepanjang beliau di sana. Di senangi ramai, baik sahabat mahupun pekerja hotel. Teruja saya mendengar kisah2 yg disampaikan kepada saya, baik dr pelan perancangan masa depan beliau yg cukup HEBAT, ditambah dgn kisah2 kehidupan bermasyarakat di Makkah, perihal ibadat, sirah nabi2, kasih seorang anak kpd arwah ibunya, kisah cinta luka, ragam dunia bolggers dan pelbagai lain.....semuanya insyaAllah saya ambil jadikan sempadan dan teladan hidup. Oh ye....mana mungkin saya lupa kasih sayang yg beliau curahkan buat anak2 saya, tidak cukup dgn belaian, disertai dgn buah tangan dan masakan air tangan beliau pada setiap hari minggu. Pastinya yg paling beliau rindu adalah kpd IMAN, anak kecil kami yg berusia genap 5 bulan semasa hari ketibaan kami.
Di lobi hotel saya melihat longgokkan beg...dlm hati berkata "YES....mesti Kak Tun blm ke Madinah...tentunya masih di Makkah" Terus saya mencari no bilik beliau dr senarai yg terletak di dinding lobi....meneliti dan terus mencari nama beliau...sekali lagi HAMPA. Sy hampir putus harap. Pd masa yg sama terdengar suara anak remaja lelaki yg pernah didengar sblm ini, aku segera menoleh ke belakang.....SUBHANALLAH...anak Kak Tun, kedua-dua org tua Kak Tun pun rupanya ada di lobi. Saya segera menyerahkan tanda mata yg ingin disampaikan sambil bertanya "Mana Kak Tun?" Ringkas jawap anak beliau yang ibu masih di MH....segera saya mengundur diri...bukan apa, segan airmata mula bergenang di kelopak mata kerana sebak akhirnya hasrat bertemu keluarga dan menyampaikan tanda mata kpd Kak Tun sblm beliau berlepas ke Madinah di makbulkanNya.....alhamdulillah.
Mungkin penuh ruangan di sini utk saya kisahkan tentang sahabat2 baru yg kami kenali sepanjang 2 minggu berada di Tanah Suci, apa yg pasti saya yakin, persahabatan ini akan kekal berpanjangan di dalam keberkatanNya setiap masa, insyaAllah dr sini hinggalah ke akhirat. Buat En Li, Hj Arshad, Kak Tun, Meor, Azam, Lutfi, Shair, Sanusi, Ust Dasuki dan semuanya, terima kasih yg tak terhingga atas jalinan ukhwah yang sudi dibina bersama; moga kita kekal dlm keredhaanNya. Malam2 dingin di Paris membuat saya cemburu dan sering terkenang-kenangkan keagungan bumi barakah yang diiringi kehangatan hubungan insaniah antara kami sekeluarga dengan sahabat-sahabat kurniaah Allah di Kota Makkah al Mukarramah.