Followers

Tuesday, June 1, 2010

Umrah 1431 : Ku Raikan Limpahan Kurnia Cinta Mu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Ya.........tepat sekali ungkapan ini....dan perjalanan umrah kami sekeluarga kali ini begitu jelas limpahan rezeki dan kurniaan kasih sayangNya yang kami raikan sepanjang hampir 3 minggu di Makkah dan Madinah.

Bermula dgn tarikh ketibaan di Makkah iaitu 27 April, bagai direncana, tarikh tersebut genap usia Iman 5 bulan. Kalau ikutkan perancangan awal tarikh perlepasan hanyalah pd 29 April, bgmp atas hasrat kami utk duduk lebih lama di Makkah, sy memohon agar di berikan tarikh yg lebih awal. "Sir, we have seats available to accomodate all 6 of you on the 27th April, if you wish to go there earlier" kata Jamilah petugas Saudi Airline Reservation Office di Paris. Saya tidak sedar langsung tentang signifikan tarikh tersebut mulanya dan terus bertanya "mmmm.....what about the pricing? I hope its the same or if possible.....cheaper" sambil tersenyum ke arah Jamilah. Beliau membalas "I guess it will be a little bit expansive, but let me check first" Slps bbrp minit beliau berkata "Am surprised myself, the price is exactly the same, you are very lucky, so do you want to confirm the reservation?" Mendengar jwpn beliau yg menawarkan harga yg sama, terus saya sahkan tempahan yg di buat, namun sy masih tak perasan signifikan tarikh berkenaan kpd kami.

Selesai urusan di kaunter, saya segera bergegas pulang ke pejabat, dlm perjalanan sempat saya menghubungi isteri dan menceritakan tarikh penerbangan yg dpt di awalkan 2 hari kpd 27 April. Terus isteri membalas "eh....Im perasan tak, date tu nanti Iman genap 5 bulan".....saya terdiam, mmg tak perasan langsung...pelik pun ada gak sbb tarikh yang sama 27 Nov 2008 adalah tarikh saya berlepas utk menunaikan haji, manakala 27 Nov 2009 kebetulan hari raya haji lalu, baby Iman dilahirkan....alhamdulillah atas ketentuanNya.

Mlm yg sama, sy hubungi CL PDKM dan menceritakan yg kami akan tiba di Makkah pd 27 April slps Maghrib dan Iman genap 5 bulan. Serta merta CL berkata "Subhanallah Dato'.....bagusnya, boleh bawak baby tawaf sempena dia 5 bulan". Berkaca mata saya mendengar ungkapan CL yg tak pun sy fikirkan sblm ini......terharu melihat kebesaran dan kurniaan Allah pd kami sekeluarga....alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Mmg jd nyata, mlm 27 April ketibaan kami di sambut meriah oleh CL di Safwah Hotel dan Iman Muhammad Rayn yang genap 5 bulan kami bawa masuk ke Masjidil Haram buat kali pertama dan terus bertawaf bersaei. "Nikmat Tuhan mana yg ingin kamu dustakan" Kenikmatan yg tak terduga dek akal.....ALLAHUAKBAR!!!


2 mlm seterusnya (Khamis 29 April) dlm pada saya, CL, Hj Arshad dan BoxHouse leka bersembang slps solat Isya', sy dijemput turut serta utk bersama Sdra Lutfi yg mengadakan majlis makan mlm sempena tarikh kelahiran isteri tercinta beliau Najwa........ramai kenalan baru yg di temui termasuklah Sdr Lutfi sendiri yg sblm ini hanya saya kenali melalui blog Na5wa. Teruja dgn kegigihan beliau sbg seorg suami yg bersungguh2 meraikan hari kelahiran isteri dgn sambutan yg cukup meriah lg bermakna bg saya sendiri. Lengkap dgn kejutan persembahan multimedia tribute buat isteri tercinta, kek aiskrim (CL suka betul kek tu tau), pelbagai jamuan, kuih muih, dan tak lupa sejambak bunga buat isteri tercinta. Teringat kata2 beliau yg lebih kurang berbunyi "tak de apa nak bg sbg hadiah melainkan 2 anak zuriat sbg tanda sayang"...."romantik giler budak ni"...kata sy dlm hati. Sy juga tak lupa bila Najwa di minta membuat sedikit ucapan....dlm kekeluan dan genangan airmata, beliau berkata "terima kasih......saya cuma harap org tua saya ada bersama2 di sini skrg ni".....begitu mendalam kata2 ringkas ni, goyah juga jiwa saya bila mendengar kata2 beliau.....hanya Lutfi dan Najwa shj yg benar2 mengerti kata2 tersebut, namun sy dlm hati ingin sekali luahkan pd Lutfi dan Najwa "percayalah Allah akan kurniakan segala yg terbaik di langit dan di bumi buat kalian sekeluarga"

Berada di kalangan sahabat taulan dan pasangan muda (Lutfi dan Najwa) yg mungkin baru 3,4 tahun berkahwin sy terkesima, berkata lg dlm hati "eh....bagus betul Lutfi sbg seorang suami, wp baru dlm dunia rumahtangga tp sungguh2 raikan dan hiburkan hati isteri di hari Harijadi, utk wife aku sendiri pun aku tak pernah buat mcm ni". Sy kutip byk ilmu dr kegigihan Lutfi yg layak bergelar adik kpd sy wp beliau muda namun kelihatan matang melayari bahtera rumahtangga.

1 hari berikutnya (16 Jamadilawal) kebetulan jatuh tarikh pernikahan sy dgn isteri mengikut tahun Hijrah. Mmg sejak di Paris lg telah sy khabarkan pd CL, dan bertanya kalau boleh saya nak beli kek pd hari berkenaan. Namun bila tiba hari berkenaan....CL kelihatan sibuk, sy cuba hubungi beliau, bagai susah nak di hubungi. Lewat ptg, sy hampir putus harap tp dlm hati berkata "alah tak pe kot, si Mai (wife) ni pun bukan sedar yg hari ni hari anniversary" So sy buat2 tak tau jelah....kalau jumpa CL bolehlah bincang, kalau tak, tak pe....no problem sgt. Tetiba jam 5.45 ptg telefon berdering. CL di hujung talian. Hati sy melonjak nak bertanya hal kek...namun sy pendamkan sbb isteri ada di bilik bersama. Kami sembang biasa2 je, saya dlm hati berkata "alamak CL ni pun tak tanya apa2...mcmana aku nak ckp ni...nanti wife tau pulak". Cuma sblm meletak gagang telefon CL bertanya "Dato', keluar sembahyang (Maghrib) pukul brp?" Saya membalas "errr...dlm stengah jam lg", CL membalas ringkas...."eh....awal tu, lewat sikit pun tak pe". Wp sedikit pelik dgn saranan beliau, saya sekeluarga terus bersiap utk keluar bersolat di MH.

Beberapa minit ketika terdengar "KRRRRIIIIINGGGGGGGGGGG", bunyi loceng pintu bilik. Isteri terus bertanya, "sapa pulak tu, Im, Im tgk ye, Yaya masuk bilik air pakai tudung". Hadi, Amirah dan Nadia berlari ke muka pintu dan terus membuka daun pintu "Haaaaa......."semua tercengang melihat segerombolan petugas Safwah yg semuanya ala2 pelakon Bollywood yg diketuai oleh CL di depan pintu bilik. Hadi dan Amirah terus bertanya kehairanan "Eh....kek ni sapa punya?" CL tersenyum mesra, sy tak tau nak kata apa....isteri lagilah terperanjat besar sbb dia tak sedar langsung tarikh tersebut adalah hari ulangtahun pernikahan kami ye ke 11. What a sweet and pleasant suprise. TQVM CL. Slps bbrp ketika bergambar, kami sekeluarga terus ke MH, di dlm MH sementara menunggu Maghrib, sy syukuri limpahan nikmat Allah atas kehadiran ibubapa, mertua, isteri dan 4 cahaya mata penyeri hidup saya selama ini. Tentunya tak lupa kurniaan Allah kpd sy sahabat seluhur CL yg bersungguh2 memenuhi hasrat seorg sahabat yg baru je dikenali bbrp hari di hari ulangtahun pernikahan sy....alhamdulillah.

Bbrp hari kemudiannya, saya dan Hadi bersolat Zohor di MH, ister dan anak2 yg lain hanya menunggu di bilik. Sblm keluar ke MH, Amirah dan Nadia meminta "Bapak, could we have KFC or AlBaik (ayam goreng) for lunch?" Sy mengangguk, dan berkata "Ok, nanti lepas solat, Bapak ngaji sekejap, lepas tu baru Bapak belikan ye....lambat sikit tau dlm 1.45 ptg...ok tak?" Kedua2 anak perempuan angguk bersetuju. Slps solat sy mengaji di dlm MH, kira 30 minit kemudian, dpt sms dr isteri berbunyi "Im, tak payah beli lunch, kalau nak beli pun beli sikit je sbb CL tadi htr Al-Baik katanya utk budak2" Slps selesai hampir 1 jam di MH, sy dan Hadi pulang ke bilik hotel, sempat juga beli nasi Broast di Hilton. Tiba di bilik, Hadi nmpk Amirah dan Nadia tgh makan ayam Al-Baik, dia pun join sekali...byk jugaklah sbb sampai ke mlm pun masih ada lg ayam tu. Sementara budak2 sibuk makan, saya segera hubungi CL utk ucapkan terima kasih atas hidangan yg di hantar. CL menjawap "oklah tu Dato', harap budak2 tu suka, saya belikan je, sebenarnya Taj yg pesan mintak saya belanja anak2 Dato'....." sekali lagi sy tak terkata apa. Pelik ye, limpahan kasih sayang Allah pd kami sekeluarga. Serta merta terbayang di riak mata gelagat Taj yg baru 2 kali saya temui di Malaysia pada bulan Feb/Mac....gelagat Taj terlompat-lompat teruja melihat kambing bakar Kak Shami di rumah Hanis, kemesraan beliau bila bertemu keluarga sy di Awan Besar.........terkenangkan juga 2,3 utus emel yg beliau utuskan kpd sy sblm sy berangkat pergi ke tanah suci....tak sangka, ramai betul sahabat yg sentiasa ingat pd kami di mana juga kami berada. ALHAMDULILLAH.

Hari terakhir di Makkah pd Umrah 1431.....sy mendpt mesej serta panggilan telefon drp boss lama Dato' Dr Malek Shah yg kini bertugas di IDB Jeddah. Pada masa yg sama terima juga panggilan dr Dr Razley yg bertugas di OIC Secretariat Jeddah yg pernah saya temui pada tahun 2008 semasa beliau berseminar di Paris. Kedua2 pegawai atasan ini, berhasrat menemui saya di Makkah. Berulang kali saya nyatakan "tak payahlah Dato' susah2 dtg ke Makkah jumpa saya, dah dpt cakap kat telefon pun dah ok sgt ni". Beliau membalas "no Imran, i will make sure I will come to se u and your family 2nite". Begitu juga dgn Dr Razley yg menjawap "eh....u dtg jauh2 dr Paris, mestilah sy dtg jumpa u, mesti nak jumpa jugak".

Kebetulan mlm tersebut seorg lg sahabat blogger - Hj Arshad menjemput kami sekeluarga ke Hotel Manazil utk makan-makan. Slps Isya' saya terima panggilan dr Dato' Dr Malek yg menyatakan beliau telah berada di lobi hotel Safwah. Sewaktu itu sy masih di MH....bergegas sy ke lobi dan bertemu beliau dan juga Tuan Syed (sahabat Dato' Malek) yang turut sy kenali sejak 2 tahun lalu semasa mengerjakan umrah 2008. Kami sekeluarga bersembang, bergambar dan bercerita tentang pelbagai perkara. Slps bbrp ketika, telefon bimbit berbunyi "Imran, u kat mana ni, saya (Dr Razley) dah lama tunggu u kat Hotel Manazil" kata Dr Razley. Saya sekeluarga dan Dato' Malek serta Tuan Syed segera berjalan kaki ke Hotel Manazil dan bertemu Dr Razley dan semua tetamu lain yg turut di jemput oleh Hj Arshad. Berbual hanya dlm 10 -15 minit sahaja dgn Dr Razley, beliau meminta diri, memandangkan beliau ingin segera pulang ke Jeddah slps menunaikan umrah dan bertemu kami sekeluarga di Makkah. Begitu juga dgn Dato' Dr. Malek, wp berulang kali Hj Arshad menjemput beliau makan malam bersama, beliau menolak dgn baik utk segera membuat bersolat dan bertawaf sunat di MH. Saya sangat teruja dgn sikap rendah diri kedua2 pegawai atasan ini....wp hebat, berpangkat tinggi, berkedudukan sbg pegawai kanan IDB dan OIC, tp kedua2nya cukup merendah diri, tak sombong, sanggup meluangkan masa dan usaha utk dtg jauh2 mlm2 hari semata2 mengukuhkan ukhwah yg terjalin sblm ini . Kerendahan hati dan budi bahasa Dato' Dr Malek dan Dr Razley buat saya lebih bersyukur kpdNya atas limpahan kasih sayangNya kpd kami sekeluarga dgn mengurniakan kenalan seumpama mereka....alhamdulillah.


Slps Dr Razley berangkat pulang ke Jeddah di ikuti dgn kepulangan Dato' Dr Malek dan Tuan Syed, kami di Hotel Manazil di jamu oleh Hj Arshad dengan pelbagai juadah....sedap semuanya, terutamanya tomyam dan sambal belacan...mmg kick abis. Tetamu lain spt Ustaza Dusuki, Karim, Ustaz Meor, Azam (yg sebenarnya turut berhasrat menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau), CL, sememangnya telah lama selesai menjamu selera...hanya menunggu kami sekeluarga untuk meneruskan program usrah yg disampaikan sendiri oleh Ustaz Dusuki. Mmg menarik usrah yg disampaikan, tambahan peluang yang diberikan utk kami semua berdialog dgn Ustaz.
Usrah berakhir kira2 jam 11.00 mlm, dgn ehsan Ustaz Meor yg baik hati, kami sekeluarga dan CL di htr pulang ke Safwah dgn menaiki kereta beliau. Wp berkali2 kami menolak memandangkan beliau sendiri membawa anak perempuan yg masih kecil, tambahan pula jarak berjalan kaki hanya kira2 bbrp ratus meter shj, Meor tetap beriya-iya ingin menghantar kami pulang, beliau berkata "tak pe En Imran, kesian tengok anak2 En Imran nak jln kaki mlm2 mcm ni...marilah sy htrkan, lgpun bukannya jauh mana pun". Wp tidak pernah mengharap, namun sy tetap berterima kasih dan bersyukur krn sentiasa ada yg ingat dan prihatin dgn keselesaan kami sekeluarga....alhamdulillah. Lebih dari itu, perjalanan menaiki kereta beliau, turut mengamit memori haji 1429 bilamana kereta yg di naiki melintasi laluan ke Hotel Al-Mutlaq berhampiran Elaf Sud, iaitu Maktab yg saya inapi selama hampir sebulan sewaktu menunaikan haji kurang 2 tahun lalu.

Keesokkan paginya, 11 Mei - selepas isteri dan anak2 selesai bersarapan, tepat jam 10 pagi saya membawa semua ke Masjidil Haram untuk melaksanakan tawaf wada'.....kebetulan juga tarikh 11 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran anak kedua - Amirah Batrisyia. Jika tawaf umrah di hari ketibaan kami di Makkah pada 27 April lalu jatuh genapnya umur baby Iman 5 bulan, ulangtahun Amirah yang ke 8 pula dilatari kesayuan tawaf wada' di Baitullah.

Hari yang sama kami sekeluarga berlepas ke Madinah dgn menaiki pesawat pada jam 3.45 ptg. Dlm penerbangan, Hadi bersuara "Bapak, this is not fair, Amirah celebrates her 8th birthday in 3 different cities, Makkah, Jeddah and Madinah. These are holy land of Allah. Could I also celebrate my birthday in Makkah and Madinah next year?" Berulang kali Hadi bertanya, saya cuma senyum dan mengusap2 kepala Hadi yg di alasi kopiah putih. Dlm hati saya terus2an mensyukuri kurniaan2 yg diberikanNya kpd sy.......org tua di Kuala Lumpur dan Singapura yg sentiasa berganda kasih syg mereka, anak2 yg tak pernah padam kecintaannya, isteri yg sentiasa mendokongi perjalanan hidup, serta sahabat2 lama dan baru yg tidak pernah luntur keluhuran membina ukhwah fillah mereka kepada saya sekeluarga. Umrah kali ini, mencatat seribu kenangan, di warnai rentetan keraian, membuktikan kesungguhan kasih sayang Allah kepada hambanya yg tidak pernah sempurna, namun tak pernah di susutkan walau sekelumit pun kerahmatanNya kpd saya. "Ya Rab, biarkanlah aku terus raikan limpahan kurniaan cinta Mu selama-lamanya"

39 comments:

  1. assalamalaikum warohmatullah hiwabarokatuh buat
    im, isteri dan anak-anak yang tercinta...

    tekun BHS menghayati setiap luahan rasa ...penuh perasaan penyampaiannya ...

    salam hormat dan salam ukhuwah buat sahabatku dunia akhirat..

    ReplyDelete
  2. salam from Makkah

    allhamdulilah...semuanyer ituh sudah di tentukan olehNyer yang Maha Esa...syukur Dato Imran di kelilingi insan insan yang syang pada dato...cl amat merindui budak budak serta baby iman tuh....geram lah kat dia ...semoga kita berjumpa lagi nanti..

    wasalm

    ReplyDelete
  3. salam brother im

    sesungguhnya anda sekeluarga amat bertuah,,dlm meneliti perjalanan hidup epidod2 indah ni adalah wajar untuk dikenang agar kita sentiasa memahami kebesaran kasih syg allah..

    ReplyDelete
  4. salam im

    alhamdulillah, semuanya datang dari Allah yang direncanakan buat kita , alhadulillah kerana dikelilingi sahabat dan taulan yang berhati mulia

    ReplyDelete
  5. Salam IM,

    syukurilah, cintailah dan nikmatilah...dgn limpahan kasih sayang Allah SWT pd mu...u get back what u give...terus beri kasih sayang dan hargailah selagi masih berkesempatan...

    CL...tqvm for everything...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Salam Im...


    ayoyooooo....
    hang duk ingat lagi pasai taj duk lompat2 tuh...
    lawakn gila2 sungguh masa tuh...hahha
    pasti hang tak leh lupa selamanya...
    tulah penangan kambing bakar shami...

    syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Salam IP,

    Terima kasih kerana berkongsi cerita, saya begitu teruja menbaca setiap baris ayat dan perkataan IP. Rezeki, kasih sayang dan Kebesaran Allah semua ada.

    ReplyDelete
  8. Salam Im,

    Alhamdullillah...segala puji bagi Allah.

    ReplyDelete
  9. Salam Cik imran..

    Semuanya kerana Allah...
    Jagalah Allah..Allah menjagamu.....
    Lebih nikmat dari segala2...
    BIla kita benar2 kenal Allah dengan matahati kita..dan kita menjalinkan sepenuhnya rasa kecintaan kepadaNYa...

    P/S: Taj...cheq nak gelak besaq tau bila imran cakap hang duk terlompat2...makan kambing cheq...amboi bahasa anak mami ni tak lenkang aih pi mana pun hahahhah..anak mami sejati lahh hampa ni...hihihih
    Apa pun cheq suka kenai hampa berdua..sebab ada kimia...lah

    ReplyDelete
  10. salam Im

    ni tengah tergelak

    shami2 ni ha dia kata im ngan taj ada kimia...anak mami...

    ok la shami2 bakal sampai ke rawang dlm masa terdekat ni nampaknya...Insha ALLAH...

    ReplyDelete
  11. salam Im,

    Alhamdulillah...segalanya sangat indah ! Bila kita merendah diri, ada orang lain yang lebih merendah diri dari kita...membuatkan kita terasa amat mensyukuri nikmatNYA...inilah antara kebesaran & nikmat Allah untuk insan2 yang sentiasa ingin hampir denganNya.

    ReplyDelete
  12. Kak Tun, tqvm for visiting me today. Slm hormat buat Kak Tun dan keluarga juga, moga kita bertemu lagi esok2 nanti

    ReplyDelete
  13. En Li....WE MISS YOU TOO. Moga kita bertemu lagi di dlm kerahmatanNya.

    ReplyDelete
  14. CM....TQ Allah atas kurniaan2Nya. Tiada yg sehebat dr itu

    ReplyDelete
  15. CR...sememangnya tiada perencanaan yg sehebat sesempurna ketentuanNya, subhanallah

    ReplyDelete
  16. Taj....life is like a mirror. Thanks for sticking around ;-)

    ReplyDelete
  17. Taj...masakan ku lupa tragedi lopat melompat tu....hehehehe. Well, kat situ sy kenali hati budi Taj...seorang yg bersahaja dan tak suka berpura2...u just being ur true self...nothing wrong what :D

    ReplyDelete
  18. Rosli....really hope that we meet someday somewhere soon, insyaAllah

    ReplyDelete
  19. Ina...ye betul, tiada lain melainkanNya

    ReplyDelete
  20. Shami....tepat sekali, kita jaga Dia, Dia akan berlipat kali ganda menjaga menyanyangi kita. ALLAHUAKBAR.

    Kambing bakar tu boleh buat org jd separa giler tau....bahaya betul....kekeke

    ReplyDelete
  21. Kak Tun....ada kimia ke ada biologi ke, apa aku kisah (AZ mana?) sy tau kambing BBQ tu mmg ngetop...OUT OF THIS WORLD...hehehe

    ReplyDelete
  22. Kak Nab...merendah diri...betul, sy harap dipermudahkan dididik dibimbingNya agar hati sy sentisa tunduk rendah walau dgn sesap sj. TQ Kak.

    ReplyDelete
  23. Assallamualaikum IM,

    Betapa mewah kasih sayang itu. Hadirnya dalam pelbagai suasana. Mewarnai jiwa kita dengan garisan dan sentuhan keiklasan.Betapa hebat nikmat dihargai, dikasihi dan di sayangi .juga kerana IM telah menghargai setiap kasih dan sayang itu.Alhamdulillah ..Allah amat mengasihi hambanya. Mama amat suka membaca n3 ini.w/salam

    ReplyDelete
  24. Mama Nadz.....kemewahan yg dipinjamkanNya kpd kita....ALHAMDULILLAH. Mama, tqvm for dropping by :-)

    ReplyDelete
  25. Salam Bro Im,

    Sejak dulu lagi Wan perasan sekitar pengalaman hidup bro banyak dikelilingi kebetulan pada nombor. Bilik hotel no 2020, no rumah 20 dlll. Mesti ada sesuatu pada Bro yang Allah nilai dengan kebetulan. Alhamdulillah rezeki namanya tu.

    Wan sekeluarga doakan yang terbaik buat Bro Im, Mai dan anak-anak. Syukran tidak terhingga di atas persahabatan ini. Moga berkekalan hingga ke syurga

    ReplyDelete
  26. Wan....mmg betul tu, tp sy tak pernah ambil pusing perihal nombor....tp cuma pelik no 20 dan 27 @ 72 bagai serasi dgn saya sejak bbrp tahun ni, sampaikan bilik pejabat pun no 27, plat kereta Malaysia di UNESCO, termasuklah kete rasmi dan bukan rasmi, nombornya bermula dgn U272....kebetulan betul.

    Errr....1 lagi, caya tak kali pertama saya gi Umrah (Mei 2008), adalah genap saya 20 bulan bertugas di Paris....ini membawa persoalan adakah sy akan pulang ke Msia lg 20 bulan slps umrah yg baru ini...wallahualam :-)

    ReplyDelete
  27. salam IP,

    asyiq sekali membaca kisah di tanah suci. Alhamdulillah.

    smoga dalam rahmatNYA selalu.

    ReplyDelete
  28. Balik Mesia? Yahooo! Balik la! Balik la! kita panjang-panjangkan ukhuwah

    ReplyDelete
  29. im?...ada orang tersangatlah gembira bila im nak balik tanah air...mmm....

    ReplyDelete
  30. Ala.. Kak Boxhouse! Tau la akak dah jumpa bro Im kt MH. Jeles ni!

    ReplyDelete
  31. h..hi..ok lah..ok lah...akak kasi can...gurau arr...happy!!!...

    ReplyDelete
  32. Salam Dato'
    Saya baru membaca blog ini, baru menjadi silent reader. Saya terbaca n3 mengenai saka.Sebenarnya manusia ini Allah jadikan tidak sama. Ada yang boleh nampak, setiap manusia tu ada no. peribadi no ini ada yang sama, ada yang x sama. Orang yang dapat melihat benda-benda ghaib ini ada no tersendiri, orangnya mulutnya masin bila berkata-kata.....
    Apapun mengenai saka itu boleh dibuang dengan izin Allah.
    Walaupun ada yang kata dari jenis yang baik. Dia tidak boleh sama dengan manusia. Dia tetap akan menganggu manusia.
    Boleh dicari asalnya dari mana. Apa-apa kalau ingin tahu lebih lanjut.....boleh saya terangkan nanti......

    ReplyDelete
  33. Subhanallah, Allah memudahkan kerja2 IP

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum warohmtullah hiwabrokatuh Im

    apa kah benar berita terkini yang kakak dengar dari Taj?...kiranya benar, kakak doakan semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan yang berbangkit dan rahmatnya sentiasa mengiringi setiap saat dan detik itu nanti...Insha ALLAH, amin amin amin Ya Rabball' Allamin ..doa kakak sefamily dari kejauhan ini...

    kak tun
    26072010 1.50 pagi malaysia

    ReplyDelete
  35. Salam Im

    Salam Takziah ...dan Al-Fatihah, kak tun sedekahkan buat allahyarham bapak Mubarak...Al-Fatihah...moga dia ditempatkan bersama golongan-golongan orang yang beriman dan beramal soleh...amin amin amin Ya Rabball'Allamin...ALLAH...

    ReplyDelete
  36. abang im,

    tak sabar tunggu abang im update blog...

    ReplyDelete
  37. I like this post... visit us->> Khasiat Jelly Gamat Gold G treating Disease Obat Rematik without side effects.

    ReplyDelete

  38. I really liked this story interesting website and increase knowledge for me . is there Obat Stroke The world 's most powerful

    ReplyDelete