Followers

Monday, November 14, 2011

VIVA PALESTINA!!!

Mei 2011 - sedang aku duduk di lobi UNESCO Miollis menunggu kereta untuk ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO (EXB) ke-186, Munir datang menegur "Mr. Imran, we need your assistance" terpinga-pinga aku, dalam hati berkata,"apa pulak mamat palestine ni nak"....pelik. "Yes, Munir, what is it?" ringkas membalas memandangkan banyak urusan perlu aku selesaikan sepanjang berlangsungnya EXB kali ini. Melihat gelagat aku yang bagai acuh tak acuh, Munir seolah-olah hilang minat.

Menyedarinya aku bingkas berkata "Munir, am a bit tied up at this moment, let's discuss about it later.....nway, what is it all about?" Aku bertanya lagi. Munir membalas ringkas "Palestine, Mr Imran, I wish to discuss about the admission of.........". Sblm sempat Munir habis berbicara, aku mencelah "WHAT???....are you planning to make a request for the admission of Palestine as a full fledged member to this august organization???" Munir menjawab ringkas, "YES, YES". Aku tegas bersuara "how could there be anything more important that this?" Munir tersenyum.

Dari pintu kaca aku ternampak Pak Osman, pemandu pejabat yang sedia menunggu untuk membawa aku ke mesyuarat di UNESCO Fontenoy. Aku segera mengangkat tangan, memberi isyarat yang aku tak jadi ke mesyuarat. Pak Osman mengangguk dan berlalu. Aku tersenyum melihat Munir dan terus membawa beliau ke ruang terpencil di lobi dan memulakan perbincangan. SEMUA pengalaman dikongsi bersama...panjang lebar dibincangkan, the do's and the don'ts, the YES and the NO, etc. Di akhir perbincangan, aku nyatakan "Munir, we should discuss it again in depth at length with our counterparts". Kami berdua mengangguk, dalam fikiran aku terfikirkan Humaira, Rachid, Ahmed, George, Bachir, dan beberapa lain yang aku yang yakin akan bermatian-matian perjuangan isu ini.

Bermula dengan perbincangan ringkas, isu ini sedikit demi sedikit mendapat tempat menjadi perbualan dikalangan warga UNESCO. Dalam kesibukan aku dengan urusan perpindahan Setiausaha Ketiga pada awal Julai, diikuti dengan kedatangan pengganti beliau pada penghujung Julai, perpindahan Pegawai Atase pada penghujung Julai, urusan melobi pencalonan Malaysia buat julung-julung kalinya ke World Heritage Committee (WHC) 2011, isu permohonan Palestin tidak pernah luput dalam ingatan sepanjang musim panas di Eropah.

Sept 2011 - Aku sibuk berterusan dengan lawatan kerja melobi WHC di Brussels dan diikuti dengan lobian WHC di Paris. Bertali arus dengan EXB 187 yang berlangsung pada penghujung Sept. Banyak agenda PENTING dan sensitif yang dibincangkan oleh 58 negara ahli EXB termasuk Malaysia. Pastinya yang paling mendapat perhatian ramai adalah Item 40: Request for the Admission of Palestine to UNESCO. Di akhir perbahasan panjang lebar yang hangat, EXB memutuskan untuk membuat undian roll call kepada Item 40 ini. Bagai kebetulan Item 40 telah mendapat 40 undian menyokong, 4 undian menolak dan 14 undian berkecuali. Keputusan ini disambut dengan tepukan gemuruh dan standing ovation hampir kesemua yang memenuhi tiap sudut ruang bilik persidangan. Wakil Palestine diberi peluang membuat ucapan ringkas. Ucapan beliau begitu menusuk kalbu, beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri yang dibawa keluar dari bumi Palestine oleh ibu kandungnya yang sanggup bercerai kasih semata-mata memastikan anaknya hidup aman di tempat lain. Berkaca mata ramai ahli mesyuarat. Pengerusi mesyuarat memberi masa berehat seketika, semua Perwakilan keluar dari dewan persidangan dan saling berpelukan. Suasana sebak lagi sayu menyelubungi. Aku lihat rata-rata, sahabat seperjuangan dari Saudi, Mesir, Jordan, Pakistan, Tunisia, dan pastinya Palestine, menitiskan airmata dengan keputusan tersebut. Kami berpelukan, sayu, sebak dan juga tangisan kejayaan dan kebanggaan menguasai ruang foyer dewan persidangan

But i guess its not the end, its only a beginning. Item 40 yang telah menjadi Draft Resolution ini perlu dibentangkan semasa Persidangan Agung ke-36 UNESCO pada Oktober nanti, dan memerlukan dua pertiga undian menyokong permohonan ini. Pihak yang jelas menentang (AS) pastinya melakukan segalanya untuk memastikan impian Palestine ini tidak menjadi nyata. Sejarah 5 tahun aku di sini, belum pernah melihat kempen sekotor sejijik yang aku saksikan kali ini. Pihak AS mula menunjukkan taringnya, melalui strategi lobi yang dilaksanakan. Semua Perwakilan dilawati, perbincangan terbuka dilaksanaka bagi memastikan permohohan Palestin tidak dilayan. Ada ketika terlalu kuat terlalu hebat sehingga aku tertanya2, "boleh ke dapat 2/3 undi menyokong" gusar. Berulang kali berbincang, bertekak, bertelagah dengan pelbagai pihak termasuk pihak Palestine sendiri. Apapun hampir setiap malam sebelum tidur, aku menyakini diri "Allah tidak akan sesiakan doa dan permohonan hambaNya". Berbekalkan keyakinan tersebut aku dan sahabat2 yang lain terus menerus mencuba.

Pihak AS bukan hanya giat menentang di sini, AS juga mendekati Perwakilan di NY, juga di Malaysia. Teruk gaklah nak menjawap itu ini....tp dalam hati berkata lagi "lantaklah, apa jadi pun mesti pastikan Palestine tak disiakan lagi". Teringat juga dengan seorang pelajar Malaysia di Perancis yang cukup gigih memperjuangkan isu-isu Palestine melalui Aqsa Sharif. Pernah program Aqsa Sharif melintasi Perancis, tapi sayang tak berkesempatan mengikuti. Tefikir, semua tak sempat selama ni sbb busy dgn UNESCO, nak gi Palestine, lagilah nampak payah. Now, Palestine is at UNESCO door step, kalau kita tak perjuangkan...SIAPA LAGI??? Semangat membara.

AS seterusnya mengeluarkan kenyataan, bahawa di bawah undang2 negara mereka :

I. Limitation on Contribution to the UN and affiliated organizations
The US shall not make any voluntary or assessed contribution -
"(1) to any affiliated organization of the UN which grants full membership as a state to any organization or group does not have the internationally recognized attributes of statehood, or

(2) to the UN, if the UN grants full membership as a state in the UN to any organization or group that does not have the internationally recognized attributes of statehood, during any period in which such membership is effective"

dan

II. Membership of the Palestine Liberation Organization (PLO) in the UN Agencies
"(a) Prohibition - No funds authorized to be appropriated by this Act or any other ACT shall be available for the UN or any specialized agency thereof which accords the PLO the same standing as member states.

"Ugutan" AS ini tidak langsung diendahkan, no to me at least. Semasa sesi sedang berlangsung, ada diplomat AS datang berbincang/berbahas dgn delegasi Malaysia, my big boss pun ada sama. Dgn selamba aku ganyang balik, "as much as I respect your national legislation which does not allow you to contribute if UN accepts a membership of a country which is not internationally recognized, i STRONGLY believes that its high time for your to redefine the meaning of "internationally recognized" as Palestine have been recognized by more than 128 countries around the world. Second, your legislation denounced PLO, but we are not discussing about PLO, or Hamas, or Yasser Arafat, its an admission of a state call Palestine, nothing got to do with PLO".

Mamat AS ni tersengih-sengih cakap "but this is in our legislation, there's nothing we can do about it". Saya tersenyum dan tanya "since when do you have such legislations?". "In the 1990's" beliau menjawap ringkas. Saya tertawa dan menyindir "oh...i tot its written during George Washinghton time or Abraham Lincoln, meaning to say, its not something that you could not review....btw, its not written on stones, do they?". Beliau agak kurang puas hati dan berkata lagi. "We contributes 22% to UNESCO funds, if we stop contributing, it would be difficult for UNESCO.....we just want to help the poor". Aku jawap bersahaja, "my dear Sir, if you really want to help the poor, please consider Palestine, why should we neglect them, they need our help more than any other, I wonder why should US as the proponent of democracy and champion of human right, have such laws that discriminate a small hepless country like Palestine?" Soalan-soalan aku tujukan satu persatu bagai peluru berpandu. Puas hati aku. Terdiam lelaki tersebut dan terus berlalu. Sebelum dia berlalu, sempat aku berkata "Sir, Palestine is the house of 3 great religions which we preach upon, those people in Palestine is our dear brother and sister as well, lets us give it a chance....come on"

Tidak berakhir di situ, kempen terus berlangsung dikedua-dua belah pihak. I personally feel strongly about it. Ada juga konco2 AS lain yg dtg bertanya, pendirian Malaysia tetap menyokong permohonan Palestine. Meeting after meeting. OIC, NAM, G77 + China....mesyuarat terus mesyuarat, ALHAMDULILLAH, byk yg menyokong. Kelantangan aku bersuara turut mendapat teguran beberapa pihak, ada yang bertanya kalau2 aku tak gusar di"kenakan" oleh pihak tertentu. Errr....tak terjawap pulak, tp dlm hati...mmg aku NEKAD....sama nekad masa nak tunaikan haji 2 tahun lalu. Ada juga suara2 yg mengatakan Palestine akan tarik diri di saat akhir sebab bimbang sekatan dan serangan yg lebih hebat. ada yg kata, negara2 Arab juga tak bersatu dlm hal ini.....tp jelas semuanya dakyah AS utk melunturkan semangat penyokong Palestine.

Ada juga yg berlawak dgn memperkanalkan aku sbg "Pls meet Mr Imran, he's the Deputy Permanent Delegate of Palestine.....oppss i mean Malaysia". Ada juga yang membuat pemerhatian dan berkata "Imran, you are so busy attending to the request of Palestine, what happen to your WHC Candidature?" Aku jwp ringkas, "for me Palestine issue is NO 1, Malaysia's candidature to WHC....insyaAllah shouldnt be any problem, althou i know it is super duper difficult"

31 Oktober - Waktu yang dinanti tiba, spt yang dijangka undian roll call terpaksa dijalankan. Aku cuak, wp yakin. Aku mundar mandir berharap kepastian. Langkah aku terhenti, sewaktu melihat Humaira di tempat duduknya terkumat kamit berselawat. Oh ye....dia memang selalu ingatkan aku agar selalu berselawat dalam menguruskan hal yang satu ini. Automatik aku tenang, cuak hilang, keyakinan datang, selawat aku ungkapkan berulang kali tanpa henti terus terusan. Sempat juga aku berlari kehadapan dewan yang memuatkan lebih 1400 diplomat/menteri, dan berbisik kepada Munir "Munir, today is the day....dont ever back off, no matter what" Munir tersenyum dan menjawap "my brother, how could we do that....never betray your trust in us"....kami berpelukan dan aku terus mengambil tempat duduk mengikuti proses undian....aku lihat ada yg berpeluh menanti tamat proses berkenaan, errr Perwakilan Israel, hanya di depan tmpt duduk aku. Aku terus membuat catatan undian negara-negara. Ikut kiraan kasar, Palestine enters UNESCO after long hectic campaign.



Kiraan undian dibuat oleh Sekeretariat, dengan rasmi diumumkan kemenangan di pihak Palestine, di pihak KITA semua. Jumlah undian - 107 negara menyokong, 14 menentang dan 52 berkecuali. Palestine memohon untuk menganggotai UNESCO sejak 1984, hanya pada 2011 impian tersebut direalisasikan. M proud to witness and to be part of this historic moment. Ia adalah satu keputusan yang paling berharga buat Palestine yang diiktiraf diperingkat antrabangsa, dan juga satu kejayaan PALING manis, PALING bermakna dalam sejarah aku berkhidmat di Paris.....



VIVA PALESTINA....welcome on board!!!

8 comments:

  1. assalamualaikum abg im : syukur alhamdulillah... viva palestina!!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, dear Afeezz....ni mimpi saya je ni, tiada kena mengena samada yang masih idup atau masih mati. Gambar tu pun "hanya hiasan" :-)))

    TQVVM my brother.

    ReplyDelete
  3. Salam Dato.

    Tabiklah..moga jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  4. Mama....apa kbr? Alhamdulillah, Palestine dah sah menjadi negara anggota UNESCO. Harap2 lebih byk institusi antarabangsa menerima Palestine dan insyaAllah soon AS akan iktiraf Palestine :-)

    TQ Mama for dropping by.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh ya tuan haji imran...

    BHS tumpang bangga dengan kejayaan ini...I am proud of you, Alhamdulillah....Syukurilah....Terima Kasih Ya ALLAH....

    Hidup Palestine!!!...

    ReplyDelete
  6. Dear BHS, terima kasih atas doa semua. InsyaAllah Palestine tomorrow will be free.

    ReplyDelete
  7. Salam cik imran

    Tahniah, semoga berjaya....
    Pernah terbaca tentang satu artikel berkait dengan penjelasan hadis, iaitu akan ada beberapa golongan dari asia yang akan menjadi tungak membantu perjuangan umat islam di Palestin....

    saya sentiasa menunggu laporan seterusnya dari cik imran...

    ReplyDelete
  8. As-salam, Shami,

    InsyaAllah. Mari kita bsama menyumbang kpd Palestine. Alhamdulillah, Palestine kini adalah negara anggota yang diiktiraf UNESCO. Tp ini hanya permulaan, byk lg yg perlu dilaksanakan. Usaha, doa dan tawakal menjadi bekalan :-)

    ReplyDelete