Followers

Monday, August 24, 2009

Kembara Agung Mei/Jun 2008

Keindahan Masijidil Nabawi yang mencuri hati. Bagai jatuh cinta pandang pertama

Tiang lampu pun cantik giler

Pintu2 masuk ke Masijidil Nabawi

Laluan ke Raudah....pengalaman yg cukup indah


Siling bergerak

ni lampu dlm Masijidil Nabawi

Laluan2 di dalam masjid

damai betul....tak pernah rasa sedamai ni sepanjang hidup


mesmerising Masjidil Nabawi

rakaman waktu dhuha

satu lagi.....

payung di perkarangan dalam Masjidil Nabawi


laluan lagi.....

bersama keluarga dan Ustaz Wan Akashah


my little Hadi....

Maghrib @ Madinah

pintu...eh model yg selalu tidur kat depan tangga tu mana ye???


Syuruk @ Madinah

Masjid Quba'


Hadi di ladang tamar

Masjidil Nabawi at nite

yet another angle

Masjid bir Ali


cantik menara Masjid ni.....

corridor bir Ali

WOW.....teringat kata2 anak saya (Hadi) "bapak this is HUGE, this is REAL, i tot its not real before this".....alhamdulillah, saya rasa bagai terhenti degupan jantung buat bbrp ketika. Subhanallah


interior Masjidil Haram

bz constructing

al-Haram @ nite


King Abdul Aziz Gate


my boy again....

my family.....

"Bapak...could we bring back the camel"

penuh betul manusia...ALLAHUAKBAR

My daughter (Amirah) dgn petugas hotel

My wife, daughters, mom and niece....at the hotel lobby just b4 our departure :(

dalam flight....Amirah sedih manjang


baru sampai Paris.....Hadi nampak hepi...after i promised to bring him again to Baitullah. Harapnya dipermudahkanNya.




Ni kiranya "suratkhabar lama" tapi momen ini amat bermakna bagi saya dan keluarga. Gambar2 ini di ambil semasa saya dan keluarga berumrah bulan Mei/Jun 2008.

Hmm, ramai tak tau ni, tp saja nak share, kebetulan sehari sebelum berangkat ke Jeddah tahun lalu, kami sambut our 9th aniversary (ikut tahun hijrah). Kiranya kembara agung bersama keluarga ni hadiah ulangtahun perkahwinan kami utk satu sama lain.

Ntahlah, dah lama gak balik dr sana, tp kami masih rindukan dan termimpi-mimpi ketenangan Masijidil Nabawi dan kekaguman Baitullah di Makkah al-Mukarramah. Kaguman dan ketenangan yang tak mungkin diperolehi di mana jua pelusuk dunia. Mmg mengakulah blm lagi jalan abis 1 dunia, tp kalau nak banding Masjidil Nabawi dan Kaabah dengan Eiffel Tower, Arch deTriomphe, Tokyo Tower, Gembaku Dome, KL Tower , Petronas Twin Tower , Buckingham Palace, Taj Mahal dll, mmg tak terbandinglah, mmg jauh panggang dr bara api.

Byk tak byk tp pernah gaklah ke London, Phnom Penh, Frankfurt, Stutggart, Amsterdam, Rotterdam, Hague, Delhi, Tokyo, Nara, Kyoto, Hiroshima, Luxembourg, Brussels, Ireland, Monaco etc...tp ketenangan dan kekaguman Madinah al Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah mmg tiada tandingannya. Tak caya pegilah sendiri.

Masa baru balik dulu mcm2 soalan org tanya, pasal makan minum, tmpt penginapan, kesesakan, cuaca, sakit-penyakit dll. Alhamdulillah pengalaman kami sekeluarga semua ok, biasalah kalau ada sikit2 masalah, lumrah.

1. Makan minum - semua sedap, mmg selera je. Balik sini baru realised naik berat sampai dekat 3 kg, my wife pun sama gak. Budak2 lagilah hepi dpt bedal apa je berbanding di Paris yg byk makanan di luar yg tak boleh makan. Hidangan paling BEST...masa last lunch kat Madinah....sambal goreng tempe, asam pedas, sambal terung dll...mmg berselera btl, esp aku dgn Hadi kun. Masa kat Mekah pun makanan semua sedap mmg kena dgn selera, on Friday, 30th May...alamak nasi beriyani, ayam masak merah...memang kick. tgk semua makan licin selicin licin nyer Ada gak makan luar, bukan sbb boring makan di hotel tp lebih kpd merasa makan Arab....sedap...semuanya sedap dari Ayam Broast, Donut, Cheese Cake, Caramel Puding, Nasi Beriyani, Burger King dll....mmg no problem at all. Hmm lupa, jus2 kat sana mmg sedap...of courselah yg paling BEST dpt minum zam zam setiap kali kita nak minum...alhamdulillah.

2. Penginapan - kat Madinah (Andalus Plaza) cukup bagus , just 4 -5 mins walk to Masjidil Nabawi. Kat Mekah (Zahret Shams) kena jln sikit around 12 mins walk....BAGUS gak dpt pahala lebih berjalan kaki ke Masjidil Haram, insyaAllah. Although 12 minit, tak rasa pun mcm org katalah jauh perjalanan luas pandangan.

3. Kesesakan - biasalah, tapi taklah sesesak bas mini no 25 kat Kg Pandan dulu . Kalau dah beratus ribu org tak bersesak mmglah tak sah, tp tak susah payah pun biasa2 je. Rasanya semua paham memahami antara satu dgn yg lain, maklumlah dtg sana utk buat ibadah bukannya nak marathon ke, nak lari 100 meter ke. Pokoknya semua hormat menghormati, kalau ada yg tertolak ke, terlangkah ke tersenggol ke, kiranya resam biasa bila masing2 bekejar utk dptkan pahala ibadah. SABAR kunci segalanya

4. Cuaca - panas a bit, tp taklah sampai tak boleh tahan, rasa ok je, masuk je Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram, rasa panas terus surut, nyaman dan tenang. Kalau takut panas, tak yah balik ke hotel atau shopping , terus je beribadat kat masjid2 suci ni. Bila balik Paris ni rasa pelik pulak, baru degree naik 32 darjah Celcius, kita dah rasa kepanasan, kat sana naik sampai 42 degree...masih selamba je Hadi, Amirah, Nadia, Umi Mai dan aku berjubah...pelik, pelik.

5. Sakit - Ada ke patut kita takut sakit bila gi sana??? Alah kat mana pun kalau dah nak sakit ,sakit gak, bukan Mekah Madinah jd tmpt berhimpunnya penyakit...salah sgt andaian tu. Macam ajal jugak, kalau dah sampai masa dlm istana ke dalam ofis ke, semua boleh kalau dah sampai janji. Respek tgk org2 yang berumur wp pun keadaan fizikal kurang ampuh masih ttp gagahkan diri beriibadah kepadaNya....kalau kita yg muda ni masih berdolak dalik....ntahlah, kita patut malu. Alhamdulillah kami sihat walafiat. Balik hari tu, ada yg tanya...eh u tak batuk ke, tak selsema ke, tak sakit mata ke, tekak tak pedih ke dll....ntah kami mmg sihat, SYUKUR. Yg lagi pelik dah balik Paris seminggu baru kena sakit mata, ada org tu laju je kata "ooo u kena sakit mata ni mesti jangkit dari Mekah"....giler punya org. Saya kata, "alah dah seminggu balik baru kena takkan Mekah puncanya, lgpun mmg pernah sakit mata mcm ni masa br2 sampai paris dulu" terus senyaplah geng tu...nama pun manusia

Byk pengalaman menarik, antara yg tak boleh lupa :-

1. Masa seminggu sblm Ramadhan 1428 H, jatuh kat tangga stesen LRT Paris, kena bandage 4 minggu, sejak tu tiap kali sembahyang masa duduk ant duduk sujud mmg tak boleh ddk betul, caya tak caya, sampai je Masijidil Nabawi masa nak sembahyang jamak ta'khir Maghrib Isyak....tetiba je boleh duduk dgn sempurna. Mmg terperanjat, tak pernah terfikir atau bermimpi tetiba disembuhkan, setelah 8 bulan tak dpt ddk ant dua sujud dgn sempurna. Teringat terjemahan surah ar-rahman "nikmat Allah manakah yg ingin kamu dustakan " SUBHANALLAH.

2. Sememangnya sblm pergi umrah, kami tak terfikir kepayahan atau cabaran bila bawa 3 budak kecik ni, tp on my last day tetiba ada senior officer tanya kat one of my staff, katanya "eh...mcmana tu Imran nak pergi dgn anak2 dia yg kecik tu, tak susah ke?' Bila staff tu bg tau barulah kami terpikir, tp taklah pikir sesgt sbb org kata dah everything ready takkan nak undur diri...mmg pantang. Tapi alhamdulillah, segalanya berjalan AMAT2 lancar, tak de masalah langsung2. Budak2 hepi sepjg masa, sebaik shj tiba di Jeddah sehinggalah masa kami berangkat pulang. Ada jemaah puji kata bagus anak2 u ni....tp rasanya mmg Allah swt permudahkan bukan hanya utk kami sekeluarga tapi jugak utk kesekelian jemaah yg bersama...mungkin juga sbg pemangkin pada semua yg ada bercadang membawa anak2 kecik bersama beribadah.

3. Paling tak boleh lupa, pengalaman bertawaf slps Maghrib, dalam hujan pada hari Rabu, 4 Jun 2008. According to mutawwif, dah setahun Mekah tak hujan, samalah dgn apa yg Dato' Dr Malek (my former boss yg kini di Jeddah) cite, katanya sejak dia menetap 10 bulan di Jeddah, belum lg jumpa hujan. Ibuk (my mom) pun cakap dlm bbrp kali dtg ke Mekah, sejak kali pertama pada tahun 1973 (I was then, just a cute little 3 years old boy ) inilah kali pertama experience hujan di Masjidil Haram, insyaAllah rahmatlah buat kita semua yg berada di bumi Mekah masa tu. Yg tambah menarik, ramai jemaah yang berpusu2 utk ke mandi/minum air yang terpancur keluar dari Pancuran Emas di Hijir Ismail....of courselah di tahan/dilarang leh guard Kaabah...lagi pun difahamkan perbuatan tu bidaah. Tp yg menarik, keadaan bersesak masa bertawaf sunat dlm hujan tu membuktikan betapa ramai umat Muhammad saw yg sebenarnya begitu cintakan Baitullah.

Byk lagi, tp yg jelas, bila kat sana kita sedar betapa tipisnya iman kita, betapa kurangnya pengorbanan kita, tak yahlah nak bandingkan dgn Rasulullah dan para sahabat, kita tgk je jemaah lain yg dtg beribadah dr Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, Afrika....ada yg cukup daif, dtg naik bas/van keadaan kenderaan yg kurang selesa, penginapan yg cukup2 sederhana, makanan yg kurang terjaga...but yet, dorang ni dtg persembahkan diri utk beribadah di tanah suci...kita ni dlm semua serba lengkap dan selesa, kekadang masih tangguh menangguh utk ke sana, dan sampai sana pulak macam2 komplen, bila balik dr sana bercite pulak benda yg kurang baik sehingga menakutkan muslim lain utk ke sana....macam mana kita ni sebenarnya...ntahlah fikir2kanlah.

Teringat kata2 seorang geng, "i bukan tak nak tp i belum di jemput agaknya"...betul kot, tp saya yakin sebenarnya kad jemputan semuanya Allah dah siapkan utk semua hambanya cuma Allah mungkin belum kirimkan kepada kita....selagi kita tak berusaha mendapatkan jemputanNya. Maknanya, kalau kita mmg tak berminat nak pergi, atau sengaja melengah2kan atau memberi byk dalih dsbnya, mungkin Allah kirimkan kad jemputanNya kpd yg lebih bersedia, wallahualam. teringat sorang bos lama, katanya "Im, kita ni kalau dah simpan duit di tabung haji dan niat gi mekah, tapi kita kuarkan duit tu utk urusan dunia, mmg jawabnya lmbt sikitlah peluang kita pegi ke mekah". Mmg btl apa yg beliau kata, I experienced it myself...tak yah citelah, alhamdulillah dijemput juga walau sedikit lewat.

Lagi satu, ada gak tanya ok ke, susah ke, tak takut ke, tak sakit kaki ke, tak penat ke , tak kena rempuh ke, dll soalan, tp jawapan saya mudah "KALAU BAPAK SAYA YG BERUSIA LEBIH 76 TAHUN BOLEH BERTAWAF LAGI BERSAIE DAN ANAK KECIL SAYA YG BERUSIA KURANG 3 TAHUN JUGA BOLEH BERTAWAF DAN BERSAIE SECARA SDN BHD....TAKKANLAH KITA YG SIHAT WALAFIAT NI NAK RISAU TAK TENTU PASAL, INSYAALLAH SEGALANYA AKAN DIPERMUDAHKANNYA JUA"

So geng semua....bila lagi, in short, mmg bermakna our Wedding Anniversary tahun lalu. ALHAMDULIILAH juga sbb dpt saya tunaikan ibadah haji pada tahun yg sama (2008). Last but not least PRAISE TO ALLAH.

22 comments:

  1. Salam IP,

    Hebat ganbar-gambar yang di ambil tu. Mengenang kembali semasa di Madinah n Mekah awal lalu yang lalu. Best gile

    ReplyDelete
  2. Salam Imran ,
    pengalaman tersebut tak akan dapat di mana2. walaupun bersesak2 dan apa jua kepayahan, kita sebenarnay tetap dan tetap dan tetap nak pegi lagi ke situ, itulah janji ALLAH dan salah satu keistimewaan dalam byk2 keistimewaan yg ALLAH berikan pada 2 tanah suci ini.
    jumpa lagi, nk berbuka dah kat sini
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Pak Zain....pengalaman terHEBAT yg tak mungkin ada tandingannya. Gambar2 tu saya ambik guna kamera digital compact je....saya mmg minat photography...ikutkan hati nak bawak Digital SLR camera..tp takut pulak kena tahan dgn guard2 tu. Thanks Pak Zain, sempat ziarah saya sblm berbuka. Slmt Berbuka Puasa buat semua di Malaysia

    ReplyDelete
  4. Rezeki....betul apa yg dikata, saya membaca komen tuan dgn airmata di tubir mata....teringat sgt Labaikallahumalabaik.

    ReplyDelete
  5. Ahah! Now you got your own blog, so kena link la ni ek... nanti-nanti akan dibuat hehehehe.

    I still remember that instant tarbiyah you gave one night in Paris tu hahaha. Kena pegang kata-kata tu dan semakin bersemangat nih!

    Selamat berpuasa Imran and selamat mengerjakan ibadah extra di bulan yang mulia ini. InsyaAllah tahun ni aku beraya dengan famili kot walaupun mungkin raya ke 2 or ke 3 baru sampai tanahair hehehe

    Salam to your family

    Harny
    Glasgow

    ReplyDelete
  6. Harny....Salam ramadhan to u to. I perasan u lama gak tak jenguk blog PDKM, tp td nampaklah u leave ur komen. Thanks for visiting my humble blog. Tarbiyah....mana ada, saja je bg u semangat for the GREATEST journey that u've might plan sejak dulu lagi. Pergi tau jgn tak pergi.....harap2 sempatlah kita pergi sebelum kita dijemput PERGI TAK KEMBALI

    ReplyDelete
  7. Salam sdr Imran,

    Travelog umrah yg menarik untuk di kenang seumur usia. Rakaman gambar2 yg menarik.

    Sy berpeluang kesana May 2007, terasa ingin kesana lagi. Oo ya...sy silent reader blog PDKM.

    Selamat menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  8. Thanks En Kassim....saya kalau bercerita hal umrah dan haji mmg 7 hari 7 mlm tak abis. Terlalu byk, setiap waktu berdetik ada saja pengalaman yg saya lalui....cuma buat masa ni blm berkesempatan menulis hal haji....ada geng yg dgr cite2 sy mintak sy tulis buku....alamak, masa tak de skrg ni, ntahlah.

    Eh...En Kassim, saya rasa pernah gak nampak u buat komen 1 kali kat PDKM...betul ke atau saya berilusi si siang2 Ramadhan ni. Agains thanks for dropping by. Slmt beribdah.

    ReplyDelete
  9. salam en imran,

    cerita & gambar2 yang cukup cantik...& comel2 sungguh putera & puteri berdua tu...hug & kiss for them...

    en imran...cantik blog...hanis rasa nanti pak zain akan tanya camne nak masukkan smile2 tu... ;-)..hahaha (sebenarnye hanis sendiri yg nak tanye, en imran bg link smile2 yg dok lompat2 tu kat hanis boleh)....

    ReplyDelete
  10. Hanis, pjg citenya...smile2 yg lompat tu saya cut and paste dr web fotopages. Dulu saya ada akaun fotopages tp la ni dah tak aktif. Skrg ni cuma nak tumpa pd facebook dan blog ni...sbb seronok dpt kawan2 baru bila melayari PDKM. Hanis cuba je cut and paste dr blog sy ni...tentu boleh. Cuba ye.

    Ooo ye...la ni anak2 semua dah tidur (jam 12.20 tghmlm) peluk cium Hanis saya sampaikan esok ye :D

    Syukran wassalam (copyright PDKM)

    ReplyDelete
  11. As Salam..

    IP & family.. Tahniah.. at last dlm ramadhan yang mulia nih dah 3 org peminat setia PDKM memulakan langkah menulis blog.. (Pak Zain, Rezeki & your self) Alhamdullilah.. bertambahlah bahan bacaan kita org semua dan juga berkongsi pengalaman yang indah dibumi Allah..

    Dalam usia IP yang dikira muda tak muda.. tua tak tua.. Banyak sungguh tempat yang telah IP jelajahi.. beruntung dapat menjelajahi bumi Allah.. namun bak kata IP.. tiada tolok bandingan dengan Makkah & Madinah.. bagi cheq sama juga.. pengalaman berada disana membuatkan hati sentiasa meronta-ronta nak p lagi.. nak p beramal ibadat menyerah diri pada Yang Esa.. kalu dapat p duduk macam ayahda & bonda pun best sesangat.. (49 hari) sesamalah kita berdoa semoga hajat kita dimakbulkan..

    psstt.. lepas nie bleh lah IP mintak posting kat Jeddah.. cheq nak p kije kat sana.. emmm.. kat sana tak dak pokok getah yang nak ditoreh.. he he

    Noor-GPK

    ReplyDelete
  12. Noor or shud i call u Kak Noor (pls advice),

    Thanks for dropping by. Mmglah penangan Makkah dan Madinah tiada bandingannya. Noor saya mengaku yang sya tak pernah teruja utk berblog sehinggalah berjumpa dgn blog PDKM...terima kasih atas galakan sahabat semua.

    Mmm...pasal posting ke Jeddah, mmg betul Noor, saya berharap sgt 1 hari nanti dapat posting ke sana atau berkerja di Makkah atau Madinah dlm tempoh masa yg pjg. Tp saya pun tak tau mcmana caranya utk dpt posting ke sana??? Utk pengetahuan Noor saya bukanlah pegawai Kementerian Luar, tp pegwai PTD yg dikenalpasti utk berkhidmat di UNESCO. Kiranya rezeki dpt posting Paris.....kalau dpt posting Jeddah...mmg BONUS bergandalah. Noor, balik dr umrah dulu, saya ada cite2 kat geng rapat harapan saya utk berkhidmat di Jeddah, Makkah atau Madinah....last year sy nampak mcm almost impossible but recently (last week) saya dah nampak2 mungkin ada caranya.....doakan ye Noor. Kalau saya di sana....ahli GPK r more than welcome to visit me and En Li PDKM tu :)

    ReplyDelete
  13. Salam En Imran..

    First and foremost Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa.

    Welcome to the world of blogging.. Akhirnya terbuka jugak pintu hati nak berblogging. Menarik!! so lepas ni En Imran bolehla share cerita2 menarik di Paris pulak..

    Saya setuju dengan apa yg En Imran cakap.. Secantik mana Eiffel Tower ke, London Bridge ke, Alps ke tapi masih tak boleh menandingi ketenangan dan keindahan Masjidil Nabawi & Masjidil Haram. It was totally a different feeling... and these two places are still the best. Betul tak?

    ReplyDelete
  14. Salam Imran,

    Selamat berpuasa..wah memang seronok bila menunaikan umrah dgn pnuh kusuk dan tawaduk..lagi pula tiada disangka kita mendpt kesihatan yg baik melakukan ibadah..
    Saya doakan hajat Imran nak posting di Makkah or Madinah di kabulkan Allah

    ReplyDelete
  15. Laracroft....sapakah gereang empunya nama...sejak melayari PDKM lagi saya dah tertanya2....hehehehe....nway thanks for visiting my humble blog. Cite2 menarik dr Paris mmg byk tp saya ni jenis masuk kerja pagi blk mlm so byk cite menarik tak sempat sy rakamkan...ni pun nasib baik skrg ni buka puasa jam 9 mlm, sempatlah balik rumah, kalau masa autumm/winter mmg saya buka di ofis je, pdhal rumah less than 2 km....apapun alhamdulillah

    Lara....betul kata u Makkah Madinah....no single comparation can do :)

    Syukran wassalam :D

    ReplyDelete
  16. Yem....terima kasih byk2 kerana menghadiahkan hadiah yg paling bermakna - DOA. Ingat senang ke org yg tidak kita kenali mendoakan kita. Saya berterima kasih...Amin, moga doa Yem dimakbulkanNya, insyaAllah.

    Oo ye...thanks for dropping by :D Merci et bonjour

    ReplyDelete
  17. Ramadhan Kareem..
    Happy blogging Saudara Imran,semuga terus istiqomah.

    ReplyDelete
  18. Kak Pinat....thanks for dropping by...Istiqomah tu yg payah...betul tak Kak...eh Akak punya Blog mmg hebat....terliur saya tgk puasa2 ni :D Slmt berbuka puasa Kak Pinat....err anak2 saya kata depa pun suka Peanut Butter :D

    ReplyDelete
  19. salam,

    alamak terlepas kapai terbang hari ni, sibuklah bulan posa ni.

    kisah perjalann agung memang tak akan hilang dari ingatan.

    semoga jumpa di Makkah nanti .

    ReplyDelete
  20. Kak As...terlepas flight tak de masalah...tambah je lg 1 mlm kat Makkah, pas tu fly pulak ke Paris ni :)

    InsyaAllah Kak...c u in Makkah

    ReplyDelete
  21. salam imran,
    KN pun pergi umrah tahun lepas..25/5 - 4/6.maknanya kita sama2 berada di bumi anbiya' itu...subhanallah!

    Sekarang ni kalau tak ngantok KN tgk solat terawih dari masjidil haram...otherwise tgk kat u-tube the next day.

    KN pernah sambut wedding anniverary kat madinah...thn 1992 masa buat haji! 14/5 sambut wedding anniversary yg ke-16 & lps tu 18/5 sambut birthday KN yg ke 39 pulak!!

    ReplyDelete
  22. KN...bestnya sambut anniversary dan Bday kat sana. Saya berkesempatan sambut Bday yg ke 38 (ikut tahun masehi) pada musim haji Disember lalu. Saya hadiahkan diri saya berjalan bersendirian slps subuh di Baqi....satu keinsafan yg cukup dlm menyelimuti diri, harap di kebumikan satu hari nanti di bumi Madinah. Thats was my Bday wish last year and is STILL my wishlist sampailah la ni.

    ReplyDelete