Followers

Friday, October 30, 2009

Labaikallahumalabaik....(Part V - Rebah di Dakapan Kaabah)

Baru shj bas berlepas. Petugas memberitahu aku akan ditempatkan di Maktab 72. Di dlm bas, aku mengambil masa membelek handphone dan membaca sms2 yg diterima....dr kakak, adik, bos2 lama, sahabat2 dan dr abang yg bertugas UIA, ringkas bunyinya "Jgn lupa aji, doa utk semua di sini utk jd tetamu agung lg....Mabrur". Dlm hati...."risau aku ni...payahnya nak sampai ke Makkah....mcmana nak doakan permintaan org ni...Ya Allah kau permudahkanlah...kalau bukan utk aku pun, kasihanilah org2 yg berpesan doa kpd aku...harapan mereka besar terlalu besar...jgnlah kerana kekurangan aku....doa2 mereka tidak dpt aku sampaikan di Baitullah" aku tundukkan wajah disebalik kegelapan highway Jeddah....mula menghitung kembali dosa2 yg sudah2.

Hati tertanya2, mengapa begitu payah perjalananan aku skrg ini...tak semudah urusan check-in kaunter Saudi semasa di airport Paris...apa agaknya silap aku. Fikiran terus menerawang "Ya Allah kalau ada kesilapan aku yg belum aku taubatkan....aku bertaubat Ya Allah, jgnlah disebabkan dosa2 aku, perjalanan kami tergendala lama "aku memohon segalanya di permudahkan bukan hanya utk aku tp utk semua jemaah yg baru tiba. Di dlm kesamaran cahaya highway...aku memaksa diri utk tidak tidur, mengaji dan berzikir "Rabbi yassir wala tu assir"....zikir yg dititipkan oleh kakak aku......berterusan aku membacanya agar segalanya dipermudahkanNya.


Jam hadiah dr Jabatan lama, di tangan kanan ku menunjukkan tepat jam 4.30 pagi....masih tak sampai lagi...KENAPA KENAPA KENAPA. Dah dua jam perjalanan kenapa tak juga kami tiba di Makkah. Aku masih menyimpan harap "Alah, tak pe, kalau tak sempat buat umrah, saei sblm subuh....tak pe, aku solat subuh dulu, pas tu terus pulun buat umrah. Habis saei...aku duduk semula di Dataran Kaabah utk terus menunggu solat Jumaat....alah sure boleh punya, takkan tak sempat sampai Makkah dlm masa 1 jam. Lambat2 pun 30 minit lg sampailah ni" terus mengomel hati kecil ku.

Dlm pada kegelisahan aku menanti saat ketibaan di tanah haram....bertali arus sms aku terima dr isteri, kakak, adik dan sahabat.....hampir kesemua tanya perkara yg sama "dah sampai Makkah ke", "dah selesai umrah ke", "ramai tak masa umrah td" dll yg seumpamanya. Aku tak membalas satu pun sms berkenaan....aku tak mau mereka risau....dan tak mau ceritakan kepayahan yg dilalui...bukan sbb apa, cuma tak mau mereka fikir yg bukan2. Dlm hati terbit lagi rasa malu..."tulah Im, kau sblm pergi, kau patut betul2 bersihkan diri, bersihkan hati, belajar ilmu haji...ni kau asyik sibuk kerja je".


Jam 5 masih tak tiba...GILA GILA...napa sampai gini jadinya. Bas membuat byk hentian...ntah kenapa.....balik2 berhenti ambik makanan, dlm hati aku bagai menjerit mengatakan "oiii Pak Arab, buat apalah kau bersedekah makanan minuman byk2 ni....yg td punya pun aku tak jamah lg, membazir je....aku ni nak kejar masa, nak umrah ni" Aku membebel lagi, geram pun ada...tp aku teruskan berzikir dan berdoa utk dpt segera berada di dakapan Baitullah...berumrah, bersaei dan bersolat Jumaat.

Jam 5.30 pagi....bas menghampiri Makkah....dah masuk sempadan tanah haram...aku TERLALU gelisah sbb tau waktu Subuh bakal masuk bila2 masa saja.....hajat bagai kian punah. Aku marah dan terlalu geram....sampai tak tau nak kata apa lagi......Dalam pada kami menyusuri turun naik bukit serta jln2 yg kian sempit di Makkah....sayup2 aku terdengar azan Subuh berkumandang, dlm hati meronta "oii driver....cepatlah...kenapa kau ni sesat2...tak sampai2...negeri sendiri pun kau tak tau ke kat mana Maktab yg kau nak tuju" selang bbrp minit aku dengar Iqamat "WHAT.......THIS IS REDICILOUS" aku naik berang....tp disbbkan kengantukkan dan keletihan aku bagai tak upaya nak bersuara atau marah....bagai tak daya...bagai redha apa yg ditentukan. Tetiba aku dengar Imam membaca Fatihah...."alamak aku tak dpt bersolat jemaah Subuh di Masijidil Haram".........aku sedih, kemarahan yg meluap2....hilang terus, aku sayu "Ya Allah ini mungkin ingatan kasih sayang Mu kpd aku yg selalu melengah2kan solat fardhu...mungkin juga ingatan Mu kepada ku yg tak pernah ambil berat ttg solat berjemaah....aku pohon ampun..Ya Allah, ampunilah aku"

Jam 6.25 pagi baru kami tiba di Maktab.....aku tercengang2....eh ni Maktab 77.....salah ni. Aku terus bertemu pemandu....pemandu kata dia tak dapat arahan utk htr aku ke Maktab 72. Aku terus turun dr bas, dgn perasaan hampa kerana tidak dpt bersolat di MH aku terus meluru mencari Pengurus Maktab 77...yg sedang menyambut ribuan jemaah yg tiba bersama dgn aku. Aku menceritakan kpd beliau...alhamdulillah aku dpt kontrol kemarahan, beliau berkata "Haji, haji duduk dulu ye...saya nak uruskan jemaah yg lain dulu...nanti saya selesaikan urusan Tn Hj" sambil menunjukkan aku sofa2 di lobi Maktab utk aku duduk berehat, beliau terus menyambut jemaah yg tiba dgn 9 buah bas sewa.

6.45 pagi masih tiada sesapa pun yg menguruskan aku...aku rasa bagai terbiar...betul2 terbiar, aku sedih, kenapa mcm ni....dlm hidup aku pun aku tak pernah meminta2 utk dilayan disambut bagai menteri...cukuplah dgn tunjukkan di mana Maktab aku, aku cuma mahu meletak beg dan terus ke Al-Haram. Aku bingkas bangun dan bertanya di kaunter TH arah utk ke MH, aku ingin bersolat subuh di MH. Petugas wanita TH mencadangkan agar aku jgn ke mana2 memandangkan urusan pendaftaran aku blm selesai dan dia mencadangkan utk aku bersolat di surau Maktab. Aku tak berkata apa terus bersolat....o ye sekali lagi aku bersolat sunat syukur sbb dah pun tiba di Makkah slps hampir 4 jam perjalanan dr Jeddah.

Lepas solat aku naik semula ke lobi Maktab....aku dihadiahkan sarapan oleh seorang petugas TH, "haji tunggu ye...makan dulu, kami dah call Pengurus Maktab 72...ikut list nama tuan haji ni tak de pun kat Maktab tu" Saya keliru...fikiran bercelaru....adakah Allah tidak menerima kedatangan aku. TAK MUNGKIN. Terkeluar dr lubuk hati aku kata2 "YA ALLAH KAU YANG MENYERU UTK AKU DTG KE SINI SEBAGAI TETAMU MU, HAMBA MU DTG, TERIMALAH AKU SEADANYA, SAMBUTLAH AKU SPTMANA TETAMU2 MU YG LAIN....AKU YAKIN KAU AKAN PERMUDAHKAN SEGALANYA...KERANA AKU TETAMU MU, AKU TETAMU MU....KAU TAK PERNAH KEJAM.....YA LATIFUL ULTUF BINA YA LATIFUL ULTIF BINA....YA ALLAH KASIHANILAH AKU TETAMU MU YG DTG ATAS SERUAN MU DAN MENINGGALKAN SEGALANYA UTK MENDAPAT KEREDHAAN MU...TIADA YG LAIN"


Aku tunduk, membuka kembali Al-Quraan hijau dan cuba memberi sepenuh perhatian utk mengaji dan melupakan apa yg dikatakan petugas haji.....1 juz pun tak habis lg ni....payahnya. 1000 kepayahan aku tempuhi hari ni...kenapa ya. Aku bermonolog lagi "YA ALLAH KALAU INILAH DUGAANNYA UTK MENJADI TETAMU AGUNG MU, KALAU INILAH KESUKARAN YANG AKU PERLU LALUI UTK MENDAPAT TEMPAT DI SYURGA MU....AKU REDHA AKU REDHA AKU REDHA.....TERIMALAH AKU MENJADI TETAMU MU...YA LATIFUL ULTUF BINA"


Aku mencari petugas TH....tak de...mana ye...aku kian hilang sabar. Napa aku terus terbiar...tp dlm hati berkata lagi...."mana ada kau terbiar, mana ada kau keseorangan...kau ditemani Allah dan Rasul" kata2 yg aku nyatakan di Paris terngiang2 di telinga sendiri. Akhirnya aku dpt bertemu petugas..... aku katakan "Tuan hj, kalau nama saya tak de dlm list....mcmana pulak td Haji Azilah yg jemput saya di airport"....sambil tunjukkan no hp Hj Azilah dan mesej2 sms antara kami berdua. Petugas tersebut Hj Salleh, namanya....tersenyum dan dia kata "sekejap ye Haji, ada tak ada pun, haji dah sampai sini....insyaAllah ok"

8.15 pagi, petugas wanita khabarkan "hj, alhamdulillah, dah selesai, mmg nama hj ada sebenarnya di Maktab 72....siap2 ye, kejap lagi Syeikh dtg ambik".........alhamdulillah kata ku. Aku gembira sekurang2nya, walaupun tak sempat subuh di MH, Solat Jumaat nanti dptlah.

Jam dah pukul 9.30 pagi, aku kian resah, Syeikh Maktab 72 tak kunjung tiba, btg hidung pun tak nampak, aku keletihan yg amat sgt....sudah lebih 24 jam aku meninggalkan rumah di Paris....aku masih belum masuk ke bilik Maktab...."payahnya nak jd tetamu Allah" tp aku anggapkan biasa2 je. Aku usaha bertemu lagi seorang petugas.....sbg org gomen....hehehehe, aku mula menunjuk ajar dan memberi alternatif. Kata ku, "Macam nilah, kalau susah sgt...biar je saya duduk di Maktab ni, tentu ada katil kosong, utk saya seorang je" petugas menjawab "tak boleh Hj...nanti Syeikh di Maktab sana marah sbb ni kira bisnes ni"....saya mula difahamkan ttg bisnes muasasah.

Tersenyum saya mendengarnya....saya beri lagi cadangan "kalau dah mcm tu, boleh tak saya tarik je beg saya ni ke Maktab tu...tentu tak jauh...kita kat Maktab 77...maktab saya Maktab 72 tentu dekt2 sini saja"............petugas terus mengeluarkan pelan Maktab2.....kami bersetuju...mmg tak boleh nak ke sana berjalan dgn beg besar saya...PAYAH. Saya cdg pulak naik teksi, byrn pun saya tanggung, kata petugas "eh...tak boleh, sbb dah tanggungjwb Syeikh tu ambik dr sini...lagipun di musim haji, bukan senang2 kita bawak jemaah turun naik teksi tanpa pengetahuan Syeikh" Dah dekat 3 jam di Maktab....byk saya faham perihal hubungan TH dgn Syeikh Muasasah....pengaruh Syeikh2 terhadap polis2 dan petugas Kerajaan Saudi yg lain....ilmu gak ni...tp tak penting bg saya masa tu....yg penting BAITULLAH.

Aku menanti dan terus menanti...jam dah dekat 10 pagi....Syeikh Maktab pun tak nampak, org2 TH pun nmpk menjauhkan diri....mungkin segan sbb kelewatan....saya tak salahkan sangat dorang, faham, bukan negeri sendiri pun...they have their own constrain.....aku terus2an berzikir, mengaji...duduk di kerusi berihram bagai di akhirat menanti utk dihitung.....dlm hati berkata lagi "Ya Allah...bukan ke aku tetamu mu.....sambutlah aku, dakaplah aku dgn kasih sayang Mu yg melimbah ruah itu....aku dtg kepada mu....jgn Kau sia-siakan kedatangan aku menyahut seruan Mu....bukankah Kau yg mentakdirkan aku ke sini....permudahkanlah ye Ya Allah....aku umat Rasul pilihan Mu...permudahkanlah utk kami semua" Dlm hati aku berkata lagi..."kalau jam 10.15 nanti aku masih di sini, aku nak cdg utk tinggalkan beg di sini dulu dan aku terus ke MH.....berumrah dan terus ddk di Dataran Kaabah utk solat Jumaat".

10.15 pagi - tiada apa yg berlaku...aku berkata, "ok...aku bg 5 minit lagi" tetiba Hj Salleh dtg, baru pulang bersarapan, beliau berkata "Astgrafirullah, Hj Imran masih di sini, sudahlah dah 4 jam lebih dah ni Tn Hj kat sini, mari saya hantar naik teksi....sian awak ni" Saya kebingungan...tp terus saja menarik beg meluru ke hadapan Maktab....beliau dan seorang lagi sahabat beliau menahan teksi dan terus menghantar saya ke Maktab 72. Jam 10.40 pagi saya tiba di Maktab....wp tak seceria Maktab 77....saya redha, lgpun tak penting sgt bg saya....saya mengucapkan terima kasih pada Hj Salleh dan kawannya....saya di bawa naik ke bilik jam 10.50 pagi. Bilik luas...saya seorang shj dlm bilik tu. Syeikh, Pengurus Maktab, Hj Salleh dan petugas2 Maktab semua nasihatkan saya berehat slps perjalanan jauh dr Paris....iyelah dah dekat 30 jam sejak menjejak kaki keluar dr rumah. Nasihat mereka simple tapi keras -tak perlulah solat di MH....skrg ni pun dah penuh sesak...solat di masjid berhampiran maktab aje.

Aku akur....masuk ke bilik, letak beg, duduk berihram di atas salah satu dr 6 katil di bilik 906.......termenung bbrp ketika...tetiba teringat kawan saya Zulhasny yg pernah menceritakan pengalaman beliau berpeluang bersolat Jumaat di dlm MH wp terlewat. Terfikir juga di dlm hati "Ya Allah dah 30 jam lebih aku mengembara dr Paris utk ke Baitullah...skrg aku sudah tiba di sini....aku TAK MAMPU menunggu lagi, tak tega wp sedetik....sudah 30 jam aku menanti, tak mungkin aku sesiakan peluang bila dah tiba di sini. ahh......aku tidak lagi ingin membuang masa atau menghitung letih....Baitullah...here i come"

Aku cekalkan hati, aku bersihkan diri dan terus bersiap ke MH...aku membuka jam di tangan dan berharap jgnlah masa membuat aku berkira dlm ibadah dan jgnlah masa mengingatkan aku ttg keadaan diri yg tidak tidur dan keletihan, jgnlah masa menjarakkan aku dgn Illahi. Dlm hati bekata-kata memujuk diri "tak pe Im, kalau kau tak dpt solat jumaat di dataran kaabah, cukuplah di dlm MH"

11.20 pagi....aku turun dr tingkat 9. Di lobi maktab, aku ditegur oleh petugas agar mendahulukan kesihatan diri sbb perjalanan haji masih jauh...beliau meminta aku berehat...dan berjanji utk memimpin aku berumrah malam nanti...aku ucapkan terima kasih, aku berkata "saya nak solat jumaat di MH...umrah tu, tak sure buat lepas Jumaat atau mlm nanti....terima kasih ye Hj" Segera aku meninggalkan Maktab, mencari arah ke MH...berjalan dan terus berjalan.....PENUH SESAK jemaah.....mmg betul kata Hj Azilah, Hj Salleh....kalau dah lambat jgn haraplah. Aku berjalan mengharungi lautan manusia, jutaan jemaah...memohon izin dr mereka....menyusun langkah demi langkah di atur....mulut terus2an berzikir "Rabbi yassir wala tu assir" hati terus2an berdoa "Ya Allah....berilah aku peluang sptmana kau berikan pd Zulhasny bersolat Jumaat di MH wp beliau terlewat dulu, Ya Allah i want nothing less than that....nothing less....I must perform this Friday prayer in MH, bukan di ruang luar MH bukan di jln tar....Ya Allah aku dtg kpd Mu, terimalah aku didlm Al Haram mu" aku terus berzikir dan berdoa.

Sedar2 aku telah pun hampir di tangga pintu utama Abd Aziz. Pada masa yang sama azan Zohor dilaungkan, keadaan jd gawat, polis petugas menjadi berang....keadaan agak kelam kabut aku tertolak terketepi ketengah tanpa haluan....tanpa aku sedar aku terduduk di anak tangga pertama....belum masuk ke dlm MH.....aku berzikir dan terus berdoa....doa yg sama spt td. Azan kedua berkumandang....aku berdoa lagi "Ya Allah, aku lewat, Ya Allah aku tak sempat, Ya Allah aku byk berdosa...aku tau segalanya....apapun Ya Allah, berilah aku peluang solat di dlm MH....bukan ditangga ni...BUKAN di sini, berilah aku peluang utk masuk sekurang2nya 2,3 tapak saja lagi TOLONGLAH...dan sediakanlah ruang yg sempurna utk ku di dlm MH" hasrat aku utk solat di Dataran Kaabah mmg telah berkubur...TIDAK MUNGKIN MANA MUNGKIN.

"Ya Allah, kau lebih mengetahui aku ingin bersolat di hadapan Baitullah, di Dataran Kaabah, tp aku rasa permintaan aku itu keterlaluan nak dibandingkan dgn kejahilan aku....tak pe Ya Allah...aku redha....cukuplah di mana2 ruang dlm MH....2, 3 tapak masuk ke dlm MH pun jadilah" aku terus berdoa....."Ya Allah berilah aku peluang...peluang bersolat di dlm Masijil Haram ini, cukuplah walau sejengkal ruang utk ku tapakkan kaki sujudkan diri...ya Allah, permudahkanlah...aku umat Muhammad, dtg kpd Mu"

Azan kedua tamat...mengharap tuah, aku bingkas bangun, dr tangga diikuti bbrp jemaah lain.....tetiba polis MH berteriak "Fadal ya Haj Fadal" aku terus berjalan masuk ke dlm MH...hanya 5, 6 jemaah sahaja yg dilepaskan oleh polis tersebut...NTAH KENAPA....KEHAIRANAN.....ada 2, 3 jemaah di hadapan ku....kami terus berjalan memasuki MH...tiba di lobi...masuk ke ruang solat MH...masuk di ruang solat lama MH...tetiba aku terus di arah oleh polis utk terus menerus jln "Rasta rasta ya hajj rasta" suara polis terus kedengaran. Aku tak pasti mengapa aku di arah berjalan terus...ke mana oh ke mana....laluan SEMPIT PENUH jemaah...tp cukup mudah...aku tidak melangkau sesapa pun.....sedar2 aku di tangga menuju Dataran Kaabah...SUBHANALLAH. Ya Allah tadi telah pun aku kuburkan hasrat utk bersolat di Dataran Kaabah.....benarkah apa yg berlaku ini...layakkah aku....

Aku turuni tangga dan terus ke Dataran Kaabah....dada berombak BERGELORA kencang bagai taufan......aku terus berjalan di arah polis MH...aku tertanya2...di mana harus aku berhenti....jalan yg aku lalui begitu lurus amat mudah bagai denai kecil yg tersedia istimewa buat aku. Subhanallah, Kaabah hanya lg 10 meter shj dr aku...masih berjalan......Imam Sudais sudah mula berkhutbah.....mendengar suara beliau...bagai mimpi jd nyata...sepasang mata ku berkaca....bergenang teringatkan angan ku pada isteri utk mendengar suara Sudais. Pelik...suara imam turut sebak....bagai memahami gelodak rasa.

Tetiba langkah kaki aku terhenti kaku....bukan kerana tiada ruang lagi di hadapan, malah denai yg tersedia masih berbaki lagi......cuma aku terasa sendiri...aku hamba yg hina, aku blm sehebat mana utk solat di hadapan Kaabah. AKU TERDUDUK...terkulai...cuma 5, 6 meter dr bucu rukun yamani... aku duduk tertunduk, perasaan bercampur baur...tak tau apa yg di rasa....sebak sayu tak tentu hala....menangis semahu-mahunya.

Aku tertanya-tanya...mengapa oh mengapa....semasa berumrah dulu tidak setitis pun airmata aku tumpah semasa melihat Baitullah...tidak juga tumpah semasa tawaf wida umrah...mengapa aku menangis sedemikian rupa kali ini. Tak pernah aku sangka...tak sekali kali aku jangkakan atau rencanakan.....

Mungkin aku menangis bersyukur kerana akhirnya sampai ke Baitullah...bukan hanya bersolat di dalam MH tapi di Dataran Kaabah...1 BONUS TERAMAT BESAR buat aku.......mungkin juga memikirkan jauhnya payahnya perjalanan haji aku yg memakan masa :-

10 jam penerbangan dr Paris ke Jeddah

4 jam 30 minit penantian di airport utk menaiki bas ke Jeddah

4 jam perjalanan dr Jeddah ke Maktab 77

4 jam penantian di Maktab 77 utk ke Maktab 72

secara keseluruhan 12 jam lamanya dr masa tiba di Jeddah hingga saat masuk ke Maktab 72, secara dasarnya hampir 30 jam dr rumah di Paris ke Maktab 72....ya Allah jika inilah balasannya atas kesabaran aku dlm perjalanan yg pjg aku bersyukur....ALHAMDULILLAH...air mata terus bercucuran mengalir di pipi....

tiba2 hati berkata lagi...airmata berderai lagi....bukan...SILAP....SILAP SEMUA SILAP KIRAAN ku tadi, aku pasrah teringatkan payahnya aku ingin mengerjakan haji sejak aku pulang dr Jepun pada tahun 2003 lalu....dlm hati berkata "rupanya bukan setakat 30 jam...rupanya dah 4 tahun penantian aku" Aku insaf aku sedar kini, aku yakin apa yg aku lalui selama 30 jam tadi hanyalah sekelumit dr penantian sejak aku pulang dr Jepun. Fikiran aku terus melayang....hati tersentap.....akhirnya aku sedari BUKAN JUGA 4 tahun tapi LAPAN (8) tahun sebenarnya sejak tahun 2000 sewaktu mula menyimpan hajat menunaikan haji - hasrat murni yang lahir semasa saya menghantar kakak di Kompleks Haji Kelana Jaya.......

Tubuh aku menggigil menahan sebak mengenangkan jangkamasa 8 tahun, jangkamasa yg lama, mungkin utk aku betul2 bersedia utk aku betul2 bersih sblm dijemputNya bertamu di Baitullah.....Aku kuatkan semangat, duduk setegap mungkin mengadap kiblat, seteguh mungkin ku usahakan kudrat namun aku tersendu-sendu...airmata bertali arus.....aku pasrah, aku tewas...aku akhirnya REBAH DI DAKAPAN KAABAH.......................

...................................bersambung Part VI

35 comments:

  1. salam..
    puas hati baca catatan ni..:)
    saya menunggu sambungan seterusnya..

    ReplyDelete
  2. En.IM,terimakasih kerana creta panjang2,dan mel uangkan masa utk peminat disini...mama sedih baca ketika berada di dataran tu...doa trmakbul wpun byk cabaran.Tulis lagi ya,tak sabar...tk

    ReplyDelete
  3. Salam IP,
    Alhamdulillah... setelah dugaan dalam perjalanan Jeddah-Makkah, Allah perkenankan doa IP untuk berada betul-betul dekat dengan kaabah masa solat jumaat. Perjalanan sendirian betul2 syahdu, lebih seronok dari MKI ni... tak sabar tunggu seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Salam En. Imran,

    alahai...beberapa hari tak jenguk dah part 5. Sibuk dihujung minggu ditambah pulak dengan pembantu rumah yang balik bercuti. Saya tak baca lagi part 2-5, nak tunggu waktu yg sesuai biar dapat menghayati pengalaman En Imran. Sekarang ni kat Malaysia dak pukul 11.05, mata pun dah layu. Hari ni saya ke Paris dulu, kalau mata ni masih boleh dibuka, saya singgah kat Mekah sekejap...

    ReplyDelete
  5. UmmuAdam....baca ye...baca dgn teliti...take ur time utk lebig mengerti kasih Allah pd tetamuNya

    ReplyDelete
  6. Kak Pinat...esok saya sambung Part VI....sabar ye...Part V amat bermakna buat saya bila saya mula kenal erti cinta sebenar, benar2 cinta benar2 kasih Allah kpd kita :-((

    ReplyDelete
  7. Mama Ju...mmg menyentuh pengalaman di Dataran Kaabah....saya berdoa tp Allah makbulkan lebih dr yg saya pinta jauh lebih bermakna dr yg diimpikan....perjalanan pjg sy ke Baitullah selama 8 tahun merupakan rentetan kasih Allah dlm menyediakan saya sblm bertemuNya

    ReplyDelete
  8. Zie...mmg mengasyikkan...Allah mentakdirkan keindahan hidup saya...sy berjanji berkongsinya, alhamdulillah jika Zie mendapat iktibar drpnya....Pengalaman MKI berlainan tentunya...pengalaman sy menjadi jemaah hj Malaysia dr luar negara...mmg sgt2 berbeza. Dah ada dah nak suruh sy tulis buku....tp ntahlah....

    ReplyDelete
  9. Salam IP,
    Bukukanlah.. saya ingin membelinya 10, dik hanis 1,000, belum lagi CM, AZ, Datin dll. Tajuk buku "Dari Kota Percintaan ke Kota Makkah".. hehehe. Pengalaman haji banyak mengubah kehidupan....

    ReplyDelete
  10. salam Im,

    Kak Nab merasa sungguh terharu baca catatan ni..menitis airmataku!

    ReplyDelete
  11. salam IP,

    segala kepayahan itu satu nikmat dan pengajaran pada kita semua yang kadangkala alpa dengan kehidupan seharian .
    Sesuatu yang berlaku itu, jika kita renungkan kembali ada hikmah yang tersirat.

    semoga saya dan kita semua terus diberi taufik n hidayah dr Allah SWT

    ps: nak siapkan telinga tu utk para bapa yg isterinya pregnant, tu yg kena balik siapkan telinga ngeh,ngeh,ngeh , hanya satu gurauan.

    ReplyDelete
  12. Salam Cik Im,

    Sedihnya akak membaca part V ni susah nya Cik IM untuk sampai kesana, akak diMaktab 77 tu Cik Im tapi ditempatkan di Maktab 78 hotel Qurdoba mesti Cik Im perasan hotel tu kan ada escalator naik keatas hotel tu,akak sampai hari Jumaat malam 28/11/2008, walaubagaimanapun Cik Im tabah dan tak berhenti berdoa dan berzikir akhir nya Allah sampaikan hajat Cik Im untuk bersolat di Dataran Kaabah, ya Allah tuhan maha adil dan mengetahui segala hajat umatnya kan Cik Im, akak dapat bayangkan bagaimana ramainya jemaah ketika tu, tapi rezeki Cik Im tetap ada dah ditentukan Allah, walaupun susah, susah itulah dugaan haji Cik Im, akak nak baca lagi part V1, tak sabar pulak.

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Im,

    Ni saje akak nak tanya, Cik Im dikedutaan Pariskan, kalau kat tanah air Cik Im di Wisma Putra la kan, menantu akak juga kat Wisma Putra, sekarang ni dia Di Colombo Ezwan Hassan, cik Im perasan tak.

    ReplyDelete
  14. salam Cik Im,

    memang hebat pengalaman mengerjakan haji.
    Alhamdulillah kerana Cik Im dapat bersabar menghadapi kesusahan.

    sebak rasanya membaca.
    menginsafi diri serta membesarkan keagungan dan kekuasaan Allah.

    tanpa pertolongan Allah kita memang tak berdaya melakukan apapa pun.

    lepas ni bolehlah buat buku plak.ada bakat seorang penulis ni.
    tulisan Cik Im ada roh tersendiri.ikhlas dari hati.

    kak S(As) ni.... tentu Cik Im berdebar menanti kelahiran orang baru....smoga slamat.

    ReplyDelete
  15. Salam...

    Lagi la meleleh air mata baca part nih..boleh buat buku nih...dah saya akan canang pada kengkawan dan sahabat handai...x sabar menanti part seterusnyaa..

    ReplyDelete
  16. Salam En Im,

    Setiap kejadian dtg dr Allah dan mempunyai hikmah. Hanya org2 yg berfikir mampu memahami hikmahnya. Alhamdullillah, En Im termasuk dlm golong org yg berfikir.

    Sekadar berkongsi, saya tiba di Jeddah pd 30/11/08 pd waktu subuh. Dekat Asar baru tiba di Hotel Maktab 86.

    Sebagai perempuan, saya perlu ada mahram(suami) dan disitulah cabarannya. Bethn2 ajak suami pergi umrah/haji. Berbagai alasan suami beri. Pd 2004 saya pergi umrah bersama ibu(tanpa suami)& berdoa agar hati suami terbuka utk mengerjakan haji.

    Tiba pd satu tahap saya kecewa krn suami masih enggan. Duit di tabung haji saya hadiahkan kpd mak saudara krn umurnya telah agak lanjut tetapi simpanan masih blm mencukupi. Sebaik saja wang telah saya beri kpd mak saudara, suami bersetuju pergi haji. Kakaknya cuma mengajak 1X saja. Mungkin berkat doa ibu saudara, hati suami terbuka.

    Kuasa Allah, tahun lepas saya sekeluarga (ber5) menjadi tetamu Allah, sedangkan mak saudara masih belum ada rezeki lagi. Rayuan dibuat thn ini, Insya Allah thn hdpn mungkin dipanggil menjadi tetamuNya.

    ReplyDelete
  17. Salam Cik Im,
    Aduyai, sesak nafas saya baca ending Part V ni...
    Cik Im cepat2 sambung part VI ye? sebelum muka saya bertukar biru tak cukup oksigen...tahan nafas...saspen!

    VpeaceV

    ReplyDelete
  18. Zie....byk ke org nak membaca....wah byklah royalti nanti ye....hehehe....saya blm bercadanglah Zie, kalau menulis pun biarlah saya dah kukuh lg tahap keimanan saya....ni masih bertatih ni...thanks for ur encouragement

    ReplyDelete
  19. Kak Nab...kalau membaca pun KN boleh menitis airmata....saya sendiri melaluinya...ruang di sini terbatas utk menceritakan segalanya...cukup saya katakan, saya sendiri tak sangka begitu kuat Allah mengetuk pintu hati saya untuk mengenali cintaNya kpd saya hamba yg hina. Thanks KN

    ReplyDelete
  20. Tuan Ismet...thanks for dropping by again. Apperieciate it much. Betul kata CR...saya bersyukur dilimpahi kasih sayang Allah...amat bersyukur.

    CR...buat telinga...ok, br sy paham. Tp pelikkan rasanya deria mendengar adalah deria pertama yg Allah kurniakan kpd kita di alam janin....dan di katakan deria terakhir di cabut dr kita sblm kita pergi menemuiNya.

    ReplyDelete
  21. Kak Norsidah....saya mengucap pjg baca kedua2 komen Akak yg berturut2 tu. Sebab :-

    1. Baru perasan yg Akak pun ddk dkt dgn Maktab 77...ye saya ingat Qurdoba tu...kkdg lepas Subuh saya gi makan kat situ;

    2. Akak ni isteri En Hassan Jantan. PASTI. Saya bukan org Wisma Putra, post di sini adalah post Kem Pelajaran. Saya kenal En Hassan masa di JPA, Bhg Penyelidikan Perancang. Seorang yg saya kagumi. Saya tau anak En Hassan gi ke Colombo gantikan kawan saya....saya juga kenal menantu perempuan Kak Sidah (Izzani....betulkan) yg dulu kerja di Kem Pelajaran.

    Akak WHAT A SMALL WORLD...salam saya buat EN Hassan...saya YAKIN teramat YAKIN, beliau masih ingat saya.

    Akak...salam ukhwah buat semua keluarga tercinta ye.

    ReplyDelete
  22. Kak Sas...sesungguhnya pengalaman mendewasakan sememangnya apa yg di lalui menyuntik erti bermakna dalam hidup. Saya beryukur atas segala-galanya.

    Kak Sas terima kasih atas doa ikhlas Kak Sas buat anak saya yg bakal lahir...insyaAllah a boy.

    Errrr....buat buku...alamak makin ramai dah mintak ni...hehehe...nantilah ye...masa blm mengizinkannya. Thanks for ur confidence

    ReplyDelete
  23. Hati Cantik :-)

    Salam perkenalan....iya...tolong ye canangkan, bukan saya membangga diri, jauh dr riak...mmg saya berjanji dgn Allah utk berkongsi pengalaman haji saya. Alhamdulillah, wp slps hampir setahun...dapat saya mulakan perkongsian ini...harap bermanfaat.

    Thanks for visiting my humble blog

    ReplyDelete
  24. Ina...sebak saya baca coretan Ina...ada persamaan dgn kisah keluarga terdekat saya yg terpaksa menunaikan haji tanpa suaminya. Tp percayalah...itu telah disuratkan ditakdirkan. Yakinlah apa yg di takdirkan itu adalah yg terbaik buat kita...buat semua. Yakin dan percayalah sepenuhnya...tentu Allah meredhai dan memberkati kita seterusnya, InsyaAllah.

    Mulia sungguh hati Ina mengushakan Mak Sedara utk menunaikan ibadah terindah...insyaAllah terus sukses

    ReplyDelete
  25. UmiAziauddin,

    Eh....takut pulak saya...jgnlah mcm tu, rileks2 jelah ye baca coretan saya tu...tp mmg betul Umi, saya menulis smlm pun berombak2 dada menahan sebak...saya rindu sgt dgn Baitullah...bersyukur sgt atas limpah kurniaNya yg tiada tolok bandingnya.

    Part VI...menyusul nanti...sy bz sikit hari ni.

    ReplyDelete
  26. Salam Cik Im,
    tangisan saya memang memanjang....pantang bersendirian...pasti bermonolog sendiri...dan airmata berjujuran....

    Alhamdulillah...doktor kata angin hempedu...due to stress...dia stress that it's due to stress...and I stress that I'm not stressed....(in the end...I look deeper...denying my denial....)

    terus menulis ye...BEST GILER...SAYAPUN MENANGIS GILER....

    ReplyDelete
  27. Datin...usah bersedih mengenang pengalaman haji, menangislah kerana mensyukuri nikmat Allah yg memberikan hidayah kpd kita. Sungguh Allah maha pengasih lagi maha bijaksana.

    Datin...STRESS...napa ye? First...lets no deny what u r denying....r u? Jgn lupa solat2 mlm, mujarab utk segala jenis penyakit...QURAN sudah semestinya...tp saya yakin Datin amalkan semua ini, cuma mungkin diperlebihkan lagi. Another thing, gud also to get second opinion. Di doakan tiada yg serious hingga memudaratkan....

    ReplyDelete
  28. Salam Cik Im,

    Akak nak britau yang akak ni bukan isteri En Hassan Jantan, cuma besan dia je, anak akak Nur Izayani tu, memang dia di Kem. Pelajaran, tapi sekarang dia cuti tanpa gaji mengikut suami Ezuwan Hassan tu,Izyani anak akak yg. sulong, harap2 perkenalan ni berpanjangan, nanti balik Malaysia boleh la dtg rumah akak, di Kg. Nakhoda, Batu Caves.

    ReplyDelete
  29. salam

    salam ukhwah cik im
    menitis airmata saya bila membaca entry cik im..menambahkan kerinduan saya pada baitullah...

    ReplyDelete
  30. Kak Shidah...la rupanya Akak ni mak kpd Nur Izyani....saya kenallah Nur Izyani tu...saya yakin dia ingat kat saya, sbb sblm gi Paris (Sept 2006) ada bbrp bertemu Izyani dan berbincang bbrp hal pejabat. Ezuwan saya tak pernah jumpa wp kenal En Hassan.

    InsyaAllah ukhwah berpanjangan...Akak, brp org anak Izyani, dah dua ke :-)

    ReplyDelete
  31. My Life...saya pun rindu...makin kita bercerita, makin dlm rindu kita pdNya.

    Err...td saya ke blog My Life...cantik, nak komen tp mcm ada problem. Tentang isu perjalanan yg My Life coretkan...nampak mudah tetapi bukan senang sebenarnya. My Life...takut saya kalau amal2 ibadat kita dicampakkan ke muka kita umpama kain buruk...nauzubillah.

    ReplyDelete
  32. Salam Cik Im,

    Akak tgh tunggu sambungan part V1 nape tak timbul2 ni. Anak Izyani baru 1.. lambat, tahun depan Mac dah nak balik Kl. Cik Im cepatkan sikit keluarkan part V1 tu ye kami tunggu..........

    ReplyDelete
  33. Salam Cik Imran,
    Penat le ulangalik Paris nih...dut tambang pun dah habis...tak sabar le tunggu Part VI...tak pe take your time...jangan stress...

    ps: THANK YOU....THANK YOU!!!!!!

    ReplyDelete
  34. Kak Sidah...sabar ye...bz sesgt 2,3 hari ni. InsyaAllah, bersambung Part VI, esok mlm...tunggu ye

    ReplyDelete
  35. Datin...la awat bertambang mahai2 tu....napa tak pinjam je motor motong gotah si Kak Noor tu....dpt save tambang.

    Datin, nanti ye Datin...bz bz bz....esok, insyaAllah saya sambung.

    ps: Pleasure is all mine....ALL PRAISE TO ALLAH...thank you Allah thank you Allah

    ReplyDelete