Followers

Tuesday, December 15, 2009

NATRAH.....bersalahkah aku Ya Allah?



Bertha Hertogh

15 Disember 2009 - Genap 59 tahun lalu di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam, ribuan manusia membanjiri balai ketibaan lapangan terbang bagi menyambut ketibaan gadis berusia 13 tahun yang mereka kenali sebagai Bertha Hertogh, yang kita kenali dengan nama Nadra@Natrah Ma'arof. Natrah adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Tragedi Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950.

Mungkin kebanyakan generasi muda masa kini dan juga generasi seusia saya kurang mengetahui latarbelakang, keistimewaan serta pengaruh Natrah yang mewarnai sejarah tanahair dengan berakhir dengan titik titik merah rusuhan dan menuntut olahan semula undang-undang syariah vis a vis undang-undang mahkhamah awam. Pengaruh gadis 13 tahun ini bukan hanya terhad di Nusantara, malah sentimennya melangkaui hingga ke benua Asia Selatan dan juga Timur Tengah. Malahan prosiding mahkhamah yang berlansung di Tanah Melayu (Singapura) pada ketika itu mendapat liputan luas seluruh dunia sehingga ke Russia, dengan kata lain, kes Natrah meletakkan Tanah Melayu ke peta dunia.

Sebagai anak Malaysia yang asal keturunan turut melibatkan negara-negara jiran Indonesia dan Singapura, kisah Natrah begitu terkesan di hati sejak saya kecil lagi. Arwah nenek yang berasal berkahwin dan mendapat anak pertama (Ibu saya) di Indonesia sebelum berhijrah menaiki kapal selam Tentera Bersekutu (Dutch/British Indies) ke Singapura di zaman Perang Dunia Kedua, pernah beberapa kali menceritakan kisah Natrah kepada saya. Tentunya kisah yang disampaikan melibatkan suami beliau (arwah Datuk) serta kaum2 keluarga yang turut terlibat sama malahan di tahan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi kepada mereka di dalam rusuhan tragedi Natrah. Penglibatan tokoh-tokoh Malaya terkenal seperti Karim Ghani, Dr Burhanuddin Helmi, Mohd Taha Kalu, Darus Sheriff, Mohammed Murtazza, Syed Ali al-Attas, MA Majid, Prof Dr Ahmad Ibrahim dan Tun Sardon Jubir, yang saya kagumi dan turuti sumbangan mereka dalam kes Natrah dan juga penjuangan kemerdekaan kemudiannya, turut melayakkan lagi kisah Natrah diangkat menjadi teladan dan sempadan buat generasi muda dan yang akan datang.

Siapa Natrah??? Mungkin ramai dah kian mengenali beliau sejak beliau meninggal dunia pada 8 Julai lalu, mungkin juga mengenali beliau melalui garapan teater Natrah yang di persembahkan di Istana Budaya Kuala Lumpur. Nama-nama GAH seperti Maya Karin, Sofea Jane, Ummi Aida, Samantha Schubert...sudah cukup menarik minat ramai menyaksikan Natrah di tangan Erma Fatimah. Apa yang lebih penting....mengapa Natrah mampu menarik minat nama2 gah tersebut untuk menjayakan teater berkenaan. Saya sendiri tidak berpeluang melihat teater berkenaan, namun jauh di sudut hati bagai yakin kisah yang dipaparkan dilayar teater lebih condong kepada kisah cinta Natrah dan Mansor, walhal kisah Natrah perlu dilihat sejujur mungkin bagi memahami tragedi sebenar di Malaya di penghujung tahun 1950, hingga mendapat perhatian dunia.

Mari kita layari kronologi ringkas kisah hidup Natrah yang di susun semula bersumberkan bacaan, pergaulan dan juga Wikipedia :-

24 Mac 1937 - Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh, dan seterusnya di batiskan sebagai kristian di Roman Catholic Church of St. Ignatius di Tjimahi pada 10 April 1937 oleh paderi gereja terbabit. Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh berbangsa Belanda dan ibunya Adeline Hunter (seorang Eurasion berbangsa Scotland/Melayu(Jawa).

29 Disember 1942 - Adeline melahirkan anak ke 6 (lelaki). Akibat tuntutan kemiskinan, Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louise menyerahkan Bertha kepada seorang kawan rapat mereka iaitu, Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh yang pada ketika itu ditawan oleh tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah adalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukanlah pembantu rumah kepada keluarga Hertogh, malahan ada pandangan yang menyatakan, Aminah adalah seorang usahawan berjaya, dan dipilih oleh Adeline untuk memelihara Bertha demi menjamin masa depan Bertha. Sebaik sahaja Bertha Hertogh diserahkan kepada Aminah beliau diberikan nama Natrah dan hidup dalam suasana dan ajaran Islam.

Perkara ini menurut penyataan mahkhamah Aminah, memang diketahui oleh Adeline yang menyatakan beliau memberi sepenuhnya hak penjagaan Bertha kepada Aminah serta menyambut baik hasrat Aminah membesarkan Bertha sebagai seorang yang beragama Islam, memandangkan Adeline sendiri dibesarkan secara Islam di Jawa.

Bagaimanapun dalam penyataan balas mahkhamah, Adeline menentang pernyataan Aminah, dan menyatakan beliau hanya menyerahkan Bertha kepada Aminah untuk tempoh 3,4 hari sahaja memandangkan keadaan beliau yang baru sahaja melahirkan anak lelaki, dan tidak pernah bersetuju Bertha dibesarkan sebagai orang Islam.

15 November 1945 - Kebangkitan nasioanalis Indonesia membibitkan kegusaran Aminah akan keselamatan anak angkatnya, Aminah membawa Natrah pulang ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

Penghujung 1945 - Bapa Natrah, Sarjan Petrus Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Beliau mendakwa telah pulang ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Bagaimanapun, Adeline dan Hertogh akhirnya ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

19 Ogos 1949 - Polis Semarang memberitahu Petrus Hertogh, Natrah berada di Kemaman.

September 1949 - Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

Pada awal 1950, Aminah diminta memulangkan Natrah kpd kedua ibubapanya melalui Penasihat British dan ditawarkan wang berjumlah $500 sebagai bayaran gantirugi selama menjaga Natrah selama 7 tahun (sejak Dis. 1942)

12 April 1950 - Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh. Sekiranya kes Natrah tidak di bawa ke Singapura, keputusan mahkhamah tentunya berbeza daripada apa yang dimuktamadkan.

natrah11

22 Mei 1950 - Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

24 April 1950 - Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April 1950 - Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 - peguambela Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950 - Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill.

1 Ogos 1950 - kerana takut peristiwa berulang, Aminah sedar yang beliau, tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi untuk memelihara Natrah, mengambil keputusan untuk mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun manakala Mansor Adabi 22 tahun. Kedua-dua dikatakan jatuh cinta pandang pertama sejak dipertemu dan disatukan.
.

Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin bagaimanapun ianya bertentangan dengan undang2 sivil. Ada pendapat yang mengkritik pernikahan inilah sebenarnya punca kepada Aminah kehilangan Natrah, kerana pernikahan tersebut mengundang campurtangan mahkhamah sivil yang menganggap pernikahan gadis bawah umur mengikut undang2 sivil adalah tidak sah dan perlu mendapat persetujuan "penjaga". Istilah "penjaga" inilah akhirnya menyerat semula kes Natrah ke mahkhamah, memandangkan persetujuan penjaga yg sah perlu diperoleh sebelum pernikahan tersebut dianggap sah. Pd masa itu, Aminah bukanlah penjaga yang sah dan pada masa yang sama bapa Natrah menuntut hak penjagaan anaknya itu.

Selain itu, ada pengamal undang2 berkongsi pandangan yang tempat pernikahan Natrah-Mansor yang berlangsung di Singapura yang di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British merupakan satu percaturan yang salah. Sekiranya pernikahan tersebut tidak berlangsung di Negeri-negeri Selat sebaliknya berlangsung di seberang tambak (Johor) atau di Kemaman (kampung Aminah), tentunya pihak British akan menghadapi kesukaran mencabar kedudukan institusi pernikahan antara kedua mereka.

2 Disember 1950 - Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya. Lebih-lebih lagi bila bapa Natrah mengangkat sumpah menyatakan beliau tidak pernah bersetuju Natrah memeluk agama Islam dan Natrah telah dibaptiskan sebagai kristian slps kelahirannya. Tambah menyedihkan Aminah gagal membawa surat yang ditulis oleh Adeline Hunter yang didakwa menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya Natrah kepada Aminah.

12 Disember 1950 - Hakim bertugas - Justice Brown memuktamadkan Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya. Dalam keputusannya beliau menyebut "It is natural that she should now wish to remain in Malaya among people whom she knows. But who can say that she will have the same views some years hence after her outlooks has been enlarged, and her contacts extended, in the life of the family to which she belongs?"

ibu & natrah

59 tahun berlalu, saya terfikir tentu lahir segumpal kekesalan di hati Justice Brown melihat rentetan hidup Natrah, mungkin Justice Brown turut terfikir dimanakah letaknya JUSTICE bilamana melihat kesan daripada keputusan 11 Disember 1950 yang dimuktamadkan beliau sendiri yang jelas tersasar dr objektif melihat kebahagiaan Natrah di Belanda.

12 Disember 1950 - Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa keputusan mahkhamah. Dalam kekalutan pergolakan sehingga menggadaikan 18 nyawa dan ratusan kecederaan, pihak berkuasa British membawa Natrah keluar secara sembunyi ke St. John Island (pulau kecil berhampiran Singapura). Ramai berpandangan, rusuhan yang berlaku sebenarnya bukanlah berpunca daripada keputusan mahkhamah memandangkan peguambela2 Aminah menyakinkan maysrakat Islam setempat untuk merayu semula kes berkenaan, tetapi api kemarahan masyarakat Islam di Kota Singa sebenarnya berpunca daripada sekeping gambar yang diulang cetak di akhbar tempatan, iaitu gambar Natrah melutut di hadapan patung Virgin Mary.

rusuhan

rusuhan di singapura

13 Disember 1950 - Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan St. John Islands, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.

Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 - Natrah sampai di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Kecintaannya pada Islam dan juga Malaya bagai tidak mudah padam, beliau dikatakan terus bersolat 5 waktu sehari semalam dan tidak mahu memakan makanan ruji Belanda selain hanya ingin memakan nasi sepertimana di Tanah Melayu. Ibu beliau Adeline yang sememangnya dibesarkan di tanah Jawa terpaksa memasak nasi dan masakan Melayu/Indonesia setiap hari bagi menawan semula hati dan memujuk Natrah. Malahan Natrah yang tidak tau berbahasa Belanda tetap bercakap dalam bahasa Melayu sepanjang beberapa tahun di Belanda, komunikasi Natrah dengan keluarga dan masyarakat setempat cukup terbatas, melainkan dengan ibunya sahaja.

Pada masa yang sama, ibu bapa Natrah mula mencari guru bahasa Belanda untuk datang ke rumah mengajar beliau bahasa. Guru yang dikenalpasti merupakan seorang paderi wanita, selain mengajar bahasa Belanda pada masa yang sama paderi tersebut menyelitkan juga fahaman kristian yang menjadi pegangan keluarga Natrah. Sedikit demi sedikit, akhirnya Natrah sudah mula faham dan bercakap bahasa Belanda dan di ajak berjinak-jinak ke gereja bersama keluarga setiap hari Ahad.

Januari 1952 - Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 - Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 - Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani (seorang Indian Muslim Singapura yang dianggap ekstrimis Islam dan didakwa mendalangi tragedi oleh pihak penjajah) yang masih ditahan.

17 September 1951 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

25 Januari 1953 - Surat Mansor Adabi kepada Natrah

Difahamkan, walaupun Mansor beberapa kali menulis kepada Natrah, namun surat2 Mansor tidak sampai ke tangan Natrah. Mengikut cerita, surat2 Mansor berkisar perasaan beliau kepada Natrah serta hasrat beliau yang tidak pernah padam untuk membawa isterinya itu pulang ke Tanah Melayu.

Mac 1953 - Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Katanya beliau tidak lagi sukakan Mansor dan bencikan Malaya. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’. (Kesahihan surat ini tidak dapat dibuktikan memandangkan Natrah tidak mengaku beliau menulis surat ini)

20 Julai 1953 - Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 - Kecewa dengan isi surat Natrah kepadanya, Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah membaca liputan akhbar berhubung perkahwinan suaminya (Mansor) berasa amat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen.

26 Januari 1956 - Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia. Bagaimanapun pada masa tersebut Mansor sudah kecewa dengan Natrah yang dianggap ingkar pada ikatan perkahwinan mereka melalui surat Natrah yang diterima, sedangkan surat tersebut tidak pernah ditulis oleh Natrah. (Dikatakan surat tersebut sebenarnya ditulis oleh samada Kakak atau Ibu kandung Natrah yang sememangnya boleh berbahasa Melayu/Indonesia)

20 April 1956 - Bertha yang turut kecewa dengan Mansor yang dianggap tidak pernah mengutus berita, akhirnya berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

Ada juga menyatakan perkahwinan ini adalah perkahwinan yang dirancang oleh keluarga Bertha yang inginkan beliau melupakan kisah silam di Malaya. Ada juga mengatakan Bertha sengaja mengahwini Wolkenfelt bukan kerana kecewa dengan Mansor tetapi sudah tidak tahan hidupnya diikuti oleh pihak berkuasa Belanda selama 5 tahun berterusan sejak pulang ke Belanda. Baik semasa beliau ke sekolah, ke taman permainan, ke klinik, ke mana jua hingga beliau naik jemu sehinggalah beliau memutuskan untuk berkahwin, barulah pihak berkuasa berkenaan tidak lagi menghampiri beliau.

15 Februari 1957 - Bertha bersalin anak lelaki pertama. Namun Bertha jelas kurang gembira dengan kehidupan di Belanda, dan difahamkan dalam laporan De Telegraaf, Bertha menyatakan ketidakceriaan hidupnya, keinginannya untuk kembali ke Tanah Melayu, dan siri-siri perbalahan antara beliau dan ibu beliau dikatakan berterusan sejak kepulangan beliau ke Belanda. Antara perbalahan yang berlaku termasuklah soal memilih cara hidup, agama, pegangan, pasangan hidup, pemakanan dan sebagainya. Perbalahan turut berpunca daripada Natrah yang selalu membandingkan kasih sayang ibunya (Adeline) berbanding Aminah yg bagi Natrah sesempurna manusia bergelar ibu. Ada juga yang menyatakan atas desakan hidup, Adeline mengambil barang2 kemas kepunyaan Natrah yang dihadiahkan oleh Aminah, dan mengadainya bagi meneruskan kelangsungan hidup, selain memaksa Natrah bekerja berbelas2 jam sehari untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tindakan2 tersebut tambah mengeruhkan hubungan antara dua beranak ini.

Pernah juga dilaporkan, atas hasrat untuk cuba memberi sinar bahagia kepada Bertha, Johan (suaminya) mula berutus surat dgn Mansor bagi merealisasikan hasrat Bertha menemui ibu angkatnya - Aminah. Bagaimanapun atas sebab masalah kewangan keluarga Johan, hasrat tersebut tidak tercapai sehinggalah Aminah menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1976.

20 Januari 1959 - Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 - Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stood Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha mempunyai 10 orang anak dan hidup dalam penuh kesusahan. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

Ada pandangan yang mengatakan, selepas melihat dokumentari tersebut, Natrah seperti hilang akal membandingkan nasib diri dan tuah Mansor, dan menyalahkan org tuanya yang memaksa dia pulang ke Belanda dan melalui segala kesusahan hidup yang di hadapinya berbanding kemewahan yang boleh dinikmatinya jika terus bersama Aminah dan suaminya Mansor.

16 Ogos 1976 - Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

Ada yang menganggap tragedi ini berlaku atas rasa hampa Bertha kepada suaminya yang dianggap gagal membahagiakan hidup mereka sekeluarga, dan sedikit sebanyak dokumentari The Time Just Stood Still turut berperanan meluluhkan hati Bertha yang sebenarnya kecewa sejak dipisahkan dengan org2 yang disayanginya.

1976 - Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an.

26 Disember 1976 - Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah. Ada yang berpendapat jiwa Natrah begitu kacau dgn berita ibu angkatnya sakit dan kemudiannya meninggal dunia tanpa dapat beliau temui sejak dipisahkan secara paksa 26 tahun sebelum itu. Ditambah pula dengan kegagalan perkahwinan Natrah dgn Johan G. Wolkenfelt.

■ Tiga tahun kemudiannya pada Disember 1979 - Bertha dilaporkan berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke restoran Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya Johan G Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 - Perkahwinan kali ini hanya bertahan kurang 4 tahun, Bertha bercerai dengan Tom Ballermans.

15 September 1984 - Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin. Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.

■Bertha menetap di Nevada, Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan.

■Sekitar tahun 1997, Natrah dibawa pulang ke Kemaman bertemu keluarga angkat. Beliau dikatakan masih fasih berbahasa Melayu pelat Indonesia dan amat sukakan masakan tempatan terutamanya ketupat daun palas. Semasa di bawa ke Malaysia, beliau di temani Ben Pichel dan 2 wartawan Belanda. Selanjutnya beliau sekali lagi di bawa masuk ke Malaysia pada tahun 1999, bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui kedatangan beliau kali ini atas permintaan Natrah sendiri. Kedatangan pada tahun 1999 adalah memenuhi jemputan pihak tertentu yang sedang melengkapkan Biografi Natrah yang di usahakan gigih oleh Datin Fatini.


mainpix

9 Julai 2009 - 10 tahun selepas kedatangan akhir beliau ke Malaysia, Bertha atau Natrah, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Selepas kematian beliau, lebih banyak persoalan berlegar, antaranya:-

1. Benarkah beliau mencintai Mansor?

2. Apakah agama sebenar beliau?

3. Mengapa beliau tidak memilih untuk memeluk Islam di akhir usia?

4. Mengapa beliau yang dikatakan cintakan Tanah Melayu tidak memilih Malaysia atau Singapura dlm meniti hari2 tuanya?

Dan banyak lagi persoalan yang bersarang difikiran segelintir masyarakat dunia yang mengikuti perkembangan Natrah.

Namun bagi saya mudah, selepas ditakdirkan berpisah dgn segala-gala yang disayanginya secara paksa termasuklah agama, mungkin bagi Natrah hidup tiada gunanya, hanya menunggu masa untuk beliau pergi memejamkan mata.

Mansor....oh ye, ramai generasi muda seolah2 skeptikal dgn hubungan cinta Mansor-Natrah, tp jgn dilupa pada tahun 40an dan awal 50an perkahwinan diusia muda, dan arranged marriage adalah perkara biasa. Malahan ianya juga sesuatu yang biasa di Eropah, dengan syarat mendapat restu org tua/penjaga. Saya yakin 100% cinta Natrah pd Mansor tidak pernah berbelah bagi. Hubungan dan/atau perkahwinan ke 2, ke 3 dan ke 4 Bertha kepada Johan, Tom dan Ben hanyalah hasrat Natrah untuk mengisi lompong hidup yang kosong setelah kehilangan Aminah dan Mansor. Kalau Natrah tidak cintakan Mansor sepenuh jiwanya, mana mungkin beliau tetap mengenangkan jejaka yg pertama menawan hatinya hinggalah ke akhir usia. Tidak mungkin juga beliau mengutus berita utk kembali kepada Mansor wp mengetahui Mansor telahpun berkeluarga pada penghujung tahun 50an lalu.

Ada juga yang berkata, kalau betul Natrah sukakan Malaysia, kenapa dia tak memilih untuk tinggal di sini. Well...of course it is easier said than done. Seorang wanita yang punyai 10 orang anak dan cucu cucu, mana mungkin semudah A.B.C. meninggalkan zuriat yang dikandungkan selama 9 bulan, dilahirkan dan dididik selama ini. Walau sehebat mana gelodak jiwa Natrah untuk kembali ke Malaysia, namun saya yakin naluri seorang ibu membataskan segala kemungkinan, sehingga beliau mengorbankan impian peribadi demi hidup bersama anak2 kandungnya. Apatah lagi memikirkan kehidupan beliau yang tentu kesunyian kerana Aminah dan Mansor telah lebih awal meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Agama....sudah tentu matinya Natrah akan dlm Islam sekiranya prosiding mahkhamah berpihak kepada Aminah 59 tahun lalu. Namun takdir Allah tidak dapat di duga tidak juga bisa diubah, Natrah redha menerima takdir yang dibebankan kepada beliau namun gagal mempertahankan keIslaman beliau di usia yang muda tanpa asuhan dan pimpinan agama oleh sesiapa jua di Belanda. Mungkin ada yang bertanya, mana perginya institusi Islam di Belanda pada ketika itu, tp kita perlu ingat, jika di bumi Malaya, kejayaan telah berpihak kepada ibu bapa Natrah, amat sukar dibayangkan di bumi Belanda ketika itu akidah Natrah dapat ditegakkan semula, lebih2 lagi dengan pengawasan 24 jam selama 5 tahun sejak ketibaan Natrah di Amsterdam pada 15 Disember 1950 sehinggalah saat perkahwinannya dengan Johan. Seorang dlm usia semuda 13 tahun dijadikan rebutan antara dua budaya dua agama, yang memporakperandakan kehidupannya......akhirnya seolah2 fobia utk memutuskan agama untuk dirinya. Fobia kerana pegangan agama yang dicintainya dulu (Islam) mengakibatkan rusuhan kaum, menghancurkan hati2 org yg disayangi malahan hatinya sendiri, menyulitkan hubungan antara dua negara, menggadaikan nyawa dan masa depan anak2 bangsa yang menyebelahi agama yang dianutinya. Fobia tersebut menyebabkan beliau dikatakan memilih untuk menjadi aties.

Namun agak pelik juga dalam suatu wawancara 1 minit yang dibuat oleh Mansoon Pictures kurang 2 bulan sebelum kematian beliau, beliau ada menyebut "I hope you show respect to everybody, to religion (disebut tanpa S) and to God, God bless you and thank you". Sekiranya beliau ateis tidak mungkin beliau menyampaikan kata2 sedemikian. Malahan ada yang mengatakan Natrah bersedia memeluk Islam, jika Ben (lelaki terakhir bersama beliau) juga beragama Islam.

Walau apapun persoalan yang cuba dirungkai, tentu tiada yang dapat menjangkakan dengan tepat gelora rasa di hati Natrah. 1 yang pasti Allah lebih mengerti segalanya. Dipinjamkan Natrah kpd kita utk kita menilai dan melengkapi kepicangan pada masyarakat hari ini. Atas dasar cinta, tidak salah Adeline/Petrius menuntut kembali anak kandungnya - Natrah setelah ekonomi keluarga kembali selesa. Atas landasan yang sama juga Aminah bermati-matian berusaha mendapatkan hak penjagaan Natrah yang dibesarkan dengan limpahan kasih mesra. Atas rasa cinta membara membawa Mansor menggadaikan hampir segalanya demi membangunkan istana cinta yang baru dibina. Juga kerana cinta Natrah mempertaruhkan jiwa raganya untuk bersama Aminah dan suami tercinta. Jauh lebih penting atas dasar cinta kepada agama, bangsa dan negara telah membawa Aminah, Mansor, Karim Ghani, Dr Burhanuddin Helmi, Mohd Taha Kalu, Darus Sheriff, Mohammed Murtazza, Syed Ali al-Attas, MA Majid, Prof Dr Ahmad Ibrahim dan Tun Sardon Jubir serta ribuan umat Islam di Malaya, berjuang demi menegakkan akidah seorang gadis berusia 13 tahun 59 tahun yang lalu.

Takdir tidak mungkin dapat diubah, moga kekalutan 59 tahun lalu menjadi iktibar buat semua. Kekusutan hidup Natrah selama 59 tahun slps pulang ke Belanda patut dijadikan pengajaran buat semua terutamanya buat mereka yang mengagung2kan undang2 sivil berbanding syariah. Jelas Allah lebih mengetahui....wp 13 tahun umur yg di anggap terlalu muda, namun kita amati jika mahkhamah berpihak kepada kehendak gadis berusia 13 tahun ketika itu, mungkin seribu kebahagiaan menjadi milik bersama semua, bukan hanya Aminah, Mansor dan Natrah mungkin juga Adeline/Petrus dan juga Justice Brown yang turut mengimpikan kebahagiaan Natrah. Mengikut rekod tiada siapa yg pernah menemurah Adeline/Petrus juga Justice Brown untuk menilai kewibawaan keputusan mahkhamah 59 tahun lalu. Bagi saya, Tragedi Natrah bukan berakhir pada detik 15 Disember 1950 tetapi ia melangkaui benua dunia timur dan barat, melewati jarak waktu 59 tahun, sehinggalah terhentinya nafas akhir Natrah pada Julai 2009 yang baru lalu.

Selasa 15 Disember 2009, jam di PC menunjukkan tepat jam 6.35 minit petang waktu Eropah....masuk waktu Isya'....dalam kedinginan malam yang mencecah minus 3 darjah Celcius, aku berilusi sendiri -- 59 tahun lalu, pada hari pertama ketibaan Natrah di Belanda, tentunya Natrah dalam seribu kebingungan mencari arah kiblat dalam sejuta kesedihan mengharap ehsan ibubapa kandungnya utk bersolat Isya' serta tak putus putus berdoa agar diberikan segala yang terbaik buat semua yang dicintainya yang ditinggalkan di Malaya. Terbit difikiran ku, patutkah aku doakan segala kesejahteraan buat Natrah yang kini tiada lagi di sisi kita, terbit juga kekesalan kerana tidak pernah mendoakan beliau sejak dulu2 lagi.......bersalahkah aku Ya Allah?

"Ya Allah, andai ada walau sekelumit cinta Natrah pada Mu di hujung usianya, Kau terimalah Natrah seadanya...."



39 comments:

  1. salam imran

    woww penulisan yg hebat,sejak kecil saya mengikuti kisah Natrah,Dewan Masyarakat sekitar awal 90an pernah menyiarkan liputan eksklusif ttg natrah selama beberapa bulan..saya remaja lg masa tu,terharu dgn sejarah Natrah,sesungguhnya kehidupan kita tertulis dibawah suratanNYa.Allah mengetahui segala yg terbaik..

    CM amiiinkan doamu dihujung coretan,moga dia diterima Allah..

    ReplyDelete
  2. Realiti kehidupan yang amat trajis. Saya juga pernah mengikut kisah Natrah yang ditulis oleh Fatini. Hebatnya umat Melayu beragama Islam pd waktu tersebut sehingga sanggup bergadai nyawa demi agama. Namun kini,orang Melayu sendiri yang mempersendakan agama Islam, sehingga berita Melayu murtad tidak lagi dipandang walaupun sebelah mata.

    ReplyDelete
  3. Salam IP,
    Saya juga mengikuti kisah Natrah dalam dewan masyarakat, Fatini Yaacob (kini Datin) ke London/Belanda untuk menjejaki Natrah, semasa teater berlangsung dah merancang nak pergi tapi takde kesempatan pula...

    Kini saya tunggu kisah 'Mariam', kisah Malaya-Korea pula. Semoga keduanya meninggal dunia dalam iman dan islam. amin.

    ReplyDelete
  4. Salam IP,

    Terus terang saya tidak mengikuti sejarah Natrah ini, sehinggalah saya baca entri IP, memang menarik kisah ini.

    Bukan mudah untuk kita membuat penilaian, hanya Allah yang mengetahui apa yang terkandung dalam hati dan jiwa Natrah. apapun kita sama2 berdoa Natrah mati dalam Islam sama seperti Mariam.

    Kalau kita tgk dgn mata kasar, kedua mereka tinggal di negara bukan Islam....sukar dan kesian....tp klu kita tgk dgn mata hati Insyallah .... Mariam dikebumikan di Msia dengan cara Islam.....cuma Natrah kita tidak tahu.

    Pengajaran yang sgt baik utk kita semua, saya kenal dgn sorang kawan cina di Ipoh, dia amik anak angkat dari orang Indonesia, skrg budak ni dah 9 tahun....hanya tahu cakap bahasa inggeris dan cina (sikit2)...muka budak ni sebiji melayu/indonesia dan mak bapak dia asalnya dikatakan islam.Episod Natrah skrg byk berlaku di Msia....

    ReplyDelete
  5. Salam IP,

    Hebat penulisan IP, masa dulu waktu akak kecil kat kampung sibuk dengan selendang natrah, tapi ceritanya akak tak berapa pasti, maklumlah tak de bekalan eletrik dan air lagi, cuma sekali2 kalau ada sedara yang beli surat khabar baru la dengar cerita ,sekitar tahun 60an pun sibuk juga dengan cerita natrah ni, tapi akak masa tu budak lagi,tak ambik kisah sangat, tapi bila baca tulisan IP baru tersedar dan faham jalan ceritanya.

    Macam mana pulak IP terfikir nak tulis ni, mungkin pasal theatre tu ke,

    Macam mana natrah hanya Allah je yang tahu, kalau kita ikuti kisahnya memang sedih, dalam umur 13 thn remaja sunti dah melalui dugaan yang maha hebat, pilihan allah terhadapnya, tapi tu la bila dewasa dia tak mencari Islam kan IP. Akak pun aminkan doa IP, tapi dia tak Islamkan ......rahmat Allah sapa tau ye, tapi Allah dah berfirman yang jika akhir kalam kita menyebut kalimah Allah, macam mana pun akan Allah terima tapi ini.. tu la hanya Allah yang tau kan , terserah pada Nya......

    ReplyDelete
  6. Salaam Cik Im,

    Pengetahuan saya tentang sejarah Natrah ini tersangatlah sedikit dan serba ringkas sahaja (sehinggalah saya membaca entri ini). Betapa hebat dugaan yang telah ditakdirkan buat seorang gadis semuda Natrah dan berlanjutan hingga ke akhir usianya. Saya turut mengaminkan doa Cik Im di hujung entri ini.

    Saya ingin menyatakan kekaguman saya terhadap seorang lelaki tua yang begitu 'humble-looking', bertubuh tinggi dan masih tegap (bagi seorang yang seusianya) yang sentiasa berpakaian kot serta bersongkok dan selalu kelihatan sedang bergegas ke dewan kuliah untuk menyampaikan syarahannya. Saya hanya mengenali beliau sebagai seorang pensyarah dan dekan Kulliyah of Laws sehinggalah diberitahu oleh seorang kawan "Lerrr...kau tak tau ker...dia tu la lawyer masa kes Natrah dulu."

    Semoga Allah merahmati almarhum Prof. Ahmad Ibrahim dan semua tokoh serta orang-ramai yang terlibat dalam rentetan peristiwa bersejarah ini yang telah berjuang habis-habisan demi mempertahankan hak saudara seagama. Amin.

    VpeaceV

    ReplyDelete
  7. SALAM..

    Kisah Natrah yg dimurtadkan tu cuma tinggal dlm lipatan sejarah. tp pada zaman ini entah berapa ramai lagi gadis2 islam yg telah dimurtadkan kerana terpedaya dgn gerakan agama kafir atau boyfriend. something needs to be done now...

    ReplyDelete
  8. salam cik Im

    paparan yang menarik dgn turutan waktu yg tepat...namun saya hanya melihat entry ini selepas menonton teater natrah. Mungkin cik Im menanti 15 dis...
    Tahniah... satu sumber ilmiah yang perlu di renung muga sejarah tak berulang lagi...
    Walaupun teater tu berakhir dgn kesedihan namun gambaran sebenarnya hanya cik aminah, natrah(putih adalah panggilan manja untuk natrah, pak mansor adabi, barisan peguam dan kalangan masyarakat di era 50an yang lebih maklum. Inilah lukisan kehidupan dan perlu sama2 kita doakan mg2 maruah, syahadat dan akidah tak tergadai lagi. Cukuplah NATRAH tergadai ....kita tak RELA lagi...
    Muga ALLAH maafi kita jua.

    amin

    ReplyDelete
  9. CM....tiada yg hebatnya, biasa je tu. Semangat juang Natrah dll perlu ada dlm diri kita. Saya sebenarnya tidak mengikuti siri laporan Natrah dlm Dewan Masyarakat, tapi mengetahui mengenainya baru2 ini. Buku, laporan dan cerita2 yg didengar oleh saya kebanyakkannya berlaku pada tahun2 remaja sehingga zaman saya di JPM dulu. Mungkin tak ramai yang sedari ibu kandung Natrah sendiri dikatakan seorang campuran Melayu-Inggeris, ini memungkinan dirinya sendiri mahukan Natrah dibesarkan di Malaya, namun kemahuan suaminya utk mendapatkan semula Natrah tidak dapat beliau bantahi.

    Thanks CM, atas kesudian menjengah Natrah di blog ini.

    ReplyDelete
  10. Ina, saya ingin juga bertemu Datin Fatini, saya tidak pernah kenal beliau sehinggalah semalam semasa menulis kisah ini. Apa yang mengaggumkan, kebanyakan yg saya dengari drp org2 tua dan buku2 kisah sejarah di terjemahkan Datin sejujur mungkin sejajar dgn pemahaman kisah2 yg saya dengari puluhan tahun lalu.

    Oh...ye tentunya saya ingin sekali memiliki buku tulisan Datin Fatini mengenai Natrah...mana nak beli ye?

    ReplyDelete
  11. Zie, masa saya tiba di Paris, tmpt pertama yg ingin saya lawati adalah Amsterdam. 2 sebab utama:-

    1. Sejak berusia 6 tahun saya sudah berangan2 utk ke Amsterdam sbb arwah pakcik angkat belajar jurusan arkitek di Eropah dan menayangkan slide percutian beliau di Amsterdam. Teruja, saya terus bercita2 menjadi arkitek dan ingin ke Amsterdam.

    2. Natrah....tentunya.

    Sayang semasa di Amsterdam, Den Haag, Roterdam, Kinderkijd....saya terlalu ralit bercuti bersama keluarga (peluang yg jarang diperolehi) sehingga terlupakan Natrah.

    ReplyDelete
  12. En Rosli...moga kita sama2 dpt pengajaran drp kisah Natrah dan Mariam. Berhubung kawan En Rosli yang asalnya Islam dan kini menjadi anak angkat Cina dan tiak lagi beragama Islam....saya rasa En Rosli belum terlambat, boleh diselamatkan lagi cara baik, umpama menarik rambut didalam tepung...rambut tak putus, tepung tak berserak. BEST OF LUCK

    ReplyDelete
  13. Kak Sidah....tudung Natrah tu mcmana pulak bentuknya....Akak buat n3 khas pasal tudung tu boleh...tentu antik dah tudung mcm tu.

    Betul Kak, saya pun terfikir, mengapa Natrah tidak mencari Islam bila dia dewasa...tp saya terfikir juga, takdir menentukan beliau kawin di usia belasan tahun dan dikurniakan 10 org anak dgn Johan. Bila dah 10 org anak, rasanya payah dia nak tukar agama....apatah lagi dgn fobia hidup yg dialaminya berpunca pada pegangan akidah sehingga mengorbankan byk nyawa. Mungkin bg Natrah biarlah dirinya terkorban termasuklah pegangannya asalkan org2 lain yg dicintainya (terutamanya 10 org anaknya) tidak dijadikan korban pertelagahan sptmana Aminah, Mansor, dll. Wallahualam.

    ReplyDelete
  14. Umiazuiddin.....glad that u find this n3 informative. Alah saya buat kaji sikit2 je. byk dr bacaan dulu2 esp literature di Singapura.

    Umi, Umi dr UIA rupanya....org lelaki tua yg Umi kagumi tu sebenarnya turut saya kagumi, kebetulan arwah kiranya pangkat Atok Sedara kpd saya :))

    ReplyDelete
  15. Juky....betul2. Harap tiada lagi yg tergadai, ambillah iktibar kisah Natrah dan Mariam dlm kita mendidik generasi akan dtg.

    ReplyDelete
  16. Ainhany....wah dah tgk teater tu rupanya. Ok ke? Saya gusar jika teater Natrah lebih menumpukan kisah cinta drp perjuangan sebenarnya. Iyelah kisah cinta selalu mendapat tmpt berbanding kisah lain....huhuhu. Ain citelah sikit hal teater tu...org kat Paris ni nak gak tau

    ReplyDelete
  17. Salam Imran
    Aku memang baca citer Natrah ni sejak sekolah dulu. Arwah ayah aku pun banyak cerita pasal ni. Ralit jugalah tak dapat nak tengok pementasan Natrah ni sebab dah balik UK masa tu.

    Aku bayangkan mesti hebat mental pressure yang dia hadapi tu.

    Tapi, Allah aje yang tahu kan? Semoga Allah belas pada dia dan kita semua.

    Yep, aku pun rasa berdosa juga.
    Al-Fatihah untuk Natrah dan Makcik Mariam

    ReplyDelete
  18. Harny, hebat sungguh perjalanan hidup Natrah dan Mariam...sungguh hebat ujian Allah, sudah pasti ujian yg tidak mampu kita tanggungi. Lebih byk kita kaji perihal 2 wanita ini lebih kecil keupayaan diri dirasai.

    ReplyDelete
  19. Salam Imran,

    wow wow wow, hebatnya persis guru sejarah menceritakan peristiwa ini. Syabas

    ReplyDelete
  20. AZ...ada ada je tau AZ ni...saya pulak disamakan dgn cikgu sejarah. Nway mmg saya minat sejarah sejak kecil dan masa STPM pun dpt keputusan baik utk subjek sejarah....tp la ni dah byk ketinggalan, otak pun dah berkarat...tak lama lg jadi bahan sejarah jelah :))

    ReplyDelete
  21. Salam IP,

    Sejak kecil(tapi bukanlah masa kat tadika)sudah mengikuti perkembangan Natrah. Jika saya ada masa itu, mungkin saya juga di kalangan mereka yg berarak menentang pengambilalihan Natrah drp Aminah. Masa kt U selalu ikut demonstrasi. Demo israel dtg mesia main kriket, saya join. siswi pertama bentang banner tu sayalah. keh!keh!keh!

    Dulu, baca pasal Natrah, saya menangis. Selalu bertanya Kenapa?kenapa? Geram! sedih! semua rasa bersatu. Tapi kuasa, politik dll tidak mampu kita insan yg kerdil melawannya. Buatlah apapun, kita yg lemah akan ditindas.

    Kasih sayang ibu dan bapa pula tidak dapat kita nafikan. Tapi apakan daya. Natrah dinafikan haknya. Itu takdir...

    ReplyDelete
  22. Wan,

    La awak ni bukan setakat usahawan No One, rupanya kaki demo No One gak...sesuai nama Wan...kekekeke. Tp kalau saya ada zaman tu mmg WAJIP ikut sama perjuangan Karim Ghani tu :))

    Betul tu Wan, kita insan kerdil, payah melawan kuasa2 yg lebih besar. Mcm menentang kebathilan juga....kalau boleh tahanlah dgn tgn, jika tak daya, tahanlah dgn kata-kata, jika tak daya juga tentanglah dgn hati. Kuasa yg ada pd kita terlalu terhad, namun jgn lupa kehebatan kuasa DOA....insyaAllah dgn doa semua, agama dan bangsa kita terpelihara.

    Berhubung kasih sayang ibu, saya terpikir smlm, memandangkan Adeline adalah berdarah campuran Jawa...mungkin mmg Adeline inginkan anaknya terus di Malaya, namun desakan suami dan tuntutan masy Katholik membuat beliau mengubah fikiran....mmg dilema menjadi seorg yg bernama IBU. Wajarlah syurga ditmptkan di telapak kaki bonda....alamak rindunya :((

    ReplyDelete
  23. Salam IP,

    Ni mesti dah terkena penyakit rindu CL.

    Nyanyi sekarang, "Rindu itu adalah anugerah dari Allah. Insan yg berhati nurani punyai rasa rindu..." Yg lain tu sambung sendiri. Dah tak ingat.

    ReplyDelete
  24. "Merindukan tertegaknya kalimah Allah di mukabumi dan dalam merindukan akan datangnya syahid"

    ReplyDelete
  25. Salam Che Imran,
    Saya hop dari blog PDKM. Ya, pasal Natrah, saya ada baca kat majalah dan Mestika. Gambar Natrah sebelom akhir hayat dia pun ada tengok. Moga Allah ampunkan segala dosanya. Amin...
    Ada gambar salji2 kat Paris tak? tingin nak tengok. :)

    ReplyDelete
  26. Salam IP,

    Semlm dah komen tp network buat hal pulak. Tak pelah, saya tulis sekali lagi. Sebenarnya saya taklah mengikuti sangat kisah Natrah ni dan inilah pertama kali saya baca kisah ini dari mula sampai habis, mungkin kerana gaya penulisan yang hebat dan juga kerana melihatnya dari perspektif yang berbeza. Jawapan kpd soalan IP, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba2NYA dan DIA juga tahu isi hati hamba2NYA dan siapakah yang akan mendapat hidayah dariNya....insyaallah.

    p/s: Saya suka snow :) Saya juga suka musim spring and autumn. saya tak suka musim panas sebab selalu sakit kepala kerana tak tahan panas (hmmm tak sedar duduk kat negara yg cuacanya memang panas). Tapi cuaca panas di Mekah alhamdulillah saya boleh tahan.

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Indahhouse, semalam baru saya terfikir nak mintak IP upload gambar tgh main salji. Kalu tak nak main, tunjuk gambar rumah kena salji pun okay gak. kempunan nak main salji. kadang-kadang saja je main ais yg beku kt dlm freezer dgn anak-anak. Yey! salji!!! kitaorg pun main letak-letak ais kat leher ke, kat pipi ke, kat belakang ke. Sapa yg kena... menjeritla, jawabnye bising satu kedai. tapi suami wan kata, bila snow tak syok sgt sbb selsema manjang, pastu kena pakai baju tebal-tebal. Apapun dia cakap, wan dan anak-anak tetap suka main snow dlm freezer.

    ReplyDelete
  28. Salam En. Imran,

    Peristiwa Natrah rupanya berbekas dijiwa Cik Im sejak kecil, hebat.. hebat.., sehingga sampai ke benua Eropah masih ingat Natrah. Cik Im, keindahan Eropah sering menjadi khayalan arkitek untuk mencetus idea kan… Tapi jangan lupa ke Baitullah, itulah bangunan yang pertama tercipta didunia. Kalau kita memerhatikan Masjidil Haram, masih banyak batu2 yang dipahat/diukir sebegitu indah dan kukuh… hebatkan arkitek Islam sejak dahulu lagi. Kini pembesaran MH, kalau kita dipanjangkan usia dan berkemampuan untuk menjadi tetamuNya lagi 30 tahun akan datang, pastinya banyak perubahan berlaku.

    Cik Im, melalui media… teater Natrah antara boleh dikatakan sebagai ‘teater of the year’ dan rekod cemerlang Istana Budaya kerana biasanya teater muzikal yang mendapat sambutan. Seperti kata sutradaranya Erma Fatima “saya berharap agar ia (Natrah) tidak dibanggakan di sini sahaja. Natrah boleh diperbaiki lagi untuk dibawa keluar. Sudah sampai masanya seni kita keluar daripada kepompong untuk tonjolkan kekuatan agama dan bangsa kita” .

    Erma juga tak kurang hebat dikritik mengenai elemen salib, gereja lengkap dengan lagu pemujaan kerana hakikatnya Natrah tidak menganut ajaran Kristian sehingga akhir usianya pada 9 Julai 2009. Mungkin lebih indah jika digantikan suasana negara kincir angin sekaligus menggambarkan penderitaan Natrah selepas berjaya direbut daripada Che Aminah dan suaminya Mansor Adabi dan terpaksa dibebani kesusahan keluarga kandungnya.

    Erma menegaskan bahawa naskhah berkenaan adalah fakta sejarah konflik hidup Natrah yang tidak boleh diubah. Semuanya berteraskan fakta. “Kita orang Islam kena terima hakikat bahawa kita telah hilang Natrah. Kebenaran, fakta dan realiti Natrah diterjemahkan dalam bentuk kreativiti mengikut pandangan seni”.

    Teater Natrah sepatutnya lebih disingkap kisah cinta, pegangan agama dan penderitaan panjang Natrah ketika berada di Belanda dan Amerika Syarikat. Begitu juga sebenarnya ibu Natrah, Adeline tidak berniat mengambil Natrah daripada jagaan Che Aminah, sebaliknya perjuangannya mendapatkan Natrah didorong oleh masyarakat di Bergen of Zoom yang didalangi ‘Bertha Hertog Committee’ dibentuk oleh bapanya Sarjan Hertog dan kerajaan Belanda. Itulah kenyataan yang perlu ditonjolkan Erma kerana Adeline sebenarnya dipaksa oleh kerajaan Belanda yang kalah ditangan Indonesia yang dianggap sebagai penebus maruah kekalahan. Walaupun Natrah berjaya dirampas oleh Belanda, tetapi gagal merubah hati dan cintanya terhadap Che Aminah dan Mansor. Ia bukti kemenangan Islam dan Melayu.

    Cik Im, saya juga kesal dihati.... kerana tidak pernah mendoakan beliau sejak dulu lagi.......bersalahkah aku Ya Allah? “Ya Allah, andai ada walau sekelumit cinta Natrah pada Mu di hujung usianya, Kau terimalah Natrah seadanya...."

    Kita tunggu Natrah 2 atau difilemkan nanti, pengarah sebaiknya menyedarkan penonton roh Islam “orang Islam dan Melayu dulu sanggup bergadai nyawa untuk agama.. kini ramai yang sanggup melupakan agama untuk murtad”. Sejarah adalah suntikan motivasi kita untuk menghadapi hari mendatang sama ada ia bersifat hitam mahupun bersisi putih, sejarah adalah guru kepada manusia supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

    Cik Im, kisah Mariam juga saya hayati… sehingga ke Korea. Semoga hujung usia Natrah dan Mariam ada nur Iman dan Islam. Al fatihah.

    ReplyDelete
  29. temekasih zie..

    tjwablah sudah soalan en im pada saya..begitulah antara rentetan hdup Putih dlm teater..
    erma seolah2 mengejar waktu...iyelah kalu di eropah teaternya panjang dan ade waktu break...disini lebih kurang dua jam jer dan terus menerus...ikt kepuasan mgg tak tapi sekurang2nya inilah perjuangan bangsa demi maruah agama yg ditonjolkan...w/pun di matikan watak ulamak dan suasana di malaysia.....sebenarnya inilah penghubung berita....dan pembakar semangat yg berkobar2 demi agama dipertruhkan....

    tang salib...saya pun terkejut...digantng di dada..hakikat nya adeke padri sampai cmtu..pakaian mereka dah cermin penganutnya...apapun saya tak arif tentang itu dan mgg kak erma ade jwapnya dan dia btgunggjwap.....Harapan sy semuga adik2 yg melakonkan watak tersebut bertaubat dan tak berniat meniru berterusan watak tersebut....

    sbg seorang muslim....kita perlu peka dn berdoa utk umat. sama2 kita nantikan filemnya....apakah natrah kembali lagi......???

    natrah @ putih...cinta hakiki adalah pada ALLAH.....muga kita tetap iman

    w'aklam

    ReplyDelete
  30. Wan...saya rindukan Baitullah, rindukan Msia tanahair tercinta...huhuhu. Dah puas nyanyi mcm2 lagu, namun rindu tetap berkujung mengundang murung :((

    ReplyDelete
  31. Cik Indah....alamak nak gambar2 snow kat Paris, mmm nanti ye, tak de masalah nak ambik gambar2 tu...sejukkkkkk. Kalau sempat saya ambik nanti dan upload. Thanks for visiting my humble blog :D

    ReplyDelete
  32. UmmuAdam...iye betul saya setuju, hanya yg terpilih saja akan menerima hidayahNya, semoga kita semua tergolong dlm golongan terpilih itu, insyaAllah.

    Snow....alamak mmg nampak cantik, tp dingin sekali dong....Ummu saya pun pelik, saya selalu kena migrane kalau cuaca panas tp kat Mekah panas, alhamdulillah. Mmg hebat ketentuan Allah pd hamba2Nya.

    ReplyDelete
  33. Wan...betul kata suami Wan tu, la ni saya sekeluarga (melainkan my wife) kena selsema, yg sian sekali Baby Iman pun selsema....tak tau nak buat apa...ada petua ke??? Thanks Wan

    ReplyDelete
  34. Kak Zie,

    Saya sebenarnya cukup kagum dgn senibina Baitullah. Di Perancis ribuan bangunan2 cantik diukir sejak beratus tahun lamanya, berwarna warni pelbagai rupa namun 1 pun tak saya terbawa2 ke alam mimpi, tak 1 pun yg buat saya rindu gelero. Baitullah amat istimewa, wp hanya berbentuk segi empat bagaikan batu blok biasa tambahan hanya dihiasi kain berwarna hitam sahaja, namun batu blok berkain hitam tulah yg menerbitkan gelodok jiwa utk kita selalu kembali kepadanya...terbawa ke alam mimpi, terkenang2 di siang dan mlm hari. HEBAT.

    Teater Natrah....alamak saya terkesima dgn analisis Zie. Tp itulah realiti dunia lakonan yg didasari dgn komersil...kejujuran hanya mengambil tempat keterbelakang. Apa yg lebih penting adalah frasa2 spt "theater of the year", "18,000 penonton menonton", "tiket2 SOLD OUT", "teater bukan muzikal yg paling berjaya", "teater paling lama dipentaskan" dll...kalau itu yg diperbesar dan diagungkankan, saya rasa tak yahlah kita cite hal kejujuran dan perjuangan. Sayang berbekalkan lakonan mantap Sofea Jane terutamanay....Natrah seharusnya bisa menerobos ruang2 kepincangan masyrakat masa kini. Cuma 1 harapan saya, kalau di buat Natrah II...kebenaran dan kejujuran perlu diutamakan bukan glamor dan wang pulangan.

    Zie saya sedikit pelik dgn kenyataan Erma mengenai masy kita perlu keluar dr kepompong, sedangkan realitinya teater Natrah di tgn beliau tidak melihatnya dr perspektif yg beliau sendiri nyatakan. Mungkin teater tersebut wajar di garap oleh pengamal2 teater sebenar spt Rusminah Tahir, Mazlan Talib. Kehebatan Erma lebih mengarah pd genre filem.

    Eh...Zie, betul ke perjuangan mendapatkan semula Natrah berpunca dr pihak2 yg awak nyatakan tu....la, saya pun berfikiran sama dr perbincangan sy dgn org2 lama dulu.

    Ye Natrah bakal difilemkan...tp saya kurang pasti sapa yg akan mengusahakannya dahulu samada Malaysia dgn menjadikan teks Datin Fatini sbg naskah ulung oleh ianya akan difilemkan oleh Monsoon Pictures (Singapore) yg buat masa ini sedang giat berusaha utk tayangan awal 2011 berdasarkan naskah yg diusahakan oleh pihak luar (Singapura/Belanda). Apapun tentu kedua2nya naskah punyai kesimpulan yg sama iaitu Natrah tidak mengecap kebahagiaan spt yg diharapkan oleh Hakim Justice Brown.

    Makcik Mariam dan Natrah....melihat kpd rentetan kisah hidup mereka berdua, kita patut bersyukur krn kita tidak diuji sedemikian rupa, kalau kita ditempat mereka, bagaimana arah tuju kita dipenghujung hayat agaknya???

    ReplyDelete
  35. Ainhany...la betul ke sampai mcm tu props yg digunakan dlm teater tu...ntahlah, takut kita nak tunjuk ketaksuban kaum tu akhirnya agama kita pulak tergadai sama, nauzubillah.

    Saya pun teruja nak tonton filem Natrah, kalau arwah Yasmin Ahmad ada tentu wajar naskah Natrah diberikan kpd beliau...tentu lain garapannya. Err....sapa yg bakal jd pengarah filem Natrah tu Ain???

    Deep inside saya pun berharap cinta hakiki Puteh, hanya pd Allah....namun Allah lebih mengetahui segala-galanya, wallahualam.

    ReplyDelete
  36. Salam aqidah.... Tahniah dengan penghayatan ini. Sesuatu yang sukar untuk saya menggambarkan realiti hati ini bila mengenangkan NATRAH... Bimbang berlaku semacam NATRAH entah ke berapa kali sejak tahun insiden di Singapura tempuh puluhan tahun dulu dalam keadaan umat Islam, kerajaan Islam yang tidak meletakkan aqidah sebagai paksi kehidupan untuk kebahagiaan akhirat... "Ya Allah muliakan Islam dan pemeluknya...Ya Allah bangkitkan umat ini untuk membuktikan kecintaan kepada Engkau, agama Engkau, Rasul Engkau dan Al-Qur'an Engkau... Ya Allah tolonglah kami, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Penolong". Salam persaudaraan utk saudara IP. p/s: Mohon jasa baik layari blog ini: www.masjiduthmani.blogspot.com Terima kasih dan jazakalLahu khairan kathira

    ReplyDelete
  37. siapa polis yg berjuang masa rusuhan natrah

    ReplyDelete
  38. Ya Allah..sejujurnya sy memang langsung tak pernah tahu kisah Natrah ni..satu hari dlm kelas subjek hubungan etnik..ada sorang classmte tanya soalan pasal Natrah ni kat lec..then lepas tu lah kami sama2 search n baca kisah ni..Allah..sangat terkesan walaupun kisah ni dah menjadi sejarah..sedih dan terharu menyelubungi lubuk hati saat membaca doa di hujung entri ni.."Ya Allah, andai ada walau sekelumit cinta Natrah pada Mu di hujung usianya, Kau terimalah Natrah seadanya...."

    ReplyDelete
  39. Ya Allah..sejujurnya sy memang langsung tak pernah tahu kisah Natrah ni..satu hari dlm kelas subjek hubungan etnik..ada sorang classmte tanya soalan pasal Natrah ni kat lec..then lepas tu lah kami sama2 search n baca kisah ni..Allah..sangat terkesan walaupun kisah ni dah menjadi sejarah..sedih dan terharu menyelubungi lubuk hati saat membaca doa di hujung entri ni.."Ya Allah, andai ada walau sekelumit cinta Natrah pada Mu di hujung usianya, Kau terimalah Natrah seadanya...."

    ReplyDelete