Followers

Tuesday, March 30, 2010

Abi Iman in Bolehland

Salam dari Paris buat semua.

Dah lebih sebulan tak bersiarkan...busy manjang pulak lately ni. Rasa semua geng2 tau yang saya sekeluarga berada di Msia antara 22 Feb - 13 Mac lalu. Jadual ketat, padat lagi sendat, dipenuhi dgn berkursus, mesyuarat, perbincangan, ziarah menziarahi, jalan2 cari makan dan yg paling tak boleh lupa ialah sesi bertemu muka dgn geng2 penggemar blog PDKM.

Kami tiba pada pagi 22 Feb. Sampai je airport (alamak....panasnya...hehehe, actionlah pulak) terus ke Wisma Putra, utk ambik pasport Baby Iman. Jumpa kawan lama - Atiah namanya, alhamdulillah mudah berurusan dgn beliau, siap dia tunggu di luar guard house jd tak perlulah saya masuk dlm ambik pasport tu...TQVM Atiah.

Dr Wisma Putra, Amirah yg sememangnya tak makan apa pun dlm penerbangan hampir 14 jam mengadu lapar dan nak sgt makan Pizza Hut di Alamanda...badan rasa penat, tp hati tak sampai pulak nak tolak permintaan Amirah yg amat jarang meminta anything. Saya bertanya pd abg ipar (di panggil Ayah Rahman) yg menjemput kami dgn kete mewahnya di KLIA. Ayah Rahman kata OK...yehaaaa disambut sorak bebudak bertiga (Hadi, Amirah, Nadia)...saya pun bersorak sorai gak dlm hati sebenarnya...rindu betul nak makan Pizza Hut :-)

Abis makan, kami pulang ke Kg Pandan...TERPERANJAT kedua2 org tua sbb mmg kami tak khabarkan kepulangan kali ini.

23 Feb - pagi2 lagi saya sudah ke Putrajaya, ada meeting dgn pegawai2 Kementerian Pelajaran. Sblm meeting sempat saya jenguk Bank Islam dan Tabung Haji di Parcel E...settle mcm2 hal berkaitan simpanan yg tak byk mana pun....pendek cite, dah berhajat nak berHAJI lagi sebenarnya...insyaAllah. Lepas tu meeting dr jam 11 pagi sampailah 2 ptg...letih tp mmg berbaloi. THANKS kpd pegawai2 yg bersama mesyuarat tu. Abis meeting, sy minum dgn pengerusi mesyuarat, pas tu terjumpa pulak kawan lama...sempat berbual dgn kedua mereka dan of course salah satu topik yg dibincangkan adalah perihal Umrah dan Haji....best tak terkira dpt kongsi cite dgn kedua mereka. Abis tu, saya gi pulak ke Bhg Pendidikan Islam bertemu Ustaz Yazit....ingat tak geng? Ustaz ni lah yg saya jumpa masa berhaji dan yg memberikan ilmu cara khatam Quran sebulan sekali....seronok dpt jumpa beliau. Rindu terubat, alhamdulillah. Dr KPM saya ke Jabatan Perkhidmatan Awam....berjalan kaki...hehehe...penat, tp seronok sbb dah lama tak berjalan dlm panas (I LOVE THE WEATHER). Di JPA jumpa kawan2 lama...sembang2 hingga hampir maghrib, then saya pulang ke Kg Pandan. Sampai rumah, jumpa Kakak (Raihanah) dan dia terus bagi plak PDKM....TQVM En Li.

OHHHHH..........lihatlah dunia, akhirnya aku berjaya membolot anugerah ini.

24 Feb - keluar ke Menara TH Perdana utk another perbincangan....sampai sana jam 9.15 pagi, ingatkan nak buat KEZUTAN kat geng tu...tetiba saya pulak yg terkejut sbb pejabatnya dah bertukar ke Menara Chulan...kat mana tu??? Tak tau langsung, so decide balik rumah jelah slps beli belah sikit kat Sogo.....best pulak ada sale tu...hehehe. Sampai rumah waktu Zohor. Rehat dan mula bersms dgn Afeezz utk bertemu pd malamnya....kami janji bertemu after 8 pm di Sogo. Lebih kurang jam 8.20 kami bertemu...hahaha ini kira Hari Ini Dlm Sejarah, sbb first time jumpa rakan blogger. Jumpa kejap, makan2 di Food Court Sogo.....kami makan nasik ayam BBQ dan ABC....sedapnya...hehehe. Sembang punya sembang dpt tau yg Afeezz br je terlibat dgn minor accident...sian...really apprieciate his effort to the meeting that nite. Thanks Afeezz.

25 Feb - another round of meeting at KPM, meeting mula tepat 9.32 pagi and lasted sampai jam 1.40 petang....penat betul, alhamdulillah, byk perkara dibincang dan diselesaikan. Lepas tu, saya lunch kat Alamanda Food Court...makan nasik padang dgn ais jelly...caya tak punya rindu dgn masakan padang sampai penuh 1 pinggan saya ambik lauk...harganya cecah RM9...masuk akal tak....hahaha. Abis makan terus gegas balik Pandan....bersiap utk ke Spore, naik bas. Jam 7 mlm kami bas berlepas ke Singapura dan tiba jam 11.50 mlm...alhamdulillah, adik2 ipar dan mak mertua jemput dgn dua kete. Sampai rumah dah after midnite....wp kenyang sbb dah makan nasik goreng special yg disedikan dlm bas, saya belasah mati-matian gak murtabak yg mak mertua hidangkan...konyang den.

26 - 28 Feb di Singapura, mcm2 makan, mcm2 minum...perut penuh sentiasa...hahaha. Semuanya saya dpt makan - nasi sambal goreng, nasi rawon, nasi jeganan, nasi beriyani, Chinese Muslim cuisine dll.....seronok gila dapat melepas geram makan kat sana. TQVM to all :-)

1 Mac dah di KL. Awal pagi gi Tabung Haji Ampang, jumpa Tuan Hj Salleh yg byk membantu saya masa berhaji tempohari dan kawan yg ditempatkan secara pinjaman di LUTH...Hebat2 semuanya. Dr sana, kawan tersebut drive pulak saya ke Menara Chulan, baru jumpa kawan di Jabatan Warisan yg dr 24 Feb ingin saya temui di Menara TH. Mmg terkezut badak geng tu...hahaha. Dia ajak makan nasik beriyani lagi di Royal Chulan hotel....mmg kelas, alhamdulillah. Lepas tu jumpa kawan rapat yg kebetulan bekerja di tmpt yg sama. Sembang2 sampai lewat ptg, pas tu pulang ke Pandan....berkemas dan terus ke INTAN Bukit Kiara utk pendaftaran kursus yg akan bermula esok (2 Mac)

2 - 11 Mac - kursus PTK...huhuhu, harap lulus dgn jaya dan cemerlang. TQVM buat semua yg mendoakan termasuklah empunya PDKM :-)

Sepanjang berkursus sempat pulak geng2 bloggers organised makan2 kat rumah Hanis di Shah Alam pada 6 Mac (Sabtu)....wp perancangan ala2 bidan terjun, tp ramai gak yg dtg dan sama2 bertentang mata di rumah Hanis....ada Mama Ju, Kak Shidah, Taj, Syima, Shami, Ummi Humaira, CM, Pjal, Afeezz (ni budak yg jd pengiring saya ke sana ke sini dgn Cik CTnya tu), dll....kami makan makan dan terus makan...mcm2 ada Soto, Mee Goreng, AyamMas, kueh mueh, kek2, dan of course tak leh lupa....kambing bakar Abg Helmi (sebaya sebenarnya, tp respect him for his vast ilmu).

Esoknya, 7 Mac, tetiba dpt mesej dr Hanis ajak gi Denai Alam, jumpa Kak As dan Abg Megat yg dtg ke KL atas urusan keluarga. Sejak baca n3 PDKM liputan Abg Megat ke Makkah, mmg saya nak sgt jumpa Abg Megat ni sebenarnya....tak habaq kat sapa pun. Alhamdulillah di rumah adik Kak As di Denai Alam kami bertemu....thanks to the host (Najib) and TQVM to Kak As....kenyang makan laksa, tapai dan lain2.....pendek kata, kalau boleh semua saya nak pack bawak balik Paris, tp apakan daya....huhuhuhu. Oh ye...TQSM atas ikan pekasam yg mmg kelas tu....masih terasa kemasinannya. Mlm tu kami pulang after 11.30. Sampai INTAN Kiara saya tersenyum; dlm hati berkata2 "hai...org lain sibuk menelaah, semua sibuk prepare utk presentation esok pagi, aku pulak selamba je jln2, mkn2...giler2"

9 Mac - keluarga (isteri dan anak2 yg masih di Spura kembali ke KL). Bermula dgn komen seorang kawan di status update Afeezz yg menyebut Kajang...saya teringat pulak nak makan satay kajang. Kebetulan keluarga dah di KL, saya utus sms dan mesej kpd Afeezz bertanya kalau dia dan geng2 lain free utk join saya sekeluarga makan satay kajang. Bagus si Afeezz dgn Hanis, cekap lagi tangkas dlm urusan makan2...jadi jugak wp last minute. Kami makan2 lagi bersama, kali ini di Awan Besar......hasilnya...lihatlah gambar2 ni:-

Mulanya hanya Afeezz, Hanis dan Syima.........

ABC, air bandung dan satay menjadi pilihan

Org sibuk makan, Hanis buat2 malu pulak buat2 sibuk dgn kamera phone tu...kekeke

Hadi puas hati dpt minum ABC tanpa DE yang dibelanja Auntie Hanisnya :-)

4 dara pingitan yg cute ni.....Taj dan Elaira dtg jugak. First time jumpa si Tuan Puteri Elaira ni :-)

Cutenya Kak Taj tu......


Tgk kepala botak Baby Iman tu....licin


bertemu gak Tikah.....wah rancak berbual nampak


ha eloklah, kita amik gambar dia, dia amik gambar kita


Amirah...all sweat out...dgn rotan yg dibeli khas di Awan Besar


Sembanglah....tp jgn lupa habiskan satay tu


Dlm pd kesibukan berkursus di INTAN, hampir tiap hari ada je yg saya idamkan.......hahaha, member yg paling rajin melayan saya Rosida namanya. Mcm2 tmpt saya dikidnapnya....antaranya makan di Restoran Sambal Hijau (Penchala), Marche di Curve, Muhibbah di TTDI dan McD di BU......semuanya sedap....

Ni dia geng saya - Rosida bergambar dgn Iman

Hari Khamis mlm Jumaat sebaik sahaja abis kursus (11 Mac) kami dikunjungi rakan blog - Wan Rusyaini.....dtg dgn adik dan 2 anak perempuan beliau.....KAGUM dgn kegigihan beliau mengemudi perniagaan frozen yg diusahakan. Saya doakan segala kejayaan buat Wan.

Wan, adiknya dan Hjh Raihanah tgh ralit bersembang tu

Wan mendokong anak saudara saya - Rifqah

Dua anak2 Wan yg comel

Jumaat, 12 Mac - bz membeli belah sbb dah nak balik Paris esoknya...huhuhuhu. Mlmnya, kami sekeluarga beramai2 ke Restoran Rawshah di Ampang....mak aiii...mmg sedap makanannya dan sempoi settingnya...BEST.

Amirah, Nadia dan sepupu sepapatnya

Isteri, kakak dan Ayah Rahman di tugaskan mengOrder....order yg murah je tau

Amirah, Nadia dgn Nani (Spura) dan geng2

sempoikan setting....siap boleh lepak melepak lg sementara tunggu makanan

adik sekeluarga dtg...syg, hubby dia kena kerja pulak mlm tu

bapak dgn Ayah Rahman yg letih menunggu hidangan

Hadi and his favorite cussy - Munir Mubarak

masih menunggu kesemua hidangan yg di order

sedap betul air ni...bukan alkohol tau...jus Arab

ok dah nak sampai semua yg di order

sesi membelasah...hahaha

penuh hamparan dgn makanan

Hadi and Munir

Jom...chicken mandy ada, lamb maghdood pun ada

budak 2 ni mmg tak berenggang

terus makan :-)

13 Mac Sabtu....time to say gudbye....huhuhu

Baby Iman with Ayah Rahman dan Mimi Ana

with my Nani Jo
Nadia sedih giler....dpt coklat Mimi Ana bg pun masih bad mood

Hadi Kapoor dgn Baba Yam

my princess with Nani Jo

Hadi and Amirah dgn Abib (Bapak Tua)

ooo....Amirah dgn Baba...manja sakan ni, nak apa pun dapat...cucu favorite sbb ddk jauh agaknya

How do u say goodbye....ntahlah.

Flight berlepas jam 11.50 mlm. Sempat call Hanis yg masa tu dah berada di Kedah bertemu Ayahanda, sempat jugak bual bicara dgn Ayahanda...harap bertemu beliau esok2 nanti. Masa nak berlepas, Nadia nangis sakan....dia rindu dan tak puas di Msia dan Spura....saya pujuk2, dlm hati berkata2 "eh....budak ni, bukan kau je yg tak puas, aku pun tak puas sebenarnya" Malaysia oh tanahair ku...huhuhuhu.

THANKS to all yg menceriakan hari2 kami selama 3 minggu di Malaya.

38 comments:

  1. salam tuan

    Suka mama baca N3 ni..riangria ke sana sini.Aktiviti makan best sekali...seronok dapat jumpa tuan..mama rasa selesa berbual...

    Dah lama mama tak jumpa Ust Yaziz . Kami sekeluarga memang ngam sangat dgn dia.Dia sgt mesra.

    Oh Dato' Jasmi duta sweden tu kat mana sekarang?Baik sangat2 dia...sampai bawakan makanan ke hotel.

    Dalm byk benda kat Awan Besar tu Rotan je ke yg Amirah berkenan.?

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dato Imran

    Salam perkenalan
    Salam ukhwah

    seronoknya bercuti, balik negeri
    jumpa keluarga, sahabat handai
    jalan2 cari makan

    moga Dato sekeluarga didalam perlindungan Allah senantiasa
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Imran...hehhe

    Alhamdulillah ..satu pertemuan rakan blogger yg best kan...dari maya ke dunia nyata...

    Best lar makan beridang macam tu....heheh seronok tengok...wah besar keluarga imran...seronok tengok anak2....tu ramai meriah kan tentu anak2 rasa tak puaskan..sesekali jumpa..dah nak balik...heheh

    Pssst ari tu bawak kambing panggang lebih tapi ilang aar mana pi...3 pek jadi 2 pek...huhuhu nanti balik Msia kita atur acara makan2 lagik nohh...

    ReplyDelete
  4. salam tuan haji

    alhamdulillah, tak berkesempatan lagi bertemu
    tempuhari

    insyallah, panjang umur , murah rezeki, pasti bertemu bg mengeratkan silaturahim sesama islam

    insyallah

    ReplyDelete
  5. Salam Ip

    Selepas menulis komen diatas, tiba2 teringin nak hubungi ust Yaziz.....sekonyong2nya ustaz yaziz telefon suami!sebenarnya sudah lama kami tak ketemu...sejak dia bertugas di luarnegara..

    Terjalin kembali...

    ReplyDelete
  6. Salam IP..

    Alhamdullilah.. semua nyer berjalan dengan lancar.. seronok dapat mengenali tuan.. ralit mendengar cerita ceriti tuan.. terbabas sampai ke isyak.. dari asar tunda ke maghrib, pas tu tunda lagi sampai ke isyak.. last2 kena halaukan diri balik rumah.. wa ha ha..

    psstt.. 'adik2' kak ngah suka bangat dengan buah tangan tsb.. thanks arr..

    ReplyDelete
  7. salam IP

    terima kasih kerana sudi berjumpa dgn akak n family jua .. suka anak2 dpt yg sekeping tu , sayang nk tukar lg .

    ReplyDelete
  8. salam abg imran : jenuh baca, 3 minggu nyer cerita dalam satu entry... pheww....

    ReplyDelete
  9. Salaam Che Im,

    Seronoknya baca cuti-cuti Malaysia cum jalan-jalan cari makan che Im sekeluarga... saya pun tumpang rasa kenyang baca juadah2 dalam entri ni..heheh
    Semoga ukhuwwah yang terjalin dengan rakan2 blogger PDKM terus berkekalan.

    VpeaceV
    ~umiazuddin

    ReplyDelete
  10. salam from Makkah..

    rasanyer kenal dgn saudara mara dato Imran nih..cl duk di kg pandan since 1971....

    seronoknyer bercuti...

    taksabar nak jumpa di makkah pulak yer..insyalah

    w
    asalam

    ReplyDelete
  11. Salam dato Imran,

    walaupun jenuh membaca, di habiskan juga. Kalau buat part by part kan bagus heheh.

    Sayang az jauh di selatan, kalau idak di gagahkan juga berjumpa dengan imran. Kalau lah masa2 tu az di KL ermmm.

    apa-apa pun salam ceria.

    ReplyDelete
  12. Salam Bro Im, Mai, dan anak-anak,

    Alhamdulillah, semua yang diidamkan di Malaysia, semua dapat. Wan doakan Bro Im lulus dengan cemerlang dan dapat naik pangkat...hehehehe. Lepas ni boleh la belanja...

    Kirim salam pada Mai ye. Bro sekeluarga sangat baik orangnya. Wan rindulah pulak kat Mak Yam. Mak Yam orangnya cool!

    ReplyDelete
  13. Salam Abg Im...

    Walaupun hanya seketika dpt bertemu dan beramah mesra dengan abg im dan keluarga... terasa gembira sgt.... moga Allah berikan kesempatan untuk bertemu lagi ngan Abg, kak mai dan anak2 abg...

    sampaikan salam pada semua...

    ReplyDelete
  14. Salam Abg Imran,

    Sy rasa dah bagi komen kat sini..
    Awat disappear huhu..

    Apa2pun, thanks so much bro for everything & nice to meet u & ur family esp nadia hihi

    ReplyDelete
  15. salam sdr,

    jua salam perkenalan..

    teruja membaca n3 kali ini..

    tak berhenti ceritanya dari mula hingga akhir..

    menarik dan menghiburkan..

    eh!.. kena jumpa rakan2 PDKM tak ajak sekali...

    ReplyDelete
  16. Salam Im,

    mana gambar kita kat awan besar... yg hang nampak rendah sgt... dan Taj nampak tinggi sgt tuh...

    ReplyDelete
  17. Mama Ju...hebatnya memecut, saya yg lambat menjawap catatan Mama...bz manjang ni, alhamdulillah UNESCO Exec Board dah abis smlm. La ni bz buat working group meeting, report, etc :-)

    Mama...mg bestkan dapat jalan2 makan2, ada peluang nanti nak buat lagi, kalau dpat balik raya lg sempoi, boleh bertandang rumah Mama...eh, org tak ajak, saya pulak yg siap jadual...hehehe.

    Mama...nanti sy carikan ctc no Dato Jasmi.

    Mmmm...tak sangka pulak Mama pun cari semula Ustaz Yazid tu, dia very humble, seronok berkawan dgn beliau.

    Rotan....tu isteri saya yg suruh beli tu, nak guna membantai bebudak kat rumah tu, kalau depa liat nak ngaji....hehehehe. Pederaan betul....

    ReplyDelete
  18. Rozali...eerrr, sy bukan Dato lagi tau, itu gelaran suka2 CL kat saya, nakal betul dia menyakat. Panggil saya Imran je ye.

    Salam perkenalan juga dr kami di Paris.

    Mmg best, dpt jln2 mkn2 dgn sahabat handai. Yg rancang semuanya di Afeez dgn Hanis, saya ikut je bila free sebenarnya. InsyaAllah dilain kesempatan kita jumpa makan2 gak ye :-)

    ReplyDelete
  19. Shami, insyaAllah lain kali kita makan2 kambing lg...mmg kelas air tangan Abg Helmi. Tak puaslah sembang dgn beliau, byk ilmu, harap jumpa beliau lagi (dan Shami jugaklah ye) esok2 nanti. Kena bljr byk dr beliau. TQVM for everything ye Shami :-)

    ReplyDelete
  20. CR...insyaAllah bertemu di kesempatan yg diperkenankanNya jua. Nak sgt jumpa CR, naik kete mewah CR tu...hehehe. THANKS for keeping in touch

    ReplyDelete
  21. Noor....thanks for ur kind words. Pasal buah tangan tu, tak yah citelah...sikit je, mana sempat je sy bawak.

    Errr....terbabas sampai Isya'.....HAHAHAHAHA, mmg pun, sy punya appointment dgn geng kat Ampang pun saya cancel sbb ralit kita bersembang. Sy HAPPY sekali dipertemuan tu :D

    ReplyDelete
  22. Kak Ummi....TQVM sbb Akak dan suami sekeluarga sudi jenguk saya tempohari di rumah Hanis. Seronok dpt bersua muka. Suami Akak (sorry lupa pulak namanya) tu BESTlah, sempoi and humble. Harap jumpa lagi esok2 nanti ye.

    Yg sekeping tu...ala, tukar je, nanti esok2 kalau jumpa sy bg yg lain pulak, insyaAllah

    ReplyDelete
  23. Afeezz....tulah pasal, tak tulis punya tak tulis, sekali tulis....penuh 1 muka computer....hehehehe. Afeezz, terima kasih atas segalanya ye. U take care.

    ReplyDelete
  24. Kak UmmiAziuaddin....la baca n3 pun kenyang...patutlah td saya dgr ada org sendawa kekenyangan....rupanya Akak...hehehe. Gurau je ye. InsyaAllah, kita jumpa jugak esok2 nanti. Thanks for visiting me :-)

    ReplyDelete
  25. En Li....mungkin kenal. Tak sangka En Li ddk di Pandan sejak tahun 1971...tp masa tu kami masih menyewa di Kg Baru, cuma pada 1983 baru kami tinggal di Kg Pandan. Tp mungkin kita biasa jumpa di pasar mlm, masjid, kenduri dsbnya, cuma tak kenal je :-)

    Nanti kita bertemu juga di tanah suci Makkah al-Mukkarammah....ada ke tmpt yg lebih baik utk dua kenalan maya bertemu mata....tak sabar dah ni :D

    ReplyDelete
  26. AZ...tak pe, blm diizinkanNya lagi. InsyaAllah kita bertemu esok2 nanti. Salam hormat lg ceria buat AZ sekeluarga. Err....AZ, jd ke nak berumrah Ramadhan tahun ni...bg tau cheq no :D

    ReplyDelete
  27. Wan...Mak Yam COOOOOOL....iyolah tu. Masa kami bebudak my mom (Ibuk) cukup tegas orgnya, saya dah form 6 pun dia pial lagi telinga saya ni...hehehe.

    Kami sekeluarga pun selesa dgn Wan sekeluarga, cuma terkilan tak dpt jumpa suami Wan tempohari, harap jumpa dgn semua nanti ye. TQVM atas semua kiriman tempohari....SEDAP lagi MENGASYIKKAN :-)

    ReplyDelete
  28. Tikah....Abg happy dpt gak jumpa Tikah akhirnya. Alhamdulillah. Kalau kami pulang ke Msia lagi...kita gi makan ramai2 lagi ye...JOM

    ReplyDelete
  29. Syima...la iye ke...mcmana boleh disappear tu? Awak ada ilmu invisible ke atau mcm biskut chipsmore, kejap ada kejap tak de...PELIK gak. Syima...TQVM for everything ye. Njoy ur company, esp tgk Syima punya malu2 semut masa kat rumah Hanis tu...kekekeke

    ReplyDelete
  30. Safiudin...salam taaruf dr kami di Paris. InsyaAllah kalau ada keizinanNya kita jumpa dan makan2 bersama. Saya ni mengikut je jadual Afeezz dan Hanis, depa yg aturkan jadual. Safiudin kenal tak dgn Afeezz? Err...saya sukalah gambar profail u....cool ;-)

    ReplyDelete
  31. Taj....apa khabar wahai tetamu Allah yg baru pulang ke Malaysia.

    Gambar tu...alamak bukan kat kamera saya, ntah kamera Elaira rasanya. Cuba Kak Taj ;-) tanyakan ye, nak gak buat simpanan rekod saya...hehehe

    ReplyDelete
  32. Salam IP,

    Maafkan saya sebab tidak dapat hadir perjumpaan bersama2 geng pdkm aritu.

    Saya pun dah lama tidak tinggalkan jejak di rumah IP.

    Best entri kal ni, kenal ramai keluarga IP termasuk kakak IP , Hjh Raihanah yang saya jumpa di Masjid Wangsa Maju ketika perjumpaan dengan CL dulu.

    Selamat kerjakan haji dengan keluarga, semoga mendapat umrah yang terbaik. Amin

    ReplyDelete
  33. Salam Bro IM,

    Mak Oiii! kena piat lagi ke? sure noti ni! emmm....biase ni!
    hahahahaah... mengasyikkan? Melampau betul!

    ReplyDelete
  34. salam,

    Imran,
    smoga kita dapat bertemu lagi. InsyaAllah...



    SUATU PERJALANAN...



    BEBERAPA CATATAN KENANGAN,
    dalam
    SUATU CATATAN PERJALANAN
    PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH
    penuh lakaran rona rona
    COLOR OF MY LIFE....

    CERIA CERIAKAN HARI MU
    agar....
    SEINDAH WARNA PELANGI.

    namun
    HIDUP INI HANYA SEMENTARA
    HANYA PADA MU YA ALLAH KU BERSERAH
    seiring
    SENYUMAN DAN HARAPAN
    agar
    PAHALA MENGHINDARI DOSA
    sebelum
    NGINAP SRENGENGE.....

    19 April 2010 12:47
    4 jamadilawwal 1431

    ReplyDelete
  35. Salam En.Im,

    akak seronok membaca tulisan im ni,.dapat jumpa dirumah hanis tapi tak lama kerana akak ada hal hari tu, tak sempat nak bertanya macam2 kan , nanti kalau im balik jemput datang mah akak pulak yer,terkilan juga tak sembang lama sikit dgn im, jadual penuh la ari tu, ada janji lain tu yang akak datang cepat 2 jam dari yg dijanjikan sebab akak nak balik cepat...harap2 lain kali kita jumpa lagi yer im.

    ReplyDelete
  36. Salam Im,

    Lupa, nak ucapkan selamat mengerjakan umrah untuk im sekeluarga, semoga mendapat umrah yang mabrur dan terlepas segala rindu kat tanah suci makkah.

    ReplyDelete
  37. salam pak Im

    selamat beribadat.Mg mmperolehi umrah yg mbrur
    Pejlnan direstui..muga segala2 mudah dan sempurna
    amin

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh Dato Imran Paris

    nanti lekas-lekas update gambar kenangan di Mekah dan Madinah ya...

    salam hormat dan salam ibadah
    boxhousestudio

    ReplyDelete