Followers

Tuesday, May 18, 2010

Umrah 1431 : Sahabat Kurniaan Allah

Dari hari ketibaan lagi, saya dan En Li dah bersembang hal Dik Syima, BoxHouseStudio yg berada di Makkah, begitu juga dengan Ibu kpd Abg Sulong.

Pada 28 April (Rabu) jam 11 pagi, kami sekeluarga yang berhasrat utk membuat tawaf sunat turun ke lobi hotel sblm meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram. Terjumpa En Li dan bersembang seketika, beliau berkata "Dato', saya bz sikit skrg ni, tp tak silap saya BoxHouse dan Hj Arshad (seorang lg bloggers) ada di Felda d'Saji, kalau Dato' nak jumpa, cuba gi sana." Kami sekeluarga terus ke Felda...meninjau dan terus meninjau kelibat Hj Arshad dan BoxHouse yg tak pernah bersua muka. Sampai di hujung food court, saya lihat 2 insan sdg berbual rancak....saya yakin, merekalah yg dicari. Saya terus menegur "Ni, Hj Arshad, BoxHouse ke?" Kedua2 mereka nmpk terpingga2 seketika dan diiringi dgn suara ceria Hj Arshad "Haaa....ni Dato'Imran kan?" Kami terus bersembang dan bersembang....persahabatan terus mendalam. Sempat bergambar, dlm sibuk bergambar tup tup muncul pulak En Li....OK je....terus lagi kami bergambar. Jam 11.45, saya terus memohon diri dan berkejar bersama keluarga membuat tawaf sunat dan terus bersolat Zohor di MH.
Bermula dari situ, seorang demi seorang sahabat-sahabat di Tanah Suci dikurniakanNya kepada saya. Bermula dgn En Li, Hj Arshad, Kak Tun BHS, Azam Nokia, Lutfi Na5wa, Meor, Aidil Fadhil, Sanusi (Yaman), pelajar-pelajar Ummu Qura dan ramai lagi.

Buat En Li....gosh i think i cud easily write a thick thesis about him. Bbrp mlm yg kami lalui bersama hingga ke awal pagi jelas membuktikan keluhuran budi pekerti beliau. Seorg yg begitu penyayang...tak hairanlah kita dpt saksikan limpahan kasih sayang Allah kpd beliau sepanjang beliau di sana. Di senangi ramai, baik sahabat mahupun pekerja hotel. Teruja saya mendengar kisah2 yg disampaikan kepada saya, baik dr pelan perancangan masa depan beliau yg cukup HEBAT, ditambah dgn kisah2 kehidupan bermasyarakat di Makkah, perihal ibadat, sirah nabi2, kasih seorang anak kpd arwah ibunya, kisah cinta luka, ragam dunia bolggers dan pelbagai lain.....semuanya insyaAllah saya ambil jadikan sempadan dan teladan hidup. Oh ye....mana mungkin saya lupa kasih sayang yg beliau curahkan buat anak2 saya, tidak cukup dgn belaian, disertai dgn buah tangan dan masakan air tangan beliau pada setiap hari minggu. Pastinya yg paling beliau rindu adalah kpd IMAN, anak kecil kami yg berusia genap 5 bulan semasa hari ketibaan kami.

Hadi, Amirah dan Nadia semua terhibur dgn Uncle Li mereka....hampir setiap hari semasa di Makkah anak2 saya berkata "Bapak kita nak duduk kat bilik Uncle Li, nak main2 dgn Uncle Li, we like him so much, bcos he is so nice to us" Tiap kali juga saya akan menghalangnya, bukan apa, cuma faham dgn tuntutan tugasan beliau sepanjang masa.

Begitu juga dgn Hj Arshad dan Kak Syarifah sekeluarga yang cukup gigih membina tapak utk mengabdikan diri membuka perniagaan membantu tetamu2 Allah. Kegigihan beliau saya kagumi....budi baik yang dihulurkan tak mungkin kami lupakan. Masih terasa-rasa keenakkan chicken/lamb mandy yang kita nikmati bersama keluarga dan juga Ustaz Dasuki. Majlis usrah yang diusahakan di Hotel Manazil, mmg tidak kami jangkakan....tambahan pulak dgn Tomyam yg dah lama tak kami nikmati.

Tak lengkap rasanya kalau tak berbicara tentang Kak Tun BHS....mmmm, mcm tak sangka kami bertemu di sana, tak di rancang jauh dr di rencana. Peliknya kami bertemu berkali2 secara tidak sengaja dlm masa 2,3 hari. Bermula dgn pertemuan di food court Felda d'Saji, diikuti dengan sekali lagi pertemuan di tempat yg sama, diikuti lagi dengan pertemuan yang sama utk kali ke3 yg dilanjutkan dgn jamuan sempena hari kelahiran Na5wa Abdul Rahman oleh Lutfi pada mlm Jumaat 29 April 2010. Saya sedari, beliau sekeluarga akan berlepas ke Madinah keesokkan harinya slps solat Jumaat. Bangun awal pagi Jumaat saya turun ke Felda d'Saji mencari BoxHouse....tak jumpa, saya turun sekali lagi sblm Jumaat mencari beliau...sekali lagi tak jumpa. Terasa sedikit hamba....dlm hati berkata "Ya Allah, aku terlalu ingin bertemu Kak Tun atau keluarganya, sekurang2nya berilah aku peluang menghulurkan sedikit tanda mata kecil yg aku bawa jauh dr Paris buat kawan2 yg aku temui di sini". Aku keluar bersolat Jumaat, slps solat aku menganji dlm 30 minit. Hati meronta utk segera ke Abeer Garden mencari Kak Tun, takut2 ketinggalan tak sempat bertemu. Tp hati turut berkata "Im, habiskan dulu surah yg sedang di baca...if u hav time for Allah, Allah will definately give all the time u need" Selesai mengaji, saya terus keluar mencari Abeer Garden Hotel (hotel kediaman Kak Tun sekeluarga)...cari dan terus mencari dlm kesesakan jutaan jemaah yg sama2 turut pulang slps solat Jumaat....hampir tewas, terus mencari. ALHAMDULILLAH bertemu hotelnya.

Di lobi hotel saya melihat longgokkan beg...dlm hati berkata "YES....mesti Kak Tun blm ke Madinah...tentunya masih di Makkah" Terus saya mencari no bilik beliau dr senarai yg terletak di dinding lobi....meneliti dan terus mencari nama beliau...sekali lagi HAMPA. Sy hampir putus harap. Pd masa yg sama terdengar suara anak remaja lelaki yg pernah didengar sblm ini, aku segera menoleh ke belakang.....SUBHANALLAH...anak Kak Tun, kedua-dua org tua Kak Tun pun rupanya ada di lobi. Saya segera menyerahkan tanda mata yg ingin disampaikan sambil bertanya "Mana Kak Tun?" Ringkas jawap anak beliau yang ibu masih di MH....segera saya mengundur diri...bukan apa, segan airmata mula bergenang di kelopak mata kerana sebak akhirnya hasrat bertemu keluarga dan menyampaikan tanda mata kpd Kak Tun sblm beliau berlepas ke Madinah di makbulkanNya.....alhamdulillah.

Tentu juga tak mungkin kami lupa cenderamata2 yg dititipkan buat kami oleh Kak Tun melalui Haji Kamarul sebaik sahaja kami tiba di Madinah....Kak Tun...TQVM, moga Kak Tun sekeluarga diberkati dan dirahmati selalu.

Mungkin penuh ruangan di sini utk saya kisahkan tentang sahabat2 baru yg kami kenali sepanjang 2 minggu berada di Tanah Suci, apa yg pasti saya yakin, persahabatan ini akan kekal berpanjangan di dalam keberkatanNya setiap masa, insyaAllah dr sini hinggalah ke akhirat. Buat En Li, Hj Arshad, Kak Tun, Meor, Azam, Lutfi, Shair, Sanusi, Ust Dasuki dan semuanya, terima kasih yg tak terhingga atas jalinan ukhwah yang sudi dibina bersama; moga kita kekal dlm keredhaanNya. Malam2 dingin di Paris membuat saya cemburu dan sering terkenang-kenangkan keagungan bumi barakah yang diiringi kehangatan hubungan insaniah antara kami sekeluarga dengan sahabat-sahabat kurniaah Allah di Kota Makkah al Mukarramah.

49 comments:

  1. salam from makkahh...

    psst....jangan duk habaq noohhh...hehhehehe

    gamabr last tuh tengok semua duk 'posing'sakan nyer...so cute..


    waslam

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Imran, selamat kembali ke Paris...tentu rindu sesanggatkan dan mesti rasa sayu dihatikan....
    sebakkk...Taj dpt rasakan apa Im rasakan...kita dipertemukan orang2 begitu baik budi pekertinya... Thanks to Allah dan juga CL...melalui blog CLlah, kita dpt berukhwah begini...syukur Alhamdulillah...subhanallah...Ya Allah kau ampuni dosa2 kami semua...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    alhamdulillah...
    alhamdulillah....
    speechless....

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Its so refreshing to see someone write straight from the heart. I'm sure Allah will grant you a long and lasting friendship based on respect, trust and support with those you have met...Alhamdulillah...

    p/s so jealous you live in Paris....hehe

    ReplyDelete
  5. En Li....ur secret safe with me...hehehe. En Li, rindu dgn semua, rindu sesgt....andai bisa diulang waktu ingin sekali melalui segalanya berulang kali tanpa jemu. En Li, moga paparan wajah baby Iman yg ralit bemain di katil Safwah mengubat rindu En Li ye...thanks for accepting us as part of your life.

    ReplyDelete
  6. Taj...Ya Allah Taj, rindu dgn Taj gak. Kat sana berulang kali teringatkan Taj, tak sangka Taj pun selalu ingat kat kami. TQVM for the delicious Royal Baik lunch....anak2 saya semua suka giler :D

    ReplyDelete
  7. BoxHouse...am speechless too...ntah mengapa begitu teringat sgt dgn Kak Tun hari Jumaat tu, berpusing carik Abeer Garden...jumpa gak akhirnya...ALHAMDULILLAH, TQ ALlah.

    ReplyDelete
  8. Marla...salam taaruf dr Paris, tak de apa yg perlu dicemburukan dgn saya yg berada di Paris ni. Saya CEMBURU dgn sahabat2 yg berada di Makkah.

    Marla...td saya menulis dlm keadaan tergopoh gapah juga sbb tgh bz preparing another assignment...but betul segala yg lahir adalah dr hati dr rasa yg tiada dusta

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum IP

    saya rasa cemburu dgn suasana yg IP ceritakan itu, bukan cemburu dengki tapi alangkah indah saya turut serta

    mukin suasana itu dapat diserapkan di Malaysia mengulanggi kemeriah di Masjid Muaz bin Jabar, KL

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Rozali....kurniaan sahabat di Tanah Suci adalah sebhg drp doa saya semasa berhaji tahun 1429 (2008) dulu. Tak sangka doa tersebut kekal mustajab sehinggalah kedtgn saya kali ini. Maha Suci Allah, tuhan yg maha agung lagi maha bijaksana. InsyaAllah ukhwah berterusan di Malaysia kelak.

    ReplyDelete
  11. Aslkm IP

    Mudah2an persahabatan terus terjalin.

    Maaf ya, mama nak mintak copy gambar efel twr kat Mekah tu...nampak cantiklah. mama suka gambar2 kat sini...hi..hi selalu cilok....

    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  12. salam dik IP...

    seronoknya kan dpt wat umrah n sekali gus dpt jalin ukhuwah fillah di tanah suci ...

    tp tak sempat ler jumpa rombongan IRNA YAKIN 4 Jun nanti...

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Ummi....mmg seronok, insyaAllah Jun nanti giliran Kak Ummi pulak, doakan kami ye Akak wp tak sempat jumpa di sana. Thanks in advance

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam, Mama Ju.....alah amik je, no problem. Thanks for visiting me ye Mama Ju ;-)

    ReplyDelete
  15. Allah...cemburu pada persahabatan kalian...semoga saya juga akan di terima sebagai sahabat....

    ReplyDelete
  16. salam im

    alhamdulillah, kita dipertemukan dgn insan2 yg berhati mulia ,

    keikhlasan dlm persahabatan dan menjalinkan ikatan ukhwah dan silaturahim spt yg dituntut dlm islam , insyallah

    ReplyDelete
  17. salam Im,

    Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana kita dipertemukan dan berkawan dgn sahabat2 yang sentiasa mendekati Allah SWT. Begitu jua, dengan izinNYA...melalui PDKM, kita semua dipertemukan..itulah Perancangan Allah, ianya bukan suatu kebetulan!

    ReplyDelete
  18. Salam Abg Imran,

    Wow dok cite pasal saya? hihi cite apa tuh?
    Sy pun terkilan tak dpt jumpa Abg Im masa kat sana..abg sampai mlm 27hb dan sy akan bgerak ke Jeddah tengahari 28hb..

    Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana ditemukan dgn insan2 bhati mulia yang mementingkan ukhwah fillah di PDKM antaranya CL, Abg Imran, Kak Noor, Kak Mas, Kak UH, Kanda Asnija, Pak Itam, Hanis, Atikah, Kak Elaira, Pijal, Mama Sidah, Mama Ju, Mama Zainab, Mama S, En Rosli, Hj Arshad dll (maaf tidak dapat disebutkan semua disini)

    Sy tidak berkesempatan utk mengenali Kak BHS. Semoga Allah permudahkan perkenalan itu di lain masa. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  19. Salam Cik imran...

    Dari gaya penulisan cik imran ni saya jugak boleh rasa bahagianya jalinan ukhwah tersebutkan....ingat lagi seronok berbual dengan cik imran ramai2 di rumah hanis...hehehhe

    Semoga ukhwah antara kita semua sentiasa terjalin walaupun dimana kita berada...kunjung mengunjung melalui alam maya setiap hari...juga adalah pembawa bahagia pada kehidupan kita semua ..sehari2....yg amat2 memerlukan teman2 sejati sebagai pemberi semangat meneruskan kehidupan dunia dilorong2 yg lurus....alhamdulillah syukur....akan adanya PDKM...untuk kita semua...

    ReplyDelete
  20. Salam IP

    Seronoknya dapat bertamu di Bumi Berakah di samping insan-insan y6ang berhati mulia

    ReplyDelete
  21. Salam Bro Im,

    Sebak rasanya tengok semua dah berada di MH. Gembira dan seronok melihat keakraban semua. Wan doakan moga Bro Im sekeluarga dimurhakan rezeki, panjang umur yang bermanfaat dan dirahmati dunia akhirat.

    ReplyDelete
  22. Assallamualaikum IP,


    Mama dapat melihat suasana persahabatan yang amat membahagiakan hati..
    Terlalu indah ukhwah itu ..terbina dari alam maya ke bumi barakah. Alhamdulillah.
    Semuga semuanya sentiasa dirahmati.
    w/salam

    ReplyDelete
  23. Salam Hj.IP,

    seronok baca pengalaman IP dan kawan2 yang IP jumpa di sana, saya pun cam Rozali, 'jeles' dengan suasana dan ketika IP di sana, dpt berjumpa dengan kawan2 yang byk membantu spt CL dan Hj Arshad termasuk juga BHS...

    TQ for sharing.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh im

    akak nak tanya im ada email?..ada article akak nak hantar untuk nak-anak im ya

    salam hormat buat yang disegani
    dari boxhousetudio

    ReplyDelete
  25. salam pak Im,

    mmbca tulisan hati ini, bgai satu muhasabah buat diri..Kejujuran dan kesabaran teman spti CL menjadi contoh pilihan..betapa ramai pun tetamu ALLAH pasti diraikan sebaik mungkin...betapa bertuahnya ibu ayahnya kan..

    Doa juga telah mnjadi kuasa penarik yg mnjadi reality..saya wajar lipatgandakan doa...muga diperkenankan...Semuga pak im dan family bahagia dan terus merindui MH...cemburu juga akan kerinduan yg dcipta...muga ku temui jua..amin

    ReplyDelete
  26. mana pulak si im ni..allo...ko ni demam ke?..sekeluarga demam ke?..akak doakan im dan isteri serta anak-anak tu lekas sembuh dan aktif semula..amin, amin, amin yarabballallamin....

    ReplyDelete
  27. Salam IP,

    Satu entri yang sangat menarik. Betapa besarnya rahmat Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mendekatkan diri kepadaNya. Pertemuan yang amat bermakna, mengukuhkan persahabatan yang telah terjalin dengan limpahan keberkatan...

    ReplyDelete
  28. salah cik im

    indahnya pertemuan,,,indahnyer persaudaraaan dan begitu indah kasih sayang sesama insan...membaca catatan ni hati cm jadi sebak...mereka adalah kurniaan allah untuk kita..

    ReplyDelete
  29. Kak Long, u r already part of us...welcome on board my dear Kak Long

    ReplyDelete
  30. CR....setuju sgt2...bila agaknya dpt dipertemukan dgn CR ni...jom jumpa di Makkah. JOM

    ReplyDelete
  31. Kak Nab, sy setuju, mmg bukan kebetulan tapi suratan takdir yg begitu indah utk kita semua titi bersama hingga pulang ke pangkuanNya, insyaALlah

    ReplyDelete
  32. Syima...the best is yet to come...hang on :D

    ReplyDelete
  33. Shami....mmg mengujakan. Sy juga tak lupa kehangatan ukhwah yg terjalin di Shah Alam Mac lalu...seronok sgt

    ReplyDelete
  34. AZ...jomlah kita gi umrah sama2, jumpa di sana, tentu lg gamat :D

    ReplyDelete
  35. Wan....apa kbr? Lama tak dgr kbr....alhamdulillah di MH sering sy teringat pd Wan dan sempat juga sahut2 nama Wan sekeluarga agar dipermudahkan segalanya dan jemput ke Baitullah segera. InsyaAllah, berkat hidup kita semua

    ReplyDelete
  36. Mama Nadz...amin amin ya rabbal alamin. TQVM for ur sincere doa Mama.

    ReplyDelete
  37. Rosli....Makkah tidak pernah mengecewakan kita...PERCAYALAH. Jom kita gi umrah jumpa di sana sama2.

    ReplyDelete
  38. BoxHouse...artikel apa tu, ok pls send them to imranabdu@yahoo.com. Will b waiting. Thanks in advance Kak

    ReplyDelete
  39. Ain....rindu pd Bumi Barakah mmg tak terkata penangannya...tp yg lebih penting ialah kecintaan kita pd Allah tuhan yg maha berkuasa lg maha bijaksana. Thanks for ur doa.

    ReplyDelete
  40. Kak BoxHouse....demam rindu ni, tak puas berada di dakapan Baitullah, tak puas berada di laman Raudah...huhuhu.

    ReplyDelete
  41. Roshanilawatey, alhamdulillah, moga ukhwah yg terjalin terus mantap dan berkekalan dlm keberkatan dan kerahmatanNya jua.

    ReplyDelete
  42. CM....u too part of the gift given to us by Him. Thank u ALlah

    ReplyDelete
  43. Salam Cik IP,

    Begitulah limpahan kasih sayang Allah, bila mana ukhuwwah fillah terjalin sesama kita walau x mgenali tetapi dpt merasakan kemesraan dan keakraban. Moga kita semua diberkati olehNya

    ReplyDelete
  44. Salam .......
    menekuni coretan Dato' terasa indahnya bumi nabi... Persahabatan dan perjuangan .
    Rindu juga saya ke sana ...... walaupun sudah lama ... rasanya baru semalam ditinggalkan bumi mekah.... Indah dan terlalu indah

    ReplyDelete
  45. Salam IP, insyaallah pertemuan di tanah suci tu takkan terpadam begitu sahaja

    ReplyDelete
  46. salam im

    baru sekarang berani baca tiap coretan yg diluahkan...itu lah penangan tanah haram..ALLAH..

    selamat bertugas dengan penuh cemerlang...

    ReplyDelete
  47. salam Dato' IP,

    saya kira kita semua beruntung mempunyai teman, rakan, kawan seperti CL, Hj Arshad, Kak Tun, Meor, Azam, Lutfi, Shair, Sanusi, Ust Dasuki....

    CL telah menyatukan 'kita' dari alam maya terus ke alam nyata. indah dan tak mampu saya nak ucapkan dengan kata.

    semoga ikatan ini terus berkekalan hingga ke akhirnya.

    terima kasih CL

    ReplyDelete
  48. Salam Bro Im,

    terima kasih tidak terhingga bergunung-gunung di atas ingatan semasa berada di MH. Ni yg rasa nak nangis ni. terima kasih atas doa ikhlas dr bro tu. Syukran Jazakallahukhairan kathiro.

    ReplyDelete