Followers

Friday, March 25, 2011

Satu kehilangan, seribu kenangan.....

Rabu 6 Oktober 2010, di dalam kelas Qualitative Analysis di INTAN Kiara, aku tekun mendengar tiap butiran ilmu serta motivasi yang diluahkan seikhlas hati oleh Dr Amirul Shah (USM). Tetiba beliau bersuara ‘Alhamdulillah, dalam kepayahan saya menuntut ilmu, saya sempat menjaga bapa saya sebelum arwah meninggal dunia kira-kira 2 minggu sebelum Ramadhan 9 tahun lepas; bayangkan betapa beratnya hati saya meninggalkan ibu tercinta dan pada 1 Ramadhan utk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di UK’ Kelas menjadi sepi, tak tau apa sahabat yang lain rasa; yg nyata airmata terbit dikelopak mata.

Kisah yang disampaikan Dr Amirul kpd kami bagaikan cermin kisah pemergian arwah Bapak ku sendiri pada 13 Syaaban 1431; iaitu 2 minggu sebelum Ramadhan. Aku sekeluarga tiba dari Paris sehari selepas pengebumian arwah dan pulang semula ke Paris pada 11 Ogos 2010 iaitu pada 1 Ramadhan. Bagai direncanakan, aku bertemu Dr Amirul yang kebetulan melalui pengalaman yang hampir sama 9 tahun lalu.

BAPAK........itu panggilan kami semua kepada arwah. Sebenarnya telah begitu lama aku pendamkan hasrat utk berkongsi rasa slps pemergian arwah..Bagaimana hendak dimulakan, apa yg hendak diperkatakan, apa yg ingin aku luahkan........semuanya bersimpang siur utk di fikirkan, sehinggalah detik tika ini aku rasa lebih bersedia, walau mungkin tidak bersedia sepenuhnya.

Ahad, 25 Julai 2010 – hati mmg terasa sedikit kurang senang sejak awal pagi. Kira2 jam 11 pagi (5 petang waktu Msia) saya hubungi keluarga di KL. Berbual dgn anak2 saudara dan dgn Ibuk di Kg Pandan ”Ibuk, semua sihat ke kat sana? Bapak mcmana, ok ke?” Ibuk menjawab ”kita semua ok je kat sini, Bapak pun ok, ni Bapak ada duduk kat kerusi rotan ni depan telefon”. Aku meletakkan gagang telefon, walau hati kurang selesa namun slps mendengar suara Ibuk dan mengetahui khabar Bapak, aku cuba tenang2kan hati.

Hari tersebut diteruskan dengan membuat sambutan kecil ulangtahun ke 5 anak ketiga – Nadia, yang telah berlalu pada 21 Julai. Cadangan asal untuk beli kek dan buka hadiah2 yang telah dibeli sejak beberapa hari lalu; disusuli dgn family outing ke La Defense. Namun hari tersebut, badan rasa malas...terlalu malas, nak beli kek pun tak minat. Kebetulan Nadia bersuara meminta Uminya membuat cupcakes sbg kek ulangtahunnya. Slps lunch jam 2 ptg, kek dipotong, hadiah2 di buka. Mmg pelik tidak seorang pun dari kami menjamah kek tersebut. Hanya bergambar kenangan, itu saja....hati mmg tak berminat pd apapun pd hari tu.

Lepas bersolat Zohor, aku mengambil Quran sambil bersuara kpd anak2 dan isteri ”Hadi, Amirah, Nadia, cepat siap, lepas ngaji kita pergi La Defense. Mai (isteri), cepat2lah solat pukul 3 ptg nanti kita keluar” Bbrp ketika sblm aku habis mengaji di bilik anak2 perempuan, aku ternampak kelibat isteri mengambil wuduk, bertelekung dan bersolat. Slps mengaji, aku berbaring seketika di katil Amirah, belum sempat pun isteri habis solat, tiba2, telefon bimbit isteri berdering. Aku malas nak angkat. Amirah mencapai telefon dan dari perbualannya aku tahu yang menelefon adalah Mama Jo (mak mertua) dari Singapura. Jam dinding menunjukkan genap pukul 2.50 ptg (waktu Paris).
Mengandaikan Mama Jo ingin berbual dgn Mai, aku terus meminta Amirah memberitahu Nani Jo yg Umi Mai sedang solat, bagaimanapun dalam hati berkata ”eh.....kenapa Mama Jo ni telefon hp Mai, mahal, baik pakai telefon rumah” Di depan mata Amirah memanjangkan telefon bimbit dan berkata ”Bapak.....Nani Jo nak cakap dgn Bapak” Aku tambah pelik.....”eh, kenapa pulak ye?” Aku mengambil telefon, dan terus Mama Jo berkata ”Im, Im dah tau ke belum? Bapak Im, Bapak Im dah meninggal” dan Mama Jo terus menangis, pada masa yang sama mengingatkan aku agar sabar dengan pemergian arwah. Aku BLANK. Cuma membalas “ye, ye, ok, ok”. Bingkas aku bangun dari katil dan menyahut “Mai, Mai” isteri yang baru saja lepas solat bertanya “Ha, Im….kenapa Mama Jo call hp Mai?” Aku terus memberitahu apa yang disampaikan oleh Mama Jo. Mai nyata kehairanan dan jelas kesedihan di wajah beliau memandangkan beliau sememangnya rapat dgn Bapak.

Dlm hati pelbagai persoalan bersimpang siur, tidak juga kalut atau cemas, cuma hairan, mengapa tidak seorang pun adik beradik di KL menghubungi menyampaikan pemergian arwah. Bagai tak percaya. Saya mencapai telefon rumah, cuba hubungi rumah di Kg Pandan…..PULUHAN kali mungkin, tp tiada jawapan. PELIK. Sy tgk hp sy, juga tiada sms dr abang2 atau kakak atau adik menyatakan pemergian arwah….tambah pelik. Sy terus menelefon abg, kakak dan adik di KL….tidak berjawap….saya tertanya “eh…..Mama Jo ni betul ke? Ntah2 Bapak kena rush masuk hospital or something like that….lgpun baru tadi aku call, Ibuk kata Bapak sihat….mana mungkin tetiba Bapak meninggal” Tp dlm ruang hati yg paling dlm berkata lagi “mungkin betul sbb semua tak dpt dihubungi, mungkin semua kesedihan dan menelefon ke sana ke sini dan terlupakan nak call aku kat sini”

Dlm kesibukkan aku menelefon sana sini, dari ruang makan rumah menerusi pintu kaca aku terlihat kelibat Bapak lengkap berbaju putih berkain pelikat kotak2 biru sedang duduk kemas di sofa ruang tamu. Aku bergegas memanjangkan langkah dr ruang makan menuju ke ruang tamu….tapikelibat arwah tiada lagi kelihatan. Aku menoleh semula ke ruang makan yang dipisahkan dengan ruang tv, ternampak pula arwah sedang duduk di ruang makan. Hati terus berdetik dan terbit keyakinan yang Bapak sudah tiada lagi dan kelibat yang aku nampak adalah roh beliau yg dtg ke rumah sebagai tanda selamat tinggal buat kami semua. Bersandarkan keyakinan ini, aku terus hubungi pegawai pejabat memohon bantuan beliau utk uruskan tiket dgn pihak Malaysia Airlines. Aku membuat byk panggilan, pegawai2 pejabat, Duta Besar, KSU yg otw ke KLIA, SUB di Seoul, Manager MAS, Spore Airlines, Emirates Air, En Li PDKM dsbnya.

Akhirnya selepas hampir 20 minit mencuba, isteri aku dapat bercakap dgn adik di Kg Pandan yang mengesahkan pemergian Bapak. Aku termenung termanggu dan terus mengeluarkan beg dan meminta isteri mula mengemaskan kain baju untuk kami berangkat pulang ke Malaysia dengan penerbangan yang paling awal, sebolehnya pada hari yang sama, jika tidak dr Paris mungkin dr London, Amsterdam atau Rome. Bagaimanapun setelah habis semua usaha dicuba, kami hanya dijanjikan tiket penerbangan pada keesokkan harinya.

Detik berganti saat, minit, jam berlalu pergi. Menunggu penerbangan yang dijadualkan keesokkan hari jam 12 tengahari; terasa terlalu lama, lebih lama dr segala bentuk penantian sebelum ini Aku menghubungi keluarga di KL agar tidak menunggu kepulangan kami dan segera menyelesaikan urusan pengebumian arwah, yang dijadualkan jam 11 pagi esok (waktu Malaysia). Aku mengemaskini status update di facebook memaklumkan rakan2 fb…….ratusan ucapan takziah dan kiriman doa yang dititipkan buat arwah. Begitu tersentuh dgn ehsan sahabat2 di Makkah yg turut membuat solat jenazah ghoib buat arwah, walaupun tidak pernah mengenali arwah.

Sementara menunggu Maghrib, setiausaha pejabat (Intan) bersama suami dan anak datang menziarahi kami dan pada masa yang sama menyelesaikan sedikit urusan pejabat di rumah. Selepas Maghrib, aku keluar ke pejabat untuk menyelesaikan tanggungjawab segera yang perlu dilunaskan. Jam 11 malam aku pulang ke rumah, isteri dan anak2 semua sudah tidur, persiapan untuk pulang esok telah siap. Aku mengambil wuduk, bersolat Isya’ dan cuba melelapkan mata utk tidur………SUKAR, namun akhirnya aku dapat melelapkan mata utk tempoh kurang 1 jam.

Sblm Subuh di Paris, kebetulan jam 9.30 pagi waktu Msia aku terjaga, membelek hp, aku menerima sms dr kenalan - Abg Jais berbunyi “I’m here at Kg Pandan……arwah sdg dimandikan…….” Hanya kira-kira 30 minit kemudian beliau menghantar lg sms “Baru selesai solat jenazah, ramai turut, 5 saf, kata org paling ramai. Doakan pemergian Bapak. Hilang sudah kereta jenazah dari pandangan……….” Aku membaca mesej berkenaan dgn hati yg amat2 berat. Terkenang kata2 arwah kpd kawan sepejabatnya dulu “aku ada 4 org anak lelaki, nanti aku mati senang 4 anak lelaki aku usung keranda tiap penjuru” Tertanya-tanya, mengapa aku tidak berpeluang bersama keluarga yg lain menguruskan jenazah arwah? Mengapa 3 abang2 termasuk abang yg selalu belayar kesemuanya ditakdirkan berada di Msia ketika itu tapi bukan aku? Mengapa arwah tidak dijemputNya lebih awal pada awal Julai kerana aku berada di Malaysia antara 6 – 11 Julai? Mengapa doa2 aku utk berada dgn org tua di saat akhir pemergiaan mereka tidak Allah makbulkan? Dimana silapnya aku, mengapa doa aku tidak termakbul, dll persoalan demi persoalan yang tidak terungkai oleh akal fikiran.

12 tengahari di Lapangan terbang CGD Paris, kapalterbang berlepas. Penerbangan selama 12 jam 40 minit aku rasakan bagai berganda2 lamanya. Mata tak lelap, kenangan-kenangan bersama arwah Bapak bersilih ganti datang berlari di kotak fikiran. Dari zaman kecil hinggalah kali terakhir tangan arwah aku kucup pada waktu Isya’ hari Ahad 11 Julai 2010, genap 2 minggu sebelum pemergian arwah.

Mungkin kenangan terawal yg mampu aku ingati adalah pada tahun 1973, aku belum pun berusia 3 tahun, Bapak pergi meninggalkan kami bersama Ibuk menunaikan haji di tanah suci. Aku ingat jelas, kami beramai-ramai menghantar jemaah di Lapangan Terbang Subang, dan menyambut beliau pulang pada Januari 1974. Mmg saya takkan lupa antara cendermata yang dibawa pulang adalah jaket sulam baldu berwarna pink (utk aku) dan kelabu utk abg (Shahril). Oh....ye, teringat juga baju sepasang baju tidur kegemaran aku yg aku pakai selalu sehingga lusuh.

Bapak agak serius dalam pendidikan agama. Masih terngiang2 betapa tegas suara arwah mengajar kami adik beradik mengaji setiap kali masa terluang antara slps waktu Subuh dan sblm ke sekolah pagi. Sebagai anak lelaki bongsu, tentunya aku dimanjakan oleh kedua org tua, pendekatan tegas Bapak semasa mengajar ngaji agak kurang tempiasnya kpd aku berbanding dgn ketegasan beliau kpd kakak dan abang2. Teringat juga kekalutan tingkah dan kecuakan riak wajah arwah bila mengetahui tangan kanan aku terseliuh semasa aku berusia 6 tahun lebih. Terkenang kembali kesabaran arwah memujuk utk terus bersekolah dan menulis dgn tgn kiri bila tangan kanan di simen gara2 terseliuh.

Pada satu ketika, sptmana kanak2 lain, aku juga lalai membuat homework, sehingga tiba masa utk ke sekolah aku jd takut dan mogok, tak mau ke sekolah, arwah dgn sabar mengambil buku latihan aku dan membuat kerja sekolah yang sepatutnya aku buat semasa hujung minggu....hmmm in a way he sometime spoil me....tapi mungkin niatnya hanya 1 – memastikan aku ke sekolah di sebalik apa pun alasannya. Mungkin tak de siapa dlm keluarga boleh lupa bagaimana arwah suka membeli gula2 kerana aku amat gemar makan gula2 hingga menyebabakan hampir kesemua gigi aku rosak dan di cabut satu persatu oleh dentist.

Bila aku mula meningkat remaja, arwah pernah memperingatkan ”Im, bila malam kat rumah tak de lelaki, Bapak kerja malam, Shah belajar kat Kelang, Muhsin dgn Nasir kat Singapore, kat rumah tinggal Ibuk, Ana dan Comel (adik perempuan bongsu), Im kenalah jadi the man in charged” Begitulah gaya arwah bila mempertanggungjawabkan sesuatu. Aku rasanya terlalu muda untuk memahami apatah lagi mengalas tanggungjwb tersebut. Tp berulang kali juga aku diperingatkan pesanan itu kepada aku.

Bila di sekolah menengah, aku mcm remaja lain, punyai masalah pelajaran tersendiri. Aku begitu beriya-iya utk berpindah kelas dr kelas sains ke kelas perdagangan disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pencapaian matapelajaran Ad-Math. Menjadi isu, sehingga guru besar ketika itu memanggil Ibuk saya ke sekolah untuk berbincang. Saya tak tau apa yang dibincangkan. Sy pulang ke rumah dgn penuh harapan yang saya akan dipindahkan ke kelas Perdagangan; saya mencedok nasi dr rice cooker dan mula makan, diperhatikan oleh Bapak. Lepas makan 1 pinggan Bapak bertanya ”Im, tak tambah nasik ke” Aku tersenyum menjawab ”mana boleh tak tambah....lapar ni”. Bapak terus menyambut ”ooo, nasik mesti nak tambah, belajar, matematik tak nak tambah....macamana Im ni” CASE CLOSED.....aku tak pernah bertanya lagi butiran perbincangan guru besar berhubung pertukaran kelas itu.

Meningkat dewasa aku belajar di USM, beberapa bulan sblm menamatkan pelajaran ada tawaran daripada pihak pensyarah utk aku melanjutkan pelajaran terus di peringkat Ijazah Sarjana dan Sarjana Kedoktoran di United Kingdom sebaik sahaja selasai ijazah sarjana muda kelak. Lama aku memikirkan utk menerima atau tidak....akhirnya aku berkesempatan bertanya Bapak, jwpnya mudah ”Im, Bapak ni dah tua, dah lama jugak tak kerja, nak jugak Bapak rasa duit gaji anak bongsu lelaki”. Mendengar kata2 ini, terus aku kuburkan hasrat menerima tawaran yang ditawarkan kepada aku.

Beberapa bulan kemudian aku mula mencari kerja. Aku dapat beberapa tawaran dari syarikat pengiklanan, selain TV3 dan juga NST. Aku akhirnya memutuskan untuk menerima tawaran NST, gaji ok, boleh dikatakan lumayan for a young graduate like me. Beberapa bulan bekerja, i dont get the satisfaction that i tot i wud get as a journalist. I decided to quit….but where to? Kebetulan permohonan sebagai pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) di buka oleh SPA.Saya tak tau pun apa PTD tu, tapi ada senior kata saya sesuai jd PTD….manalah saya tau apa2 ttg kerja kerajaan ni, the whole BIG family tak de sapa kerja gomen. Apapun sbb dah tak selesa ddk NST saya apply, tak sangka successful. Gaji yang ditawarkan termasuk elaun adalah RM1313, sedangkan gaji terakhir yang saya terima dr NST sudah mencecah RM3000….mcm sy katakan mmg lumayan for a 24 years old man.

Bila melihat tawaran gaji kerajaan yg JAUUUUH lebih kecil, saya termenung berfikir semula. Terpikir “hey, its time to ask my old man” kata hati saya, “see what he will say” dlm hati saya 100% yakin Bapak akan suruh saya terus berkerja di NST sbb pertama - beliau juga dulu berkerja di situ dan kedua - faktor gaji. Pulang dr NST, saya duduk berbual dgn Bapak bertanya, jawapan beliau mudah “Im, masuk je kerja Kerajaan tu” Saya terus bertanya “Kenapa pulak Pak”. Dia menjawab mudah “Sbb kita ni semua, tak de yg kerja Kerajaan, bagus jugak kalau Im kerja Kerajaan”. TERPERANJAT dengan jawapan Bapak, saya membidas, “Pak, gaji gomen ni kecik sangatlah……takut tak cukup”. “Berapa gaji Kerajaan bagi?” tanya Bapak. Saya menjelaskan dgn harapan beliau akan mintak saya terus di NST. Namun slps mendengar penjelasan pjg lebar sy, Bapak memberi pandangan “Baik Im ambik je kerja Kerajaan tu, gaji besar pun tak ke mana kalau tak tau managed duit, Im rasa gaji RM1300 tu kecik sbb Im dah pegang duit RM3000, cuba dari mula kerja gaji Im RM1300 mesti Im tak kisah sgt nak accept offer Kerajaan ni” Sy diam, membaca suratkhabar dan terus masuk ke bilik memikirkan kata2 Bapak. Akhirnya saya putuskan masuk kerja Kerajaan....slps kerja lebih 16 tahun, saya rasa saranan Bapak adalah TEPAT tiada cacat celanya.

Aku juga tak dapat lupa susah payah kedua org tua, dtg ke Jepun sebaik saja dapat tau aku dikurniakan anak pertama. Arwah Bapak dan Ibuk duduk selama 2 minggu di Tokyo dalam kesejukan musim dingin di sana, membantu isteri yg dlm pantang dan baby (Hadi) yang baru berusia 2 minggu. Teringat pada satu malam baby tak tidur dan menangis 1 malam. Puas aku dan isteri cuba tidurkan....tak berjaya, akhirnya baby tidur dlm pelukan Ibuk diiringi ngajian Quran Bapak.

Mei 2003, kira-kira 2 bulan sebelum pulang ke Malaysia dari Jepun, aku di maklumkan Bapak kena heart attack yg difahamkan aku teruk tapi aku relaks je.....disebalik pelbagai kisah diceritakan oleh Ibuk, kakak dan adik. Dlm hati aku tak dpt bygkan sbg seorg yg melindungi aku sepanjang hayat aku, kini sakit teruk dan perlukan tongkat, very weak, hmpr kena stroke, perlu perhatian, jln berpimpin, bla bla bla bla......Dlm hati berkata ”mana boleh jd macam tu, Bapak tu sihat, mana pernah sakit pun...isk isk tak cayalah, mungkin dorang ni exaggerate keadaan Bapak” Padangan aku terus sebegitu sehinggalah ketibaan aku di KL pada 4 Julai 2003. Pun begitu, dlm hati aku tetap menyakini yang keadaan Bapak akan sembuh segera, dan Bapak akan terus sihat macam dulu2 lagi. Still in a state of denial.

Kurang dari 2 bulan pulang dr Jepun, semasa bertugas di pejabat, aku menerima panggilan telefon dr isteri yg bersuara cemas ketakutan dan berkata ”Im, Im, cepat balik rumah, Bapak sakit, jatuh kat dapur lepas keluar bilik air...berdarah” Aku dengar dlm kebingungan tp tetap merasakan, nothing serious, Bapak MESTI sihat sbb dia Bapak aku yg tak pernah sakit setahu aku sblm ini. Apapun aku terus ke HUKM. Melihat keadaan Bapak yg terlalu lemah, akhirnya aku pasrah....mmg Bapak bukan lg sesihat dulu, kalau dulu Bapak sihat menjaga kami, kini giliran kami memelihara beliau.

After admitting that fact, aku lihat keadaan Bapak seolah2 beransur pulih sedikit demi sedikit. ALHAMDULILLAH. Sempat beliau beberapa kali ke Singapura, berumrah dan sebagainya. Kedudukan kesihatan Bapak sememangnya bertambah baik. Hari berganti bulan dan tahun, wp Bapak sesekali sakit namun tiada yg serius, biasa2 je. Melihat keadaan sebegitu, dan kebetulan ditawarkan berkhidmat di luar negara yang turut mendapat sokongan Bapak, aku menerima tawaran berkhidmat di Paris. Keadaan kesihatan Bapak sepanjang 4 tahun lepas boleh dikatakan ok. Sesekali sakit, but nothing really serious. Setiap tahun, i make a point to fly back to Malaysia......

Tahun 2008, tahun yg tak mungkin kami sekeluarga lupakan, bilamana kami dijemputNya menunaikan umrah bersama Ibuk, Bapak, kakak, abang dan anak saudara pada bulan Mei. Dapat aku rasakan keseronakan Bapak berumrah lebih2 lagi dgn 3 dari 6 org anaknya, dan 4 cucu yg bersama sepanjang di Madinah dan Makkah. Mmg tak lupa semangat dan kecekalan Bapak, wp sedikit uzur, Bapak tidak pernah ingin disorong dengan kerusi sorong. Sehingga hampir bertekak dengan budak Arab di Masjidil Haram yg memujuk Bapak menggunakan khidmat tersebut dengan percuma. Jawapan Bapak ringkas dengan nada yg tegas dan keras “La’, La’, La’ (tidak tidak tidak).

Beberapa bulan sekembali dari berumrah, aku memutusakan untuk menunaikan haji, dan kebetulan genap sebulan sebelum berlepas menunaikan haji aku sempat pulang ke Malaysia bersama keluarga pada 27 Syawal 1429, dan kebetulan juga tarikh itu genap usia aku 39 tahun mengikut kalender hijrah. Sepanjang 2 minggu di Malaysia, Bapak mmg nampak jelas gembira akan hasrat aku menunaikan haji. Sesekali Bapak bercerita pengalamannya menunaikan haji kira-kira 35 tahun lalu, walaupun ringkas, cerita yang disampaikan tetap menarik dan jauh berbeza dengan masa kini.

Kali terakhir aku bertemu Bapak pada 6 - 11 Julai, aku pulang sendirian dari Paris untuk menghadiri temuduga biasiswa PhD. Bapak kelihatan seperti biasa, cuma aku dapat rasakan dia memerhatikan setiap gerak geri aku ke mana saja aku pergi. Setiap malam, beliau akan menunggu sehingga aku pulang sebelum beliau tidur, agak pelik, tp aku tak bertanya dan beranggapan biasa2 saja. Temuduga berlangsung pada 7 Julai, aku pulang lewat dr Putrajaya, sebaik sahaja aku pulang, Bapak bertanya "macamana boleh dpt ke?" Aku balas, "InsyaAllah....Bapak kalau dapat, Bapak nak Im buat kat mana?" Beliau menjawap mudah "tak kisahlah mana2 pun bagus, kat Msia pun ok, UK pun ok" Saya dan Ibuk terus mengusik "Bapak kalau Im bljr UK, Bapak ikut ye...." Kami tertawa bersama.

Tiada yg tingkah yang terlalu janggal atau pelik yg dipamerkan sepanjang 6 hari aku di Kuala Lumpur. Hinggakan pada mlm terakhir (11 Julai) aku mengucup tangan dan memeluk arwah iaitu genap 2 minggu sebelum pemergian, tiada kejanggalan yang aku rasakan kpd Bapak cuma.......cuma sesampai sahaja aku di KL Sentral sementara menunggu KLIA Ekspres tetiba hati menjadi terlalu sebak dan sayu....ntah mengapa, aku tertanya2, "mengapa terlalu berat utk aku tinggalkan KL mlm itu...MENGAPA???" Masa 20 minit menunggu tren aku isi dgn membaca Quran, juz 28-29.....hati tetap tidak tenang, aku mengaji, tp hati terasa kosong...sekosong-kosongnya....tanpa aku tau puncanya. Menitik airmata tanpa aku tau sebab2nya. 30 minit dlm KLIA Ekspress juga aku terus merasa sunyi...berat sungguh meninggalkan Malaysia. Pelik, sbb anak2 isteri semua di Paris, mengapa aku punya rasa sekosong ini. Tiba di KLIA...terasa KLIA begitu sunyi lagi sepi...aku tak tau apa perlu dibuat, terus masuk kaunter berlepas dan menunggu flight pulang ke Paris.

Setiba di Paris sepanjang 2 minggu sebelum pemergian arwah, aku tetap berasa sunyi, wp dikelilingi rakan sepejabat, isteri dan empat anak2, aku tetap merasa sepi, namun kurang pasti punca perasaan itu. Kesepian yg mendorong aku utk tidur lewat malam, terjaga awal pagi...tp aku ketepikan perasaan itu. Rakan-rakan FB mungkin juga perasan, pada ketika itu ada bbrp lagu aku upload pd link, antaranya lagu Sheqal bertajuk "Kasih tak Terhurai" dan lagu Heart - "Alone", sesungguhnya aku merasa sepi yang amat sangat. Mlm sebelum (hari Sabtu mlm Ahad) pemergian arwah, aku melayari internet untuk menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan di Prague, bagi memenuhi musim cuti panas anak2. Namun aku pelik, wp mendapat tawaran tiket yg murah dan hotel yg baik, aku tidak mengesahkan tempahan...hati terasa berat entah mengapa. Keesokkan harinya, isteri bertanya "Im, Im dah book ke hotel dgn flight?" Saya jwp ringkas "belum" Isteri nyata hampa dan menggelengkan kepala bertanya "yang Im berjam tidur lmbt tgk internet tu buat apa, buang masa je" Aku tak menjawap, kerana sendiri tak mengerti sebabnya.......sehinggalah tepat jam 2.50 ptg (8.50 mlm waktu Malaysia) hari tersebut, bilamana mendapat perkhabaran pemergian arwah.

Sememangnya sungguh tak disangka, malam 11 Julai, semasa azan Isya' berkumandang adalah detik terakhir aku bersama Bapak yg membesarkan aku dgn penuh kasih sayang. Bagai direncana 2 minggu genap kemudiannya (25 Julai), Bapak pergi meninggalkan kami juga tika berkumandangnya azan Isya'.

Bapak, terima kasih atas segalanya, maaf jika Im tak pernah sempurna. Moga Bapak lebih aman dan tenang di sisiNya di sana....AL-FATIHAH.

14 comments:

  1. Salam Dari Makkah...

    Al fatihah....moga roh arwah di tempatkan bersama sama orang yang beriman dan soleh....ameeenn


    waslam

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum abg im : semoga roh bapak ditempatkan bersama orang yg beriman. Al-FAtihah untuk bapal...

    ReplyDelete
  3. AL FATIHAH

    semoga rohnya ditempatkan bersama para anbia, insyallah

    ReplyDelete
  4. Salam En Li, Afezz & CR, THANKS so much for ur sincere prayers. AMEEN

    ReplyDelete
  5. Abang Im,

    Sedih dan sayu baca tulisan abang Im.Menitis airmata saya...Beruntung arwah dpt anak seperti abang Im...
    Semoga roh Bapak ditempatkan bersama org yang soleh dan beriman..Al-fatihah...

    ReplyDelete
  6. Salam Cik imran...

    Al fatihah pada ayahanda cik imran...Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh lagi beriman.....

    "Dlm kesibukkan aku menelefon sana sini, dari ruang makan rumah menerusi pintu kaca aku terlihat kelibat Bapak lengkap berbaju putih berkain pelikat kotak2 biru sedang duduk kemas di sofa ruang tamu. Aku bergegas memanjangkan langkah dr ruang makan menuju ke ruang tamu….tapikelibat arwah tiada lagi kelihatan. Aku menoleh semula ke ruang makan yang dipisahkan dengan ruang tv, ternampak pula arwah sedang duduk di ruang makan. Hati terus berdetik dan terbit keyakinan yang Bapak sudah tiada lagi dan kelibat yang aku nampak adalah roh beliau yg dtg ke rumah sebagai tanda selamat tinggal buat kami semua. Bersandarkan keyakinan ini,"

    Allah Maha Mengetahui....lagi Maha berkuasa...
    Keyakinan padaNya adalah segala2nya...
    Kisah ayahanda cik imran kembali kerahmatullah juga ada disiarkan diakhbar....saya ada membacanya..terima kasih berkongsi pengalaman...ini tahniah kembali bersiaran...semula
    setiap pecaturan Allah itu adalah lebih baik dari kehendak kita.....sama2 kita renung dengan matahati kita...diam lebih baik..namun kadang2 perlu dikongsi bersama kawan2 yang baik untuk sama2 belajar dari hikmahnya...bukan disalah sangka.

    Walau dimana kita berada...titipkan selalu doa2 pada yang hidup maupun yang telah tiada...insyallah akan sampai jua..pada mereka dari kita...mudah-mudahan ada juga orang lain melakukan pekara yang sama dan kita mendapat bahagian khas untuk diri kita pula.

    Cik imran maaf kalau terpanjang menulis disini.
    Perkongsian cerita ini amat baik untuk diri saya dan hilmi. Bayangkan anak lelaki remaja 17 tahun berhadapan dengan pemergian bapa yg dikasihi ...apakah gelojak perasaannya pada waktu itu. Itulah pengalaman hidup suami saya ..yg tak mampu nak ditulis macam n3 ni...
    sekali lagi terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam Rina, terima kasih atas doa Rina buat arwah. Moga kita semua menjadi anak kebanggaan org tua, umat yg di sayangi Rasul dan hamba yg kasihiNya setiap masa.

    Thanks for visiting my humble blog :-)

    ReplyDelete
  8. Shami2 dan my brother Helmi....ketentuan Allah maha hebat, wp seberat mana mata memikul bahu mengalas, saya tmbh yakin segalanya ada hikmahnya, semuanya itu adalah yg terbaik buat kita semua.

    Terima kasih kerana sudi membaca n3 ini, tiada yg saya harap drp catatan ini melainkan perkongsian pengalaman seorang anak di perantauan yg kehilangan Bapak.

    Moga roh arwah2 saudara kita yg beragama Islam dicucuri rahmat. Slm buat Abg Helmi saya tu....harap dpt berbual lg dgn beliau.

    ReplyDelete
  9. Baca untuk kali ke 3...Really touching...Abang Im,saya suka baca blog abang Im ..Terus menulis ya..

    ReplyDelete
  10. salam


    tq atas perkongsian ini,,satu hari samada saya dulu atau abah saya akan meninggalkan kami semua...moga saat itu kami redha,tabah ,dan pasrah atas kehilangan itu,,,sesungguhnya apa yg kita ada didunia ini adalah pinjaman,,,kasih yang sementara ini lah yg perlu kita manfaat dan nikmati sebaik mungkin,,,insyaallah,,

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum warohmatullah hiwabarokatuh wahai Tuan Haji Im dan isteri tercinta Mai serta anak-anak terkaseh yang jauh di perantauan....semoga tabah menghadapi ujian kerinduan pada yang telah tiada...bersabar lah selalu dan mengajilah selalu dan mengadu padanya selalu...amin...
    sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, BHS sedekahkan bacaan Al-Fatihah serta Yassin buat arwah Bapak kesayangan yang tiada galang gantinya...jangan bimbang, bahagia menantinya di sana...amin amin amin Ya Rabbal'Allamin...

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan Haji. Lama saya tidak menjengah blog Tuan. Tiba2 terbaca kisah sedih ini. Semoga terus tabah. Saya kehilangan kedua2 orangtua pada usia muda. Selang 6 bulan saja pulak tu. Amat mengesankan. Apapun itu yg terbaik buat mereka. Mudah2an mereka diberi kedudukan yang tinggi di sana. Insyaallah.

    ReplyDelete
  13. Salam Im,,,


    sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...
    aku begitu terasa sekali...sbb aku sempat mengenali Bapak sebelum itu...
    apa aku perasan, dia sentiasa tersenyum dan memandang dr kerusi panjang di dpn tv tu...
    aku masih ingat lg senyuman dia...
    pandangan itu meninggal kesan di hati aku..
    Semoga Allah menempatkan Bapak dikalangan orang2 yg solih dan dicintaiNya...wallualam

    ReplyDelete
  14. Alfatihah buat almarhum ayahanda penulis..kisah lbh kurang sama.Bila tiba dr jauh abah dah terbujur kaku..dlm kepenatan aku tertidur di sisi beliau & bermimpi arwah myampaikan pesanan & tiba2 terjaga..Terus shj berwudhu' dan mlaksanakan pesanan arwah..Malam esoknya kelibat arwah berbaju melayu di tengah2 tahlil arwah slama lbh kurang 3-4 saat & disaksikan sendiri oleh ipar..Rahsia Allah sgt agung ttg ruh

    ReplyDelete