Followers

Tuesday, June 1, 2010

Umrah 1431 : Ku Raikan Limpahan Kurnia Cinta Mu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Ya.........tepat sekali ungkapan ini....dan perjalanan umrah kami sekeluarga kali ini begitu jelas limpahan rezeki dan kurniaan kasih sayangNya yang kami raikan sepanjang hampir 3 minggu di Makkah dan Madinah.

Bermula dgn tarikh ketibaan di Makkah iaitu 27 April, bagai direncana, tarikh tersebut genap usia Iman 5 bulan. Kalau ikutkan perancangan awal tarikh perlepasan hanyalah pd 29 April, bgmp atas hasrat kami utk duduk lebih lama di Makkah, sy memohon agar di berikan tarikh yg lebih awal. "Sir, we have seats available to accomodate all 6 of you on the 27th April, if you wish to go there earlier" kata Jamilah petugas Saudi Airline Reservation Office di Paris. Saya tidak sedar langsung tentang signifikan tarikh tersebut mulanya dan terus bertanya "mmmm.....what about the pricing? I hope its the same or if possible.....cheaper" sambil tersenyum ke arah Jamilah. Beliau membalas "I guess it will be a little bit expansive, but let me check first" Slps bbrp minit beliau berkata "Am surprised myself, the price is exactly the same, you are very lucky, so do you want to confirm the reservation?" Mendengar jwpn beliau yg menawarkan harga yg sama, terus saya sahkan tempahan yg di buat, namun sy masih tak perasan signifikan tarikh berkenaan kpd kami.

Selesai urusan di kaunter, saya segera bergegas pulang ke pejabat, dlm perjalanan sempat saya menghubungi isteri dan menceritakan tarikh penerbangan yg dpt di awalkan 2 hari kpd 27 April. Terus isteri membalas "eh....Im perasan tak, date tu nanti Iman genap 5 bulan".....saya terdiam, mmg tak perasan langsung...pelik pun ada gak sbb tarikh yang sama 27 Nov 2008 adalah tarikh saya berlepas utk menunaikan haji, manakala 27 Nov 2009 kebetulan hari raya haji lalu, baby Iman dilahirkan....alhamdulillah atas ketentuanNya.

Mlm yg sama, sy hubungi CL PDKM dan menceritakan yg kami akan tiba di Makkah pd 27 April slps Maghrib dan Iman genap 5 bulan. Serta merta CL berkata "Subhanallah Dato'.....bagusnya, boleh bawak baby tawaf sempena dia 5 bulan". Berkaca mata saya mendengar ungkapan CL yg tak pun sy fikirkan sblm ini......terharu melihat kebesaran dan kurniaan Allah pd kami sekeluarga....alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Mmg jd nyata, mlm 27 April ketibaan kami di sambut meriah oleh CL di Safwah Hotel dan Iman Muhammad Rayn yang genap 5 bulan kami bawa masuk ke Masjidil Haram buat kali pertama dan terus bertawaf bersaei. "Nikmat Tuhan mana yg ingin kamu dustakan" Kenikmatan yg tak terduga dek akal.....ALLAHUAKBAR!!!


2 mlm seterusnya (Khamis 29 April) dlm pada saya, CL, Hj Arshad dan BoxHouse leka bersembang slps solat Isya', sy dijemput turut serta utk bersama Sdra Lutfi yg mengadakan majlis makan mlm sempena tarikh kelahiran isteri tercinta beliau Najwa........ramai kenalan baru yg di temui termasuklah Sdr Lutfi sendiri yg sblm ini hanya saya kenali melalui blog Na5wa. Teruja dgn kegigihan beliau sbg seorg suami yg bersungguh2 meraikan hari kelahiran isteri dgn sambutan yg cukup meriah lg bermakna bg saya sendiri. Lengkap dgn kejutan persembahan multimedia tribute buat isteri tercinta, kek aiskrim (CL suka betul kek tu tau), pelbagai jamuan, kuih muih, dan tak lupa sejambak bunga buat isteri tercinta. Teringat kata2 beliau yg lebih kurang berbunyi "tak de apa nak bg sbg hadiah melainkan 2 anak zuriat sbg tanda sayang"...."romantik giler budak ni"...kata sy dlm hati. Sy juga tak lupa bila Najwa di minta membuat sedikit ucapan....dlm kekeluan dan genangan airmata, beliau berkata "terima kasih......saya cuma harap org tua saya ada bersama2 di sini skrg ni".....begitu mendalam kata2 ringkas ni, goyah juga jiwa saya bila mendengar kata2 beliau.....hanya Lutfi dan Najwa shj yg benar2 mengerti kata2 tersebut, namun sy dlm hati ingin sekali luahkan pd Lutfi dan Najwa "percayalah Allah akan kurniakan segala yg terbaik di langit dan di bumi buat kalian sekeluarga"

Berada di kalangan sahabat taulan dan pasangan muda (Lutfi dan Najwa) yg mungkin baru 3,4 tahun berkahwin sy terkesima, berkata lg dlm hati "eh....bagus betul Lutfi sbg seorang suami, wp baru dlm dunia rumahtangga tp sungguh2 raikan dan hiburkan hati isteri di hari Harijadi, utk wife aku sendiri pun aku tak pernah buat mcm ni". Sy kutip byk ilmu dr kegigihan Lutfi yg layak bergelar adik kpd sy wp beliau muda namun kelihatan matang melayari bahtera rumahtangga.

1 hari berikutnya (16 Jamadilawal) kebetulan jatuh tarikh pernikahan sy dgn isteri mengikut tahun Hijrah. Mmg sejak di Paris lg telah sy khabarkan pd CL, dan bertanya kalau boleh saya nak beli kek pd hari berkenaan. Namun bila tiba hari berkenaan....CL kelihatan sibuk, sy cuba hubungi beliau, bagai susah nak di hubungi. Lewat ptg, sy hampir putus harap tp dlm hati berkata "alah tak pe kot, si Mai (wife) ni pun bukan sedar yg hari ni hari anniversary" So sy buat2 tak tau jelah....kalau jumpa CL bolehlah bincang, kalau tak, tak pe....no problem sgt. Tetiba jam 5.45 ptg telefon berdering. CL di hujung talian. Hati sy melonjak nak bertanya hal kek...namun sy pendamkan sbb isteri ada di bilik bersama. Kami sembang biasa2 je, saya dlm hati berkata "alamak CL ni pun tak tanya apa2...mcmana aku nak ckp ni...nanti wife tau pulak". Cuma sblm meletak gagang telefon CL bertanya "Dato', keluar sembahyang (Maghrib) pukul brp?" Saya membalas "errr...dlm stengah jam lg", CL membalas ringkas...."eh....awal tu, lewat sikit pun tak pe". Wp sedikit pelik dgn saranan beliau, saya sekeluarga terus bersiap utk keluar bersolat di MH.

Beberapa minit ketika terdengar "KRRRRIIIIINGGGGGGGGGGG", bunyi loceng pintu bilik. Isteri terus bertanya, "sapa pulak tu, Im, Im tgk ye, Yaya masuk bilik air pakai tudung". Hadi, Amirah dan Nadia berlari ke muka pintu dan terus membuka daun pintu "Haaaaa......."semua tercengang melihat segerombolan petugas Safwah yg semuanya ala2 pelakon Bollywood yg diketuai oleh CL di depan pintu bilik. Hadi dan Amirah terus bertanya kehairanan "Eh....kek ni sapa punya?" CL tersenyum mesra, sy tak tau nak kata apa....isteri lagilah terperanjat besar sbb dia tak sedar langsung tarikh tersebut adalah hari ulangtahun pernikahan kami ye ke 11. What a sweet and pleasant suprise. TQVM CL. Slps bbrp ketika bergambar, kami sekeluarga terus ke MH, di dlm MH sementara menunggu Maghrib, sy syukuri limpahan nikmat Allah atas kehadiran ibubapa, mertua, isteri dan 4 cahaya mata penyeri hidup saya selama ini. Tentunya tak lupa kurniaan Allah kpd sy sahabat seluhur CL yg bersungguh2 memenuhi hasrat seorg sahabat yg baru je dikenali bbrp hari di hari ulangtahun pernikahan sy....alhamdulillah.

Bbrp hari kemudiannya, saya dan Hadi bersolat Zohor di MH, ister dan anak2 yg lain hanya menunggu di bilik. Sblm keluar ke MH, Amirah dan Nadia meminta "Bapak, could we have KFC or AlBaik (ayam goreng) for lunch?" Sy mengangguk, dan berkata "Ok, nanti lepas solat, Bapak ngaji sekejap, lepas tu baru Bapak belikan ye....lambat sikit tau dlm 1.45 ptg...ok tak?" Kedua2 anak perempuan angguk bersetuju. Slps solat sy mengaji di dlm MH, kira 30 minit kemudian, dpt sms dr isteri berbunyi "Im, tak payah beli lunch, kalau nak beli pun beli sikit je sbb CL tadi htr Al-Baik katanya utk budak2" Slps selesai hampir 1 jam di MH, sy dan Hadi pulang ke bilik hotel, sempat juga beli nasi Broast di Hilton. Tiba di bilik, Hadi nmpk Amirah dan Nadia tgh makan ayam Al-Baik, dia pun join sekali...byk jugaklah sbb sampai ke mlm pun masih ada lg ayam tu. Sementara budak2 sibuk makan, saya segera hubungi CL utk ucapkan terima kasih atas hidangan yg di hantar. CL menjawap "oklah tu Dato', harap budak2 tu suka, saya belikan je, sebenarnya Taj yg pesan mintak saya belanja anak2 Dato'....." sekali lagi sy tak terkata apa. Pelik ye, limpahan kasih sayang Allah pd kami sekeluarga. Serta merta terbayang di riak mata gelagat Taj yg baru 2 kali saya temui di Malaysia pada bulan Feb/Mac....gelagat Taj terlompat-lompat teruja melihat kambing bakar Kak Shami di rumah Hanis, kemesraan beliau bila bertemu keluarga sy di Awan Besar.........terkenangkan juga 2,3 utus emel yg beliau utuskan kpd sy sblm sy berangkat pergi ke tanah suci....tak sangka, ramai betul sahabat yg sentiasa ingat pd kami di mana juga kami berada. ALHAMDULILLAH.

Hari terakhir di Makkah pd Umrah 1431.....sy mendpt mesej serta panggilan telefon drp boss lama Dato' Dr Malek Shah yg kini bertugas di IDB Jeddah. Pada masa yg sama terima juga panggilan dr Dr Razley yg bertugas di OIC Secretariat Jeddah yg pernah saya temui pada tahun 2008 semasa beliau berseminar di Paris. Kedua2 pegawai atasan ini, berhasrat menemui saya di Makkah. Berulang kali saya nyatakan "tak payahlah Dato' susah2 dtg ke Makkah jumpa saya, dah dpt cakap kat telefon pun dah ok sgt ni". Beliau membalas "no Imran, i will make sure I will come to se u and your family 2nite". Begitu juga dgn Dr Razley yg menjawap "eh....u dtg jauh2 dr Paris, mestilah sy dtg jumpa u, mesti nak jumpa jugak".

Kebetulan mlm tersebut seorg lg sahabat blogger - Hj Arshad menjemput kami sekeluarga ke Hotel Manazil utk makan-makan. Slps Isya' saya terima panggilan dr Dato' Dr Malek yg menyatakan beliau telah berada di lobi hotel Safwah. Sewaktu itu sy masih di MH....bergegas sy ke lobi dan bertemu beliau dan juga Tuan Syed (sahabat Dato' Malek) yang turut sy kenali sejak 2 tahun lalu semasa mengerjakan umrah 2008. Kami sekeluarga bersembang, bergambar dan bercerita tentang pelbagai perkara. Slps bbrp ketika, telefon bimbit berbunyi "Imran, u kat mana ni, saya (Dr Razley) dah lama tunggu u kat Hotel Manazil" kata Dr Razley. Saya sekeluarga dan Dato' Malek serta Tuan Syed segera berjalan kaki ke Hotel Manazil dan bertemu Dr Razley dan semua tetamu lain yg turut di jemput oleh Hj Arshad. Berbual hanya dlm 10 -15 minit sahaja dgn Dr Razley, beliau meminta diri, memandangkan beliau ingin segera pulang ke Jeddah slps menunaikan umrah dan bertemu kami sekeluarga di Makkah. Begitu juga dgn Dato' Dr. Malek, wp berulang kali Hj Arshad menjemput beliau makan malam bersama, beliau menolak dgn baik utk segera membuat bersolat dan bertawaf sunat di MH. Saya sangat teruja dgn sikap rendah diri kedua2 pegawai atasan ini....wp hebat, berpangkat tinggi, berkedudukan sbg pegawai kanan IDB dan OIC, tp kedua2nya cukup merendah diri, tak sombong, sanggup meluangkan masa dan usaha utk dtg jauh2 mlm2 hari semata2 mengukuhkan ukhwah yg terjalin sblm ini . Kerendahan hati dan budi bahasa Dato' Dr Malek dan Dr Razley buat saya lebih bersyukur kpdNya atas limpahan kasih sayangNya kpd kami sekeluarga dgn mengurniakan kenalan seumpama mereka....alhamdulillah.


Slps Dr Razley berangkat pulang ke Jeddah di ikuti dgn kepulangan Dato' Dr Malek dan Tuan Syed, kami di Hotel Manazil di jamu oleh Hj Arshad dengan pelbagai juadah....sedap semuanya, terutamanya tomyam dan sambal belacan...mmg kick abis. Tetamu lain spt Ustaza Dusuki, Karim, Ustaz Meor, Azam (yg sebenarnya turut berhasrat menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau), CL, sememangnya telah lama selesai menjamu selera...hanya menunggu kami sekeluarga untuk meneruskan program usrah yg disampaikan sendiri oleh Ustaz Dusuki. Mmg menarik usrah yg disampaikan, tambahan peluang yang diberikan utk kami semua berdialog dgn Ustaz.
Usrah berakhir kira2 jam 11.00 mlm, dgn ehsan Ustaz Meor yg baik hati, kami sekeluarga dan CL di htr pulang ke Safwah dgn menaiki kereta beliau. Wp berkali2 kami menolak memandangkan beliau sendiri membawa anak perempuan yg masih kecil, tambahan pula jarak berjalan kaki hanya kira2 bbrp ratus meter shj, Meor tetap beriya-iya ingin menghantar kami pulang, beliau berkata "tak pe En Imran, kesian tengok anak2 En Imran nak jln kaki mlm2 mcm ni...marilah sy htrkan, lgpun bukannya jauh mana pun". Wp tidak pernah mengharap, namun sy tetap berterima kasih dan bersyukur krn sentiasa ada yg ingat dan prihatin dgn keselesaan kami sekeluarga....alhamdulillah. Lebih dari itu, perjalanan menaiki kereta beliau, turut mengamit memori haji 1429 bilamana kereta yg di naiki melintasi laluan ke Hotel Al-Mutlaq berhampiran Elaf Sud, iaitu Maktab yg saya inapi selama hampir sebulan sewaktu menunaikan haji kurang 2 tahun lalu.

Keesokkan paginya, 11 Mei - selepas isteri dan anak2 selesai bersarapan, tepat jam 10 pagi saya membawa semua ke Masjidil Haram untuk melaksanakan tawaf wada'.....kebetulan juga tarikh 11 Mei adalah hari ulangtahun kelahiran anak kedua - Amirah Batrisyia. Jika tawaf umrah di hari ketibaan kami di Makkah pada 27 April lalu jatuh genapnya umur baby Iman 5 bulan, ulangtahun Amirah yang ke 8 pula dilatari kesayuan tawaf wada' di Baitullah.

Hari yang sama kami sekeluarga berlepas ke Madinah dgn menaiki pesawat pada jam 3.45 ptg. Dlm penerbangan, Hadi bersuara "Bapak, this is not fair, Amirah celebrates her 8th birthday in 3 different cities, Makkah, Jeddah and Madinah. These are holy land of Allah. Could I also celebrate my birthday in Makkah and Madinah next year?" Berulang kali Hadi bertanya, saya cuma senyum dan mengusap2 kepala Hadi yg di alasi kopiah putih. Dlm hati saya terus2an mensyukuri kurniaan2 yg diberikanNya kpd sy.......org tua di Kuala Lumpur dan Singapura yg sentiasa berganda kasih syg mereka, anak2 yg tak pernah padam kecintaannya, isteri yg sentiasa mendokongi perjalanan hidup, serta sahabat2 lama dan baru yg tidak pernah luntur keluhuran membina ukhwah fillah mereka kepada saya sekeluarga. Umrah kali ini, mencatat seribu kenangan, di warnai rentetan keraian, membuktikan kesungguhan kasih sayang Allah kepada hambanya yg tidak pernah sempurna, namun tak pernah di susutkan walau sekelumit pun kerahmatanNya kpd saya. "Ya Rab, biarkanlah aku terus raikan limpahan kurniaan cinta Mu selama-lamanya"

Tuesday, May 18, 2010

Umrah 1431 : Sahabat Kurniaan Allah

Dari hari ketibaan lagi, saya dan En Li dah bersembang hal Dik Syima, BoxHouseStudio yg berada di Makkah, begitu juga dengan Ibu kpd Abg Sulong.

Pada 28 April (Rabu) jam 11 pagi, kami sekeluarga yang berhasrat utk membuat tawaf sunat turun ke lobi hotel sblm meneruskan perjalanan ke Masjidil Haram. Terjumpa En Li dan bersembang seketika, beliau berkata "Dato', saya bz sikit skrg ni, tp tak silap saya BoxHouse dan Hj Arshad (seorang lg bloggers) ada di Felda d'Saji, kalau Dato' nak jumpa, cuba gi sana." Kami sekeluarga terus ke Felda...meninjau dan terus meninjau kelibat Hj Arshad dan BoxHouse yg tak pernah bersua muka. Sampai di hujung food court, saya lihat 2 insan sdg berbual rancak....saya yakin, merekalah yg dicari. Saya terus menegur "Ni, Hj Arshad, BoxHouse ke?" Kedua2 mereka nmpk terpingga2 seketika dan diiringi dgn suara ceria Hj Arshad "Haaa....ni Dato'Imran kan?" Kami terus bersembang dan bersembang....persahabatan terus mendalam. Sempat bergambar, dlm sibuk bergambar tup tup muncul pulak En Li....OK je....terus lagi kami bergambar. Jam 11.45, saya terus memohon diri dan berkejar bersama keluarga membuat tawaf sunat dan terus bersolat Zohor di MH.
Bermula dari situ, seorang demi seorang sahabat-sahabat di Tanah Suci dikurniakanNya kepada saya. Bermula dgn En Li, Hj Arshad, Kak Tun BHS, Azam Nokia, Lutfi Na5wa, Meor, Aidil Fadhil, Sanusi (Yaman), pelajar-pelajar Ummu Qura dan ramai lagi.

Buat En Li....gosh i think i cud easily write a thick thesis about him. Bbrp mlm yg kami lalui bersama hingga ke awal pagi jelas membuktikan keluhuran budi pekerti beliau. Seorg yg begitu penyayang...tak hairanlah kita dpt saksikan limpahan kasih sayang Allah kpd beliau sepanjang beliau di sana. Di senangi ramai, baik sahabat mahupun pekerja hotel. Teruja saya mendengar kisah2 yg disampaikan kepada saya, baik dr pelan perancangan masa depan beliau yg cukup HEBAT, ditambah dgn kisah2 kehidupan bermasyarakat di Makkah, perihal ibadat, sirah nabi2, kasih seorang anak kpd arwah ibunya, kisah cinta luka, ragam dunia bolggers dan pelbagai lain.....semuanya insyaAllah saya ambil jadikan sempadan dan teladan hidup. Oh ye....mana mungkin saya lupa kasih sayang yg beliau curahkan buat anak2 saya, tidak cukup dgn belaian, disertai dgn buah tangan dan masakan air tangan beliau pada setiap hari minggu. Pastinya yg paling beliau rindu adalah kpd IMAN, anak kecil kami yg berusia genap 5 bulan semasa hari ketibaan kami.

Hadi, Amirah dan Nadia semua terhibur dgn Uncle Li mereka....hampir setiap hari semasa di Makkah anak2 saya berkata "Bapak kita nak duduk kat bilik Uncle Li, nak main2 dgn Uncle Li, we like him so much, bcos he is so nice to us" Tiap kali juga saya akan menghalangnya, bukan apa, cuma faham dgn tuntutan tugasan beliau sepanjang masa.

Begitu juga dgn Hj Arshad dan Kak Syarifah sekeluarga yang cukup gigih membina tapak utk mengabdikan diri membuka perniagaan membantu tetamu2 Allah. Kegigihan beliau saya kagumi....budi baik yang dihulurkan tak mungkin kami lupakan. Masih terasa-rasa keenakkan chicken/lamb mandy yang kita nikmati bersama keluarga dan juga Ustaz Dasuki. Majlis usrah yang diusahakan di Hotel Manazil, mmg tidak kami jangkakan....tambahan pulak dgn Tomyam yg dah lama tak kami nikmati.

Tak lengkap rasanya kalau tak berbicara tentang Kak Tun BHS....mmmm, mcm tak sangka kami bertemu di sana, tak di rancang jauh dr di rencana. Peliknya kami bertemu berkali2 secara tidak sengaja dlm masa 2,3 hari. Bermula dgn pertemuan di food court Felda d'Saji, diikuti dengan sekali lagi pertemuan di tempat yg sama, diikuti lagi dengan pertemuan yang sama utk kali ke3 yg dilanjutkan dgn jamuan sempena hari kelahiran Na5wa Abdul Rahman oleh Lutfi pada mlm Jumaat 29 April 2010. Saya sedari, beliau sekeluarga akan berlepas ke Madinah keesokkan harinya slps solat Jumaat. Bangun awal pagi Jumaat saya turun ke Felda d'Saji mencari BoxHouse....tak jumpa, saya turun sekali lagi sblm Jumaat mencari beliau...sekali lagi tak jumpa. Terasa sedikit hamba....dlm hati berkata "Ya Allah, aku terlalu ingin bertemu Kak Tun atau keluarganya, sekurang2nya berilah aku peluang menghulurkan sedikit tanda mata kecil yg aku bawa jauh dr Paris buat kawan2 yg aku temui di sini". Aku keluar bersolat Jumaat, slps solat aku menganji dlm 30 minit. Hati meronta utk segera ke Abeer Garden mencari Kak Tun, takut2 ketinggalan tak sempat bertemu. Tp hati turut berkata "Im, habiskan dulu surah yg sedang di baca...if u hav time for Allah, Allah will definately give all the time u need" Selesai mengaji, saya terus keluar mencari Abeer Garden Hotel (hotel kediaman Kak Tun sekeluarga)...cari dan terus mencari dlm kesesakan jutaan jemaah yg sama2 turut pulang slps solat Jumaat....hampir tewas, terus mencari. ALHAMDULILLAH bertemu hotelnya.

Di lobi hotel saya melihat longgokkan beg...dlm hati berkata "YES....mesti Kak Tun blm ke Madinah...tentunya masih di Makkah" Terus saya mencari no bilik beliau dr senarai yg terletak di dinding lobi....meneliti dan terus mencari nama beliau...sekali lagi HAMPA. Sy hampir putus harap. Pd masa yg sama terdengar suara anak remaja lelaki yg pernah didengar sblm ini, aku segera menoleh ke belakang.....SUBHANALLAH...anak Kak Tun, kedua-dua org tua Kak Tun pun rupanya ada di lobi. Saya segera menyerahkan tanda mata yg ingin disampaikan sambil bertanya "Mana Kak Tun?" Ringkas jawap anak beliau yang ibu masih di MH....segera saya mengundur diri...bukan apa, segan airmata mula bergenang di kelopak mata kerana sebak akhirnya hasrat bertemu keluarga dan menyampaikan tanda mata kpd Kak Tun sblm beliau berlepas ke Madinah di makbulkanNya.....alhamdulillah.

Tentu juga tak mungkin kami lupa cenderamata2 yg dititipkan buat kami oleh Kak Tun melalui Haji Kamarul sebaik sahaja kami tiba di Madinah....Kak Tun...TQVM, moga Kak Tun sekeluarga diberkati dan dirahmati selalu.

Mungkin penuh ruangan di sini utk saya kisahkan tentang sahabat2 baru yg kami kenali sepanjang 2 minggu berada di Tanah Suci, apa yg pasti saya yakin, persahabatan ini akan kekal berpanjangan di dalam keberkatanNya setiap masa, insyaAllah dr sini hinggalah ke akhirat. Buat En Li, Hj Arshad, Kak Tun, Meor, Azam, Lutfi, Shair, Sanusi, Ust Dasuki dan semuanya, terima kasih yg tak terhingga atas jalinan ukhwah yang sudi dibina bersama; moga kita kekal dlm keredhaanNya. Malam2 dingin di Paris membuat saya cemburu dan sering terkenang-kenangkan keagungan bumi barakah yang diiringi kehangatan hubungan insaniah antara kami sekeluarga dengan sahabat-sahabat kurniaah Allah di Kota Makkah al Mukarramah.

Monday, May 17, 2010

Umrah 1431 : Dari Kota Eiffel ke Bumi Baitullah


Selasa 27 April, kira-kira 3 minggu lalu, kami sekeluarga di Paris bangun awal pagi utk bersiap berlepas ke Jeddah. Jam 6.30 pagi deringan telefon memecah keheningan waktu Syuruk di Paris. Spt yg dijangka, panggilan dr Ibu di Kuala Lumpur, bertanyakan khabar dan mengucapkan selamat utk perjalanan anak, menantu dan cucu-cucu di Paris.

Jam 8.00, terima sms drp suami kpd PA Pejabat yang mengucapkan selamat atas segalanya.

Jam 9.15 pagi kereta yg di sewa menanti di bawah apartmen dan membawa kami terus ke Charles de Gaulle Airport Paris. Jam 9.50 pagi tiba di airport dan terus check-in di kaunter Saudi Air, alhamdulillah begitu mudah, kurang dr 5 minit segalanya selesai.....sayatersenyum teringatkan perjalanan haji yg aku mulakan dgn hanya 2 minit di kaunter check-in....subhanallah.

Kami terus masuk ke boarding gate dan menyelesaikan urusan imigresen, alhamdulillah, lancar segalanya. Jam 10.15 pagi, terima panggilan dr En Li PDKM yang dr riak suaranya dpt saya rasakan begitu teruja dan tak sabar menanti ketibaan kami sekeluarga ke Tanah Suci Makkah.

Kami menaiki pesawat jam 12 tengahari, penerbangan tertunda kira2 20 minit. Jam 12.55 kami berlepas, dlm hati tak putus2 berharap agar segalanya di permudahkanNya jua.

Sejam selepas berlepas, kami dihidangkan dgn pelbagai makan tengahari yg menyelerakan...siap ada kids meal buat Hadi, Amirah dan Nadia, serta babies food buat Iman. Diiringi juga dgn buah tangan dr Saudi Air buat kesemua anak2....mmg best layanan Saudi Air...everytime, alhamdulillah.

Lepas lunch semua lena tertidur, saya terus berjaga-jaga utk memastikan masa berihram dan tidak terlepas niat di miqat. Jam 3.30 pm (waktu Paris) saya terus membangunkan Hadi yg sedang tidur dan menyiapkan Hadi berihram, di ikuti dgn saya sendiri dan anak2 yg lain termasuklah si kecil - Iman.
Kira-kira jam 5.40 waktu Paris (6.40 waktu Makkah), kami diingatkan berniat ihram (umrah) oleh pramugara bertugas. Tepat jam 7.10 mlm tibalah kami di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Semua urusan imigresen dan kastam selesai dlm masa kurang 1 jam....alhamdulillah, kami keluar ke arrival hall dan slps bbrp ketika kami di sapa oleh pemandu bertugas yang membawa kami terus ke Kota Makkah.

Jam 10.00 mlm kami tiba di Al-Safwah Royale Orchid Hotel....ketibaan kami disambut oleh tak lain tak bukan si celebriti empunya blog PDKM....wah bukan main bergaya lagi orgnya. Itulah kali pertama kami bertemu slps berkenalan dlm 1 tahun secara maya. Kami di bawa terus ke aras hotel yang menempatkan bilik kami. Dlm ralit bersembang di dalam lif, kami tak perasan pun aras mana bilik yg disediakan oleh boss PDKM, cuma bila tiba di lobi aras berkenaan saya terperasan "TWENTIETH FLOOR", terpacul dr mulut saya kpd isteri dan kpd En Li "eh...Mai, bilik kita kat tingkat 20 rupanya.....En Li, En Li, kalau nak tau, no 20 ni mcm mengikut kami mana je kami pergi, dulu rumah kat Msia no 20, tiba Paris pun dpt rumah no 20, ni kat Safwah pulak dpt bilik tingkat 20....mcm kebetulan je". Isteri saya diam tersenyum, manakala En Li membalas "Dato' (panggilan En Li buat saya yg tak pun saya approved sebenarnya...hehehe), ok tak kalau saya bagi Dato' bilik no 2020?" Saya tercengang seketika, dlm hati berkata..."pelik ye, mcmana tergerak hati En Li ni nak bg bilik no mcm tu kat kami???"



Tiba di bilik....SUBHANALLAH....cantiknya, semuanya disusun indah bagai kamar peraduan raja sehari.....saya tabik spring kat En Li.....mmg teliti dan hebat perancangan dan sambutan beliau utk kami sekeluarga. Lepas berbual dan berfoto dlm 5 - 10 minit, beliau meminta diri. Kami terus bersiap, membersihkan diri, berwuduk, bersolat dan berfoto2 lg sblm keluar meninggalkan bilik utk ke Haram jam 10.40 mlm utk berumrah.


Tiba di Masjidil Haram, kami terus melunaskan tawaf umrah diikuti dgn solat sunat tawaf 2 rakaat, meneguk air zam zam, bersaei dan akhirnya bertahalul pada jam 12.15 tengahmlm. Sedikit pelik, bilamana, Baby Iman begitu tertib sepanjang kami bertawaf, langsung tidak meragam. Bgmp bila tiba di pusingan ke tujuh, slps melepasi Rukun Yamani, tetiba Iman bersuara menangis terisak-isak bernadu sayu......saya tertanya2....kenapa ye? Begitu juga semasa bersaei....Iman tertidur dipusingan ke 3....nyenyak tidurnya, sehinggalah kami tamat pusingan ke 7, sblm bertahalul, Iman sedar dari tidur dan terus aktif sehingga kami pulang ke bilik 2020.
Selepas selesai semuanya kami berpatah pulang ke hotel berehat seketika. Sementara anak2 dan isteri membersihkan diri untuk tidur, saya keluar mencari makan malam. Jam 1.30 pagi, semua selesai makan dan tidur. Slps membersihkan diri, saya cuba melelapkan mata....mmg tak dpt, ke kiri ke kanan saya mengalihkan badan utk tidur bg memastikan saya bangkit sblm Subuh, tetap tak berjaya melelapkan mata. Disebalik keempukan bantal dan tilam hotel mewah bertaraf 5 bintang, mata kekal awas, tidak mengantuk langsung......aku bingkas bangun dan terus ke jendela bilik hotel....aku perhati dan terus memerhati pesta ibadah di Baitullah....lebih 30 minit memerhati, baru puas, baru terasa kengantukkan, aku kembali ke katil dan akhirnya tertidur kira-kira jam 3.00 pagi, slps melalui kembara bermakna dr Kota Eiffel ke Bumi Baitullah.

Tuesday, March 30, 2010

Abi Iman in Bolehland

Salam dari Paris buat semua.

Dah lebih sebulan tak bersiarkan...busy manjang pulak lately ni. Rasa semua geng2 tau yang saya sekeluarga berada di Msia antara 22 Feb - 13 Mac lalu. Jadual ketat, padat lagi sendat, dipenuhi dgn berkursus, mesyuarat, perbincangan, ziarah menziarahi, jalan2 cari makan dan yg paling tak boleh lupa ialah sesi bertemu muka dgn geng2 penggemar blog PDKM.

Kami tiba pada pagi 22 Feb. Sampai je airport (alamak....panasnya...hehehe, actionlah pulak) terus ke Wisma Putra, utk ambik pasport Baby Iman. Jumpa kawan lama - Atiah namanya, alhamdulillah mudah berurusan dgn beliau, siap dia tunggu di luar guard house jd tak perlulah saya masuk dlm ambik pasport tu...TQVM Atiah.

Dr Wisma Putra, Amirah yg sememangnya tak makan apa pun dlm penerbangan hampir 14 jam mengadu lapar dan nak sgt makan Pizza Hut di Alamanda...badan rasa penat, tp hati tak sampai pulak nak tolak permintaan Amirah yg amat jarang meminta anything. Saya bertanya pd abg ipar (di panggil Ayah Rahman) yg menjemput kami dgn kete mewahnya di KLIA. Ayah Rahman kata OK...yehaaaa disambut sorak bebudak bertiga (Hadi, Amirah, Nadia)...saya pun bersorak sorai gak dlm hati sebenarnya...rindu betul nak makan Pizza Hut :-)

Abis makan, kami pulang ke Kg Pandan...TERPERANJAT kedua2 org tua sbb mmg kami tak khabarkan kepulangan kali ini.

23 Feb - pagi2 lagi saya sudah ke Putrajaya, ada meeting dgn pegawai2 Kementerian Pelajaran. Sblm meeting sempat saya jenguk Bank Islam dan Tabung Haji di Parcel E...settle mcm2 hal berkaitan simpanan yg tak byk mana pun....pendek cite, dah berhajat nak berHAJI lagi sebenarnya...insyaAllah. Lepas tu meeting dr jam 11 pagi sampailah 2 ptg...letih tp mmg berbaloi. THANKS kpd pegawai2 yg bersama mesyuarat tu. Abis meeting, sy minum dgn pengerusi mesyuarat, pas tu terjumpa pulak kawan lama...sempat berbual dgn kedua mereka dan of course salah satu topik yg dibincangkan adalah perihal Umrah dan Haji....best tak terkira dpt kongsi cite dgn kedua mereka. Abis tu, saya gi pulak ke Bhg Pendidikan Islam bertemu Ustaz Yazit....ingat tak geng? Ustaz ni lah yg saya jumpa masa berhaji dan yg memberikan ilmu cara khatam Quran sebulan sekali....seronok dpt jumpa beliau. Rindu terubat, alhamdulillah. Dr KPM saya ke Jabatan Perkhidmatan Awam....berjalan kaki...hehehe...penat, tp seronok sbb dah lama tak berjalan dlm panas (I LOVE THE WEATHER). Di JPA jumpa kawan2 lama...sembang2 hingga hampir maghrib, then saya pulang ke Kg Pandan. Sampai rumah, jumpa Kakak (Raihanah) dan dia terus bagi plak PDKM....TQVM En Li.

OHHHHH..........lihatlah dunia, akhirnya aku berjaya membolot anugerah ini.

24 Feb - keluar ke Menara TH Perdana utk another perbincangan....sampai sana jam 9.15 pagi, ingatkan nak buat KEZUTAN kat geng tu...tetiba saya pulak yg terkejut sbb pejabatnya dah bertukar ke Menara Chulan...kat mana tu??? Tak tau langsung, so decide balik rumah jelah slps beli belah sikit kat Sogo.....best pulak ada sale tu...hehehe. Sampai rumah waktu Zohor. Rehat dan mula bersms dgn Afeezz utk bertemu pd malamnya....kami janji bertemu after 8 pm di Sogo. Lebih kurang jam 8.20 kami bertemu...hahaha ini kira Hari Ini Dlm Sejarah, sbb first time jumpa rakan blogger. Jumpa kejap, makan2 di Food Court Sogo.....kami makan nasik ayam BBQ dan ABC....sedapnya...hehehe. Sembang punya sembang dpt tau yg Afeezz br je terlibat dgn minor accident...sian...really apprieciate his effort to the meeting that nite. Thanks Afeezz.

25 Feb - another round of meeting at KPM, meeting mula tepat 9.32 pagi and lasted sampai jam 1.40 petang....penat betul, alhamdulillah, byk perkara dibincang dan diselesaikan. Lepas tu, saya lunch kat Alamanda Food Court...makan nasik padang dgn ais jelly...caya tak punya rindu dgn masakan padang sampai penuh 1 pinggan saya ambik lauk...harganya cecah RM9...masuk akal tak....hahaha. Abis makan terus gegas balik Pandan....bersiap utk ke Spore, naik bas. Jam 7 mlm kami bas berlepas ke Singapura dan tiba jam 11.50 mlm...alhamdulillah, adik2 ipar dan mak mertua jemput dgn dua kete. Sampai rumah dah after midnite....wp kenyang sbb dah makan nasik goreng special yg disedikan dlm bas, saya belasah mati-matian gak murtabak yg mak mertua hidangkan...konyang den.

26 - 28 Feb di Singapura, mcm2 makan, mcm2 minum...perut penuh sentiasa...hahaha. Semuanya saya dpt makan - nasi sambal goreng, nasi rawon, nasi jeganan, nasi beriyani, Chinese Muslim cuisine dll.....seronok gila dapat melepas geram makan kat sana. TQVM to all :-)

1 Mac dah di KL. Awal pagi gi Tabung Haji Ampang, jumpa Tuan Hj Salleh yg byk membantu saya masa berhaji tempohari dan kawan yg ditempatkan secara pinjaman di LUTH...Hebat2 semuanya. Dr sana, kawan tersebut drive pulak saya ke Menara Chulan, baru jumpa kawan di Jabatan Warisan yg dr 24 Feb ingin saya temui di Menara TH. Mmg terkezut badak geng tu...hahaha. Dia ajak makan nasik beriyani lagi di Royal Chulan hotel....mmg kelas, alhamdulillah. Lepas tu jumpa kawan rapat yg kebetulan bekerja di tmpt yg sama. Sembang2 sampai lewat ptg, pas tu pulang ke Pandan....berkemas dan terus ke INTAN Bukit Kiara utk pendaftaran kursus yg akan bermula esok (2 Mac)

2 - 11 Mac - kursus PTK...huhuhu, harap lulus dgn jaya dan cemerlang. TQVM buat semua yg mendoakan termasuklah empunya PDKM :-)

Sepanjang berkursus sempat pulak geng2 bloggers organised makan2 kat rumah Hanis di Shah Alam pada 6 Mac (Sabtu)....wp perancangan ala2 bidan terjun, tp ramai gak yg dtg dan sama2 bertentang mata di rumah Hanis....ada Mama Ju, Kak Shidah, Taj, Syima, Shami, Ummi Humaira, CM, Pjal, Afeezz (ni budak yg jd pengiring saya ke sana ke sini dgn Cik CTnya tu), dll....kami makan makan dan terus makan...mcm2 ada Soto, Mee Goreng, AyamMas, kueh mueh, kek2, dan of course tak leh lupa....kambing bakar Abg Helmi (sebaya sebenarnya, tp respect him for his vast ilmu).

Esoknya, 7 Mac, tetiba dpt mesej dr Hanis ajak gi Denai Alam, jumpa Kak As dan Abg Megat yg dtg ke KL atas urusan keluarga. Sejak baca n3 PDKM liputan Abg Megat ke Makkah, mmg saya nak sgt jumpa Abg Megat ni sebenarnya....tak habaq kat sapa pun. Alhamdulillah di rumah adik Kak As di Denai Alam kami bertemu....thanks to the host (Najib) and TQVM to Kak As....kenyang makan laksa, tapai dan lain2.....pendek kata, kalau boleh semua saya nak pack bawak balik Paris, tp apakan daya....huhuhuhu. Oh ye...TQSM atas ikan pekasam yg mmg kelas tu....masih terasa kemasinannya. Mlm tu kami pulang after 11.30. Sampai INTAN Kiara saya tersenyum; dlm hati berkata2 "hai...org lain sibuk menelaah, semua sibuk prepare utk presentation esok pagi, aku pulak selamba je jln2, mkn2...giler2"

9 Mac - keluarga (isteri dan anak2 yg masih di Spura kembali ke KL). Bermula dgn komen seorang kawan di status update Afeezz yg menyebut Kajang...saya teringat pulak nak makan satay kajang. Kebetulan keluarga dah di KL, saya utus sms dan mesej kpd Afeezz bertanya kalau dia dan geng2 lain free utk join saya sekeluarga makan satay kajang. Bagus si Afeezz dgn Hanis, cekap lagi tangkas dlm urusan makan2...jadi jugak wp last minute. Kami makan2 lagi bersama, kali ini di Awan Besar......hasilnya...lihatlah gambar2 ni:-

Mulanya hanya Afeezz, Hanis dan Syima.........

ABC, air bandung dan satay menjadi pilihan

Org sibuk makan, Hanis buat2 malu pulak buat2 sibuk dgn kamera phone tu...kekeke

Hadi puas hati dpt minum ABC tanpa DE yang dibelanja Auntie Hanisnya :-)

4 dara pingitan yg cute ni.....Taj dan Elaira dtg jugak. First time jumpa si Tuan Puteri Elaira ni :-)

Cutenya Kak Taj tu......


Tgk kepala botak Baby Iman tu....licin


bertemu gak Tikah.....wah rancak berbual nampak


ha eloklah, kita amik gambar dia, dia amik gambar kita


Amirah...all sweat out...dgn rotan yg dibeli khas di Awan Besar


Sembanglah....tp jgn lupa habiskan satay tu


Dlm pd kesibukan berkursus di INTAN, hampir tiap hari ada je yg saya idamkan.......hahaha, member yg paling rajin melayan saya Rosida namanya. Mcm2 tmpt saya dikidnapnya....antaranya makan di Restoran Sambal Hijau (Penchala), Marche di Curve, Muhibbah di TTDI dan McD di BU......semuanya sedap....

Ni dia geng saya - Rosida bergambar dgn Iman

Hari Khamis mlm Jumaat sebaik sahaja abis kursus (11 Mac) kami dikunjungi rakan blog - Wan Rusyaini.....dtg dgn adik dan 2 anak perempuan beliau.....KAGUM dgn kegigihan beliau mengemudi perniagaan frozen yg diusahakan. Saya doakan segala kejayaan buat Wan.

Wan, adiknya dan Hjh Raihanah tgh ralit bersembang tu

Wan mendokong anak saudara saya - Rifqah

Dua anak2 Wan yg comel

Jumaat, 12 Mac - bz membeli belah sbb dah nak balik Paris esoknya...huhuhuhu. Mlmnya, kami sekeluarga beramai2 ke Restoran Rawshah di Ampang....mak aiii...mmg sedap makanannya dan sempoi settingnya...BEST.

Amirah, Nadia dan sepupu sepapatnya

Isteri, kakak dan Ayah Rahman di tugaskan mengOrder....order yg murah je tau

Amirah, Nadia dgn Nani (Spura) dan geng2

sempoikan setting....siap boleh lepak melepak lg sementara tunggu makanan

adik sekeluarga dtg...syg, hubby dia kena kerja pulak mlm tu

bapak dgn Ayah Rahman yg letih menunggu hidangan

Hadi and his favorite cussy - Munir Mubarak

masih menunggu kesemua hidangan yg di order

sedap betul air ni...bukan alkohol tau...jus Arab

ok dah nak sampai semua yg di order

sesi membelasah...hahaha

penuh hamparan dgn makanan

Hadi and Munir

Jom...chicken mandy ada, lamb maghdood pun ada

budak 2 ni mmg tak berenggang

terus makan :-)

13 Mac Sabtu....time to say gudbye....huhuhu

Baby Iman with Ayah Rahman dan Mimi Ana

with my Nani Jo
Nadia sedih giler....dpt coklat Mimi Ana bg pun masih bad mood

Hadi Kapoor dgn Baba Yam

my princess with Nani Jo

Hadi and Amirah dgn Abib (Bapak Tua)

ooo....Amirah dgn Baba...manja sakan ni, nak apa pun dapat...cucu favorite sbb ddk jauh agaknya

How do u say goodbye....ntahlah.

Flight berlepas jam 11.50 mlm. Sempat call Hanis yg masa tu dah berada di Kedah bertemu Ayahanda, sempat jugak bual bicara dgn Ayahanda...harap bertemu beliau esok2 nanti. Masa nak berlepas, Nadia nangis sakan....dia rindu dan tak puas di Msia dan Spura....saya pujuk2, dlm hati berkata2 "eh....budak ni, bukan kau je yg tak puas, aku pun tak puas sebenarnya" Malaysia oh tanahair ku...huhuhuhu.

THANKS to all yg menceriakan hari2 kami selama 3 minggu di Malaya.