Followers

Wednesday, December 16, 2009

Bapak why can't we drink wine & alcohol ?

View Image

Wahai kawan2 semua, ingin aku berkongsi cerita.....kisah yang berlaku kira2 seminggu sebelum aku berlepas menunaikan haji tahun lalu.

Pada satu pagi, sepertimana biasa aku berjalan kaki menghantar kedua2 anak (Hadi dan Amirah) ke sekolah. Kami berjalan sejauh 2.5 km dan mengambil masa kira-kira 20 minit. Memandangkan jadual kerja yang padat dan membataskan masa sembang aku dgn anak2 di malam hari, aktiviti berjalan kaki dari rumah ke sekolah aku manfaatkan sepenuhnya untuk berinteraksi dgn anak2 perihal sekolah dan kehidupan seharian mereka. Hadi (blm 8 tahun) paling suka bercerita bertanya hal itu ini berbanding Amirah (6 tahun setengah). Setiap hari ada saja soalan dan cerita yang dikongsikan bersama, selain kami selang selikan dengan teka-teki yang dicipta khas utk menguji minda.

Pagi tersebut selepas 7 minit berjalan kaki, tetiba Hadi bertanya "Bapak, why can't we drink wine and alcohol?" Saya terkesima dengan soalan jujur seorang anak kecil. Aku diam seketika, Amirah menarik tangan aku dan turut bertanya "Yeah....I also wonder why Bapak, can we drink it Bapak?" Aku membalas "why are u guys asking this kind of question....you know we should not drink alcohol, we r muslim, and Islam prohibit us from drinking alcohol". Hadi bagai tidak puas hati dengan jawapan balas aku dan sambung bertanya "Bapak...why actually Islam prohibit us from drinking wine and beer?" Amirah tidak lagi bertanya, namun anak matanya merenung tajam menanti jawapan. Aku masih meninjau2 akal dan fikiran mencari jawapan....Hadi bertanya lagi "why only Islam prohibit alcohol, all other friends in my class said that their believes never prohibit wine, beer, champagne........." Amirah menambah "even my teacher drink it, Bapak cud you tell us why Islam does not allow us to drink it?" Aku terkebil2 nak menjawap....soalan mudah, yg bertanya cuma anak2 sendiri.

Kalau anda di tempat saya, bagaimana ye nak menjawap soalan begini...........SILAKAN BERI CADANGAN JAWAPAN ANDA.......................

.......................bersambung


Wahai kawan2 maya yg budiman, setelah menerima pelbagai maklumbalas cadangan, ingin saya kongsikan jawapan saya kepada anak yg akhirnya menerima jawapan saya dan bersetuju alkohol tak boleh diminum oleh sesiapa pun, malahan yg lebih penting kedua2 anak larangan kpd alkohol adalah tepat dan sepatutnya agama lain juga mesti mengharamkan alkohol sepertimana Islam. Mari kita layan sambungan kisah ini.....

Semasa menerima soalan bertalu2 dr kedua2 anak, saya terus berjalan, diam seketika, memandang ke langit dan memohon di dlm hati berkata "Ya Allah, kau bagilah aku ilham utk menjawap soalan ini, berilah hidayah utk aku menegakkan hukum Mu ini". Semasa berinteraksi dgn Allah, anak saya Hadi, memegang tangan mengoyang2kan tangan kanan saya dan terus berkata "Bapak, can you tell me now, why we cannot drink alcohol, while all my friends said that they can drink it"......Mendengar soalan ini, saya terperanjat dan terus bertanya "What??? Are you telling me that all your friend drink alcohol....they're all just kids....you don't lie to me". Hadi menjawap "Oppps, i'm sorry, no they don't drink them but their parents" Hadi memohon maaf atas kesilapan soalan yg diajukan, pd masa yg sama saya terus mendapat idea menjawap soalan yg ditanyakan sejak 5,6 minit tadi.

Sy bertanya dgn nada selembut mungkin "Hadi, Amirah, do you know why your friends never drink alcohol?". Amirah tersenyum dan terus menjawab "of course they don't drink it, since they are small kids......" blm sempat Amirah berkata2, Hadi menyampuk dan berkata "Well...they said that small kids shud not take alcohol?" Saya terus bertanya "why did they said that?". Hadi menjawap "its simple, they said, alcohol is harmful to small kids....but its OK for adults to take them".

Saya bertanya "How cud something that harmful to be consume by kids cud be OK to adults?" Amirah dan Hadi serentak menjawap..."Ohh YES Bapak....they lied to us. Amirah menyambung, "I think we shud not take alcohol....if its not gud for our health when we are young, how could it be good for our aging body when we grow up....i think even adults shud stop taking alcohol" Mata Hadi bersinar2 dan berkata "today am gonna tell all my friend that, we shud not take alcohol even when we grow up bcos its not good to our health, and if they say it is not harmful, i will ask them to ask their parents permission to drink it now...don't have to wait till they grown up, am sure their parents will never allow that"....kedua2 Amirah dan Hadi ketawa menyedari kebodohon saranan kawan2nya yg menyatakan arak boleh diminum bila dah dewasa tp tak boleh diminum diusia kanak2.

Saya memandang ke langit dan di hati mensyukuri atas ilham yg disampaikanNya utk saya melunaskan tanggungjawab menegakkan yg hak...alhamdulillah. Moga kisah ini bermanfaat buat semua.

Terima kasih buat semua!!!

66 comments:

  1. Why Islam Probihited Alchohol?
    Bagi sy, Islam melarang sesuatu itu ada sebabnya..jika mereka tak faham dari segi Islam IP kena xplain kemudaratannya dari segi saintifik yg mana alkohol amat tidak baik bagi jangka masa yg panjang. Alkohol memabukkan dan memudaratkan kesihatan. Spt jua khinzir..mengapa di larang? scr saintifiknya terdapat suatu jenis ulat yang di dalam daging babi yang tidak akan mati pun even di masak..begitulah IP sy pun tak arif untuk berhujah lebih lanjut cuma memberikan pendekatan secara saintifik..wallahua'alam

    ReplyDelete
  2. salam IP..

    Bingung jugak dengan soalan dari anak2 kan...heheh..gunalah kepandaian kita sebagai ibubapa ..terangkan dari segi islam..cthnya:
    Apakah hukumnya seorang islam minum arak
    Apakah kategori dosa orang yang minum arak
    Apakah kesannya pada orang yang meminumnya baik dari segi hukum maupun secara saintifiknya..
    Dedahkan pada anak2 kisah-kisah zaman para sahabat kesan yang menyebabkan arak telah diharamkan..oleh Allah bagi orang islam
    Terangkan juga pekara2 lain yang dilarang ..atau haram bagi orang islam..
    memandangkan anak2 IP..bergaul dengan orang bukan islam..cuba elakkan pekara sensitif ini dibincangkan...secara terbuka...bimbang disalah ertikan...insyallah kalau kita sebagai ibubapa dapat jelaskan dengan baik pada anak2 mereka akan faham..
    Ini hanya pandangan saya...mungkin kawan2 lain ada pandangan lebih baik

    ReplyDelete
  3. Salam IP,
    Cuba sampaikan mereka kisah zaman nabi dulu yg mana seorang lelaki yg mengelak dirinya drpd membunuh, berzina tetapi sanggup meminum arak, kerana menyangkakan itu dosa agak ringan. Akhirny, oleh kerana mabuk dia melakukan zina. Apabila kelakuan zinanya dilihat oleh seorang kanak kanak, terus kanak kanak itu dibunuh. Jadi arak adalah pintu kpd segala kejahatan. Maaf saya tidak ingat cerita lengkapnya.
    Ketika saya berkunjung ke Jepun suatu masa dahulu, saya pernah ditanya mengapa saya tidak boleh minum arak. Saya kata saya org islam. Dia balas, dulu ada org islam datang tapi dia minum. Sudahnya saya jawap spt dijalan raya. Semua pemandu ada lesen memandu. Ramai pemandu patuh kpd peraturan jalanraya tetapi ada juga pemandu yg tak patuh. Macam itu juga ada org islam yg tak patuh larangan hukum islam.

    ReplyDelete
  4. Salam Imran,
    akak singgah kat n3 sebelum ni le...harap baca la ye...tersilap n3...he..he...komen pasal wine ni, nanti akak cari idea nak komen...

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    Just cadangan kalau bolih di apply.

    Ketika kanak2lah kita tanamkan dlm minda mereka :
    Sebab kita ini Muslim yang baik mesti patuh setiap arahan Allah. Bila Allah say No! so kita kena tinggalkan. Bila Allah kata Do!, kita kena buat. kerana baru ada makna jika kita katakan kita percaya 200% Allah MAHA MENGETAHUI... Utk jelaskan why and what ... is second priority. Arak bolih memabukkan dan bring lain2 perkara tak baik. Kalau non muslim kata, tak mabuk kalau minum sikit, katakan sebab itu Islam larang awal2 lagi dan disini dapat diterapkan bahawa Islam adalah agama yang amalkan "prevention is better than cure.." Wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Salam Imran,
    Dengan anak-anak,bila diorang tanya, kenapa kena puasa? Kenapa kita kena sembahyang? Kenapa kita tak boleh pegang puppy? Saya tak pernah jawab - sebab kita orang Islam; sama juga bila mereka tanya kenapa kena belajar? Saya pun tak jawab sebab kamu student...

    Biasanya bila mereka sudah bertanya, saya terus beritahu prinsip penting kenapa bersolat, berpuasa, dan kenapa tak boleh minum wine...paling penting kita kena faham prinsip sebenar suruhan dan larangan tersebut, yang mana saya yakin Imran lebih tahu.., cerita ikut bahasa kanak-kanak, dan logik kanak-kanak...

    Kalau soalan daang mengejut dan saya tak ready nak jawab, saya akan beritahu mereka...waaa...that's a very good and intelligent question...I'm proud you ask, and have better opportunity to understand better and share it with your friends...you know what, after Maghrib tonite, I'll explain about that with a very interesting story about Nabi's grandson...Nabi had 2 cucu you know...very smart and curious, just like Upin and Ipin....(itu intro je untuk kasik excited) then sebelum maghrib, I berhempas pulas study dan merancang my "very interestng story"....

    ReplyDelete
  7. Memang cerdik anak-anak sekarang..suka bertanya dan selalu berfikir.. kalau akak pun perlukan masa jugak untk menjawabnya... bagi akaklah, kalau kanak-kanak bertanyakan soalan itu pada akak,akak katakan bahawa benda2 tu memabukkan dan amat memudaratkan kita.. bila dah mabuk pulak,macam2 perkara yang tidak diingini boleh berlaku..setiap yang dilarang ALLAH itu,ada sebabnya, kerna ALLAH Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
  8. Salam IP,

    semoga Allah memberikan ilham kepada imran untuk menjelaskannya.

    ReplyDelete
  9. Salam IP,


    AZ, bagus betul jawapan tu, Wan pun memang nak jwb macam tu jugak. hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Wan tumpang sedih, AZ dan IP tak dapat hadir gathering PDKM. Wooo..live in person. Tahun depa noh! Insyallah...

    Aik! ini lari tajuk daa...

    ReplyDelete
  11. Sebenaqnya, bukan wan tak nak ulas persoalan ni, tapi IP lebih memahami perangai anak-anak dan lebih dekat dgn mereka. tentunya IP ada pendekatan yg terbaik yg mungkin tidak sama dgn ibu dan bapak-bapak yg lain. I know U r the best bapak to them!

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.

    Alkohol memudaratkan kesihatan. sesuatu yang memudaratkan dilarang dan ditegah dalam Islam, malah banyak penyakit dikaitkan dengan pengambilan alkohol. Alkohol juga boleh menyebabkan ketagihan melampu. Selain itu, apabila dah ambil alkohol,individu akan lupa dan lalai daripada mengingati Allah sehinggalah sanggup melakukan perkara-perkara yang mungkar.

    ReplyDelete
  13. Sinomosa,

    Mmg saya cuba gak terangkan secara saintifik pada mulanya...tp dgn budak umur 6,7 tahun ni bukan depa paham sgt.

    ReplyDelete
  14. Kak Shami, betul kata Shami....bila mengenangkan pergaulan rapat mereka di sekolah antarabangsa buat saya lebih berhati2 mencari jawapan, kerana tidak mahu mereka menceritakan jawapan saya kpd kawan2 mereka yg sekaligus bakal mengguris hati kanak2 lain dan mewujudkan fobia pd agama kita. Tu yg pening kepala saya memikir time tu

    ReplyDelete
  15. YB...salam taaruf dr kami di Paris.

    Mulanya mmg saya berfikir nak citekan kisah tersebut...tp bila nak cite hal zina dgn budak2 6,7 tahun...susah sikitlah, makin byk pulak soalan sy perlu jawap :-)

    Sy kagum dgn soal balas YB semasa kejadian di Jepun...perkara yg hampir sama pernah berlaku depan mata saya, di meja makan yg sama seorg perempuan Melayu meminum arak tp seorg lelaki lain bila ditawarkan oleh seorg Pensyarah utk meminum menolak dan berkata sbg Islam beliau tidak boleh meminumnya. Jawapan beliau buat pensyarah itu jd PELIK sbb perempuan di sebelah kanannya menerima tawaran meminum arak tetapi lelaki yg duduk di kirinya menolak. Saya yg duduk berhadapan dgn Pensyarah tersebut menjadi serba salah sbb menyedari yg lelaki yg menolak arak tadi tidak perasan yg kawan perempuannya meminum arak yg ditawarkan. Juga serba salah melihat kebingungan di wajah pensyarah berkenaan.

    ReplyDelete
  16. Datin...awatlah sampai tersilap n3 ni, sure pening penat mendaki Everest :D

    ReplyDelete
  17. Andak Ros....salam perkenalan dr Paris. Thanks for visiting my humble blog. Thanks also for sharing the tips.

    Saya setuju, mmg dr awal kita kena terapkan perihal yg Andak sentuh tu. Alhamdulillah, anak2 saya ni kalau saya kata tak boleh, depa ikut je...tp bila dah bergaul depa dah mula pulak bertanya sebab musababnya...pening gak kadang2nya

    ReplyDelete
  18. Datin...wow...hebatnya, saya tak pulak berfikir mcm tu, selalunya bila budak2 tanya, saya akan bg tau 'bcos we r muslim'....pas tu baru bg tau reasoning.

    Saya juga setuju, nak terang pd budak2, kita kena mahir selok belok psikologi bebudak, tak boleh main hentam keromo je...tu yg buat saya pening tu Datin ooiii

    ReplyDelete
  19. Kak Teh, salam perkenalan dr Paris.

    Betul, mmg bebudak skrg cerdik2, tak kena gaya, jawapan kita depa belasah balik. Saya cuba gak terangkan yg alkohol tu memudaratkan...depa tanya "what if we took just a sip or two...to taste them...is it ok"....Alamak budak2 zaman millenium...mmg buat kita penin :D

    Thanks for visiting me Kak Teh

    ReplyDelete
  20. AZ...alhamdulillah, mmg diberi ihlam slps bbrp minit berdebat dgn depa. Both akhirnya setuju yg alkohol tak boleh diminum. Nanti saya bg jawapan ye :-)

    ReplyDelete
  21. Wan...pandainya awak lari dr soalan...ni mesti dpt A1 dlm SPM dulu...kekekeke, lain di tanya, lain dijawap. Tp betul, anak kita selalunya kita je yg lebih paham. Thanks Wan....huhuhu sedih ni tak dpt jumpa En Li di majlis suaikenal PDKM pada 10-01-10...cantikkan no ni :D

    ReplyDelete
  22. Raihanah...mak aii Hajjah...mcm kaunselor pulak bunyinya kalau saya jwp mcm tu kat budak2 kemetot tu :-)

    ReplyDelete
  23. Salam IP.Budak2 cerdik macam2 soalan yg dikemukakan.Jawapan IP tu menarik dan sesuai utk anak2.IP dah tgk CL kat umah mama?

    ReplyDelete
  24. Mama Ju....WHAT!!! CL kat rumah Mama...ini macam sudah lebih ni....saya gegas ke rumah Mama dan dan ni gak :D

    ReplyDelete
  25. Salam IP,


    Wan tergelak baca reply IP pd komen raihanah. Terbayang IP explain kt budak2 cinonet tu ttg alkohol menyebabkan "ketagihan melampau", "alkohol memudaratkan kesihatan" dan "sehingga sanggup melakukan perkara mungkar." Wow! tinggi standard tu. mesti terkebil-kebil diorng pandang IP. Apa yg bapak cakap ni? Soli Raihanah ye, luculah awak ni!

    ReplyDelete
  26. Salam Imran,
    Jawapan "because I'm Muslim" pada pendapat akak tidak memadai bila beritahu pada anak-anak sebab nya:
    Bayangkan bila ditanya: "Kenapa you bertudung?" Bcoz, I'm Muslim. So, yang tak bertudung tu, tak Muslim? "Kenapa you solat?" Becoz, I'm Muslim. So yang tak solat tu tak Muslim? Anyway, non-muslim also claim that they pray...so?? (Jawapan begini boleh membuatkan yang non-Muslim confuse dan pandang rendah pada yang tak bertudung dan tak solat, dan yang Islam tapi tak bertudung, dan minum arak terasa hati, sedangkan kita mahu mereka dekat dengan kita supaya kita boleh berdakwah pada mereka, dan juga mengelak rasa hebat pada diri sendiri yang kita ni Muslim yang solat dan tidak minum arak, sedangkan solat kita tu belum tentu solat yang sepatutnya, mungkin kita solat tapi lewat waktu, atau tak khusyuk.)

    Akak tak nak anak-anak hanya boleh berfikir that their world is divided into Muslim and Non-Muslim, tapi lebih specific, mereka mesti faham Muslim itu yang is divided into 2 parts, yang taat dan yang tak taat. Dan akak tak nak anak-anak pegang just merely, I'm Muslim. Akak nak mereka faham, I do this because I choose to do what's right, I do this because I want to be seoang yang taat. Dan semua yang baik dalam Islam merupakan satu ibadah. Meninggalkan yang tidak baik juga satu ibadah.

    Contoh: Akak pesan pada anak-anak, everytime your non-muslim ask things about Islam, and you don't know the answer or you don't know how to answer it, PAUSE...DO NOT ANSWER IT!
    Setiap respon yang dibuat adalah satu dakwah, jadi peluang tersebut mesti dibuat dengan penuh hikmah. Jadi akak galakkan anak cakap begini: "You know what, I know that out of curiousity, you'll one day ask me this question. I'll give you the answer when the time is right." Selalunya, the friends akan mendesak untuk anak akak menjawabnya...but akak ajar mereka jawab begini.."Emmm...sabarlah...ok..esok I beritahu jawapannya...promise, but you think first what's the answer might be..." Kesannya: anak-anak tidak bertindak dalam mode 'react', sebab jawapan nanti tidak berdasarkan ilmu. Kedua, the friends tidak dalam mode mempertikai bila mereka lebih compose keesokan harinya. The least that we want from them is to argue merely with logik akal.

    So, contoh: Kenapa kita kena puasa Bu? "Sebab...it is very important for us to know how orang miskin rasa bila lapar dan dahaga. That's the best way to be more appreciative dan bersyukur. We will appreciate food when we are hungry, and we appreciate drinks when we are thirsty. The next time when you see orang susah dan miskin, kita lebih mudah faham perasaan mereka dan lebih mudah rasa nak menolong dan memberi...kita tak akan experience semua ni kalau kita tak puasa."
    "Tapi Amni kecik lagi, buat apa nak puasa?"
    "Sebab, kita kena rasa susahnya bila lapar dan bila dahaga dari sekarang, jadi bila beli makanan di kantin dan di kedai, kita rasa sayang untuk membazir..."
    "Kalau macam tu, Amni puasa sehari je cukuplah kan..."
    "Nak pandaipun tak cukupkan pegi sekolah sehari je...nak jadi orang yang sabar dengan rasa susah, kenalah buat 30 hari...lagipun orang miskin hidup miskin bukannye sehari..."

    Itu contoh je la...(but real experience dengan Amni masa tahun ni dia start puasa...)

    Tiap kali dia merengek nak buka puasa, akak cakap, alhamdulillah bila kita lapar, kita ada peluang nak makan, orang susah tu, lapar pun tak ada benda nak dimakan...berhari-hari...kita petang dah boleh makan...

    Bila dah besar, ajar pulak konsep sah puasa dan rukun puasa....wallahualam...

    ReplyDelete
  27. Tak sabar nak tahu Imran jawap pasal wine tu camner...nanti akak share akak punya pulak...for me kalau cakap memudaratkan kesihatan..disekeliling mereka ada ramai orang yang memudaratkan kesihatan...dan perkara tersebut biasa je...makan gula berlebihan pun memudaratkan kesihata...merokok pun memudaratkan kesihatan...makan junk food pun memudaratkan kesihatan...kenapa yang itu tak haram? Terkujat pulak nak jawab nya nanti...)

    ReplyDelete
  28. Imran,
    Bila dah cakap prinsip dan hikmah sebenar tentang puasa dan alcohol, baru conclude: Itulah sayangnya Allah pada kita, apa yang Dia suruh kita buat, semuanya ada advantage yang Allah fikir lebih dulu untuk kita...sebab kita selalunya tak terfikir... That's the privileage kita as a Muslim...

    Privileage as a Muslim kena tekankan sebab agama lain juga menghalang dari semua bentuk keburukan...menipu, membunuh, mencuri etc. So, jawapan like kita tak boleh menipu, sebab as Muslim kita tak boleh menipu...eloklah ditukar kepada, kita tak boleh menipu kerana jujur dan berterus terang akan membuatkan orang percaya pada kita...sebab hakikatnya, bila terdesak...kita dah lupa fakta kita ni Islam..senang sangat akan terbohong sunat...demi melepaskan diri...supaya kita selamat...dan non-muslim pun boleh claim,my religion pun kata menipu tu salah...

    ps: as muslim, tak semestinya sudah solat dengan prinsip yang betul, ada orang solat sebab segan bila orang tahu dia tak solat...tetapi apabila faham dan amalkan prinsip solat yang sebenarnya, automatically, you menjadi muslim yang betul...sebab itu bila Aishah ditanya apakah akhlak Rasulullah, beliau tidak menjawab akhlak Raslullah ialah Islam, tapi jawapan beliau, akhlak Rasulullah ialah AL-Quran...kerana dalam AlQuran itulah terkandungnya semua prinsip ibadah, amalan, tingkahlaku, ucapan etc....i.e..ikhlas, ubud, adil, sabar...etc....

    ReplyDelete
  29. Tumpang lalu IP,cantiknya kata2 Asnija,berhikmah sekali...tk As...

    ReplyDelete
  30. Salam,

    Betul tu mamaju. Semalam pun wan nak ulas pasala komen Asnija, tapi tak terluah sbb pengisian tu macam dah complete sgt. Kagum pun ada. Alhamdulillah, Allah buka ilmu di dada kita utk melihat dunia dgn lebih luas.

    IP, tulah masa SPM tk dpt kumpul A byk sbb lain ditanya lain dijawab. Org goreng lain, kita goreng lain.

    IP, saya jeles betul dgn mamaju ni! tak pa bagi can lah! Tahun ni... tahun dia, tahun depan.... tahun dia lagi. What???? Uwaaa...

    ReplyDelete
  31. salam Imran,
    Saya suka sangat baca catatan perjalanan haji yang Imran tulis. Dan kenapa Travelog Haji Prof Kamil memberi kesan hebat pada ramai dari kita?

    Imran banyak sangat kupas tentang prinsip disebalik setiap amalan, tawaf, mengaji, wukuf, berdoa di arafah etc. Saya yang membacanya, mendapat paradigma yang baru, melihatnya dari sudut prinsip sebenar, dan terus dengan mudah mendapat keinginan untuk mengerjakan haji...

    Begitu juga dengan buku Travelog Haji yang membawa prinsip amalan haji dalam satu perspektif dan paradigma yang tidak pernah saya fikirkan...dan memahami prinsip taubat, solat malam, etc dalam buku tersebut, terus memberi semangat untuk mengerjakan amalan-amalan dalam umrah dan haji dari satu perspektif yang baru...

    Terkini bila Imran cerita pasal khatam Quran 12 kali setahun, Imran juga bercakap pasal prinsip sebenar mengaji...prinsip bagaimana utnuk khatam, iaitu prinsip buat sesuatu jika istiqamah dan berterusan pasti menjadi satu amalan dan kebiasaan,ubat kepada hati dan ketenangan....jadi saya teruja sekali untuk mengaji...

    Imran tidak menyuruh untuk mengaji...tidak menyuruh untuk pergi haji, dan Prof Kamil pun tidak menyuruh pergi haji, tetapi kupasan Imran dan Prof tentang prinsip di sebalik Haji dan mengaji Quran, mendorong keinginan saya untuk pergi haji dan mengaji...

    Sebab itu saya cukup percaya, kefahaman tentang prinsip sebenar melakukan sesuatu perkara baik dan ibadah, dan meninggalkan perkara buruk dan larangan Allah dapat membuatkan kita melakukannya dengan penuh tanggungjawab, kesedaran, keinsafan dan kesyukuran...hasilnya, bila diuji dengan rasa malas nak solat, rasa malas nak mengaji, atau putus semangat bila turn haji tak naik, kita lebih berupaya mengurus perasaan diri, lebih bijak mengawal nafsu...

    ps: prinsip matahari yang terbit akan tenggelam juga seperti kehidupan kita...you cerita masa berdoa di hari wukuf tu...sungguh impactful..terbuka minda teramat sangat...saya melihat berdoa dari perspektif lain sejak itu...berdoa sementara saya ada masa...berdoa apa saja sementara masih boleh...terima kasih banyak cerita Imran pasal tu...

    ReplyDelete
  32. Salam Mama Ju dan Wan,
    Saya melakukan banyak kesilapan sewaktu menmbesarkan anak-anak..ye lah...banyak trial and error..ingat dah betul, rupanya silap...
    Jadi biarlah adik-adik bloggers ni tidak mengulangi kesilapan yang sama..

    ReplyDelete
  33. Salam kak Asnija,

    Anak akak yg sulung dah umur brp skrg? Saya pun byk buat silap dulu. Sekarang bila anak dah pandai bercerita, kadang-kadang mereka yg ingatkan saya pula. Malu gak tapi buat muka macho jelah. paling tidak senyum kelat.

    Bila anak dah pandai, mereka turut menilai kita. Bila mereka sudah besar, kita byk ingat syurga neraka, ingat mati.. Alhamdulillah Allah mengajar kita menerusi anak-anak ni.

    ReplyDelete
  34. Kak Asnija, Alhamdulillah menerusi pembacaan dlm coretan haji IP, kini saya begitu bersemangat membaca Al-Quran. Tips utk khatam, dgn baca 1 ain setiap kali lepas solat, menjadikan saya perindu dlm menatapi ayat-ayat Allah. rasa rugi kalau tak baca. Saya sudah mulakan bacaan secara istiqomah 2 minggu lepas hingga skrg. Tiba-tiba je terasa begitu indah dan perasaan rindu itu meluap-luap. Ketenangan yg saya cari selama ini alhamdulillah datang sedikit demi sedikit. Coretan IP juga telah membuka perspektif yg lebih luas dalam erti kata hubungan kita dengan Pencipta. terasa begitu dekat. Semangat utk terus istoqomah semakin menebal setelah dapat menghayati erti sebenar tujuan permukiman di daerah ini.

    ReplyDelete
  35. Salam Imran,
    Kat Malaysia dah 26 Dec...walau kat Paris belum lagi..
    Happy Besday to you...Happy Besday to you...
    Happy Besday to Imran.....
    Happy Besday to you...

    Moga panjang umur, murah rezeki, istiqamah dalam ibadah ke akhir hayat...diberikan kasih sayang mencurah-curah dari Mai dan anak-anak, serta kaum keluarga dan sahabat...dipermudahkan semua rezeki...

    ps: akak ni orang kampung, sekadar hadiahkan tempe tu boleh le...nak tak? Ehm...protein boleh cepat sembuhkan luka pada sel badan...sebab tu elok makan masa pantang..besday-besday juga...pantang haruuuusssss tetap kau jaga...100 hari bro...

    ReplyDelete
  36. salam IP ,
    SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE ..???
    SEMOGA SENTIASA DILINDUNGI ALLAH DLM KESIHATAN YG BAIK , USIA YG MANFAAT dan REZEKI YG BARAKAH . BERBAHAGIA BERSAMA ISTERI dan ANAK2 HINGGA KE AKHIR HAYAT.
    anak akak pun ada sorang lahir akhir Dec gak.(31 Dec)...

    ReplyDelete
  37. Salam IP,

    Allah selamatkan kamu!
    Allah selamatkan kamu!
    Allah selamatkan Haji Imran!
    Allah selamatkan kamu! Yeehah!!!!

    Moga dikuatkan iman, dikurniakan rezeki melimpahruah dgn penuh keberkatan dan disayangi semua.

    ReplyDelete
  38. Salam IP,

    Selamat hari lahir pada sahabatku Imran. semoga Allah memanjangkan umur Imram, dimurahkan rezeki, hidup aman bahagia di samping isteri dan anak-anak tercinta. Semoaga Allah memelihara anak-anak daripada kelainan budaya di rantau orang.

    ReplyDelete
  39. SELAMAT HARI LAHIR IMRAN! Dah besar anak mama (He he he..)Muga jadi anak yg soleh.Bila balik mAlaysia nanti call mama ya!

    ReplyDelete
  40. salam im,

    hepi besday

    doa kami agar im dan keluarga sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatan ALlah SWT , ditetapkan iman dan dibuka pintu rezeki seluas-luasnya.

    pssss si kecik dh pandai cakap tak he he he
    nti dia cakap "bapak, why don't we have another ....." he he he he

    ReplyDelete
  41. Salam..

    Lama tak jengok blog Im..Selamat Hari Jadi Pada IM semuga di panjangkan umur di murahkan rezeki utk menunaikan kewajipan pada Allah..

    ReplyDelete
  42. Salam IP,

    Bijak! Bijak! Jawapan yang bijak. Kita semua tahu alcohol is harmful to our body tapi Allah dah mempermudahkan untuk IP menjawab soalan dari anak-anak IP...the power of Doa.

    BTW, Happy Belated Birthday! Baru pagi ni berkesempatan masuk internet and nampak wish dr datin. Semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman...amin.

    FYI, insyaalah saya sekeluarga akan pergi mengerjakan umrah esok 28/12. Rancang nak pergi cuti sekolah Mac thn dapan tapi awal cuti sekolah hari tu tup tup rasa nak pergi awal (tambahan pulak baca kisah perjalanan haji IP lagilah teringat2 dan termimpi2)tapi baru Isnin lepas dapat kelulusan dr Arab Saudi...kata travel agent susah sikit sbb pakai visa ziarah.

    Doakan kami sekeluarga sampai jua kesana nanti ye dan dipermudahkan segala urusan....insyaalah..sehingga bertemu lagi.

    ReplyDelete
  43. Salam cik imran..

    Suka tau..pekena orang...

    Tapikan bila kita sendirian di perantauan didalam atau diluar negeri...berbisiklah dengan Allah...pabila kita resah...pasti Allah akan bagi ilham pada kita.....insyallah Cik imran ...saya yakin itulah patut kita buat...dalam hidup perlu berlaku benar, baik perbuatan mau pun perkataan..secara berhemah..jangan sesekali kita berlindung pada kebatilan kerna terbeli dengan kebendaan...

    ReplyDelete
  44. Wan....Hjh Raihanah tu mmg tinggi pemikirannya. Tp ada betulnya jugak, ada baiknya sesekali kita bicara dgn anak2 bagai berbicara dengan org dewasa...kita tunjukkan yg kita ingin mereka berfikir secara matang....inysaAllah dorang akan cepat matang wp di usia muda.

    ReplyDelete
  45. Datin...kelas sungguh ide yg dikongsikan....saya cuma ingin rakamkan jutaan terima kasih yg tak terhingga

    ReplyDelete
  46. Mama Ju...IYE betul, saya pun terpegun dgn perkongsian ilmu bersama Datin, untung kita bersahabat di sini ye.

    ReplyDelete
  47. Wan....alah tak pe heroin kalah dulu dan selalunya mengalah saja sampai bila2....hehehe. Datin mmg kelas....Wan, awak pun kelas jugak apa??? Kelas memasak :D betulkan???

    ReplyDelete
  48. Datin......pengalaman haji, mmg tiada yg seindah drnya...hampir setiap mlm sblm pejam mata saya merayu agar Allah menjemput sy sekeluarga bertamu di Baitullah...rindu.

    Quran....bagai cinta abadi, pagi td sy sempat baca surah Hud...leka membaca hampir terbabas lewat masuk pejabat. Moga kita sama2 dpt membentuk ummah celik Quran, insyaAllah.

    Datin, kalau dgn membaca saja Datin dpt rasakan impak Wukuf....bygkan kalau Datin melaluinya nanti, saya doakan segala yg terbaik buat Datin dan suami, moga menerima undanganNya esok2 nanti, insyaAllah

    Doa...iye sebenarnya Allah maha mendengar maha mengetahui...wp kita tak berdoa Dia memberi apatah lagi kalau kita berdoa tentu lebih lipat ganda pemberiaanNya

    Thanks Datin for the friendship

    ReplyDelete
  49. Datin, Wan, saya setuju, bukan mudah nak jd mak bapak ni...byk trial and error...yg penting niat, insyaAllah berkat dan dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  50. Wan...moga kita semua sama2 istiqomah, kalau bukan kita umat Muhammad saw yg memuliakan Quraan siapa lg. InsyaAllah dipermudahkan utk kita semua

    ReplyDelete
  51. Datin, terima kasih atas ingatan hari lahir dan doa2 ikhlas yg dititipkan. Doa merupakan hadiah paling berharga buat saya esp dr ibubapa, isteri, anak2, adik beradik dan sahabat2 sejati. Beruntung betul saya tahun ni, blm setahun mengenali dunia blog, saya punya ramai sahabat2 yg sentiasa mengingati, menghormati, mengambil berat, membuat n3-n3 khas buat saya :-) dan yg PALING penting yg sudi mendoakan kita seikhlasnya. Saya cukup terharu pada sblm tghmlm 25 Dis waktu Paris saya menjengah blog Datin dan membaca n3 khas ulangtahun kelahiran....keesokkan paginya saya menerima pulak panggilan telefon drp Abg Li PDKM....SUBHANALLAH....untungnya saya yg bernama Imran.....ini semua takdir Allah, saya bahagia berkongsi kehidupan yg amat indah ini bersama semua yg saya sayangi.

    All praise to Allah...tiada sekutu bg engkau, percayalah hidup dan mati ku kini hanya utk Mu

    ReplyDelete
  52. Ummi Humaira...dah 39 tahun dah pun. Terima kasih tak terhingga atas greatest gift (doa) yg dihadiahkan. Amin amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete
  53. Wan...TQVM...mana frozen food saya tu...dah kirim dah ke....heheheheh. Gurau je ye. Thanks for ur sincere doa :D

    ReplyDelete
  54. AZ...terima kasih yg tak terhingga atas doa2 AZ, moga dimakbulkanNya. Moga hubungan kita berkekalan dan bertemu esok2 nanti ye :D

    ReplyDelete
  55. Mama Ju....terima kasih atas doa Mamu, terharu saya. Nanti balik Msia, jgn Mama buat2 tak kenal saya pulak bila saya ngetuk pintu rumah Mama yg cantik tu ;-)

    ReplyDelete
  56. CR....wah jauh2 dia dtg mengusik saya yg tgh pantang ni tau....kekekeke

    Thanks for ur kind doa. Amin

    ReplyDelete
  57. Yem...la..mana pergi ni, lama menghilang. Sihat harapnya.

    TQVM for ur doa....moga kita sama2 dlm keberkatanNya sentiasa.

    ReplyDelete
  58. Ummu Adam...alhamdulillah, mmg power of doa cukup hebat.

    Terima kasih byk2 atas doa2 yg dititipkan.

    Mmm....dah berlepas utk berumrah....doakan saya ye Ummu. Slmt pergi dan slmt kembali wahai tetamu Allah

    ReplyDelete
  59. Shami...betul tu, moga kita dipermudahkanNya sentiasa utk segala2nya, insyaAllah

    ReplyDelete
  60. Salam IP,

    Syahdu lah pulak baca komen IP pd kwn2 lain. Ikhlas wan katakan bahawa di sini baru wan rasa ada kawan yg mengambil berat. Wan ni jenis yg tak berkawan, maksud wan , tak ada kawan baik sejak sekolah rendah sampai kerja. semua wan kawan. tapi di sini, rasa semuanya kawan rapat. dari cetusan idea, usikan dan teguran, wan dapat terjemahkan ia sebagai hubungan ikhlas yang tidak mengenal rupa, warna, pangkat(???)dll.

    Tqvm for the kindness.

    ReplyDelete
  61. Salam En IP,

    lama tak tinggal jejak kat sini.. just baca jer.... :)

    ReplyDelete
  62. Salam IP,

    Akak dah tertinggal banyak siaran lah IP, tak sempat, tapi masih bolih ucapkan Selamat Hari Lahir pada IP, semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki

    Dalam mendidik anak2 ni kita kena sabar banyak2,lebih2 lagi anak yang baru nak membesar, mereka akan banyak bertanya macam2 soalan, tambah lagi anak ip bersekolah di sekolah macam tu bergaul dengan berbagai bangsa,untung ip ada kawan2 yang banyak bagi idea2 yang bernas dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  63. Salam IP..Sibok dgn baby...tolong jaga tak?
    Wah boleh tahan power ye kat asnija punya blog.Lucu pun ada baca IP punya coretan...tk

    ReplyDelete
  64. Sekadar senyum membaca entri ini. Persoalan anak2 yg bijak. Gathering PDKM di Msjid Muaz...Saya missed. Next year. Insyaallah. Jemput ziarah ke blog mama......

    ReplyDelete
  65. bisa juga nih trik untuk mendekati anak anak saya terapkan di rumah...Obat Sakit Pinggang

    ReplyDelete