Followers

Monday, December 7, 2009

Iman Muhammad Rayn - Kisah di sebalik nama, Kebetulan di sebalik tarikh kelahiran

Salam dari Paris,

Jam 9.30 pagi hari Jumaat 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430, kami sekeluarga dikurniakan seorang lagi permata hati.

Mlm sebelum kelahiran, saya pulang lewat dr urusan pejabat....bukan urusan apa pun, cuma ada gathering dengan kawan2 bagi mengucapkan selamat jalan kepada seorang staff. Aku pulang jam 1 pagi....Paris begitu dingin ketika itu. Masuk ke bilik, isteri (Mai) mengadu contraction dah terasa, aku bersolat Isya' dan mengaji menghabiskan juz ke 9, Surah al-Anfal. Bbrp kali aku bertanya sblm tidur samada isteri ingin dihtr ke klinik bersalin, dia berkata, "tak pe, tidurlah dulu, esok pagi je, kalau dah tak tahan baru kita pergi". Kami tidur...tp terjaga2 bbrp kali sepanjang mlm kerana isteri berasa kurang selesa. Tiap kali celik mata, aku bertanya soalan yg sama...namun jwpn isteri tetap sama"esok pagi" katanya. Dalam hati kecil aku berkata2...."mmm...memang dah agak, kalau ikut kiraan mesti lahir 27 November". Bukan setakat kiraan....kalau ikutkan beberapa kebetulan....pasti baby ni akan lahir 27 Nov....tiada tarikh lain lagi..... aku tersenyum dan tidur seketika.

Aku bangun agak awal, jam 5.30 pagi, mandi, bersarapan dan terus bersiap untuk menghantar isteri ke klinik yg berhampiran dan Kedutaan Republik Indonesia (Paris). Alhamdulillah, kakak dan abg ipar sekeluarga yg sememangnya bercuti di Paris ketika itu, ada di rumah, merekalah yg menguruskan persiapan hari raya haji yg jatuh pada hari yg sama. Sblm meninggalkan rumah aku sempat menghabiskan bacaan Surah al-Anfal di permulaan Juz ke 10. Sebaik sahaja selesai surah tersebut, aku menyelak helaian quran dan bagai satu kebetulan, surah seterusnya adalah Surah at-Taubah....surah yg punya byk maknanya kpd diri semasa di tanah suci tahun lalu Selanjutnya, kami menaiki kereta, aku memasang kaset lagu Sami Yusuf yg diberikan oleh abang yg pd ketika itu berada di Mina menunaikan haji. Hanya sempat mendengar 1 lagu saja - Muallim, lagu yg memuji memuja Rasul pilihan Muhammad saw, kami tiba di Clinique de la Muette. Dlm hati berkata "eh...kebetulan lagi, mmg nak namakan baby ni Muhammad, tgk2 bukak je kaset lagu Muallim".

Jam 7.10 pagi, isteri dibawa masuk ke bilik bersalin.

Jam 8.20 aku berjalan kaki menjemput abg ipar dan anak saudara (Hazim) di kawasan berhampiran utk ke Kedutaan Indonesia bagi melunaskan solat sunat Eid-ul-Adha. Di Kedutaan bertakbir dan solat jemaah bersama ratusan warga Indonesia dan Malaysia.

9.20 pagi....selesai solat, aku bingkas bangun...hati terasa, isteri akan melahirkan pada bila2 masa.

9.25 pagi....tiba semula di klinik dan Doktor terus memberitahu isteri akan melahirkan pada bila2 masa saja, terus ke bilik bersalin, genap 5 minit kemudian, lahirkan anak keempat kami, alhamdulillah.

10.00 pagi aku ke surau Kedutaan Indonesia utk menyampaikan khabar berita tentang kelahiran kepada semua. Pada tika aku masuk ke surau, jemaah sedang bersalam2an antara satu dgn yg lain, dan org pertama yg aku khabarkan adalah kepada Iman Samir....warga Syria yang selalu mengimamkan solat Jumaat, solat Tarawikh dan solat2 sunat Eid di Kedutaan Indonesia.

Kemudiannya aku kembali ke klinik dan di arah oleh pegawai klinik utk mendaftarkan kelahiran anak di Marie XVI Paris (majlis perbandaran) sblm 48 jam....memandangkan hari kelahiran adalah pd hari Jumaat, masa akhir untuk pendaftaran adalah pada hari Sabtu jam 4 ptg. Memikirkan kesuntukan masa, aku terus bergegas berjalan kaki ke Marie XVI. Dlm hati terpikir2 "eh....register nanti depa mintak letak nama ke?...takkanlah.....mesti boleh letak nama kemudian....ingat nak letak hari ke 3 atau ke 7 nanti...."

Jam 11.30 tiba di Marie. Ada dua org lebih awal drp aku turut menunggu giliran mendaftar anak, dalam pada menunggu giliran aku tertanya2 kenapa pendaftaran yg di buat oleh org terdahulu drp aku memakan masa...tak habis2....lamanya nak mendaftar. Terfikir lagi, ni mesti dia mintak nama..."alamak, tak sempat nak bincang dgn Mai (isteri).....nak letak nama apa ni?" aku tertanya2 dgn bagai sudah confirm yg nama akan di minta bila mendaftar. Sememangnya kami telah lama berbincang pasal nama.....sejak sblm mengandung lagi aku telah nyatakan kpd isteri, kalau ada anak lelaki lepas ni, nak letak nama Iman Muhammad. Sepanjang kehamilan, anak2 di rumah turut memanggil bayi di dalam kandungan dgn nama IMAN. Tiada nama lain yg terlintas. Nama yg ada cuma Iman Muhammad. Malahan lebih awal dr itu, sejak aku pulang haji pd awal Januari 2009 lagi telah aku nyatakan pd isteri, kalau ada rezeki dpt anak lagi dan kalau lelaki ingin aku letakkan nama Muhammad....mengambil nama Rasul pilihan.

Masih menunggu giliran di Marie XVI, berlegar lagi difikiran aku akan nama Rayyan atau Rayn. Nama ini sememangnya pernah aku dengar sblm2 ini, bgmp, baru2 ni, genap 4 minggu lalu semasa khutbah Jumaat oleh Ustaz Samir yg bertemakan ibadah haji, beliau ada menyebut perkataan Rayyan yg memberi maksud gerbang syurga yg dikhaskan buat umat yg rajin berpuasa. Aku minat....namun kalau di letak Iman Muhammad Rayyan.....alamak pjgnya fikir ku. Aku bincang gak dgn isteri dlm tempoh 4 minggu tersebut, isteri kata sedap nama Rayyan tp terlalu pjg kalau di sekalikan dgn Iman Muhammad. Seminggu slps khutbah Ustaz Samir aku membaca mesej dr Ipar duai yg membalas mesej aku yg bertanya maksud nama anak mereka yg baru lahir kira2 dua bulan lepas. Arrieanna nama baby girl mereka.....kata mereka nama tu mereka dapat daripada website www.muslim-names.co.uk. Pada masa melayari web tersebut aku mencari juga nama Rayyan.....dan aku dapati ada 3 ejaan iaitu Rayan, Rayyan dan juga Rayn. Dalam hati berkata "bagus gak letak Rayyan tp guna ejaan yg pendek "RAYN" taklah pjg berjela nama baby......namun nama Rayyan atau Rayn tak juga dpt aku putuskan.

Pada 18 Nov/1 Zulhijjah, jam 6 pagi slps bersahur utk puasa sunat, aku membuka Facebook, tgk update status kawan di UIA....ringkas bunyinya menyarankan semua berpuasa sunat Zulhijjah. Aku terperanjat....eh...aku tak tau pun selama ni mmg digalakkan berpuasa sunat bulan Zulhijjah sehingga hari wukuf.....aku terus bertekad utk terus berpuasa sehinggalah 9 Zulhijjah. Dlm hati berkata "eh....susah gak ni nak puasa....si Ana (kakak) dan bebudak dr KL semua ada kat sini, nak ajak jln2 takkan aku puasa depa makan....mcmana ye???" Aku tertanya2 tp cekal hasrat aku nak jugak berpuasa.

Alhamdulillah aku puasa dan terus berpuasa sehinggalah tiba waktu sahur pada 9 Zulhijjah, dlm lena tidur aku bermimpi....mimpi aku ke Tabung Haji berbincang perihal simpanan utk ke tanah suci, aku terjaga jam 5.35 pagi dan ntah apa yg diingat ntah apa yg difikir, tanpa di duga perkara pertama yg aku ingat....bukanlah hal mimpi tadi tp aku hati menyebut2 nama "Rayyan"....berulang kali aku sebut, tp aku berkata semula "oohh...mungkin aku niat nak puasa, insyaAllah dpt genap puasa sunat sampai 9 Zulhijjah, teringat khutbah Ustaz Samir pasal ganjaran org berpuasa...tu yg teringat gerbang Rayyan tu" aku berkata2 sendirian semasa bersahur.

Bagaimanapun kebetulan yg berlaku pagi tadi iaitu org pertama yg aku khabarkan kelahiran bayi iaitu kepada Ustaz Samir yg genap 4 minggu lalu membuat aku terus menimbangkan utk meletakkan nama Rayyan sbg sebahagian drp nama bayi yg baru sahaja dilahirkan kira2 dua jam tadi. Dlm masa menunggu giliran, aku sms kpd ramai kawan2 di Paris, KL, Makkah tentang kelahiran cahayamata 2 jam lebih awal.

"a laize monsiuer...." tetiba suara petugas kaunter memanggil menghentikan lamunan dan menandakan giliran aku telah tiba. Di kaunter aku diminta memberi pengenalan diri serta isteri dan terus petugas bertanya nama anak sambil menghulurkan kertas kosong aku aku menulis. Hati bagai tak dpt putuskan namun tangan aku menulis lancar nama "Iman Muhammad Rayn". Nama tersebut terus didaftarkan ke dalam sijil beranak tepat jam 11.59 minit tengahari.

Kelahiran Iman pada 10 Zulhijjah/27 November mmg telah aku jangkakan sejak awal kehamilan lagi wp doktor menjangkakan tarikh kelahiran adalah pada 10 Disember. Ramai bertanya, mcmana boleh meneka tepat tarikh kelahiran sedangkan due date yg dijangka doktor jauh lagi, Mudah bagi aku.....banyak kebetulan yg berkaitan dgn tarikh2 berkenaan, antaranya :-



1. 27 November adalah tarikh aku berlepas dr Paris ke Jeddah dlm perjalanan haji aku tahun lalu

2. 27 November adalah tarikh ulangtahun pernikahan kakak (Ana) yang sulung yang juga kebetulan ada bersama kami di Paris untuk menyambut Raya Haji dan Anniversary mereka

3. 27 November juga adalah tarikh lahir boss pertama saya di Paris

4. Kebetulan juga tarikh 27 adalah tarikh lahir anak saudara bongsu saya di KL yang baru lahir pada 27 Ogos dan juga anak saudara pertama isteri yang lahir pada 27 September

5. Juga kebetulan, tarikh lahir anak pertama dan kedua saya bagai boleh diterbalik-balikkan, iaitu Hadi lahir pada 15 Januari (15.01) manakala anak kedua (Amirah) lahir pada 11 Mei (11.05). Melihat kepada kebetulan ini, saya jangkakan kelahiran anak keempat (Iman) akan jatuh pada tahun 27.11 memandangkan anak ketiga saya (Nadia) lahir pada 21 Julai (21.07)

6. Tambahan lagi, nombor bilik pejabat baru saya juga adalah No27 (baru berpindah dr aras 7 ke aras -2 pada pertengahan tahun)

7. Kebetulan lain adalah no 27, jika diterbalikkan akan menjadi 72, iaitu no diplomatik Malaysia di Perancis

8. No 72 itu juga merupakan sebahagian daripada plat kereta CD saya di Paris

9. No 72 juga adalah satu2nya nombor bas yg lalu di hadapan rumah saya

10. Kalau semua mengikuti blog saya, tentu ingat no 72 adalah no Maktab saya di Makkah tahun lalu.....

1 lagi kebetulan yang amat penting sebenarnya adalah tarikh lahir isteri sekiranya mengikut kalender Hijrah yang kebetulan jatuh pada hari-hari Tasyrik (kemungkinan 12 Zulhijjah). Memandangkan anak lelaki pertama lahir pada bulan Syawal seperti juga saya (27 Syawal), tentunya anak lelaki seterusnya ini lahir berdekatan dengan tarikh lahir Umminya, mengikut tahun Islam. Walau apa pun kisah serta kebetulan yang berlaku, bagi saya apa yg jauh lebih penting biarlah anak ini membesar menjadi hamba Allah yg diberkati, diredhai, dan dirahmati setiap detik masa, menjadi hamba yg soleh yang mendapat tempat yang tinggi di dunia dan di muliakan di akhirat. InsyaAllah.

Terima kasih yg tak terhingga atas doa2 anda semua. Amin.



22 comments:

  1. salam

    peluk ciummm,untuk iman yang sungguh comel,moga jadi anak yg soleh ,pewaris perjuangan Nabi,aunty mas lahir 25 November tau,2 hari pas tu iman lahir,nanti aunty simpankan cake untuk iman..

    ReplyDelete
  2. Kak Pinat...wah lajunya, tmpt pertama tu, tp kat umah saya ni mana ada trek balapan mcm blog PDKM yg tersohor tu....hehehe. Thanks for visiting my baby ye Kak Pinat

    ReplyDelete
  3. CM.....terima kasih atas doa CM tu. Amin. Mmm...mmg dekat2 bday dgn CM...nanti kalau dah duduk Msia, boleh celebrate sama...mesti ramai nak taja kek....Datin, Wan Rusyaini, Kak Nab, Noor...berderet tu CM....thanks CM

    ReplyDelete
  4. Salam Cik IP...

    Wah anakanda iman..pandai tau ayahanda tu..mengaitkan nombor2 tu...tentu ayahanda tu bangga kan dapat iman..nanti bila besar jadi anak yang soleh..taat ibu bapa..taat pada Allah penciptaNya..moga bahagia dunia dan akhirat..jgan nakal2 tau..sian bonda tu...

    Kalau CM nak bagi kek..shami sedia diorder kambing barbeku..camnar..IP...bole nohhh
    balik mai sini buat aqiqah..kat sini jemputlah kami semua datang pasti meriahkan...

    ReplyDelete
  5. Salaam Cik Im,

    Apa yang kelihatan seperti kebetulan pada mata kita sebenarnya sudah diatur oleh Maha Pencipta dan termaktub sejak di Lauh Mahfuz lagi, kan? Subhanallah.
    Alhamdulillah Cik Im dapat mengamati setiap detik tersebut dengan penuh kesedaran akan kasih-Nya pada Cik Im sekeluarga (dan semua hamba-Nya).
    Tahniah sekali lagi buat Cik Im sekeluarga. Semoga Puan Mai beransur sihat dan bertenaga semula dan Iman serta kakak2 dan abangnya bakal menjadi anak-anak yang soleh & solehah. Amin. :)

    ReplyDelete
  6. Salam IP,

    Alhamdulillah, panjang sungguh cerita nak dapat nama Iman ni. Siap ada kaji selidik data. macam nak buat Phd la pulak. Tapi seronok dengar.

    makcik Wan doakan Iman jadi anak soleh. Insyallah. Opss... Datin Wan. Silap-silap.

    ReplyDelete
  7. Sponsor no problem! brp kg nak? 5kg?10kg? 1 kg je lah...budak kecik tak leh makan banyak, kembung perut!

    Tak tahan tgk hidung Iman ni, gerammmmm nak tarik!!!!

    ReplyDelete
  8. IP,

    buatlah clock mcm dlm PDKM, barulah buleh tgk kt sana pukul brp. Syok jugak tahu masa kt sana.

    Ni kang, kita syok-syok cakap pasal makan cekodok, dia dok syok kroh...krohhh..

    ReplyDelete
  9. Syukur alhamdullillah. Kalau baby Iman Muhammad ada dpn mata nie dah tentu saya cubit2 pipinya yg montel tu...eeeeee geramnya. Peluk cium saya untuk Iman.

    p/s: Anak saudara saya pun nama Iman jugak. Umur 3thn tapi bijak bercakap.

    ReplyDelete
  10. salam im dan keluarga,

    alhamdulillah, semuanya telah diatur oleh Allah SWT dengan sempurna utk setiap hambanya.

    psss im, pipi saya pun temban juga, tapi takde org nak cubitkan ngeh,ngeh,ngeh

    ReplyDelete
  11. Salam buat cik Im dan Mai sekeluarga,

    Alhamdulillah !! ternongkar sudah segala rahsia 27.11.1009.

    smoga amanah Allah ini cemerlang dunia dan akhirat.

    comel sangat anak Cik Im ni. muuaaahhhh ....

    ReplyDelete
  12. Kalau betul pipi pak Itam tembam, tunjukkan muka (ada bran?). Jgn le di kaler2kan warna hitam. Pak Itam suruh je le mak itam cubit pipi tembammu itu. Kalau org lain cubit nanti,ada org perang besar u see.

    ReplyDelete
  13. Salam IP,
    Allah Maha Berkuasa. Apa-apa sahaja boleh terjadi dalam hidup…… Perjalanan hidup ini sememangnya mempunyai banyak kebetulan dan suratan… itulah menarik dan indahnya! Banyak benda yang kita tak sangka terjadi kerana ia adalah di atas keizinan Illahi. Allah SWT Maha Agung!

    Semoga Iman Muhammad Ryann, abang dan kakaknya menjadi anak yang soleh dan solehah. amin.

    ReplyDelete
  14. Salam IP,
    Pembetulan : Iman Muhammad Rayn

    ReplyDelete
  15. Salaam Cik Im,

    Gambar Iman yang last sekali tu macam sedang runsing memikirkan masalah ummah sejagat walaupun dalam nyenyak tidur...hehehe
    Ni bakal jadi pemimpin besar kot ni... InsyaAllah!

    VpeaceV

    ReplyDelete
  16. salam Im,

    cute sungguh Iman...bakal menjadi pemimpin yang hebat kelak. Insya Allah.

    Im...tolong ciumkan baby Iman bagi pihak grandma zainab.

    ReplyDelete
  17. Salam IP,

    Comelnya dia. ermm dapat kat AZ, siap, az cubit2 pipi dia. Lama tak dapat pegang baby ni dah lebih 17 tahun.

    ReplyDelete
  18. Salam IP,

    Apa khabar IP. Sekarang ni sejuk ke kat sana.

    umpp..umpp..dah tembam pipi Iman tu ye. Kalau dia besar besok dia cakap gini: Common telebu..trebia merrsi.. ceewah cakap perancis.

    ReplyDelete
  19. SALAM cik Im

    Tahniah sempena kelahiran putra muhd iman rayyn...Muga2 menanti di pintu syurga nooo..
    Berapa banyak kebetulan daaaa....
    Apapun segalaanya adalah perancangan ALLAH.
    Selamat jaga bb ..
    Salam buat kak Mai dan family.

    ReplyDelete
  20. Salam Imran...
    Apa khabar? Mai sihat? Ryan sihat? Kakak-kakak ngan abang dia sihat? Satu opis sihat? Ehm...bibik sihat?

    Saya sihat...

    what's up...what's up...K.Nija datang bawang cok bawang panas-panas ni...masih ingat ka? Tadi menyinggah rumah AZ, bawak cok bawang jugak...tapi AZ tak dak rumah...kenapa lama menyepi? (Eh...sapa yang manyepi noh? Akak ka? Akak menyepi cari jampi la Imran...menuntut ilmu nun sampai kat Gunung Everst...balik habis jenuh selaput salji...)
    Ryan nak sponsor kek dari auntie ka? Kek apa Ryan nak? Kek gambaq batman ka, gambaq superman ka? Habaq mai...nanti auntie pos dengan motor auntie noor ye..

    ps: suka sesangat gambar Ryan menguap tu...sedap sungguh dia menguap gaya tu agak nyer ye...rasa nak gigit-gigit dia nih tau...

    ps: Imran...selamat kembali dari menyepi...ngeh..ngeh...ngeh...

    ReplyDelete
  21. Ade kecil yang sangat lucu Obat Asam Urat  and secure approximately what??

    ReplyDelete