Followers

Wednesday, January 6, 2010

Penjara Cinta

Beberapa hari lalu, saya dihubungi kawan lama Naim, seorang lelaki berusia pertengahan 40an. Naim adalah seorang yang baik budi pekerti, berjawatan tinggi, berpelajaran, punya perawakan yg baik, memiliki kereta berjenama, 2 buah rumah....boleh kata lengkap serba serbi namun jiwanya belum berteman....tiada ratu yg mengisi ruang hatinya. Soalan pertama saya kepada Naim "eh...kau call ni, nak jemput makan nasi minyak ke?" Itu adalah antara soalan yang sering saya tanya setiap kali berkomunikasi dgn beliau. "Mana ada, dah umur mcm aku ni...mmg tak de jodohlah" jawapnya ringkas.

Apa yg ingin saya sampaikan bukanlah perbualan telefon saya dgn Naim, tapi saya ingin berkongsi pemerhatian saya (mungkin tak tepat) berhubung seorang sahabat yg saya amat kagumi tetapi memilih utk hidup bersendirian sehingga ajal menjemput diri.

Saya kenali Naim kira2 15, 16 tahun lalu. Ketika itu beliau sedang hangat mengulit cinta dgn Ima, yg amat beliau cintai. Saya ikuti perjalanan cinta mereka...cukup akrab, bagai belangkas...paham2lah orang mudalah katakan. Mereka berdua ke sana ke sini bersama, tak ubah bagai pasangan suami isteri memadu cinta setiap detik bersama. Perjalanan cinta mereka juga turut diketahui ramai rakan sekerja serta keluarga....namun kesemua yg menilai hubungan mereka bagai memahami yg mereka berdua tidak mungkin disatukan....ntah kenapa??? There's something ackward about the whole relationship....terlalu rapat mengalahkan suami isteri.

Tiap kali Naim bertugas luar kawasan, Ima akan dibawa bersama. Begitu juga bila Ima bertugas luar, Naim akan menurut ke mana sahaja di setiap kesempatan yg ada. Di sebalik hubungan yg rapat bertahun2 lamanya, kira2 selepas 3,4 tahun bersama, kedua2 Naim dan Ima seolah-olah merasakan sudah tiba masanya untuk mereka menguji cinta yang disulam bersama. Kata Naim "apa kata kita rest the relationships for a while....kita berkawan dgn semua org...kata org, if we meant for each other, am sure kita akan disatukan". Ima bersetuju....mungkin kerana ingin memberi peluang pada diri sendiri berkenalan dgn ramai org sebelum memutuskan berkongsi hidup dgn the 1 and only Naim.

Sedikit pelik, selepas 6 bulan disebalik keakraban Naim dan Ima, Naim memutuskan untuk bertunang dgn Suraya yang merupakan kenalan Ima, malahan Ima sendiri yang memperkenalkan Suraya kepada Naim, dan merestui hubungan dan akhirnya menguruskan pertunangan antara Naim dgn Suraya. Malahan Ima turut hadir semasa majlis pertunangan di rumah Suraya....everything went smooth...cukup lancar tanpa sedikit cacat celanya. Saya masih teringat bila Naim sendiri berbincang dan membeli belah hantaran pertunangan utk Suraya dgn bekas kekasihnya, sedikit pun tidak terlihat api cemburu atau kemarahan atau kehampaan pd kedua mereka walhal percintaan mereka menjangkau melebihi 3 tahun. Saya sendiri KAGUM.

6 bulan slps pertunangan Naim dan Suraya, Ima pula memutuskan untuk bertunang dgn jejaka pilihan hati. Naim tenang bila Ima memberitakan perihal pertunangan Ima dgn jejaka yang sebenarnya turut dikenali Naim. Ima, seorang yg workacholic terus fokus dgn kehidupan sebagai tunangan org disebalik kerja2 pejabat....begitu juga Naim...hubungan mereka seolah2 terputus, drifted apart memandangkan masing2 sudahpun menjadi tunangan org. Bg saya yang mengenali kedua2 mereka, ini adalah senario biasa...malahan ianya adalah perkembangan yg baik dlm menyiapkan diri kedua2 melayari kehidupan berumahtangga dgn pasangan yg ditunangkan.

Masa berlalu, bulan berganti tahun, tarikh pernikahan Ima kian menjelang. Ima, menghubungi Naim dan menyatakan yg beliau akan diijabkabulkan 2 bulan akan dtg. Pada ketika itu saya di pejabat Ima. Lenggok intonasi suara Ima, tidak sedikit pun bernada ceria ataupun hampa....mungkin beliau mengawal rasa dan berhati2 tidak ingin melukakan Naim, wp tahu Naim sudah pun mempunyai Suraya. Drpd speaker telefon pejabat Ima, saya terperanjat dgn kata2 Naim, beliau berkata "Ima...I WILL NEVER LET YOU GO, apa nak jadi dgn hubungan kita....dont tell me that its means nothing to you, Ima mesti bertanggungjawab, Naim tak boleh hidup tanpa Ima, tanpa Ima....Naim rasa baik Naim mati, kalau Ima nikah...percayalah Naim akan dikebumikan keesokkan harinya"

Mendengar luahan hati Naim, bukan kata Ima, saya terkujat dgn luahan hati Naim, saya dengar Naim menangis, saya lihat Ima turut terduduk di lantai pejabat menangisi kasih mereka yang tak kesampaian. Ima, menguatkan diri dan menjawab "Naim....bukan ke Naim yg dulu nak test our relationship, bukan ke Naim yg bertunang dulu....bila Naim dah bertunang, takkan Ima nak terus menunggu Naim. Naim, bukan ke dah ada Suraya....Suraya baik, kahwinilah Suraya. Ima dah nekad dgn ketentuan jodoh Ima. Jgnlah Naim kisahkan semula kisah2 cinta kita, bagi Ima, ianya kenangan termanis dlm hidup Ima...dan tak mungkin ada lelaki lain yg dpt memenangi hati Ima selain Naim. Tp Naim, kini Naim tunangan Suraya...jagalah hati Suraya. Ima tetap akan bernikah....Ima tak boleh terus mengharap kasih Naim, byk hati yang perlu kita jaga, cukuplah hati Ima merana...Ima tak mau Suraya, tunangan Ima, emak bapak Ima, bakal mertua dan bakal mertua Naim sama2 kecewa dgn keputusan kita nanti. Naim segerakanlah pernikahan Naim dgn Suraya ye....insyaAllah kita sama2 bahagia dgn jodoh yg ditakdirkan"

Naim segera membalas, "Ima....Ima tau tak sebenarnya Naim dah putuskan pertunangan Naim dgn Suraya.....Naim tak boleh hidup tanpa Ima...tak mungkin Naim kahwin selain dgn Ima. Kalau Ima teruskan jugak pernikahan Ima dan tinggalkan Naim.....Naim tak rasa Naim akan hidup lagi" jawapan Naim dgn isakan airmata.

Saya dan Ima terperanjat dgn kata2 Naim yg sebenarnya telah putus tunang dgn Suraya. Namun Ima terus memujuk Naim, kata2 Ima takkan saya lupa "Naim, if u really love me and wants nothing else but my happiness....please for once be happy with my decision. Naim sayangkan Ima kan....kalau betul tolonglah jgn porak perandakan lagi hati Ima. Keputusan telah Ima buat, kasih sayang Naim tak de maknanya jika Naim akhiri dgn dendam memutuskan harapan Ima utk bernikah dgn jodoh yg ditakdirkan. Ima redha Naim, Allah pinjamkan Naim kepada Ima utk tempoh 3 tahun....cukuplah memadailah, melalui Naim, Ima kenal erti cinta suci seorang lelaki.....tapi jika Naim tidak dapat menghormati keputusan Ima kali ini....cinta Naim kpd Ima jelaslah bukan cinta suci cuma cinta yg mementingkan diri sendiri...itu bukan cinta sebenar Naim.....cinta sebenar perlu merentasi jarak masa, melewati segala ujian dan takdirnya, berkorban apa saja harta atau pun nyawa....Naim, Ima pohon buktikanlah cinta suci Naim tidak dinodai walau sekelumit cuma....doakanlah Ima bahagia dunia akhirat dgn bakal suami" bicara Ima tersekat2 disulami curahan airmata. Aku terduduk melihat segalanya, betapa aku ingin keluar segera dr pejabat Ima, namun aku dihalang Ima yg meminta aku berada bersama untuk memberi sokongan moral kpdnya.

Naim diam tiada bicara dan terus meletakkan gagang telefon. Beribu kali Ima cuba hubungi dan aku sendiri mencuba memujuk Naim....namun hati Naim begitu terluka bagai tiada pengubatnya. 2 bula kemudian Ima bernikah....dan kini sudah lebih 10 tahun hidup bersama suami tercinta, Ima bahagia, dikelilingi 4 orang zuriat pengikat kasih mereka sekeluarga, sedangkan Naim masih hidup sendirian tanpa cinta.

Pernah beberapa kali Naim luahkan pada saya "Imran...hidup aku KOSONG, terlalu KOSONG" Aku sebagai seorang yg jauh lebih muda dari Naim, tidak tahu apa yg perlu aku ungkapkan. Sesekali aku pujuk Naim untuk mencari cinta, aku cuba memperkenalkan Naim dgn kenalan2 wanita, namun tembok pertahanan Naim cukup kebal....katanya "macam aku kata dulu, kalau aku tak dpt hidup dgn Ima, aku takkan kawin dgn siapa2 sampai bila2"

Saya nasihat juga "alah bunga bukan sekuntum....what is done is done, the real forgiveness is letting go....takkanlah kau nak hidup mcm ni sampai tua....kita perlu perkongsian hidup. Naim, kau jgn terlalu mementingkan diri, dont be selfish...org yg tak nak kawin ni, lupa yg pernikahan adalah sunnah, Allah dan Rasul sayang pada org yg melaksanakan sunnah" Namun kata2 ku bagai fall into deaf ears....penat menasihat namun tak berkesan. Berbuih mulut, tak didenagarnya. Sedikit hampa sebenarnya.

Ima, yg hidup bahagia turut prihatin pada kelangsungan hidup Naim, melalui saya, Ima merisik khabar bertanya. Jelas Ima turut hampa dgn pilihan hidup Naim utk terus bersendirian. Ima pernah berkata, "Imran, I rasa bersalah disebabkan I, Naim jadi begitu, terus menutup pintu hati utk hidup berumahtangga....I bersalah ke Imran?" sering juga Ima bertanya, jwpn saya tetap sama "Ima...jodoh tangan tuhan, kalau ada jodoh, kawinlah Naim tu...bukan salah u Ima...blm ada jodoh Naim tu kot" jwpn klise saya, but deep inside saya tertanya2, mengapa begitu angkuh cinta seorang bernama lelaki sehingga merelakan diri merana bertahun2, membiarkan jiwa menderita dan terus ingin hidup tanpa cinta.

Buat Naim, jika membaca catatan ini, ingin saya khabarkan...cinta yg kekal hanya milik Allah. Serahkanlah dirimu bulat2 kepadaNya, cintailah yg maha esa dgn sepenuh hati...insyaAllah segala rasa cinta akan bertakhta di hati, luputlah segala kekosongan diri....Naim bebaskanlah diri mu dr penjara cinta, runtuhkanlah tembok penjara yg kau sendiri bina demi memberi erti kehidupan sebenar di dunia sebelum kita sama2 dibangkitkan di alam kemudiannya.

Sahabat ku, jgnlah kau buta kerana cinta yg sememangnya buta...moga kau bebas dr penjara cinta mu itu......

90 comments:

  1. Salam IP,

    Cerita ni familiar to me. Emmm...

    ReplyDelete
  2. IP,

    Jangan terkejut terima emel dr wan. harap memahami.

    ReplyDelete
  3. salam imran
    aku procrastinating sat. Buku kat sebelah ni dok tengok aku jer dari tadi hahahaha

    nyway, love your advise to your friend. Things move forward bukan backwards :)
    semoga dia redha dengan qada' dan qadar Allah and may he gets the best.

    I'm still learning to love Him back :)

    ReplyDelete
  4. yup cinta ini buta malah mencucuk mata..

    ReplyDelete
  5. Salam IP,

    Memang sukar untuk melupakan cinta pertama. Kalau pun bukan cinta pertama, orang yg benar-benar memahami kita menjadikan dirinya terpahat dlm sanubari. Sukar mengubat luka andai terlalu tinggi pengharapan yang tidak disandarkan pada tawakkal kepada Allah.

    Cumanya, kalau sudah ditakdirkan tidak dapat bersama, lapangkanlah dada. Orang yang di hadapan kita itulah ketentuan Allah dan Dia lebih memahami jiwa hambaNya.

    ReplyDelete
  6. Salam IP,

    Wan dah resend emel. Kod paris start dgn 33... kan. Tapi kenapa ada tanda + di depan 33....
    Tanda + tu maknanya apa? Kalau wan sms tak pernahnya sampai. kena tambah no apa-apa lagi kat depan 33....?

    ReplyDelete
  7. salam dik IP....

    masyaAllah , sampai begitu sekali cerita sebuah cinta manusia sesama manusia , maaf ler akak ni dulunya gadis kampungan yg tidak pandai dan tak berani bermain cinta sebelum kahwin... he he he .tunjuk baik plak

    ReplyDelete
  8. salam
    tumpang lalu
    Cik Wan Rusyaini,
    kod + perlu untuk sms ke nombor luar negara :)
    Kalau tak guna + boleh guna 00. Kalau tak ada kod ni sms tak sampai. Contoh kalau no tel di Paris tu 33, kena letak +33 atau 003. Kalau UK +44 sama juga kalau menghantar sms dari no mobile a/bangsa ke no mobile Malaysia. Ia akan jadi +6019*******
    Harap dapat membantu. :)

    ReplyDelete
  9. Salam IP

    Wah panjang lebar tulisan IP(memang N3 IP panjang2)Shahdu pulak mama membacanya..jodoh di tgn tuhan...tapi mcmmana akhirnya ye..sama2 kita doakan yg terbaik buat Naim...

    Tk Khairyn...sangat membantu...

    ReplyDelete
  10. cinta itu indah kpd mereka yg merasainya. jadi jgn persiakan seseorang yg mencintai dirimu.

    ReplyDelete
  11. salam Dato Imran Paris...

    memang benar tu Dato...bercinta pada yang satu dan esa sahja yang akan kekal selamanyer..insyalah

    waslam

    ReplyDelete
  12. kesah yang pelik... tapi benar...

    ReplyDelete
  13. Salam Mr IP,

    Pandai IP mengolah cerita macam bc cerpen plak rasanya..keep it up..

    Bagi sy, jika kita percaya pada dan Qada & Qadar Allah, kita akan sentiasa boleh menerima hakikat bahawa sesuatu yang Allah jadikan itu bukanlah sia2 dan Naim harus percaya bahawa mungkin dia menyukai Ima sedangkan Ima bukanlah terbaik buat Naim.

    Buat Naim, berserahlah kepada Allah..Doa saya semoga Naim berjumpa dengan kebahagian yang dia cari.

    Akhir kata, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang itu yang mengubahnya. Wallahua'alam.

    ReplyDelete
  14. Wah, hebat juga ayat2 cinta Ima & Naim tu. Tapi tak dapat kalahkan kehebatan ayat2 cinta Tn Syeikh IP, " Serahkanlah diri bulat2 kepadaNya, cintailah Yang Maha Esa sepenuh hati......moga kau bebaskan diri dari penjara cintamu itu".

    Konfem, kalau Tn Sheikh tulis novel, boleh jadi Best Seller mengalahkan novel 'Ayat-Ayat Cinta' oleh Habiburahman Al Shirazy.

    ReplyDelete
  15. Salam En. Im,

    Hebat kisah cinta ni En. Im, macam novel cinta yang selalu dok baca masa remaja dulu, memang sakit bila cinta tak kesampaian hanya Allah saja yang tahu, tapi kita kena redha, jodoh ditangan tuhan, cinta sejati tak semestinya berakhir di jinjang pelamin, tu sebab jangan main2 dengan persaan, jangan cuba2 untuk bertateki dengan cinta, jika macam ni parah akibatnya, luka bercinta macam diturih sembilu En. Im, tu sebab jangan main2, Naim yang mulakan tu sebab dia yang terkena, hati dan jiwa perempuan halus, apabila dikecewakan dia tak akan berpatah balik, so jaga2 lah hati makwa sebelah tu........

    ReplyDelete
  16. Salam En. Im,

    En. Im pandai cari topik ye, banyak pengalaman dan pandai pulak mengolah cerita, sedih cerita kawan Im ni kan, pujuk lah dia agar lupakan sejenak kisah yang dah berlalu tu, ajaklah dia cari kehidupan yang baru, mulakan sekarang , its never too late, Allah mengetahui apa yang berlaku terhadap umatnya, cakap dengan dia rugi kalau tak de keluarga dalam hidup ni, mesti ramai yang boleh di buat penggantikan...

    ReplyDelete
  17. Salam En. Im,

    Memangnya cinta sejati hanya pada Allah , tapi bukan begini caranya, cinta pada Allah ialah cinta yang ikhlas, bukan nak kata cinta naim tak ikhlas, tapi............ok Im, melarat pulak akak ni, topik ni best untuk didebatekan lah Im, not here ok..

    ReplyDelete
  18. Salam Imran,

    Seronok baca cerita ni kan...banyak yang boleh diambil iktibar.

    Pertamanya, dalam Islam bila kita bercinta dan mula mengasihi seseorang, end in mind mestilah untuk berkahwin. Jika tiada end in mind untuk berkahwin, bercinta hanya untuk keseronokan berpasangan, kena betulkan pemahaman sedemikian. Then, apa end in mind Naim semasa 3 tahun tu?

    Hubungan sudah terlalu rapat, tentu dalam tempoh itu tahu apa yang Ima suka dan tak suka, apa perangai Ima dan sikap Ima, apa yang dia selesa dan tak selesa etc. Dalam tempoh tersebut pastinya tahu keserasian dan kesesuaian Ima untuk dijadikan isterinya.

    Tetapi bila Naim menunjukkan ragu-ragu adakah Ima might be the one, or there's might be someone else out there, rasa ragu-ragu Naim itulah yang melukakan hati. Apa rasanya bila orang yang kita sayangi rasa ragu-ragu dengan kita tanpa sebab yang jelas? Seperti satu tamparan hebat.

    Sepatutnya jika YA katakan YA, jika TIDAK katakan TIDAK. Usah duduk di atas pagar, wait and see....kenalah tahu apa yang kita mahu...dan berusaha ke arahnya.

    Membuat keputusan dan bertindak adalah di tangan kita, tanggungjawab kita. Bagaikan nasi dan lauk sudah di pinggan dan di depan mata, you still have to decide, nak makan ke tak nak. Boleh ke kita cakap begini - "tak pelah, kita tunggu dulu, kalau betul ini rezeki aku, nanti masuklah ke perut aku..."

    Dalam konteks yang sama, jika apa yang Naim ingin capai sebenarnya ialah mendapatkan Ima, tapi yang diusahakannya ialah ke arah kehilangan Ima, jadi Naim tidak perlu merasa hairan bila dia akhirnya kehilangan Ima.

    Saya merasakan, untuk memimpin rumah tangga, suami perlu berupaya untuk membuat keputusan, dan dalam masa yang sama perlu yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Perlu tahu maksud sebenar tawakal, takdir dan usaha. Dari peringkat awal, Naim perlu mempunyai keupayaan tersebut.

    Jika mendalam keikhlasan Naim dengan ayat dia "jika ada jodoh..." maka dia juga sepatutnya ikhlas menerima bahawa "memang sudah tiada jodoh...".

    Jika "take a break" ialah decision yang dia pilih, maka dia juga perlu bersedia dan bertanggungjawab menerima akibat dari pilihan yang dibuatnya sendiri. Naim perlu menerima bahawa, dia tidak berkahwin sehingga sekarang ialah keputusannya sendiri, "saya tidak berkahwin kerana saya yang memilih untuk membujang." Bukan, "saya tidak berkahwin kerana Ima tidak mahu berkahwin dengan saya."

    Susah juga melayari bahtera jika nakhodanya takut menentukan arah tujuan, dan lebih buruk bila dia di tanya, "Nak belayar kemana ni?" Jawab beliau, "Tengoklah macamana, kalau dah tertulis kapal ni sampai ke China, ke Chinalah. Kalau ke India, ke India lah..."

    Saya bersimpati dengan Naim bukan sebab dia membujang kerana frust cinta tak kesampaian, tetapi saya simpati dengan Naim kerana meletakkan sebab dia membujang ke akhir hayat pada perkara yang tidak sepatutnya...

    Moga Naim akhirnya tahu apa yang betul...

    ReplyDelete
  19. Salam Mr IP

    Tumpang lalu,
    Sy suka dgn komen Kak Nija..

    ReplyDelete
  20. Salam Im,

    Napelah Naim tak boleh terima Qada' & Qadar Allah!!

    ReplyDelete
  21. Salam IP...

    Dalam hidup ni jangan kita cuba2 nak try test apa2...ikut suka hawa nafsu semata...tanpa istikharah padaNya..
    Ikutlah segala perintah Allah sebaiknya...insyallah berjaya hidup didunia dan akhirat...

    Cinta pada Allah bukan cinta biasa..
    Cinta hamba kepada penciptaNya
    Dialah penentu Syurga atau Neraka untuk kita
    Kerdilnya kita disisiNya
    Derita di dunia, balasan syurga di akhirat sana
    Janganlah sesekali berpaling daripadaNya...
    Berpesan-pesanlah sesama kita
    jangan tergoda dengan indahnya dunia..

    ReplyDelete
  22. Wan...cite ni familiar....iye ke??? u kenal gak ke Naim dgn Ima tu....hehehe, nama dorang tu bukan nama betul tau.

    Emel Wan saya dah baca, tak terperanjat pun, lumrah kehidupan. Nanti saya fikir apa yg boleh diusahakan.

    ReplyDelete
  23. Harny...procrastinating...hehehe, baik kau baca buku kat sebelah kau tu.

    Aku pun sian tgk Naim tu, tp ntahlah, mungkin mmg blm jodoh...tp aku terkilan sbb tak nmpk dia berusaha utk hidup lebih bahagia.

    Harny...sama2lah kita belajar mencintaiNya semula. Moga SUKSES

    ReplyDelete
  24. CM...mmg cinta tu buta, tp jgnlah sampai cucuk mata CM...nanti jd Kassim Selamat pulak.

    ReplyDelete
  25. Wan...BETUL, yg dihadapan kita itulah yg terbaik buat kita...Allah lebih mengetahui. Err..la ni kat depan sy hanya laptop...OH KU CINTA PADA MU LAPTOP KU....hehehe

    Wan...pasal kod Paris...ikutlah nasihat CIk Harny kita :D TQVM Harny.

    ReplyDelete
  26. Kak Ummi..tulah dia penangan cinta. Err...Kak Ummi dulu tak main2 cinta ke....hehehe. Baiknya Kak Ummi...tp mmg bagus, senang lagi bercinta selepas kawin...eh, buatlah n3 khas topik ni, mesti hangat sambutannya :D

    ReplyDelete
  27. Harny...Thanks for ur kind tutorial :-)

    ReplyDelete
  28. Mama Ju...ntahlah apa kesudahannya. Saya doakan segala yg terbaik buat Naim. Kesian pun ada, tp saya rasa Naim ni yg terlalu mengikut rasa...ramai kawan2 wanita yg tertawan dgn dia, dia je yg masih mendambakan cinta lama. BUANG MASA

    ReplyDelete
  29. Zuki...betul tu, pengalaman cinta Naim dan Ima, akhirnya sedikit sebanyak mematangkan saya dlm mengharungi ranjau hidup berumahtangga terutamanya dlm menghargai pasangan yg dikurniakanNya kpd kita.

    ReplyDelete
  30. En Li...mmg betul segalanya tidak kekal melainkan Allah.

    Bgmp, kita perlu juga ingat setiap manusia dilahirkan berpasangan2an dan kita sbg khalifah diamanahkan dgn tugasan mencabar untuk meramaikan umat Muhammad saw, mengandakan jumlah umat agama ad-Din yg diturunkan kpd Rasul pilihan. Masakan segalanya jadi nyata jika kita tak bersedia utk berkongsi hidup.

    Dulu, saya cukup skeptikal utk bernikah lebih2 lg nak berkongsi hidup...TAKUTTT, apa lg bila melihat ramai yg menjadi mangsa runtuhnya institusi perkahwinan.

    Bgmp, lama kelamahan kegusaran tersebut berubah menjadi satu CABARAN utk saya sendiri membina keluarga bahagia. Pd masa itu saya berfikir, kenapa kita asyik memikirkan hal keruntuhan rumahtangga org lain, kita perlu buktikan sunnah Rasul (utk bernikah) adalah betul, tepat dan terbaik. Perlu tepat cara dan kena gayanya...skrg ni saya cuba sedaya upaya utk mempertahankan segala kebahagian hidup berkeluarga. Alhamdulillah, Allah mempermudahkannya buat saya.

    Moga Allah permudahkan jua buat Naim, apapun kita jgn lupa segalanya telah di tetapkan di Loh Mahfudz....kalau ada jodoh sejauhmana pun Naim sembunyi jodoh tetap akan dtg menghampiri....

    Above all these, En Li, saya doakan kebahagian En Li dunia akhirat.

    ReplyDelete
  31. Sid@adenium, tiada yg pelik Sid, am not sure, u pernah jumpa tak Naim ni...pernah gak dia dtg INTAN dulu2. Ima tu yg tak kenallah kot sbb ofisnya di tgh2 kota....bukan mcm kita kat bukit bukau Kiara tu....hehehehe

    ReplyDelete
  32. Syima, betul tu, Allah takkan mengubah nasib selagi kita tak berusaha. Namun saya cukup percaya kalau dah jodoh takkan ke mana. Dunia mana pun kita lari kalau cinta dtg bertandang tak mungkin dpt kita hindari...alamak nanti Syima kata saya buat cerpen lagi pulak....hehehe.

    Saya mmg suka features and creative writing, ada gak yg gelar sasterawan dulu...tp la ni saya hanya menulis di layar blog je...nak sgt menulis buku, skrip filem, teater kalau ada kesempatan nanti.

    Syima...saya respek Syima, mcm kata Datin, wp muda Syima cukup matang, ciri2 mantap seorang isteri/ibu akhir zaman yg penuh dgn kekalutan.

    ReplyDelete
  33. ina...apa kabar?

    Mana ada hebatnya ayat2 saya tu, biasa2 je. Kisah cinta Naim dan Ima mmg boleh dibukukan, apa yg saya cite ni sikit je, kalau cite habis, mau terperanjat audien blog ni :-) Melihat perkembangan hidup dua insan ini, saya bersyukur melihat kebahagiaan yg dikecapi Ima bersama suami dan anak2nya. Tp melihat Naim, saya terpikir napalah Naim membuang masa pada cinta yg tak mungkin lagi berpihak pada dia.

    Ina, saya naklah baca novel 'Ayat-Ayat Cinta' oleh Habiburahman Al Shirazy...sure hebat. Boleh cite sikit tak isi kdgnnya.

    ReplyDelete
  34. Kak Sidah...TEPAT saranan KS, jgn berteka teki dgn cinta...cinta bukalah brg utk dipersenda, tp dah mmg ketentuanNya Ima dan Naim tak ditakdirkan bersama.

    Novel...hehehehe...nak menulis blog pun semput, ni nak buat novel pulak...hehehe. Saya minat menulis, tak taulah kalau punya byk masa bila dah berumur sikit nanti, nak gak menulis.

    KS...saya kagum dgn kata2 KS, esp part "hati dan jiwa perempuan halus, apabila dikecewakan dia tak akan berpatah balik"....betul Kak, melalui kisah Ima dan Naim byk yg saya pelajari - di balik ringkas jiwa lelaki sebenarnya penuh gelora, di balik kompleksnya jiwa wanita sebenarnya ia cukup ringkas lg mudah. Kalau dah bersedia berkata YA pd jodoh yg ditakdirkan...wanita will never look back. Kisah Ima dan Naim mematangkan alam rumahtangga yg saya lalui.

    KS, puas jugak memujuk si Naim, tp degil gak Naim ni...ntahlah.

    Tajuk2 dlm blog...hehehe, menarik ke KS, kkdg puas memikir apa nak ditulis, alhamdulillah kalau KS seronok membaca...esok2 nanti saya nak tulis hal yg sedikit menyeramkan...nak tak KS :D

    ReplyDelete
  35. Datin...mak aii terlopong saya baca komen Datin, sewel jap jdnya :D.

    Betul Datin, saya setuju segalanya. Sebenarnya mudah...tiada jodoh ant mereka...cuma Naim yg enggan menerima kenyataan.

    Datin, saya teringat bait2 lagu yg sering diulang Naim, ia berbunyi

    She's always on my mind
    From the time I wake up,
    Till I close my eyes.
    She's everywhere I go
    She's all I know.

    And though she's so far away,
    It just keeps getting stronger everyday
    And even now she's gone
    I'm still holding on

    So tell me, where do I start
    'Coz it's breakin' my heart
    Don't wanna let her go

    Maybe my love will come back someday
    Only heaven knows
    And maybe our hearts will find a way
    But only heaven knows
    And all I can do is hope & pray
    'Coz heaven knows.

    My friends keep telling me
    That if you really love her,
    You've gotta set her free
    And if she returns in time
    I'll know she's mine

    But tell me, where do I start
    'Coz it's breakin' my heart
    Don't wanna let her go

    Sedihkan...huhuhuhu

    ReplyDelete
  36. Syima...saya pun suka komen Kak As tu

    ReplyDelete
  37. Kak Nab...itulah, puas sy cakap kat Naim, semua tu dah Qada dan Qadar, terimalah saja, tentu ada hikmah utk dirinya juga.

    ReplyDelete
  38. Kak Shami...saya setuju, dan suka mutiara kata yg Kak Shami sisipkan bersama...dunia ni bagai bangkai sebenarnya kalau kita buta dlm mengemudi segalanya

    ReplyDelete
  39. Salam Mr IP,

    Terima kasih atas tanda hormat itu.
    Tidak layak rasanya.
    Sy rasa dalam usia yang tidaklah semuda mana pun cuma mungkin dikalangan bloggers lain kamilah (sy sebaya Hanis & CP) golongan yg muda agaknya hehe sewajarnya telah matang berfikir apa yang baik dan tidak utk mjadi hambaNya yang baik.
    Sy harap kata Mr IP dan Kak Nija itu doa untuk saya spy dapat menjadi seorang isteri/ibu yang cekal & tabah (hehe jika ada jodoh di dunia ini)

    Buat ina, sy juga suka akan koleksi Habiburrahman El-Shirazy spt Ayat2 Cinta, Ketika Cinta Bertasbih & Dalam Mihrab Cinta.

    Mr IP, mesti cuba membaca buku2 ini, jalan ceritanya amat bagus dan sukar utk disamakan dengan Novel Cinta biasa.

    ReplyDelete
  40. Salam IP,

    Dah terima? Tima kasih sudi mendengar.

    ReplyDelete
  41. Salam Khairyn,

    Tima kasih byk2. Info yg diberi tu byk membantu saya. takla meneka dlm kesamaran lagi.

    ReplyDelete
  42. Salam:):)
    Pertama kali terjejaki di ruang ini..
    Terpaku jua menghayati kisah yg menarik...:)

    ReplyDelete
  43. Salam E. Imran,

    Saya hop dr rumah org. Slalu nampak imranparis kat PDKM. Saya ni tak pandai berpesatuan. :) tapi suka jengok2 catatan orang.

    Ttg Che Naim, saya kasihan padanya. Teringat My SIS yang 4 tahun menyulam kasih, tapi diam-diam cinta beralih arah. Cinta tanpa ikatan perkahwinan tidak berkesudahan. Jiwa selalu melarat2. Itu namanya lalai. Bila jiwa lalai, kejutkanlah dgn sesuatu yg drastik. Cari perubahan diri spy diredhai Allah.
    Cari cinta kerana ingin disayangi nabi. Saya pernah begitu. Kisah lama, tapi, kita sama-sama berubah perubahan diri. Kuasai perasaan. Carilah jodoh yang sesuai ngan diri. Mungkin ada yang lebih baik menunggu di luar sana. Insya Allah...

    ReplyDelete
  44. salam Wan Rusyaini Wan Mohd
    Sama sama kasih :)

    Imran,
    Cerita cinta memang sentiasa panas kan?
    Mungkin Naim yang rasa bersalah sangat2 kot. Sometimes susah kita nak forgive diri sendiri.
    Sangat-sangat suka coretan Puan Asnija. Baca dan angguk2 sendiri. Setuju 100% :)

    ReplyDelete
  45. Salam IP..

    lama rasa nyer tak meninggalkan jejak.. tapi.. 'abang imran' masih kenai ngan cheq kan kan.. heh heh..

    ralit membaca kisah naim.. ralit menghayati komen2 yang bernas.. melayang fikiran kesah 15 tahun yang lalu.. namun.. bila telah tertulis itulah ketentuan NYA.. tiada apa yang boleh dikesalkan.. redholah menerima Qada & Qadar NYA..

    Maybe my love will come back someday
    Only heaven knows
    And maybe our hearts will find a way
    But only heaven knows
    And all I can do is hope & pray
    'Coz heaven knows.

    My friends keep telling me
    That if you really love her,
    You've gotta set her free
    And if she returns in time
    I'll know she's mine

    sob sob sob.. uwaaaaaa

    ReplyDelete
  46. salam
    dear cik im...

    susah cik im.. susah

    ReplyDelete
  47. Salam,

    My life, apa yang susahnye? Ni macam menyimpan seribu rahsia je. tarik nafas... hembus... tarik.... Bagus! Eh! lupa plak nak hembus, kang biru pulak tak pasal-pasal.

    ReplyDelete
  48. salam,,

    dear kak wan..

    x ada rahsia apa2pun.. susah nak lupakan org yg kita sayang... heheehhe

    ReplyDelete
  49. SALAM
    DEAR CIK IM
    I WANT GO TO PARIS..
    AZIE_6873@YAHOO.COM..

    ReplyDelete
  50. SALAM IP,

    NAMPAK GAYANYA CIK MY LIFE KITA NI MACAM DAH ANGAU. APASAL PULAK NAK GI PARIS? KALAU JADI, AKAK NAK TUMPANG SEKAKI.HEHEHE..

    KENAPA NI DIK? JANGAN DIKENANG-KENANG, NANTI MERANA BADAN. YANG BERLALU, LEPASKANLAH... INSYALLAH, JODOH ADIK ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA DAN AKHIRAT. MEMANG SUKAR UNTUK MELUPAKAN ORG YANG TERSAYANG,NAMUN BIARKANLAH DIA PERGI. BIARPUN PAHIT, MUNGKIN ITU YANG TERBAIK.

    PSSSTT... KITA PUN BOLEH BUAT TULISAN BESAR MACAM TU JUGAK! HEHEHEHEE...

    ReplyDelete
  51. salam....
    dear kakwan.. ada keje ler akak nak kesana.. boleh jer kalau akak nak tumpang sekali..hihiiihihhii

    lepas tetap lepas kak.. tapi sayang?? agak susah kak....

    ReplyDelete
  52. Salam My life,

    Eh! dah kecik balik?

    ya. memang susah kalau dah sayang. akak pun dolu-dolu macam tu jugak. huhuhu..

    tapi bila ada pasangan baru, curahkan seluruh kasih sayang pada dia. insyallah... Allah tanamkan perasaan sayang yg berpanjangan dalam diri kita untuk dia. sibukkan diri dgn kerja-kerja lain, jgn tengok kembali hadiah pemberian dulu. simpan boleh tp jgn bukak-bukak. Tu tips bodoh-bodoh je. guna le kalu berkesan.

    ReplyDelete
  53. salam

    semua hadiah pasti di buang kak.. heeheeh
    mak sayang org lain?? susah itu.. mengambil masa @ mungkin tak

    ReplyDelete
  54. salam IP,

    Ni baru balik dr gathering PDKM. Seronok jumpa dan bergambar ngan CL, CM, kak Noor dll. Wan antara yg dapat pingat ratu trek. Memang wan tak sangka. Dpt rasa air zam- zam dan kurma. kepuasan yg tak terhingga.

    ReplyDelete
  55. IP pun dapat pingat tau! Tapi tadi dok cari jugak, mana tuan nya. Tak nak hadiah ke?

    ReplyDelete
  56. Pn Kartina...terpaku tak pe jgn sampai kaku beku udahlah ye....ini kisah sebenar yg berlakau pd sahabat saya. Moga kita mendapat iktibar drnya.

    THANKS for visiting my humble blog

    ReplyDelete
  57. Indahouse, tqvm for sharing ur experienced...ehem2 terror jugak ye :D
    Betul kata awak, sayangnya bila org muda bercinta lupa segalanya...lalai, jarang yg mengikut unjuran agama. Ntahlah, moga2 nanti dptlah kita bimbing anak2 kita dgn cara yg betul. InsyaAllah.

    Terima kasih kerana sudi menjengah saya di Paris.

    ReplyDelete
  58. Harny...mmg PANAZZZZZ tp kalau kita tak faham erti sebenar bibit rasa cinta, tu yg sampai terlajak masuk longkang. Aku pun setuju kata2 Datin Nija tu....errr, mmg Naim tu rasa bersalah, he yet to forgive himeself tu...sian

    ReplyDelete
  59. Kak Noor...alah jgnlah sedih2 gitu..Noor pun ada pengalaman sewaktu dgnnya gak ke :D

    ReplyDelete
  60. My Life...pe benda yg susahnya, dah 3 hari saya dok memikir...My Life saya rasa what is done IS done...perkara lama jgn dikenang. Life move 4ward not backward...pikir2kanlah. Solat2 sunat Taubat, Istikharah dan Hajat jgn diabaikan, insyaAllah bertemu yg terbaik sebagaimana ketentuanNya esok2 nanti.

    ALAMAK....My Life nak dtg Paris...nak mengobat rindu di dada ke....hehehe...BILA?

    ReplyDelete
  61. Wan...TERKUJAT baca ayat2 cinta Wan...terror gak ghopanya Wan ni...cheewah. Tp sy setuju, cintailah si dia yg ditakdirkan bersama kita, tentu Allah berikan hanya yg terbaik buat hambaNya....org kata if u didnt get what u want LOVE what u get

    Udahlah Wan, usah nak bersandiwara asmaradana di sini, gi uli cucuq badak di sama...heheheh

    ReplyDelete
  62. Wan dan My Life....wah wah wah, bukan main pulak korang meluahkan isi hati kat umah aku ye...hehehehe...LUAHKANLAH ye, sampai korang tak terluah...

    Jgn marah, saya gurau je. My Life saya setuju cadangan Wan dan tindakan My Life bila dah putus cinta, cubalah sedaya upaya lupakan segalanya...insyaAllah segalanya dipermudahkanNya jika kita benar2 redha dan serahkan diri kita serendah2nya kpd Allah swt.

    My Life...love takes time to heal...but time will definitely heal the pain, be sincere to urself and to Allah

    ReplyDelete
  63. Wan...saya pun dgr ada hadiah buat saya...mcm tak caya gak...alhamdulillah, ingatan sahabat Makkah buat sahabat di Paris...saya terharu sebenarnya.

    Wan, td ptg kakak sy hadir majlis tu, dia kata kueh cucuq badak sedap giler...dlm hati sy aga mesti Wan yg buat...tgk n3 kawan2...confirm mmg air tangan Wan....SYABAS, moga kekal maju dlm perniaagaan Wan...ingat ye, berniaga tu sunnah...tentu bukan mudah nak tegakkan sunnah, sabar kunci segalanya.

    Err...wah wah wah...bukan main besar kek En Li ye...hehehe

    ReplyDelete
  64. Salam IP,

    Kenapa tak cakap kakak IP ada datang. Wan nak kenal jugak. Alahai! frust nye! Tak dapat jumpa adik, jumpa kaka jadi lah! Emmm..Frust!

    ReplyDelete
  65. salam,

    tragis sungguh percintaan ini.

    terkedu membaca, menilai dan cuba merasakannya.

    penangan berkawan & bercinta kadang-kadang sukar dingertikan..

    cinta dulu diri sendiri sebelum mencintai orang lain...

    ReplyDelete
  66. Salam IP,

    Wan dah kenal kakak IP, ada dlm rumah Datin dan mamaju. Semalam bertemu mata, senyum je, tak terkat-kata

    ReplyDelete
  67. Wan...baguslah kalau dah berkenalan melalui blog Datin dan Mama Ju...hehehe, nanri esok2 kalau jumpa bolehlah tegur sapa.

    ReplyDelete
  68. Safiudin...benar apa yg dikata, cintai diri kita sendiri dulu sblm mencintai insan lain.

    ReplyDelete
  69. Salam Imran,
    Detik-detik pertemuan dengan Kak Raihanah tu cam gini, dia nak bersalaman dengan semua kitorang dan berjumpa denga CL untuk mintak diri...pas tu dia pun buka dialog cepumas:

    "Cik Lie tahukan saya ni kakak Imran Paris?" (Masa tu nama Imran dah kena panggil tuk ambik pingat, tapi akak Imran dok diam je...)

    Lepas dia buka je rahsia tu...apa lagi, kitorang semua macam nak terlompat, kerana terperanjat teramat-amat...menerpa sumer nak ambik gambar ngan dia, lepas tu, CL siap buat siaran lansung ambik gambar pingat di tangan akak Imran tu...akak pun sama tak lepas peluang, masa tu baru ternampak muka Kak Raihanah sebiji sangat muka Imran, beza cuma dia bertudung je...kalau Imran bertudung, mesti serupa...eh...ntahkan akak sebaya dengan dia kot...ke dia lebih muda...sedap je mulut akak panggil dia akak, ntah ke adik..

    ps: gambar akak dengan kak raihanah tu lah yang akak maksudkan gambar meletop akak yang akak nak Imran tengok kat blog akak..

    ReplyDelete
  70. Datin...ohhh..iye ke. Saya panggil kakak saya dgn nama Ana je...saya muda 5 tahun dari dia.

    Datin, bila dengar detik pertemuan seribu kenangan dibibitkan soalan cepumas tu, saya dpt bygkan gamatnya keadaan di dewan...sure VOGUE gitu...mcm celebrity agaknya Akak aku kejap...kekeke.

    Rupa sama...iye ke, saya rasa saya 10 kali hansem lagi dr Akak....hahahaha. Gurau je tau. Iyelah nama pun adik beradik, tentu lebih korang je ghopanya.

    Td sy tgk gambar Datin dgn Ana...ALAMAK mmg gedeBOOOOOOM u berdua.....

    Datin, thanks for everything :D

    ReplyDelete
  71. Salam Tuan IP;
    Setianya cinta sang pemuda.sekarang ni susah kan nak temui pemuda yangs etia dengan cintanya,alasannya,perempuan dah ramai.
    kisah ini bagaikan mengimbau kisah yang pernah saya saksikan(tapi naim dan ima bukan saya)...
    saya cuma doakan yang terbaik untuk watak Ima dan suaminya (yang saya saksikan) dan Naim.
    Cuma dalam kes Naim (yang saya saksikan) dia mahu mencari isteri seiras Ima. sesekali watak Ima itu akan menangis di bahu saya,apakah dia yang bersalah menyebabkan orang lain tak mahu berkahwin sedangkan Ima ounya anak sudah besar dan anak daranya sendiri seiras Ima.Sedangkan Ima cumalah gadis kampung tak dapat melanjutkan pengajian lebih tinggi dek kesusahan hidup...
    Semoga Naim menemui cinta sejatinya.

    ReplyDelete
  72. Imran,
    Masa baya ayat-ayat ni kan...macam nak pengsan akak dibuatnya...
    "Td sy tgk gambar Datin dgn Ana...ALAMAK mmg gedeBOOOOOOM u berdua....."

    sebab first round terbaca cam gini:
    "ALAMAK mmg gedemmmmPOL...."

    aiyoks...terserlah akak le panda gedempol...tapi bila baca round kedua...baru dapat urut dada....he...he...

    ReplyDelete
  73. Um. Masyitah...thanks for visitng me here :D

    Saya doakan juga segala yg terbaik buat Naim, baik Naim versi saya mahupun versi Um. Masyitah. Moga kebahagiaan menjadi milik kedua2 Naim, kedua2 Ima, pasangan serta keluarga mereka, insyaAllah.

    ReplyDelete
  74. Datin...baca betul2 no...napa pulak Datin ingat saya tulis gedempool...hehehe, jgn jd self full fillng prophecy udahlah ye. Tp melihat diet tomato Datin, rasanya mmg Datin maintain mcm tu gak. Jgn risau Datin ye :D

    ReplyDelete
  75. salam dato...

    waw hebatnya cinta mereka...tapi betul cakap CL..cinta pada ALLah hanya yang kekal...dan saya berharap dapat mecintai Allah dalam erti kata yang sebenar...

    salam..
    ~Cik Fasihah~

    ReplyDelete
  76. Fasihah....salam taaruf dr saya. Thanks for visiting my humble blog.

    Betul, cinta pd yg 1 sahaja akan berkekalan, percayalah, berusahalah bersungguh2 mencintaiNya, tiada yg lebih agung dr mendapat keredhaanNya.

    ReplyDelete
  77. Salam Dato..
    u r very humble..n i was so impressed..
    i will pray 4 ur happiness with ur family..ever after...Amin..
    InsyaAllah, satu hari bila saya dah berjaya..sy nk jadi mcm Dato jgak..a humble person..


    Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab, kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihatlah! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya. Betapa agungnya cinta Allah.”

    ReplyDelete
  78. Fasihah....first of all, please note that saya ni bukanlah Dato', title tu dianugerahkan oleh En Li PDKM...suka2 je semua tu Fasihah...takut Fasihah ingat saya ni betul2 ada title Dato' pulak.

    Humble??? Biasa jelah Fasihah, saya takut jadi sombong, riak takabur dll yg sewaktu dgnnya. Sapalah kita nak sombong...kita ni hanya hambaNya yg seharusnya sentiasa bertaubat, bersyukur dan berharap keredhaanNya saja.

    Fasihah...HEBATlah komen Fasihah, u r very matured comparing to ur actual age. Bagus, ciri2 srikandi agama.

    ReplyDelete
  79. Cerita Naim.....Itu pilihan hatinyer... Simpati...Kasihan.............Semoga Allah swt pertemukan jodoh yg baik buat dia. Permisi...

    ReplyDelete
  80. Salam,

    lama tak tinggal jejak kat sini... baca kisah nie myybkan saya tak reti nak bg komen.. coz saya pun pernah alami perkara yg sama tapi tak serupa... hehehe

    ReplyDelete
  81. salam tuan haji,

    Kita kene redha dengan qada' dan qadar Allah..
    Setiap orang pasti akan kecewa sekurang-kurangnya sekali dalam hidup...anggap itu sebagai ujian untuk meningkatkan iman kepada Allah...

    Jika apa yang diharapkan dan didoakan tidak dimakbulkan Allah, mungkin Allah ada plan yang lebih baik untuk kita di masa hadapan...

    So, sapa2 incl naim, apa2 setiap yang berlaku pasti ada hikmah..tak kawin pun ada hikmah tau...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

    ReplyDelete
  82. Salam Bro Imran,

    Mungkin sibuk sangat sekarang ni ye! Tak de n3 baru nampaknya. Kirim salam pada Mai dan semua di Paris.

    ReplyDelete
  83. Cinta tidak boleh dipaksa tapi boleh dipupuk dan dibaja..

    ReplyDelete
  84. Salam IM,

    Lama tak dengar berita, dan lama tak de N3 baru, En. im, ari ni Sultan Johor manngkat, siapa pun kita akhir nya kembali kepada nya jua kan..

    Esok ada gathering lagi En. Im, nak pesan apa2 ke..lepas ni CL kembali ke Mekah sedih juga la akak ...

    ReplyDelete
  85. Salam En.Im,

    Lupa nak tanya anak bongsu dah pandai apa, dah abis pantang ke...salam dgn.mai..

    Yani dah mula kerja En.Im, kat MAMPU..

    ReplyDelete
  86. Salam Dik Imran...

    terkedu aku membaca cerpen ini... biar betul...mmg betul cite nih...mmg dahsyat si naim tu...leh buta hati krn cinta...kesian dia...

    sebenarnya dulu Taj juga pernah menutup hati untuk cinta lelaki sbbnya biarlah jadi rahsia...

    tapi Allah punya kuasa yang Maha Pengasih Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani dan juga sunnah Rasul SAW... hati Taj terbuka kembali utk menerima kasih dan cinta sang lelaki... tapi sampai la nih.. lum jumpa2 lagi...huhuhu

    setakat ini dalam hatiku hanya ada DIA...yg menciptaku... biar jodohku nanti orangnya sama2 mencintai DIA...

    ReplyDelete
  87. salam..
    mohon diizinkan copy untuk diletakkan di blog saya.. ^_^

    ReplyDelete