Followers

Wednesday, December 7, 2011

Kenangan lucu di Makkah - Umrah Mei 2010

Sejak first time berumrah pada Mei 2008 bersama keluarga, anak2 - Hadi, Amirah dan Nadia, sering bertanya "Bapak, bila boleh pergi umrah lagi?" Pelik, sbb anak sekecil Nadia yang belum 3 tahun selalu bertanya soalan tersebut. Malah, bila ditanya "Nadia, do wish to go back to Malaysia?" Ringkas Nadia menjawap "NO". Sering juga bertanya, "What about Spore? U want to go to Spore?"....jwpn Nadia sama "NO" dan selalu bersambung dgn kata2 "I just want to go to Makkah....." diikuti dgn teriakan merajuk Nadia.

Alhamdulillah, Mei 2010 kami berpeluang berumrah bersama. Byk kisah2 yg dah aku ceritakan sebelum ini, tp belum pernah aku ceritakan kisah2 lucu yg terjadi di Makkah. Setiap anak ada je kerenah lucu yg berlaku yg dialami kami. Aku start dgn Hadi yang ketika tu berusia 9 tahun.


Pada satu hari slps zohor aku duduk beriktikaf dlm Masjidil Haram, membaca quran sendirian, Hadi spt biasa duduk diam melihat itu ini.....dia ni bukan tau ngaji pun. Kira-kira 3,4 meter di saf hadapan belah kanan kami ada seorang tua terduduk sendirian membawa 2 bungkusan, ntah berisi apa aku pun tak tau. Selepas beberapa ketika, org tua berkenaan mungkin kepenatan, beliau mengambil sepatu sendiri yg tak dibungkus dgn plastik atau kain, terus di letakkan di sisi tiang MH dan meletakkan kepala beliau berbaring dalam MH. Hadi terperanjat.....mana dia pernah tgk org tido berbantalkan sepatu....terpacul terus dr mulut budak ni "OH my God, Bapak, did u see what i saw....that old man is sleeping on his shoes...." HAHAHAHA. Dia ketawa bagai nak rak, aku hanya bg isyarat "Shhhh" tp Hadi terus ketawa dan bertanya, "why can't he just go back to his hotel and rest?" Aku membalas, "mayb his hotel is a bit far, he prefer to rest in the Masjid while waiting for Asar prayer". Hadi membidas lagi "then, why on earth he have to put his head on his own shoes...." Hadi kehairanan. Aku mbalas ringkas, "its ok Hadi, lets not talk about it, we discuss it later, m finishing this chapter (quran)"

Hadi diam. Mungkin kebisingan Hadi bersoal jwp, menganggu org tua berkenaan. Beliau bangkit dr pembaringan, dan tersenyum melihat Hadi. Aku berbalas senyum dan meneruskan ngajian. Tetiba aku perasan...Hadi berlari ke arah org tua berkenaan. Aku sedikit hairan tp tak endahkan. Dari ekor mata aku nmpk Hadi ke kantong Zam Zam, mengambil segelas air buat org tua berkenaan, kemudian segera Hadi berlari duduk di sblh aku. Takut mungkin. Aku tanya "Why?" Hadi jwp, "nothing he, just asked me to get a glass of Zam Zam....thats all". Aku mengaji lagi. Sekali lagi aku nmpk kelibat Hadi bersama org tua berkenaan, entah apa disembangkan. Lps agak2 5 minit, Hadi masih lg dgn org tua tu, aku pelik. Aku berhenti ngajian dan melihat. Bagai tak percaya, Hadi dan org tua tu mcm Atok dgn cucu, sama2 mengisi tamar dr dlm bungkusan ke disposable cup Zam Zam, adalah dalam berpuluh gak, dan org tua tu mintak Hadi agihkan ke sana sani kpd jemaah dlm MH. Aku tersentuh, tp rasa pelik dan lawak. Sbb knowing Hadi, mana dia nak layan buat bebenda ni semua, tp bila org tua ni mintak tlg, selamba je tolong...siap berlari pantas bertugas...aku sakit perut jugak menahan gelak. Org tua tu siap upah gula2 dan usap2 kepala Hadi bila dah selesai tugasan.

Sampai di hotel aku sampaikan kisah ni kepada anak2 lain dan isteri....kami semua ketawa bagai nak rak....termasuk Hadi. The best part, bila aku tanya "Hadi, org tua tu ckp bahasa apa dgn kau?" Hadi kata "ntah...m not sure whether Arabic or Urdu" Aku jwp..."agaknya org tuan tu ingat kau dr Bollywood agaknya" Gurauan aku, sedikit mengganggu Hadi, tp dia pun geleng kepala dan ketawa.

Few days later, slps solat Maghrib sementara menunggu Isya'. Kami bersolat di tingkat atas MH. Lepas solat, aku mengaji. Hadi aku minta memegang sebotol air Zam Zam. Aku dpt mengaji, alhamdulillah. Dlm pada aku mengaji, aku tgk Hadi restless....sbb org ramai...penuh, dan a bit warm. Jd apalg, dia minum Zam Zam tu, minum dan minum dan minum. Aku ingatkan "Hadi, pls stop drinking, afraid that u need to go to toilet even b4 we perform our Isya prayer" Hadi mengangguk, tp lps bbrp ketika dia terus minum....sampai habis 1 botol tu. Siap dia kata, "Bapak, can i refill this bottle?" Aku jwp "NO....we refill it later after Isya', just dont loose the bottle"

Masuk waktu, azan dilaungkan kami dapat saf yg depan...hampir betul dgn laluan wheelchair...selesa, kipas kiri kanan...nyaman terasa. Sblm solat aku bertanya "Hadi, u drank a lot of water, do u need to go to toilet?" Hadi menggelengkan kepalanya.

Hadi bersolat di sblh kiri aku. Botol kosong Zam Zam, Hadi letakkan berdiri di kiri kaki sendiri. Iman mula baca Surah Al-Fatihah pada rakaat pertama. Aku terperasan, Hadi bagai kurang selesa. Dalam hati aku berkata "Alamak budak ni mcm nak kencing ni, tp tak kot, tadi aku tanya, dia kata tak nak gi toilet, shud be ok" Slps Fatihah, Imam membacakan surah yg panjang. Aku nampak kaki Hadi dah mcm kuda kepang. "Gosh...budak ni mmg nak kencing ni....ALAMAKKKK, pjg pulak Imam ni" Akhirnya Imam rukuk, dan seterusnya sehingga masuk rakaat ke2. Bangkit saja, aku perasan botol Zam Zam yg berdiri sbtr tadi dah terbaring. Aku tak fikir apa, dlm otak, sedikit risau, kalau2 Hadi nak terkencing. Dlm pada Imam membaca Fatihah, tetiba aku perasan sekali lagi...kaki Hadi menggigil...dah ala2 Thriller Micheal Jackson pun ada...ALAMAK, hilang concentration aku....Nak jadi cite, botol kosong tu pulak bergolek ke kiri ke kanan di hembus bayu kipas. Hadi sendiri nmpk gelisah, mungkin takut botol tu hilang, sbb aku dah ingatkan jaga botol baik2, mungkin dia tak nak botol tu ganggu jemaah di sebelah. Again,Imam baca surah panjang. Aku cuak.

Botol terus bergolek menari ke sana ke sini. Iman rukuk. Hadi terus curi peluang capai botol yg dah bergolek ke jemaah di sblh kiri, sambil kaki Hadi tak henti bergerak ala2 Thriller menahan kencing. Aku TENSION tp nak tergelak. Rakaat ke3 dan 4, pun kaki Hadi terus bergerak2 berjoget, dlm pd tu mata dan kepala Hadi jelas ke hulu hilir mundar mandir mengikut hala tuju tarian botol kosong yg di bawa angin kipas. Aku nak ketawa pun ada, nak ngamuk ada, naik geram pun ada. Abis je solat, aku tanya "Hadi, kau nak kencingkan?" Dia kata, "Yes Bapak, I cannot tahan lagi ni". Aku bingkas bangun, sempat aku pial telinga budak Hadi tu, dan terus berlari pulang ke hotel....paham2 jelah, wp hotel cuma sekangkang kera dr MH....tiba disebaban kesesakan sampai 10 minit baru dapat lepas keluar. Wife yg solat dgn anak2 perempuan dan baby Iman, call "Im, Im kat mana? kita dah tunggu lama kat Hilton, kata nak makan kat sini" Aku yg dah hot, terus kata, tunggulah, ni si Hadi dah buat hal, Im kat hotel" WIfe terpinga-pinga. Di Hilton, aku ceritakan kpd wife, Amirah, Nadia...semua gelak pecah2 perut. Hadi pun gelak berguling ingatkan aksi Thriller dan tarian kipas si botol kosong....


Anak ke2...Amirah, tak de apa sgt, cuma Amirah si pendiam yg berusia 8 tahun ketika tu, sering disakat oleh pekedai-pekedai di Makkah. Ada yg nak ambik jadi adik angkatlah, ada yg nak ambik jd anak angkat....kami sering ketawakan Amirah. Ada juga beberapa kali pekedai yg memanggil2 Amirah sambil menyanyikan lagu-lagu popular Bollywood...Mere Mehaboob, Kabhi Kushi, Sangam, dll ntah lagu apa aku tak tau sgt, wife aku tau kot. Apapun aku tergelak tgk gelagat pekedai2 ni. Aku yakin semua berniat baik, mungkin dorang teringatkan adik, anak yg jauh terpisah dlm usaha mencari rezeki. Amirah kkdg tersenyum, ttp kkdg bengang gak. Apapun tiap mlm, kami akan usik2 Amirah kenakan dia dgn pekedai2 tu...yg best bila beli brg, selalu dpt good discount, esp kalau brg tu kami kata utk Amirah....free pun pernah dpt :-) ALHAMDULILLAH.


Anak ke3 - Nadia, wp belum berusia 5 tahun, gelagat Nadia sering mendapat perhatian pekedai, sama gak dgn Amirah. Tp yang paling tak boleh lupa, insiden tawaf sunat. Masa tu waktu syuruk, kami sekeluarga berhasrat buat tawaf sunat....semua ok, wp nmpk budak2 ngatuk, tp semua mmg nak bertawaf. Everything went on smoothly at first. Masuk pusing ke 4, tetiba Nadia berkata "sakit pevot....sakit pevot(perut)" Aku tak perasan, sbb mendokong Baby Iman. Lepas beberapa ketika aku terdengar, Nadia terus terusan berkata "kita sakit pevot" dlm pada dia berkata "sakit pevot" bertawaf, tup tup dia jatuh terduduk...landing baik je, ala2 duduk antara dua sujud. Isteri memujuk, Nadia bangun dan teruskan bertawaf, tak sampai 5 minit dia kata buat landing baik lagi sekali....dan berkata "tak tahan sakit pevot" Kali ni aku pujuk, dia ok, dia bangun dan teruskan tawaf.

Tak sampai 5 minit...dia buat lagi "sakit pevot" dan terus landing bagai org yg dah betul2 tak larat. Aku geram pun ada, tp SABAR jelah. Aku terus dokong Nadia, utk seketika, dan kemudian pujuk dia tawaf sendiri. Dia tawaf...tp terus berkata "sakit pevot sakit pevot" Lepas selesai 7 pusingan tawaf, apalagi aku, dan wife tanya "kat mana sakit, kenapa sakit, ada makan apa2...bla bla bla" Nadia tak jwp, cuma sebut "sakit pevot". On the way out from MH, aku bagi Nadia segelas Zam Zam. Sampai di hotel, tetiba dia kata, kita nak masuk toilet. Keluar dr toilet, muka Nadia terus ceria, dia siap tanya "Bapak can i join you for breakfast at the hotel restaurant"....Laaaa, budak ni "sakit pevot" nak berak rupanya....buang masa aku je tadi cuak sepanjang tawaf...betullah....Hadi, Amirah dan wife, geli-geli hati ketawakan Nadia hal sakit pevot tu....sampai dia mengamuk2 disakat kami, tp Nadia sendiri tersengih malu bila diusik. Dlm hati sy berkata mungkin mmg dia nak buang air tp sbb dah dlm wuduk dan bertawaf, dia sayang nak stop, tu yg dia cuba tahan, sampailah sakit pevot...kesian mmg kesian, tp kelakar.

Tak kurang juga, anak2 dan saya sering teringat gelagat isteri saya dengan pekedai di Safwah. Hari pertama kami shopping, wife dah beli 2,3 tudung dgn seorang pekedai Pakistan agaknya. Tawar menawar spt biasa. Slps membayar, pekedai berkata "TQ, tommorrow pls come and bring more kustumar" Aku yg boring menunggu di luar kedai tercengang....HAH apa pulak "kustumar" tu??? Aku terus bertanya "eh....did i missed something? did he said kustumar? what is it?" Hadi, Amirah, Nadia...ketiga2 menggeleng kepala. Hadi kata "I also dont understand". Amirah menyampuk, "neither do I" Tetiba wife aku dengan selamba ya ya berkata "Oh...dia kata besok dtg - bring more customer" Kami serentak berkata..."owhhhhh customer, ingatkan apa tadi" Cuma slps beberapa ketika baru kami perasan, selain my wife tak ada sapa pun paham bahasa pekedai tu...kami menyakat wife...dan ngutuk "mmglah Umi pandai shopping, sampai bahasa org2 sini semua Umi paham" My wife bengang, but i guess its a plus point for us, time shopping, mmg Umi tetap No 1.

Sampai hari ni, wp telah lebih 1 tahun setengah peristiwa2 lucu ini berlaku, dari masa ke semasa, kami sekeluarga teringat dan bergelak ketawa memikirkan kisah2 ini. Aku yakin, ianya mengeratkan hubungan kami dan yg lebih penting mengingatkan kami tentang INDAHnya berumrah di Baitullah, yg menyebabkan kami semua rindu selalu utk ke sana. InsyaAllah perjalanan umrah yg akan datang membawa kisah2 yg lebih manis lg bermakna utk kami semua.....Labaikallahumalabaik!!!

16 comments:

  1. Salam cik imran

    Cerita seisi keluarga sentiasa indah...untuk dikenang sampai akhir hayat....

    ReplyDelete
  2. salam IM,

    si hadi saja nak tunjuk macho tetapi tak menjadi. az pun gelak guling guling ni

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum abg Im : sib baek tak sakit pevot sy baca entry ni...

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar, gelagat anak2 penyeri setiap masa.

    Kenangan saya pulak paling tak tahan nak gelak bila dengar perbualan anak berusia 4 dan 5 tahun.

    Kata si adik " Kakak, Umi nampak macam gadis hari ni".....

    ReplyDelete
  5. As Salam Shami, betul tu, kisah2 keluarga manis, lebih manis bila dilalui di tanah suciNya :-)

    ReplyDelete
  6. Hj AZ....hehehe, lawak betul budak Hadi tu, sian pun ada...jadi mangsa botol dan kipas :D

    ReplyDelete
  7. Afeezz....Abg smlm, masa tulis kisah si Hadi, ketawa, sampai sakit2 pevottt. Staff kat ofis semua bertanya WHY WHY???

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan Misabamas :-) mmg best bila dgn budak2....btw, ok sgtlah kalau anak2 nmpk Uminya bagai gadis :-)

    ReplyDelete
  9. salam en Im,

    alhamdulillah...hebatnya tarikan Mekah hingga Nadia dah jatuh cinta. subhanallah.
    Ada rezeki sampai lagi ke sana .

    hihii..kelakaq laaa cerita nie..benar2 berlaku. mcm2 ragam anak2 dan kerenah sekitar dalam kehidupan kita ini. Muga En In sekeluarga diberkati dan dilindungi ALLAH selalu. Amin

    ReplyDelete
  10. AsSalam Ain....mmg kisah benar, lawak lg melucukan. Tanda2 kebesaranNya yg ingin kita sentiasa rindu utk kembali ke dakapan Kaabah. Kami sekeluarga insyaAllah akan berumrah esok -14 Dis....JOM. TQ for your kind doa :-)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan IP,

    saya seronok membaca entri/post kali ini.

    santai dan bersahaja IP bercerita.

    biasalah tu anak-anak, macam-macam ragamnya.

    yang penting, saya suka dengan;

    ''..anak2 - Hadi, Amirah dan Nadia, sering bertanya "Bapak, bila boleh pergi umrah lagi?"

    Wassalam..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum IM

    salam ziarah

    gelagat anak2 menceriakan keluarga

    ReplyDelete
  13. memang shahdu baca ttg MH..tahniah dpt bw anak2 sekali.tentu meriah. i follow n thank you..jom ziarah ummi kat http://bizomnadkedaiemas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. Salam kenal..Alhamdulilah kerana dapat membawa anak anak ke rumah Allah dalam usia mereka yang semuda itu...Nekcik juga bersyukur sangat kerana dapat juga membawa keempat orang anak anak Nekcik kesana.. dengan sedikit rezeki yang ada..itu lah hadiah Nekcik untuk mereka..semuga bila mereka mampu nanti mereka teringat untuk kesana..kerana itulah janji mereka ketika tawaf wadak

    ReplyDelete
  15. Mohon abe update blog ni sokmo.
    P.S. TQ krn follow blog lama sy iaitu www.jukdin.com. Blog itu telah ditutup dan kini sy menulis dari jukdin.blogspot.com.

    ReplyDelete